Tuesday 12 November 2019

#GengPAK: Ketagihan Chapshuro Viral Di Lembah Hunza

To Hunza: 28 April 2019 (Day 5)     

     Selepas mengambil BRV kami di office 4WD, kami bergerak untuk menuju ke destinasi seterusnya. Hari ini katanya kami bakal bermalam di Pekan Hunza, yang terletak di kawasan pergunungan dan kami boleh nampak beberapa puncak gunung dari arah hotel kami (Osama ada sebut pasal beberapa gunung seperti Lady's Finger, Nanga Prabat dan banyak lagilah siap buat kuiz suruh sebut. Sorry aku ingat beberapa je hehehe). Dikhabarkan juga di Hunza terdapat makanan popular di situ dan juga walnut cake yang pure dan lazat. Aku dengar pasal kek memanglah terliur jadinya!!!

     Kami melalui jalanraya yang juga pada zaman dahulu kala merupakan Laluan Sutera yang sangat terkenal. Kalau korang ingat masa kita belajar dalam Sejarah Tingkatan 1 & 2 dulu, inilah sebahagian laluannya yang bertanggungjawab menghubungkan jalinan perdagangan antara banyak negara. Jalan kami masih lagi beronak duri walaupun sudah tidak seteruk semalam, dan masih banyak lagi lori di laluan ini. Kami melalui lorong untuk ke Fairy Meadows, iaitu salah satu view point tercantik di Pakistan. Tapi kami tidak akan pergi ke Fairy Meadows disebabkan masa kami yang singkat kerana flight schedule kami tu la, tak berbaloi rasanya nak naik 1 malam je ke atas, kerana kami diberitahu untuk sampai ke FM kami perlu menaiki 4WD, dan kemudiannya hiking ataupun naik kuda untuk menuju ke guest house, maka kami sepakat untuk skip FM kerana masalah ini dan tak nak spoilkan kesihatan masing-masing akibat jadual yang sangat padat.

Perjalanan pun bermula...

Long Live Pakistan!!!

Kami berhenti lunch (late lunch sebenarnya). Kami order nasi putih. Osama cakap nasi putih ni sebenarnya makanan orang sakit. Apakahhhh

     Tak banyak aku ambik gambar sepanjang perjalanan sebab view sama je dengan hari-hari yang lepas. Kang korang boring pulak asyik gambar hampir samaaa je. Kami tiba di Hunza dalam lebih kurang jam 1700pm (Alhamdulillah perjalanan tak berapa lamaaaa) dan kami check in di Embassy Hotel Hunza. Boleh tahan hotelnya dan view depan bilik kami memang tersangatlah cantik. Disebabkan kami sampai awal, makanya kami dapat peluang untuk berjalan-jalan di pekan Hunza yang berada di atas bukit (ke gunung?) dari hotel kami, makanya kami kenalah mendaki sikit untuk ke atas. Lomahnyo dennnn huhuhu!!! Aku yang seperti dah menangkap sedikit AMS memang lemau la nak mendaki tu, dan akhirnya Osama meminta tolong kawan dia yang kebetulan lalu di jalan tersebut untuk menumpangkan aku sampai ke atas. Min bila nampak aku dapat naik kereta, dia pun berlari ikut aku sekali naik kereta hahaha. Kami diturunkan di tempat yang Osama suruh dropkan kami, iaitu di bus stop (lebih tepat teksi sapu stop) di mana terdapat tempat menunggu di situ, sementara menunggu merpati berjalan mendaki bersama-sama tu sampai. Aku bertanyakan berapa tambang yang perlu kami bayar, encik tu dengan gembira hati berkata 'we are Hunza people, we don't take money, we like to help people' gitewww!!! Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebelum kami turun dari kereta. Memang sangat baik orang-orang di sini tawww!!! Kami sempat snap sikit gambar sambil menunggu merpati...

Pemandangan dari hotel kami

View memang mengancam!!!

Laju je Min jalan!!!

Sambil menunggu merpati

Sambil menunggu merpati 2

Walaupun atas gunung, tetap ada habuk gak

View dari teksi sapu stop

Merpati masih tak muncul...

     Akhirnya dalam 15 minit merpati pun muncul. Kami di bawa ke sebuah cafe yang terletak di pinggir gunung dengan scenery yang sangat superb! Tujuan kami ke cafe ini adalah ingin menikmati walnut cake yang sedap yang direcommend Osama. Mulanya kami tamak nak order the whole bijik of walnut cake, tapi kami cepat tersedar dan akhirnya beli sepotong sorang. sedap kek ni penuh dengan walnut asli tapi manissss baq hang!!!! Memang tahap boleh potong kaki punyalah! Nasib baik kami tersedar dari ketamakan untuk beli sebijik kek! Kami melepak sambil menikmati view indah yang terpampang depan mata sambil makan kek dan minum (tea time kononnya ni!). Merpati sibuk berlawan dam haji, pastu sibuk bergaduh! Huh sungguh mereka ni!!!

Main dam haji pun boleh gaduh!

Walnut cake yang manissss masa bercinta sangat!

Lepas gaduh baik balik. Aku dengan Min duduk kat dalam jelah bila luar tu dah bersemut angadddd

Takpelah Min, kita bergambar berdua jelah!!!

     Selepas membayar makanan, kami berjalan-jalan sikit mencari souvenir. Osama agak tidak membantu dalam hal membeli souvenir ni, so kami uruskan sendiri je bab tawar-menawar. Aku sempat beli sehelai pashmina yang boleh balut 1 badan pun boleh menutup aurat (saiz besar) dengan harga PKR800 sahaja! Ini bersamaan dengan RM24 dan pulak tu siap ada embroidery flowers pulak kat pashmina tu! Dan aku bernasib baik sempat beli 1 untuk diri sendiri sebab selepas itu semua pashmina yang aku jumpa kat bawah Hunza mahal belaka!!! Nanti aku akan share kan perbandingan harga dengan yang aku beli untuk souvenir kemudian. Kami pulang ke hotel untuk berehat dan kali ini turn Ita pulak tidur di lantai (pun extra mattress bilik ni), Tapi nasib baik biliknya agak besar so tak sesak sangat. Kelihatan di balkoni (sebab bilik kami terletak di view point balcony dan terdapat restoran di situ) dan kelihatan pekerja restoran sibuk menyalakan api untuk bbq dan sedap sungguh bau bakaran mereka tu!!! Ada event malam ni tapi disebabkan aku letih, aku malas nak keluar bilik, cuma jenguk sekejap dari celah pintu. Tambahan pulak agak dingin malam tu so aku malas hahaha! Tapi Ita pegi join kejap sebab ada show orang menari. Kalau nak tengok gambar dan video untuk show tu, silalah tengok di FB Noor Azita Mohamad ye...

Jom kita cuci mata!!!

Merpati sedang memilih cincin... Eh!!! Poskad laaa poskadddd!!!!

Amik gamba duluuuu

Hotel opposite hotel kami

Yang balkoni ada kerusi tu, itulah kawasan bilik kami!!!

View point balcony dari bilik kami. Nampak tak ada baraan api tu? Tengah ber bbq le tuuuu


   Hunza: 29 April 2019 (Day 6)  

     Selamat pagi Hunza!!!! Selepas sarapan kami check out terus dan hari ini kami akan melawat beberapa kubu dan sekaligus merasai street food popular Hunza!!! Bab makan memang aku tak tolak weh!!! Tapi, sebelum kami makan, kami akan meneroka 2 kubu adik beradik: iaitu Altit Fort dan Baltit Fort. Kami bermula dengan A dulu, dan kami perlu menaiki kenderaan untuk ke sana. Untuk Altit Fort ni, tak banyak pendakian yang perlu dilakukan. Kami perlu membayar entrance fee untuk masuk ke kubu. Selepas membayar entrance fee (tak salah aku dalam PKR300/pax) kami telah di approach oleh sorang pakcik (yang aku lupa namanya hehehe) dan dia merupakan tourist guide untuk fort tersebut. Dia membawa kami menaiki kubu tersebut sambil mulutnya tak berhenti-henti menceritakan tentang sejarah kubu tersebut. Yang kelakarnya, setiap kali dia nak memberi penerangan, dia akan buat announcement 'can you please give attention to me?... Bla bla bla...' masa ni jangan sampuk. Selagi kami tak senyap bagi tumpuan kat dia selagitulah tangan dia dok melambai-lambai suruh kami stop cakap hahaha. Kubu ini merupakan istana juga bagi raja mereka, di mana terdapat bahagian kamar di raja dan juga dapur untuk permaisurinya memasak. Juga terdapat penjara di bahagian bawah, dimana tandas raja berada di atas penjara tersebut. Maknanya raja kencing berak semua jatuh kat lubang yang menghubungkan penjara tulah... Eeeee!!!! Di situ juga ditunjukkan kubu-kubu askar untuk mempertahankan kota daripada diserang oleh musuh dan juga sebuah tingkap yang di bawahnya adalah sungai. Kami diberitahu bahawa mayat-mayat banduan atau askar yang belot akan dicampakkan ke dalam sungai melalui tingkap tersebut. Okay, ini seram. Di bahagian atas kubu (roof top la) terdapat tempat untuk memancung pesalah dan dari sini kita boleh lihat pekan Hunza from the bird's eye view dan juga dari sini kita dapat lihat kubu B (Baltit). Kami bakal ke kubu B tapi.... hahaha aku tak masuk kat B ye sebab kena mendaki hahaha!

     Usai lawatan sambil belajar kami, aku terasa nak pegi toilet.Kelihatan ada signage menunjukkan arah public toilet dan aku dengan yakinnya nak menuju ke belakang untuk ke toilet. Tiba-tiba aku dipanggil oleh pakcik penjual tiket dan menyuruh aku menggunakan toilet pejabat!!! Memang betul-betul mereka menghormati pelancong dan dia risau kami tak selesa di tandas awam maka dibaginya staff toilet. Sememangnya staff toiletnya sangat bersih!

     Di luar entrance, terdapat banyak kedai souvenir. Disebabkan kami sampai terlalu awal, maka hanya beberapa kedai yang dibuka. Kami berminat untuk singgah di satu kedai yang menjual souvenir dan juga jewelries. Seperti biasa, kami tanya Osama samada berbaloi kalau kami nak beli birthstone ring yang dijual di sini dan seperti biasa jugak dia cakap 'It's up to you'... Dowhhhh... Bosanlah mamat nih! Akhirnya kami beli cincin sorang satu dan harganya jugak amat murah, iaitu PKR900, bersamaan dengan RM27! Memang berbaloi sebab aku beli batu sapphire dan cincin tersebut diperbuat daripada silver. 

Altit Fort

Kemana kitak???

Kusyuk nau semua orang mendengar penerangan pakcik guide

Pokok epal dan anggur tak berbuah lagi kome oiiii!!!

Mari kita mendaki!!!

View dari fort

Aku, sungai yang membiru & Silk Road yang sangat epik

Lawatan sambil belajar

Lagi penerangan dari pakcik guide. Min memang bersungguh hati mendengar!!!

Ni lah tingkap nak campak mayat tuhhhh

Takut pun jenguk gak tingkap nih!!!

Dapur masak

Sungai dan Silk Road di sebelahnya. Sekarang tengah construction buat highway kat tepi Laluan Sutera tu...

With bird I share this lonely view...

View dari rooftop Altit

Perkampungan tertua di Hunza. Aku cuba mengambil gambar tanpa manusia sebab dari atas ni kita boleh nampak wanita tak berhijab tengah sidai baju la, cuci rambut la dan sebagainya...

Kami telah diwarning oleh Osama agar tidak mengambil gambar yang menyentuh sensitiviti penduduk kampung... Kena jaga aib orang kan...

Me & kampung tertua di Hunza yang dah berusia beribu tahun

Kusyuk nau Ita

simpan 1 untuk kenangan

Berlagak nau dapat cincin!

Sapa punya paling cantik tik tik???

     Selepas itu, kami berpatah balik ke pekan Hunza, rupa-rupanya Baltit Fort ni terletak kat pekan nih. Kenapalah semalam tak perasan? Diberitahu bahawa Baltit Fort memerlukan pendakian, so aku passed yang ni. Osama menempatkan aku di sebuah kedai makan yang kemudiannya baru aku perasan inilah kedai yang disebut-sebut oleh Osama sebagai kedai wajib makan! Aku lepak di kedai tersebut sementara menunggu diorang settle di Baltit. Makcik kedai viral ni sangat peramah dan tak jemu nak bersembang dengan aku. Dia menceritakan bagaimana kedai dia tersangat popular di kalangan penduduk tempatan dan juga travelers sampai ada video Youtube mengenai kedai makcik ni! Dengan bangga makcik ni bercerita, setiap hari akan ada ramai orang beratur demi untuk mendapatkan chapshuro dia dan pada hari ini, dia mentutup order buat sementara semata-mata nak melayan kami se group! Mula-mula aku ingat propa je makcik ni, tapi rupa-rupanya memang dia reject sekumpulan pakcik-pakcik yang nak order chapshuro dia dan hanya cakap boleh order chai je, hahahaha. Tapi geng pakcik-pakcik ni nak lepak jugak kat kedai situ, walaupun hanya boleh order chai. Makcik tu bercerita yang hari-hari dia menguli dan menggilis tepung sampai lenguh tangannya dan jugak dia mengatakan yang semua bahan masakan yang dia gunakan adalah organik. Sebab tu dia dan anak-anak dia sihat katanya. Aku pulak dah terliur sebab dia sibuk menceritakan kesedapan makanannya dan aku memang tak sabar nak merasa! Makcik tu kata dia akan buat untuk kami once semua orang ada. Katanya dia nak bagi kami makan yang freshly made okay? Kawan makcik ada menemani sambil membawang dalam bahasa Pakistan. Tak lama lepas tu, anak makcik pulang dari sekolah dan dengan bangga dia memperkenalkan kedua-dua anak lelaki dia pada aku. Masha Allah hensem nau anak dia, macam muka mat saleh pun ada, muka orang Jerman pun ada yang sulung tu. Mata masing-masing berwarna hazel dan biru. Aihhh aku memang geram dengan kaler mata orang-orang Pakistan nih!!!

     Hampir sejam jugak diorang ada di atas sana dan akhirnya turun jugak mereka. Apalagi, makcik pun menunjukkan skill masakan dia pada kami dan aku siap ambik video lagi masa dia masak. Akhirnya, yang ditunggu-tunggu dah tibaaa!!!! Kami dihidangkan Hoilo Garma terlebih dahulu. Ianya adalah tepung chapati yang dikyak-koyak dan kemudiannya direbus sehingga menjadi seperti pasta. Kemudiannya dituang dengan kuah yang terdiri daripada sayuran (yang mulanya aku ingatkan bayam tapi sayur apantah aku lupa nama dia), kentang, dan kemudiannya ditabur dengan walnut yang semuanya serba organik!!! Selepas itu, kami dihidangkan pula dengan signature kedai ni iaitu Chapshuro, seakan-akan karipap pun ada, murtabak pun ada jugak, dengan minced beef sebagai filling. Makcik tu jugak bagi kami sejenis kuah berwarna putih (rasanya macam yogurt) yang dicampur dengan daun pudina, bawang dan ditabur dengan walnut sebagai pencicah. Masuk je mulut, PERRRRGHHH enak sekaliiii!!!! Sememangnya tak rugi kami makan di sini. Sedang kami menjamu selera, datang sepasang mat salleh yang jugak ingin merasai makanan di kedai viral ni, dan hari ni makcik ni memang melayan pelancong je keje dia. Kami berbual-bual dengan mat saleh berdua sambil menyuruh dia merasai chapshuro kami sebelum dia order. Selesai makan dan membayar, kami sempat mengambil gambar dengan makcik dan meninggalkan pekan Hunza dengan hati gembira dan perut yang kenyang! Kami meneruskan perjalanan untuk melihat satu lagi kejadian alam yang cantik hasil daripada disaster yang amat dahsyat sehingga mengorbankan nyawa dan juga menenggelamkan sebuah kampung! Apakah tempat tersebut? Nantikan sambungan kisah Pakistan kami di entri yang akan datang ya.... 

Kami kembali ke sini

Ambik gambar dulu sebelum berpisah

Lepak lu...

Aku lepak dalam kedai viral sebab duduk luar orang asyik tengok aku je (perasannn!!!)

Sementara itu di Baltit Fort (Gambar sumber Ita)

Akhirnya mereka kembali!!!

Makcik saiya da laparrrrr

 
Mari menggilis kata makcik!!!

Dish pertama kami

Hoila Garma. Holla!!! Sedap rasanya macam makan pesto pun ada gak hehehe

Ngaaaa....aaappppp

Memang menikmati sangat sampai licin pinggan

Cara-cara masak chapshuro

Dan... Taraaaa!!!! Makanan kedua kami!!!! Signature kedai makcik viral!!!! Chapshuro!!!!

Kita close up sket rupa dia....

Lebih enak bila dicicah dengan kuah seperti yogurt nih

Kami puas hati!!!!

Lagi gambar kenangan dengan makcik viral. Nasib baik Motif Viral tu jauh