Friday 24 August 2018

#TransSiberian: Beautiful City of Kazan-Dari Mata Turun Ke Hati

 

23 Oct 2017 (Day 23)


     Ketibaan kami di Kazan 2 membuatkan kami agak kagum dengan rupa station yang moden. Rupa-rupanya Kazan 2 merupakan station keretapi yang baru. Tak sempat pun nak ambik gambar di stesen ni kerana kami bergegas nak keluar dari stesen yang agak padat ni dan kemudiannya kami terjengah-jengah mencari teksi untuk membawa kami ke hostel kami. Sebenarnya dari stesen tersebut boleh je kami ambik tren di Kazan Metro, tapi untuk membawa 2 biji beg Akademi Fantasia maka kami naik teksi. Kami mengambil 2 teksi kerana kami ber-5 dan mak aihhh kena sembelih kami dengan pakcik teksi ni! Kami di pow sebanyak lebih kurang RM70 untuk sebijik teksi untuk perjalanan yang cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit! Lesson learnt, kerana sepatutnya kami upload aplikasi Getz: company seakan-akan Grab dan Uber di sini kalau nak mengambil teksi, tapi takpelah, kena pow ni telah menjadi secebis pengajaran dan kenangan untuk kami di bumi Ra Ra Rasputin ni...

     Dari kaca tingkap teksi kami dapat melihat kemajuan dan keindahan Kazan dan sememangnya benar apa yang dikatakan oleh Dasha & Eve, Kazan memang cantik! Sedikit nota mengenai Kazan, ianya merupakan ibu negara di Republik Tatarstan. Tatarstan merupakan wilayah autonomi terakhir di Russia (Russia mempunyai 21 wilayah autonomi/republik), bermaksud mereka mempunyai presiden, perlembagaan dan parlimen sendiri namun segala hal ehwal antarabangsa masih diuruskan oleh kerajaan pusat Russia. Nak lebih detail? Bolehlah klik sini untuk maklumat lanjut.

     Kami check in di Kazanskoe Podvorye: yang kami dah klasifikasikan sebagai hostel terbaik yang pernah kami menginap dalam trip kami kali ini dan trip-trip aku yang sebelumnya. Kami dilayan oleh Angel, receptionist cantik lagi ramah semasa check in. Angel fasih berbahasa Inggeris dan yang mengujakan kami adalah Angel beragama Islam! Senang kami nak mintak suggestion dia nak makan di mana. Untuk penginapan kami pada kali ini adalah termasuk sarapan dan sarapan yang disediakan hostel ini berstatus halal ya! Bintang pertama Nora bagi!!! Keseronokan berganda-ganda selepas melalui beberapa pengalaman yang menggalaukan. Kami dibawa masuk ke dorm kami yang sangat cantik dan selesa. Nama dorm kami adalah Bentley dan terdapat 3 biji katil double decker yang selesa dan privasi (sebab siap ada tirai untuk setiap katil dan setiap katil ada lampu membaca dan plug masing-masing) Okay Nora tambah lagi satu bintang! Bilik kami juga bersebelahan dengan library yang cantik dan menurut kata Angel, setiap hari jam 9 malam hostel akan hidangkan biskut dan susu panas di library untuk pelanggan hostel. Satu lagi bintang Nora bagi!!!  Angel juga menunjukkan bilik air yang kami boleh gunakan di 2 tingkat. Sangat bersih dan selesa, macam tandas hotel bintang 3 ke atas levelnya, so Nora bagi bintang ke-4! Kami juga boleh mendobi di hostel (self service laundry) dan hostel menyediakan mesin basuh dan dryer untuk kegunaan kami secara PERCUMA! Yess 5 bintang sudah Nora bagi!!! Banyak lagi nak bagi bintang ni sebab pendek kata hostel ni memang superb!


Hotel kami: Kazanskoe Podvorye


Dorm kami nama Bentley :)


Katil aku nan comel. Siap ada tirai untuk privasi


Library sebelah bilik kami, dan juga tempat makan biskut dan susu panas setiap malam.

          Selepas mandi setelah 3 hari tak mandi, kami bersiap-siap untuk dinner. Walaupun kami telah diberitahu oleh Angel yang cafe mereka halal, kami tetap menggedik nak cari kedai makan lain. Yalah lagipun dah confirm kami akan sarapan di cafe hostel tiap-tiap pagi so why not kan kita cuba tempat lain? Angel memberitahu kami kedai yang berhampiran dengan hostel. Oh ya, lupa nak bagitau, selang sepintu dua dari hostel kami adalah McD, so kalau terdesak sangat nak makan bolehlah kami ke sini. Kemudian, Ita memberitahu info dari kawan dia, yang KFC di Kazan ni halal. Kami pun teruja nak merasa KFC kat negara orang ni jadi kami pun berjalan kaki ke KFC yang juga terletak berdekatan dengan hostel (jarak dalam 80-100 meter je). Sampai di KFC, kami berpecah 2: 1 group cop tempat duduk dan 1 group lagi beratur untuk membeli makanan. Agak struggle kerana pekerja KFC tak boleh berbahasa Inggeris, dan kami disuruh ke kaunter yang hujung sekali kerana katanya kawannya boleh berbahasa Inggeris (kami agak la daripada percakapan bahasa Russia dia tu). Dalam masa yang sama kami di approach oleh manager KFC (dengan melihat daripada uniform dia yang lain dari pekerja kaunter) dan dia menyatakan sesuatu dalam bahasa Russia. Tak paham kami, dan kami cuba menggunakan body language tapi tak berjaya. Akhirnya dia berlalu dan kami ignore jelah dan tinggalkan conversation ayam dan itik itu tergantung begitu saja. Tapi kemudiannya manager itu datang balik, kali ini dengan seorang pelanggan wanita yang boleh berbahasa Inggeris sedikit. Manager KFC menyapa kami dan memberitahu sesuatu kepada perempuan tu dan perempuan tu menjadi jurubahasa kepada kami. Rupa-rupanya manager tu kata kami tak boleh makan KFC sebab ayam tu non halal! Ini kerana dia melihat kami semua bertudung dan menjadi tanggungjawab dia untuk menyampaikan informasi tersebut kepada kami. Kemudian dia menyuruh perempuan tu bagitau kepada kami di mall bertentangan dengan KFC ada kedai Turki di tingkat 3 (kalau tak salah). Terharu, kami mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya dan terus keluar dari KFC tersebut. Alhamdulillah, kami bertemu dengan orang-orang yang baik dan jujur di sini walaupun berlainan agama dan bangsa. Siapa kata takde orang Russia yang baik hati?

     Kami terus ke mall yang diberitahu oleh manager tersebut, yang hanya bertentangan dari KFC. Kami terus menuju ke tingkat yang diberitahu dan kelihatan sebuah food court selepas escalator. Kami terus boleh nampak sebuah kedai Turki dan melihat saja kami, pekerja kedai tersebut dah melaungkan 'halal! halal!'. Kami terus order makanan dan minuman yang agak lumayan jugaklah harganya dan inilah hasilnya!!!!



Menyelerakan bukan? Air Lipton dia pelbagai perisa dan sedap pulak tu

     Selepas makan, kami berjalan-jalan di kawasan berhampiran untuk familiarkan diri dengan Kazan. Terdapat banyak kedai-kedai cenderamata di sini sampai kami rambang mata mana satu nak masuk. Malam juga semakin sejuk dan kedai-kedai di sini tutup agak awal. Kami sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum kami pulang ke hostel untuk berehat.

Baru pukul berapa je ni, jalan dah lengang


Cton=Berhenti (macam setan kan?)


                                                                Fefeeling dalam sejuk

     Balik ke hostel, kami cuba untuk tidur. Tapi disebabkan kami dah overslept dalam train 3 hari menyebabkan kami terkebil-kebil dalam gelap. Aku paksa tidur jugak walaupun kerap terjaga. Tapi Dewi, Ita dan Mera lagi dahsyat, diorang terus turun mendobi. Menurut cerita diorang, Angel, tidur di sofa berhadapan dengan registration counter terjaga dan terkejut bila nampak diorang ni asyik berulang alik ke tempat dobi sibuk membasuh kain. Sampaikan Angel begitu concern siap tanya ada apa-apa yang tak kena ke dengan bilik kitorang? Bilik tak selesa kah? Katil tak selesa kah? Tapi dijawab Dewi, bilik semua ok takde masalah, cuma tak boleh tidur sebab dah banyak sangat tidur dalam tren hahaha. Rasanya diorang berjaga sampai Subuh dan terus solat dan mandi. 

Kazan - 24 Oct 2017 (Day 24)

     Dalam jam 0800am, kami pun dengan excitednya turun untuk sarapan. Sekali lagi, kelihatan Angel pun ada membantu dalam cafe tu! Memang multi tasking minah ni. Angel memberitahu kami boleh ambil apa saja makanan yang kami nak makan dan dia juga mencadangkan makanan tempatan yang kami patut cuba. Terbawa-bawa dengan sarapan ala buffet kat malaysia, kami ambik makanan agak banyak la jugak hahaha. Yalah, lepas kami bagi je kupon sarapan kami, dah tak boleh refill. So ambik jelah selagi termampu nak makan, at least bertahan sampai tengahari kan?

Aku sempat ambik video makanan. Kelibat baju merah tu adalah Angel
   
Inilah makanan aku. Tamak kan? But seriously, cottage cheese memang sedap (yang rupa macam apam dan ada cicah-cicah tu) dan tak lupa jugak yang macam bubur manis dalam mangkuk tu.


     Selepas makan, kami berjalan kaki ke Kazan Kremlin yang terletak juga within walking distance (berjalan kaki dalam 15-20 minit) Tapi kami ambil masa lebih sikit la sebab sibuk mengambil gambar sepanjang perjalanan tu. Kazan Kremlin merupakan tapak bersejarah Tatarstan, di mana ianya dibina oleh Ivan The Terrible, pada zaman jajahannya dan dibina di atas tapak istana Khan Kazan. Kazan Kremlin juga telah diiktiraf sebagai World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 2000. Untuk lebih info mengenai Kazan Kremlin, boleh klik di sini


On the way ke Kazan Kremlin, kami terjumpa Transformer


Pastu jumpa Coyote Ugly. Terus rasa nak nyanyi lagu Can't Fight The Moonlight sambil pegang tiang


Belum sampai Kremlin kami dah disajikan dengan bangunan-bangunan cantik


Memang agak gloomy ini hari


Macam orang patah kaki pun ada Mera ni


Model tetap video clip


Church

     Kami tiba di Kazan Kremlin dan perlu menaiki sedikit tangga untuk ke tapak yang dimaksudkan yang berada di atas bukit. Sesampainya kami di atas, kami disambut oleh sebuah 'batu bersurat' yang bertulis sepotong ayat dari Surah Yaasin. 



          Kami tiba di ruang utama dan kami ingatkan perlu membayar entrance fee tapi rupa-rupanya tidak. Cuma akan ada beberapa bangunan di dalam kami yang perlu kami bayar untuk masuk dan ada juga yang percuma. So aku bakal aim yang percuma sajalah ye hehehe. Kami memulakan dengan melawat Masjid Qolsarif. Dalam perjalanan kelihatan beberapa paderi berjalan melintasi kami dan perasaannya sama seperti scene filem The Da Vinci Code dan Exorcist, huhuhu macam seram hening pun ada. Masjid ini telah didirikan pada kurun ke-16 oleh Qolsarif, namun telah dimusnahkan oleh Ivan The Terrible. Masjid ini telah dibina semula di tapak asalnya pada tahun 1996, dan design nya dimoden sedikit. Sejarah mengenai Masjid Qolsarif boleh klik di sini. Kami berkesempatan memasuki ruang masjid dan sepanjang lawatan kami, kami disajikan dengan alunan merdu bacaan Al-Quran dari Imam masjid tersebut. Kami juga menaiki tingkat ke menara dan boleh dilihat seni gabungan Islam dan Renaiscance di masjid ini. Mereka menggunakan pattern cermin church iaitu kaca warna warni di masjid ini. 


Kami perlu panjat tangga ini untuk ke Kremlin


Ambik gambar dari bawah dulu


Lets go!


Spasskaya Tower


Nama pahlawan kot. Letaknya bersebelahan dengan 'Batu Bersurat' tu


Kawasan dalam Kremlin


Study map


Masjid Qolsarif


Ambik feel dulu


Wajib selfie dah jauh-jauh datang


Cantik sungguh interior masjid


Cermin


Berkongsi elemen dengan church


Abdul Wahab dan Abdul Wahib

Ambik video sambil napas pish posh pish posh sebab panjat tangga

     Selesai di masjid Qolsarif, kami meneruskan lawatan ke Annunciation Cathedral, yang merupakan bangunan tertua di Kazan. Masuk adalah percuma, dan kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam gereja tersebut bagi memulihara keaslian seni dalam gereja tersebut (sama macam Topkapi Palace la ni, jaga ukiran dan lukisan di dinding dengan tak bagi orang mengambil gambar, mungkin khuatir cahaya lampu flash boleh merosakkan lukisan kot) dan aku kagum dengan kesenian di dalam gereja tersebut. Dinding, siling dan kubah dipenuhi dengan lukisan kisah mengenai Jesus (Nabi Isa A.S), Mary (Mariam) dan sahabat-sahabat. Setiap susunan lukisan adalah penceritaan secara tertib dan kita cuma perlu melihat turutan untuk mendapatkan sebuah cerita. Oh ya lupa, di pintu masuk gereja sebelah kanan tersedia meja yang dijagai oleh Nun, yangmemberi lilin untuk penganut Kristian bersembahyang dan berdoa. Selepas itu, di tengah merupakan lorong untuk ke lukisan sambil melalui kerusi panjang di kiri dan kanan. di hadapan ruangan kerusi sebelah kiri terdapat patung Jesus besar yang disalib. Puas melihat, kami keluar meneruskan lawatan di bangunan-bangunan lain seperti Spasskaya Tower, Cathedral of Savior's Transfiguration, Suyumbike Tower, Taynitskaya Tower dan lain-lain. Setelah puas, kami mengambil kesempatan mengambil gambar bersama-sama daun maple yang luruh di kawasan Kremlin dan seterusnya berjalan ke kawasan bandar mencari makan. Kami menjumpai sebuah kedai yang menjual kek sedap yang dipunyai oleh Muslim. Selepas makan, kami menselusuri lagi bandar drngan berjalan kaki dan menjumpai Kazan University. Di sini kami fefeeling student ambik gambar depan universiti dan post dalam ig masing-masing untuk salam perantauan katanya. Selepas itu kami pulang ke hostel untuk solat dan bersiap-siap untuk mencari kedai Megaphone bagi menyelesaikan kemelut line telefon kami. Mati kutu wooo takde data... Nasib baik hostel provide free wifi.


Ada kopi motor kat luar Masjid Qulsarif


Wa minum hot choc


Coffee break


Glove Kak As yang comel


Suyumbike Tower dari kejauhan


Annunciation Cathedral


Seorang Tua di kaki Gunung. Tapi ni Dewi sebenarnya hahaha


Library. Kak As dan Ita je masuk sebab kena bayar


Aku dan tembok


Taynitskaya Tower


Museum of Statehood History of Tatarstan


Suyumbike Tower dari dekat. Depan dia ada kubur-kubur


Menselusuri Transfiguration Tower

Fefeeling autumn sangat


Arah yang mana satu?


Bangunan tepi jalan pun cantik


Lagi bangunan tepi jalan


Taraaa... Inilah restorannya. Kalau korang nampak tulisan seperti 'Pectopah' tu adalah ejaan untuk Restaurant ya hahaha


Pie and cake. Yummeh


Pelajar jurusan Bahasa Russia di Universiti Kazan


Tak ingat nama church ni. Tapi dekat je dengan hostel kami. Cantik kan?


Dari depan


     Kami keluar kembali mencari kedai Megaphone dalam jam 1800pm, dan hari mulai gelap. Kami pergi mencari kedai tersebut di mall yang berada bertentangan dengan jalan besar (Angel memberitahu kami ada sebuah kedai Megaphone di situ). Untuk ke seberang jalan, kami menggunakan terowong pejalan kaki yang juga bersambung dengan Kazan Metro. Kami menjumpai kedai yang dimaksudkan, namun malangnya pekerja di kedai tersebut tidak boleh berbaha Inggeris. Agak sukar komunikasi kami dan solution yang termudah dia suggest kami untuk membeli simkad baru. Amat leceh kami rasa kerana kami perlu mengeluarkan duit lagi! Kami mengucapkan terima kasih dan terus keluar dari kedai tersebut dan mengambil keputusan untuk mencari Megaphone di mall yang lain. Alang-alang dah keluar, disamping kami menggogle mall yang ada Starbucks: Kak As merupakan pengumpul tegar City Tumbler dan terdapat sebuah mall yang kami boleh tuju untuk Starbucks dan juga untuk mencari kedai Megaphone yang lain. Kami turun sekali lagi menggunakan terowong pejalan kaki untuk menaiki Metro. Harga tiket adalah standard, tak kira ke mana arah kita nak pergi namun kami perlu pastikan di stesen mana kami nak turun kerana semuanya menggunakan tulisan Russia ya. Jadi kami menghafal beberapa huruf untuk dijadikan clue di stesen mana kami perlu turun.

     Tiba di stesen yang aku lupa namanya, kami berjalan kaki kira-kira 800m-1km untuk ke Tandem Mall (baru lepas tengok location yang aku tag dalam IG hehehe) dan akhirnya kami menjumpai sebuah lagi kedai Megaphone dalam mall tersebut. Tandem Mall ni kelihatan agak high-end dan terdapat banyak butik di sini. Setibanya di Megaphone, kami dilayan oleh staff bernama Alex dan dia boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris walaupun limited. Tapi at least, kami boleh jugak bercakap dan menerangkan masalah akar umbi kami dari Irkutsk sehinggalah ke sini. Sememangnya simkad kami hanya boleh digunakan di Irkutsk okay!!! Sedaya upaya Alex membantu kami. Berita buruknya, kami cuma boleh menggunakan nombor tersebut di Irkutsk sahaja, kalau kami nak guna di mana-mana Russian Federation, akan consider as roaming dan nama pun roaming kan, tentunya akan ada caj tambahan dikenakan terhadap kami. Namun berita baiknya, Alex boleh membantu kami untuk upgrade simkad kami daripada kegunaan kenegerian ke kegunaan All Russia dengan nombor kami yang sedia ada, ya masih dengan caj, tapi tidak semahal membeli simkad baru. Kami mengambil keputusan untuk upgrade 1 simkad sahaja: iaitu simkad Dewi, dan Dewi akan membuka hotspot untuk kegunaan kami semua. Kami mengambil data plan yang paling tinggi GB nya (sorry sis lupa berapa GB, tapi atas 10GB la) sebab berkongsi kan. Alhamdulillah masalah simkad kami berjaya diselesaikan dan kebanyakan urusan kami dipermudahkan di kota Kazan ini. Selepas itu, kami ke STarbucks dan melepak melepaskan lelah sebelum kami mula menapak balik menuju ke stesen Metro yang lumayan perjalanannya itu.



Kami sedang dilayan oleh Alex. Service dia memang tip top! Kelihatan Mera si kerang busuk cuba untuk photo bomb


Lepak Starbucks. Aku pelik kenapa nama aku jadi 'Papa' rupanya huruf 'F' berupa 'P' gulung dan 'R' berupa 'P'


Suasana dalam Metro. Aku curi-curi ambik gambar takut Russian tembak aku muahaha melampau kan imaginasi aku

Kazan - 25 Oct 2017 (Day 25)


     Kami sememangnya tidak sabar nak memulakan hari kami dengan sarapan di cafe hostel. Sambil makan kami melayan lagu-lagu yang diputarkan dari stesen radio tempatan. Aku amat tertarik dengan sebuah lagu yang sangat unik dan seksi pada pendengaran aku. Lagu tersebut dalam Bahasa Inggeris tapi aku memang tak pernah dengar lagu tersebut. Aku memuji je kesedapan lagu tersebut tapi tak terfikir nak tanya orang kat situ lagu siapakah dan tajuk lagunya. Post Trans-Siberian barulah aku terhegeh-hegeh mencari lagu yang aku cuma ingat beberapa patah dan muzik yang jelas tak jelas. Terima kasih kepada Dewi yang sudi membantu aku dengan mengemail kepada hostel bertanya radio apa yang dipasang di cafe dan mendapat respon. Di KL kami gigih mendengar radio secara online dan akhirnya setelah hampir 2 minggu mendengar lagu sambil tengok list, dapat jugak lagu tuh huhuhu. So sekarang siap dah jadi ringtone aku dah lagu tu. 


     Ok, berbalik pada kisah asal, selepas sarapan, kami keluar untuk menuju ke Temple of All Religions. Sekali lagi, kami perlu ke seberang jalan besar tapi kali ini destinasi yang kami ingin pergi tak dicover oleh Metro. Jadi kami perlu naik bas untuk ke sana. Ada beberapa bas yang boleh kami ambil untuk menuju ke situ dan yang aku ingat adalah nombor 4 dan 21 tak salah. Bus stop pun ada beberapa bus stop di satu tempat yang sama dan kami perlu tau di bus stop manakah bas-bas tersebut akan berhenti. Kami menunggu dalam 15 minit dan akhirnya bas yang kami kehendaki sampai. Kami pun naik dan dengan confident nya menghulur duit kepada ticket lady dan menyatakan destinasi kami. Ternyata kami tersalah bas okeh! Ticket lady itu menunjukkan bus stop seberang yang perlu kami ambil bas dan memberhentikan kami di bus stop yang seterusnya. Nasib baik kami tak jauh lagi huhuhu. Kemudiannya kami melintas jalan kembali untuk ke bus sop yang dimaksudkan dan menunggu lagi untuk 10 minit dan akhirnya bas kami sampai dan betul. Kebanyakan penjaga tiket bas adalah wanita di sini, di mana kali ini juga adalah ticket lady. Kami menyatakan destinasi kami dan dia hanya mengangguk dengan muka yang tegang. Macam makcik Martha jugak ticket lady sini. Perjalanan dari bandar Kazan ke Temple of All Religion mengambil masa lebih kurang 40 minit kerana ianya terletak di pinggir bandar dan kami disajikan dengan pemandangan sisi lain Kazan yang aku lihat lebih antik. Bangunan-bangunan dan pasar-pasar lama berderetan sepanjang jalan dan snow flakes mula berguguran sepanjang perjalanan kami. 


     Kami takde idea di mana kami akan berhenti, jadi kami menjenguk-jenguk tingkap bas untuk melihat bangunan seperti dalam gambar yang kami google. Tiba-tiba ticket lady bermuka ketat tu mencuit aku dan menyatakan di bus stop depan merupakan perhentian kami dan dia siap tekankan loceng untuk kami! Walaupun bermuka ketat, tapi ticket lady ini sangat baik hati dan sudi membantu kami! Sebelum turun kami mengucapkan 'spasiba' kepadanya dan dapat jugak kami melihat dia tersenyum sedikit. Ya memang orang Kazan ni baik-baik belaka. 



Salji turun ketika kami menunggu bas

Yang vest oren tu la ticket lady muka ketat tapi hati manyak baik tu


Excited naik bas awam

     Kami turun bas bersama-sama sepasang couple mat saleh yang juga tujuannya ke Temple of Religions itu. Dari jauh kelihatan besi-besi pembinaan tepasang di bangunan dan ahhh sudahhh... Tengah construction ke apa ni? Memang tempat ni tempat baru tapi kami ingatkan dah boleh dilawati. Kami cuba mencari pintu masuk tapi tak berjumpa. Kami siap pusing ke belakang bangunan mencari entrance tapi tak kejumpaan. Yang kami nampak hanyalah landasan keretapi dan juga setesen keretapi di belakang bangunan tersebut. Hampir putus asa, namun akhirnya kami terlihat sebuah pintu kecil di tempat kami mula-mula masuk yang kami ingat pintu kedai gunting rambut (sebab ada poster signage orang gunting rambut hahaha) tapi bila kami jenguk di dalam rupa-rupanya ada kaunter dalam tu! Memang lawak la kami kat situ. Untuk masuk, kami perlu membayar RUB20 kalau tak silap dan duit itu sebenarnya adalah sumbangan untuk restore kembali bangunan tersebut yang rupa-rupanya terbakar! Oooo patutlah macam ada kesan-kesan hangus kat kubah bangunan. Sedikit trivia mengenai Temple of All Religions ni. Ianya diilhamkan oleh seorang artisan bernama Ildar Khanov, dan mula dibina pada tahun 1992.  Terdapat 16 bangunan di Temple of Religions ini dibina bagi mewakili 16 agama utama di dunia: termasuk agama purba yang tidak lagi wujud pada zaman sekarang. Memang boleh kelihatan bangunan berbentuk masjid, gereja, kuil, synagogue dan lain-lain temple di sini. Dalam banyak-banyak bangunan, cuma 1 saja yang kami boleh masuk (bangunan gereja) disebabkan yang lain masih dalam construction dan pemuliharaan. Mereka menjadikan gereja itu sebagai galeri menjual lukisan dan hasil jualan akan disalurkan ke dalam tabung pemuliharaan Temple of All Religions itu. Seperti showroom, terdapat 1 corner menyediakan refreshments (hehehe) dan kami bebas untuk minum teh ke, mineral water ke, ambik gula-gula atau biskut yang dihidangkan tu ke, boleh je! Aku ambik gula-gula je dan minum mineral water.

Video dari luar bangunan Temple of All Religions

Temple of All Religions


Masih under construction so gambar pun tak banyak sebab kami cuma dibenarkan masuk ke 1 bangunan saja


Dari belakang


Boleh tahan tebal salji dia


Me & Sphinx


Orang Batu Caves yang excited


Let it snow. Antara gambar favourite aku. Credit to Dewi

     Selepas puas, kami kembali ke bus top tadi (yang opposite sebab nak balik city balik kan) dan menunggu bas nombor 2. Sambil-sambil tu, kami ambik gambar with snow (ada kat atas ni) dan bila bas sampai kami pun naik la kan? Kami melalui jalan yang tadi namun berlainan arah. Kami tidak berhenti di area hostel kami, tapi berhenti di bus stop lain yang lebih awal untuk explore lagi kota Kazan di sebelah yang lain. Kami menselusuri lorong-lorong dan menjumpai beberapa masjid. Kami sempat singgah di -4 masjid yang terdapat di sepanjang jalan tersebut. Ada juga antara masjid yang kami lalui itu kami sempat berjumpa imam masjid dan berbual-bual sedikit mengenai sejarah masjid tersebut. Menariknya, masjid-masjid di sini kelihatan sama pattern dan warnanya (hijau-putih) dan jarak antara 1 masjid dengan masjid lain adalah sangat dekat (kira-kira 10m macam tu jelah). Ini apa yang kami nampak la ye. Bila sebut masjid, mesti ada komuniti Islam kam kat situ? So kalau ada orang Islam makanya kedai makan halal pun ada la kan kat situ? Hahaha, jadi, kami ppun menjejaki restoran yang kami boleh singgah makan dan kebetulan perut pun dah berkeroncong. Kami berjumpa sebuah restoran yang diberi nama 'Camca No. 1'. Wowww!!! Dia dah declare dia nombor 1 so memang wajiblah kami try. Kami masuk ke restoran dan mengecop meja. kami melihat menu dan mula order di kaunter, kerana kaedahnya order dan bayar ya di sini. Kami mengorder camca (sebutan samsa) dan beberapa makanan lain untuk lunch kami. Seperti nama kedainya, sememangnya makanan di sini sedap!

Antara masjid yang kami kunjungi


Antara masjid yang kami kunjungi


Interior salah satu masjid

Pusat Islam


Aweks Kazan comel-comel


Camca yang sedap baq hang! Tak kedekut daging pun

     Selepas makan dan kenyang, kami singgah ke pasar untk melihat the real life of locals. Sangat menarik melihat aktiviti harian yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Kami tertarik dengan cara sebuah gerai yang menjual spices menyusun barang-barang jualannya. Sangat cantik dan tersusun dan di sini jugak aku membeli topi Russia untuk encik suami.
Ini pasar


Minah bunga aku nih


Tersusun. Tuan kedai ni mesti OCD hahaha

Mera ada peminat! Nasib baik dah bertunang, kalau tak, harus Mera dah migrate Russia kawen ngan mamat ni hahaha

     Kami berjalan kaki pulang ke hostel kami, namun kami berpecah bila Ita, Kak As dan Mera nak pusingkota dengan menggunakan City Bus manakala aku dan Dewi cuma ingin lepak dan menikmati sisa-sisa harti kami di Kazan. Jadi kami mengambil keputusan untuk lepak di Cinnabon berhampiran hostel sambil makan cinnamon roll. Selepas itu kami ke kedai souvenir untuk aku membeli fridge magnet dan barang-barang lain sebagai kenangan. Selesai, kami pun pulang ke hostel untuk packing barang kerana keesokan harinya kami bakal berangkat ke Moscow. Tepat jam 9 malam kami lepak pula di library sambil makan biskut dan susu panas disamping bermain-main dengan kucing yang menjadi penghuni hostel tersebut. Menurut Angel, kucing ini datang sendiri ke hostel tersebut dan akhirnya menjadi residen di hostel itu. Aku sempat 'menculik' kucing masuk ke dorm kami untuk bermain-main.
Cinabon kitorang share je. Manis lenting oiiii


Dewi namakan dia Czarina kononnya...


Biskut dan susu panas


Ruang library. Kami lepak sini


Kazan - 26 Oct 2017 (Day 26)


     Tibalah masa untuk kami mengucapkan selamat tinggal pada hostel yang best ni. Tren kami pada waktu malam bermakna kami perlu melepak lama di hostel. Breakfast terakhir kami dan dinikmati oleh kami bersungguh-sungguh. 

Breakfast terakhir aku

     Kami berpesan kepada Angel untuk memanggil 2 biji teksi ke Kazan Station dan dia akan melakukan panggilan tersebut. Tepat jam 1200pm kami perlu check out dan kami cuba untuk dapatkan late check out tapi tak berjaya kerana dah ada pelanggan lain dah book. Tapi kami boleh meninggalkan beg kami di locker bersebelahan dengan ruang makan dan menyatakan jangan bimbang. Sementara itu, sekali lagi kami ke kedai-kedai souvenir berhopping buat kali penghabisan di kota Kazan ini. Makan tengahari kami adalah di cafe tersebut dan surprisingly sedap dan murah! Aku membeli grilled chicken yang sedap dan kami makan berjemaah. Memandangkan kami hanya akan ke Kazan Station pada jam 1700pm maka kami perlu bersolat di hostel. Kami bernasib baik kerana Angel membenarkan kami menggunakan bilik kosong di atas untuk bersolat. Lemau gak tunggu dalam 3 jam sebelum teksi kami mari. Kami bermain-main dengan kucing dan rasa sayangnya kena tinggalkan tempat indah itu soon.

Last kopek cari souvenir


Kereta antik comel


Nenek The Pigeon Whisperer


Antara hasil tangkapan


Dewi melepaskan rindu dendam kat Czarina sebelum say goodbye

     Angel sememangnya sangat membantu kami. Teksi yang dipanggilnya tiba tepat jam 1700pm dan kami mengucapkan selamat tinggal kepada Angel dan sempat bergambar dengannya. Tapi malangnya gambar tiada dalam simpanan aku dan perlu mintak Ita untuk resend. So yang tu nanti-nantilah aku upload ya. Jarak antara hostel ke Kazan Station, atau dikenali sebagai Kazan Passajirsky hanya dalam 10-15 minit. Selepas membayar tambang, kami melangkah masuk ke dalam stesen yang cantik ini. Untuk tren Trans-Siberian kami yang terakhir ini, kami bersepakat untuk mencuba koc kelas 3 ataupun dipanggil Plazkart. Koc ini merupakan open coach lagipun tren ini cuma berdurasi lebih kurang 12 jam, dan kononnya nak merasa jadi locals la, holigans la macam-macam la kami. Memandangkan kami sampai agak awal, iaitu kira-kira 1 jam lebih maka kami bersantai-santai aje. Kami diberitahu yang tren kami akan bergerak dari terminal 1, so kami dengan releks nya angkutlah beg ke terminal 1. Suasana agak lengang di mana cuma kami berlima dan seorang lagi pakcik berada di terminal tersebut manakala yang lain semua beramai-ramai di seberang kami. Tren di seberang sudahpun sampai dan kami cuba menyedapkan hati yang tren tersebut untuk destinasi lain. Ternyata itulah tren kami!!! Kelam kabut kami kena naik tangga sambil menjinjing beg memandangkan orang sudah mula beratur untuk memeriksa tiket. Pakcik yang bersama-sama kami juga kelam kabut memanjat tangga nak pergi ke seberang. Dalam kelam kabut nasib Mera tak baik bila lengannya terseliuh akibat menarik beg Akademi Fantasia turun dari tangga. Kesian dia kesakitan. Kami dapat memasuki tren tepat pada waktunya dan mula mengemas katil masing-masing seperti kebiasaan. Set cadar dan selimut diletakkan di katil atas dan orang atas kena campakkan kat kami. Kali ini Ita dan Dewi menjadi orang atas dan memang sempit ruangan atas sampai Dewi yang tinggi macam hantu galah tu terpaksa menunduk untuk mengemas katil (duduk pun kena menunduk lagi okay) dan beberapa kali terhantuk, dan bila berbaring kakinya terjulur keluar, manakala aku dan Kak As menjadi orang bawah dan Mera pula di bertentangan dengan kami, iaitu di kerusi tepi tingkap yang boleh di convert menjadi katil. Mera yang agak keletihan dan kesakitan terpaksa menunggu jiran atasnya yang tak mau naik dengan alasan dia akan turun half way dari kami sampaikan Mera terpaksa menolong minah tu untuk memasangkan katil untuk menghalau dia secara halus supaya naik. Aku membantu Mera dengan menjadi bomoh Mak Esah sekejap: urut tangan dia la... Bagi mengurangkan rasa sakit akibat terseliuh. Tren mula bergerak dan kami pun bersiap-siap nak tidur. Kami ke toilet dan surprisingly keadaan tidak seperti yang kami jangkakan dari hasil pembacaan. Mungkin kerana tren ni masih baru, maka toilet dia pun cantik, baru dan selesa. Provinista lalu lalang sambil menjual makanan dan minuman. Terdapat beberapa orang mengorder teh panas dari provinista dan dihidangkan dalam gelas kaca gitu! Yalah selalunya dalam paper cup je. Dalam tempoh 1 jam perjalanan lampu mula ditutup dan kami pun melayar bahtera merdeka kami, berehat untuk memulakan hari baru kami di tempat baru esok...

Kazan Station yang cantik


Tren yang mencemaskan. Rupa-rupanya kami perlu pergi di terminal seberang sebab pintu belah sana


Dalam tren kelas a.k.a Plazkart


Mera tengah bengang jiran atas dia takmoh naik-naik lagi. Yalah macamana nak bukak seat jadi katil kalau minah ni tak moh naik?


Super Girl di belakang (panjat jangan tak panjat)


Semua timbunkan kat meja


Sesi bergambar


Dewi kelihatan agak tersiksa. Terpaksa lipat kaki


Muka-muka orang atas yang redho


Ambik feel sebelum pi toilet


Mera cepat sket pi toilet tu


Aummm Cakkk


Akhirnya Mera berkatil