Wednesday 25 December 2019

#GengPAK: Khunjerab Pass - Bermandi Salji di Sempadan Tertinggi Dunia

Hunza: 30 April 2019 (Day 7)

     Selepas check out, kami meneruskan perjalanan kami dengan keadaan yang tenang kerana jalanraya yang kami lalui kini adalah dalam keadaan yang terbaikkk. Kami singgah sebentar di Passu Cones untuk bergambar. Kenapa berhenti di sini? Kerana pemandangan di sini adalah sangat cantik dan sangat Instagrammable untuk kaki-kaki IG. Dengan pemandangan gunung ganang yang tersusun disamping jalanraya yang agak lengang sampai kita boleh bergambar baring atau berenang kat atas jalan (okay, yang ini melampau), tempat ini jugak aku rasa tersangat popular dan adalah pitstop wajib bagi semua traveler (sebab aku banyak tengok gambar orang dok berposing kat tengah jalan ni... seperti kami kuikuikui). Biarlah gambar berbicara...


Welcome to Passu

Apa jenis posing pun taktau hahaha

Saujana mata memandang

Jinjit kaki sebelah ye. Dah macam Raja Ema je Ita nih hahaha

The other side of Passu

Posing lagihhh

Charlie's Angels katanyaaaa

Lagi satu kali!

     Perjalanan kami diteruskan dengan mode menaik gunung. Kami menghayati pemandangan gunung yang semakin naik semakin memutih di kiri kanan highway sambil menikmati lagu-lagu Hindustan yang dipasang berselang seli dengan suara merpati yang asyik berduet menyanyikan lagu chenta Hindustan hahaha. Sekali sekala kami membuka tingkap untuk menghirup udara yang sejuk melebihi aircond dan tutup kembali kalau ada asap dari lori melalui muka kami ataupun kalau dah sejuk sangat. Perjalanan menaiki gunung yang bersimpang siur tetapi lancar kerana jalanraya yang elok dan lapang mengambil masa sejam lebih jugak tak salah aku. Semakin ke kemuncak semakin lebat salji turun dan kami agak teruja untuk mengejar salji di Khunjerab Pass: iaitu lintasan sempadan yang menghubungkan negara China-Pakistan yang juga merupakan lintasan sempadan antarabangsa yang tertinggi di dunia. Akhirnya kami tiba berhampiran dengan pejabat askar sempadan dan kami disuruh untuk mencari parking di kawasan yang ditunjukkan oleh askar sempadan. Dari parking untuk ke pagar yang menjadi had untuk pelawat dan pelancong adalah lebih kurang 200meter. Kami bersiap sedia memakai glove, membetulkan jaket kami, menyediakan heat pad dan sebagainya dan akhirnya siap untuk 'berperang' dengan snowfalls yang agak lebat. Perlahan-lahan kami berjalan menuju ke pagar had tu sebab kami berada di kemuncak yang tinggi di mana oksigen mula menipis tambahan sejuk namatey masa tu sampai aku terpaksa menutup separuh daripada muka aku dengan shawl panjang kerana hidung dah mula berasa ngilu. Bermulalah aksi posing maut kami dalam keadaan kepalaku tengah wenggg kerana AMS hahaha. Sekali lagi kami menjadi tumpuan para pelancong dan juga orang tempatan yang mungkin teruja melihat 3 gadis berhijab yang hanya di escort oleh tour agent dan drivernya ke negara yang di mana kaum wanitanya tidak begitu di exposekan. Kami mendapat pelawaan bergambar bersama-sama dengan begitu banyak. Kali ni kami tak dapat nak menolak kerana diorang pegi je berdiri sebelah kami dan terus snap selfie. Keadaan agak tidak terkawal kerana kami dah agak ting tong masa tu menahan sejuk dan memang keadaan pasrah je bila diminta bergambar (terasa seperti artis kami ni hahaha). Osama dah dilihat agak tidak senang bila kami dihimpit ramai orang untuk bergambar, mungkin kerana dia risaukan keselamatan kami hohoho. Tapi kami kembali on track bila bergambar bersama dan kami menikmati pemandangan putih salju di sempadan tersebut. 


Kami terserempak lagi dengan kawanan lembu yang comel

Tinggi kan kami berada!!! Dari jalanraya kami boleh nampak gunung dilitupi salji

Sedikit video perjalanan kami menaiki gunung dan salji pun mulai turun...

Salji + lagu hindustan = Bollywood!!!

Yeyeahhh kami dah sampaiiii!!!

Gambaran solo di depan border post. Nampak salji turun tak?

International border cross tertinggi di dunia

Bersama salah seorang peminat hakak hahaha

Family sekereta

Sejuk wehhh

Tak dayo eh nak main seleji sejuk-sejuk nih. Tapi ada sekumpulan locals sibuk main baling-baling salji macam hari krismas dah

Signboard menghala Pakistan

Signboard menghala China

Kat belakang sis tu ada bangunan di mana ditempatkan mesin ATM tertinggi di dunia. Apa ingat askar taknak cucuk duit ke hapa ke?

     Dah habis sessi bergambar dan bersejuk beku di sempadan tertinggi di dunia, kami beransur untuk menurun gunung balik. Kami dijangka akan bermalam di Gilgit pada hari ini dan untuk pengetahuan korang, ini adalah revised itinerary untuk kami kerana sepatutnya kami berkhemah sama si Nopal... Eh bukan!!! Kami berkhemah di Gulmit Camp, tapi kami diberitahu oleh Osama yang cuaca tidak berapa mengizinkan untuk kami berkhemah, so kami passed berkhemah dan digantikan dengan Gilgit. Kami dijangka tiba di Gilgit pada lewat petang kalaulah tiada masalah dipertengahan jalan dan kami pun memang betul-betul mengharapkan tiada lagi masalah dalam perjalanan kami. Dalam perjalanan ke Gilgit, kami sempat singgah di Hussaini Bridge, yang dinobatkan sebagai jambatan gantung yang paling bahaya di dunia. Jambatan gantung ini menghubungkan tanah besar dengan perkampungan yang berada di seberang sungai, dan untuk ke sini, perlu hiking jugak sikit. Aku passed jugak aktiviti ni, cuma Ita, Min dan Osama yang turun untuk menyeberang jambatan manakala aku hanya melepak di kedai kopi di tepi Hussaini Bridge sambil menikmati angin kencang. Yaaa... Salah satu sebab kenapa aku taknak ke jambatan gantung ini adalah kerana angin sangat kencang pada hari ini. Pakcik kedai kopi tu sangat peramah dan katanya, kopi dia adalah yang tersedap di Hunza! Kelihatan banya batu-batu bertulisan yang ditinggalkan oleh para travelers yang singgah mengopi di kedainya. Aku nak duduk di luar kedai, tapi disebabkan angin sangat kencang maka aku terpaksa masuk ke dalam kedai. Pakcik tu tanya samada aku nak order kopi atau teh, dan of course aku nak merasa kopi versi Pakistan la pulak kan, asyik chai je hari-hari. Lepas order baru aku perasan yang aku tinggalkan sling bag aku dalam kereta hahaha!!! Rupa-rupanya aku jatuh miskin pada saat tu takde sesen pun!!! Pakcik sambil buat kopi sambil bercerita tentang Pakistan dengan bangganya pada aku dan tak lama lepas tu datang sorang lelaki membawakan makanan untuk pakcik tu. Pakcik dan lelaki tu mempelawa aku untuk berkongsi makanan dengan mereka aku just say thanks ajelah sambil berkata aku dah makan tadi. Sama seperti chai, susu segar juga dimasak menggunakan periuk sehingga menggelegak dan selepas itu dimasukkan serbuk kopi dan gula dan kemudian dikacau sebati. Lepas tu, pakcik menggunakan mug Nescafe (okay ni lawak!) untuk menghidangkan kopi pada aku. Memang sedap kopinya kaw-kaw rasa susu dan sangat nyaman diminum ketika cuaca berangin nih. Aku terpaksa menghirup kopi aku sedikit demi sedikit sambil menunggu mereka-mereka yang sedang bergumbira di atas jambatan. Plus aku memang kena tunggu jugak sebab aku kan takde duit nak bayar kopi hahaha. 

     Dalam setengah jam lebih kurang, diorang pun naik dan dengan muka kesian aku mintak diorang bayarkan kopi aku dulu hahaha. Kena bahan jugaklah kejap sebab berani order tapi takde duit! Kali ni kopi aku dah abis, dan aku menunggu sekali lagi untuk diorang minum pulak. Osama & Min order kopi dan Osama bertanyakan Ita nak order skali tak? Ita mintak nak order chai sebab Ita memang tak minum kopi, tapi tiba-tiba Osama cakap 'but just had chai'... Korang bayangkanlah merpati ni, pasal minum pun boleh tercetus pergaduhan... Pastu Ita cakaplah dah dia tak minum kenapa dia nak kena order kopi jugak? Pastu Ita cakap, nevermindlah dia takmoh minum apa-apa, terus Osama suruh order chai la pulak... Lantak koranglahhhh adoiii!!! End up Ita tak order apa-apa dan merpati berdua ni melancarkan perang dingin sekali lagi. Selepas minum, kami nak jugak menulis atas batu untuk dijadikan memoribilia di kedai tersebut, rupa-rupanya kami perlu membayar untuk batu tu. Aku lupa berapa harganya tapi Osama yang tolong bayar untuk kami minum dan jugak batu. Pastu dia membebel sebab kami beli batu tu untuk tulis dan tinggal kat kedai tu.

Ngopie doloe!!

Pakcik kopi yang terkenal

Aku dan bebatuan bertulisan hasil tinggalan travelers terdahulu dari pelbagai negara

Memoribilia

Nilah kopi susu aku yang pekat dan sedap

Kat sebelah meja aku je ni. Memang bergolek-golek je batu ni merata-rata sampai atas meja pun ada

Sementara itu... Di Hussaini Suspension Bridge. Gambar dari Ita

Min merenung jauh

Sebenarnya banyak je gambo Ita solo, tapi saja je nak cari gamba merpati gak hahaha. Ini sebelum tragedi se mug chai

Cantek nau gamba aku terselit celah dapur ni. Muka sedih takde duit nak bayar kopi hahaha

Angin dah kurang sikit, so kita nikmati pemandangan gunung-ganang

Kami dan batu yang ada nama kami. Kalau korang singgah kedai kopi ni, carilah nama kami: Ita, Min & FW dan kemudian seru nama kami 3x hahaha

    Perjalanan kami lancar dan kami tiba di Embassy Hotel Gilgit pada waktu maghrib. Kami selesaikan check in dan berehat sebentar di bilik kami. Kat sini pun Osama sibuk kejap ketuk pintu kejap bagi towel dan macam-macam lagilah, dan rupa-rupanya dia nak tanya kami adakah kami sudi untuk keluar dating dengan dia malam ni hahaha!!! Sebenarnya dia nak mintak kami temankan dia mencari kedai hiking yang berada di pekan Gilgit yang hanya jarak berjalan kaki saja dari hotel kami. Aku dan Ita bersetuju untuk ikut, yelah nak jugak merasa berjalan malam sebab selalunya kami sampai kat hotel sebelum ni memang takde apa-apa aktiviti dah. Min tak berapa larat dan dia nak tinggal je dalam bilik sambil nak menumpang wifi hotel untuk dia menguruskan segala urusan yang tertinggal di Malaysia. Kami bersiap dan kemudian berjalan bersama-sama Osama untuk ke pekan Gilgit. Agak sibuk pekan ini dan rasanya ini adalah pekan terbesar yang kami singgah sepanjang kembara kami. Di Gilgit juga terdapat sebuah lapangan terbang dan sebenarnya kita mempunyai option untuk naik flight dari Islamabad untuk menjimatkan sekurang-kurangnya sehari (dalam kes kami, boleh jimat 2 hari) bermakna kami boleh skip Besham untuk 2 malam tu. Kami menselusuri pekan Gilgit di waktu malam dan seperti dijangka, kami tak nampak seorang perempuan pun kecuali aku dan Ita kat pekan tu (di waktu malam). Makanya, sekali lagi kami menjadi perhatian dan siap ada lagi try luck nak mengorat! Memang hamsap betullah diorang ni rabun ke hapa? Kami memasuki sebuah kedai hiking dan Osama membelek-belek barang-barang dalam kedai tu. Oh ya! Lupa nak cakap, sepanjang perjalanan kami di Pakistan ni, setiap kali kami nampak pekan mesti ada at least 1 bijik kedai kasut Bata! Di pekan Gilgit ni saja, sekurang-kurangnya 3 bijik kedai Bata kami lalui! Kami berjalan dari hujung ke hujung kerana ingin memilih kedai makan. Aku cakap kat Osama yang aku teringin nak merasa daging barbeque yang dijual di tepian jalan. Seperti biasa, Osama agak cerewet dalam pemilihan kedai makan dan akhirnya kami (sebenarnya Osama) memilih sebuah kedai makan kepunyaan sebuah hotel kecil. Kami order roti dan juga chicken skewer dan kemudiannya menambah beef skewer. Akhirnya kami dapat merasa daging di bumi Pakistan. Kami offer kepada Osama tapi dia menolak. Katanya dia hanya makan daging masakan mama dia di rumah. Ok, fine. Dan kami pun menghabiskan daging kami. 

Hanya gambar ni yang paling clear. Semasa kami berjalan di pekan Gilgit. Aku tak ambik banyak gambar or video disebabkan fobia aku dengan kes kena pukau di Mongolia sampai hilang handphone aku

Menikmati beef skewer

     Selepas makan, kami sekali lagi berjalan berpatah balik untuk ke hotel. Oh ya makan malam kami ditaja oleh Osama pada malam ni, Alhamdulillah... Kami singgah sebentar di sebuah kedai runcit yang ada menjual buah ceri untuk Min (dah berapa hari dia bising nak makan buah ceri walaupun Osama dah cakap belum lagi musim buah hahaha). Murah gila! Kami membeli 500gram dan harganya tak sampai RM5! Tapi yalah, masih belum musim buah dan bermakna buah tersebut adalah buah simpan, tapi oklah daripada takde. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2100pm, dan kebanyakan kedai mulai tutup. Memang cepat mati pekan ni. Tiba di simpang hotel, Osama mengajak kami singgah di sebuah kedai yang menjual jus buah-buahan. Kami ingatkan dia nak minum jus, so kami layankan jelah. Beriya-iya dia suruh kami order dan akhirnya kami order 2 banana milkshake. Pastu bila tanya dia nak apa, rupa-rupanya dia takmoh minum pun! Dia saja memperdayakan kitorang untuk melepak lebih lama cessss!!! Milkshake kami sampai dan kami kagum dengan tokey kedai yang try hard nak buat corak yang aku tak tau corak apa pun dia lukis kat milkshake tu hahaha! Osama cuba untuk memperdaya kami lagi dengan mengatakan yang lukisan kreatif tu menggunakan sos tomato! Biar betul letak sos tomato dalam milkshake??? Tapi kami anggap ajelah itu sebagai lawak hambar dari seorang guide yang kacak tetapi suka cemas hahaha. Di sini jugak, barulah Osama membuka cerita kenapa dia taknak makan beef skewer. Kata Osama, dia risau kebanyakan streetfood yang berasaskan daging ni bukannya berasal dari daging lembu, tapi adalah dari daging kaldai!!! Kami ada sedikit terkejut tapi laju je aku cakap, kalau daging kaldai pun apa salahnya? Asalkan halal so kami takde problem, dan kali ni dia pulak yang ok fine kat kami hahaha. Andaikata kalau betullah yang kami makan tadi adalah daging kaldai, maka bertambahlah list makanan eksotik yang pernah aku makan sepanjang hidup aku. Selepas minum, kami kembali ke bilik dan mula mengambil turn mandi sebelum kami melelapkan mata kami... Esok kami bakal kembali ke Besham untuk tidur semalam sebelum kami totally sampai kembali ke Islamabad...

Kedai jus

Kalau korang terer, apakah jenis lukisan ni??? Sos tomato bak kata Osama, tapi sebenarnya strawbery sauce

Kami kena layan Osama dengan minum milkshake. Tapi dia tak minum, hampehhh























1 comment: