KUL-KCH
13 July - 17 July 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku kembali dengan #GoLocal trip aku dan kali ini aku dan Dewi ke ibu negeri Sarawak pulak, iaitu Kuching. Sebenarnya, ini adalah kali ke-4 aku datang ke sinidan kali yang ke berapa puluhlah untuk Dewi yang dulunya pengunjung tahunan Kuching untuk ke Rainforest World Music Festival (RWMF). Walaupun sudah 4 kali aku ke Kuching, tapi ini merupakan kali ke-2 aku menyertai RWMF di mana pertama kali aku adalah pada tahun 2010. Sebenarnya kami patut ke Kuching ber-3, di mana seorang lagi adalah kawan Dewi yang juga orang Sarawak iaitu Ivy, namun atas sebab tugas Ivy terpaksa menarik diri last minute. Maka tinggallah aku dan Dewi aje ke Kuching. Untuk RWMF pada kali ini, kami membeli tiket masuk untuk 3 malam sekaligus (sebelum ini aku hanya beli 1 tiket masuk iaitu malam akhir) dan kebetulan, 8 tahun nan lalu jugak adalah musim World Cup dan kami menyambut Final World Cup di Kuching, dan pada tahun 2018 jugak kami menonton Final World Cup di bandar ini juga... Macam deja vu kan?
Untuk entri ini, aku taknak bercerita banyak pasal RWMF, cuma memberi guide dan tips ringkas untuk membeli tiket RWMF dan juga transportation untuk ke Kampung Budaya (venue RWMF). Setiap tahun, website RWMF akan membuka jualan tiket dan kita perlu alert bilakah announcement penjualan tiket bermula. Mereka akan buka pada harga early bird, yang lebih murah berbanding dengan harga tiket normal dan harga pakej tiket untuk 3 hari adalah lebih murah daripada harga tiket masuk 1 hari. Untuk tiket masuk RWMF selama 3 hari, harganya adalah RM290.20/pax (termasuk admin fees). Manakala untuk flight pula, kebetulan Malindo ada promo dan tiket kami berharga RM212/pax (return). Untuk accommodation pula, sememangnya aku dan Dewi selesa dengan Singgahsana Lodge, di mana kesemua trip Kuching kami (walaupun berlainan trip) akan menginap di di sini. Untuk season RWMF ni memang consider as peak season di sini, so harga bilik adalah lebih mahal berbanding dengan hari biasa. Kami mengambil triple room with shared bathroom dan total harga untuk 5 hari 4 malam adalah RM612. Bermakna harga 1 malam adalah RM153 dan bahagi pula 3 pax. Bermakna harga penginapan kami adalah RM204/pax untuk 4 malam (fyi, masih bahagi 3 kerana Ivy membayar penuh semua harga tiket dan penginapan). Confuse? Jangan risau, semua perbelanjaan akan aku longgokkan sekali di akhir entri ini untuk rujukan.
Kenapa Singgahsana Lodge? Ini kerana kedudukan lodge ni amat strategik dengan bandar Kuching dan within walking distance dengan Kuching Waterfront dan juga jeti untuk ke Barok. Disamping itu juga, within walking distance dengan Chinatown dan tokong Jalan Carpenter dan juga terletak berhadapan dengan Harbour View Hotel Kuching: iaitu salah satu pick up point untuk free shuttle ke Kampung Budaya. Hanya perlu tunjukkan tiket RWMF sebagai bukti kepada kaunter shuttle bus yang berada di dalam hotel tersebut, pilih time bas (bas selang 20-30 minit) dan register nama kita, dan datang semula berkumpul di depan hotel kira-kira 15 minit dari time yang kita booked. Untuk bab pertama ni aku share gambar-gambar dan video yang berkaitan dengan RWMF untuk tatapan semua...
KLIA
Ucapan alu-aluan dari Malindo Air
Boleh tahan snek from Malindo
In flight entertainment pun ada. Tapi kena bawak earphone sendiri ye huhuhu
Sis bangga tengok nama sendiri kat screen hehehe
Depan tu katil aku, belakang tu katil Dewi
Ni sepatutnya katil Ivy. Tapi sebab dia takde, jadi tempat letak barang la ye. Tak baik tinggalkan katil kosong orang kata...
Hall depan bilik kami
Singgahsana Lodge
Otw ke Kampung Budaya. Kami dah ada dalam perut bas...
Aturcara dan booth label
Jom masuk
RWMF 2018
Cari tempat nak duduk... errr berdiri
Day 1
Day 1
Antara persembahan malam pertama
Lagi 1 video
Day 2. Kami sampai awal sikit
Tapak khemah dan sewa khemah juga disediakan di Kampung Budaya. Dah macam konsert Woodstock pun ada
Entrance
Dewi tengah mencari tapak yang sesuai
Enjoy the show!
Petikan sape yang sangat mengasyikkan. Tapi video tak lepas nak share kat sini sebab terlalu panjang huhuhu
Xyah serius sangat Dewi oiii
Day 3: akhirnya 3 wristband berjaya dikumpul
Harini kami try dinner kat booth makanan Bidayuh. Nasi putih, sayur & ayam buluh PERRGHHH RM48 total untuk 2 orang!
Sambil makan sambil tengok aktiviti orang ramai
Another sape show!!!
Ramai yang amat! Malam terakhir aka malam Final World Cup!
Kami decided balik awal, masa persembahan dari negara Israel ni. Sebab taknak bersesak balik dan sebab kami nak cari port tengok World Cup Final yang akhirnya kami cuma tengok melalui live streaming RTM je kat bilik!
Belanja lagi video persembahan malam bila aku tak ingat
Sing along with performer dari India
Tamat sudah kisah RWMF kami, kini tibalah masa untuk kisah favourite kami: Jalan-Jalan Cari Makan Kuching!!! Seperti yang ramai sedia maklum, Kuching juga merupakan syurga makanan bagi food hunters. Melalui research kami, pengalaman aku dan Dewi dan juga suggestion rakan-rakan, kami berjaya makan di beberapa tempat makan yang terkenal di Kuching. Berikut adalah antara kedai makan dan makanan yang kami 'buru' sepanjang 5 hari kami di sana:
Laksa Sarawak berdekatan dengan Hilton Kuching. Serius aku lupa nama kedai ni, tapi sedap laksa dia ni. Terletak di lorong kecil
Gerai burger di kaki lima Singgahsana Lodge. Dikatakan sebagai port burger tersedap di area sini. Dan memang ramai yang datang singgah beli burger kat sini. Terdapat pilihan daging burger buatan sendiri dan juga daging burger Ramly
As usual, beef burger NO MAYO pleaseeee
Tempat wajib breakfast kalau aku ke Kuching. Mee rebus dengan sate memang sedap dan terbaekkk
Nama kedai mee rebus sate ni adalah Sin Hwa Yen Cafe. Pemandangan normal di Kuching, kedai kepunyaan tauke Cina yang menjual minuman, roti bakar & telur separuh masak, manakala peniaga Melayu membuka gerai berkongsi dengan tauke. Terletak di hadapan Water Front, deretan kedai souvenir dan bersebelahan Asma Cake House.
Sekali lagi laksa Sarawak untuk Dewi. Pun sedap
Aku lapar nasik. So ambik nasi sotong penyet. Portion banyak dan sedap
Laksa Sarawak & nasi sotong penyet kami makan di Mom's Laksa
Bila sorang ni suggest makan white lady dengan ABC, sorang lagi suggest makan ais jagung. Amekkawww order dia! (sebenarnya kitorang ingat white lady tu adalah sejenis bahan macam fungus ke lengkong ke letak dalam ABC sekali nama minuman jugak... Hahaha)
Kegigihan kami menghabiskan 3 jenis minuman sekaligus sampai perut kembung!
Segala minuman berperisa yang sedap ni boleh didapati di Swee Kang Ais Kacang!
Pagi seterusnya, kami breakfast mee kolok di Sepinang Sari pulak. Beratur dia...
Akhirnya kami dapat tempat duduk berkongsi dengan seorang wanita tempatan yang makan seorang. Ini pertama kali aku makan di Sepinang Sari
Nama wanita ini Maila dan baru lepas menghantar anak ke sekolah. Kami berbual-bual dan end up dia meminta diri semasa kami masih makan. Bila kami nak bayar, tuan kedai kata Maila dah bayarkan makanan kami. Alhamdulillah berjumpa dengan orang yang baik-baik di sini. Semoga Maila dan keluarga dimurahkan rezeki
Mee kolok tersedap yang pernah aku makan. Menambah lagi keberkatan orang yang membelanja
Ke Pasar Satok yang telah berpindah ke Medan Niaga. Nak jalan kaki tak larat so kami ambik Grab je kat sini
Kita survey dulu
Pasar kering
Kuih pelbagai jenis, tapi aku tak berminat sebab takde nampak kuih tempatan dijual di gerai ni
Dewi dan nenas tak dapat dipisahkan. Menunggu nenas Dewi dikupas
Kami nak merasa buah tarap tapi tak masak lagi la pulak
Akhirnya kami merasa durian Sarawak. Rasa dia? Errr... sama je dengan durian Semenanjung hahaha
Setelah puas survey, akhirnya kami tertarik dengan kedai terubuk masin UITM ni
Handbag wajib
Paratha beef and cheese. Berseni sangat. Hanya di Kopi O Corner
Nasi goreng terubuk masin. Juga di Kopi O Corner. Boleh tahan rasanya
Tempat wajib singgah
Beli stok kek lapis Sarawak
Naik bot penambang. Sekarang harga 1 way RM1. Lapan tahun nan lepas 60sen
Kami ke sini lagi!!!!
Kali ni takmoh tamak-tamak, air 1 je kami order. Sebab kami nak makan jugak. Cha kueh, rojak buah & sotong kangkung merecikkk
Kami menumpukan perhatian pada White Lady sahaja
Hari terakhir di Kuching
Naik jambatan sat
Panaih lit lit
Lagi panaih lit-lit
Malam terakhir di Kuching. Ke Top Spot kita!!! Kedai pilihan adalah Bukit Mata. Jangan risau, halal
1st time aku cuba umai obor-obor. Macam makan sashimi sebab dia tak masak. Not bad rasanya... Bertambahlah senarai makanan exotic yang pernah aku cuba...
Buttermilk prawn
Oyster omellette
Dried chilli siput
Salted egg sotong
Nasi goreng Cina
Midin goreng tidak dilupa. Total makanan kami? RM73.60 je. Teruja tak?
Kekenyangan yang amat!
Breakfast sekali lagi di sini sebelum pulang
Kali ini sate without mee rebus. Kenapa ya?
Sebab kami nak makan Sugar Bun kat airport hahaha
Menunggu flight kami...
Perbelanjaan kami:
Malindo KUL-KCH-KUL (return): RM212/pax
Singgahsana Lodge (triple room with shared bathroom x 4 nights): RM204/pax
RWMF tickets for 3 nights: RM290.20
Grab car (airport transfer/pegi pasar etc): RM30/pax (approx)
Makan sepanjang trip: RM200/pax (ya kami memang suka makan di sini!)
...Tak termasuk shopping ya sebab ikut individu
No comments:
Post a Comment