Date: 4-6 Oct 2015 (3 days 2 nights)
Hotel: Pak Hotel Kusadasi
Kami check in di Pak Hotel di Kusadasi hampir masuk waktu Maghrib. Di sini, kami warga perempuan dipecahkan kepada 2 bilik: iaitu 3 orang sebilik. Aku, Dewi & Shirah sebilik, manakala Ita, Mera & Kak As bilik yg. opposite kami di tingkat 1, manakala AD memang akan bersama2 roomate tetapnya, Che Din, berada di Ground Floor, sebab Che Din prefer bilik yg. x naik tangga... Malam tu, aku & Dewi planning nak cari makan2 kat luar, tapi Kak As yg. penuh sikap keibuan iteww offer diri nak masak dinner utk. kami semua... So makanan malam kami adalah nasi goreng kampung, Mee Goreng Sedap & sambal hijau bilis yg. perrghhh tumbuk dinding rasa pedasnya!!! Menangis-nangis sampai meleleh air idung masing2 tapi tetap jugak tegar menelan ikan bilis itu!!! Ok aku dah terliur teringat bilis tumbuk dinding tu skrg...
Keesokan harinya kami keluar hotel seawal jam 7am utk. ke Pamukkale: atau di panggil Cotton Castle dlm bahasa omputehnya, iaitu antara tempat yg. paling aku idamkan utk pergi sblm aku mati... spooky giler kan bunyinya... hahaha... Kawasan ini telah direzabkan oleh UNESCO sebagai World Heritage Site dan dinobatkan sebagai antara 7 Keajaiban Dunia!!! Setelah dimomokkan dgn. gambar2 Pamukkale yg. sangat cantik: batu2an sulfurnya yg. seputih salji dan airnya yg. jernih membiru betul2 membuatkan aku terliur...
Kami tiba di Pamukkale lebih kurang 2 jam perjalanan dari hotel kami, dan entrance fee utk. memasuki Pamukkale ini adalah TL 25, dan harga ini merangkumi kawasan Pamukkale itu sendiri dan juga kota Hireapolis, another city of ruins dan rupanya lebih kurang sama dgn. Ephesus yg. kami lawati semalam... Dari entrance, kami perlu berjalan kaki utk ke kawasan hot spring ini dalam lebih kurang 700mtr kot... namun ada juga disediakan buggy service dan juga sewa skuter, namun semuanya mmg. memerlukan ongkos ya... Cuaca di sini? Ya mmg panas jika kita compared dgn. cuaca di Canakkale... Kalau Canakkale suhunya dalam belasan darjah, di Kusadasi suhunya agak tinggi sedikit kerana lokasinya berdekatan dgn. laut...
Setibanya kami di kawasan hot spring tersebut, jujur aku bagitau aku agak kecewa dgn. apa yg. aku lihat dpn mata, sebab tidak sama seperti yg. dijangka! Mungkin disebabkan perubahan musim: di mana kami datang pada waktu bermulanya musim luruh, dan disebabkan kawasan ini mmg. bergantung sepenuhnya pada aktiviti pelancongan, turut memberikan effect kepada kawasan ini. Mengikut info yg. kami perolehi dari pembacaan, ada lebih dari 16 kolam terdapat di teres Cotton Caste ini, namun kami cuma dapat melihat kira-kira 7 kolam sahaja yg. mempunyai air... Dengan jumlah kolam yg. terhad: ditambah pula dgn ramainya pengunjung datang ke sini menyebabkan Cotton Castle ini kelihatan sangat padat & sesak... Namun aku bersyukur kerana diberikan peluang utk menjejakkan kaki ke sini, yalah, manalah tau slps ini semua kolam kering & aku xsempat nak merasa, lagilah haru kan...
Oh ya, lupa nak bagitau additional info pasal hot spring berbatu sulfur putih salji ini, hanya ada 2 sahaja di dunia ini: yg. terbesar of course la di Pamukkale, Turki & satu lagi adalah di Sumatera, Indonesia... Haaaa musti korg x sangka kan???
Disebabkan di tingkat pertama terlalu sesak dgn org2 yg. bermandi manda di kolam, kami mengambil keputusan utk. turun ke tingkat yg. lebih bawah... xsalahnya kami turun sehingga tingkat yg. ke-4 di mana jumlah manusia semakin berkurangan... maka kami dpt peluang utk posing secara membabi buta di sini... hehehe...
Kami2 juga ada melakukan 'aksi berani mati' dgn berposing di tepi tebing, mmg mereng betul budak2 perempuan dlm group kami ni... hahaha... sampai ada 1 minah salleh ni lah, teruja sgt tgk kami berposing di tepi tebing, pastu masuk perposing sekali dgn kami... mmg lawak...
Di sini, kalau nak berjalan mmg kena berhati2 sbb biasalah, tempat berair, nak turun pegi kolam lain pun kena melalui tebing yg. licin dan kami kena bukak kasut kami sebelum turun ke bawah... Ada 1 makcik salleh ni tergelicir dlm kolam dgn muka dia tersembam kat tanah liat, dgn handphone dia skali mandi dlm kolam tu!!! Ngeri tapi nasib baik dia x tercedera...
Kat sini jugak, kita akan dpt lihat org melumurkan muka & badan mereka dgn tanah liat yg. diorg korek dari dalam kolam... katanya boleh jadi jelita & melicinkan kulit, tapi aku just sapukan sikit je utk merasa... N keje gila aku lagi 1 ialah mengikis batu sulfur yg. kaler putih tu & masukkan ke dalam mulut sbb nak rasa apakah rasanya... hahaha!!!
Selepas penat bermain & berposing, kami naik ke atas dan melepakkan diri di cafe yg. harganya mahal giler sambil mengeringkan seluar kami yg. basah dan berkapur tu... mmg kena cari dobi la malam ni gayanya... N selepas itu kami mula berjalan2 di sekitar kota Hierapolis sambil memberikan pose2 hebat kami kepada paparazi x bertauliah iaitu AD... Sbb terlalu taksub kami ingin memberikan pose terbaik kami, kami sampai panjat batu2an artifak hasil runtuhan kota Hierapolis ni sampaikan kami di'wisel'kan oleh 'polis' situ (security guard laaa) suruh kami turun dari batu2 tersebut... Maka terhasillah 1 cover album utk kami yg gojes x hengat ni... hahaha!!!
Kami pulang pada waktu petang & singgah di RNR utk late lunch, n seperti biasa benda yg. berasaskan roti la yg menjadi makanan kami!!! Fyi, nasi atau dipanggil pilav oleh penduduk Turki diconsider sbg. makanan mewah utk mereka, namun roti kita siap boleh dpt free je kalau makan kat mana2 kedai... Sambil makan, kami kusyuk menonton telenovela Turki.. ooo jalan cerita telenovela ni mmg standard la ek, laki ada affair dgn pompuan lain, pompuan tu baik, tapi bini dia jahat, pastu bini dia buat rancangan etc2... pastu salah sorg dari ahli keluarga jahat buat rancangan utk memecah belahkan family... ohhhh enough! Enough!
Kami sampai pada waktu hampir senja, selesai mandi & solat aku & Dewi bersiap2 mengangkut laundry bag utk mencari dobi... kami bertanya direction utk pekan yg. berdekatan dgn pakcik hotel, dan dgn peramahnya dia memberi direction kepada kami walaupun bahasa Inggerisnya agak susah jugaklah difahami... siap main lukis2 & pakai siku nak tunjuk arah... hahaha sangat comel pakcik tersebut!!!
Kami sesat jugaklah dlm pekan tu mencari dobi, bertanya dgn org tu org ni, rata2nya x fasih berbahasa Inggeris, namun Alhamdulillah mereka semua baik2 belaka tetap berusaha utk membantu kami utk. menunjuk arah... akhirnya kami sampai di kedai dobi tersebut namun malangnya dobi tersebut hampir tutup... maka kami x sempat utk mendobi pada mlm tersebut... Solution kami adalah: cari kedai makan & order makanan yg. mahal utk melepas geram... muahahaha... tapi kami share la sbb portion dia besar... harga mix grill yg. kami makan adalah TL28, teh/cay: free & mineral water aku TL1.50 tak termasuk service tax ye... sbb kami makan kat kedai kan... Kami post gambar2 makanan kami dlm group wassap kami, n diorg mintak share location... 10 minit lps tu Ita & Mera muncul join sesi dinner kami & mereka juga mengorder makanan yg. portionnya agak besar utk sorg... but overall kami enjoy dinner kami... selepas itu pulang ke bilik, kemas2 barang sbb keesokan harinya kami nak check out utk perjalanan yg. bakal mengambil masa lebih kurang 14 jam sblm kami merasai pengalaman fefeeling Pajura & Shaheizy Sam... Mana tuuuu??? Musti korg da agak kan :)
Sila enjoy dgn. gambar2 yg. kami captured di Pamukkale & ada beberapa gambar itu credit pada Ita & GoPro nya yg. byk berjasa itu...
Pamukkale & Hierapolis entrance fee: TL 25
Dinner: +/- TL 30 for 2 pax
Shower Me with Your Love (Surface)
My heart is filled with so much love
And I need someone I can call my own
To fall in love, that's what everyone's dreaming of
I hold this feeling, oh, so strong
Life is too short to live alone
Without someone to call my own
I will care for you, you will care for me
Our love will live forever
Shower me with your love
Shower me with the love that I long for
Shower me with your love
Shower me with the love I've been waiting for
I close my eyes and pray all my wishes come true
Every night I go to sleep
Until you're mine, I'll wait for you endlessly
Can't you see
Fairy tales, they do sometimes come true
If you believe, it could happen to you
Like the stars that shine way up in the sky
Our love will live forever
Shower me with your love
Shower me with the love that I long for
Shower me with your love
Shower me with the love I've been waiting for
Like the stars that shine way up in the sky
Our love will live forever
Live forever
Shower me with your love
Shower me with the love that I long for
Shower me with your love
Shower me with the love I've been waiting for
Shower me with your love
Shower me with the love I've been waiting for
Otw ke Pamukkale
Harga tiket Pamukkale TL25
Semua info ada di sini
Pokok kurma yg. tumbuh melata kat kawasan sini... yelah panas kat sini
Selfie dalam kepanasan
Menapak di atas sulfur yg. putih
Bentuk muka bumi di Pamukkale. Nun di bawah adalah private hot spring. X salahnya extra bayaran nak mandi kat situ
Hot spring di tingkat yg. ke 4 x salahnya
Fefeeling model kononnya...
Lagi posing fefeeling model tgh tahan panas
Model beraksi dalam longkang
Minah Salleh ni memang usha kitorg lama dah... tetiba masuk menyelit... x paham...
Photo by Ita & GoPro nya
Photo by Ita & GoPro nya
Photo by Ita & GoPro nya
Photo by Ita & GoPro nya
Lumpur yg katanya boleh melicinkan & memutihkan kulit. Ooo patutlah kaki aku putih lepas tu...
Model terjun
Lagi bentuk mukabumi kat sini
Inilah sulfur yg. telah dikikis & dimakan oleh... aku... hehehe
Model kaki lepas masker lumpur
Test skill
Hierapolis: City of Ruins
Mereka2 yg. dlm perjalanan ke Coliseum
Hierapolis
Hierapolis
Hierapolis
Ada aktiviti para gliding di sini... teringin tapi kesuntukan masa...
Lagi tinggalan runtuhan Hierapolis
Aiskrim tonggeng2 Turki
Kelihatan penjual aiskrim cuba mengencing mereka dgn trick menonggeng aiskrim
Lihatlah doniaaa!!!!
Gambar kenangan yg. diambil dari AD: Macam cover album kumpulan Rock kan?
Lagi gambar AD
Late lunch kami sambil menonton telenovela Turki
Balas dendam makan busaatttt
Ni makanan aku & Dewi-mix grill
Ni makanan Mera
No comments:
Post a Comment