Hunza-Attabad: 29 April 2019 (Day 6)
Selepas perut kenyang dan kami suka hati, Shoaib membawa kami merentasi sungai, bukit, gunung dan juga berpuluh-puluh terowong untuk ke destinasi yang seterusnya. Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang hampir 2 jam jugaklah, dan kami juga singgah sebentar di viewpoint yang terletak di antara 2 terowong. Kami menyaksikan tasik yang luas dan mengambil angin sejuk sambil bergambar. Kelihatan sekumpulan lelaki yang aku tak tau nak describe masih remaja ataupun dah menjejak remaja purba hahaha. Mereka bawak radio yang ala-ala mini compo tu sambil memasang muzik kuat-kuat. Dah pasang muzik kuat-kuat, pastu buat apa lagi? Apalagiiii!!! Mereka pun menarilahhhh!!! Aku tiba-tiba teringat filem Azura scene di mana geng Allahyarham Raffi Hussein tengah menari breakdance. Memang deja vu betul situasi masa tu hahaha. Memang bingit dan agak mengganggu kami, tapi kami terpaksa buat derkkk jelah. Kami perasan yang kami diperhatikan oleh group ni tapi, biasalah kami kan pemenang Oscar, berlakon lah buat-buat macam tak perasan je. Salah seorang ahli group penari tu pergi ke Osama dan bersembang-sembang dalam bahasa tempatan. Osama datang kepada kami dan memberitahu yang group tu nak bergambar dengan kami bertiga! Hahaha haruuu betol!!! Tak nampak ke muka kami ni dah boleh jadi muka hakak-hakak diorang? Kami cakap dengan Osama yang kami takmoh dan kelihatan Osama agak lega dengan jawapan kami. Tak nak berlama di situ, kami pun masuk ke kereta dan meneruskan perjalanan kami ke Attabad Lake.
Tak banyak gambar aku ambik kat sini. Bingit. Tapi sesungguhnya Pakistan dan China memang macam BFF betul
Layankan Ita nih
Kami tiba di Lake Attabad dan kelihatan hari seperti agak mendung. Kami layankan aje Osama bercerita mengenai asal usul tasik ni dengan penuh bersungguh-sungguh. Sebenarnya, di sini adalah sungai dan terdapat sebuah perkampungan dipersisiran sungai tersebut. Begitu juga terdapat hotel yang dibina di tepi sungai. Hujan yang lebat, aras Sungai Hunza yang semakin naik dan risiko untuk landslide adalah tinggi, maka pihak berkuasa sudah mengarahkan agar penduduk kampung berpindah mengosongkan rumah mereka kerana dikhuatiri akan terkambus dek runtuhan tanah dan kebanyakan penduduk akur dengan arahan tersebut. Namun terdapat beberapa keluarga yang tetap tak mahu meninggalkan kampung tersebut dan menurut Osama, hanya tinggal dalam 10 keluarga macam tu jelah yang masih stay. Akibatnya, pada 4 Januari 2010, terjadilah runtuhan tanah yang besar di situ dan mengakibatkan kampung itu musnah sama sekali, dan diberitakan kira-kira 20 orang penduduk kampung terkorban dalam malapetaka itu. Akibatnya, terbentuk sebuah tasik di mana runtuhan tanah tersebut telah menyekat aliran Sungai Hunza dan pihak berkuasa mengambil masa 5 bulan untuk menghantar bantuan dan bekalan kerana tersekat akibat runtuhan tersebut dan tiada akses untuk penduduk-penduduk kawasan sekitar. Ni aku cerita secara ringkas je, kalau nak lebih detail mengenai Lake attabad Disaster ni, boleh click link ini. Kini, tasik yang indah yang terbentuk dari kemusnahan menjadi salah satu tarikan pelancongan di daerah Hunza ni. Di sini juga mereka jalankan watersport activity seperti jetski dan kita juga boleh menyewa bot untuk menselusuri tasik ini. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk menyewa bot, kami dapat bot yang besar untuk kami berlima siap boleh berjalan-jalan dalam bot, panjat la apa la dengan harga cuma PKR2,600, iaitu kira-kira RM65 untuk keseluruhan bot untuk 'cruise' tersebut. Macam-macam aksi yang kami lakukan atas bot tu, sambil menggigil kesejukan. Aku seperti biasa cuba celupkan tangan dalam tasik tersebut dan brrrrr memang sejuk!
Mari naik bot!
Attabad Lake
Pengembaraan bermula!
Gaya seorang profesional hahaha
Titanic versi Urdu hahaha
Ni la tukang layan dia. Merpati sungguh
Sis tak mabuk okeh? Ni sedang mengembangkan hidung untuk menghirup udara segar
Abis tu kita nak buat apa ni?
Buatlah gaya Baywatch sket!!!
Video clip lagu Cinta Tiga Segi
Yoga yang failed
Nakhoda bot kami
Lagi video atas bot
Maka berakhirlah cruise kami
Maka berakhirlah aktiviti kami pada hari ke-6 ini. Kami dibawa pulang ke pekan Hunza untuk check in di sebuah guesthouse yang berada nun sayup di atas gunung (ke bukit? Aku memang fail sikit bab ni). Kami dah diberitahu awal bahawa guesthouse ni memerlukan kita untuk hiking sikit, memandangkan hotel ini dibina di lereng gunung @ bukit. Macam serammm kan? Disebabkan view guesthouse ni amat menarik maka aku redho dengan hiking tu. Perjalanan dengan kenderaan pun sangat berliku dan aku sekali lagi terkena AMS. Hidung aku mula berdarah dan kepala pun dah macam bengang-bengang sikit dan bermulalah rasa di awangan aku ni. Sesampainya di parking lot guesthouse, hari telahpun hampir senja dan dari puncak bukit @ gunung tu, kami perlu mendaki turun (ayat ni ada ke? Hahaha) dan nasib baik treknya ada tangga. Tapi harus berhati-hati kerana tangganya tak sekata dan banyak baja organik yang datang dari perut embu bersepahan di tangga. Bunga sakura Pakistan mula bertumbuh menandakan musim bunga menjelang tiba dan walaupun aku agak terhuyung hayang menjaga balance badan dalam keadaan AMS, aku sempat mengagumi kecantikan bunga sakura yang tumbuh di laluan tepi tangga curam tersebut. Memang seram masa nak menurun sebab kita boleh nampak curam di bawah tu, kalau jatuh memang arwah dah tu (umpama kita jatuh dari atas gunung ke tanah okay) Kami juga bernasib baik kerana beg-beg kami dibawa oleh pekerja guesthouse, maka kami bawak badan je hehehe. Akhirnya kami tiba juga di guesthouse kami dan auranya, MashaAllah! Seumpama vitamin untuk aku yang mula goyah! (Macam pernah terbaca ayat ni...). Pemandangan tersangat indah yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Aku sempat mengambil sekeping gambar sambil aku terdampar kat atas katil untuk menstabilkan kepala aku. Esok jelah aku ambik gambar sekeliling sebab aku perlu stabilkan diri sebelum dinner. Kali ni turn Min pulak tido di lantai dan tilam telah disediakan oleh pihak guesthouse. Kami ditanya oleh Osama menu dinner kami pada malam ini dan kami order saja biryani dengan chicken karahi beserta salad. Kelakarnya, masa kami nak masuk bilik, Osama tersangat excited nak menunjukkan sesuatu kepada kami. Surprise katanya. Dan akhirnya dia menunjukkan toilet kami dengan bangganya. Rupa-rupanya toilet kami dibina di bawah batu besar lereng gunung, maknanya kami sebenarnya di posisi batu di lereng gunung. Oklah kami hargai effort dia untuk memberi kejutan tersebut hahaha.
Gaya seorang pemalas ambik gambar dari atas katil je hahaha. Tapi dari sini pun view dah superb kan?
Hunza: 30 April 2019 (Day 7)
Harini aku semakin segar. Lena tidur dalam kedinginan. Walaupun sejuk tapi aku tetap menunaikan kewajipan mandi 2 kali sehari hahaha. Tak selesa weh kalau tak mandi! Kami mempersiapkan beg kami untuk check out tapi sebelum tu kami breakfast dulu. Kami yang dah muak dengan chapati, paratha, biryani dan adik beradiknya hanya order bread, jam & butter beserta chai. Segar dan nyaman rasanya. Selepas bersarapan, aku pun buatlah aktiviti tertunda aku semalam: iaitu ambik gambar sekitar guesthouse.
Koridor dan balkoni bilik. Hujung sana tangga untuk naik ke cafe dan jugak untuk terus balik
Pemandangan dari koridor depan bilik kami
Selfie!!!
Bilik kami yang paling hujung corner tu
Bunga sakura sedang berkembang
Cantik kan pemandangan!!!
Aku lagi dengan Lady's Finger ke apa ntah belakang tu
Naik tangga untuk ke sini. Inilah cafe kami
Kami dari bawah
Interior cafe
Selepas berkemas, kami tinggalkan je beg di depan bilik untuk para pekerja guesthouse bawak naik ke atas. Aku memang dah cakap akan mendaki perlahan-lahan, so aku bagi semua orang lepas dulu so aku bolehlah panjat tangga secara santai. Min dah laju ke atas jugak, tinggal Ita yang menunggu aku untuk naik sambil kami mengambil gambar hahaha. Bagus jugak slow pace ni sebab aku boleh ambik video, posing dengan bunga sakura, menghayati pemandangan yang aku tak sempat nak hayati semalam dan sebagainya. Kami sampai di atas dalam hampir 30 minit jugak, Osama sudah bermuka cemas kerana takut lambat, tapi kalau ikutkan kami sampai on time kat atas tu huh! Kami memberi sedikit token kepada pengangkat beg kami yang beratnya berkilo-kilo gram tu dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Kelihatan kedai-kedai souvenir sepanjang perjalanan kami ke kereta tapi disebabkan masih awal pagi, maka kedai masih belum dibuka. Kami meneruskan perjalanan kami ke kemuncak itinerari kami, dan kami dikhabarkan salji masih turun di kawasan tersebut, dan sememangnya sedari awal Osama dah pesan kami untuk bawa pakaian yang sesuai dan juga glove. Hati teruja ingin menjejakkan kaki di sempadan Pakistan-China yang tertinggi di dunia! Kisahnya akan aku sambung di entri yang akan datang. Nikmati gambar-gambar ala-ala retis kami sepanjang mendaki ke atas.
Mari mendaki huhuhu
Cantiknyaaaa
Bertiga dulu sebelum Min memecut ke atas
Sebelum memancitkan diri
Sambil mendaki sambil berselfie
Beginilah trek kami berulang untuk ke guesthouse dan parking di atas huhuhu
Gigihhh
Amik angin dulu
Posing time!!!
Min pun berenti kat port ni dulu untuk bergambar
Gaya seorang model tersohor hahaha
Marilyn Monroe Malaysia di bumi Pakistan
Min ambik gambar dari atas. Hujung nun nampak bumbung bangunan tu la guesthouse kami! Tak pernah terpikir kot orang boleh buat guesthouse lereng gunung macam nih
Lagi 1 gambarrr
Akhirrrnyaaa!!! Kami sampai di puncak!!!
Orang awal sampai. Untonglaaaa
Tahniah memang hebat
ReplyDeleteKalau saya dpt Guesthouse ni pun nangis gamaknya nak naik turun hehehe. Tapi pemandangan sekitar situ sgt cantik Subhanallah..
ReplyDelete