Friday 13 April 2018

#TransSiberian: Irkutsk - Gangguan Coach Pemabuk di Hostel


19 Oct 2017 (Day 19)

Irkutsk

     Akhirnya kami sampai di Baikaler Hostel, yang terletak di bandar. Kawasan agak strategik, Irkutsk kelihatan seperti bandar lama dan ketika dalam perjalanan kami tadi ada ternampak kuarters lama yang Dasha terangkan telah wujud dari zaman USSR lagi. Sememangnya pemandangan macam filem penyiasatan yang kita tengok dalam filem-filem US. Pintu masuk hostel agak pelik, kerana terletak di belakang bangunan. Kami perlu menekan buzzer untuk memaklumkan kedatangan kami dan pintu pun dibuka... Berpinau sebentar mata kami bila melihatkan tetangga yang bakal kami daki.... huhuhu weiii 3 tingkat yang 6 tau!!! Dengan keadaan kaki aku yang begini, ditambah dengan beg-beg berat kami termasuk beg seret Kak As dan beg makanan, bertafakur sebentar jugaklah kitorang! Dengan menghela nafas yang panjang, kami pun mulakan pendakian kami secara perlahan-lahan. Sememangnya seksa sebab tiada lift yang tersedia... Ketibas jugaklah nak sampai ke puncak dan akhirnya kami sampai di pintu Baikaler Hostel. Pintu dibuka, dan kelihatan penjaga hostelyang bernama Eve, dan nampaknya dia lagi muda dari kami hahaha... Kelihatan sangat kelam kabut keadaan Eve mengemas hostel. Sedikit gambaran mengenai hostel kami kali ini. Rupa dia seperti sebuah apartment, tempat letak kasut, meja reception dan sofa menunggu semua terlonggok di tengah, manakala sekelilingnya adalah bilik, tak salah aku ada 3 atau 4 bilik dorm di sekeliling 'lobi'. Dapur berada di sebelah laundry room dan 2 toilet di celah lorong. Sememangnya agak sempit, tapi nak buat macamana, kami dah pun booking menginap di sini, lagipun cuma untuk 1 malam sahaja. Untuk hostel di sini, ada disediakan free wifi, so bernafaslah jugak kami disamping bolehlah nak simpan data simcard kami sebab masih ada 3 bandar lagi yang ada dalam itinerari kami. Eve berhenti mengemas sebentar untuk check in kami, sambil mengomel tentang sekumpulan baseball players yang menginap di hostel kami jugak. Rupa-rupanya ada sekumpulan student lelaki bersama coach mereka menginap di sini kerana ada tournament, dan biasalah... boys, what you expect kan? Memang bersepah keadaan hostel tu. Kami diberitahu Eve yang dorm kami diduduki oleh students dan mereka semua dah keluar untuk latihan ke apa ntah... So barang-barang mereka masih ada dalam dorm... Ahhh sudahhhh... Eve suruh kami menunggu sebentar untuk dia kemas dan transfer semua barangan budak-budak tu ke dorm lain. Bukak je pintu bilik, Ya Allah!!! Bersepahnya bertambah dengan bau terpengap! Dengan botol-botol soft drink bergelimpangan atas lantai, sampah sarap, baju-baju siap spender sekali bersidai kat heater, palang katil dan tepi tingkap... Serius horror time nih! Eve menyambung mengemas sambil berleter sekali lagi. Disapunya bawah katil, amek kau!!! Boxer, plastik junk food bagai semuanya keluar! Arrgghhh rasa macam nak cari hostel lain je sekarang nih! Masih bersabar, kami biarkan Eve mengemas dan mengemop bilik tu dan menukar sarung cadar (yang ni Eve yang tolong tukar, mungkis sebab dia rasa serba salah kot dengan kami). Selesai mengemas, Eve membenarkan kami masuk ke dalam bilik... 

     Kami mengemas-ngemas sedikit tempat tidur kami dan masa untuk berehat sebentar sebelum mereka keluar meronda-ronda bandar Irkutsk. Ya, aku tak ikut untuk petang ini sebab nak rehatkan kaki, so aku cuma akan join keesokan harinya. Sementara menunggu Eve mengemas lagi (mop kali ke-2) aku lepak jelah sorang kat atas katil, tiba-tiba beberapa budak lelaki masuk bilik nak mengambil saki-baki barang diorang yang masih tinggal dalam bilik. Aku terkejut, dia pun terkejut! Nasib baiklah aku pakai tuala kat kepala jadi selendang masa melepak-lepak tu. Sambil mengutip barang, aku tengok jelah budak-budak baru nak up ni. Hensem budak-budak ni, tapi bau busuk hahaha. Dalam 4-5 kali jugaklah diorang berulang alik keluar masuk bilik, letih pulak menunggu. Settle, akhirnya dapat aku berbaring-baring dengan aman sambil menunggu diorang ni balik berjalan. Sambil merenung tingkap, aku ambiklah gambar sekeping dua traffic jam kat bawah tu... Sambil tu aku melayan sedih aku jugaklah sebab tak dapat menikmati Irkutsk secara total....

Melayan perasaan dari tingkap hostel

          Hampir Maghrib, mereka pun sampai ke bilik. Mandi dan melakukan apa yang wajib, Kak As dan pembantu dapur, Mera kini bersiap siaga untuk bersilat di dapur. Seperti di Belka Hostel, di sini juga disediakan complimentary pasta, beras, kopi & teh dan kami cuma perlu membeli bahan mentah untuk masak lauk. Malam ini menu kami adalah kobis goreng dan telur goreng kurma (pes kurma Brahims punya!!!). Barang-barang dapur ni dibeli oleh diorang masa keluar meronda tadi. Diorang dah tolong masak, so aku tolonglah buatkan air teh untuk kami dinner... Habis makan kami pun melepak-lepak dalam bilik. Kami tak kuncilah dulu bilik kami sebab nak pi toilet lagi sebelum tidur. Tiba-tiba ada seorang lelaki tua dalam keadaan mabuk terus terjah masuk ke bilik kami sambil membuat bising. Panik kejaplah kami dan dan bila dia tengok orang lain dalam bilik dia pun keluar sambil meracau-racau. Okay, seram. Lepas ke toilet kami terus mengunci pintu. Kedengaran bunyi bising lagi di luar, lelaki tua yang akhirnya kami dapat tau identitinya iaitu coach kepada budak-budak nak up ni. Malam kami kadang-kadang diselangi oleh ketukan pintu bilik oleh coach yang tak hilang mabuknya itu. 

Makan malam sudah siap! Trimas Kak As & Mera!!!


20 Oct 2017 (Day 20)

Masih terpenjara di Hostel...

     Kami bersarapan roti yang dibeli oleh diorang semalam dan juga pasta hehehe... sebelum keluar meronda lagi. Masa kami masak dan makan, coach mabuk yang dah sedar diri tu tengah bersarapan jugak dengan seorang lagi coach di dapur sambil minum teh. Malas nak layan, tapi mamat ni bertanya jugak kami berasal dari mana dalam bahasa ayam dan itik. Ada ke kata kami ni dari Bangladesh!!! Sebabnya diorang tak tau Malaysia tu kat mana ya... Diorang keluar dari dapur memberi ruang kami untuk makan. Lepas makan, kami chow je malas nak melayan lagi... Semalam mereka meronda bandar Irkutsk di jalan sebelah kanan hostel, so harini kami akan mengambil jalan kiri hostel untuk meronda. Aku mengambil pendekatan berjalan secara perlahan-lahan. Kami melalui lorong yang dikelilingi oleh bangunan lama. Sememangnya ini adalah perjalanan terjah dan redah je sambil mengikut waze menuju ke Cathedral Mosque. Tapi sebelum itu, kami perlu mencari farmasi untuk membeli bandage untuk kaki aku yang membengkak. Kami tiba di bandar Irkutsk yang kelihatan seperti Old City. Akhirnya kami berjumpa sebuah farmasi dan kami pun masuk. Sesungguhnya mula-mula kami bersikap agak prejudis terhadap pharmacist yang bermuka garang ni, yalah takut dia sama je dengan Makcik Martha Belka Hostel. Namun sangkaan kami meleset. Pharmacist ini melayan kami dengan baik walaupun komunikasi kami menggunakan body & sign language sahaja. Pharmacist ni siap ukur kaki aku, sarungkan bandage kat kaki aku dan pakaikan terus bila berjumpa dengan saiz yang sesuai. Spasiba!!! Ucapan terima kasih kami untuk pharmacist yang sangat membantu itu. Perjalanan diteruskan sampailah kami jumpa pasar pagi di bandar. Yasss!!! Sememangnya pasar merupakan tempat singgah yang aku suka, sebab di sinilah kita boleh melihat the real rakyat dan kehidupan seharian mereka, dan juga dapat mingle around bersama locals. Kami membeli buah-buahan untuk dibawa masuk ke tren malam ini. Lupa nak bagitau, kami menjumpai beberapa kedai bertanda Halal di kawasan berdekatan pasar, so jangan risau juga tentang makanan di sini ya? Banyak pengangkutan awam disediakan, dan kami boleh melihat trem di sini. Teksi jangan cakaplah... Memang tersedia je di kiri kanan jalan. Bas pun ada jugak. Kesimpulannya, kalau korang malas nak menapak, boleh je guna salah satu mode pengangkutan awam di sini ya...

Semoga dipermudahkan perjalanan aku ini...

Kedai Halal berdekatan pasar

Tram dan gadis Russia cantek mengphotobomb

Pasar

Aku dan buah

Ronda pasar
      
     Kami meneruskan perjalanan tapi kaki aku semakin sakit. Kali ini aku menangis dan rasa sedikit menyesal kerana mengikut meronda. Tapi Alhamdulillah diorang ni bersabar menunggu aku berehat kaki sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke masjid. Hari ini hari Jumaat, so kami terserempak dengan ramai lelaki yang sedang bergegas menuju ke masjid. Akhirnya kami sampai di depan Cathedral Mosque betul-betul nak masuk waktu. Dewi, Ita dan Mera sempat bershopping kopiah dari penjual depan masjid sebelum azan. Kedengaran azan Zohor berkumandang disusuli dengan para lelaki Muslim berpusu-pusu mengambil tempat masing-masing untuk bersolat Jumaat. Kami juga sempat mendengar khutbah dalam bahasa Russia. Alhamdulillah, walaupun Muslim merupakan penduduk minoriti di sini, mereka masih mengamalkan agama Islam dengan baik dan pergi ke masjid. Kami sempat mengambil video azan (teruk nau perangai perempuan zaman sekarang kan? Hahaha) sebelum kami pergi ke restoran berdekatan dengan masjid.

Azan Zohor di bumi Irkutsk

     Kami pergi ke restoran yang mempunyai tanda Halal ni. Restoran ini terletak di lorong sebelah kanan rumah kedai sebelum masjid. Restoran ini berkembar dengan kedai daging halal yang kami rasa dipunyai oleh owner yang sama. Kedua-dua kedai ini dicat hijau iaitu colour Halal (ni aku yang cakap hahaha). Oleh kerana kami sampai time makan tengahari, ditambah lagi dengan orang yang menyinggah lunch selepas solat Jumaat, restoran ini sangat sesak dan tak cukup tempat duduk. Oleh itu, aku menugaskan diri aku untuk cop tempat duduk sementara yang lain beratur membeli makanan. Sedang aku duduk menunggu, tiba-tiba ada sorang mamat datang bercakap bahasa Russia dengan aku sambil menunjukkan tempat yang ksosong. Aku mengangguk je dan dia pun tumpang makan di meja kami. Tiba-tiba datang lagi sorang sampai aku tak tercakap apa, tapi nasib baiklah masa Kak As datang ada satu meja tepi cermin yang dah kosong, so kami bertukar meja. Setelah Ita, Mera dan Dewi sampai, aku pulak pergi beratur membeli makan tengahari aku. Tekak aku dah tak boleh makan nasi lagi, so aku pun beli macaroni yang dimakan bersama sup lentil dan juga chicken skewer. Aku mengambil teh panas sebagai minuman. Rasa sup lentil tu? Masha Allah! Lazat sangat!!! Aku juga merasa manisan berupa kek (tak tau apa benda tu) yang Kak As beli sepotong dan rasanya boleh tahan sedap jugak. Selesai makan, kami singgah di kedai daging sebelah untuk membeli sosej sebagai bekalan memasak dalam tren. 

Makan. Nampak tak tingkap kecik kat belakang tu? Haaa lepas makan jangan nak posing cantek je, kita kena kumpulkan pinggan mangkuk cawan kita semua hantar ke tingkap kecik tu, akan ada pekerja ambik pinggan-pinggan kotor kat situ untuk dibawa ke dapur untuk dicuci.

Kami di kedai daging. Kelihatan Dewi sedang menunjukkan '100% Halal' (kami translate guna Google Translate ya)

     Lepas tu, diorang nak pegi explore lagi tapi aku rasa macam dah cukup kot untuk berjalan lagi, so Dewi menahan sebuah teksi untuk aku untuk pulang ke hostel. Pertama kali aku naik public transport seorang diri di bumi asing, cuak pun ada (okay, yang ni aku memang tak cerita dengan suami aku lagi sebab takut kena marah. Kalau dia baca ni so dia tau la hehehe...) Memang aku tawakkal je ni, tapi sedikit lega apabila aku ternampak sejadah dan kopiah masa dia bukak dashboard, so aku tau dia Muslim. Dia menghantar aku betul-betul di depan pintu hostel. Selepas membayar tambang, aku berkira-kira samada nak naik ke bilik ataupun berjalan di sekitar kawasan hostel? Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjalan sendirian, tak jauh pun aku berjalan tapi okaylah jugak. Selepas itu, aku melepak seorang diri di cafe yang berada di bawah hostel. Aku mengambil tempat duduk tepi tingkap sambil menghirup latte panas. Lupa nak cerita, aku kagum dengan kesungguhan barista cafe yang cuba sedaya upaya bertutur dalam bahasa Inggeris untuk mengambil order aku. Semua pekerja cafe ni adalah perempuan dan customer yang datang pun semuanya perempuan. So, mungkinkah cafe ni memang khas untuk perempuan saja ye? 

Layan latte

     Bosan gak lepak lama-lama, so aku naik ke bilik jelah. Lupa nak cakap lagi, kami request dari Eve untuk check out lambat dan kami perlu membayar RUB250 seorang. Tapi sebelum kami keluar tadi, Eve cakap dia cuma charge untuk 1 katil sahaja kerana terdapat orang lain nak check in di samping nak pindahkan balik sorang mamat France yang keje dia asyik berpindah randah dicampak-campak ke bilik lain je dari semalam. Kesian betul mamat tu. Tak salah nama mamat tu Damien kot. Kami sempat bersembang dengan mamat France ni sebelum keluar tadi. Mamat ni hensem dan rambut dia panjang dan cantik muahahaha! Mamat ni boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, so tak susah untuk kami bersembang dengan dia. 

     Aku naik dengan harapan yang Damien ni dah keluar pegi berjalan sebab aku nak masuk bilik, nasib baik memang dia keluar dah pun so aku bolehlah bersiap-siap packing beg, solat dan mandi. Damien masuk selepas semua benda aku dah settle dan diorang pun dah balik dari meronda. Ooo diorang beli stok makanan lagi untuk train malam ni! Banyak jugak stok yang dibeli memandangkan kami bakal berada di perut tren selama 69 jam okay! Kak As bersiap-siap masak makan malam untuk kami sebelum kami check out dan malam ni Kak As habiskan stok telur dan kobis. Masih lagi kobis goreng tapi telur bertukar menjadi telur kicap malam ni ya. Tren kami adalah jam 1858hrs TETAPI diingatkan sekali lagi ya, tren mengikut waktu Moscow. Kami masih lagi di Kazan yang awal 5 jam dari Moscow, so bermakna tren kami waktu tempatan adalah pada jam 2358hrs ya! Kami juga telah booking teksi untuk membawa kami ke Irkutsk Station jam 2200hrs nanti so sememangnya waktu kami agak panjang di hostel ni ya. Masa kami berehat di bilik pun, coach mabuk tu kembali mabuk dengan selamba masuk lagi ke bilik kami, tapi kali ni Ita dengan suara berkuasa petir menengking coach mabuk ni menghalau keluar. Kesimpulannya, kalau ada option duduk di hostel lain, sila pergi. Sebenarnya hostel ni tak le teruk sangat (kecuali bab tangga naik hostel) dan Eve pun baik dan melayan kami tanpa ada rasa diskriminasi, cuma kami menginap pada hari dan waktu yang salah dan bertemu dengan coach tua kaki botol, menambahkan pengalaman pahit kami dalam trip Trans Siberian kami.

     Jam 2200hrs teksi kami pun sampai, dan bila kami turun bukannya teksi pun, tapi kereta biasa yang kami agak adalah kawan Eve yang membuat part time teksi sapu. Tak kisahlah, asalkan kami sampai ke station. Melepak di station selama hampir 2 jam sangat membosankan kerana takde apa-apa yang menarik untuk dilihat di dalam itu, tapi pemandangan kembali segar (hahaha) bila kami ke terminal untuk menunggu tren di luar kerana terdapat segerombolan askar muda yang kami rasa baru direkrut menunggu tren yang sama. Serius aku cakap askar dia kacak-kacak, mungkin salah satu kriteria nak menjadi anggota beruniform Russia ni kena bermuka kacak? Mungkin juga kan? Akhirnya tren kami tiba membawa kami yang hampir beku  dalam suhu hampir sifar darjah untuk ke destinasi seterusnya... Kami juga bakal melalui malam yang paling panjang dalam kehidupan kami dalam perjalanan ini... Akan aku ceritakan di entri yang akan datang. Stay tuned ya?

Sambil-sambil layan dulu gambar-gambar yang sempat kami ambik di Irkutsk.

Bangunan zaman USSR

Dewi yang stia tunggu aku yang berjalan slow

Tram

Kami masuk pasar

Tomat yang cantik

Borong buah

Amik gambar sekeping

Cari arah masjid

Cathadral Mosque

Mari bersolat

Kedai daging 100% Halalan Toyyiban

Sosej yang bakal dibeli

Misi tercapai

Archive Geng Gadis Jelitas-selepas solat Jumaat

Archive Geng Gadis Jelitas-diorang sambung shopping, aku dah balik hostel time ni

Archive-sampai tak nampak mata

Dikala aku menghirup latte panas sambil merenung tingkap... 

Diorang pun sama lepak cafe sambil ber wefie

Jalan-jalan sorang diri

Selfie je sis mampu

Irkutsk

Penantian satu penyeksaan... Kami di station



  



















No comments:

Post a Comment