Saturday 17 October 2015

The End: Babai Santorini, Hello again Istanbul then babai and see you when I see you!!!



15 Oct 2015


     Kami bangun seperti biasa dan menikmati pemandangan terakhir di Santorini. Sayang rasanya nak meninggalkan tempat ni, tapi apakan daya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri kan... last2 cari jugak hutan batu expecially bila kita dah start mimpi2 nak makan nasik lemak la, sambal telur la, masak lemak cili api la... hahaha!!!! Kami cuba untuk menghabiskan saki baki makanan yg. ada sebelum check out.

    Lebih kurang jam 11am, kami pun melangkah keluar dari Fira Backpackers Hostel. Babai n sayonara!!! Berat hati nak bertolak tapi utk kembali tu mungkin 20% je... sebabnya, bukan pasal tempat ni x best, tapi baik aku merancang pegi tempat lain pulak bagi merealisasikan impian at least 30 negara dlm kehidupan aku di dunia ini....

     Kami mendapat bas utk ke airport agak cepat jugaklah... Sambil2 tu aku sempat snap gambar masa dalam bas, buat kenangan mengusik jiwa.... Sesampainya di airport, kami perlu menunggu dulu sebab kaunter cuma akan dibuka lebih kurang 45 minit sebelum take off...

    Kami cuba mencari makanan yg. kami boleh makan di sini, tapi tersangatlah mahal!!! Bayangkan fries bodo tu dlm Euro 5... Mmg x laaa nak beli.... Kami mengambil keputusan utk melepak di bahagian rooftop airport melihat view airport... Naik kami di atas, waaa mmg aku rasa mcm kat negara ala2 Mexico... Mmg org Greek ni suka kaler putih & biru, Kerusi dicat kaler biru... Kami melepak sehingga announcement utk check in dipanggil.

     Untuk flight ke Athens, kami dihidangkan croissant dan biskut utk lapik perut. Sampai je kat airport dlm 45minit tu, kami terus mencari kedai makan sbb kelaparan sangat. Tapi apa yg. kita boleh expect from Athens Airport, makanya kami pegi ke Mcd utk makan Fillet o Fish... itu jelah makanan yg. kami boleh pikirkan di negara org kan... Lagipun aku dah lama meninggalkan Mcd, tapi yg. ni kiranya mcm darurat jugaklah so aku makan jugaklah kat Mcd... Hehehe sori encik suami saya lupa janji sekejap... Kami transit lebih kurang dlm 3 jam jugak x silap, so kami merayap2 sekitar airport sambil mencari surau...

    Kami akhirnya nampak signage 'Prayer Room' di airport, wow kagumnya kami sbb Athens menyediakan surau utk Muslim, kami mula mengikut signage tersebut dan akhirnya membawa kami ke 1 bilik.... Oooo rupa2nya 'Prayer Room' yg. dimaksudkan tu adalah gabungan utk multi religion: maknanya kat situlah surau, situlah chappel, tempat sembahyang Yahudi, Buddha, Hindu etc2.... Nampaknya xdapatlah kami nak solat di sini sebab tiada pengasingan lelaki & perempuan tambahan pula ada beberapa lelaki sedang bersembahyang mengikut agama masing2...

    Flight seterusnya dari Athens ke Istanbul adalah dalam jam 6 lebih petang, dan kami sudahpun bersiap sedia utk menaiki flight kami...

Di dalam flight, kami dihidangkan lunch set Kosher, seperti yg kami pre order. Disebabkan kami je yg. order Kosher meal yg. nampaknya lebih special & banyak kuantiti makanannya berbeza dari standard meal passanger yg. lain, makanya makanan kami menjadi tumpuan ramai!!!! Siap org menjenguk2 kotak kami sambil tanya2kan kepada pramugari mengenai kelainan makanan kami di dalam kotak tu... Yelah kami siap dapat pasta, biskut, juice, 1 bekas pastu telur ikan ala2 kaviar utk cicah dgn biskut n apple puree.... hahaha makanan lengkap sungguh!!! Noted, pasni kita order special meal ye Dewi?

     Kami touched down di Atartuk Airport lebih kurang jam 8pm. Ambik beg, kami terus pegi ke stesen Metro utk mengambil tren utk ke hotel kami... Kami perlu salin 2 tren sbb berlainan line. Kami sampai di hotel lebih kurang jam 9.30pm.

     Sampainya kami di Green Park Hotel Merter yg. di rate kan sbg hotel 5 bintang tu, kami ingatkan dah boleh berehat dgn aman damainya, tapi ada lagi drama swasta yg. lain berlaku.... huhuhu... Namun kali ini bukan pasal bilik hotel kami ada problem, tapi ni problem org lain la pulak! Kami datang mmg wrong time sebab sedang berlaku pergaduhan antara customer lelaki yg. x salah aku dari France dgn pekerja hotel, mungkin disebabkan oleh salah faham mengenai bilik customer ni. Diorg siap nak bertumbuk tau!!! Mencarut2 kuat2 huhuhu takutnya aku, n aku even nak jatuh tergolek sbb masa diorg nak bertumbuk tu aku ada kat blkg mat saleh tu. Time tolak menolak tu terlanggar aku jugak.... wuiihhh drama swasta sungguh!!!

     Kami terpaksa menunggu pergaduhan dileraikan oleh salah seorang customer yg asalnya org Turki jugak, dalam nak dekat sejam jugaklah kami tercongok kat lobi tu, akhirnyaaaa tepat jam 10.30pm kami dapat masuk bilik kami utk berehat!!!! Biliknya cantik dan bak kata Dewi 'ni barulah hotel!!!!'.... Hahaha hotel ganti dari Air Asia Go, walaupun byk drama tapi akhirnya berakhir dgn kegumbiraan jugaklah! Di hotel ini juga kami dapat complementary breakfast so kami x risaulah mana nak cari makan utk esok pagi. Rating utk breakfast dia? Oklah.... hakak bagi 3 bintang!!!!


16 Oct 2015 

     Kami check out dalam jam 11.30am dan terus menuju ke airport. Kat situ kami lepak makan sekali lagi di Popeye, sbb kat Malaysia da xde kan? Kat aiport tu jugaklah aku beli baklava yg. aku dah janji dgn mak n mak mentua aku... Sbnrnya boleh je beli awal tapi nak mengangkut 1 hal, tp aku bli yg fresh ye... Bukan di Emporium ke Duty Free Shop ke ye, tapi di 1 mini mart yg berada di tingkat bawah (mcm subway) kat airport tu. Subway utk ke stesen Metro tu... Kat situ ada dijual roti & baklava fresh dimasak setiap hari, n time aku beli tu baklava tu masih lagi rasa suam2.... aku bli 2 kilo: pecahkan kepada 4 kotak & kosnya kira2 dlm TL 149. Kira oklah harga tu sbb aku campur baklava tu beberapa jenis: campuran harga antara TL 40 - TL 70 per kg. So aku sangat2 recommend kedai ni utk org2 yg. x sempat nak membeli baklava di bandar Istanbul disebabkan faktor pergerakan n luggage etc2... 

     Akhirnya kami menaiki pesawat kami transit ke Dubai pada jam 4lebih petang.... Kami transit selama 6 jam lagi di Dubai Airport. Dgn menggunakan meal voucher kami, kami akhirnya berjumpa dgn buffet restaurant rupa2nya di tingkat M airport tersebut.... Cisss kat sini boleh mkn byk sikit, kami rugi kot masa 1st transit kami 2 minggu lepas dpt mkn roti ngan kopi je... Cisss skali lagi!

17 Oct 2015

     Lebih kurang jam 1.30 petang.... Malaysia oh tanahairkuuuu!!!!! Maka tamatlah sesi kembara kami utk tahun ini... 


    InsyaAllah utk tahun 2016 kami berdua akan mengembara lagi, kali ini ditempat yg. biasa org malaysia kunjungi namun kami akan cuba dgn cara yg sedikit luar biasa... Dah ada beberapa org mencuba, tapi mungkin dgn itinerari yg. sedikirt berbeza.... Utk entri yg. seterusnya sementara menunggu siri jelajah Farrah & Dewi musim ke-2 (huhuhu kononnya) aku akan recap mengenai trip aku sebelum ini: iaitu umrah, trip Euro 7 negara, Bali Tour, jelajah susur galur org Minang, projek USS dan entri 'GoLocal'....


Terima kasih semua atas sokongan...





Dari dalam bas.... Babai Santorini!!!!



Santorini Airport yg. lengang 



Hening je...



Tempat lepak di rooftop



Lagi gambar tempat lepak rooftop



Selfie jap...



Kena selfie dgn spek jugak...



Landasan kecik je...



So long... Farewell...



Meal box kami yg. menjadi bualan ramai...



Siap ada certificate lagi Kosher meal nih



Our pasta



Bilik kami di Green Hotel Merter Istanbul






Hotel breakfast



Berdoa agar diberi kesempatan utk mengembara lagi dan berada di airport yg. lain pulak...



Malaysia!!!!!

Wednesday 14 October 2015

Santorini Biru Putih: Kami Datang, Terjah & Redah-Fira Cable Car & Sunset at Oia




14 Oct 2015

     Seperti biasa, aku mengunci jam utk Subuh pada jam 5am. Tapi masih lagi mengantuk, kami sambungla tido sekejap slps solat... hahaha syaitonnn sgt kan? Namun x lama pun kami tido sbb loceng sekolah asyik berdering aje... Cuci muka dan gosok gigi dulu, kemudian kami bersidai di balkoni kami sambil breakfast. Sangat seronok & nyaman di sini, dgn cuaca ala2 mediteranean namun masih sejuk. Selepas breakfast, kami memgambil turn utk mandi dan bersiap2 utk explore Fira dgn lebih serius lagi, disamping aku ingin mencari souvenir utk kawan2, incik suami n of course utk diri sendiri. Kami mengambil keputusan utk berjalan di bahagian simpang kanan jalan dari hotel kami. Kami memasuki perkampungan yg kelihatan sangat indah pada pandangan mata aku. Perjalanan yg berbukit bukau mmg memengahkan kami, namun kami teruskan perjalanan kami. Dlm hampir 1km berjalan kami menjumpai sebuah muzium tempatan: Folks Museum. Terdapat byk patung manusia berupa petani & sebagainya. Kami agak berminat utk memasuki muzium tersebut, namun kami perlu membayar dlm x salah aku €5 per entry. Maka x jadilah kami nak masuk, cuma mengambil gambar dari luar aje...

     Kami meneruskan perjalanan dlm keadaan matahari semakin  meninggi & menyebabkan kami mulai kepanasan. Namun misi pencarian kedai souvenir murah masih tetap diteruskan. Keliling kami cumalah deretan rumah dan juga hotel. Oh ya lupa nak bagitau, hotel di sini sgtlah banyak, dan masing2 menyediakan harga yg sgt reasonable. Yelah, kerana Greece ini merupakan negara muflis, makanya aktiviti pelancongan ini dijadikan sbg punca pendapat negara dan sekaligus rakyatnya. Fyi, kerana krisis kewangan & hutang yg banyak, makanya kebanyakan bank mengawal had pengeluaran wang mereka kerana sememangnya negara mereka sudah tiada duit. Dan rakyat mereka amat2 memerlukan hard cash utk daily survival mereka, dan sebab itu amat jarang transaction menggunakan credit card kerana mereka prefer cash. Sbb itulah boleh dikatakan mereka sangat menjaga pelancong yg dtg sini. Alhamdulillah mereka2 yg kami jumpa ni mmg baik2 belaka. So far kami xjumpa yg racist lagi la...

     Kami berjalan2 dan kemudian aku tertarik utk masuk ke sebuah kedai souvenir kecik di kawasan kampung itu. Yg paling menarik perhatian aku adalah harga fridge magnetnya termurah di antara kebanyakan kedai yg aku pernah singgah. Kalau yg paling murah sblm ni aku jumpa adalah €1.50 utk gambar biasa2 je pastu fridge magnetnya mcm laminate gambar je, n kalau nak yg berukir seramik sket dlm €2 sebijik, tapi di sini aku dapat seramik fridge magnet berukir signature Santorini building dgn harga €1 sahaja!!! Wowww! Penjimatan yg byk!!! Aku juga membeli t-shirt utk encik suami yg aku amik dr dlm bakul clearance stock: 1 t-shirt dgn tulisan & bendera greece & 1 lg t shirt kelakar2 imitate HRC tapi dia letak 'Hard Rock Santorini Volcano'... alaaa semua org tau pun mana ada HRC kat Santorini Island pun tapi mmg best la utk dijadikan kenangan. Harga t shirt tersebut adalah hanya €5 sehelai... dan di kedai situ jugaklah aku blikan t shirt utk 2 org anak buah aku... dan juga sebuah tote bag utk aku sumbatkan segala turkish delight yg aku dah beli sblm ni. Beg nya besar dan harganya cuma €10. Mohon jgn convert ye sbb aku just membayangkan aku membayar dlm keadaan menjadi org local... Tuan kedai yg aku lupa namanya tu teramatlah peramah dan tidak sombong langsung. Rupa2nya dia dan suaminya ada 2 buah kedai: yg 1 laginya ada di atas bukit Fira yg penuh dgn kedai2 designer. Dari kakak ini jugaklah kami tau 'lorong rahsia' utk kami ke bukit atas sbb kami plan nak naik cable car di situ. Menurut kakak, cuma mengambil masa 10 minit utk sampai ke atas berbanding dgn kami patah balik ke main road dan kemudian mendaki lg utk naik ke atas... hohoho mau makan masa nak dekat sejam tu!!!

     Kami melalui lorong yg dimaksudkan n rupa2nya jln pintas tersebut membawa kami melalui lorong2 blkg rumah org, melalui tembok2 pemisah antara rumah, mmg mcm lorong tikus lah kesimpulannya! Pancit sungguh aku dgn jln kecil yg begitu byk junction, nasib baik Dewi ada jugak, kalau aku sorg je mmg dah sesat larat nih! Sbb sense of direction aku mmglah tersangat fail!!!

      Kami tiba di main road atas bukit dlm 20 min jugak, itupun sbb aku byk stop2 mengambil nafas... naik bukit beb... kami tiba bersama2 sekumpulan makcik2 yg juga mengambil jln pintas ni... sian diorg pun pancit mcm aku... maknanya tersasar 10min dr apa yg dicakapkan oleh kakak tu... patutlah diorg semua fit belaka...

     Kami terus menuju ke bangunan yg. menempatkan cable car yg bakal membawa kami turun ke bawah iaitu di pesisiran pantai Fira (fyi: pekan Fira terletak di atas bukit so kalau nak ke pantai kita kena turun ke bawah). Kami ke kaunter utk membeli tiket dan harganya adalah €4 per pax. Dia cuma menjual tiket sehala sbb ada possibility org akan naik balik ke pekan Fira dgn menaiki kaldai ataupun menaiki cruise. So utk tiket naik kami perlu membelinya di kaunter bawah.

     Queue x berapa nak panjang la masa kami nak turun kerana hari masih pagi, so kami cuma perlu menunggu utk menaiki cable car dlm x sampai 10min pun. Bentuk mukabumi sepanjang pemandangan kami menuruni bukit dgn cable car? Sangat menakjubkan! Walaupun penurunannya agak cerun menjunam tapi Alhamdulillah aku bukanlah org yg mempunyai fobia tempat tinggi ataupun gayat. Penurunan yg mengambil masa lebih kurang 10min akhirnya kami sampai!!!

      Kami berjalan di sekitar kawasan jeti tersebut. Kecil saja kawasan pelancongan kat bwh tu, kedai mmg agak byk, siap ada duty free shop kat bawah tu... kedai2 byk terdapat di situ terutama restoran di tepian kawasan jeti. Kami melepak menikmati pemandangan sehingga dah masuk waktu lunch. Kami mengambil keputusan utk lunch di salah sebuah restoran tepi jeti tersebut. Kami mengambil seafood pasta & minum coke utk memotong rasa muak sbb diorg kan x makan pedas. Org Melayu ni kan pantang x pedas maka xbest la rasa makanannya... Total lunch kami adalah €20++ kalau x silap.

     Selesai lunch, kami mengambil keputusan utk naik menggunakan cable car instead of kaldai. Sebabnya: kitorg kesian dgn kaldai tu kena bwk kami yg berat ni menaiki bukit... xsampai ati rasanya... seriously... Namun inilah peak hours di mana semua org sibuk nak naik lunch kat atas... beratur punyalah panjang... Di time inilah aku terjumpa 2 mamat security yg rupa bentuknya mcm pelakon 300 tuuuu!!! Wow hot!!! Hahaha just cuci2 mata biasa je, xde niat lain ponnn okehhhh... Tapi aku sempat jugaklah snap gambar diorg ni dlm 3 keping (err lebih kot hohoho) & diorg ni mcm tau2 je aku tgh tangkap gambo diorg, siap buat gaya2 berdiri macho lg sambil isap vape... ok boleh nikmati gambar mereka di bawah ye...

     Akhirnya setelah beratur selama lebih kurang setengah jam jugaklah, kami dpt menaiki cable car kami... Kami pulang ke bilik utk solat & berehat2 sementara menunggu jam 6pm utk kami menaiki bas ke Oia utk sunset kami...

   Jam 5 lebih kami sudah sampai di bus stand Fira utk mengambil bas. Kelihatan ramai org menunggu bas utk ke Oia.... Bila bas sampai je, maka ramailah org yg berebut2 nak cop tempat & bila semua org pun mcm tu, kami pun apalagi... Berebutlah jugakkkk... Akhirnya kami berjaya jugak mendapatkan seat. Perjalanan kami ke Oia memakan masa dlm 20 minit, dgn tambang sebanyak €1.60 sehala utk seorang... Perjalanan juga menaiki bukit, namun kali ini jalan  rayanya berada di pinggir bukit yg xde pengadang pun... wohoho dahle jalan rayanya sempit, bila bertembung dgn bas lain ya Allah ngeri jugak rasanyaaa!!! Namun pemandu di sini memang cekap, so seriau pun manja2 ajelah ye... hehehe

   Kami sampai di pekan Oia dlm jam 6.20 ptg, kami mula meronda2 pekan yg comel ini. Sama seperti Fira, bangunan biru putih menghiasi pandangan mata kami sepanjang perjalanan kami mencari sunset point yg sesuai. Kelihatan byk restoran di teres bukit yg. menyediakan set dinner menghadap sunset, dgn range harga yg. berbeza, namun kami tidak berminat utk dinner di situ... sbb tujuan utama kami adalah utk concentrate melihat matahari terbenam. Yelah sunrise dah dapat masa kami menaiki belon di Cappadocia, sunset sememangnya kami dah aim awal2 lagi di Oia.

   Penat memanjat bukit, akhirnya kami menjumpai point yg sesuai utk melihat sunset. Tempat terbuka yg. berhadapan dgn laut dan pulau. Kami terus cop tempat duduk kami di tepi tembok sementara org x ramai lagi menuju ke sini... Semakin hampir kami kepada sunset, semakin ramai yg dah berkumpul kat sini, sampaikan ada couple Korea kot siap berdiri sebelah kitorg just in case kitorg berganjak ke sikit, mmg secara rasminya diorg akan hijack tempat kami yg. amat strategik nih...

    Aku pun mula berselfie pegang matahari la apa la... cliche sgt kan gambar2 mcm tu tapi mmg ramai la yg. ikut... Aku pun lupa apa gaya gambar yg aku amik masa tu n bila org nampak org start ikut... hahaha...

    Di lautan, kelihatan bot2 yg. membawa pelancong yg. memilih utk melihat sunset dlm cruise & aku dpt captured gambar2 bot sedang melintasi pulau dgn berlatarkan matahari terbenam... Subhanallah mmg cantik pemandangan ketika itu... Antara perkara yg boleh membuatkan aku nak menitik airmata adalah bila aku melihat pemandangan yg cantik. Aku adalah peminat sunrise & sunset, sbb tu kalau aku pegi memana sekalipun kalau hotel berdepan dgn laut ke tempat terbuka ke, aku akan tercongok kat balkoni ataupun tepi tingkap semata2 nak tgk sunrise ataupun sunset.

    Sementara menunggu matahari terbenam kami dihiburkan oleh keletah comel seekor anjing... Boleh pulak dia buat show menggeletis manja kat tgh2 tu... Mmg manja sungguh anjing tu & mcm biasa, gambar anjing tu pun aku amik jugak sbb dia kelihatan soooo cute bila menggeletis... hahaha

     Akhirnya upacara kemuncak pun dah tiba... matahari mula terbenam sedikit demi sedikit di sudut lautan. Alhamdulillah aku dpt merakamkan phase by phase matahari itu terbenam sedikit demi sedikit... dan akhirnya hilang di sudut lautan diikuti oleh tepukan gemuruh para penunggu setia sunset ini.... Alhamdulillah dpt experience menyaksikan keindahan sunset di tempat yg indah mmg merupakan pengalaman yg manis utk aku... setiap sunrise & sunset moment adalah berbeza di setiap tempat, walaupun mataharinya sama, tapi feel dia adalah berbeza...

    Selesai melihat sunset, kami mengambil keputusan utk terus pulang ke Fira, tapau apa2 yg patut sbb Dewi ada perasan ada 1 vegetarian kiosk kat pekan Fira. Kami berjaya mendapatkan 1st bus utk ke Fira (after sunset bas kembali beroperasi jam 7.30pm x salah)... Tapi nak balik ni pun punyalah ramai org & kali ini kami terpaksa berdiri dlm bas kerana terlalu ramai. Nasib x baik aku berdiri di sebelah minah salleh busuk (walaupun dia duduk, tapi aku yg berdiri ni pun boleh terhidu kebusukan dia ni)... Weiii x kisahlah walaupun kau ni backpackers, tp jagalah jugak kebersihan diri tu... nnt pasal kau sorg yg busuk terus org judge semua backpackers ni x menjaga kebersihan diri... Dlm keadaan berdiri & menahan bau busuk kami dpt melihat secara jelas walaupun dgn saki baki cahaya matahari yg tinggal betapa cerunnya bukit di Oia. Kami sekali lagi melalui jalan raya sempit di tebing bukit & pemandangan begini sememangnya tidak sesuai utk encik suami aku... sbb dia ada simptom gayat... hahaha sori encik suami....

     Kami sampai di Fira ketika sudah gelap & kami terus menuju ke vegetarian kiosk utk menapau dinner kami... Ohhh selain drp vege, ada jugak ikan... so Dewi order la vegetarian pita dan aku pulak order fish & chips. Kami perlu melakukan order di sebuah kaunter. Kaunter itu berada di tengah2, kanan adalah kiosk vege manakala sebelah kirinya pulak adalah kiosk gyro kebab: versi pork. Rupa2nya tuan kedai adalah sama tapi 2 kitchen yg berbeza dan terpisah. Dan kami rasa penjual vege & ikan ni adalah org belah2 Turki kot... Harga makanan? Agak reasonable... x salah aku fish & chip aku berharga dlm €7 macam tu la...

     Selesai menapau, kami pergi menapau kopi pulak di Island Cafe... dan akhirnya kembali ke bilik, mandi, solat n makan dinner di balkoni kami utk mlm yg penghabisan... Kami mula mengemas barang2 kami kerana kami perlu check out pada jam 11 pagi dan flight kami pula adalah pada jam 1 lebih petang...



Cable car ride: €4 one way/pax
Lunch: €10/pax
Bus Fira- Oia, Oia-Fira: €1.60 one way/pax
Dinner+ coffee: +/- €10

Malasnya nak bangun!!!



Breakfast at Tiffany's 

Lorong tikus yg. aku maksudkan



Aku dan lorong tikus



Setelah memancitkan diri selama 20 minit, akhirnyaaa!!!



Beratur2!!!



Amaran keras kerajaan Greece. 1 kereta 6 org sahaja...


Menunggu giliran dgn. penuh debaran



Hi neighbourrrrs!!!






Pemandangan biru...



Muka happy naik cable car



Abaikan muka yg. tembam iteww

Ok kami sudah sampai di bawah



Kami datang dari atassss

Cable kepada cable car

Selfie lagi...


X payah nak serius sangat Dewi! Laut je pun kat depan tu



Bot2 yg. membawa pelancong island hopping. tapi kami x berminat...



Layan tengok bot pun cukup...


Pastu selfie ngan bot...


Bot ala2 bot Jack Sparrow pun ada...


Kami tengok ajela...


Lapik meja makan kami... kreatif sungguh


Kat sinilah kami makan!!!


Our seafood pasta



Dive center lagi


Lagi pemandangan di jeti


Macam gua je...



Souvenir shop... harga? Ok la... tapi kat kakak yg. aku beli tu lagi murah


Picture of the day!!!! Walaaa!!! Hot Spartans!!!


Model menuju ke destinasi sambil mencari checkpoint sunset yg. sesuai


Sempat tu beli Gelato... Teringin beb!!!



Dah jumpa penanda jalan


Dewi jgn. laju sangat!!!


Dewi laju vol. 2


Dewi laju vol. 3


Sbb Dewi laju sgt, makanya aku selfie jap kat lorong tikus


Sampai di salah satu sunset point




Selfie lagi...


Dengan model...



Secara solo kembali



Antara barangan jualan kat sini


Rumah lereng bukit di Oia... lebih kurang pemandangan di Fira


Pulau di depan sunset point kami



Sayuuuppp mata memandang


Lagi kedai2 souvenir


Ni cuma sekelumit kecil je pengunjung pada hari ini



Dewi mula mencari tempat



Cantiknyaaa



Cantiknyaaa


Cantiknya Oia!!!!


Lagi pemndangan rumah Oia

Sangat curam. Kalau tergolek...


Ni belah kanan pulak



Pekan atas bukit





Ni la anjing menggeletis yg. aku maksudkan...


Matahari dah mula menghala ke barat... mengambil tempat utk tenggelam..


Sebahagian penunggu sunset di check point kami

Menunggu...


Hihihi sempat lagi

With model tetap


Pose wajib 1


Pose wajib 2


I am sailing!!!!


Dia mau start sudah...

Sempat lagi...

Sudah mula kemerahan...


Nikmati gambar phase by phase-phase 1



Phase 2



Phase 3


Phase 4

Phase 5

Phase 6


Akhirnyaaa!!! Diakhiri dgn tepukan guruh semua pengunjung di situ



Oia waktu Maghrib


Enjoy the view after sunset

Marvellous!!!










Baliklah apalagi!!!!



Dewi laju kembali







Rasanya mamat nilah yg. kitorg beli jagung dia kat Perissa smlm ...



Fira for dinner



Otw ke vege kiosk



Tadaaa... sinilah tempatnya!!!







Sila order



Luar kiosk



Pita bread Dewi



Cara pembuatan


Singgah sat beli kopi



Tadaa... Fish n chip aku...