Saturday 22 October 2016

Projek Mengukur Jalan di Indochina Day 6: Bangkok



























5 May 2016, Thursday
Bangkok


     Alhamdulillah kami sampai di Hualamphong Train Station Bangkok pada jam lebih kurang 0600am... walaupun kedengaran subuh tapi dah terang tanah pun masa tu... Tidak berlengah, selepas 'check out' train kami pun berjalan menuju ke toilet kerana ada disediakan bilik mandi awam dalam station tersebut. Kononnya nak mandi dulu sebab da rasa tak selesa dan nak check in pun lambat lagi... Bayaran yang dikenakan untuk mandi adalah sebanyak THB10. Aku masuk mandi dulu dan Dewi menjaga beg kami di luar... Nak mandi punyalah panjang beratur dan aku cuma dapat mandi selepas 1/2 jam beratur. Dah tu pili shower dia tercabut pulak tu... aihh emosi betul aku... Dalam sejam jugaklah Dewi tunggu aku... Takut gak kakak polis marah. Pastu bila aku keluar je Dewi cakap dia dah call hostel dan dia cakap boleh check in dah... Chaittt sia-sia aku beratur panjang-panjang nak mandi!!!
    Keluar dari station untuk menuju ke hotel kami. Aku menempah bilik di sebuah hostel yang bernama @Hualamphong... Nama pun @Hualamphong kan, makanya dia mesti berada di area station jugak kan? Selepas menaiki eskalator untuk ke luar station, kami macam hilang arah. Berpandukan pada google map, kami mengikut arah. Kami hampir ke seberang jalan untuk berjalan lebih jauh walaupun tak logik, sebab dalam map ckp kami dah berada beberapa puluh meter je tapi kami masih tak nampak... Hangin jugaklah rasanya... Pastu aku pusing memandang ke belakang, ohhh sakitnya tu di sini... Terpampang besar signboard @Hualamphong tuh! Rupa-rupanya kedudukan hostel tu cuma beberapa meter ke belakang je dari eskalator yang kami naik tadi tuh, cumanya kami terus menonong ke depan tanpa memandang ke belakang... huhuhu...

     Walaupun namanya hostel, tapi dia kelihatan seperti hotel, siap ada lobby, cafe, laundry area etc2... Walaupun kecil tapi sangat bersih dan comel tempat dia. Kami check in dan terus membayar harga bilik kami adalah THB 1,050 (bahagi 2 adalah sebanyak THB 525 per pax @ RM53), dan merupakan bilik yang termahal dalam trip kami ni... Mungkin kerana lokasi yang strategik bersebelahan dengan train station, tapi kami tak kisah dengan harganya memandangkan kami perlu berada dekat dengan station untuk memudahkan perjalanan kami dan kami jimat transportation cost untuk bergerak dari hotel ke station... Selepas check in, Dewi terus pegi mandi sebab aku dah bayar THB10 tadi kan untuk mandi... Tapi aku ulang lagi mandi sebab aku rasa macam tak puas mandi tadi dan rasa sangat tak best mengelap badan pakai microfiber towel, tak telap air kot walaupun sangat convenience...

     Selepas settle mandi, kami terus merancang perjalanan nak ke mana arah tujuan kami lepas ni... Dan memandangkan keesokan harinya perjalanan kami agak hectic dan memenatkan, makanya kami mengambil keputusan nak berjalan-jalan santai je tanpa perlu memenatkan badan secara melampau... Kebetulan di Hualamphong Station jugak bersambung dengan Metro Bangkok. Memang memudahkan perjalanan kami sangat. Kami cuma menggunakan public transportation untuk city tour kami pada hari ini... Kami mentelaah map metro tersebut dan kami sepakat untuk turun di Si Lom station yang link dengan Bangkok Skytrain station yang bernama Sala Daeng. Oh ya, harga tiket sehala kami dari Hualamphong ke Si Lom adalah THB18 per pax. 

     Kami turun dari Metro dan terus menuju masuk ke Skytrain station di Sala Daeng menggunakan jejantas yang bersambung di antara 2 station tersebut dan kami dapat menyaksikan sebuah flyover/bridge yang dihadiahkan oleh kerajaan Jepun kepada Thailand sebagai tanda persahabatan. Gambarnya ada kat bawah ni nanti ya... Kami menuju ke kaunter tiket dan bertanyakan kalau ada possibility kami boleh mendapatkan day pass untuk naik Skytrain ni. Dan Alhamdulillah ada. Harga Day Pass adalah THB 130 per pax. Kami beli ajelah untuk memudahkan pergerakan kami. Skytrain/BTS ni ada 2 line, dan kedua-dua line ini disambungkan oleh Siam Station. Maknanya kalau kita nak salin train daripada 2 line ni kita boleh melakukannya di Siam Station la... Alaaa macam lebih kurang Star LRT kita la... Kalau kita naik line Sri Petaling pastu kita nak pegi Ampang, kita salin train kat Chan Sow Lin... lebih kurang je kaedahnya... 

     Kami memulakan perjalanan kami ke tempat pertama kami: iaitu Siam Paragon, sebuah shopping mall.. dengan Skytrain, kami perlu turun di Siam Station. Kenapa tempat pertama kami adalah shopping mall sedangkan kami bukanlah jenis yang bershopping (hahaha percayalaaaahhhh). Sebab kami kebuluranlah! Kalau pegi shopping mall dah tentulah ada kedai makan kan... Siam Paragon ni besar dan kelihatan elit, macam Pavilion la lebih kurang sebab banyak butik-butik berjenama kat dalam ni... Kami round-round sikit dan aku menukar duit aku ke THB lebih sikit sebab semakin menyusut. Belum makan lagi nih... Lepas tu kami turun ke level bawah untuk ke food court. Kelihatan sangat meriah dengan makanan dan terdapat Indian stall jugak kat situ dan halal. Tapi kami dah muak kot makan Indian food je makanya kami memilih stall yang menjual makanan berasaskan seafood dan sayuran. Aku order nasi goreng seafood Thai dan portionnya agak besar. Dan aku minum air Fanta sebab memang selalunya kalau travelling, di samping mineral water, aku akan minum jugak air gas untuk membuang angin dalam badan. Yalah sebab timing makan tak teratur kan... Di food court ni, kita tak boleh membuat transaksi tunai di stall dan kita perlu ke kaunter Rabbit Card untuk membeli prepaid card untuk makan di food court tersebut. Kalau ada nilai baki yang kita tak nak gunakan lagi kita boleh tukarkan balik kepada duit di kaunter tersebut balik.

     Selesai makan, bateri kami mula menaik dan kami memulakan eksplorasi kami bersama-sama Skytrain... Kami memang fully utilise Day Pass kami dan kami pergi ke semua station di kedua-dua line BTS sewenang-wenangnya... Kebetulan sebelum itu aku terbaca dalam internet mengenai salah satu tempat yang angker iaitu Sathorn Unique Tower, ataupun dikenali sebagai Ghost Tower dikalangan penduduk tempatan. Listed as 1 of the creepiest abandoned building in Thailand, sampai menjadi gilaan para pelancong nak mendaki sampai ke tingkat 40++... nak masuk sini? Boleh aja... bayar THB200 pada guard & boleh panjat dah bangunan ni... tapi baru2 ni dah dikuatkuasakan hanya boleh naik sehingga tingkat 1 selepas kejadian bunuh diri warga Sweeden di tingkat 43... okeh cerita dia pun dah cukup angker... cuma berani dari kejauhan... utk sampai ke sini bolehlah naik BTS Skyline & turun di station Saphan Thaksin ya kawan-kawan... Aku sempat gaklah snap gambar dengan bangunan ni, tapi dari kejauhan jelah ye huhuhu... 

     Kami berjalan sampai capek, dan dah abis semua station kami jelajah, makanya kami pun baliklah ke hostel untuk berehat sebelum kami mencari tempat makan malam kami. Sebelum tu kami sempat gak menapau Chayenne untuk kami minum di hostel nanti... Kami melalui route yang sama untuk pulang. Kami berehat, mandi dan menggoogle halal Thai restaurant sebab aku teringin nak makan authentic tomyam yang made in Thailand... Yelah first time kot aku masuk Thailand nih... Akhirnya pencarian google kami menemui Karimah Restaurant yang katanya terletak beberapa ratus meter je dari hostel. Mula-mula kami nak jalan kaki je, tapi selepas mendapat advise dari front desk officer, kami bertanya kepada mamat tuktuk yang memang standby kat luar hostel. Dia cakap agak jauh dan dia boleh menghantar kami ke situ. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak THB 180 untuk pergi dan balik. Dia akan tunggu kami sampai habis makan. Kami pun ok dan bermulalah jalan-jalan cari makan kami... Bukannya agak jauh, tapi memang jauh pun! Tak dapat aku bayangkan kalau kitorang jalan kaki sebab rasanya dalam 5km jugak, pastu boleh sesat larat kot sebab restoran ni terletak agak terpencil dan berada dalam perkampungan Muslim, sebab aku nampak ada masjid berdekatan dengan restoran.

     Sampai di restoran, mamat tuktuk tanya kami akan mengambil masa berapa lama untuk makan dan kami kata dlm 1 jam datang balik. Restoran tersebut sunyi dan cuma ada seorang pelanggan je waktu tu (sebab time kami sampai tu hampir waktu Maghrib). Kami order seafood tomyum goong, telur dadar dan sayur kailan. Apakah komen aku? Agak mengecewakan masakannya. Expectation aku tersangatlah tinggi sebab aku kat Siam kot, tapi tomyam Khairul Seafood kat rumah aku lebih sedap rasanya...Tapi kami habiskan jugak makan dan nasib baiklah harganya agak berpatutan, tapi sori aku tak ingat berapa total bill kami. Kami settle makan tak sampai sejam pun dan kami perlu menunggu mamat tuktuk datang. Sampai je tuktuk kami terus balik ke hostel, dah takde jalan-jalan malam sebab kami dah mulai letih. Balik, mandi dan solat serta mengemaskan beg kami sebab kami bakal check out awal keesokan paginya iaitu kira-kira jam 0400am sebab kami perlu membeli tiket tren untuk perjalanan seterusnya dan tren kami dijadualkan bertolak pada jam 0555am. Good luck to us lahhh!!!

     Insiden berlaku pada diri aku tengah malam buta bila aku bangun pergi ke toilet. Pintu toilet agak ketat dan tak tau macamana jari aku tercucuk pada tombol pintu tajam dan memang sangat dalam luka dia... Darah non stop mengalir sampai aku panik tak tau nak buat apa... Menitik-nitik kat lantai... Nak kejut Dewi tak sampai hati so aku tawakal je balut tangan aku dengan tisu banyak-banyak tapi tembus jugak... Aku sampai da rasa nak pitam tengok darah banyak sangat, tapi tahan ajelah sakit tu... Tertido jugak aku dengan keadaan jari berbalut tebal dengan tisu tandas... Sadis sungguh...


Kos:

@Hualamphong Hostel: THB 1,050/night (THB 525/pax)
Bangkok MRT: THB 18 x 2 (return)/pax
BTS @ Skytrain Day Pass: THB 130/pax
Tuktuk to Karimah Restaurant: THB 180 (return) (THB 90/pax)



Hualamphong @ 0600am











Ni la bridge yang dihadiahkan oleh kerajaan Jepun tu


Makanan kami!!!


Siam Paragon Foodcourt








Fefeeling train negara orang





Aku dan Ghost Tower


Station untuk ke Ghost Tower


Bang Wa bukan Bang Lu...


Bilik kami


Bilik kami


Karimah Restaurant





  

Saturday 8 October 2016

Projek Mengukur Jalan di Indochina Day 4 & 5: Nong Khai-Vientiane

























3 & 4 May 2016, Tuesday/Wednesday
Nong Khai-Vientiane-Nong Khai


     Pengsan jugaklah tido dalam tren kali ni... Pertamanya, sebab memang terlalu letih dengan aktiviti semalam dan yang kedua sebab tren ini sangat selesa dan kami tidak merasa gusar sebab semuanya wanita dalam coach ni... Tren kami dijangka tiba dalam jam 0645am, iaitu kira-kira 10 jam 45minit perjalanan dari Bangkok. Sesampainya kami di Nong Khai Station, memang dah terang tanah pun... Kami di arahkan turun dan kami mula beratur di kaunter untuk membeli tiket tren ke Thanaleng, iaitu pintu masuk ke Laos bagi pengguna tren seperti kami. Selepas membeli tiket, kami perlu ke kaunter imigresen terlebih dahulu untuk cop keluar Thailand. Dan di sini kami dikenakan duit kopi sebanyak THB50 kalau tak silap oleh pegawai imigrisen. Nak buat macamana kita hulurrr jelah, kalau tak, sangkut kami kat sini... Selesai, kami ke bahagian menunggu shuttle train untuk masuk ke Thanaleng.

     Shuttle train yang menghubungkan Nong Khai, Thailand ke Thanaleng, Laos mempunyai 2 schedule: iaitu jam 0745 dan 1500 manakala untuk pulang dari Thanaleng dan memasuki Nong Khai adalah pada jam 1000 dan 1745. Perjalanan cuma mengambil masa selama 15 minit untuk melintas sempadan dan kami bakal melalui Friendship Bridge: iaitu jambatan yang menghubungkan negara Thai dan Laos. Sebenarnya, kami boleh saja mengambil tuktuk ataupun teksi sapu merentasi jambatan ini tapi, disebabkan tambang mungkin berbeza dan kami pun takut kena kapur kan sebab memang da ada kes mengapur ni, maka jalan selamat adalah menaiki tren, tapi kita kena ikut time dia la ye...

      Kebetulan ketika kami menaiki tren ini, rasanya imigrisen ataupun pihak pengurusan tren ni kot sibuk dok mengambil gambar para pelancong yang menggunakan khidmat tren ni. Aku adalah salah seorang modelnya hahahaha... Siap tangkap gambar kononnya pegawai tu tengah check tiket aku... Tapi yg lawaknya posing macam tengah majlis penyerahan cek je kaedahnya... Dewi sempat snap moment modelling aku tu... So kalaulah ada antara korg yg bakal menaiki tren ke Thanaleng ni, dan kalau nampak gambo aku kat bulletin board stesen, mohon tangkapkan gambo tu utk aku dan email ye... Hehehe...

      15 minit berlalu dan kami akhirnya sampai di Thanaleng. Kecik saja stesen ni, macam bangunan terbiar pun ada... Tanpa berlengah masa, kami pun mengisi borang masuk Laos dan beratur untuk mengecop passport kami. Owhhh kat sini kami pun kena pau dengan pegawai imigrisen dia... kami perlu menyelitkan THB50 tak salah untuk diorg cop passport kami... Hmmm redho ajelah... Selepas settle, kami di approach van teksi yang bakal membawa kami ke bandar Vientiane dengan tambang berharga THB200 (sebab kami tak tukar currency Laos lagi masa ni)... Untuk ke bandar, kami terpaksa melalui jalan yang beronak duri sebab sistem jalanraya dia agak teruk di kawasan stesen ni... Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 30-40 minit jugaklah untuk ke bandar... Sebab driver van ni menghantar kami ke hotel kami terus.

      Kami tiba di hotel kami terlalu awal sampai kami tak boleh nak check in lagi... Nama hotel kami ialah I-House New Hotel, Vientiane dan hotel ini sangat mesra lokasi: iaitu cuma walking distance dengan Water Fountain & Mekong River City Center, so senang kami nak merewang2... Dan juga staffsnya sangat fasih berbahasa Inggeris, so kami takde masalah komunikasi di sini. Disebabkan kami sampai terlalu awal, kami menumpang simpan beg dulu dan mencari makanan setelah hampir 2 hari tak menjumpai makanan manusia ni... huhuhu... Kami bertanyakan restoran halal yang available sekitar hotel ni, dan surprisingly (surprise sangat kerrr) staff hotel ni cakap memang ada agak banyak jugak di sekitar hotel ni sambil memberi direction... Kami pun memulakan food hunting kami... Kata dekat tapi kami ni buta direction berpusing2 jugaklah dalam 20 minit mencari kedai makan... Akhirnya kami menjumpai restoran Bangladesh setelah gagal mencari restoran India... Restoran tu baru je bukak: iaitu dalam pukul 1000am tapi kami dah terjah dulu... Kami tanya dah boleh order ke? Diorg kata ya boleh sudahhhh huhuhu yeahooo!!! Tak salah nama kedai makan ni ialah Dhaka Restaurant dan kami terus mengorder makanan berat iaitu nasik... Dewi order Baryani Kambing dan salted lassi dan aku pulak order nasi goreng udang dan Laos iced coffee... Portionnya, humangaihhh macam boleh makan 2 orang sepinggan... Kami makan secara perlahan-lahan kerana takde apa nak rush kan... Sambil makan kami menonton video ceramah agama berbahasa Bangla kat tv restyoran ni.... Bercakap sambil menyanyi penceramah tersebut.... dasat!!!

     Selesai makan, kami berjalan-jalan sikit kat kawasan sekitar sambil mencari restoran lain untuk kami try malam nanti pulak... Tapi dah letih sangat kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel. Sebelum itu, kami menukar USD kami sedikit kepada Laotian Kip, iaitu matawang negara Laos, sebab rugi kalau kami berbelanja duit USD disebabkan conversion caca marba sikit... Dan money changer tu cuma opposite je dengan hotel kami... Masuk ke lobi, staff hotel tu inform kami yang bilik kami masih belum siap sebab orang tu tak check put lagi, tapi ada 1 bilik yang available untuk diduduki. Tapi queen bed la bukannya twin bed seperti yang kami minta, tapi bolehlah.... Badan pun dah berlengas dan haruman pun dah menusuk kalbu kan... Kami terus check in dalam jam 1100am dan terus membersihkan diri dan bersiap-siap untuk round bandar Vientiane ni...

     Kami keluar selepas solat Jama' Zohor dan Asar kami... disamping kami dah bersedia dengan laundry bag kami untuk menghantar baju kami ke dobi... Kebetulan ada 1 pakcik tuktuk sedang melepak di depan hotel kami, lalu kami usha pakcik tu berapakah dia akan charge kami untuk membawa kami ke dobi dan sekaligus sightseeing secara express di tempat-tempat menarik sekitar bandar Vientiane ni... Pakcik tersebut tersebut memberi jaminan dalam masa 1 jam (sebenarnya lebih sket kalau termasuk traffic jam) kami akan dapat melihat Vientiane secara keseluruhannya... Yalah orang kata kalau pegi Laos tak soheh kalau tak pi Luang Phrabang, tapi disebabkan kami cuma berada di Laos 2 hari 1 malam je, Vientiane juga sudah memadai... Kami dikenakan sebanyak 80,000 Laotian Kip (+/- RM 40) untuk trip express ini...

     Kami memulakan perjalanan kami dengan menyinggah di sebuah kedai dobi yang terletak kira-kira 2km jugak dari hotel kami. Setelah nego mengenai timing nak mengambil baju kami, maka dipersetujui kami akan datang collect balik pada jam 2000pm malam tu jugak... Selepas itu pakcik tuktuk yang mukanya sangat jujur dan persis Seorang Tua di Kaki Gunung (nak menunjukkan bahawa pakcik ini sangat innocent mukanya) mula merempit membawa kami ke bandar Vientiane... Jangan disangka muka yg jujur ni bersopan santun ya! Pakcik ni kalau lawan merempit kat KL memang makan hasaplah mat-mat rempit full time kat Malaysia ni... Laju yg amat! Pastu konsep dia langgar dan redah je divider nak dijadikan shortcut... Adeh melambung-lambung kami kat belakang wooo... Memang tidak disuggestlah pakcik ni untuk wanita-wanita mengandung dan kanak-kanak... mau beranak terus atas tuktuk tu... Tapi kalau sesiapa yang sukakan adventure, pakcik ni memang sempoi laaaa!!!!

     Tempat pertama yang kami singgah adalah Patuxay Monument, iaitu sebuah monumen yang diinspirasikan dari Arc de Triomphe France (yelah sebab Laos pernah dijajah oleh Perancis suatu ketika dahulu). Monumen ini terletak betul-betul di tengah bandaraya Vientiane dan kita boleh menyaksikan bandar Vientiane secara 360 dari puncak monumen. Namun, untuk masuk dan memanjat monumen tersebut kami perlu membayar pas masuk sebanyak Laotian Kip 2,000. Alang-alang dah sampai, kami bayar dan panjat jelah... Tak salah kami perlu menaiki dalam 5-6 tingkat kot (aku lost count sebab pancit hehehehe) dan setiap tingkat ada stalls menjual pelbagai cenderamata... Dan setiap tingkat jugaklah kami dapat menyaksikan ukiran cantik di siling dan kubah monumen ni... Memang terasa macam masuk dalam muzium kat Perancis je... Dan juga mengingatkan aku Hagia Sofia... Motif lukisan yang lebih kurang aku rasa... Bagi sesiapa yang mempunyai claustrophobia, tempat ni agak mengundang jugakla... Sebab terkedap dan gelap...

     Namun kegelapan dan terkedapan itu berakhir apabila kami sampai di puncak monumen... Suasana dan pemandangan bandar yang indah... Kami menikmati seketika momen tersebut dan bergambar kenangan sebelum kami turun semula kepada pakcik tuktuk yang menunggu di seberang jalan... Kami meneruskan perjalanan kami ke Wat-Wat yang terkenal di Vientiane seperti That Luang Stupa, (Wat yang berwarna keemasan... perlu membayar entrance fee untuk masuk ke dalam Wat makanya kami bergambar di luar sahaja), Hor Pha Keo Museum, Wat Simuang dan Sisaket Temple... Kebanyakannya perlu membayar entrance fee ya... Disebabkan kebanyakan tempat lawatan adalah wat, maka kami mengakhiri quick tour kami dengan jayanya... Oh ya sebelum lupa, sebelum kami masuk ke Sisaket Temple, kami melalui sebuah bas persiaran yang park depan kuil tersebut namun kami tak amik port lah pun.... Tetiba kami mendengar org bercakap separuh menjerit 'Eh, orang Malaysialaaa!!!' dengan suara yang amat excited... Hahaha rupa-rupanya mereka adalah pelancoing Malaysia yang datang satu bas rombongan ye... Mungkin dari tour agent la kot... Kami bersembang bersahutr-sahutan dari seberang jalan je sebelum masuk ke kuil... Lepas tu bila kami keluar, basnya ada tapi mereka-mereka semua dah takde... Mungkin dah pergi melawat kawasan kot... Makanya tak sempatlah kami berkenalan dengan lebih rapat...

     Kami tiba di hotel dan bersiap-siap pula untuk keluar berjalan ke kawasan Mekong River pada petang hari pula. Sempat jugak singgah kat sebuah kedai souvenir yang berdekatan dengan hotel kami namun agak mahal harganya kat situ... Tapi aku beli jugaklah beberapa fridge magnet untuk kenangan sendiri... Pada waktu petang kami berjalan ke kawasan Mekong River, di mana terdapat taman rekreasi, tempat melepak dan pasar malam pun kebetulannya ada pada hari itu! Kami merasai kemeriahan petang di tepi Sungai Mekong yang kering akibat kemarau, siap ada senam robik bagai! Dan kebetulan jugak Walls sedang mengedarkan aiskrim free makanya kami pun dapatlah jugak makan aiskrim free hehehe!!! Sambil berjalan kami menikmati kemeriahan pasar malam tersebut dan sekali lagi aku terjebak membeli beg kecik yang comel sebagai souvenir. Menyesal aku beli fridge magnet dari kedai tadi kerana di pasar malam ni harganya lebih murah. Itulah Farrah rakus sangat taknak bersabar kan....

     Dari pasar malam tersebut kami berjalan kaki menuju ke kedai dobi untuk mengambil pakaian kami... Satu kesengalan kami adalah kami tak dapat cam jalan ke dobi tersebut, yang kami ingat hanyalah dia berada di tepi jalan besar dengan beberapa landmark yang general... Lagipun kami tidak melalui jalan yang sama dari hotel kami sebab kami dah berjalan dalam 1 kilometer sepanjang pasar malam tersebut dan berani matinya mencari jalan sendiri... Hasilnya... Kami berpusing-pusing sesat jalan dalam sejam! Rasanya kami dah boleh masuk 5km marathon la kot... Perut dah mula lapar kerana kami hanya makan pada waktu pagi sahaja di Restoran Dhaka.... Badan dah berpeluh-peluh dan masa kami semakin suntuk kerana dobi tersebut tutup pada jam 2100pm... Dah pukul 8 lebih kot masa tu... Kami sentiasa bad luck lah kot dalam bab dobi mendobi ni... Sumpahan dari Turki lagi nih huhhhh!!! Namun setelah kami berhenti sekejap di tepi jalan dan berfikir secara rasional akhirnya kami menemui dobi yang dimaksudkan itewww!!! Leganya rasa kami...

     Dari dobi kami dah tau jalan untuk pulang ke hotel dan bercadang nak makan di kawasan yang berhampiran dengan hotel kami aje... Tapi Dewi teringin nak makan di restoran North Indian yang kami jumpa masa kami sesat larat cari dobi tadi.... Maknanya kami kena masuk baliklah ke kawasan pasar malam dan berjalan lagi hampir 1km... Huhuhu takpelah sebab nak makan kan, layankan ajelah...

     Kami sampai di restoran yang dimaksudkan dan bertembung dengan couple yang aku kira dari Indonesia... Sweet sangat couple tersebut... Lelaki tu sempat senyum dan bagi salam kat aku... Kelaparan, kami mengorder makanan dengan keadaan tak sedar diri muahaha... Dewi seperti biasa, hantu bariani... Dia order bariani kambing... Aku pulak order nasik putih dengan kari ikan dan fish cutlet... Sedap, tapi fish cutlet dia macam lain sikit dari yang aku makan kat Malaysia... Tapi set fish cutlet tu ada 2 ketul besar, so aku tak abis makanya kami tapau yang tak abis tu. Selepas makan, kami merewang sekejap sebelum kami balik ke bilik hotel untuk packing dan berehat...

     Keesokan harinya, kami breakfast dengan fish cutlet semalam yang tak abih tu... hehehe elok lagi okay... Kami packing untuk check out dan melepak di lobi hotel bila tiba waktu check out. Tiba waktu lunch, kami try pula Restoran Taj Mahal: juga makanan India dan kali ini aku cuma order naan manakala Dewi sekali lagi bariani... Kami menghabiskan sisa-sisa masa di Vientiane dengan merewang kawasan sekeliling sambil menunggu supir untuk membawa kami ke stesen keretapi Thanaleng pada petangnya... Oh ya, kami mengambil supir yang sama masa kami sampai semalam, senang deal dan kami pun dah tau berapa harganya...

     Supir datang mengambil kami kira-kira jam 1400 kerana kami perlu mengambil shuttle train dari Thanaleng ke Nong Khai pada jam 1730. Kalau ikutkan perjalanan kami ke stesen Thanaleng yang mengambil masa lebih kurang 40 minit tu akan membawa kami sampai dalam lebih kurang jam 1500 tapi disebabkan salah seorang daripada passanger van ni ada masalah visa dan terpaksa menyelesaikan isu visa dia nak dekat sejam jugaklah... Kami dalam van (termasuk 1 family Mat Saleh dengan anak lelaki dia yang comel lagi peramah) dah gelabah puyuh jugaklah takut terlepas tren + nak uruskan passport di Imigrisen takut beratur panjang... Namun kami sampai agak awal jugaklah dan dapat uruskan hal Imigrisen kami dengan smooth... Tapi sekali lagi kami kena menghulur THB50 untuk proses pengecopan...

     Kami perlu menunggu beberapa jam sebelum tren kami ke Bangkok Hualamphong tiba dan dijangka bertolak jam 1910pm. Sementara menunggu tu, apa kami buat? Kami buat bodoh jelah hahaha... Lemau gak menunggu...Dan akhirnya tren purple kami pun sampai... Seperti semalam, tren kami adalah Ladies Coach 2nd Class Sleeper yang kami tempah melalui 12goAsia... Seperti biasa juga, kami mengambil lower berth untuk keselesaan... Kami menunggu tempat tidur kami disiapkan sebab memang dah mengantuk giler nih... Aku membuat rutin biasa aku dalam tren sebelum tido... Arrghhh tak sabarnya nak sampai Bangkok untuk berehat betul-betul!!!!

Kos:

'Coffee money' Imigrisen Laos: THB50 x 2/pax (2 kali cop masuk & keluar)
Shuttle Train Nong Khai-Thanaleng-Nong Khai: THB20 x 2 (return tix) per pax
Van sapu Thanaleng-Vientiane-Thanaleng: THB200 x 2 (return) per pax
I House New Hotel Vientiane: USD19.20/night (USD9.60/pax)
Tuktuk rental for Vientiane sightseeing: Laotian Kip 80,000 (RM40)
Ladies Coach Class II Lower Berth Nong Khai-Bangkok: THB 1,003/pax









Highlight of the day: aku jadi model papan kenyataan Imigrisen Laos hahaha






Cer teka tangan sapa tuh?


Selfie walaupun muka x brape nak semenggah



Thanaleng






Yeayy jumpa kedai makannnn


Menu book & no tipon bagi sesapa berminat nak tempah katering hahahaha


Nasi goreng udang aku


Botol mineral water hotel yang berupa air bateri



Us & pakcik tuktuk rempit





Patuxay Monument: mercu tanda Vientiane






Artsssss





Vientiane from the bird's eye view















Mari belajar bahasa Laos. Sesuai nama pakcik tuktuk rempit ni: Talkin... Dia merempit memang boleh membuatkan kami hampir dibacakan talkin huhuhu
































Model setia aku...



Senamrobik petang



Poyo bergambo dengan aiskrim free



Dataran Mekong