Saturday, 10 October 2015

Recce Project Kami: Istanbul, Kami Datang Lagi! - Part 1



Date: 9 - 12 Oct 2015 (4 days 3 nights)

Hotel: Yeni Dogan's Apartment


     Perjalanan kami dari Ankara ke Istanbul hanyalah mengambil masa kira-kira 2 jam lebih aje kerana kami mengambil highway utk pulang ke Istanbul. Dalam perjalanan kali ini, Ita mengambil alih menjadi driver utk separuh dari perjalanan kami... Kami seperti biasa kami akan singgah di RnR utk breakfast, kerja2 manusiawi dan sebagainya. Suasana di RnR ini sgt sejuk sehingga bila bercakap mulut kami asyik keluar asap je... pastu feeling poyo2 saja ckp banyak2 sbb nak tengok asap keluar... hahaha...

     Perjalanan kami diteruskan sehingga kami nampak bandar Istanbul beserta lautan. Kami merentasi laut dengan menaiki jambatan ala2 jambatan Pulau Pinang yang membawa kami kepada kesesakan jalanraya, kerana hari tersebut adalah hari Jumaat. Orang baru selesai mengerjakan solat Jumaat. Kami mula mengeset GPS kami untuk menuju ke tempat penginapan kami di Istanbul. Dikhabarkan, apartment yg. kami bakal duduki selama 4 hari 3 malam ini (aku & Dewi, yg. lain2 cuma 3 hari 2 malam), berada di kawasan down town namun berdekatan dengan tram station yg. boleh membawa kami bersiar2 di sekitar Istanbul. Disebabkan kami sampai di Istanbul pada waktu usai solat Jumaat, makanya perjalanan kami agak sedikit siput, ditambah lagi dengan kesesakan kota Istanbul yg. menjadi kota terpenting Turki di benua Eropah. Kami menempuh jam disamping mencari2 penginapan kami... seriously aku xkan drive di kawasan yg. sebegini...

     Akhirnya kami sampai di persekitaran kawasan apartment kami, yg. menurut Yeni Dogan, pemilik apartment ini adalah terletak dalam kawasan hospital. Makanya kebanyakan penduduk apartment itu merupakan pekerja2 hospital tersebut. Kami berpusing2 mencari lorong yg. benar namun x berjumpa. Akhirnya AD pun wassaplah Yeni utk meminta dia datang ke kawasan yg. kami tunggu utk guide kami ke apartment tersebut. Yeni Dogan adalah orang Malaysia yg. berasal dari Ganu Kiteee, yg. berkahwin dengan org tempatan dan terus menetap di Istanbul mengikut suaminya yg. juga merupakan imam masjid di kawasan situ. Akhirnya suami Yeni datang utk menunjuk jalan kepada kami. Kagum sungguh kami kerana akhirnya ada manusia lain yg. bercakap bahasa Melayu dgn kami (suami Yeni sangat fluent bahasa Melayunya walaupun dia Turkish). Utk memasuki kawasan apartment tersebut dengan membawa sebuah kenderaan bersaiz MPV atau van ini memerlukan kecekapan memandu yg. jitu dan kesabaran melebihi tahap dewa. Ini adalah kerana dah la jalannya sempit, org dengan keadaan gumbira hati park aje kenderaan mereka di kiri kanan jalan, sehinggakan nak lalu van kami yg sekecil gajah ni jarak di antara kereta kiri dan kanan hanyalah setebal ibu jari aku... seraaaammmm.... sampaikan AD pun x berani nak melalui lorong yg sempit itu dan kami dibantu oleh penduduk tempatan utk melepasi lorong halusss tersebut.

     Akhirnya kami sampai di penginapan kami!!! Apartmentnya agak kecil tapi mempunyai 3 bilik dan 2 tandasbeserta dapur. Fyi, apartment ini hanya disewakan kepada orang2 Melayu dari Malaysia, Singapura & Indonesia sahaja, dan mereka tidak menerima bangsa lain menyewa di apartment mereka hatta orang tempatan sekalipun! Alasan? Hanya mereka yg. tau tapi aku dapat mengagak mungkin kerana serumpun dan Melayu dgn Melayu ni kan senang nak berdiplomasi sikit... Ikut keselesaan tuan punya rumahlah kan...

     Sekali lagi, aku, Dewi & Shirah menjadi roommate di sini. Kami membersihkan diri kami dgn mengambil turn mandi sebab bilik air ada 2 je kan... nasib baik jugaklah bilik air betul2 setentang dgn bilik kami &ada terdapat pintu di antara bilik kami & bilik air dengan bilik lain dan ruang tamu, so kalau nak pi bilik air kami boleh kuis je pintu tu utk tutup & kami boleh je pi bilik air tanpa bertudung... hahaha trick jahat sangat!!!

     Malam itu kami mengambil keputusan utk pergi menjenguk2 kedai Yeni memandangkan kami tidak kemana2 lagi pada hari tersebut. Dari apartment ke kedai Yeni memakan masa lebih kurang 20 minit dgn berjalan kaki. Fyi, disamping menyewakan apartment, Yeni juga memiliki sebuah kedai souvenir yg. menjual pelbagai barangan yg. boleh dibuat souvenir dgn harga yg sangat berpatutan. Memborong jugaklah kami di kedai Yeni... macam orang kesurupan je memasing... tapi aku cuma membeli 2 helai shawl utk diri sendiri dan juga fridge magnet pesanan geng2 opis ai iaitu GSM... mmg mcm habit kami geng nam jahanam ni akan mencarikan fridge magnet utk semua ahli geng setiap kali sesiapa antara kami melancong obersea... n selalunya mmg aku la yg. kena... huhuhu... tapi aku ok aje setakat fridge magnet kalau nak dibandingkan dgn harga sebuah persahabatan itewwww.... Di kedai ini juga ada menjual sejadah wangi (mmg wangi!!! Bau ros), t-shirt Turki yg. bagi aku sungguh murah, tudung Turki, tasbih, olive oil, key chain dan banyak lagi la... dan aku juga cuba mencari t-shirt 'rare' pesanan boss aku. Pesanan yg paling x boleh blah: nak yg rare, xnak ada bendera Turki n corak2 typical Turki, kalau boleh yg. ada tulisan Turki kuno... Hahaha nasib baiklah boss yg. pesan: upah utk dia yg. ditinggalkan keseorangan kat opis selama 2 minggu lebih n sebab dia dgn baik hatinya membenarkan aku cuti 17 hari (beli jiwa awal utk. trip tahun depan aku pulak... 2 minggu jugak nih nak apply cuti hahaha) tapi personal comment aku, aku x jumpa yg rare tu kat situ dan pandangan mata aku adalah yg. normal sahaja, Makanya aku kena cari kat tempat lain pulaklah esok... Kami sempat mengadakan sesi fotografi dengan Yeni & suaminya sebelum kami bergerak utk. mencari tempat makan pulak.

     Yeni suggest kami utk. makan di sebuah kedai nasi arab yg. lazat. Dia memberikan direction kedai makan itu kepada kami, dan bermulalah sesi menapak sekali lagi... 10 minit perjalanan, akhirnya kami menjumpai kedai tersebut! Kelaparan yg. teramat sangat membuatkan kami menjadi org tamak selalu rugi... tapi aku mengekalkan momentum berkongsi makanan bersama Dewi, sebab kalau kat Malaysia pun portion nasi arab adalah besar, inikan pulak kat negara diorg kan? Kami mengorder nasi arab berlauk kambing dan tadaaaa!!! Nasib baik kami order 1 utk 2 orang, sebabnya portion nasik arab tu bukan utk 2 orang makan je, nak bertiga pun boleh!!! Habis makan kami kembali ke apartment utk berehat. Kami perlu mendapatkan rehat secukupnya utk kami memulakan eksplorasi kami di bandar Istanbul. Kami mengambil keputusan utk menggunakan tram sebagai pengangkutan utama kami sepanjang berada di IUstanbul: lebih efektif, cepat & murah berbanding self drive...

     Di waktu subuh inilah seawal jam 4am aku dah dikejutkan dengan kemasukan wassap secara bertubi2... pada mulanya aku malas nak bother sebab ngantuk kot... kul 4am tu... aku biarkan aje sampai jam 5am, sebab mmg itulah time bangun aku sepanjang berada di Turki ni... early bird sangat kannn... baca punya baca punya baca, rupa2nya geng2 GSM nam jahanam aku yg. wassap bertanya khabar keselamatan aku disebabkan oleh tragedi bom di Ankara... diorg risau aku x keluar lagi dari Ankara rupanya... Aku update yg aku selamat & berada kat Istanbul dah pun... Alhamdulillah rupanya ramai gak sayang kat aku selain dari incik suami hahaha!!!!

     Seawal pagi, kami memulakan perjalanan utk melawat ke kawasan bersejarah di Istanbul. Kami membeli 1 keping tiket tapi kami reload seorang TL10 sebab 1 tiket kami boleh tap banyak kali utk beberapa org sekali pun. Rata2 1 way fare utk tram ni adalah TL2.15, xkisahlah selang 1 stesen ke ataupun sampai hujung stesen ke, harganya constant je... Tiket kami beli dari kiosk runcit tepi jalan. Perjalanan dari apartment ke stesen tram terdekat kami bernama Heseki hanyalah 5 minit Destinasi pertama kami adalah stesen Sultanahmet atau dikenali sebagai Old City. Di Old City inilah merupakan tempat tumpuan pelancong kerana terdapat tempat2 bersejarah yang menarik disekitar sini. Yang pertama2nya kami memasuki Masjid Biru @ Blue Mosque, yang menjadi highlight utama Istanbul & tempat wajib lawat dlm itinerari. Masuk masjid kan, FOC la jawabnya... Blue Mosque ini sangat indah & unik, dari kejauhan kita dah boleh melihat kubahnya yang seakan2 berwarna biru dari jauh walaupun hakikatnya ianya diperbuat dari marmar yg. kekelabuan warnanya... Kami memasuki kawasan masjid, melawat di dalam masjid. Aku & Dewi berniat nak buat solat sunat Dhuha dalam masjid tersebut tapi kami terlupa membawa spray air & kami x tau di mana letaknya tempat wudhu' utk muslimah. Makanya kami cuma berdoa sahaja di dalam hati semoga niat kami nak bersolat itupun dah dikurniakan pahala... InsyaAllah...

     Selepas Blue Mosque, kami berjalan ke bangunan bertentangan yang merupakan tempat yg. aku memang ingin lawati & masuk iaitu Hagia Sophia @ Ayasofya. Fyi, Ayasofya merupakan sebuah gereja yang ditukar menjadi masjid ketika zaman penjajahan Khalifah Othmaniyah namun ditukar menjadi muzium ketika zaman pemerintahan Mustafa Kemal Atartuk. Apakah keistimewaan tempat ini sampaikan aku tergila2kan nak masuk ke sini? Jawapannya ialah, kerana aku ingin melihat kehebatan seni architecture kuno dan juga gabungan 2 in 1 masjid dan gereja dalam satu bangunan dan itulah keunikannya...

     Utk memasuki Ayasofya, entrance fee sebanyak TL30 dikenakan: antara entrance fee yg. termahal dikanakan di Turki, namun kami persetankan itu semua dan sanggup beratur panjang utk membeli tiket. Fyi, Ayasofya dibuka setiap hari kecuali Isnin. Kami datang pada hari Sabtu, maka bersyukurlah kami kerana dapat peluang masuk ke Ayasofya.

    Masuk saja dalam kawasan Ayasofya, MasyaAllah sangat kagum aku dgn keindahan senibina bangunan tersebut. Masuk lagi, lagi kagum dan kagum dan kagum... tiada kata yg. aku boleh gambarkan keindahannya, hanya dapat dizahirkan melalui foto2 yg. aku tangkap seperti di bawah. Utk eksplorasi Istanbul, aku tidak membawa DSLR aku kerana melalui pembacaan aku sblm ke Turki, agak bahaya membawa kamera besar & nampak sangat macam tourist, nanti adalah yg. bakal berkerumun or takut ada adegan copet-copetanlah. Percaya atau tidak, jumlah gambar yg aku tangkap menggunakan S6 Edge aku utk Aya Sofya je mencecah 200 gambar tau!!! Xpernah2 aku amik gambar tempat dalam 1 bangunan sebanyak tu tau!!! Nampak x betapa kagumnya aku berada di dalam tu...

    Walaupun Ayasofya sedang dalam renovation tapi itu tidak menghalang aku dari terus mengexplore kawasan tersebut. Dalam sejam lebih jugaklah kami berada di situ, lepas tu barulah kami keluar selepas sedar diri dah lapar. Matahari pun da tegak atas kepala. Namun perjalanan kami tetap diteruskan ke Istana Topkapi @ Topkapi Palace, tempat bersemayamnya Sultan2 dari zaman kerajaan Othmaniyah @ Ottoman. yang kini juga tersenarai sebagai salah satu tapak warisan UNESCO. Harga masuk adalah TL20 kalau xsalah, namun aku, Dewi & AD x masuk, hanya Ita, Kak As & Mera je yg masuk kat situ. Manakala Shirah menemani Che Din utk mencari Pandora... comel kannnn... Kami cuma duduk melepak di kawasan taman sekitar istana, berehat menikmati cahaya matahari di bawah pohon mulberi sambil kami feeling2 filem Mohabbatein (daun mulberi kan). Sangat nyaman kawasan situ. Nak pegi toilet, aku ajak Dewi teman mencari public toilet di kawasan sekitar. Kami melilau mencari sehingga melalui Muzium Seni la, Muzium Arkeologi la, macam2 muzium lah kesimpulannya sambil bermain2 dgn kucing jalanan yg. kami jumpa sepanjang jalan pencarian toilet kami. Akhirnya berjumpa jugak public toilet berdekatan dgn library dgn bayaran sebanyak TL1 per entry. Dah macam toilet KLCC pulak... mahal tapi toiletnya memang saaaaaaannnnngggggaaaaaat bersih. Keluar toilet, kami merayau2 lagi di kawasan persekitaran sambil tengok guard berkuda. Segak noooo....

     Kami kembali ke tempat perlepakan kami sebab AD ada kat sana dan Ita & da geng pun dah keluar dari istana. Kami diberitahu xboleh mengambil gambar langsung dalam istana tersebut... nasib baiklah kami x masuk.... huhuhu....

      Zohor mula masuk... Di sini kami berperluang menyaksikan & mendengarkan kelunakan azan yg. dibawakan secara bergilir2 (versi penuh) oleh 2 imam dari Blue Mosque & Hagia Sophia... MasyaAllah masing2 tunggu turn antara satu sama lain utk menghabiskan setiap baris azan tanpa berlaku serentak & tidak berbolok ghok bak kata org Ganu... aku sempat mengambil video azan dari imam Hagia Sophia ini... Terlalu indah utk tidak diperdulikan utk dikongsi bersama korg semua...

     Kami berjalan kaki mencari tempat makan akhirnya kami berhenti makan di sebuah gerai jalanan yg. comel di sekitar kawasan Ayasofya. Agak mahal pita kebabnya tapi pasal lapar sebat ajelah... yelah dekat ngan kawasan pelancongan kaedahnya.... Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Grand Bazaar yg terletak beberapa kilometer dari Ayasofya. kami berjalan kaki kerana nak menjimatkan tiket tram kami. Yealah setakat selang 1-2 station je kami sanggup berjalan kaki la... seriously disebabkan banyak berjalan di Turki ni, jeans aku menjadi tersangat longgar sehingga londeh ke pinggul la... dasat x dasat penangan exercise berjalan ni utk aku...

     Kami sampai di pintu masuk Grand Bazaar namun kami memutuskan utk bersolat terlebih dahulu di masjid sebelah Grand Bazaar. Jalan, jalan jugak beb, tapi solat jgn lupa... :) Seperti biasa, aku cuma bawak stokin je kalau nak solat masa travel... baju dah memang long sleeve... Sudah solat, kami memasuki Grand Bazaar @ Buyuk Carsi. Dikhabarkan bahawa bazaar ini merupakan pasar tertutup terbesar & tertua di dunia!!! Pasar ini menyaksikan purata jumlah pengunjung sebanyak 250k-400k orang sehari!!!Dan lain2 info bolehlah didapati dari link Grand Bazaar ini.

     Aku memulakan siri pencarian t-shirt rare di sini... terdapat lebih kurang 3k kedai dan aku mulalah rambang mata tengok banyak barang kat sini, namun aku berjaya mengawal nafsu sopin aku kerana barang2 di sini agak mahal... yelah tempat tumpuan pelancong la katanya. Hampir sejam kami keluar masuk bazaar, dan memang aku menjumpai 2-3 t-shirt yg bagi aku sangat unik, tapi sebelum membuat keputusan aku memang akan cuba mencari lagi yg. lain. Akhirnya aku beli jugak t-shirt pertama yg. aku aim yg. dalam perasaan aku rare la & aku suka look & feel t-shirt tersebut iaitu lukisan penari sufi dgn Arabic font... sebab aku jumpa ni kat 1 kedai je di antara ribuan kedai dalam tu (xpegi semua, gila kot dalam masa 1 jam setengah nak settle semua) tapi the price... quite pricey... tapi xpelah!!!

     Kami juga sempat membeli Turkish Delight timbang (utk makan sendiri sebab mahal... hehehe) yg. diperbuat daripada madu. Kami juga berjumpa dgn delegasi pelancong dari Malaysia sedang membeli belah kat sini. Sempatlah kami bersembang mesra dengan pakcik makcik nih....

     Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Spice Bazaar @ Misir Carsisi @ Egyptian Bazaar. Perjalanan dari Grand Bazaar ke Spice Bazaar ni boleh tahan lumayan jugaklah jauh dia. Dalam perjalanan kami sempatlah selfie melfie kat tengah jalan sambil menikmati kesesakan pasar tersebut. Oh ya, ketika ini, Che Din sudahpun pulang ke apartment kerana faktor keuzuran, dia dah x boleh nak cope sangat dengan kami berdarah muda ni pegi mana2 pakai kaki aje... Kami pun xnaklah dia rasa terbeban dengan keaktifan kami, yg. x boleh nak duduk diam kat satu ntempat lama sikit...

     Di Spice Bazaar, para penjual sini memang macam seakan tau je yg. kami dari Malaysia: dah ada cop Malaysia kot kat dahi kami ni... Mereka mengusha kami utk membeli barangan mereka sambil menyanyikan lagu2 Siti Nurhaliza la, lagu Datuk M. Nasir Suatu Hari Di Hari Raya la, offer kami nasi lemak, nasi goreng pattaya & macam2 makanan Malaysia la... cakap melayu tapi diorg sendiri pun x paham apa yg. diorg cakap... kelakar siottt...

     Di sini kami membeli pinggan mangkuk ala2 Pajura dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia... aku beli mangkuk megi je 2 bijik, Ita & kak As siap beli set pinggan mangkuk laksa tuuuu.... hahaha. Kami juga singgah di satu kedai yg. menjual pelbagai jenis teh. Aku beli 2 jenis teh iaitu apple tea & lemon herbal tea. Ita beli love tea... hehehehe... Aku xtaula macamana ko minum Love Tea tu Ita, sebab bau dia macam bau pot pourri tu... P/S: kalau ada hasil sila PM aku... hahaha. Kedai tu memang menjual pelbagai jenis teh yg. pelik2 tau...

     Habis bersopin sakan di Spice Bazaar, kami mengambil tram utk ke HRC Istanbul utk membeli t-shirt. Shirah memang memainkan peranan penting dalam trip Istanbul ni sebab dia pengkaji map yg. efektif & efisien utk kami. Kalau dia xde, manalah kami nak cari HRC ni... TQ Shirah!!! We lebiu!!!! Sepatutnya kalau nak senang kami perlu menaiki blue line tram kami ni & bertukar mengambil green line, tapi menurut map yg dikaji oleh Shirah, dari Eminonu (station yg berdekatan dgn Spice Bazaar) kami perlu turun ke Tophane (station yg. berdekatan HRC) tanpa perlu salin ke green line, namun kami perlu menapak kira2 500meter utk ke HRC. Dengan ketegaran yg amat kuat, makanya kami mengambil option ke 2 sebab malas nak salin tram n double cost di situ.

     Rupa2nya Tophane terletak di Istanbul sebelah Asia: di mana kami dibawa merentasi laut tapi kali ini dengan tram. Sesampainya di Tophane, kami turun dan memulakan perjalanan 500 meter kami dengan jayanya. Okeh ini xtau nak gelak gembira ke sedih: memanglah jarak pengiraan map ni cuma 500 meter, tapinya 500 meter tu memanjat bukit menegak hampir 90 darjah tu!!! Dengan gigih sambil mengangkut pinggan mangkuk kami mendaki 500 meter semata2 kerana sehelai t-shirt HRC!

     Perjalanan menaik kami terserempak dengan beberapa gerombolan yg memegang sepanduk tapi dah tertutup la... ramai tu, n kami heran apa yg. ada kat atas tu. So aku just assumed ada konsert kot kat depan HRC... Hampir sejam  kami mendaki akhirnya kami sampai ke puncak!!! OK kat situ kami dapat pencerahan kenapa kami terserempak dengan ramai sangat orang pegang sepanduk. Rupa-rupanya polis baru saja menyuraikan rusuhan yg. berlaku di depan HRC!!! Rusuhan yg. tercetus adalah rentetan dari tragedi pengeboman Ankara, katanya siap ada adegan tembak menembak oleh polis masa rusuhan tu berlaku... Apakahhhh!!! Kelihatan ramai polis ala2 FRU standby sepanjang jalan tapi kami buat muka toya terus je masuk HRC. kami sempat bertanya kepada pekerja HRC tentang insiden rusuhan tersebut & mereka menasihatkan kami agar beli cepat2 pastu chow terus sebab takut akan ada perkara2 susulan berlaku... Memang rezeki kami utk berada dalam 1 situasi besar yg berlaku sehingga dapat liputan meluas serata dunia namun kami cuma berada di tempat kejadian sebelum (bom Ankara) dan selepas (rusuhan bersurai)....

     Kami menurun bukit kembali utk kembali menaiki tram, kali ini terus ke Haseki (blue line jugak), kami singgah dinner di Uyghur restaurant kedai makan China Muslim yg. menawarkan makanan berkuah dan bersup (yelah sebab makanan Turki rata2 kering...) Kami makan mee berkuah dan pedas, amat lazat sekali rasanya!!! Memang wajib cari kalau sampai ke sini!!!! Kekenyangan, kami pun  pulang ke apartment dan berehat utk recharge tenaga untuk eksplorasi yang seterusnya esok...



Istanbul kami dah sampai!!!



Jambatan Pulau Pinang pun ada kat sini



Tram station kami: Haseki & route kami



Di perkarangan pintu masuk Blue Mosque



Sila baca sendiri



Blue Mosque yg. indah



Lagi Blue Mosque



Jelitawan & Blue Mosque... hohoho



Model bertangan 4






Dah masuk dalam perkarangan masjid



Prayer entrance







Ruang kubah masjid... melihat keindahan masjid Biru



Model x berbayar yg setia dipergambarkan (ruang solat Muslimah)



Ngeeee!!!



Lagi interior architecture masjid



Beautiful!!!



Blue Mosque dari luar secara penuh







Pinggan Pajura ada dijual kat dalam compound masjid



Kami lagi!!!


Pakcik roti yg. berpakaian makmal... tapi roti dia sedap!!!



Roti berintikan coklat



Hagia Sophia



Entrance



Hagia Sophia dari luar. Panjang giler org beratur beli tiket



Entrance fee=TL30



Dalam pun agak sesak


Information board



Masuk pintu je dah cantik, kat dalam apatah lagi



Cantikyaaaaaaaaaaaaaaaa



Kami & kubah unik



Wojib selfie kat dalam sini



Selfie



Masih dlm mood menikmati kecantikan senibina Hagia Sophia



Let the pictures tells the story













Wishing Column-dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dgn memusingkan ibu jari dalam lubang tersebut. Ramai gila org beratur, tapi kitorh idok le...



Lagi info



Modelku...



Kami di lantai 2



Kami berselfie di lantai 2



Gambar dari lantai 2 lagi...



Nampak cross di dinding? Motif aku ambil gambar ni sbb motif corak dia seakan2 The Shroud of Turin... hohoho sangat org sejarah aku nih...



Cuba menjadi artistik



Hehehe kami lagi



Tanpa kami



Yes we can see Blue Mosque from here



Lagi artifak dinding tinggalan ketika Hagia Sophia masih lagi church



Muka lemau tapi still nak selfie



Barang utk dijual: mock up je pun...



Can't take my eyes off you


Cantik



Tinggalan mimbar ketika Hagia Sophia bertukar menjadi masjid



Lagi menguji nilai artistik



Pintu keluar



Hagia Sophia dari luar











Pintu gerbang ke Topkapi Palace



Topkapi Palace tapi aku & Dewi x masuk






Ini adalah daun mulberi kata Dewi



Mohabbatein



Misi mencari toilet



Library compound







Segak polis berkuda dia



Ya, kami lunch di sini



Wrapped kebab & model di belakang-package



Mari kita ke paso







Kami singgah di masjid ini bersebelahan Grand Bazaar utk solat



We are here!!!



Selfie dulu sblm mengabihkan Lira






Grand Bazaar



Lagi interior Grand Bazaar







Aku lagiiii



Tiada motif tersurat & tersirat, cuma aku tertarik dgn keunikan pelbagai jenis err... 



Otw ke Spice Bazaar







'Say Aaaa!!!' kata AD di belakang aku...



Spice Bazaar



Spice Bazaar








Sempat lagi!!!



AD menjalankan tugas sebagai paparazi bertauliah


Video Azan antara 2 imam - Hagia Sophia vs. Blue Mosque

















No comments:

Post a Comment