Friday 21 December 2018

Mentari Korea: Seoul Part 1 - DMZ: Hangatnya 'Kedinginan' Antara Sempadan & Panggilan Nami
















KUL - Seoul: 21 Oct 2018 (Day 1)

     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan, aku akan memulakan kisah percutian aku dan suami ke negara yang amat significant dengan rakyat Malaysia iaitu Korea Selatan. Seperti yang aku telah share di entri sebelumnya, penerjahan kami di bumi K-Pop ini adalah selama 13 hari dan cover sebanyak 3 bandar. Untuk kisah yang pertama ini adalah mengenai permulaan kami di Seoul.

     Kami mengambil flight dari KLIA 2 pada jam 0750am dan kami perlu berada di airport sebelum subuh. Kami menaiki Grab yang di arrange oleh travel buddy aku, Dewi. Dewi dan suami mengusahakan bisnis kereta sewa with chaffeur. So nanti aku akan share namecard kalau ada yang berminat dengan perkhidmatan penghantaran/sewa kereta with driver. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam 40 minit ni sememangnya boring, kerana takde flight entertainment kan. So sesiapa yang mengambil penerbangan long distance dengan Air Asia bolehlah bawak alat-alat hiburan seperti i-pod, tablet etc untuk membunuh masa. Aku? Membunuh masa dengan tido sajalah hahaha.

     Kami tiba di Incheon Airport lebih kurang jam 1520hrs dan selepas urusan Imigresen dan luggage (Alhamdulillah urusan imigresen kami tersangat lancar. Takut jugak kami sebab sebelum kami bertolak minggu tu viral dengan kisah 2 mamat kena deport from Incheon Airport tu), kami bergegas ke kaunter pocket wifi yang berada berada di arrival area. Sedikit penerangan mengenai pocket wifi kami. Aku membeli kupon pocket wifi KT Olleh melalui Klook yang masa tu ada promo yang berharga RM9 per day. Darab dengan 13 hari, harganya cuma RM117 dan bagi aku sangat murah berbanding dengan roaming ataupun beli local simcard. Signal dia? EXCELLENT!!!! Bateri pun tahan lama dan coverage dia merangkumi Busan dan Jeju dengan jayanya! Bolehlah korang try ya...

     Selepas mengambil pocket wifi, kami lepak sebentar untuk alas perut. Hanya beli roti dan mineral water yang dibeli dari convenience store yang berada dalam airport tu. Memang kebulur dah sangat ni! Selepas makan, kami mula mencari arah untuk ke stesen AREX yang berada di dalam airport itu. Jangan risau, signboard ada ditulis dalam Bahasa Inggeris dan agak mudah sebenarnya untuk mencari. Sampai di kaunter AREX, aku menunjukkan e-ticket train yang juga dibeli melalui Klook dengan harga RM23 per pax. AREX hanya berhenti di beberapa station dan station terakhir adalah Seoul Station. Maka dari Seoul Station nanti, kami perlu menaiki Metro (salin 2 kali train) untuk ke Itaewon.

Orang Malaysia ada di mana-mana je... airport transfer to terminal 1

Selfie sket sebagai bukti dah sampai Korea #eh

AREX ticket

Tempat duduk dah di assigned. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit ke Seoul Station 

Sunset sudah... Walaupun baru pukul 5 lebih

Antara pemandangan di luar tingkap

Metro brown line. Otw ke Itaewon

Barang banyak so berdiri sudahhhh

     Sampai di Seoul Station, selepas melalui kaunter tiket, kami dah tercangak-cangak di situ. Kami lihat di sebelah bertentangan ada lagi mesin cucuk tiket yang akhirnya kami discover adalah laluan tiket untuk Metro. Kami bertanyakan kepada pekerja di situ dan dia mengarahkan kami keluar dari laluan AREX dan masuk ke laluan Metro. Masih tercangak lagi mana nak reload T-Money kami, lalu kami bertanya dengan pekerja farmasi di hadapan kaunter. Walaupun kami bercakap bagaikan ayam dan itik, pekerja farmasi ni berusaha untuk membantu kami. Alhamdulillah kami berjumpa orang yang baik hati sesampainya kami di bumi K-Pop ini. Kami reload T-Money kami sebanyak KRW30k setiap seorang. Line Metro yang melalui Seoul Station adalah line Light Blue, dan kami perlu turun di Samgakji Station untuk salin train ke Itaewon (Brown Line). Tak lama pun naik metro ni, sebab kekerapannya adalah dlm 3-5 minit, dan perjalanan cuma memakan masa dalam 15-20 minit.

     Kami tiba di Itaewon station, tapi kami blur, exit mana yang harus kami keluar untuk menuju ke guesthouse kami. Dalam alamat, takde info mengenai exit mana, so kami gamble jelah. Masalah lagi buat kami, di mana lokasi guesthouse tak dapat dikesan dalam map. Ah sudahhhh... Kami melilau mencari bantuan di tengah kesibukan orang ramai. Yang kami tau adalah kami berada di hadapan Hamilton Hotel. Kami berjumpa dengan sekumpulan mamat Malaysia tapi encik suami nampaknya tak suka nak bertanya dengan mereka. Rupanya sebab encik suami suspect mereka adalah group overstay yang duduk bekerja di Seoul secara illegal. Kami melilau dalam 1 jam jugaklah di situ, tak tau mana nak pergi. Encik suami dah tarik muncung 14 inci sebab letih dan lapar. Maka bermulalah gaduh-gaduh kecil sebab katanya aku tak buat research betul-betul (sebab 100% itinerari, termasuk book accommodation/transport etc adalah aku). Bengang tu bengang jugak, tapi perlu fokus untuk mencari solution. Akhirnya kami memutuskan untuk terus berjalan menuju ke arah masjid (selepas beberapa orang suggest untuk ke area tu sebab kalau ikut address dan review, guesthouse ni berdekatan masjid). Sambil-sambil tu kami berhenti minta guide dari pekerja kedai kebab yang terletak antara celahan lorong tu. Seksa rasanya memanjat bukit dengan memikul beg dan akhirnyaaaa!!! Aku nampak kelam-kelam lampu guesthouse kami iaitu Mosc Guesthouse. Terletak betul-betul di persimpangan lorong ke masjid. Maknanya kalau nak ke masjid kami cuma lintas jalan dan terus je berjalan naik ke bukit (lagi) untuk sampai masjid. Pekerja guesthouse menunggu kami sampai untuk check in. Selepas meminta maaf atas kelewatan kami yang sesat larat ini, mamat yang aku lupa namanya ni membawa kami ke bahagian belakang bangunan reception (reception counter attached dengan sebuah cafe), memberikan kami password grill bangunan belakang (macam filem Korea & Jepun tu) dan juga menerangkan rules guesthouse. Dia juga menunjukkan facilities yang ada dalam rumah tersebut dan breakfast provided. Just a simple breakfast: roti, jem, cereal, coffee, tea, susu dan juice namun itupun kami dah rasa seribu rahmat. Oh ya, kesemua makanan yang disediakan ni adalah free flow, dan kami boleh saja mengambil pada bila-bila waktu. kami juga diajar cara menggunakan water filter yang disediakan dan tempat simpan pinggan mangkuk. Dia juga menerangkan yang kebanyakan daripada pelanggan guesthouse tersebut adalah dari Malaysia, Indonesia & Singapura (Muslim) so mereka menyediakan pinggan mangkuk cutleries semua adalah Muslim Friendly (memang ada tulis juga dalam review guesthouse). Kami juga diberitahu yang kami entitled untuk mendapatkan 1 sesi free laundry kerana kami menginap lebih dari 3 malam di sini dan sis sukaaa!!!! So kami dah plan hari ke-3 kami akan pass pakaian kami untuk didobikan (cuma letak bungkusan baju yang hendak dibasuh di luar pintu bilik kami, dan mereka akan datang mengutip keesokan harinya) Untuk masuk ke bilik kami juga ada diberikan kod (takde kunci-kunci ni. Canggih nau). Bilik dia? Kami amat berpuas hati! Selesa dan bilik air juga luas dan bersih! 

Katil dan model katil. Pastu terkial-kial cari plug nak bukak heater hahaha

Toilet

Shower area. Sabun, shampoo & conditioner disediakan. Wangiii. Kat Korea ni aku memang tak guna langsung shampoo yang aku bawak sebab shampoo setiap guesthouse/hotel wangi & best

Pemandangan dari tingkap bilik. Depan tu jalan naik ke bukit untuk ke masjid. Convenience kan?

     Kami berkemas-kemas sikit, tak mandi lagi, sebab kami nak cari makanan dulu. Lapar wehhhh!!! Kelebihan duduk di Itaewon adalah, kedai makan halal bersepah! Pilih saja nak makan apa. Aku berangan nak makan nasi & lauk Korea, tapi tu la sebab check in pun pukul 2100hrs, kedai Korean food dah tutup la. So kami jalan turun kembali menselusuri lorong dan akhirnya kami makan di Mr. Kebab. Sebab lapar, kami order set kebab yang ada 2 biji kebab, fries & air. Sekali kebabnya besar dan makan sebelah pun dah boleh kenyang! Tambahan pula kami order mix kebab (ada campur nasi pakai beras Korea yg macam pulut tu lagilah cepat kenyang tapi sedap).Terpaksalah kami tapau lagi sebijik kebab tu bawak balik guesthouse. Kami berjalan sekejap meninjau kawasan sekeliling dan cisss!!! Dekat rupanya Itaewon Station dengan guesthouse kami! Yang sesat sejam tu rupa-rupanya hanya 5 minit perjalanan je tauuuu! Kami singgah di convenience store sebab aku nak beli Banana Uyu dan aku belikan encik suami tangerine juice yang aku lihat labelnya dari Jeju dan bermula dari situ, kami mula membeli tangerine juice botol besar untuk minum hari-hari okay? Kami pulang ke guesthouse dan sekali lagi baru perasan yang berdekatan dengan guesthouse kami ada Halal Mart. Senang sungguh duduk kat sini. Balik bilik, mandi, solat dan aku mula membuat research untuk ke Pulau Nami esok (sebenarnya dah buat research awal, tapi sebab malas nak bergaduh dengan encik suami esok, so aku check untuk double confirm semua yang aku research) dan selepas itu pengsannnn tanpa menyedari akan ada dugaan sekali lagi untuk perjalanan keesokan harinya...

Mr. Kebab

Sementara menunggu makanan

Kebab kami yang besar

Oasis bukak pub? #eh (jangan kecam, ni memang lawak yang aku hantar kat budak-budak Astro Oasis kat ofis hehehe)

Banana Uyu!!!!

Itaewon - Nami Island: 22 Oct 2018 (Day 2)

Bakar line dengan gambar tugu cinta yang significant dengan Nami Island

     Selepas Subuh, aku keluar bilik menyediakan breakfast untuk suami terchenta. Kami breakfast sambil menghayati pemandangan luar tingkap (kami mengambil meja yang mengadap tingkap). Selesai makan, kami bersiap-siap untuk keluar. Perjalanan pertama kami adalah ke Pulau Nami yang sangat popular dengan kisah Winter Sonata ni. Kami keluar dari guesthouse dalam jam 0845am dan terus menuju ke Itaewon station. Dari Itaewon, kami sepatutnya salin ke ITX di Wangsimni Station untuk ke Gapyeong dan ingatkan berjalan lancar, tapi Allah adalah Maha perancang di mana kami telah tersalah train akibat daripada salah informasi dari pekerja kaunter! Kami telah menaiki ITX arah lain instead of ITX yang sepatutnya (berkongsi landasan tapi destinasi berbeza tak salah aku) dan menyebabkan kami tersasar nak ke kampung mana ntah. Kami terpaksa berhenti di Sangbong Station dan perlu menunggu train lain (KTX Korail ke Cheongnyangni Station untuk kembali mengambil ITX dari arah situ). Kesesatan ini telah mengakibatkan encik suami pasang muncung 14 inci sekali lagi. Aku dah bagitau dia ni adatlah traveller sesat-sesat sebab masing-masing pun 1st timer di sini. Kalau taknak sesat kita gunalah pakej. Sampai di Cheongnyangni Station, sekali lagi kami bermasalah dengan komunikasi dan kami tawakkal sahaja untuk kali ini. Yang kami tau, kami perlu ke terminal 3 katanya dan pasrah saja kami turun dan menunggu di terminal 3. Alhamdulillah, stesen ini lebih jelas di mana disediakan papan info menunjukkan tren seterusnya adalah ke arah mana. Kami perlu menunggu dalam 1 jam jugaklah sebab train ke Gapyeong baru je lepas (akibat sibuk bertanya arah train). 

Breakfast with view-walaupun nampak bumbung je

     Alhamdulillah, kali ini betul train kami walaupun kepercayaan kami hampir goyah gara-gara couple Korea ni cakap train ke Gapyeong adalah di terminal yang sebelahnya dan siap diorang dah lari pergi ke terminal sebelah. Hampir saja kami ikut tapi bila train datang dan menunjukkan sign Cheongnyangni - Gapyeong, kami lega dan selepas tu kelihatan couple yang ke seberang tadi datang balik hahahaha. Train ke Gapyeong penuh dan kebanyakan passenger adalah warga emas. Kami awal sedikit dan aku dapat seat untuk perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam, tapi kesian encik suami kena berdiri tapi dalam 20 minit terakhir dia dapat jugak tempat duduk kat sebelah aku. Melihatkan kesesakan dalam train, aku mengandaikan majoriti akan ke Pulau Nami.

Lelaki dengan muncung 14 inci

Bila masa dia selfie ntah aku pun tak perasan

Masih garang walaupun kami back on track

Cute ahjumma

     Kami tiba di Gapyeong Station time tengahari rembang, kira-kira jam 1230pm. Memang masa kami banyak dihabiskan dengan sesat larat dan naik tren yang berhenti di setiap station, walaupun perancangan asal adalah nak naik train with less stop huhuhu. Kami mula-mula nak naik City Bus dia tapi bila melihatkan jadual dia yang mana kami perlu menunggu lagi 40 minit (dan according to orang-orang yang dah menunggu lebih awal dari kami, bas jam 1210pm pun tak kunjung tiba lagi huhuhu), maka kami decided untuk naik teksi saja ke jeti. 

Untuk panduan sesiapa yang nak naik bas

     Untuk menaiki teksi pun, kami harus beratur panjang kira-kira 30 minit okay! Akhirnya kami berjaya mendapatkan teksi dan harga tambang untuk teksi yang perjalanan hanya dalam 5 minit adalah KRW6.5k. Ok jelah kan, sebab kami tak banyak lagi masa yang tinggal untuk dibuang begitu saja. Kami tiba di jeti dan mula beratur untuk membeli tiket. Makaihhh, punyalah sesak nak beratur beli tiket feri (include dengan entrance fee dan return ticket), dan kebanyakannya adalah orang tempatan. Okay, expectation aku adalah ramai pelancong asing tapi yang sebenarnya memenuhi ruang pulau adalah lokal. Heran gak aku... Sikap negatif orang Korea ni ialah: mereka huru-hara dan langgar sembarangan. Aku peratikan sikap mereka ni dari Metro station sampailah nak beli tiket, mereka memang tak pedulikan orang dan main langgar dan terjah je. Bagi diorang, kalau diorang nak lalu situ, maka itulah tempat laluan dia tanpa menghiraukan orang ada tak kat depan situ. Takpe, kita bersabar saja. Akhirnya aku berjaya mendapatkan tiket feri yang dijual dengan harga KRW13k per pax dan kami terus beratur untuk naik feri yang besar tu. Perjalanan dari Gapyeong Warf ke Nami Warf hanya memakan masa kira-kira 6-7 minit saja. 

Sangat sesak kaunter tiket

Atas feri besar menuju ke Pulau Nami

Kami. Ada nampak muncung encik suami? Takde dah kan?

     Sampai di pulau, misi pertama kami adalah mencari kedai makan. Ya! Lapar sesangat selepas beberapa jam sesat dan berteleku dalam train. Maka kami pun mula mengkaji map yang boleh diambil dari information counter yang terletak berdekatan dengan entrance. Kami mencari Asian Family Restaurant, Dongmoon yang mendapat pengesahan halal. Seperti yang telah aku maklumkan di entri sebelum ini, memang kami dah plan untuk merasa makanan di sini dan sebab itu kami tidak menyediakan bekal seperti Brahims dan sebagainya (kecuali sebalang kecil sambal bilis kering dan acar buah untuk emergency) dan mengenai tempat makan halal dan Muslim Friendly, telah aku kaji terlebih dahulu di portal-portal, website dan artikel-artikel yang boleh dipercayai. Terkial-kial jugak kami nak cari area kedai makan ni, sambil-sambil berjalan mencari kedai kami pun sempat mengambil beberapa keping gambar untuk kenangan.

Seronoknya bila jalan dengan husband ni, ada orang tolong ambikkan gambar

Gaya seorang model pokok

Lagi gaya model

Teruja nampak bendera malaysia

Acara yang ditunggu-tunggu! Aku punya chicken ala-ala sweet sour tapi suami punya sedap, bulgogi sotong

Ni dia rupa kedai dia. Tingkat 2 restoran ada disediakan musolla ya. So tiada masalah tempat solat kalau datang ke sini...

     Dah kenyang barulah ada napsu nak berjalan kan??? Kami mengelilingi pulau sambil mencari statue yang hanya dijumpai lewat petang sebelum balik (sengal aku ni, asyik dok pusing-pusing tempat yang sama je). Kami takde perancangan untuk naik basikal ke, main game ke apa ke... Cukuplah sekadar bersantai sambil menikmati pemandangan cantik musim luruh. Sememangnya amat ramai Malaysian di Pulau Nami ini. Sikit-sikit jumpa orang kita je, macam kat Malaysia dah hahaha. Tapi sememangnya Korea ni sangat dekat dengan Malaysian, oleh sebab itu Korea Selatan menjadi pilihan ramai pelancong Malaysia... Errr cuma aku je ke yang teringin sangat nak masuk Korea Utara ye? Ada tak sesiapa yang teringin? #KitaGeng! Seperti biasa, hanya meronda-ronda pulau, nikmati sahaja gambar pemandangan (yang diselitkan dengan aku dalam gambar tu hehehe) buat tatapan semua...
Dessert

Masing-masing dengan gaya masing-masing mengambil gambar

Masih menikmati dessert

Maple leaves yang cantik

Model tersohor

Feeling sangat model yang kat belakang tu

Autumn is my favourite season!

Aumm cakkk!!!

Kalau dapat dipadam orang sekeliling tu, aku rasa perfect dah gambar ni

Suka sis banyak gambar trip ni!

Dedaun pun berguguran

Posing lagi

Hutan mana ntah dalam ni

Cantik dan nyaman suasana

Posing lagi

Dan lagi!!!

Aku tak perasan benda ni. Nasib baik encik suami ambikkan gambar

Me, statue & another statue terselit celahan tu

     Kami pulang bila petang mulai tua. Ramai sungguh yang nak pulang time ni, dan kami perlu beratur sekali lagi untuk menaiki feri. 3 feri, barulah kami dapat naik, dan sementara kami beratur menaiki feri, aku disapa oleh seorang wanita tempatan yang cuba untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan aku. Dia bertanyakan negara asal, macamana tau mengenai Korea dan macam-macam lagi! Sangat peramah wanita ini dan dia menyatakan keterujaannya melihat ramai pelancong datang ke Korea. Aku sempat bertanya jugak, ada apa-apa special event kah yang menyebabkan ramai locals ke Pulau Nami? Dia menjawab, takde apa-apa specific occasion, cuma mereka mengambil cuti untuk meraikan kedatangan autumn yang mereka sifatkan sebagai musim tercantik dengan cuaca yang baik. Rupa-rupanya kedatangan kami adalah permulaan autumn dan bukan kita saja tau yang teruja dengan perubahan warna daun, diorang sekali pun teruja dengan keindahan negara sendiri! Feri datang dan kami mengucapkan selamat tinggal sebelum berpecah. Seperti yang aku kata, aku bersyukur dapat bertemu dengan orang yang baik-baik di sini.

     Kami tiba di Gapyeong Station selepas menaiki teksi dari jeti. Untuk balik, harga tambang lebih murah kerana tak perlu pusing jalan, seperti masa nak pergi tadi terpaksa U-turn dan tambang dalam lebih kurang KRW6k. Kami perlu berebut train dengan ramai orang dan terdapat confusion di situ di mana ITX train (yang boleh beli tiket awal) pun kat situ jugak, so sekali lagi kami perlu tengok train yang mana untuk kami yang pakai T-Money ni. Hari semakin gelap dan akhirnya train kami sampai. Kami terpaksa berdiri dalam kesesakan lautan manusia yang dah timbul pelbagai bau dan perjalanan memakan masa dalam 1 jam lebih. Kaki memang lenguh tapi terpaksa bertahan. Akhirnya tiba di Sangbong Station, terdapat pengumuman dan ramai yang turun. Aku dan suami tak clear apakah pengumuman tersebut terus ambil tempat duduk. Tiba-tiba datang sorang ahjussi yang nak keluar menepuk suami mengajak keluar dalam bahasa Korea. Bersungguh-sungguh dia mengajak kami keluar dan spontan mulut aku bertanya 'last train?' dan dia mengangguk. Cesss. Rupa-rupanya train in hanya sampai di Sangbong dan tak bersambung ke Cheongnyangni Station iaitu tempat kami bermula pagi tadi! Adoilaaa... Ingatkan dah settle sekali ada lagi hiccups. Pasrah, kami turun dan menunggu next train sambil aku menggoogle Rome2Rio untuk mencari jalan. Sekali lagi kami hampir terpedaya dengan signboard, penat kami tunggu 15 minit kat situ, rupa-rupanya kami perlu turun untuk pergi ke station subway yang terletak kat bawah ni pulak!!!! Rupa-rupanya station ini adalah station sambungan untuk laluan subway Dark Green! Kami tidak perlu tap out-tap in kembali untuk ke station subway kerana semuanya connected. Melalui kajian aku dalam Rome2Rio, kami perlu bertukar line di Taerung Station untuk ke Brown Line (Itaewon) dan Alhamdulillah after beberapa hiccups and delay, kami berjaya menemui jalan pulang... Kami terus tapau saja kebab kerana dah letih sangat, singgah convenience store untuk beli juice dan mendaki bukit lagi untuk pulang ke guesthouse. Kami perlu berehat kerana esoknya kami akan menyertai satu-satunya tour package yang aku ambik di Korea dan sememangnya tujuan utama aku ke Korea adalah kerana tempat panas yang dingin ini...


Itaewon - Korean Demilitarized Zone (DMZ) : 23 Oct 2018 (Day 3)

Sis bersama-sama Rayban yang dipakai oleh Song Joong-ki dalam drama series popular: Descendent of The Sun

     Kami bangun awal kerana kami perlu sampai di depan Koreana Hotel pada jam 0750am untuk DMZ Tour. Kisah disebalik DMZ Tour ni adalah, aku sebenarnya booking untuk combined tour DMZ & JSA (Joint Security Area): di mana di JSA membolehkan kami memasuki negara Korea Utara walau hanya untuk setapak kaki! Aku juga amat teringin untuk berposing cantik di bangunan berwarna biru muda yang begitu significant sebagai tempat rundingan antara kerajaan Korea Utara-Korea Selatan yang krisisnya bagaikan tiada penghujung. Harga combined tour tersebut adalah KRW130k per pax: iaitu hampir RM500 ya! Tapi kerana minat, aku pejam mata ambik pakej ni tambahan pula bukan senang nak memasuki Korea Utara tambahan lagi selepas kes pembunuhan abang Presiden Korea Utara di KLIA2 yang menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia-Korea Utara terputus. Dan juga salah satu wishlist negara yang aku ingin pergi sememangnya Korea Utara (ya aku tau ada orang akan kata aku sewel). Semua telah diuruskan dari Malaysia lagi, iaitu sebulan sebelum pergi. Passport copy juga sudah diberi kerana mereka perlu mendapat kebenaran dari pihak military untuk register kami under UN visitor dan mendapat pass UN. Namun, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari huhuhu. 3 hari sebelum bertolak, aku mendapat email daripada agent menyatakan trip ini terpaksa dibatalkan kerana atas arahan UN yang mengarahkan kerja penghapusan periuk api di kawasan sekitar JSA. Effect kepada semua tour guide jugak di mana UN berhak membatalkan lawatan pada bila-bila masa yang mereka nak. Dah le date lawatan pun ditentukan oleh pihak military, di mana list hari yang dibenarkan lawatan hanya akan dikeluarkan kira-kira sebulan sebelum tarikh trip huhuhu... Gantian kepada next session adalah pada 6 November, di mana kami dah balik Malaysia pun masa tu huhuhu. Terkilan, tapi kami meneruskan mengambil pakej ke DMZ sahaja dan urusan penukaran pakej dilakukan dengan lancar dan kami dijanjikan refund kerana pakej DMZ murah KRW45k berbanding dengan combined tour. Dan kami akan memperolehi refund kami secara cash masa hari pendaftaran ke DMZ.

     Dari Itaewon, kami perlu salin train untuk ke Gwanghwamun Station di mana letaknya Koreana Hotel. Kami tiba di Koreana Hotel (setelah meminta petunjuk dari local yang lalulalang nak pergi kerja) dan ketibaan kami disambut dengan hujan renyai-renyai. Ah sudah... Kami tiba di Koreana Hotel dan mencari lif untuk ke tingkat 8 dan mencari pejabat PTC Tour di situ. Rupa-rupanya PTC Tour ini adalah reliable agent untuk DMZ/JSA tour dan aku sangat-sangat suggest korang ambik pakej melalui agent ni kerana tiada agenda tersembunyi seperti yang aku baca dalam komen di Klook (ya, Klook pun ada jual pakej DMZ/JSA tour ni memakai agent lain dan melalui pembacaan aku mereka dibawa ke kilang ginseng jugak yang mana takde kaitan langsung dengan tujuan trip huhuhu).

Koreana Hotel. Tempat berkumpul

     Kami ke tingkat 8 dan kelihatan ada 2 tour agency untuk DMZ/JSA tour dan perlu tengok company yang betul. Kelihatan beberapa orang mula beratur untuk register dan kelihatan couple Cina juga sedang menunggu giliran. Aku senyum je, tiba-tiba dia tegur 'Orang Malaysia ke?' 'Aah' Ooo rupa-rupanya mereka pun bakal join tour ni. Perempuan tu menyatakan rasa terkilan dia kerana JSA terpaksa dibatalkan kerana dia looking forward for JSA punya trip sebenarnya. Aku pun cakap, begitu jua diriku... Tapi takpelah, sekurang-kurangnya DMZ Tour ni menjadi pengubat luka hati kami yang dah excited masa membooking dulu. Kami register dan menunjukkan passport kami sebagai pengesahan dan duit baki kami dikembalikan. Pekerjanya seorang ahjumma dan sangat fasih berbahasa Inggeris! Siap slang omputeh lagi woo... So aku ada extra KRW90k sekarang so kami boleh shopping!!! Kami turun kembali ke lobi hotel sambil menunggu bas dan juga tourist guide kami sampai. Bas kami sampai dan kami dikira masuk mengikut seat yang telah di assigned untuk kami masa registration. Tourist guide kami juga sampai dan dia juga merupakan seorang ahjumma yang bergaya dan juga sangat fasih bahasa Inggeris. Patutlah, selepas dia mengenalkan diri, rupanya ahjumma ni menetap di US sebelum pulang ke Korea. Selepas mengira dan semuanya ngam dan kami diarahkan memakai talipinggang keledar hahaha. Bas pun mula bergerak. Hampir 10 minit kami berjalan, dan ahjumma dah memulakan mukaddimah mengenai tour kami, tiba-tiba ahjumma dikejutkan dengan panggilan telefon dari pejabat yang menyatakan ada 2 orang tercicir! Ahjumma tu panik dan cakap dia kira list semuanya cukup dan rupa-rupanya ada couple Mat Salleh dan wanita Korea ni sebenarnya salah bas dan mereka mengambil tempat yang 2 teringgal kerana pergi toilet sekejap! Adoilaaaa 1 kerja lagi nak kena patah balik turunkan 2 mangkuk ni dan mengambil lagi 2 orang yang sebenar dan memakan masa dalam 40 minit jugaklah sebab jem kan? Yang couple ni sebenarnya terlambat dan dah terlepas bas dari tour agency yang sepatutnya dia pergi, tapi diorang try luck rupanya naik bas kami yang berlainan company. Macam-macam. Salah sendiri lepas tu menyusahkan orang lain. Siap ada mamat British yang muka sombong dalam bas kami ucapkan 'thank you' kat diorang masa diorang diturunkan, yalah memang membuang masa kami 1 jam.Selepas itu, perjalanan kami dimulakan sekali lagi dan ahjumma memberi penerangan mengenai tour kami sekali lagi.
Naik bas

Orang Asia ada 4 ketul je, dan semuanya dari Malaysia

Adakah akan tercapai impian mereka untuk bersatu kembali?

     Dari bandar, kami dibawa merentas bandar dan perlahan-lahan kami mula sampai di jalanraya yang hanya ada kawat berduri, pondok pengawal, pokok-pokok dan semak samun di kiri kanan kami dan jumlah kereta juga mula berkurang. Sepanjang perjalanan kami dalam hampir 1 jam, kami diberi peluang untuk bersoal jawab dengan seorang wanita pelarian Korea Utara yang telah menetap di Korea Selatan mengenai kehidupan sebenar di Korea Utara dan kenapa dia melarikan diri. Memang sadis mendengar cerita dia yang sanggup lari melalui pelbagai rintangan bersama anak perempuannya yang masa tu masih kecil, dari Korea Utara lari ke China, selepas China, seludupkan diri ke Thailand, menjadi tahanan pelarian dan ditempatkan di kem pelarian sebelum dihantar ke Korea Selatan untuk menjalani kehidupan sehingga kini dan menurut dia, kesemua proses pelarian ini memakan masa 2 tahun sebelum dia hidup bahagia di Korea Selatan. Huhuhu, aku rasa sangat bersyukur kerana aku dilahirkan di malaysia okay? Aku taknak cerita panjang sangat mengenai Korea Utara, sebab banyak nau isu dia takut korang boring pulak, tetapi berdasarkan cerita perempuan tu memang kehidupan mereka dikongkong oleh pemerintah mereka dan mereka memang hidup susah.

     Kami tiba di sebuah bangunan yang seakan mall dan terletak berdekatan dengan kem penempatan pelarian. Kami diberi masa kira-kira 15 minit untuk mengambil gambar di entrance DMZ tapi hujan tiba-tiba menjadi lebat yang amat. Kami telah dipesan oleh tourist guide supaya tidak bershopping di mall tersebut kerana merchandise DMZ yang original katanya ada di dalam. So aku dan suami pun lurus bendul tak membeli apa-apa di luar kerana menurut kata tourist guide. Oh ya, masa dalam bas, kami juga menetapkan menu makanan kerana tour kami adalah inclusive lunch. Kami dah tentu meminta makanan vegetarian walaupun dia offer kami beef bulgogi dan akhirnya kami dapat bibimbap (nasi dan pelbagai daun dalam nasi tu beserta telur mata). Boleh laaa... Mula-mula, kami ingat, kami je opt for vegetarian, sekali ramai jugak Mat Salleh dalam bas tu vegetarian! 

Bus mate

Ahjumma yang kuat shopping dalam mall. Kami dapat tengok je sebab lurus bendul

Tak tau tapak tangan siapa hahaha

Lobi pejabat DMZ. Boleh besarkan untuk baca info

Tugu peringatan tapi sebab hujan lebat sangat, kami tak pegi la ke situ

     Selepas pitstop pertama kami, perjalanan diteruskan dengan memasuki DMZ secara rasminya. Sebelum sampai di pos pengawal, kami telah di brief supaya tidak mengambil gambar dan video di kawasan sekitar pos pengawal kerana ianya kawasan larangan. Gambar hanya boleh diambil di tempat-tempat tertentu dan akan diberitahu oleh tourist guide nanti. Kami juga dilarang untuk mengambil gambar dan video askar sepanjang berada di dalam kawasan DMZ dan juga dilarang untuk mengambil gambar atau video ketika proses pemeriksaan passport sedang dilakukan. Lupa juga, kami juga harus mematuhi etika berpakaian di mana seluar pendek, berkoyak/lusuh, selipar atau sandal, pakaian sukan, round neck shirt (t-shirt/baju tanpa kolar dibenarkan dipakai beserta jaket), skirt pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali. Alasannya adalah supaya spy atau askar Korea Utara tidak mengambil gambar kita dan kemudiannya dijadikan bahan propaganda kepada rakyatnya bahawa orang di luar negara hidupnya susah kerana berpakaian tidak semenggah begitulah lebih kurang. Kami juga melalui jalan yang di kiri kanannya diletak tape seperti cerita CSI dan kelihatan label menunjukkan kawasan periuk api ditanam... Huhuhu janganlah kau meletup time kitorang lalu la ye wahai periuk api. 

     Di pos pengawal, bas kami diberhentikan dan beberapa orang askar yang kelihatan sangat muda meminta kami untuk membuka passport. Passport diambil untuk diperiksa sambil membelek-belek pandang muka kami. Selepas berpuas hati, barulah passport kami dikembalikan. Habis proses pemeriksaan, sekali lagi kami diingatkan supaya tidak mengambil gambar atau video kerana masih belum melepasi kawasan larangan, so sebab tu aku tak ambik gambar label periuk api tu. Tourist guide juga memberitahu kami yang askar-askar muda tersebut merupakan remaja lelaki yang sedang menjalani National Service. Ooo patutlah ramaja sangat muka mereka ni. Kami tersekat disebuah lorong yang menempatkan Third Tunnel of Aggregation kerana terlalu ramai pelancong pada hari ini. So kami perlu menunggu turn sebelum dapat masuk ke sini.

     Sesampainya kami di sini, kami sempat bergambar di mercu tanda DMZ sebelum dipanggil beratur oleh tourist guide untuk masuk ke ruang pameran Third Tunnel of Aggregation. Sejarah tunnel ini secara ringkas adalah ianya digali oleh kerajaan Korea Utara sebagai laluan bawah tanah yang dipercayai bakal digunakan untuk menawan Korea Selatan. Tunnel ini dijumpai pada tahun 1978, dengan banyak kesan tebukan yang dipercayai untuk menyumbat bahan letupan (dynamite) semasa proses rampasan berlaku. Terowong yang dikorek sebagai penyamaran kepada aktiviti perlombongan arang batu akhirnya disekat oleh kerajaan Korea Selatan bagi menghalang percubaan Korea Utara. Sebenarnya terdapat dalam 4 terowong yang sama yang dijumpai oleh kerajaan Korea Selatan dan kesemua terowong tersebut menuju ke Seoul. Dipercayai ada lebih kurang 20 terowong lain yang telah digali oleh kerajaan Korea Utara tapi masih tak dijumpai dan pihak UN dan Korea Selatan masih mencari dan memantau. Dalam kesemua 4 terowong ini, Third Tunnel dibuka kepada orang ramai untuk melawat dan terowong ini sepanjang 435 meter. Kami diberi penerangan di dalam ruang pameran kecil itu sementara menunggu batch sebelum kami di theatrette. Selepas itu, kumpulan kami pula masuk ke bilik theatrette di mana kami menonton dokumentari pendek (20 minit) mengenai gejolak yang melanda kedua-dua adik beradik ini. Memang sedih dan menakutkan video yang kami tontoni dan andai kata Korea Utara bertekad untuk meneruskan penakhlukan ke atas Korea Selatan, tak mustahil perang setaraf Perang Dunia bakal berlaku dan kali ini ditambah dengan nuklear la pulak. 
It's DMZ yo

Kami dan penyibuk kat belakang tu grrrr

Kami berjalan di atas fiber glass yang di bawahnya adalah miniature DMZ & JSA

Tourist guide kami sedang memberi penerangan mengenai kawasan sekitar DMZ/JSA

Kronologi kisah perang antara saudara ni

Suamiku encik kusyuk

Past & present

Sori kecik macam semut

Pun kecik macam semut

Topik kami dalam theatrette. Dokumentari yang membawa keinsafan dan membuka mata kita tentang betapa severe nya hubungan kedua-dua adik beradik ni

     Selepas menonton dokumentari, kami dibawa keluar dan beratur untuk turun ke Third Tunnel. Disclaimer: untuk wanita mengandung, orang yang ada klaustrophobia, sakit lutut, orang tua dan kurang upaya dan mengah cepat amatlah tidak digalakkan masuk ke terowong ini sebab bagi aku mencabar sungguh terowong ni! Kami juga tak dibenarkan membawa apa-apa barang termasuk kamera dan phone dan semua perlu ditinggalkan di dalam locker yang disediakan di pintu masuk. Juga terdapat helmet Phua Chu Kang disediakan di rak berhampiran terowong dan wajib dipakai. Masa nak turun kena control kaki sebab dia agak curam ke bawah dan kita berjalan atas jalan bersimen kasar dan bukan tangga ye. Kalau tak confident takut terluncur laju menurun silalah pegang tempat pemegang yang disediakan di kiri kanan laluan. Askar juga ada untuk setiap jarak lebih kurang 20 meter so memang takde can lah korang nak mengambil gambar secara curi-curi ya? Aku cuma mampu bertahan sehingga 200 meter lebih, itupun aku dah beriya-iya terantuk kat dalam terowong yang ada certain tempat adalah rendah dan kita perlu menunduk. So itulah tujuan utama kenapa kita kena pakai helmet Phua Chu Kang ya tuan puan. Nak memanjat lagi 1 hal, pancit weh nak naik macam pi hiking! Aku sememangnya tak suka aktiviti-aktiviti hiking ni merasa tersiksa nak sampai kembali ke atas dan menyebabkan aku adalah antara yang terlambat sampai di atas! Sebab aku lambat, maka secara rasminya kami tak sempat nak bershopping di merchandise shop kat situ huhuhu. Tapi tourist guide meyakinkan aku yang masih ada lagi 1 kedai souvenir berdekatan Dorasan Observatory nanti dan ini telah menaikkan semangat aku kembali untuk mendapatkan t-shirt rare yang aku idamkan. Iyalah, bukan senang nak masuk kawasan dingin ni tauuu...

Entrance Third Tunnel of Aggregation

Saja je ambik gambar sambil beratur

     Selepas itu, kami dibawa ke Dorasan Observatory di mana kami dapat meninjau Korea Utara dengan lebih dekat dengan menggunakan teropong. Ya, untuk DMZ, di sini merupakan kawasan terhampir yang kita boleh tengok Korea Utara dan juga 'propaganda village' nya. Tapi masalah aku dengan teropong style begini adalah forever, di mana aku tak nampak apa-apa pun sepanjang tempoh peneropongan aku. Aku sempat snap beberapa keping gambar Korea Utara yang kelihatan seperti 'berhantu' yakni tiada orang pun kat situ. Selepas meneropong, aku terus ajak suami aku bingkas ke kedai souvenir yang terletak bersebelahan dengan anjung tinjau tu. Memang aku tak ada masa untuk memilih, main sebat je apa aku nak beli. Sempat pun cuma tengok design t-shirt sambil lalu, tengok saiz dan warna dan sebat je. Sambil beratur nak bayar aku sempat mengambil beberapa bookmark dan fridge magnet untuk kenangan manakala suami menyambar cap sementara aku beratur. Rupa-rupanya tourist guide kami mencari aku untuk menyuruh aku bershopping namun aku lebih pantas dalam bab-bab ni hehehe. Puas hati dapat beli t-shirt rare buat koleksi kami dan lepas tu barulah aku sibuk mencari toilet sebab sejuk nau lepas hujan ni. 

Korea Utara dari anjung tinjau kami di Dorasan

Macam ghost village kan?

Kami berlatarbelakangkan Korea Utara

     Destinasi seterusnya adalah Dorasan Station. untuk ke Dorasan Station, kami perlu keluar dari kawasan DMZ dan sekali lagi perlu melalui pos pengawal. Sekali lagi, passport kami diperiksa dan kemudian barulah bas kami dibenarkan keluar kembali. Dorasan Station merupakan station keretapi yang sepatutnya menghubungkan antara Korea Utara dan Selatan namun sempadan Korea Utara telah ditutup atas tuduhan Korea Selatan melakukan confrontational policy terhadap kerajaan Korea Utara. Sekarang hanya ada laluan dari Seoul Station ke Dorasan Station yang cuma ada 4 kali sehari untuk tujuan pelancongan. Kalau diikutkan, sekiranya laluan keretapi ini dibuka hingga ke Pyeongyang, laluan keretapi ini boleh berterusan sehingga ke London! Wow! How I wish. Kalau ikut anganan aku, aku akan mulakan train trip aku dari Singapore, terus ke Tanah Melayu, Thailand, Laos/Cambodia dan seterusnya melalui Ho Chi Minh dan naik ke China, Korea Selatan, Utara sehingga seterusnya seperti yang aku buat tahun lepas. Antara gambar-gambar kenangan yang kami ambil di sini.

Projek laluan keretapi

Tadaaa

Nama-nama pensponsor

Dorasan Station during autumn

Disclaimer yang aku harap menjadi kenyataan

1 way ticket to Pyeongyang. Ada bran???

Sempat




Di luar station

     Selepas itu kami ke restoran untuk lunch. Rasa macam kambing la pulak makan nasi dengan pelbagai daunan seperti ulaman. Settle makan, kami menuju ke satu lagi observation area yang terletak di luar DMZ, iaitu Paju dan kiranya ini adalah spot terakhir kami sebelum kami dipulangkan kembali di Koreana Hotel.

North Korea di sebalik kawat berduri secara slow mo

Kawasan yang penuh pagar berduri. Yang ni jarak dalam 2.5km ke Korea Utara

Kami di Paju!!!

Arca apa ntah sebab diorang ada exibition jugak kat sini

Jom masuk

Lagi kisah dan sesi soal jawab bersama pelarian Korea Utara. Kisah kelakar di sini, di mana encik suami tertekan suis lampu ketika bersandar kat dinding. Habis gelap satu bilik hahaha. Pastu kelam kabut bukak tutup suis nak cari lampu yang betul.

Korea Utara lagi

Okay, kali ini teropong ni ajaib untuk aku. Akhirnya aku berjaya nampak orang sedang bertani dan lembu di Korea Utara

Hasil lukisan kanak-kanak

Feeling jap...


Kami di sini

Bendera Korea berkibar

1 Korea!!!

     Kami tiba di Koreana Hotel tepat jam 1600pm dan kami bergegas pulang ke guesthouse mengejar waktu. Kami planning nak pergi makan selepas maghrib dan cari jelah apa-apa kat bawah sebab lapar. Kami keluar dan aku menunggu suami untuk berurusan dengan orang guesthouse tentang dobi dan tiba-tiba pendengaran aku tertangkap lirik 'Menangis hati ini... Ku juga bersimpati...' Dah mana pulak datang Siti Nordiana ngan Achik kat kota Seoul ni? Telinga aku cuba follow arah lagu tersebut dan... laaaa!!! Ada kedai makan betul-betul setentang dengan guesthouse kami! Kedai halal dan siap ada lagu Melayu! Pandai betul strategi dia nak menarik pelanggan dari Malaysia. Akhirnya kami putuskan untuk makan kat kedai tu dan aku lega tak payah nak jalan turun bukit untuk mencari makanan...

Kami yang sedang menunggu makanan. Nampak tak lampu oren bulat belakang suami? Haaaa itulah guesthouse kami

Dinner!!! Ayam panggang tulang lunak. Memang sedap!!!!

     Ingatkan lepas makan nak berehat, tapi suami ajak pulak jalan malam saja nak explore kedai sepanjang jalan Itaewon. Aku layan jelah dan nasib baik tak lama sangat dan aku ok sebab keesokan harinya kami free and easy dan just nak ke masjid dan kawasan yang berhampiran dan menggunakan line train yang sama dengan Itaewon sahaja.


Itaewon: 24 Oct 2018 (Day 4)

Seribu rahmat dapat menziarah masjid ni

     Selepas bersarapan, kami memulakan perjalanan ke masjid yang cuma terletak berdekatan dengan guesthouse kami. Kami melalui lorong yang mempunyai lebih banyak kedai halal dan terbuka mata kami lebih sikit tentang lokasi kedai. Kami ke masjid dan kiranya pada waktu itu adalah waktu Dhuha. Kami berbelah bahagi nak buat solat Dhuha atau tidak sebenarnya (hehehe) tetapi dengan izin Allah, kami ditegur oleh imam masjid yang sedang jalan bersama 2 orang lelaki muda yang aku agak adalah student. Imam terus mengajak kami untuk bersolat sebentar dan pantas menunjukkan aku di mana tempat wudhu' wanita dan tempat solat Muslimah. Tempat solat ada di tingkat atas dan lampu untuk ke atas semua ditutup dan dipesan oleh Imam untuk aku bukak lampu dan tutup bila selesai. Maka selesailah persoalan hati kami yang berbelah bahagi tadi. Bagi aku, masjid ini agak usang dan perlukan pembaikan dan pembersihan terutama di bahagian wanita. Ini mungkin kerana ruang solat wanita jarang digunakan. Kalau ada rezeki lebih, mendermalah di tabung yang tersedia di masjid. Selesai solat, kami melepak sebentar di kerusi berhadapan masjid sambil minum kopi mesin yang ada disediakan di kompaun masjid sambil menikmati keindahan sekeliling yang berada di atas bukit sambil merasa angin sejuk dan nyaman.


Interior masjid




Bandar Seoul dari atas bukit sambil minum kopi mesin

     Terdapat banyak kedai makanan halal tapi kami memutuskan untuk makan di Makan Restaurant sebab aku dari hari pertama craving nak makan makanan Korea. Kami order Beef bulgogi dan spicy squid. Setiap order set dengan nasi dan banchan adalah wajib as a complimentary. Bagi aku, sedap!!!

Misi mencari kedai makan

Misi memilih kedai makan

Akhirnya kami pilih sini

Makanan kami yang yummehhh

Bolehlah datang makan di sini. Berdekatan dengan masjid

     Kami pulang ke bilik dan menunggu masuk waktu dan kemudian meneruskan perjalanan kami ke World Cup Stadium yang juga terletak dalam Brown line.

Motif? Sebab mamat Korea tu player untuk pasukan dia: Spurs

Sampai sudahhhh

Ambik gambar dulu

Gaya seorang model

Bila ntah ambik gambar aku macam ni

I'm in love with autumn

Melangkah lebih jauh wahai encik suami

     Kami juga sempat singgah di mall yang ada dalam stadium tu sebelum balik. Terdapat sale kat kompaun stadium di mana jualan baju sejuk, fleece, sarung tangan dan sebagainya adalah secara besar-besaran. Kami pulang dan makan di sebuah restoran Turki yang terletak di Itaewon mainroad dan seterusnya buat penghabisan kali, kami meronda lagi sekitar Itaewon sebelum pulang ke bilik untuk kami packing barangan kami dan seterusnya mengambil kain dobi kami. Malam terakhir kami di Itaewon dan juga di Mosc Guesthouse cuma dihabiskan dengan berehat, kerana kami perlu check out awal pagi untuk kami menangkap Train To Busan kami pada jam 1017am... Semoga bertemu di entri seterusnya InshaAllah...