Friday 29 December 2017

#Selingan - Travel Insurance: Penting ke Idok???


*Gambar sumber Google

     Salam all. Bertemu lagi kita dalam entri selingan. Aku sebenarnya sedang dalam sindrom Writer's Block di mana ilham aku masih belum mari untuk aku catatkan kisah Mongolia aku. So sementara nak mengembalikan semangat penulisan di negara yang bagi aku adalah yang paling menyentuh jiwa aku sepanjang kembara Trans Mongolian/Trans Siberian aku ni, aku nak sentuh sikit bab yang mungkin ada orang anggap tak berapa penting semasa membuat kira-kira bajet dan perancangan percutian iaitu Travel Insurance.

     Idea ini juga tercetus daripada pertanyaan rakan ofis aku samada aku mengambil travel insurance atau cuma mengambil protection plan yang di offer oleh syarikat penerbangan seperti Air Asia (korang sure perasan ada option insurance masa korang buat online booking kan?) 

     Pendapat aku, travel insurance ni tersangatlah penting dan memainkan peranan terbesar selain daripada tempah flight tiket. Tambahan lagi kebelakangan ini kita sering terbaca tentang kejadian-kejadian yang tak diingini berlaku semasa kita berada di oversea dan perkara yang paling aku takuti adalah kita diserang sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Ini adalah kesilapan terbesar traveler bilamana kita ingat kederat kita ni kuat tapi apa-apa saja boleh berlaku dengan takdir Allah. Jangan kerana sayangkan duit maka kita lupa nak sediakan payung sebelum hujan. Bila kita ditimpa musibah, terpaksa pulak kita meminta bantuan orang ramai untuk membayar bil perubatan. Tak ke menyusahkan orang dan memberikan sejenis tanggapan buruk sangka seperti 'Pegi bercuti luar negara boleh, tapi takde duit nak bayar bil hospital' ataupun 'dah mampu pegi melancong oversea mestilah ada duit nak bayar bil'. 

     Ada jugak yang mengambil insurance tapi coverage tak mencukupi. Faham ada insurance yang menawarkan fee yang murah tapi kadang-kadang jumlah cover tu tak mencukupi untuk menampung kos perubatan sepenuhnya dan kita terpaksa mengeluarkan duit poket ataupun sekali lagi berbalik kepada meminta bantuan orang ramai untuk melangsaikan bil.

      Alang-alang aku dah membebel di sini, aku kongsikan kriteria dan tips aku memilih dan membeli travel insurance dan juga beberapa guidance dalam memilih jenis polisi insurance yang ditawarkan.

1. Pilih agen/bank yang bertauliah dan yang boleh dipercayai.
- Ini sangat penting supaya kita tak kena conned dengan agent 'penyamun tarbus'. Aku normally akan terus membeli insurance dari bank gaji aku iaitu RHB secara online. Boleh bukak website bank ataupun boleh jugak terus membeli secara online banking dan diorang akan terus ambil bayaran dari account kita dan polisi insurans itu akan di email kepada kita (email yang kita daftarkan pada bank). Mudah kan? Semuanya di hujung jari anda

2. Annual travel insurance
- Untuk frequent traveler, annual insurance ni tersangatlah sesuai untuk korang. Tambahan lagi memang dia cover worldwide. Tapi aku sendiri tak ambil yang annual punya ni hehehe sebab aku tak kerap fly, dan selalunya sekali fly aku akan harung terus lama-lama dan cover banyak negara, so aku just ambik insurance masa travel je.

3. Jangkamasa insurans
- Aku selalunya akan ambil start pada travel date aku (yang ni normal) dan berakhir pada hari terjejaknya kaki aku kat bumi Malaysia ni. Janganlah korang ambil dari date yang korang start sampai negara yang korang melancong tu dan akhirkan insurans tu pada date korang naik flight balik Malaysia sebab ada negara time zone dia lain dan jugak tempoh perjalanan tu berbeza.

4. Pilih Region yang betul
- Standard insurance provider akan pecahkan polisi insurans kepada beberapa region dan pecahan itu akan mempunyai harga yang berbeza. Mereka juga akan pecahkan kepada travel duration yang jugak akan mempunyai harga yang berbeza. Semakin jauh negara dan semakin bertambah bilangan hari maka semakin tinggi harganya.

5. Single, Couple atau Family?
- Pastikan pilihan korang sebelum membeli polisi. Kalau kita pegi dengan pasangan atau sekeluarga anak beranak, akan ada pakej insurans ditawarkan dan harga akan menjadi lebih murah berbanding kita beli secara individual. Tapi baca dulu pecahan polisi samada nilai polisi itu adalah all for one and one for all ke (contoh: nilai polisi adalah RM100k dan bahagi 2/3/4 orang yang sepakej) ataupun nilai polisi adalah nilai individu (contoh: nilai polisi adalah RM100k untuk setiap pemegang insurans dalam pakej tu).

6. Jangan berkira!
- Yesss!!! Jangan terlalu berkira bila beli travel insurance ni. Aku akan pastikan aku ambil polisi yang akan cover keseluruhan perkara: dari hal flight issue, baggage, kecurian, kemalangan sampailah kematian semua aku akan belek ada cover ke tak. Pastu aku akan beli polisi dengan nilai hospitalization coverage yang premium dan tertinggi. Dengan RHB (bukan promosi ya) nilai cover yang tertinggi adalah RM10 juta (for emergency medical evacuation and repatriation). Kenapa aku ambil nilai tertinggi? Sebab currency dan bil hospital setiap negara adalah berbeza, mungkin selepas tukaran wang local bil kita boleh mencecah ratusan ribu or even juta kan? So jangan kedekut, memang lebih mahal berbanding dengan insurans takaful ke apa ke, tapi kalau boleh kita taknak susahkan orang lain kan bila ditimpa musibah?

7. Baca, baca, baca
- Bangsa kita memang terkenal dengan bangsa yang malas membaca (sad but true bak kata Metallica huhuhu) tapi tolong luangkan masa baca polisi, fahamkan dan check satu persatu apa yang tercatat dalam terma supaya kita jelas dengan apa yang kita beli... Janganlah membabi buta je sign dan bayar ya...

Di sini aku lampirkan contoh brochure (boleh klik link SINI) mengenai polisi travel insurance. Mungkin penerangan aku tidaklah berapa lengkap dan ini adalah sudut pandang aku sebagai seorang pemilih/pelanggan polisi travel insurance yang marhaen. Sekali lagi, banyak je pilihan untuk kita kat Malaysia ni dan ikut selera kita yang mana kita nak. Yang penting sediakan ongkosnya sahaja...

Untuk kalian semua, sediakan payung sebelum hujan dan selamat mengembara dengan jiwa yang tenang...

Sunday 17 December 2017

Edisi Khas #TransMongolian: 'Tahanan 3 Jam di Sempadan'












*Kesilapan aku adalah tidak mengambil gambar secara solo tanpa kertas di tangan

10 Oct 2017 (day 10)
Beijing - Erlian

     Edisi Khas yang sengaja aku asingkan sebagai pengajaran dan rujukan kepada kawan-kawan yang bakal menempuhi Trans Mongolian dari Beijing. Pagi ini kami check out awal kira-kira jam 0800hrs kerana train kami akan bertolak pada jam 1155hrs dari Beijing Station. Lebih baik kami keluar awal kan daripada kami mengambil risiko tertinggal keretapi. Selepas pulangkan kunci dan tangkap gambar sekeping dua dengan staff hostel yang baik tu, kami meredah hujan untuk menahan teksi untuk membawa kami ke Beijing Station. Tapi, mungkin sebab hari Selasa adalah hari kerja dan traffic jam berlaku di mana-mana dan jugak teksi agak limited, kami gagal mendapatkan teksi. Kami agak resah sebab memang tak kelihatan teksi untuk kami tahan. Pasrah, nak tak nak kami terpaksa menaiki subway untuk ke train station. Untuk backpack, kami takde masalah nak angkut tapi kami mempunyai 2 beg tarik besar kepunyaan Kak As dan sebiji lagi adalah beg makanan kami. Kami seret jugak ke subway station dan redah jelah orang yang berduyun-duyun kat station tu. Kat situ, dah jadi 1 insiden di mana duit kami 10 Yuan telah ditelan oleh mesin tiket masa Mera tengah buat urusan membeli tiket. Mula-mula kami nak burn je duit tersebut, tapi kebetulan insiden itu disaksikan oleh polis yang menjaga station. Dengan keadaan ayam dan itik bercakap, polis tu sedaya upaya membantu kami untuk mendapatkan 10 Yuan tu balik. Sampai dia panggil technician untuk bukak mesin tiket tu untuk pulangkan balik duit kami. Terharunya kami dengan kesungguhan polis muda ni menjalankan tanggungjawab. Kami mengucapkan terima kasih dan buat pertama kalinya kami melihat polis China ni tersenyum, siap kenyit mata pulak mamat nih hahaha!

     Kami tiba di Beijing Station awal, hujan renyai-renyai mengiringi kami dan kami melepak-lepak sambil mengopi di dalam station. Station sangat cantik dan besar, dan mempunyai beberapa Waiting Room dan untuk kami menunggu adalah Waiting Room 1: iaitu untuk perjalanan antarabangsa. Toilet di station ni jugak bersih dan sememangnya aku agak surprised dengan kebersihan toilet sini selepas kami dimomokkan dengan tahap kebersihan tandas awam di negara ini. Keterujaan kami untuk memulakan pengembaraan epik ni memang jelas tergambar di muka kami. Memang kami sangat mengharapkan perjalanan kami akan smooth, tambahan lagi bila aku dan Dewi bercerita yang kami takde problem dengan urusan imgresen di sempadan Vietnam-China, namun masih mengambil langkah bersedia sekiranya ada apa-apa terjadi kepada kami bila sampai di sempadan nanti. Jam 1035hrs train kami sudah melepak di station dan kami dibenarkan untuk masuk train. Sementara menunggu train bergerak, kami mengambil kesempatan untuk berposing sakan di kawasan rel dan jugak dalam train. Kali ni, koc kami jugak tak ramai, dan kami berpecah 2 bilik iaitu bilik no. 2 dan 3 dan no. gerabak 3, di mana Ita adalah volunteer untuk duduk seorang di bilik sebelah dan kebetulan untuk perjalanan pertama ni Ita takde roomate. Mesti orang tanya, kenapa kami tak berpecah menjadi 3-2 je? Sebab kami nak secure 1 bilik tu untuk memudahkan kami beramai-ramai makan dan solat tanpa ada roomate lain yang mungkin tidak selesa dan Ita pun boleh datang lepak di bilik kami. Untuk tren kali ini, kami diberi sepersalinan lengkap cadar, sarung bantal dan tuala muka oleh pegawai train dan kami perlu memasang sendiri cadar kami! Maka di sinilah bermula praktikal Kemahiran Hidup ala hostel kami.

     Cukup waktunya, train kami pun bertolak. Kami diberikan 3 borang untuk diisi iaitu borang departure negara China, custom declaration China dan Mongolia. Seperti biasa, kami di dalam train, sambil melihat pemandangan yang bertukar wajahnya daripada hijau, kepada keperangan dan seterusnya di tempat-tempat tertentu tompokan putih salji, sambil makan, minum dan mendengar lagu sambil layan blues masing-masing tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku pada malam nanti...

     Jam  hampir 2130hrs dan kami tiba di Erlian, sempadan China. Seperti hasil pembacaan kami sebelum ini, pegawai imigresen China akan masuk ke setiap gerabak dan memeriksa passport penumpang sambil bertanya-tanya soalan. Kemudian mereka akan suruh kami membuka beg besar kami untuk diperiksa isi kandungannya. Selepas berpuas hati dengan pemeriksaan, mereka akan meminta handphone dan juga buku-buku yang dibawa untuk diperiksa. Maka bersiap sedialah korang untuk membuka Photo Gallery di handphone masing-masing ya sebab mereka akan memeriksa gambar-gambar yang kita telah ambil sepanjang berada di China. Mamat imigresen tu sempat la jugak tengok gambar aku siap pakai costume tu sambil gelak-gelak dan masa tu aku ingatkan semuanya sudah berakhir.

     Namun, sekejap saja mereka meninggalkan cabin kami dan lepas tu mereka datang balik dan memanggil kami berlima untuk turun ke station. Ahhh sudahhh!!! Pasrah, kami akur dan turun masuk ke station. Kelihatan hanya kami berlima je yang diarahkan turun, sedangkan kami nampak ada je Mat Saleh kat gerabak yang lain tadi. Mula-mula kami disuruh beratur di tepi bilik soal siasat. Agak lama jugak kami berdiri sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai imigresen yang lain. Siap belek passport kami sambil menilik muka kami, pastu untuk sesiapa yang berkaca mata (hahaha) disuruh bukak untuk pengecaman wajah lagi. Eiii lenguh jugak kaki kami berdiri sambil bersandar kat dinding putih cuma takde plat nombor banduan je untuk kami pegang. Mungkin sedar kami dah mula mengeluh, 2 orang pegawai imigresen datang kepada kami dan mengarahkan kami duduk di kerusi berhadapan dengan kaunter imigresen. Dan di sinilah bermula babak di mana kami dipanggil seorang demi seorang ke bilik soal siasat...

     Orang yang pertama dipanggil adalah Ita, diikuti oleh Kak As, Dewi, aku dan last sekali Mera (kalau tak salah susunan aku ni). Gila tak berdebar masa ni. Akhirnya turn aku pun tiba. Masuk je bilik soal siasat tu, aku tengok ada dalam 10 orang pegawai jugak dalam bilik tu menanti. Aku disuruh duduk berhadapan dengan boss pegawai dan bermulalah sesi temuramah yang menjurus kepada soalan berkenalan. Diorang cuma bertanya kerja kat mana, apa pekerjaan kitorang, lepas keluar China ni kami nak ke mana, macamana kami berlima jumpa, berkenalan dan membuat plan jalan... err gitu-gitulah sambil mereka menggoogle kot alamat opis kami untuk pengesahan sambil mengisi borang. Walaupun dalam keadaan tense, tapi aku agak bertenang kerana mereka semua ok-ok belaka. Yang kelakarnya, bila aku cakap aku bekerja dengan TV station, salah seorang pegawai dengan Bahasa Mandarin dan body language nya menunjukkan tv yang terpasang dalam bilik tu sambil menggayakan diri pegang microfon sambil mengacara... Hahaha dia ingat aku pemberita dan dengan pantas aku jawab 'no no no' sambil tunjuk tangan menaip maknanya aku keje opis la... Selepas puas dengan jawapan aku, aku diminta bukak spek lagi untuk ditangkap gambar. Dah pasrah kan, aku tangkap gambar sambil tersenyum gembira kononnya.

     Selepas semuanya selesai, kami perlu menunggu lagi di tempat menunggu kerana keretapi sudah meninggalkan kami untuk menukar tayar sebelum masuk ke rel spec Mongolia. 3 jam kami menjadi 'tahanan' di station Erlian dan walaupun train kami dah sampai kami masih tak dibenarkan naik kerana passport kami masih lagi dipegang oleh mereka. Ok memang time ni kami agak gelisah, kerana kami sudah lapar dan juga keletihan tambahan lagi jam sudah menunjukkan angka 0000hrs. Kami bertanya dengan pegawai yang lalu lalang bila kami boleh 'dibebaskan' tapi masih lagi tunggu dulu. Tiba-tiba seorang pegawai datang dan menyuruh kami naik train dengan kadar segera sebab train nak berlepas sudah. Kelam kabut kami menuju ke gerabak kami dan masih lagi passport tiada di tangan kami. Hanya selepas keretapi nak memulakan perjalanan barulah pegawai imigresen tu naik dan menyerahkan passport ke tangan kami dan barulah kami boleh menarik nafas lega. Kami sememangnya tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sekitar kawasan station dan tingkap juga ditutup sepanjang prosedur dilakukan. Alhamdulillah kami selamat, dan juga merasai proses 'penahanan' ini yang sebenarnya sebuah bahan yang boleh dicoretkan dalam travelogue aku ni walaupunnn kami sebenarnya taknak pun melalui benda-benda renyah sebegini. Rezeki kami, sebab menjadi orang Asia (kami assume la ni) dan sebab tu la kami menjadi insan terpilih oleh imigresen ni, dan bukannya Mat Salleh (mungkin sebab diorang tak paham slang omputeh sangat) so the easiest target is Asian.

     Train mula bergerak meninggalkan station dan juga kenangan kami dan dalam 30 minit kami sampai di sempadan Mongolia Dzamynude dan Alhamdulillah proses imigresen dan Kastam kami berjalan dengan lancar dan mudah dan pegawai kastamnya adalah seorang pakcik tua yang baik hati dan suka tersenyum. Selepas semua passport dan borang kastam penumpang dicop, maka keretapi dibenarkan untuk bertolak masuk ke Mongolia...

Di sini aku belanja sikit gambar-gambar di station sebelum kami 'ditahan' di Erlian...

*Ada diantara gambar-gambar ini adalah hasil dari kawan-kawan Geng Gadis Jelitas yang sudi berkongsi dengan aku. Tq semua, hanya jasa jadi sanjungan...



Kami dan staff Leo Hostel yang fasih berbahasa Inggeris


Last round sebelum ke station


Hujan membasahi bumi Beijing


Tapi kami masih maintain tanpa payung


Complete kami berlima!


Kami perlu beratur untuk pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan juga tiket train sebelum dibenarkan masuk station


Pemeriksaan dilakukan seorang demi seorang. Maknanya hanya yang mempunyai tiket sahaja yang dibenarkan masuk


Posing time


Posing lagi


Mana-mana pun channel Citra tetap di hati


#karya12menjelajahdunia 


Macam malu-malu je bergambo


To Waiting Room


Membunuh masa dengan mengopi


Mari menuju ke train








Selfie seround


Beijing Railway Station


Kami memang hantu posing


Tempat catwalk kami hehehe


Suhu dalam train: +/-14℃


Timetable hentian yang bakal kami berhenti dan ETA


Our cabin. Lebih kecil dan sempit berbanding train kami sebelum ni.


Settle menyarungkan cadar dan sarung bantal


Sebelum bertolak


Kak As merupakan insan mulia yang takkan membiarkan kami kelaparan


View dari tingkap


Hey you from the other side!


Men at work


Semakin keperangan...


I can see you snow and mountains!


Snow!!!!


Erlian Station. Thank you to Dewi yang berjaya mengambil gambar station secara cepat sebelum tingkap train ditutup dan sebelum kita 'ditahan' 3 jam...


Entri berkaitan:

#OrientalTrain: Meredah Hujan Beijing Part 1 - Pencarian Mee Tarik Asli & Kambing Cucuk
#OrientalTrain: Meredah Hujan Beijing Part 2 - Menjejak Keajaiban Dunia Sebelum Turunnya Bendera di Tiang


   










Saturday 16 December 2017

#OrientalTrain: Meredah Hujan Beijing Part 2 - Menjejak Keajaiban Dunia Sebelum Turunnya Bendera di Tiang



9 Oct 2017 (day 9)
Beijing

     Bertemu lagi di Beijing bahagian 2. Yalah takut kalau dump semua kisah dan gambar dalam 1 post takut berbolok ghop sangat kan. Ok hari ni kami dah bangun seawal pagi bersiap untuk ke Great Wall yang dijadualkan bertolak pada jam 0700hrs. Tapi disebabkan nak menunggu orang lain seperti Mat Salleh yang selalu punctual katanya dan jugak bas mini yang terlewat sampai maka terjadilah pergerakannya adalah pada 0730hrs. Cuaca hujan yang aku rasa tak stop dari malam tadi lagi masih lagi bersambung di pagi hari. Kami di guide oleh orang hostel sehingga ke tepi jalan di mana bas mini sudah menunggu kami. Bas mini tu boleh memuatkan kira-kira 25 orang dan bas sememangnya penuh untuk trip pagi ni. Kami juga diberitahu yang package yang disediakan oleh Leo Hostel ni selalu menjadi pilihan ramai sebab mereka offer Secret Great Wall Tour di mana mereka akan membawa kita ke bahagian Great Wall yang masih mengekalkan ciri original dan yang penting adalah tak ramai pelancong dibawa ke situ. Kami hairan jugak kenapa bawak kami ke tempat yang tak ramai pelancong datang. Adakah sebab bahagian tu tak best?

     Aku mendapat tempat duduk antara yang hadapan dan aku boleh tengok secara jelas apa yang berlaku masa kat jalanraya dari cermin depan. Jalan agak jem masa kami bertolak, yalah timing orang nak pi keje disamping bas persiaran pun memang banyak keluar time ni. Perjalanan kami memakan masa hampir 2 jam dan kami sampai di pintu gerbang Great Wall dan di situ kelihatan tourist guide kami yang bernama Steven dah standby dan bas pun berhenti mengambil mamat ni. Steven fasih berbahasa Inggeris dan memang patut pun, sebab majoriti pelancong adalah Mat Salleh, cuma kami ber-5 je dari Asia. Di dalam bas, Steven membuat sesi briefing Great Wall yang kami bakal pegi ni. Oooo selepas penerangan kenapa yang kami pegi ni less tourist adalah sebab kami perlu mendaki tangga untuk sampai ke kubu-kubu di antara tangga yang menghubungkan laluan dan kebanyakan tangganya dalah masih original bukannya hasil pemuliharaan. Kelihatan kebanyakan bas persiaran menuju ke Main Badaling, pintu masuk Great Wall yang paling popular dan diminati ramai kerana sangat convenience. Kat Main Badaling entrance, ada disediakan perkhidmatan cable car untuk sampai ke Great Wall tanpa perlu bersusah payah mendaki. Bas kami pulak pergi lebih jauh dari Main Badaling entrance. Bas kami berhenti sebentar di public toilet untuk sesiapa yang memerlukan sebab masa kat kaki Great Wall kami nanti dah takde toilet lagi. Dalam 15 minit kami sampai di West Badaling entrance.

     Kami berkumpul di pintu masuk sambil mendengar penerangan dan kisah legend tempatan tentang Great Wall dari Steven. Kami bakal ditinggalkan di situ selama 3 jam untuk mendaki 7 kubu. Maknanya Steven n The Bus akan sampai mengambil kami pada jam 1300hrs.  Aku sempat lari kejap pegi kedai yang ada kat area situ untuk membeli poncho sebab aku tertinggal aku punya kat hostel hahaha. Hujan masih tak berhenti dan dengan suhu mencecah 12℃ sambil angin yang bisa membuatkan gigi atas dan bawah berlaga kami pun memulakan pendakian.... Seriously aku agak pancit sebab aku bukanlah manusia yang suka hiking (tu pun berangan nak panjat Gunung Kinabalu hihihi). Sambil bergambar dengan tiupan angin sejuk yang agak kuat kami pun sampai ke kubu yang pertama. Kat sini aku surrender, boleh je nak meneruskan, yalah mendaki jelah slow-slow tapi kesejukan angin dalam hujan tu sebenarnya contributor terbesar untuk aku menamatkan pendakian aku. Aku dan Kak As setakat di kubu pertama manakala Dewi, Ita dan Mera meneruskan pendakian ke kubu yang kedua. Aku memang target diorang ni semua akan sampai at least kubu yang ke-3.

     Aku dan Kak As bergambar-gambar kat situ, aku pun sama gambar Karya 12 tu pun aku posingkan kat Great Wall untuk sumber posting di IG Bambam Studio. Aku naik jugaklah suku tangga ke kubu kedua untuk bergambar. Memang menggigil jari aku masa buat 'peace' tu. Tak tahan, aku dan Kak As mengambil keputusan untuk turun. Selepas beberapa minit, ada Mat Salleh turun jugak. Diorang panjat sampai 2 kubu saja dan turun. Kami menunggu dan menumpang berteduh di kaunter tiket kerana kesejukan, pastu yang 2 Mat Salleh tu buat selamba badak masuk je dalam bilik security yang ada kat kaunter masuk tu. Kebetulan guard tak ada, so kami pun jadi badak gak masuk dalam bilik tu untuk memanaskan badan. Akhirnya makin ramai yang turun dan menumpang kat bilik tu jugak. Oklah sekurang-kurangnya hangat sikit sebab haba banyak hahaha. Sambil menunggu kami mengunyah-ngunyah makan kacang yang Kak As beli semalam dan juga Snickers untuk restore energy. Yalah aku tak makan apa-apapun dari pagi sebab takut sakit perut dan susah nak cari toilet hehehe....

     Jam 1300hrs bas sampai untuk membawa kami lunch dulu sebelum kembali ke hostel. Awal-awal tadi kami dah informed Steven untuk sediakan kami vegetarian lunch dan dia confirmkan yg lauk kami nanti cuma ayam, telur dan sayur so makanya kami cuma akan ambil sayur dan telur saja nanti. Restoran ini terletak di dalam kawasan Great Wall. Cantik dan bersih restoran ini. Toiletnya pun bersih. Lega aku sebab dari pagi tadi aku menahan dalam cuaca hujan berangin ni. Tapi seperti biasa, sila sediakan botol kecil untuk diangkut ke sana ke mari untuk tujuan toilet ya. Kami mengorder 2 pot chinese tea dan memang sempurna sungguh rasanya minum air panas dalam kesejukan. Tak tau sebab kami memang kelaparan ke apa ke, lauk telur masak tomato dan sayur kobis goreng tu memang berasa sangat sedap! Aku siap tambah lauk 2 kali lah ratah sayur tu. Selepas semuanya selesai, kami membayar 2 pot chinese tea di kaunter sebab lunch tu memang dah termasuk dalam package kami.

     Kami bergerak pulang ke hostel kami dan sampai dalam jam 1500hrs. Solat dan settle apa-apa yang patut, kami bersiap untuk meronda Tiananmen Square dan kawasan sekitarnya pulak malam ni di samping nak mencari itik panggang untuk dinner. Kak As tak ikut kami pada kali ni sebab dia dah start merasa tak sihat. Dalam jam 1700hrs kami dah mula berjalan ke Tiananmen Square untuk menyaksikan upacara turun bendera China yang diadakan dengan penuh adat istiadat. Timing turun bendera adalah pada jam 1800hrs setiap hari tapi kami perlu awal untuk mengecop tempat, takut ramai nanti susah nak ambik gambar.

     Kami sampai lebih kurang 15 minit perjalanan tapi sebelum kami dapat masuk di kawasan Tiananmen ni, kami perlu melalui pos pemeriksaan di mana beg dan badan kami perlu di scan sebelum dibenarkan masuk. Selepas polis berpuas hati dengan pemeriksaan kami, teruslah kami meluru ke tempat kejadian tapi sambil-sambil tu sempat jugak kami mengambil gambar dan selfie dengan pasu besaq tengah-tengah alam tu hehehe... Memang betul, kelihatan ramai makcik-makcik dah mengambil tempat depan untuk menunggu upacara turun bendera dilakukan.  Akur, kami terus berdiri di belakang sorang makcik yang dah bersemangat dengan kameranya sambil memakai scarf di leher. Kami lihat ramai jugak yang memakai scarf leher warna yang sama dan ada badge yang di pinkan di ikatan scarf. Mungkin ada makna tertentu yang berkaitan dengan Mao Zedong kot kan? Semakin hampir ke pukul 1800hrs, semakin ramai yang mengerumuni kawasan tiang bendera ni dan selepas itu kelihatan askar-askar berkawad keluar dari Mao Zedong Mausoleum yang terletak bertentangan dengan Tiananmen.

     Sedikit kisah mengenai Mao Zedong. Beliau merupakan pengerusi/ketua pertama kepada Parti Komunis China dan jua pengasas kepada terbentuknya People's Republic of China yang seperti kita lihat sekarang.Selain daripada menjadi pemerintah yang disanjungi oleh rakyat China, beliau juga merupakan seorang revolusioner komunis yang berpegang kepada fahaman Marxism-Leninism sehingga terbentuknya fahaman Maoism yang masih digunapakai selain dari seorang political theorist yang handal. Boleh click di nama Mao Zedong untuk berkenalan dengan lebih mesra ya hehehe. Mao Zedong ni memang power sampaikan duit Yuan pun masih mengguna pakai gambar dia sebagai kepala matawang dan kalau korang tukar duit Yuan tu, muka yang ada dalam duit tu muka Mao Zedong la ye.

     Berbalik kepada kisah upacara. Askar-askar yang berkawad keluar melintasi jalanraya yang telah ditutup sementara di mana kenderaan yang melalui jalan tersebut bagaikan dengan rela hatinya (ataupun dah biasa) berhenti dan menunggu dengan sabar upacara turun bendera sehingga tamat (dalam lebih kurang setengah jam jugaklah) sebelum jalan dibuka semula. Askar-askar yang berkawad itu mengelilingi kawasan tiang bendera yang di depannya memang sudah ada pegawai atasan yang siap dengan sut hitam menunggu di depan tiang bendera. Aku sempat memandang sekeliling dan owh ok, tak sedar pun bila masa kami telah dikepung oleh askar-askar yang mengawal di barisan belakang kami. Upacara turun bendera dimulakan dengan penuh semangat patriotik. Kenapa aku cakap patriotik, sebab sambil bendera diturunkan aku melihat rakyat China seperti makcik depan kami berdiri tegak sambil memegang lencana di scarf mereka dengan penuh penghayatan. They really loves and respects their flag! Ini adalah perkara yang membuat aku kagum, kalaulah kita boleh menyayangi negara kita Malaysia sepertimana mereka-mereka ini sayangkan negara mereka...



     Selepas tamat upacara, mereka kembali berkawad masuk ke Mao Zedong Mausoleum dan majlis mula bersurai. Patutlah askar-askar kepung kami di belakang barisan, rupa-rupanya kami terus dikerahkan untuk pulang tak leh nak mingle-mingle lagi di kawasan Tiananmen tu. Kami mintak izin nak tangkap gambar sekejap tapi 'No no no!' je yang kami dapat oleh askar muda hensem tapi garang yang amat! dia terus menghalau kami habis-habisan sambil menjerit 'Faster! Faster!' sampai kami terpaksa berlari sikit sebab dia memang macam nak menghimpit rapat kami untuk turun ke terowong. Sampai kat terowong tu barulah kami bebas dan disebabkan kami adalah antara orang yang terakhir (mungkin degil kot) kami dapat menyaksikan askar-askar terus tutup pintu terowong tu dengan grill untuk tak bagi orang masuk... Huhuhu memang diorang sangat mengikut peraturan rakyatnya...

     Terowong itu membawa kami ke seberang jalan di Mao Zedong Mausoleum dan kami bergambar kenangan di situ. Kat sini memang terpampang besar potret Mao Zedong di pintu masuk. Huhuhu nampak seram pun ada jugak. Abis bergambar, kami terus mengikut map Ita untuk mencari itik panggang halal yang katanya terletak dalam lebih kurang 1 kilometer perjalanan. Sekali lagi kami dibawa berpusing-pusing mencari kedai makan tapi tak jumpa jugak cuma kami menemui steamboat halal dan restorannya kelihatan macam untuk orang have-have ajer. Memang kepenatan. Kedai tak dijumpai dan akhirnya kami waze lagi kedai lain yang berhampiran dan sekali lagi kami ditunjukkan kedai yang hampir 1km. Alang-alang dah kat situ, kami bersetuju untuk berjalan lagi dan map telah membawa kami ke sebuah bandar yang kelihatan moden dengan shopping mall dan jugak designer boutique. Lupa pulak apa nama daerah dan tempat tu. Akhirnya kami sampai di kedai itik panggang yang dimaksudkan tapi sekali lagi kami kecewa kedai tu tak halal rupanya! Maknanya info yang diberikan oleh 1 page ni memang tak boleh dipakai pun. Frustnya kami! Akhirnya kami ambil keputusan untuk makan di lorong meriah yang berdekatan dengan hostel kami aje dan untuk balik ke area hostel kami dah tak larat dah nak jalan kaki lagi. So kami terpaksa mengambil teksi untuk pulang ke area hostel dan kami di caj 50 Yuan pada malam itu! Tapi kami redho je malas nak cakap apa dan akhirnya kami selamat tiba di depan Mc Donalds lorong meriah tu.

     Sengsara kami tak terhenti di situ, di mana kami recce lagi kedai makanan halal kat tingkat atas bangunan yang kami posing pakai baju tradisional semalam. Memang halal tapi masih steamboat. Alaaa kami taknak makan steamboat... Akhirnya kami pegi jugak kat kedai kambing cucuk-cucuk tu yang juga mempunyai tingkat atas untuk kami lepak makan. Cuma ada mee, muffin/burger daging dan jugak cucuk-cucuk untuk kami makan. Aku dan Dewi order mee, Ita dan Mera order burger dan kami tapau jugak burger untuk Kak As. Tapi air minum tarak, sebab rasanya orang ke situ tapau je, so ada mineral water je diorang jual. Kami ambil 2 botol mineral water je kongsi. Habis makan kami pulang ke hostel sebab kami perlu pack barang memandangkan esok kami akan check out awal pagi. Aku dan Dewi balik dulu ke hostel sementara Ita dan Mera pergi mencari stok sosej halal untuk dibawa naik tren esok. Sampai je kami di pintu bilik, tiba-tiba je berkumandang lagu "Duhai bonda... Duhai ayahanda... Dengarlah rayuan anakanda... Yang jauh dimata...' Adoilaaa rupa-rupanya Kak pasang MP4 dia siap ada pakej lagu raya!!! Gelak sakan kami kat depan pintu tu, dah rasa macam student belajar oversea je... Mandi dan kami mula mengemas-ngemas barangan dan adjust barang-barang yang menjadi priority kami letakkan kat atas sekali dalam beg dan malam tu kami memang tidur lena sebab terlalu letih berjalan kaki tadi....

Enjoy video dan gambar-gambar kami di hari ke-2 kami di Beijing sebelum kami melalui insiden yang takkan aku lupakan sampai bila-bila di Erlian: sempadan akhir China sebelum kami memasuki Mongolia....


Cost/expenses:

Tour to Great Wall: 280 Yuan/pax
Makan mee + kambing cucuk: +/- 30 Yuan
Teksi malam: 50 Yuan/teksi (bahagi 4 orang)



*Ada diantara gambar-gambar ini adalah hasil dari kawan-kawan Geng Gadis Jelitas yang sudi berkongsi dengan aku. Tq semua, hanya jasa jadi sanjungan...

Gambar-gambar:



Steven sedang memberi penerangan.


 Steven sedang memberi penerangan.


Misi menjejak


Hanya ini saja sis mampoo


Posing lagi


Ni apakah gayanya?


Model-model tetap


Mak incik memang penuh ekspressi


Kami bersadin dalam  ponsok guard


Restoran lepas kami menahan lapar


The ambiance












Berbincang tentang masa hadapan








Settle!


Mao Zedong Mausoleum-nah kubur dia





Selfie


Tiananmen Square-Citra masih selamat


Ni lah bouquet bunga besaq tu


Cakkk!!!


Upacara turun bendera 


Kubur katanyaaa


Yang sut hitam tu boss-boss la kot





Separuh tiang sudah



Askar berkawad masuk


Kedai itik panggang yang kami sangkakan halal


Setelah mengetahui yang itik panggang dia tak halal, maka aku selfie untuk menghiburkan hati hahaha


Last-last makan kat kedai area hostel


Makan jangan tak makan


Model kambing cucuk-cucuk