Saturday 16 December 2017

#OrientalTrain: Meredah Hujan Beijing Part 2 - Menjejak Keajaiban Dunia Sebelum Turunnya Bendera di Tiang



9 Oct 2017 (day 9)
Beijing

     Bertemu lagi di Beijing bahagian 2. Yalah takut kalau dump semua kisah dan gambar dalam 1 post takut berbolok ghop sangat kan. Ok hari ni kami dah bangun seawal pagi bersiap untuk ke Great Wall yang dijadualkan bertolak pada jam 0700hrs. Tapi disebabkan nak menunggu orang lain seperti Mat Salleh yang selalu punctual katanya dan jugak bas mini yang terlewat sampai maka terjadilah pergerakannya adalah pada 0730hrs. Cuaca hujan yang aku rasa tak stop dari malam tadi lagi masih lagi bersambung di pagi hari. Kami di guide oleh orang hostel sehingga ke tepi jalan di mana bas mini sudah menunggu kami. Bas mini tu boleh memuatkan kira-kira 25 orang dan bas sememangnya penuh untuk trip pagi ni. Kami juga diberitahu yang package yang disediakan oleh Leo Hostel ni selalu menjadi pilihan ramai sebab mereka offer Secret Great Wall Tour di mana mereka akan membawa kita ke bahagian Great Wall yang masih mengekalkan ciri original dan yang penting adalah tak ramai pelancong dibawa ke situ. Kami hairan jugak kenapa bawak kami ke tempat yang tak ramai pelancong datang. Adakah sebab bahagian tu tak best?

     Aku mendapat tempat duduk antara yang hadapan dan aku boleh tengok secara jelas apa yang berlaku masa kat jalanraya dari cermin depan. Jalan agak jem masa kami bertolak, yalah timing orang nak pi keje disamping bas persiaran pun memang banyak keluar time ni. Perjalanan kami memakan masa hampir 2 jam dan kami sampai di pintu gerbang Great Wall dan di situ kelihatan tourist guide kami yang bernama Steven dah standby dan bas pun berhenti mengambil mamat ni. Steven fasih berbahasa Inggeris dan memang patut pun, sebab majoriti pelancong adalah Mat Salleh, cuma kami ber-5 je dari Asia. Di dalam bas, Steven membuat sesi briefing Great Wall yang kami bakal pegi ni. Oooo selepas penerangan kenapa yang kami pegi ni less tourist adalah sebab kami perlu mendaki tangga untuk sampai ke kubu-kubu di antara tangga yang menghubungkan laluan dan kebanyakan tangganya dalah masih original bukannya hasil pemuliharaan. Kelihatan kebanyakan bas persiaran menuju ke Main Badaling, pintu masuk Great Wall yang paling popular dan diminati ramai kerana sangat convenience. Kat Main Badaling entrance, ada disediakan perkhidmatan cable car untuk sampai ke Great Wall tanpa perlu bersusah payah mendaki. Bas kami pulak pergi lebih jauh dari Main Badaling entrance. Bas kami berhenti sebentar di public toilet untuk sesiapa yang memerlukan sebab masa kat kaki Great Wall kami nanti dah takde toilet lagi. Dalam 15 minit kami sampai di West Badaling entrance.

     Kami berkumpul di pintu masuk sambil mendengar penerangan dan kisah legend tempatan tentang Great Wall dari Steven. Kami bakal ditinggalkan di situ selama 3 jam untuk mendaki 7 kubu. Maknanya Steven n The Bus akan sampai mengambil kami pada jam 1300hrs.  Aku sempat lari kejap pegi kedai yang ada kat area situ untuk membeli poncho sebab aku tertinggal aku punya kat hostel hahaha. Hujan masih tak berhenti dan dengan suhu mencecah 12℃ sambil angin yang bisa membuatkan gigi atas dan bawah berlaga kami pun memulakan pendakian.... Seriously aku agak pancit sebab aku bukanlah manusia yang suka hiking (tu pun berangan nak panjat Gunung Kinabalu hihihi). Sambil bergambar dengan tiupan angin sejuk yang agak kuat kami pun sampai ke kubu yang pertama. Kat sini aku surrender, boleh je nak meneruskan, yalah mendaki jelah slow-slow tapi kesejukan angin dalam hujan tu sebenarnya contributor terbesar untuk aku menamatkan pendakian aku. Aku dan Kak As setakat di kubu pertama manakala Dewi, Ita dan Mera meneruskan pendakian ke kubu yang kedua. Aku memang target diorang ni semua akan sampai at least kubu yang ke-3.

     Aku dan Kak As bergambar-gambar kat situ, aku pun sama gambar Karya 12 tu pun aku posingkan kat Great Wall untuk sumber posting di IG Bambam Studio. Aku naik jugaklah suku tangga ke kubu kedua untuk bergambar. Memang menggigil jari aku masa buat 'peace' tu. Tak tahan, aku dan Kak As mengambil keputusan untuk turun. Selepas beberapa minit, ada Mat Salleh turun jugak. Diorang panjat sampai 2 kubu saja dan turun. Kami menunggu dan menumpang berteduh di kaunter tiket kerana kesejukan, pastu yang 2 Mat Salleh tu buat selamba badak masuk je dalam bilik security yang ada kat kaunter masuk tu. Kebetulan guard tak ada, so kami pun jadi badak gak masuk dalam bilik tu untuk memanaskan badan. Akhirnya makin ramai yang turun dan menumpang kat bilik tu jugak. Oklah sekurang-kurangnya hangat sikit sebab haba banyak hahaha. Sambil menunggu kami mengunyah-ngunyah makan kacang yang Kak As beli semalam dan juga Snickers untuk restore energy. Yalah aku tak makan apa-apapun dari pagi sebab takut sakit perut dan susah nak cari toilet hehehe....

     Jam 1300hrs bas sampai untuk membawa kami lunch dulu sebelum kembali ke hostel. Awal-awal tadi kami dah informed Steven untuk sediakan kami vegetarian lunch dan dia confirmkan yg lauk kami nanti cuma ayam, telur dan sayur so makanya kami cuma akan ambil sayur dan telur saja nanti. Restoran ini terletak di dalam kawasan Great Wall. Cantik dan bersih restoran ini. Toiletnya pun bersih. Lega aku sebab dari pagi tadi aku menahan dalam cuaca hujan berangin ni. Tapi seperti biasa, sila sediakan botol kecil untuk diangkut ke sana ke mari untuk tujuan toilet ya. Kami mengorder 2 pot chinese tea dan memang sempurna sungguh rasanya minum air panas dalam kesejukan. Tak tau sebab kami memang kelaparan ke apa ke, lauk telur masak tomato dan sayur kobis goreng tu memang berasa sangat sedap! Aku siap tambah lauk 2 kali lah ratah sayur tu. Selepas semuanya selesai, kami membayar 2 pot chinese tea di kaunter sebab lunch tu memang dah termasuk dalam package kami.

     Kami bergerak pulang ke hostel kami dan sampai dalam jam 1500hrs. Solat dan settle apa-apa yang patut, kami bersiap untuk meronda Tiananmen Square dan kawasan sekitarnya pulak malam ni di samping nak mencari itik panggang untuk dinner. Kak As tak ikut kami pada kali ni sebab dia dah start merasa tak sihat. Dalam jam 1700hrs kami dah mula berjalan ke Tiananmen Square untuk menyaksikan upacara turun bendera China yang diadakan dengan penuh adat istiadat. Timing turun bendera adalah pada jam 1800hrs setiap hari tapi kami perlu awal untuk mengecop tempat, takut ramai nanti susah nak ambik gambar.

     Kami sampai lebih kurang 15 minit perjalanan tapi sebelum kami dapat masuk di kawasan Tiananmen ni, kami perlu melalui pos pemeriksaan di mana beg dan badan kami perlu di scan sebelum dibenarkan masuk. Selepas polis berpuas hati dengan pemeriksaan kami, teruslah kami meluru ke tempat kejadian tapi sambil-sambil tu sempat jugak kami mengambil gambar dan selfie dengan pasu besaq tengah-tengah alam tu hehehe... Memang betul, kelihatan ramai makcik-makcik dah mengambil tempat depan untuk menunggu upacara turun bendera dilakukan.  Akur, kami terus berdiri di belakang sorang makcik yang dah bersemangat dengan kameranya sambil memakai scarf di leher. Kami lihat ramai jugak yang memakai scarf leher warna yang sama dan ada badge yang di pinkan di ikatan scarf. Mungkin ada makna tertentu yang berkaitan dengan Mao Zedong kot kan? Semakin hampir ke pukul 1800hrs, semakin ramai yang mengerumuni kawasan tiang bendera ni dan selepas itu kelihatan askar-askar berkawad keluar dari Mao Zedong Mausoleum yang terletak bertentangan dengan Tiananmen.

     Sedikit kisah mengenai Mao Zedong. Beliau merupakan pengerusi/ketua pertama kepada Parti Komunis China dan jua pengasas kepada terbentuknya People's Republic of China yang seperti kita lihat sekarang.Selain daripada menjadi pemerintah yang disanjungi oleh rakyat China, beliau juga merupakan seorang revolusioner komunis yang berpegang kepada fahaman Marxism-Leninism sehingga terbentuknya fahaman Maoism yang masih digunapakai selain dari seorang political theorist yang handal. Boleh click di nama Mao Zedong untuk berkenalan dengan lebih mesra ya hehehe. Mao Zedong ni memang power sampaikan duit Yuan pun masih mengguna pakai gambar dia sebagai kepala matawang dan kalau korang tukar duit Yuan tu, muka yang ada dalam duit tu muka Mao Zedong la ye.

     Berbalik kepada kisah upacara. Askar-askar yang berkawad keluar melintasi jalanraya yang telah ditutup sementara di mana kenderaan yang melalui jalan tersebut bagaikan dengan rela hatinya (ataupun dah biasa) berhenti dan menunggu dengan sabar upacara turun bendera sehingga tamat (dalam lebih kurang setengah jam jugaklah) sebelum jalan dibuka semula. Askar-askar yang berkawad itu mengelilingi kawasan tiang bendera yang di depannya memang sudah ada pegawai atasan yang siap dengan sut hitam menunggu di depan tiang bendera. Aku sempat memandang sekeliling dan owh ok, tak sedar pun bila masa kami telah dikepung oleh askar-askar yang mengawal di barisan belakang kami. Upacara turun bendera dimulakan dengan penuh semangat patriotik. Kenapa aku cakap patriotik, sebab sambil bendera diturunkan aku melihat rakyat China seperti makcik depan kami berdiri tegak sambil memegang lencana di scarf mereka dengan penuh penghayatan. They really loves and respects their flag! Ini adalah perkara yang membuat aku kagum, kalaulah kita boleh menyayangi negara kita Malaysia sepertimana mereka-mereka ini sayangkan negara mereka...



     Selepas tamat upacara, mereka kembali berkawad masuk ke Mao Zedong Mausoleum dan majlis mula bersurai. Patutlah askar-askar kepung kami di belakang barisan, rupa-rupanya kami terus dikerahkan untuk pulang tak leh nak mingle-mingle lagi di kawasan Tiananmen tu. Kami mintak izin nak tangkap gambar sekejap tapi 'No no no!' je yang kami dapat oleh askar muda hensem tapi garang yang amat! dia terus menghalau kami habis-habisan sambil menjerit 'Faster! Faster!' sampai kami terpaksa berlari sikit sebab dia memang macam nak menghimpit rapat kami untuk turun ke terowong. Sampai kat terowong tu barulah kami bebas dan disebabkan kami adalah antara orang yang terakhir (mungkin degil kot) kami dapat menyaksikan askar-askar terus tutup pintu terowong tu dengan grill untuk tak bagi orang masuk... Huhuhu memang diorang sangat mengikut peraturan rakyatnya...

     Terowong itu membawa kami ke seberang jalan di Mao Zedong Mausoleum dan kami bergambar kenangan di situ. Kat sini memang terpampang besar potret Mao Zedong di pintu masuk. Huhuhu nampak seram pun ada jugak. Abis bergambar, kami terus mengikut map Ita untuk mencari itik panggang halal yang katanya terletak dalam lebih kurang 1 kilometer perjalanan. Sekali lagi kami dibawa berpusing-pusing mencari kedai makan tapi tak jumpa jugak cuma kami menemui steamboat halal dan restorannya kelihatan macam untuk orang have-have ajer. Memang kepenatan. Kedai tak dijumpai dan akhirnya kami waze lagi kedai lain yang berhampiran dan sekali lagi kami ditunjukkan kedai yang hampir 1km. Alang-alang dah kat situ, kami bersetuju untuk berjalan lagi dan map telah membawa kami ke sebuah bandar yang kelihatan moden dengan shopping mall dan jugak designer boutique. Lupa pulak apa nama daerah dan tempat tu. Akhirnya kami sampai di kedai itik panggang yang dimaksudkan tapi sekali lagi kami kecewa kedai tu tak halal rupanya! Maknanya info yang diberikan oleh 1 page ni memang tak boleh dipakai pun. Frustnya kami! Akhirnya kami ambil keputusan untuk makan di lorong meriah yang berdekatan dengan hostel kami aje dan untuk balik ke area hostel kami dah tak larat dah nak jalan kaki lagi. So kami terpaksa mengambil teksi untuk pulang ke area hostel dan kami di caj 50 Yuan pada malam itu! Tapi kami redho je malas nak cakap apa dan akhirnya kami selamat tiba di depan Mc Donalds lorong meriah tu.

     Sengsara kami tak terhenti di situ, di mana kami recce lagi kedai makanan halal kat tingkat atas bangunan yang kami posing pakai baju tradisional semalam. Memang halal tapi masih steamboat. Alaaa kami taknak makan steamboat... Akhirnya kami pegi jugak kat kedai kambing cucuk-cucuk tu yang juga mempunyai tingkat atas untuk kami lepak makan. Cuma ada mee, muffin/burger daging dan jugak cucuk-cucuk untuk kami makan. Aku dan Dewi order mee, Ita dan Mera order burger dan kami tapau jugak burger untuk Kak As. Tapi air minum tarak, sebab rasanya orang ke situ tapau je, so ada mineral water je diorang jual. Kami ambil 2 botol mineral water je kongsi. Habis makan kami pulang ke hostel sebab kami perlu pack barang memandangkan esok kami akan check out awal pagi. Aku dan Dewi balik dulu ke hostel sementara Ita dan Mera pergi mencari stok sosej halal untuk dibawa naik tren esok. Sampai je kami di pintu bilik, tiba-tiba je berkumandang lagu "Duhai bonda... Duhai ayahanda... Dengarlah rayuan anakanda... Yang jauh dimata...' Adoilaaa rupa-rupanya Kak pasang MP4 dia siap ada pakej lagu raya!!! Gelak sakan kami kat depan pintu tu, dah rasa macam student belajar oversea je... Mandi dan kami mula mengemas-ngemas barangan dan adjust barang-barang yang menjadi priority kami letakkan kat atas sekali dalam beg dan malam tu kami memang tidur lena sebab terlalu letih berjalan kaki tadi....

Enjoy video dan gambar-gambar kami di hari ke-2 kami di Beijing sebelum kami melalui insiden yang takkan aku lupakan sampai bila-bila di Erlian: sempadan akhir China sebelum kami memasuki Mongolia....


Cost/expenses:

Tour to Great Wall: 280 Yuan/pax
Makan mee + kambing cucuk: +/- 30 Yuan
Teksi malam: 50 Yuan/teksi (bahagi 4 orang)



*Ada diantara gambar-gambar ini adalah hasil dari kawan-kawan Geng Gadis Jelitas yang sudi berkongsi dengan aku. Tq semua, hanya jasa jadi sanjungan...

Gambar-gambar:



Steven sedang memberi penerangan.


 Steven sedang memberi penerangan.


Misi menjejak


Hanya ini saja sis mampoo


Posing lagi


Ni apakah gayanya?


Model-model tetap


Mak incik memang penuh ekspressi


Kami bersadin dalam  ponsok guard


Restoran lepas kami menahan lapar


The ambiance












Berbincang tentang masa hadapan








Settle!


Mao Zedong Mausoleum-nah kubur dia





Selfie


Tiananmen Square-Citra masih selamat


Ni lah bouquet bunga besaq tu


Cakkk!!!


Upacara turun bendera 


Kubur katanyaaa


Yang sut hitam tu boss-boss la kot





Separuh tiang sudah



Askar berkawad masuk


Kedai itik panggang yang kami sangkakan halal


Setelah mengetahui yang itik panggang dia tak halal, maka aku selfie untuk menghiburkan hati hahaha


Last-last makan kat kedai area hostel


Makan jangan tak makan


Model kambing cucuk-cucuk




No comments:

Post a Comment