Monday 3 October 2016

#GoLocal: Mengejar Salar De Uyuni @ Sasaran#MalaysianBolivia






1 Oct 2016, Saturday
Sasaran, Kuala Selangor


     Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia :). Aku skip sekejap entri kembara Indochina aku demi untuk memberi laluan kepada eksplorasi terkini aku yang cuma terletak di Malaysia. Ya, di samping entri kembara pelbagai jenis gaya aku di luar negara, aku juga akan selitkan sekali entri yang bernama #GoLocal yang akan mengkhususkan mengenai tempat-tempat menariks di negara kita sendiri. Pernahkah korg terbaca mengenai satu fenomena mukabumi yang berlaku di bumi Bolivia yang dikenali sebagai Salar de Uyuni? Ya aku ada sertakan link mengenai Salar de Uyuni & korg cuma perlu click saja ye... Namun aku akan ringkaskan sikit apakah bendanya ini secara surface je. Salar de Uyuni adalah merupakan tasik air masin mendatar terbesar di dunia yang terletak di barat daya Bolivia. Salar terbentuk akibat dari transformasi beberapa tasik dari zaman prasejarah lagi. Disebabkan bentuk mukabumi tasik ini adalah mendatar dan juga cetek, ditambah lagi berada di tempat yang luas terbentang, makanya tasik ini akan menghasilkan pantulan cermin dan sekaligus menghasilkan kesan visual yang sangat cantik dan menarik. Keunikan tasik ini telah menyebabkan ramai peminat fotografi mengunjungi tempat ini untuk sesi photoshoot, tak ketinggalan juga tempat ini amat terkenal bagi pre wedding photoshoot...

     Namun tak ramai mengetahui bahawa di Malaysia juga terdapat fenomena seakan-akan Salar de Uyuni ini ataupun di kalangan pelancong Malaysia dikenali sebagai Mirror in the Sky, yang terletak di Sasaran, Kuala Selangor. Aku terjumpa artikel mengenai kawasan ini secara kebetulan, melalui pembacaan blog dalam bahasa Cina okayyyhhh (tapi aku translate la muahaha) Biasalah, sebagai explorer, kita perlu kreatif mencari bahan kajian... Kiranya tempat ni baru saja di explore namun majoriti pengunjungnya adalah bangsa Cina... 

     Kebetulan kita kan ada long weekend sempena cuti Maal Hijrah, maka dengan gigihnya aku mencari contact nama ejen bot yang boleh membawa kami ke tempat yang dimaksudkan. Sangat gigih aku membaca beberapa blog yang di translate dari Bahasa Cina (oklah boleh paham jugak walau translationnya sangat tunggang langgang) dan akhirnya membawa aku kepada seorang boatman yang bernama Kelvin. Aku whatsapp mamat Kelvin ni bertanyakan kekosongan untuk 2 orang pada 2 Oct tapi malangnya bot Kelvin ni telah penuh sehingga bulan Disember okay!!! Aku dah start frust dan bertanya kalau-kalau dia tau ada operator bot yang lain yang boleh aku contact tak. Dia balas, kebanyakannya sudah penuh sebab bot agak limited, tambahan lagi fenomena Salar ini hanya berlaku beberapa hari dalam sebulan, dan mempunyai 2 sesi mengikut kalendar lunar: iaitu masa masuk bulan baru (New Moon): 30/31/1/2/3 haribulan setiap bulan dan bulan penuh (Full Moon) iaitu 14/15/16/17 haribulan setiap bulan (kalau tak salah aku la). Okay, maknanya aku kena cari tempat lainlah untuk bercuti.... Namun tak lama selepas itu dia whatsapp aku lagi dengan bagi phone no. kawan dia yang bernama Vivian... Dia cakap boleh try luck dengan Vivian ni... Aku dengan semangat waja terus text minah ni dan dia menjawab yang ada kekosongan cumalah 1 Oct dan memang ngam-ngam untuk last 2 pax... Oklah 1 Oct walaupun aku request adalah 2 Oct, tapi better than nothing kan? So aku rearrange hotel untuk kami menginap di Kuala Selangor dan aku membuat bayaran deposit sebanyak RM100 (untuk 2 pax) ke account Vivian. Oh ya, harga pakej bot adalah sebanyak RM68/pax. Dan ada juga travel agent yang charge setinggi RM85/pax yang aku check tapi nasib baik aku dapat jugak cari yang murah... 

     Tiba hari 1 Oct 2016, kami suami isteri bertolak dari Kajang pada jam 5.15am kerana kami perlu berada di meeting point tepat jam 8.30am (Vivian dah share location dengan aku 2 hari sebelum hari kejadian). Kami singgah solat di RnR LATAR (aku lupa nama RnR dia hehehe) dan kami sampai di meeting point dalam jam 7.30am... Setelah mengenalpasti tempat meeting point, kami bersarapan dahulu di restoran mamak berdekatan dengan tempat perjumpaan tu. Dalam jam 8.15am, kami dah tercegat kat tempat tu... Kami dah mula nampak beberapa kereta sedang menunggu di tempat yang sama dan kami kira mesti boatmate kami nanti... Dalam jam 8.30am, ada satu mamat Cina bermotor usha kami tanya naik sampan Vivian kah? Kami jawab ya, dan dia suruh kami follow dia untuk ke jeti... kami memandu ke jeti bersama-sama beberapa biji kereta yang lain follow budak motor tu dalam kira-kira 5 minit. Tak salah nama jeti tu Bayan dan kami diarahkan mencari parking di kawasan sekitar. Ada 1 ni dia buat tempat parking dengan bayaran RM5, kami bayar jelah memandangkan takkan kami nak park tepi jalan je, risau gak.... Di jeti tersebut terdapat pusat pengumpulan ikan-ikan hasil tangkapan para nelayan di sini. Mungkin  itu peraih ikan kot... Geramnya aku melihat ikan-ikan fresh bergelimpangan, rasa macam nak beli time tu jugak, tapi mengenangkan kami masih ada misi yang perlu diselesaikan ditambah pulak mana pulak aku nak storage ikan tu maka kami hanya memandang dengan penuh kekaguman sahaja... Kami perlu menunggu lagi 1/2 jam kerana masih ada lagi rombongan Cik Kiah yang belum sampai lagi ke jeti, dan juga Vivian masih lagi tidak kami temui.

     Dalam jam 9am, Vivian datang dengan bakul nasi lemak di tangan... Owh ada pakej breakfast skali rupanya... Tapi tu nanti untuk berkelah di pulau katanya... Terdapat 2 biji bot yang dikendalikan oleh team Vivian. Terdapat juga bot-bot lain di jeti tersebut kepunyaan operator lain tapi rasanya tak sampai 10 biji bot pun yang ada untuk membawa orang ke tempat Salar tu sebab menurut kata Vivian, memang diorg limitkan bilangan pengunjung untuk tujuan senang nak dihandle plus taknak menyesakkan kawasan tersebut dengan lambakan orang ramai. Kiranya semua still under control dari menjadi over exposed.

     Kami bertolak lebih kurang jam 9.15am. Aku dan encik suami duduk di luar bot sebab nak tengok pemandangan hutan bakau yang berada di kiri kanan kami sambil mengambil gambar. Memang cantik sungguh pemandangan sepanjang hutan bakau ini... Memang masih virgin tak dijarah orang lagi... Aku berharap agar hutan bakau ni kekal dijaga... Banyak seagull dan bangau di sini... Kera pun ada...

     Perjalanan kami ke tengah laut memakan masa dalam 30minit lebih untuk sampai ke tengah laut. Mereka panggil tempat ni dengan nama Pantai Pasir hitam kalau aku tak salah... Walaupun hanya pantai sementara, yang akan menjadi pantai selama lebih kurang 2 jam ketika air surut sebelum tenggelam dengan laut balik. Memang pantai ni terletak di tengah-tengah laut lepas...  

     Vivian, ejen kami merupakan seorang yang peramah dan fasih berbahasa Melayu. Dia merupakan anak kampung nelayan di situ dan memang keturunannya merupakan nelayan di Sasaran. Vivian agak surprise dengan kami sebab dia cakap tak pernah ada Melayu yang datang join trip ni, kami merupakan pelanggan Melayu pertama dia. Dia hairan sebab promosi, berita etc pasal tempat ni semuanya dalam Bahasa Cina dan memang tempat ni macam tertutup di kalangan pelancong Cina saja, tapi aku cakap jelah aku memang terer dalam bab-bab meng explore tempat rare dan unik ni hahahaha... Menurut Vivian jugak, tempat tu sebenarnya dah lama wujud, dari zaman atuk dia lagi tapi diorg tak tau pun pasal fenomena Salar ni... Diorg pegi pantai sementara tu untuk mencari ketam je... Tapi apabila ada sorang jurugambar ni ikut nelayan pegi cari ketam kat situ sebab dia nak amik gambar nelayan dan dia dapat ambil gambar reflection yang menyerupai Salar de Uyuni Bolivia, makanya tempat tu sedikit demi sedikit mula mendapat perhatian di kalangan pelancong Cina tempatan dan sekarang ni sampai Singapore dan China... Haaaa orang luar pun dah tau tapi kita macam tak tau je kan...

     Vivian jugak agak teruja bila aku kata aku akan masukkan tempat ni dalam travelogue aku sebab dia pun macam mengharapkan ada market di kalangan Melayu... So inilah tugasan aku, mewar-warkan pada kita-kita untuk melawat tempat unik ni. Tak payah pegi Bolivia nun.

     Kami sampai di pantai dalam jam 10am, masing-masing mula mencari port untuk bergambar. Kami agak struggle sebenarnya untuk mencari spot sebab aku nak gambar yang clear tanpa orang-orang di belakang tapi memang jangan mimpilah... Tambahan pula kami datang dengan warna pakaian yang salah dan juga cuaca agak berangin pada hari itu. makanya kami tak dapat gambar-gambar reflection yang sharp sebab air bergerak... Frust, maknanya kena pergi lagi la kot. Kami terima je dengan redho buat yang terbaik untuk sesi photoshoot kami. Kebetulan encik suami pulak sakit lutut, ligamen terkoyak kot makanya dia tak dapat nak bend untuk tangkap gambo aku.... huhuhu... Pakai baju warna hitam maka reflection pun tak nampak ceria, tapi nasib baik aku beli payung rainbow kat Mydin sebagai props dan jugak dry bag aku berwarna kuning, makanya nampak jugaklah warna dalam reflection aku tu... So pada sesiapa yang berniat nak pergi, silalah bawak props warna warni (tapi Vivian pun ada sediakan props untuk bergambar) dan juga pakailah baju yang warnanya boleh terkeluar bijik mata kita ya...

     Kami berada di pantai itu dalam masa sejam lebih jugaklah. Dalam jam 11 lebih, kami mula bergerak meninggalkan pantai tersebut. Kami singgah di sebuah pulau kecil yang dinamakan Pulau Angsa sementara menunggu air pasang kembali untuk kembali ke jeti. Di Pulau Angsa kami telah dibekalkan dengan nasi lemak dan air mineral. Kami berkelah beramai-ramai makan di pulau tersebut. Terdapat rumah api di puncak bukit di pulau tersebut, kami boleh hiking sampai ke puncak untuk melihat view tapi aku dah agak lemau sebab hari sudah mulai panas, maka kami cuma lepak di tepi jeti sahaja. Di Pulau Angsa juga terdapat rumah yang disewakan khas untuk para pemancing. Encik suami dah usha-usha nampaknya... Aktiviti lain yang boleh dibuat di pulau tersebut adalah mencari dan memahat oyster yang terlekat di batu-batu. Adalah jugak bot yang buat dan bagi customer diorg memahat oyster. Agen tu siap sediakan but lagi untuk customer dia... Dasyat... Aku rasa yang inilah pakej RM85 tu.... huhuhu...

     Kami lepak dalam 45minit rasanya dan kami bertolak pulang semula ke jeti... Tapi sesuatu yang tak diduga berlaku... Air tak pasang-pasang dan ada 1 bot siap tersangkut sebab air cetek sangat... Ombak pulak tu agak kuat masa pergi dan balik. Seriously sesapa yang pregnant tak digalakkan naik takut terberanak atau keguguran pulak... Terhempas-hempas kami atas bot tu sampai ada orang terjerit-jerit jugaklah. Juga tidak digalakkan kepada sesapa yang mempunyai masalah mabuk laut. Aku? Alhamdulillah tak pernah ada masalah mabuk laut, pastu takde masalah ketakutan jugak sebab aku rilek je lepak duduk kat luar bot masa terhempas-hempas sampai basah lencun la kena simbahan air laut tu hahaha... Sampai encik suami kata aku ni macam takde perasaan je... Namun nasib baik uncle bot kami sangat cekap, dia berjaya melepasi halangan pasir dan air cetek untuk sampai ke jeti... Tapi dia bawak slow-slow dan penuh berhati-hati... Memang pro lah uncle ni. Aku salute abih...Kami merupakan bot pertama yang sampai ke jeti dan kesian bot-bot lain terpaksa berlegar-legar sementara tunggu air pasang...

     Kami sampai dalam jam 1pm dan bersurai dengan jayanya... Walaupun simple tapi bagi aku pengalaman yang unik berphotoshoot sambil pakai jeans dan baju kurung Kedah (memang OOTD aku tak sesuai okay). So nasihat aku, pakailah pakaian yang sesuai ye... Yang pakai luar biasa ni memang aku je boleh buat kot hahaha... Oklah time untuk melayan gambar di bawah ye...

*Boat package (return boat from Bayan-Pulau Pasir Hitam-Pulau Angsa-Bayan) + mineral water & nasi lemak - RM68/pax

Boat agent: Vivian (+6016-266 0628)



Pusat pengumpulan ikan tepi jeti



Abang macho



Selfie b4 belayar



Jeti



Selfie orang yang dipaksa pakai life jacket



Hakak ada stalkerrr



Mula bertolak



Babai jeti...



Dia dah mula dah...






Hutan bakau, flora dan fauna



Hutan bakau, flora dan fauna



Hutan bakau, flora dan fauna













Hai awak....



So somelll






Testing 1.2.3


Testing gak sambil cari port



Sky in the mirror...



Fefeeling model sangat



Hahaha



Aku dan props








Minum pun ada gaya...



Di balik cermin, aku melihat engkau...





Gaya pro


Hakak buntu nak cari port



Hakak buntu part 2



Test


Masih belum dapat...



Cuba lagi...grrrr



Aku dengki giler dengan couple ni... Dapat cermin dia isk



Sikit lagi...


Vivian memberi taklimat cara-cara nak cari port baek punya



Hakak mula gibap



Pasrah... Tapi aku suka gambar ni



Cari lagi...


Ada dah tu...





Yeayyy almost! Port lah ni


Bermulalah aksi-aksi melampau seorang model sambilan





















Nampak dahhhh



One of my fav


















Amois...


Antara dresscode yang dicadang


Adik kici mau pigi mana???



Kami di Pulau Angsa






Post nasik lemak



Cari tempat makan n lepak



Post ayu


View cantekkkk






Rumah sewa pemancing


Bot-bot menunggu air pasang


Selfie comel



Koleksi flora dan fauna


















Kami yang tersangkut di sini...













4 comments:

  1. salam farah, boleh bagi no kelvin tu tak??

    ReplyDelete
  2. Wasalam Lin. Sori lambat reply... no Kelvin:018-968 3281. Tq ye sbb menjengah blog saya 😊

    ReplyDelete
  3. Seronoknya, nak buat photoshoot sini la.thanxx kak

    ReplyDelete
  4. Menariknya tempat ni. Tq for a very good review of this place. Sangat detail, siap dgn contact number 👍👍

    ReplyDelete