Somewhere in Mongolia... Malam tu walaupun keretapi kami bergoyang Inul, tapi kami tetap menghayati waktu tidur kami. Sebenarnya kami menjangkakan kami akan tiba di Sukhbaatar iaitu sempadan Mongolia-Russia untuk pengecopan passport, tapi kami hairan gak kenapa kami berasa keretapi berhenti dengan agak lama kat satu station ni tapi layan mata punya pasal kami ignore je... Kalau ikutkan jadual, kami patut tiba di checkpoint Imigresen pada jam 0436hrs tapi seperti sepi je... Kebosanan, maka kami mengambil keputusan untuk turun dari keretapi untuk explore station ni. Penumpang-penumpang lain juga dah turun untuk mencari sarapan di kedai-kedai yang ada disekitar station. Bila je kami turun dari keretapi, tokojut nau kami! Yang tinggal cumalah seketul koc yang kami duduki! Kepala keretapi dengan badan-badan yang lain entah hilang ke mana dah! Adakah kami sengaja dibiarkan terdampar di bumi asing terkapai-kapai sendirian mencari jalan pulang? Haaa dramalah sikit kannn...
Rupa-rupanya kepala keretapi dan badan-badan yang lain telah dibawa pergi ke destinasi lain kerana mungkin dari gerabak kami je yang akan memasuki Russia dan kami perlu menunggu kepala keretapi lain untuk membawa kami merentasi sempadan
Aku dan Dewi turun dan tempat tujuan pertama kami adalah tandas awam. Lomah den, sebab nak masuk toilet kena bayar. Kami boleh membayar dalam Rubel ataupun MNT, so aku abiskan sisa-sisa MNT masuk ke toilet. Selepas selesai urusan, kami mula berjalan-jalan di sekitar station. Di tepi pintu masuk station, kelihatan seekor anak anjing yang menggigil kesejukan memandang kami dengan muka kesedihan. Rupa-rupanya kaki dia cedera dan juga kelaparan. Aku tau Dewi memang tak boleh tengok situasi macam ni, sebab dia ni 1 tahap lagi dah boleh jadi aktivis haiwan. Bergegas Dewi ajak aku naik semula ke koc untuk mengambil sosej yang dibeli masa di Beijing dan jugak apa-apa kain yang boleh dijadikan lapik/selimut untuk anak anjing tersebut. Akhirnya, aku ambil salah satu shawl aku dan bawak turun ke tempat anak anjing tadi. Dewi membuka sarung sosej dan mematah-matahkan sosej tersebut dan diletakkan di depan anjing tu. Rakus anak anjing tu makan sosej dengan mata sayu dia dan Dewi lipat dan letakkan shawl tu kat tepi tangga untuk menjadi lapik anak anjing tersebut sambil bercakap lepas makan baring kat sini tau... Kami meninggalkan anak anjing tu yang masih lagi makan sebab rasa sedih pulak tengok keadaan dia dan dari jauh kami meninjau anak anjing tu dan kelihatan dia telahpun duduk kat tempat Dewi letak alas shawl tu. Semoga Allah menyembuhkan kaki anak anjing tersebut supaya dia boleh berjalan dan mencari makanan bila tiba musim salji yang bakal menjelang tiba...
Pemandangan pagi kami yang bangun sambil terpinga-pinga
Jam 0830hrs lebih kurang la, pegawai Imigresen dan Kastam Mongolia naik ke gerabak dan mula menjalankan tugasan. Passport kami mula diambil. Borang kastam juga kedua-duanya diambil dan mereka membawa pergi bersama-sama passport kami. Lebih kurang 0949hrs passport kami dipulangkan semula dan kami tidak dibenarkan untuk turun kerana keretapi bakal bergerak pada jam 1008hrs seperti yang tercatat dalam jadual di dinding gerabak.
Cop Mongolia di mukasurat terakhir
Perjalanan kami diteruskan sehingga ke sempadan Mongolia-Russia. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan indah padang ragut, bukit bukau dan sungai-sungai. Sesampainya di sempadan, keretapi kami berhenti sebentar untuk berurusan dengan border control dan kami takde idea apa yang diorang sembangkan tu. Tak lama lepas tu keretapi kami mula bergerak menyambung perjalanan ke Naushki. Seperti biasa, toilet akan ditutup dalam 30 minit sebelum sampai ke station. Makcik Martha juga telah memberikan kami borang Kastam dan Imigresen yang perlu kami isi sebelum sampai di Naushki.
Nasib baik ada translate English... Kalau tak, berhuhu la kami berlima
Tiba di Naushki Pegawai Imigresen dan Kastam pun naik melakukan tugasan. Siap ada tentera sekali escort mereka naik ke gerabak. Ok kami confuse tapi terpana. Bukannya apa, pegawai-pegawai Russia ni sememangnya jelita dan kacak belaka! Mata biru, hidung terletak, siap buat manicure la pegawai wanita dia. Kami seperti sedang melihat supermodel di dalam pakaian seragam yang beragam-ragam (yalah, kastam la, askar la, imigresen la). Ok kita stop dulu kekaguman kita. Salah seorang pegawai bertanya samada kami boleh berbahasa Inggeris and opcozzz kami semua menjawab hahaha. Segala-galanya berlaku begitu pantas: passport kami diperiksa, tiba-tiba muncul pegawai lain dari entah mana mengambil gambar kami satu persatu dari depan pintu, pastu muncul pulak pegawai lain membawa teropong sambil membelek passport kami dan diteropongnya passport kami satu persatu. Abis ditelek setiap mukasurat passport kami sampai ke hujung. Tak habis sampai situ, ada sorang lagi pegawai yang memegang sejenis mesin yang macam untuk swipe credit card lalu passport kami di swipe dan akhirnya setelah berpuas hati barulah passport dan borang kastam kami di cop oleh pegawai yang lain. Borang kastam B kami perlu simpan dan akan dikutip balik di waktu kami meninggalkan Russia nanti: tak kiralah samada di Airport ataupun border Russia nanti. Selepas itu, pegawai Kastam pula datang untuk memeriksa barangan dan beg kami. Untuk memudahkan proses, kami diminta untuk keluar dari bilik kami ketika mereka menjalankan tugasan. Katil bawah perlu dinaikkan untuk mereka periksa (sebab bawah katil ada compartment menyimpan barang) untuk memastikan kami tidak menyeludup ke, membawa apa-apa benda terlarang. Untuk beg pula, kita perlu membuka beg kita sendiri untuk diperiksa dan setelah berpuas hati kami dibenarkan masuk ke kabin kami semula. Alhamdulillah, prosesnya pantas dan tak banyak kerenah seperti di Erlian, dan juga tidak seperti yang digambarkan melalui pembacaan kami. Mungkin nasib kami baik untuk kali ini kot. Kami masih perlu duduk dalam kabin kami sehingga semua pegawai turun dari gerabak. Barulah kami bebas untuk keluar.
Checkpoint Mongolia-Russia
Setelah semua pegawai turun, Makcik Martha datang memberitahu kami yang keretapi akan stay di station itu selama 2 jam, so kami boleh turun kalau kami suka. Yeayyy dapat jugaklah kami meregangkan otot kejap dan pergi toilet memandangkan toilet keretapi masih lagi dikunci. Bila kami keluar je, sekali lagi hanya 1 gerabak kami di tengah-tengah rel keretapi yang tinggal. Tak salah aku, memang dari Sukhbaatar kami cuma bergerak dalam 1 gerabak sahaja. Tanpa membuang masa, aku menuju ke public toilet. Kami perlu membayar 5 Rubel untuk masuk toilet. Selepas membayar, kami diberi tisu (rasanya tisu recycle sebab berwarna cokelat dan keras) dan dibenarkan masuk toilet. Ok, memang agak mencabar toiletnya, sebab semuanya toilet lama a.k.a cangkung dan seperti biasa tiada paip! Aku terlupa pulak bawak botol, so kenalah guna apa saja sumber yang ada hahaha. Satu lagi, pump toilet pun sangatlah antik, di mana kita perlu mengepam tandas menggunakan pemijak kaki! Toilet pulak errr... memang macam rupa toilet Russia yang kita tengok dalam filem omputeh tu, yang ala-ala dark lagi jijik-jijik sikit... Ok malas aku nak terangkan, kita lupakan kisah nan silam tu.
Gerabak kami nan satu
Dari belakang
Rombongan Cik Kiah ke toilet antik
Nasib baik tak kena geget
Anjing kecik yang kami maksudkan. Akhirnya dapat makan ramen pemberian couple Mongolia
Lebih kurang 1500hrs keretapi kami bergerak dan ketika ini gerabak kami dah disambungkan dengan keretapi yang lain (kami suspect gerabak kami disambung dengan kepala keretapi dari Vladivostok) dan gerabak kami sudah bertukar nombor kerana disambungkan dengan gerabak yang lain. Kami meneruskan kelangsungan hidup kami di dalam keretapi dan juga... kami menyambung tidur kami yang terganggu pagi tadi hehehe. Jaga je menghadap tingkap melihat keindahan alam, pastu lapar, kami masak dan makan, bersembang, menyanyi pastu kami berjalan menuju ke gerabak cafe yang berada di hujung sekali. Bermacam-macam kelas yang kami lalui dan akhirnya aku, Dewi dan Ita melepak di cafe sambil mengorder Coke botol besar dan chips sambil membuang masa kami. Kami dilayan oleh Makcik Martha versi cafe yang sangat baik hati dan suka berbual (walaupun tak paham apa yang dibualkan masing-masing hahaha) sambil kami bergambar bersama dia. Gambar tu ada dalam phone Ita dan aku pun tak perasan samada aku ada tak copy gambar tu sebab takde dalam simpanan aku... Sehinggalah kira-kira 2136hrs keretapi kami tiba di Ulan Ude dan berhenti selama 45 minit. Kami dibenarkan turun oleh Makcik Martha tapi tak lama pun aku merayap sebab udara malam tersangat sejuk. Ramai manusia di station juga membuatkan aku sedikit rengsa dan akhirnya aku naik ke gerabak semula. Perjalanan kami diteruskan dan kami dijangka akan sampai di Irkutsk pada jam 0720hrs keesokan harinya.
Enjoy gambar-gambar kami semasa di station antara Mongolia ke Ulan Ude sebelum kami sampai ke Irkutsk...
Pemandangan menghala ke Naushki
Semangat kami nak mengecop passport
Naushki Station
Antara anjing yang dapat dilihat
My masterpiece katanya... Tapi sedih takde orang yang sudi nak ambik gambar aku macam ni
End up selfie je yang mampu... Sedih
Mural dalam station
Sementara nak ke toilet sempat....
Kami meredah berbiji-biji gerabak untuk ke cafe
Ulan Ude
Pakcik mau pigi mana???
Kedai makan yang available kat station
Tahniah. Kalian berani mencari pengalaman di negara asing.
ReplyDelete