Tuesday 5 November 2019

#GengPAK: Kisah Si Pemecah Batu, Gaung Groupies, Budak Penjaja Telur & Midnight Jeep Ke Naltar Valley

Besham - Naltar Valley: 27 April 2019 (Day 4)

     Selepas bersarapan, kami bersiap untuk check out dari hotel. Memandangkan buah loquat kami masih banyak, kami offer-offer la jugak kat pakcik guard yang peramah dan juga pekerja hotel. Diberitakan bahawa kami akan sampai ke next destination kami, iaitu Naltar pada lewat petang... kalau tiada aral melintang di pertengahan jalan. Adakah tiada aral sepanjang perjalanan kami??? Haaaa inilah yang kami nak cerita nihhhh...

     Seperti yang aku ada tulis di entri sebelumnya, kami perlu melalui jalan lama untuk ke destinasi-destinasi yang dah di plan kerana highway yang lebih cepat dan elok masih lagi diliputi salji. Begitu juga dengan perjalanan kami yang ini. Sememangnya kami dah menjangkakan perjalanan yang beronak duri seperti semalam TETAPI hari ni lagi dahsyat wehhhh!!!! Dalam 2 jam pertama perjalanan kami, tiba-tiba semua kenderaan di hadapan kami berhenti. Kami pun wonder jugaklah, awat lagu ni? Osama pun turun dan bertanya apakah masalah sekarang ni. Rupa-rupanya ada kerja pemecahan batu kat gunung atas kepala kami tu haaa. Sebab proses pemecahan batu, kesemua kenderaan yang melalui jalan itu di ketika itu diarahkan berhenti sebentar demi keselamatan. Oklah, kami dah delay dalam 30 minit di situ. Sebab bosan, kami pun tergedik-gedik keluar dari MPV untuk berposing sakan di tepian gaung yang permai tu eh!


Ooooooooooooooooooooo...... Kambingku lari gagah berani... Ayuh lari... Ayuh kambingku lari.....

Tak perlu kaya untuk gumbira

Ini kisah gembala kambing hal dunia tak ambil pusing...

Kami lalu ayaq teghojun banyak kali. Setiap kali lalu excited nau nak ambik video la gambar la

Dating naik moto berenti tepi air terjun... 

Tak tau tujuan untuk pembakaran ke pembinaan... Pembakaran la kot...

Dah mula berenti untuk bagi laluan kerja-kerja pemecahan batu atas kepala kami

Alang-alang berenti tepi gaung secara berjemaah, apalagi!!! Video & posing laaaa

Min sibuk ambik gamba kat belakang tu

...Pastu ada orang photobomb la pulekkkk

Berlagak betul ko posing tepi gaung weh Ita!!!

30 minit kami di sini 

     Selepas dibenarkan bergerak, kami meneruskan perjalanan kami yang masih jauh sambil berdoa agar takde lagi halangan bakal mendatang. Keje kami dalam MPV ni mengudap cookies yang dibawak, bersembang, dengar lagu Hindustan, termenung, tido dan begitulah seterusnya... pekan demi pekan kami lalui dan berpuluh bijik lori dah kami potong di tepi gaung dengan harapan kami tiba lewat petang seperti yang dijangkakan. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari huhuhu sayuuuuuu. Kami stranded lagi di tepi gaung atas alasan yang sama, tapi kali ni lebih lama! 2 jam lebih kami stranded di sini bersama-sama kenderaan lain, dan kali ni tempat ni lebih berlumpur dan berhabuk wehhh sebab kami betul-betul stranded di tapak pembinaan! Kat sini terdapat 2 orang budak lelaki yang sibuk ke hulu ke hilir memegang baldi kuning sambil memakai helmet Pua Chu Kang kuning jugak. Aku ingat budak-budak ni child labour so aku rasa kesian la kecik-kecik dah keje kat tapak pembinaan. Pastu salah sorang budak datang kat aku yang masih lagi dalam MPV (Ita keluar pi ambik gambar, Min sibuk tidur dan mengunyah kat belakang hahaha. Shoaib berenti betul-betul belah lumpur kat pintu sebelah aku, so memang idokle sis mau keluar). Budak tu menghulurkan baldi kepada aku sambil tangannya menunjukkan isyarat 2. Aku jenguk dalam baldi kuning tu, rupa-rupanya ada telur rebus dalam tu!!! Ooo budak-budak ni menjaja telur rebus rupanya. Aku menunjukkan isyarat takmoh dan budak tu pun berlalu. Lepas tu aku tengok budak tu menuruni gaung dan kemudian memanjat balik! Rupa-rupanya rumah mereka di bawah gaung tu selevel dengan sungai yang kami tengok sayup di bawah sana. Maknanya hari-hari budak-budak ni dok mendaki naik turun kat sini untuk menjaja telur rebus untuk pekerja construction kot. Min terjaga dan mengunyah, sambil bersembang dengan aku. Lepas tu kami sepakat nak bagi budak penjaja tu coklat, dan kami memanggil budak-budak tersebut dan memberi coklat yang kami bawak. 2 jam lebih stranded, dengan panas dan berabuknya akhirnya kami dibenarkan meneruskan perjalanan. Gila ah ding dongggg!!! Pukul berapa kami nak sampai ni wehhhhh (nangis)

Lalu tapak construction lagi. Time ni kami masih tak tau nasib kami di depan sinun

Antara pekan yang dilalui. Sampai dah tak ingat nama pekan weh

Bridge sebagai penghubung antara main road dengan kampung seberang

Masih beronak duri dengan construction

Lagi pemandangan tepi gaung

Relek bro duduk kat kepala lori!

Banyak jugak jambatan tepi-tepi highway ni

Maka bermulalah kisah stranded kami selama 2 jam lebih huhuhu. Nampak tak kat van depan tu ada budak pakai topi Pua Chu Kang sambil jinjit baldi kuning tu? Haaaa itulah penjaja telur rebus tu

Nampak tak kesan lumpur bawah tu? Bukannya diva, kalau diva sis dah suruh Shoaib bukak aircond kereta je sepanjang 2 jam ni

Shoaib tengah join gaung groupies makan telur rebus. Aih lapar la pulakkkk

Anjang Aki versi Pakistan heheh!

     Akhirnya kami dilepaskan untuk meneruskan destinasi selepas tersangkut 2 jam lebih! Kitorang dah tahan nak kencing ni weh, dan mintak Osama untuk berhenti di mana-mana kedai atau pekan yang kami bakal lalui, tapi malangnya menurut Osama takde lagi pekan yang kami akan lalui dalam tempoh 2-3 jam lagi! Meraung dah pundi kencing kami ni weh lepas 5 jam perjalanan ni! Akhirnya Osama ternampak gerai kampung di tepi gaung dan berhenti di situ. Terdesak ni weh! Kami redho dengan keadaan toilet kampung yang separuh open air tu! Anak tokay kedai membawa kami ke belakang kedai dan kami perlu melalui batu batan dan mini semak untuk ke tandas yang separa roboh tu. Budak ni pandai, dia mintak duit kat kami untuk gunakan tandas. Kami bagi PKR20, dia mintak lagi sambil menunjukkan 10 jari! Dia nak PKR100 weh!!! Sebab dah terdesak kami bagi je lagi PKR100 dan dia pun membuat body sign suruh meneruskan hajat kami. Memang kami tak pandang ke bawah masa tu weh sebab kami tau apa yang kami bakal nampak kat lubang tu huhuhu. Kami menggunakan air gunung dan sejuk gila air tu! Lega lah kami setelah menahan selama 5 jam. Memang serius rasa nak nanges wooo!!!

     Osama sempat membeli biskut dari gerai tepi gaung tu dan sementara tu kami berposing sekejap di kawasan gaung depan gerai sebelum Osama mengarahkan kami masuk ke MPV. Yelah dah lambat kot, bayang pekan pun tak nampak lagi!

Rumah-rumah di bawah gaung. Kat seberang sungai tu pun macam tu ye

Pertembungan antara 2 sungai yang berbeza warna

Kami berenti kencing sat!!!  Min sibuk berposing sakan

Aku pun sama eh! Apoo gambo tu???

Min pun nak jugekkk dengan aksi lompat. Ni step 1 dia hahaha

Step 2: Melompat dengan lebih tinggiiiii

Step 3: Menutup kembali apa yang terbukak hahaha

     Dari jauh kelihatan air terjun yang menderu-deru turun dari atas gunung dan melalui jalanraya yang bakal kami lalui. Agak besar air terjunnya, dan aku sememangnya pernah melihat situasi yang seakan-akan sama dalam dokumentari dalam History Channel! Tanpa membuang masa, aku standby handphone aku dalam mode video untuk merakamkan pengalaman kami 'meredah' air terjun di tengah jalanraya. Epik sungguh!!!

Tudiaaaa!!! Nampak dok tuhhh???

Sis pecahkan kepada 3 bahagian sebab takut tak lepas. Part 1. Terujaaaaa!!!

Part 2: Kami semakin hampiirrrr

Yassss!!! Aku berpeluang merasa percikan air terjun yang sejuk namateyyy nih

     Perjalanan kami diteruskan sehingga hari semakin lewat petang, dan kami berhenti untuk late lunch (ke dinner?) di sebuah pekan. Tapi kami tak makan sebab Min dah kemaruk nasi goreng Sharifah dengan sambal, siap kecur-kecur liur lagi! Aku pulak, tak berapa nak selera makan di kedai yang kami berhenti sebab biryani lagiii!!! Aku bukannya cerewet, tapi hari-hari tala lauk biryani mana buleh tahan wooo!!! Kami disuruh untuk duduk di dalam kedai, di meja paling hujung dan tersorok sekali (mungkin kerana kami wanita kot) manakala Osama dan Shoaib makan di luar. Kedai tu yang mulanya kosong (hanya kami ber-3 pompuan) tiba-tiba meriah dengan orang tempatan mengeteh!!! Semua lelaki pulak tuh! Aku rasa mungkin diorang sibuk nak tengok traveler pompuan berhijab dari luar negara kot! Kami hanya order Chai, dan jujur aku cakap, ini adalah Chai yang tersedap sepanjang kembara kami di bumi Pakistan ini! Cukup padu rasanya! Kami menghabiskan chai sambil menunggu Osama & Shoaib menghabiskan makanan diorang. Selepas settle, kami menuju ke MPV kami dan kebetulan azan Maghrib sedang berkumandang di masjid berdekatan kedai makan tersebut. Aku sempat merakamkan alunan azan versi Pakistan untuk dijadikan kenangan...

Lambaian mesra kanak-kanak Pakistan

Adusss jauh lagi kah abang Osama oiiii

Akhirnya kami berhenti di sini untuk makan

Walaupun kecik pekan ni, tapi bank tetap ada

Chai tersedap, terlazat, terpadu dan banyak terrr lagilah sepanjang kembara kami di bumi Pakistan ini

Azan Maghrib-Versi Pakistan: Part 1

Azan Part 2

     Kami memang dah sangat terlewat. Hari sudah semakin gelap namun kami masih belum tiba di destinasi kami. Perut dah mula meronta-ronta meminta makanan, dah rasa nak gastrik pun jugak. Min dah memulas-mulas perutnya sebab angin. Yelah, kami kan skip makan tengahari dan tak makan pulak di kedai tadi. Pastu minum teh pulak tu, mau tak angin... Dalam kepekatan malam kami ternampak sedikit cahaya, dan kami sangat berharap kami sudah sampai di guesthouse kami. Kami nampak bandar (sebab nampak banyak kedai-kedai, lampu-lampu neon dan memang kelihatan seperti bandar), namun sekali lagi hampa apabila kami melihat sahaja lampu-lampu neon melintas pergi dari pandangan mata kami dan kami melalui sbuah lorong sempit yang dikelilingi oleh hutan belukar. Nak ke mana pulak nih!!! 
     Akhirnya, setelah lebih kurang 20 minit melalui lorong yang sempit itu, kami tiba di sebuah rumah (dan setelah ditelek rupa-rupanya pejabat), di mana BRV kami perlu diparkir di situ dan kami bakal menaiki 4 wheel drive untuk merentasi lembah Naltar untuk ke guesthouse kami!!! Masih lagi kami perlu bergerak! Dikhabarkan, perjalanan bakal beronak duri dan melalui gaung-gaung jugak, di mana hanya 4WD yang digunakan untuk masuk ke situ! Cemas jugak kami mengenangkan hari sudah larut malam (kira-kira jam 2030pm masa kami sampai untuk salin ke 4WD) dan kami perlu melalui pengembaraan Camel Trophy lagi!. Pasrah, kami turun dari BRV dan mula menaiki 4WD yang telah disediakan untuk kami. Yang lelaki semua loading segala mak nenek beg kami di bonet. Perjalanan Camel Trophy kami dimulakan dan sememangnya sepanjang 20 minit (atau 40 minit ya? Kami tak tengok jam tangan masa ni) kami bergoyang Inul, kadang-kadang kencang, kadang-kadang tidak. Akhirnya kami tiba di guesthouse kami iaitu Palace Hotel Naltar. Dalam gelap kelihatan seperti guesthouse zaman kolonial, dan kami ambil beg kami dan terus menuju ke bilik kami. Cuaca? MashaAllah sejuknya hingga menggigit tulang hitam weh! Kami tidak memerlukan aircond pun sepanjang berada di sini, nak tidur pun aku siap pakai sweater, stokin tebal, sarung tangan & siap genggam heat pad lagi tau! Bilik kami kali ni cuma ada 2 katil, dan disediakan extra tilam atas lantai. Yang ni, aku ambik turn dulu tidur di lantai (kami diberitahu akan ada 3 hotel/guesthouse akan ada extra tilam ni). Osama seperti biasa, suka ketuk pintu bilik kami untuk check keadaan kami. Dia bertanya kalau kami nak order makanan sebab kami tak makan lagi seharian kan? Min cuma mintak air panas untuk merendam Kak Pah dan mineral water, dan juga kami order ginger tea untuk membuang angin di badan hehehe. Sementara itu, aku bertekad nak mandi jugak walaupun cuaca sejuk ya amat. Serius la, air panas takde untuk mandi ni, so redho jelah aku mandi dengan air sejuk sambil menggigil-gigil. Sesudah mandi, aku makan nasi Kak Pah yang telah disediakan oleh Min sambil minum ginger tea. Lega sikit perut kami, lepas tu kami terus bersiap-siap dengan sarung tangan, sweater, stokin, heat pad dan selimut tebal untuk berselubung tido. Aku asyik terjaga sebab terlalu sejuk tambahan pulak aku tido kat lantai (walaupun tilam 2 lapis tapi memang sejuk jugak!) 

Kami ingatkan dah sampai... Rupa-rupanya... Arrrghhhh!!!!

Akhirnya kami sampai di guesthouse kami! Gambar lain tak sempat nak ambik, gambar dining table je yang sempat

Naltar Valley: 28 April 2019 (Day 5)     

     Aku bangun awal pagi, lebih awal daripada orang lain. Aku tak tau apa nak buat, so aku bersiap dan capai tripod untuk mengambil gambar di laman guesthouse. Aku merayap mencari pintu untuk ke laman, tapi tak jumpa. Aku kembali ke pintu lobi dan masih berkunci. Tapi nasib baik pintu jenis pakai engsel je (macam pintu kampung, engsel kat atas dan bawah pintu), dan aku pun keluar untuk explore pemandangan di sekeliling guesthouse yang malam tadi kami tak nampak. Subhanallah!!! Sangat indah pemandangan bumi Pakistan ni! Langsung aku teringat pemandangan di Swiss yang saling tak tumpah dengan apa yang aku saksikan sekarang! Rupa-rupanya guesthouse kami dikelilingi oleh gunung-ganang yang dilitupi salji, dan sememangnya begitu kerana kami berada di dalam lembah Naltar! Enjoy gambar-gambar yang aku ambil...

Pemandangan 360° depan guesthouse kami

Indahnya ciptaan Allah (termasuk sis ker heheh!)

Lagi posing!

Guesthouse kami

Gigih sis setting

Gigih setting lagi

Lagi-lagi gigih setting!

Gambar dulu sebelum berjalan

     Selepas puas berposing solo, aku pun masuk bilik untuk mandi dan bersiap-siap mengemas beg dan seterusnya bersarapan di dining hall. Selepas sarapan, kami dibawa Osama untuk berjalan-jalan di sekitar Naltar Valley bertemankan driver 4WD. Shoaib katanya pengsan sebab letih bawak kereta 14 jam semalam! Takpelah, biarkan dia berehat, sebab nanti dia nak drive balik untuk destinasi seterusnya. Kami dibawa naik ke view point yang sangat cantik, dimana kami dapat melihat Naltar Valley from the bird's eye view gituhhh!!! Kat sinilah lahirnya sepasang merpati yang takleh nak berenggang! Ambik gambar sama-sama, jalan sama-sama, pastu apalagi yang sama-sama??? Malas nak cakap banyak, teka sajalah merpati tersebut. Sempat gak aku snap beberapa aksi merpati ni sambil aku snap benda-benda kat keliling aku nih.

Subhanallah!!! Naltar Valley from the bird's eye view

Aksi merpati baru nak up

Kita lupakan merpati jap, kita tumpukan perhatian pada view

Selfieee

View yang sangat menyegarkan mata

Gambar berukuran passport pulak

Memang feeling abes atas ni

Gambar ber-3

     Selepas puas berposing kat atas bukit tu, kami dibawa melalui lorong kecil lagi berliku untuk ke kawasan tasik. Untuk ke tasik ni, perlu mendaki sikit. Aku kan tak suka bab-bab mendaki ni, so aku passed aktiviti naik tasik nih. Aku bergentayangan seorang diri kat kaki bukit jalan slow-slow sorang diri. Bosan, aku cuba keep track suara diorang, nun sayup-sayup dengar suara petir Ita memecah kesunyian. Kebetulan, ada sorang pakcik di atas bukit tu ternampak aku dan menunjukkan kat aku yang diorang ada di atas. Aku memanjat bukit tapi tanah agak tak stabil dan pakcik tu membantu aku untuk ke atas. Rupa-rupanya pakcik ni nak menunjukkan Snow Leopard yang dia jumpa dan dia simpan di dalam sebuah kandang (macam zoo). Suara Ita excited sangat tengok Snow Leopard yang dikatakan semakin rare dan hanya tinggal populasi yang tersangat kecil dan semakin pupus. Leopard tu bila aku sampai dah sibuk panjat pokok menyorok. Walaupun dapat tengok sekejap je, tapi pengalaman tersangatlah berharga. Kami memberi sedikit wang untuk makanan leopard tersebut kepada pakcik penjaga tu, dan kami meneruskan perjalanan untuk menikmati pemandangan di tepi sungai. Masih bersalji di sini. Ita, Min dan Osama nak berjalan lebih jauh trekking dihutan berhampiran tapi aku passed. Aku cuma menikmati pemandangan salji di tepi sungai sambil bermain salji seorang diri. Sedang sibuk mengambil gambar, datanglah 2 adik beradik yang cuba meminta duit daripada aku. Dia sebut nak 10 Rupee, pastu aku kata 'No' maka bergulinglah adik lelaki dia meraung di atas salji. Bangun lagi dan mintak lagi, dan aku ulangi jawapan aku, 'Waaaaa!!!!' berguling lagi kat atas salji sambil meraung dan kemudian dipujuk oleh kakak dia sambil merenung aku dengan pandangan tajam. Aku buat bodooo je sampailah adik lelaki dia berhenti menangis dan mereka berlari-lari anak meninggalkan aku hahaha. Memang drama sungguh budak-budak ni. Bukan tak kesian, tapi kalau aku layankan bagi duit, tak mustahil akan ada gerombolan lain yang akan datang mintak sedekah kat aku. Dah le aku sorang je ni, driver pun tengah melayan perasaan bermain air tepi sungai, tak ke haru nantinya...

aku jalan slow-slow je ditinggalkan mereka bertiga...

Snow leopard dari kejauhan

Pastu bagi bontot je kat kitorang

Sekali lagi ditinggalkan...

Tapi sis tetap enjoy!!!

Cantik sungguh pemandangan tepi sungai nih

Diorang semua kat jambatan hujung sana

Yang penting kita bisa hepi!!!

Sungai yang mengalir dan salji yang masih ada

Try lah datang Pakistan!

Sebelum kejadian budak berguling

Sejukkkk ais kepai nih

Driver tengah layan perasaan tepi sungai hahaha

Lagi video view untuk tatapan pembaca

View 360°

Lagi video sungai

     Habis tour kami, terus kembali ke guesthouse dan kami berlu bersiap siaga untuk check out. Kami sempat bersembang dengan Pakcik Iqbal, owner guesthouse kami tentang Pakistan dan seterusnya menyimpang sampai Uganda hahaha. Kenapa Uganda? Sebab anak menantu Pakcik Iqbal ada kat sana dan dia mengesyorkan kami untuk travel ke sana. Macam menarik kannnn??? Kami sempat bergambar dengan Pakcik Iqbal sebelum bergerak menaiki 4WD untuk kembali ke MPV kami. Siang ni baru nampak jelas jalan yang kami lalui malam tadi huhuhu memang seriauuuu!!! Dan aku respect gila dengan pakcik driver 4WD malam tadi kerana sangat cekap membawa kami dengan selamat malam tadi. Selamat tinggal Naltar Valley!!!! See you when I see you!!! Maka marilah kita meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya ya? Dengar cerita tak seteruk semalam. Harap-haraplah yeeeee... Pun sambungannya harus ditunggu jugak ye?

Gambar kenangan bersama Pakcik Iqbal, owner guesthouse 

Otw balik ke office 4WD



















                                                                                                                                                                                            
     

No comments:

Post a Comment