Saturday 28 February 2015

Recap entry-The Pilgrims: Umrah






Pakej: Umrah direct via Saudi Air (SV)
Jenis Pakej: 4 sebilik (12 Hari 10 malam)
Harga: RM 4.990/pax


28 February 2015

    Setelah sekian lama kami berhasrat utk. menunaikan umrah, akhirnya Allah membukakan pintu utk kami suami isteri utk. ke sini. Semuanya adalah terima kasih kepada emak, Pn. Zon Aziah kerana perginya kami di sini adalah disebabkan memenuhi hasrat mak utk menunaikan umrah & mempelawa kami utk menemani mak. Kami pergi ber-4: iaitu mak, aku, encik suami & adik lelaki aku & memandangkan semuanya mahram kami tidak mempunyai masalah utk mengambil pakej 4 sebilik. 

    Memandangkan aku telah ditugaskan utk. mencari agen yg. sesuai & menawarkan pakej yang sesuai dgn. bajet kami, maka aku memulakan misi pencarian agen. Setelah di google & dibaca review dari banyak blog, akhirnya aku memutuskan utk pergi bersama2 Andalusia Travel. Mmg kebanyakan review yg. diberi bercampur baur antara positif ke negatif, namun aku memasangkan niat bahawa kami pergi adalah kerana Allah Taala...

    Kami membuat pendaftaran pada bulan November 2014 dan memilih penerbangan bersama2 Saudi Air dan bakal bertolak pada 28 Februari 2015. Sementara menunggu, kami telah menghadiri kursus umrah di Andalusia Cawangan Bangi.

    Alhamdulillah urusan visa kami berjalan dengan lancar dan kami tidak mempunyai apa2 isu dgn pihak kedutaan mahupun pihak Andalusia, dan tarikh pilihan kami juga clear tanpa ada masalah.

    Kami bertolak pada 28 Februari 2015, hari Sabtu jam 1 petang dan kami melakukan ziarah dulu di Madinah. Flight kami kira2 8 jam dan kami mendarat di Jeddah. Dari Jeddah ke Madinah pula mengambil masa kira2 5 jam perjalanan dengan menaiki bas. Dalam perjalanan ini, kami singgah di sebuah masjid utk bersolat dan juga makan malam.

    Kami tiba di Madinah lebih kurang jam 4.30 pagi. Kami akan menginap di hotel Fayrooz Al Shatta yg. terletak sangat hampir dgn Masjid Nabawi di pintu Bahagian Perempuan utk ke Raudhah. Bagi aku macam x sampai 50 meter ke masjid...

    Perasaan kami sangat terharu dan gembira dapat menunaikan solat di masjid Rasulullah ini, dan menjadi satu kegembiraan apabila dapat melihat sendiri makam Rasulullah dan juga dapat bersolat di saf antara terkedepan di Raudhah walaupun keadaan di dalam tu huru hara dgn perebutan beratus2 ribu jemaah yg. ingin berebut saf hijau di Raudhah. Kami berada di Madinah selama 4 hari, dan sempat menziarahi Masjid Quba' (sambil merasa makan kurma sejuk di sini sangat sedap!!!), Jabal Uhud, ladang kurma dan juga pasar kurma. Lawatan ke ladang unta pula dibatalkan kerana waktu kami pergi tu sedang sibuk dgn wabak MERS, so mereka x mau mengambil risiko kerana kes tu sedang berleluasa.


Check in hotel di Madinah



Masjid Nabawi



Emak yg. happy



Selfie 1



Emak @ main entrance







Kami menunggu turn utk. masuk ke Raudhah



Kubah hijau: Makam Rasulullah



Emak selepas dipayungi



Sempat snap gambar mimbar di Raudhah



Beribu2 muslimat nak merebut tempat di saf hijau



Fefeeling org Arab... hehehe



Dalam bas menuju ke Masjid Quba



Emak @ Masjid Quba



Pasar kurma di ladang kurma. Sedikit mahal compared tu pasar kurma, tapi fresh from ladang



Me n pokok kurma



In person with pokok kurma



Emak & Jabal Uhud


Lelaki dari padang pasirrr...



Masjid Qiblatain: masjid yg. mempunyai 2 arah kiblat. Kami cuma tgk dari tingkap bas aje...



Me n encik suami...




Kami bertolak ke Makkah pada hari ke-4 selepas waktu Zohor. Kami menunaikan solat jama' di bilik hotel sebelum berlepas. Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa lebih kurang 6 jam tak termasuk singgah utk. bermiqat di Bir Ali, solat jama' Maghrib & Isya' dan makan. Kami singgah bersolat di 1 R&R yg. aku pun xtau nama tempatnya. Ingin diingatkan di sini, toilet di R&R Arab Saudi ni tidaklah seindah toilet R&R di Malaysia, so prepare for the worst n kita xkan rasa terkejut sangat...

Singgah bersolat di R&R ini dan juga makan malam, aku xtau kenapa nasi Arab di negara Arab ini amat lazat walaupun x pedas. Kami makan setalam bersama jemaah2 lain tapi x habis jugak nasik dlm talam tu... hehehe

Kami tiba di Makkah pada waktu tengah malam. Kami check in di Hotel Dar El Khalil secara segera utk meletak bag2 kami & terus mengikut mutawif kami utk. melakukan umrah yg. pertama. Hotel kami terletak kira2 700 meter ke Masjidil Haram di King Fahad Gate dan kami berjalan kaki beramai2 untuk menunaikan umrah kami.

Perasaan amat bercampur baur pada ketika ini... Excited ada, takut, ada, gembira pun ada. Memandangkan kami byk didedahkan dgn kejadian2 pelik yg. berlaku pada jemaah di Masjidil Haram, maka risau tu tetaplah ada... Almaklumlah, kita manusia biasa yg. selalu melakukan dosa kan... Namun Alhamdulillah, masuk saja kami di perkarangan kaabah, dan melihat 'kotak hitam' dgn perhimpunan berjuta2 umat Islam di kelilingnya mmg membuatkan aku merasa sebak. Airmata tu mengalir secara automatic, dan mmg inilah kebesaran dan kegembiraan yg aku rasa bila akhirnya aku dapat mengadap 'Baitullah' secara live di depan mata. Andalusia menawarkan 3x umrah dgn dipimpin oleh mutawif, n Alhamdulillah sepanjang umrah kami, kami dipimpin oleh mutawif muda yg. berasal dari Malaysia bernama Ustaz Khalil atau kami selesa memanggilnya sbg. Ustaz K dan merupakan seorang ustaz yg. sempoi, fleksibel, x terlalu formal, baik dan juga hensem.... Yalah, org muda la katanya... So kami se group mmg sgt menyukai ustaz ni kerana approach dia adalah sebagai kawan kepada semua org instead of sbg. seorang ustaz... Sampai adik aku pun boleh duduk lepak2 dgn Ustaz K ni...

Umrah ke-2 kami jatuh pada hari Jumaat, dan kami bermiqat di Tana'eim aka Masjid Saiyidatina Aisyah. Kami melakukan umrah ke-2 kami pada waktu Dhuha, dan kami menjangkakan akan habis sblm tengahari. Namun takdir Allah yg. aku boleh simpulkan sbg. rezeki juga, kami se group tersekat selepas melakukan saie. Kami tidak boleh keluar dari tempat saie tu sbb jemaah dah mula memenuhi setiap sudut Masjidil Haram untuk solat Jumaat. Akhirnya kami kaum Muslimat dapat merasa pengalaman bersolat Jumaat utk pertama kalinya dlm hidup kami, dan peluang itu pula kami dapat di dalam Masjidil Haram, mmg merupakan rahmat utk kami. Agak mencabar apabila kami perlu melakukan solat di bukit Marwah yg. menurun bukit, licin dan berbatu namun Alhamdulillah semuanya selesai dgn lancar.

Umrah ke-3 bermiqat di Ja'ranah, selepas kami melakukan ziarah kami di Jabal Tsur, Jabal Rahmah dan juga melewati Padang Arafah, Muzdalifah & Mina.

Umrah ke-4 adalah bonus bagi sesiapa yg. mengambil ziarah optional ke Hudhaibiyah, namun kami tidak join ke sini kerana kami mendaftar utk mendaki Jabal Nur pada malam ini... Kiranya mcm kami simpan energy la utk. ke sini...

Kami bertolak ke Jabal Nur pada jam 10 malam, dan mengambil turn menaiki van F1 (sbb driver dia bwk mcm racing F1 je.... hihihi sereemmmm) utk ke kaki Jabal Nur. Dari perkampungan di kaki Jabal Nur tu, kami perlu 'mendaki' jalanraya 90 darjah utk sampai ke tempat permulaan mendaki... Aku dgn x bawak track suit n kasut sukan hanya mendaki dgn jubah & kasut Crocs aku... Banyak kali jugak hampir berputus asa mendaki bukit tersebut tapi bila aku ingat 'ok, that's it' adalah pulak makcik Turki dgn muka relax dia mendaki terus naik ke atas. Aku apalagi... tercabar yg. amat!!!!

Alhamdulillah sampai jugak aku di puncak bukit dan dapat memasuki Gua Hira', iaitu gua di mana Rasulullah SAW mendapat wahyu pertamanya... walaupun aku xdapat masuk ke tempat solatnya atas sebab 'kesempitan ruangan' namun aku bersyukur diberikan kesempatan utk. berada di sini sambil mengimbau sejarah Rasulullah SAW.

Tawaf wida' kami berlaku pada waktu Dhuha, kerana selepas Zohor kami perlu menaiki bas utk pulang ke Malaysia. Makanya kami hanya melakukan solat sunat dan juga tawaf wida' dan solat jama' di hotel.

Penerbangan kami berlepas selepas kami menunaikan solat Jama' Maghrib-Isya' di airport dan kami sampai di Kuala Lumpur pada jam 11 lebih pagi. Kami berdoa semoga kami diberi kesempatan utk kembali ke rumah Allah dan melakukanb ibadat Haji pulak...

Bagi sesiapa yg. ingin mengetahui pakej2 yg. ditawarkan oleh Andalusia secara lebih detail, bolehlah click link Andalusia untuk mengetahui pakej & harga terkini.


Mak & adik lelaki aku



Me & encik suami



Kami makan setalam



Alhamdulillah akhirnya kami menjejakkan kaki di sini






Kami di Masjid Saiyidatina Aisyah



'Selebriti' dlm group kami... hahaha macam muka siapa ek???



Mak sambil menunggu solat jumaat



Jutaan umat Islam di sini sambil mendengar khutbah Jumaat... ni baru kat tempat Sai'e okeh...



Ustaz K sedang memberi penerangan tentang Jabal Tsur



Kami berselfie di Jabal Tsur sambil mendengar penerangan...



Kami & Jabal Rahmah



Jabal Rahmah



Aku & emak



Tuan punya unta da usha2 sbb amik gambar unta dia tanpa bayaran...



InsyaAllah akan ke sini jugak kami nanti...



Pemandangan Mina



Mix sandwieh (ejaan kat menu ye): campuran semua dalaman kambing-termasuk otak, hati etc2... well... not bad rasanya....



Pemandangan dari tingkap hotel kami



Mercu tanda Makkah



Pose istimewa dari puncak Jabal Nur



Aku kat dlm Gua Hira'. Cuma xdaya nak memanjat batu blkg tu utk ke gua tempat solat atas faktor 'ruang'...



Lagi posing ngan adik aku pulak...



Muka sememeh sgt lepas panjat bukit



View Makkah dari atas... Subhanallah cantik!!!