Sunday 4 September 2016

Projek Mengukur Jalan di Indochina Day 3: Kanchanaburi-Nam Tok-Bangkok-Nong Khai


















2 May 2016, Monday
Kanchanaburi-Nam Tok-Bangkok

Day 3

     Subuh sepi'e, selepas solat subuh, kami dah dengar bunyi tuktuk pakcik tu dah menunggu kat luar, dia sampai seawal 0445am masa kami solat subuh. Kelam kabutlah kami bersiap dan check out. Dalam jam 5 lebih am, kami dah terpacak kat stesen keretapi, tapi lawaknya, kaunter stesen keretapi ni cuma akan bukak dalam pukul 0600am... hahaha melepetlah kami kat stesen tu dalam keadaan mengantuk... Tapi kat stesen tu ada orang, memang pekerjanya tidur di kantor... Semangatnya mereka bekerja demi sesuap nasik. Sambil menunggu waktu operasi, kami sempat bergambar di perkarangan stesen keretapi ni, selfie dengan keretapi pun ada... hahaha... sambil tu kami menjeling2 jugak pegawai ticketing keluar masuk ofis dengan singlet tidur sambil bawak towel... Nak mandi lettew!!! Dalam jam 0550am, pegawai tersebut dah lengkap beruniform dan bersedia membuka kaunter... Kami orang 1st kot beli tiket diikuti dengan beberapa orang tempatan dan seorang Mat Salleh yang datang lebih lewat dari kami...

     Tren kami tiba dalam jam 0610am, tren ini bertolak dari Bangkok dalam jam 0445am tak salah aku... Matahari pun dah memunculkan diri, almaklumlah waktu di sini sejam awal dari Malaysia... Perjalanan kami pun bermula, dan kami menurut advise dari The Man in Seat Sixty-One   kami memilih tempat duduk sebelah kiri untuk perjalanan pergi kami dan kami memilih koc dengan kerusi kayu yang bagi aku tersangatlah antik. Mengapa? Yaaa... Nanti aku bagitau... Perjalanan ke Nam Tok mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit kalau ikutkan ketepatan masa... Yalah, berhenti setiap stesen pun makan masa jugak kan... so kami enjoy je pemandangan kami ni...Tren kami merentasi jalan kampung yang bagi aku suasananya sangat mendamaikan...

     Dalam sejam lebih jugaklah perjalanan, akhirnya kami merentasi jambatan terkenal iaitu River Kwai Bridge! Wow sangat terujanya aku dapat melalui landasan keretapi maut yang dibina tergantung di atas Sungai Kwai ini... Sangat merasa bersyukur dapat menimba perjalanan di sini... Aku siap amik video kot masa kat atas jambatan ni!. Dan inilah sebabnya kami berada di seat kiri kerana viewnya memang superb!!! Kebetulan melalui jambatan ni, keretapi agak slow perjalanannya, mungkin ingin memberi peluang kami untuk menikmati view dengan lebih lama ataupun disebabkan landasan itu adalah landasan lama, dan berada di atas sungai pulak tu... Kelihatan ada beberapa resort di tepi sungai tersebut, kami melambai2 pada budak2 yang sedang mandi manda di sungai tersebut... Selepas itu kami melalui landasan di lereng curam dan tanpa pengadang... Untuk sesiapa yang gayat dan seriau, hahaha memang agak seriau, disebabkan landasan keretapinya tiada pengadang, kalau kita terjun dari keretapi tu memang macam terjun curam pastu celepop terus masuk sungai kaedahnya begitu...

     Kami tiba di stesen Nam Tok, iaitu stesen terhujung di daerah ni pada jam 0830am...Perkara pertama kami buat ialah cari kedai minum, bukak bekal cucuk2 tu dan order air... Kami menumpang wifi kedai makan tu untuk update apa2 yang patut hehehe... Tren seterusnya untuk ke Thonburi, Bangkok akan bertolak jam 1255pm, so kami ada masa lagi dalam 3 jam lebih untuk berjimba2 di sini... Sesungguhnya tiada apa yang boleh dibuat di Nam Tok ni, kecuali kalau kita keluar dari sini... Terdapat banyak 4wd sapu di sini, yang lain semua dah memulakan trip, cuma tinggal kami berdua... Bajet macam orang kaya sangat kan, kalau kitorg ikut group lain naik 4wd tadi dah boleh tong2... Makanya kami terpaksa menyewa satu 4wd sapu untuk membawa kami ke Hellfire Pass, iaitu tempat bersejarah di mana terdapat memorial, muzium dan juga tinggalan landasan keretapi maut aka Burma Railway: yang menyaksikan beribu2 tawanan perang dikerah untuk membina landasan tersebut pada zaman perang dunia ke-2... Harga sewa 4wd sapu ini adalah THB800, iaitu dalam RM80... itupun kami tak amik pakej ke Erawan Falls, air terjun unik di Thailand sebab dikhabarkan tiada air sebab musim kering... So kami taknaklah buang THB kami bayar lebih, memadailah dengan Hellfire Pass je...

  Perjalanan kami ke Hellfire Pass mengambil masa dalam 20 minit jugak. Bentuk muka bumi yang agak berbukit membuatkan kami rasa kelogikan 4wd sebagai teksi sapu rasmi di Nam Tok ni... Bergoncang2 kami kat belakang kerana jalan yang berliku dan berbukit... 

     Kami tiba di perkarangan Hellfire Pass Museum dengan selamat muahahaha... Pemandangan dari atas bukit sangat cantik... Muziumnya juga nampak modern dan tersusun... Namun untuk masuk ke dalam muzium, kami perlu membuka kasut terlebih dahulu... So konsep muzium ini adalah berjalan berkaki ayam ye... Di dalam muzium ni, kami diminta untuk sign Guest Book, dan entrance fee untuk muzium ini adalah FREE!!!! Di dalam muzium ini ada dipaparkan mengenai sejarah Landasan Maut Burma ni, gambar2 yang bagi aku sangat menginsafkan mengikut kronologi penakhlukan Jepun di Asia Tenggara... Nama Malaya pun ada tecatat kat dinding kronologi yang aku baca... Di sini juga ada disediakan satu bilik untuk menonton dokumentari mengenai sejarah landasan maut ini... Aku tengok sikit je, tak sampai hati nak tengok video yang memaparkan tawanan perang yang kurus kering nampak rangka disiksa membina landasan keretapi, lalat2 menghurung mayat etc2... Owh sadisnya!!! Tak dapat aku bayangkan kalau aku hidup pada zaman tu...

     Selepas round muzium tersebut, kami keluar untuk menjejaki tinggalan landasan keretapi yang masih bersisa di bawah bukit muzium tersebut. Muzium di atas bukit, dan kami perlu menuruni bukit tersebut dengan tangga yang telah disediakan dan buat jungle trekking sikit dalam 1 km kot... Boleh baca dengan lebih terperinci dengan click link Hellfire Pass ni....

     Sepanjang trekking kami, kami boleh lihat banyak memorial, gambar2 POW (Prisoner of War) iaitu askar dari Negara Bersekutu seperti askar Britain, Australia, Belanda etc2... banyak stick note dengan ucapan kepada si mati ditampal, bunga-bunga, tali2 warna warni yang diikat pada gambar, tembok etc2 sebagai tanda penghormatan dan kesedihan waris dan para pelawat tempat ini...  Di sini, masih terdapat tinggalan landasan yang separuh siap dan aku sempat berselfie dengan landasan keretapi ni... hahaha...

     Puas meronda kawasan bersejarah ini, kami mengambil keputusan untuk mendaki naik untuk pulang ke stesen keretapi sebab kami berjanji dengan supir dlm pukul 1100 kami akan naik sebab nak pegi melawat 1 lagi air terjun yang ada di daerah Nam Tok. Oh ya, sebelum aku lupa, Hellfire Pass ni terletak kat area Free Zone aku kira; di antara Thailand dan Myanmar, sebab kami ada melalui checkpoint yang dijaga oleh tentera Myanmar, pastu checkpoint tentera Thailand pulak... Tapi sori, aku tak berapa sure sebab aku tak paham tulian Siam hahahaha... Yang aku tau ada tulis No Trespassing je...

     Kami tiba di air terjun yang bernama Sai Yok Noi. Namun sedih juga kerana takde air terjun mengalir disitu, padahal kitorg nampak beberapa orang bersemangat bawak towel bagai nak mandi air terjun tapi non hado rupanya... Di situ juga ada di display kepala keretapi lama yang menggunakan diesel. Namun Landasan keretapi Sai Yok ni telah ditutup kecuali kalau ada event tertentu... Kecewa, kami terus seberang jalan beli Milk Tea hahaha... Terdapat gerai basikal Muslim di situ, menjual makanan ala-ala roti paratha, siap ada roti pisang, tapi tak tau mana datang bodoh kami, kami tak beli dari kakak tu... hahaha konon fefeeling sampai Bangkok nanti bolehlah cari makanan berat...

     Kami sampai di stesen dalam jam 1200pm. Dengan pantas kami terus beratur membeli tiket ke Bangkok kerana orang memang ramai dan kebanyakannya rakyat tempatan... Bagus kerajaan Thailand ni menggalakkan rakyatnya melancong dalam negara sendiri dengan memberi keretapi percuma... Bestnya kalau di Malaysia juga begitu namun itu hanyalah angan2...

      Tren tiba 5 minit awal dan kami tak banyak pilihan untuk memilih... Kami duduk jugak di sebelah kanan untuk menikmati keindahan Sungai Kwai buat kali penghabisan tapi cuaca, sangatlah panas terik! Dengan orang ramai lagi dalam tren, kami dapat seat sebelah sinki dan tempat mengumpul sampah.... Diri sendiri dah cukup bau tapir, ditambah lagi dengan bau semerbak 'jiran' kami nih... Redho je...

      Ada kipas siling kat tren ni tapi ada orang yang selfish telah menstatikkan kipas tersebut mengadap dia je... Uishhh bengang kami... Kami pun sekejap tuka seat kirilah, kananlah sebab kulit dah terbako agak teruk jugak... Yang bestnya, Dewi boleh layan tido pulak panas2 rembang nih...  Dah le kami perlu melalui perasaan panas lit2 ni selama hampir 5 jam perjalanan dari Nam Tok ke Bangkok nih, memang well done kami dalam tren nih.

     Perut mulai lapar, nasib baik masih ada saki baki Pringles untuk lapik perut. Orang2 berjual dalam tren pun bersilih ganti, tapi semua pun kami tak boleh makan... huhuhu sedehhh... Tapi tetiba salah seorg penjual tu adalah orang Myanmar Muslim, dia jual kuih2 macam pancake, donat etc... Waaa  happynya kami!!! Kami membeli kuih dari mamat ni, 4 kuih THB 10... Oklah tu... Alhamdulillah ada rezeki makan jugak hari ni...

     Tren semakin mendekati bandar Bangkok yang gah, namun pada pandangan kami dalam tren ni, apa yang kami nampak adalah sisi gelap Bangkok. Sepanjang rel ini kami disajikan dengan pemandangan rumah2 setinggan buruk di tengah2 kota... Ramai jugak yang daif... Inilah dinamakan miskin bandar dan aku kira Kuala Lumpur juga sedang menuju ke arah ini sekarang...

     Kami sampai di stesen Thonburi: iaitu stesen keretapi untuk perjalanan domestik pada jam 1720pm dan lebih sikit... agak lewat sebenarnya dan kami sangat berasa saspen sebab kami perlu berkejar ke pejabat agen untuk mengambil tiket tren kami yang akan bertolak jam 2000pm pada malam ini jugak! Nak mencari satu hal, kami perlu mencari tuktuk atau teksi untuk ke stesen Hualamphong: iaitu stesen keretapi Thailand lagi 1 yang lebih bertumpu pada long distance journey, keretapi kelas ekonomi dan 1 yang ber aircond dan juga untuk keretapi ke sempadan. Rata2 fare adalah dalam lingkungan THB150-200, padahal jarak antara Thonburi dan Hualamphong hanyalah lebih kurang 10 minit je... Dewi cakap melalui kajian, sepatutnya tambang cuma THB100, seksa jugak kami nak mencari... Kebetulan, kami berjumpa sekumpulan backpackers wanita Malaysia yang jugak sibuk nak mencari tuktuk untuk pergi cari restoran halal... Budak ni pun suggest kami untuk tawar jadi sampai THB120 dan akhirnya dapat jugak satu tuktuk yang sanggup mengambil THB120... maka jimatlah THB30 utk kami...

     Kami tiba di stesen Hualamphong dalam 15 minit selepas itu... Terus kami meraba mencari pejabat agen tiket kami, naik escalator turun escalator... Naik balik, ohhh rupa2nya seberang jalan je... Kami sampai tepat jam 1800pm dan kelihatan ada seorg kakak Malaysia ni tengah sibuk nak tuka tren ticket dia untuk flight, sebab katanya letih naik tren dan lama sangat... Kami terpaksa mencelah kakak tu sebab kelihatannya macam tak selesai2 lagi masalah dalaman dia... Kami dapat tiket kami, terus kami ke stesen mencari kedai makan... Oh ya, tiket kami untuk perjalanan dari Bangkok ke stesen Nong Khai (sempadan Laos) ditempah dari 12goAsia iaitu agen yang bertauliah dan recommended by bloggers yang kami lawati blog mereka... Kat sini, tren dia memberi option samada kita nak duduk coach campur atau Ladies Coach sahaja, dah tentu kami akan amik Ladies Coach kan?  Harganya? Sila rujuk di bawah nanti, tapi sepatutnya lebih murah, tapi bila dah masuk agent fee dan jugak aku bayar lebih untuk priority booking sebab nak dapatkan lower berth kan... Sebab melalui pembacaan selalunya akan cepat habis, dan yang paling haru kalau dapat yang seating punya, mau kejung urat kaki nak duduk dalam tren dalam 11 jam... 

     Kami mencari makanan dan ada 1 kedai halal dalam cafe stesen tersebut tapi nasik da abes... wooo aku lapar nasikkkk... Sebab taknak makan mee, kami pun pegi beli roti & pastry kat 1 kedai ni... Tawakkal je kami makan, amik yang pastry nenas ngan coklat... Rasanya boleh tahan... Dan kami singgah jugak 7Eleven untuk membeli air dan jugak beli stok Pringles yang baru...

     Tepat jam 2000 kami dah berteleku dalam tren sambil menyaksikan pekerjanya memasang katil kami... Bagusnya Ladies Coach ni adalah pemasang katilnya juga adalah wanita, so selesa sangat rasanya. Ditambah lagi, toilet kat Ladies Coach ni hanyalah untuk kami, dan dari coach lain takleh nak tumpang guna... Pegawai wanita tu dah kunci coach kami dari dalam... So kami agak bebas di sini sebab semuanya perempuan, nak pi toilet pun tak payah pakai tudung sebab selamat... hehehe... Kali ni, aku tak kira, aku mandi jugak dalam toilet tren ni sebab aku tak tahan dengan bau diri sendiri huhuhu... Seksa gak rupanya nak mandi dalam toilet tren ni walaupun ada shower... Tapi Alhamdulillah lega dapat mandi jugak... Pegi sinki gosok gigi & amik wudhu', aku solat di katil aku... Fyi, aku tinggalkan barang2 aku macam wallet bawah bantal dan selamat... Tapi please jangan buat macam aku ye... hehehe... Apa yang boleh aku bagitau yang tren ini selamat dan mesra wanita. So jangan lupa pilihlah Ladies Coach kalau anda ingin memasuki Laos melalui tren dari Bangkok ye... Lepas solat, aku memang letih gila dan terus pengsan... Tak sabar nak masuk Laos esok yeahhhh!!!

Kos:

Train Kanchanaburi-Nam Tok: THB 100/pax
4WD Sapu to Hellfire Pass: THB 800/car
Train Nam Tok-Thonburi: THB 100/pax
Tuktuk from Thonburi-Hualamphong Station: THB 120
Ladies Coach Class II Lower Berth Bangkok-Nong Khai: THB 1,003/pax



Welcome katanya... Kami nak chow dah



Selfie dengan keretapi sket...



Menunggu kaunter bukak nih



Cop tempat masing2... Orang tak ramai nih...



Muka happy dan suci dapat naik tren



Stesen



Ok, gerak dulu...



River Kwai Jambatan Bosi



Gambar ala2 sunrise



Happy



River Kwai



Na Kan... Siap ada binatang ter Na Kan jugak kat belakang tu...



Da start berpoloh...



Seat kayu



Resort di tepi Sg. Kwai



Sg. Kwai



Resort dia nampak cantik...



Aku suka view Sg. Kwai ini!!!



Beronak duri landasan sini... Hasil kerahan tenaga Romusha & POW masa WWII



Breakfast ngan Coke... Ehhh???



Ambiance restoran yang kami singgah minum



Sibuk nak wefie, Dewi sibuk makan...



OTW to Hellfire Pass



Sewaktu di dalam 4WD



Selfie lagi



Macik2 sangat muka aku



Sampai dah Hellfire Pass



Suasana dalam muzium







Sila baca







Alkisah...




Ilustrasi keseksaan yang POW & Romusha alami... Sadis...



Docu... Sedih tengoknya...



Cuma makan nasi bubur dengan ikan masin...



View dari menara tinjau muzium







Zen je rasa...



Tangga yang bakal kami turuni








Proses menurun bukit...



Panaih lit lit



Dewi memang laju



Walking trail kami... Sebelah kiri dilarang sama sekali untuk masuk



Dewi dan wanita ala2 Inggeris di depan...



Walking trail



Cakkk



Ya, kami di sini







Tinggalan landasan keretapi yang masih boleh dilihat




Dewi ooo Dewi...



Close up



POW yang terkorban di sini... 



Lagi tanda penghormatan di pokok sekitar landasan maut ini



Jenuh aku nak memaham... Spirits? Hahahaha



Sai Yok Noi Waterfall... Sedih kan?



Dan sepatutnya air terjunnya begini ye



Aku bayar Lum Sum je kat ko ye...



Acah2 berani duduk tepi pintu



Nilah pakcik tuktuk THB120



Bangkok Hualamphong Station



Ladies Coach Class II Lower Berth okay...