Sunday 13 May 2018

#TransSiberian: Malam Yang Panjang di 'The Chronicles of Narnia'

                             *Kebanyakan gambar di dalam entri ini kredit to Emera Fataha Abu


68 hrs somewhere in Russia (19 - 23 Oct 2017): Day 19 -23

     Kami bertolak dari stesen Irkutsk pada jam 2358hrs waktu Irkutsk (ataupun 1858hrs waktu Moscow). Disebabkan dah hampir tengah malam, kami terus ready untuk tido je. Tapi sebelum itu, aku minum Milo dulu untuk lapik perut sebab aku rasa lapar la pulak hehehe... Keretapi bergoyang Inul malam ni dan semakin kencang. Lupa nak cakap, koc kami kali ni dipenuhi oleh para atlet Russia dan juga prebet-prebet muda yang ganteng bangetttt!!! Mungkin salah satu kriteria menjadi pegawai badan beruniform seperti askar dan polis adalah wajib sasa dan handsome! Nak pergi toilet je terserempak dengan diorang ni, mana saja pergerakan memang nampak jelah askar-askar ni tak reti duduk diam merayap. Kebetulan malam ini tren kami terlebih arang batu kot, bahang pun lain macam, so budak-budak askar ni buat hal pakai boxer tak berbaju je sambil berjalan ke hulu ke hilir hahaha. Lebih kurang macam free show lah diorang buat malam ni! Jadi kami bukak sedikit pintu untuk bagi udara luar masuk, lampu laluan pun malap-malap je nak suruh kami tidur la tu.

     Aku rasa macam aku dah tidur agak lama jugaklah. Jam tangan aku yang masih mengikut waktu Malaysia (sama waktu Irkutsk) dah menunjukkan pukul 0600hrs, tapi malam masih pekat. Ok, aku bangun dan ke toilet. Lepas tu menjenguk lagi tingkap untuk melihat kot-kot ada jaluran subuh tapi tak ado! Aku baring balik dan tertidur hingga pukul 0700hrs. Terjaga, masih lagi gelap! Pastu baru teringat yang aku kena tolak 5 jam dah sekarang hahaha so kalau ikutkan baru pukul 0200hrs la. Oklah! Sambung tidur balik!!! Bangun tido bangun tido sampai tak larat nak tido dah! Rasa lemau sungguh! Mungkin kami telah melangkau beberapa time zone sampai dah berbelas jam masih lagi gelap! Akhirnya dalam jam 1230hrs (waktu jam tangan aku la) kami solat Subuh jugak, tawakkal je dan akhirnya nampak matahari keluar jam 1300hrs. Serius nak muntah wehhh tido berbelas jam ni!

     Bila dah cerah, baru kami perasan yang budak-budak askar ni dah takde, tak sempat nak berkenal mesra diorang dah turun kot masa kami lena diulit mimpi. Kami masih mempunyai 2 hari untuk tinggal dalam tren ni dan kami hanya menikmati apa saja yang ada sepanjang perjalanan kami. Namun kami mempunyai hiburan yang kami sering nantikan: waktu sarapan, lunch, tea & dinner: di mana pakcik cafe akan bergerak ke setiap gerabak menjual barang makanannya sambil menyeru 'chips, saladan, bla bla bla' dengan nada yang sangat tak berperasaan. Aku siap rakam lagi pakcik Chips ni (gelaran yang kami panggil untuk dia) masa menjaja. Dia perasan je kami gelakkan dia tapi dia buat muka selenga je. Memang dia adalah hiburan kami yang kami wajib tunggu! Rupa-rupanya bukan kami je, tapi penumpang tren yang lain jugak tunggu dia pastu gelak.

Rakaman Pakcik Chips yang sempat aku ambik

     Sepanjang 68 jam ni jugak. kami terputus dengan dunia luar, bila line telefon kami semuanya out of coverage dan tak active selepas keluarnya kami dari Irkutsk. Hairan Bin Ajaib, kerana kami minta untuk line yang cover seluruh Russia dan kami mengesyaki yang line dia bagi ni cuma untuk Irkutsk sebab semua yang effect kot (kecuali Ita yang pakai Beeline dan dah beli simcard secara online). Maka tidak ada status update kami dalam media sosial selama 68 jam tu dan aku jugak tak dapat nak update keadaan aku dengan encik husband. So memang keje kami melangut je dalam tren. Tapi bagi aku yang mulanya rasa macam 'mati' tanpa hubungan dengan dunia luar, makin lama aku mula merasai tenang tanpa gangguan dan waktu itu memang digunakan sebaik mungkin untuk bermuhasabah diri, tenangkan fikiran dan hati aku yang memang dah kacau dari Malaysia, no whatsapp from certain groups yang menyebabkan aku rasa meluat etc etc dan sememangnya aku rasa tenang setenang tenangnya ketika itu. Juga masa itu digunakan untuk merehatkan kaki aku yang sakit akibat tergelincir kat tangga hostel di Irkutsk dan Alhamdulillah ketenangan ini membantu dalam healing process kaki aku ni.

Kaki kanan aku yang bengkak dan lebam. Kaki kiri tak ambik gambar 

     Dalam perjalanan 68 jam ini jugak kami disajikan dengan pemandangan terindah ciptaan Allah, di mana kami telah memasuki suatu daerah yang kami tak tau kat mana yang seakan-akan filem 'The Chronicles of Narnia'. Pokok pine memutih dengan landskap salji sememangnya persis filem Narnia, dan Snow White and The Huntsman. Kagum kami sepanjang melalui daerah tersebut dan di sini aku hanya mengambil video dan mintak Mera untuk mengambil gambar sebab aku malas nak bangun menjenguk luar bilik. Terima kasih Mera kerana sudi share gambar-gambar yang indah ini. Kami juga melalui ribut salji yang lebat, dan sempat juga aku rakam dari tingkap bilik aku. Semua ini akan aku share di bawah. Untuk video Narnia, harap maaf, kerna aku terpaksa attach di entri lain kerana tak cukup kapasiti. Makanya aku akan divert video ke 1 page yang akan aku update nanti ya.

Credit to Mera

Credit to Mera

Credit to Mera

Credit to Mera

Credit to Mera

          Sepanjang perhentian juga, kami lihat peniaga-peniaga tempatan mengambil kesempatan menjual barangan seperti omul, mink coat. topi dan sebagainya. Kami hanya melihat dari tingkap.

Penjual & orang ramai

Antara peniaga yang menjual barangan local

Topi yang sangat significant denga Russia

Antara station yang sempat aku ambik gambarnya



     Akhirnya perjalanan 68 jam kami (sebenarnya hampir 69 jam pun) bakal berakhir. Alhamdulillah kaki aku semakin pulih, dan kami tak sabar nak turun tren sebab dah lemau kot 3 hari 3 malam dalam tren. Makcik Martha iaitu pegawai tren kami memberitahu kami bahawa kami bakal sampai di di Kazan 2 Station dalam masa beberapa minit lagi. Kami perlu tangkas kerana keretapi hanya berhenti menurun dan mengambil penumpang untuk tempoh 5 MINIT SAHAJA! Awal-awal kami dah tercongok kat depan pintu tren untuk turun, almaklumlah kami mempunyai beg Akademi Fantasia sebanyak 2 bijik untuk diturunkan. Katil juga kami dah siap kemas lipat cadar semua bagai dan bagi kepada makcik Martha. Tepat jam 1550hrs kami sampai di Kazan 2 Station dan sememangnya sepantas kilat (tipu sikit) kami melompat dan mengangkat barang kami kerana ada lagi yang beratur di belakang kami. Akhirnya kaki kami menjejak tanah Kazan, the beautiful city bak kata Darsha dan Eve di Irkutsk. Tak sabar kami nak menjelajah bandar cantik yang terletak di wilayah Tartarstan ini. Semoga bersabar menunggu next entry aku tentang Kazan pulak ya?

Tak sabaq nak turun & mandi (3 hari tak mandi wehhh)



















1 comment:

  1. cantiknyaaa view winter wonderland. perjalanan yang best =)

    ReplyDelete