Monday, 12 October 2015

Recce Project Kami: Istanbul, Kami Datang Lagi!-Part 2




11 - 12 Oct 2015


     Hujan membasahi bumi Istanbul sejak malamnya menyebabkan aku & Dewi mula mengalami simptom demam & selsema. Yelah meredah hujan renyai utk 2 malam disamping perjalanan menggunakan kaki secara maksimum menyebabkan kami keletihan & kelesuan menambahkan lagi perasaan x sedap badan kami. Mujurlah ada Pamoga... eh!!! Mujurlah ada stok ubat-ubatan yg. sememangnya menjadi perkara wajib yg. aku bawak setiap kali pergi travel: waima kat dalam Malaysia sekalipun. Alang2 dah sebut pasal ubat, nah kat bawah ni aku list kan senarai ubat wajib bawak yg. aku dah siap2kan dalam compartment ubat (aku simpan yg. loose, x bawak by strip, & aku siap labelkan nama ubat & expiry date utk setiap compartment ubat tersebut):

1. Paracetamol a.k.a Panadol
2. Clarityne a.k.a ubat selsema (non drowsy)
3. Buscopan a.k.a ubat angin (just in case perut berangin sbb makan macam2 sangat kan)
4. Immodium a.k.a ubat cirit birit (ini sangat penting woo)
5. Voltaren @ Voren a.k.a pain killer (yg. ni paling jarang guna tapi just spare in case sengal sendi      melampau ke, sakit gigi ke etc2)

     Ok, kembali ke laptop! Cuaca di Istanbul pun mmg boleh tahan jugaklah darjah kesejukannya expecially time malam... aku tido dah le tepi tingkap, pakai selimut stokin sweater bagai tapi impact dia samaaaa gak: aku tido mengerekot sambil menahan kesejukan. Rupa2nya si budak Shirah ni dah bukak itu tingkaplah... siap sendal dgn besi mana ntah dia dapat dahle berat tingkap tu.... gagah sungguh budak kecik nih!!!

     Oh ya, lupa nak bagitau, akhirnya kami dihubungi oleh pihak Expedia, wakil kepada Airasiago menawarkan kami hotel ganti kepada hostel yg. dah bertukar menjadi hostel lelaki utk 15 Oct nanti.Kami meminta hotel yg. berdekatan dgn airport, dan mereka menawarkan 2 pilihan hotel kepada kami. Bukan calang2 hotel, kedua2nya 4 stars & 5 stars. Setelah mengambilkira jarak antara public transport dengan hotel dan juga jarak hotel dgn airport, makanya kami memilih hotel 5 stars iaitu The Green Park Hotel Merter, kira2 10km dari Atartuk Airport dan cuma 100mtr dari Mehmet Aqif tram station yg. cuma perlu melalui 1 stesen transit ke Zeytinburnu, untuk menaiki Metro Line 1 utk ke airport. Namun hotel 5 stars ini pun mempunyai kisah tragis jugak yg. aku ceritakan di hujung kembara kami nanti... hehehe

Seperti biasa, alarm clock aku akan mengejutkan aku jam 5am, tapi golek2 dulu baru pegi mandi... Kami mandi okehhh walaupun demam selsema!!! Pagi dalam pukul 8am, kami ber-8 bergerak menaiki trem dari Haseki pergi ke Uskudar: pelabuhan, di mana kami akan menaiki feri utk menuju ke Istanbul Asia. Plan asalnya adalah utk breakfast di Europe & lunch di Asia, tapi memandangkan hari ini adalah hari terakhir kami ber-8 (sob sob sedehhh) agak menjaga timing jugaklah sebab after Zohor diorg ber-6 dah kena berangkat ke airport utk pulang ke tanahair terchentaaa... Kami menggunakan pass utk menaiki feri: sama seperti trem harga utk 1 way adalah TL 2.15 per pax. Sejuk yg amat kami di atas feri tersebut kerana kami duduk di open air deck dahle redah hujan jugak pagi tu... Dari atas feri kami dapat melihat keindahan Blue Mosque dan juga Hagia Sophia secara penuh. Aku cuba mengambil gambar tapi agak jauh dan hasilnya tidaklah berapa memberangsangkan sebab menggunakan hand phone.

     Di seberang, kami berjalan2 di persisiran jeti sambil menikmati udara segar ketika hujan renyai sambil menyaksikan sekumpulan lelaki sibuk casting & memancing di tepi jeti. Wowww ikan2 mereka dapat agak besar saiz dia... Kami berjalan terus menuju ke cafe di tepian laut utk melepak. Cadangnya nak brunch tapi malangnya semua heavy food cuma akan bermula selepas jam 11.30am. Jam kami masa tu baru pukul 10 lebih, so kami order hot chocolate utk memanaskan badan kami yg. dah menggigil kesejukan kerana bermandi hujan.

     Che Din tidak join sesi ronda kami ke cafe ini sebab dia dah x larat nak berjalan jauh, so dia menunggu kami di kawasan jeti sahaja. Dalam jam hampir 11am, kami mula bergerak kembali mengambil feri utk pulang ke seberang kembali. Disebabkan kami sampai seberang dalam waktu lunch (feri xsampai 30minit pun perjalanan) kami berdiskusi dan bersetuju utk cuba makan tengahari di seafood restaurant di bawah jambatan. Harganya boleh tahan mahal, tapi disebabkan ini kali terakhir kami lunch bersama2 kami order je ikut sedap tekak kami... Iyolah org lain dah boleh abiskan duit TL diorg sebab nak balik, tapi aku ngan Dewi???

     Makanan dia not bad la boleh tahan, seperti biasa, nasi yg. di offer mmg seciput utk dikongsi beramai2, so kami mmg makan lauk la yg. banyak... Lupa berapa harga makanan tapi kami membaya dalam TL25 seorang la utk makanan tersebut. Tapi seriously tempatnya cantik & memang mcm fine dining restaurant walaupun kami minum mineral water sahaja... huhuhu...

     Selepas makan, AD & Che Din pulang ke apartment utk membuat final packing, tinggallah kami perempuan ber-6 berjalan kembali ke kedai Yeni utk menambah barang2 shopping utk orang2 yg. dah nak balik nih dan juga Shirah dah menjumpai 1 kedai yg. menjual Turkish Delight yg. di pek dalam kotak kecil yg. sesuai utk souvenir pada harga yg. murah... Aku pun terjebak samalah beli lagi Turkish Delight tersebut!

     Balik bilik, kami memberi peluang mereka2 yg. dah nak pulang ke Malaysia ni membersihkan diri dan pada jam 3pm, kami bersalam-salaman sambil bermaaf-maafan macam pagi raya... Adehhh, seriously perasaan aku masa tu mcm nak ikut je diorg balik Malaysia. Mereka pun pulang maka tinggallah kami berdua di apartment tersebut menghabiskan sisa sehari kami di situ dgn. mengemas beg dan bermalas-malasan. Sampaikan malam pun kami x keluar makan sbb sibuk menghabiskan tinggalan makanan diorg seperti meggi, nasi goreng, sambal hijau etc2. Kami memutuskan utk pergi ke Taksim sebelum kami berangkat ke airport.keesokan harinya.

     Pagi2 lagi kami keluar bersama2 dgn org2 yg. nak pi kerja naik trem utk ke Taksim Square. Kami turun di stesen paling hujung iaitu Kabatas utk menaiki 1 lagi tren iaitu Funicular Train (one way underground train-memang khas utk laluan Kabatas-Taksim sahaja). Perjalanan menaiki Funicular train ini hanya mengambil masa selama kira2 2.5min utk sampai ke Taksim dan harga tiketnya: masih sama: standard TL 2.15 one way/pax.

     Sesampainya di Taksim station, kami menapak menaiki tangga yg agak curam utk ke atas (sebab underground station kan) dan kami disajikan dgn. tugu peringatan di tengah2 roundabout Taksim Square ini. Kami berjalan kaki bersiar2 di kawasan bandar baru tersebut. Suasana kelihatan sama pada pandangan kami dengan area Sultanahmet, cuma kat sini ada shopping complex. N inilah shopping complex yg. pertama aku jumpa kat Turki ni... hehehe nampak kan aku mmg x cari langsung shopping complex kat sini...

     Sedang kami berjalan, kami melihat objek merah menuju ke arah jalan kami... Ohhh rupa2nya traditional tram yg. menjadi daya tarikan pengunjung Taksim. Kami pun ingin mencuba la naik tram ni, namun masalah kami adalah kami x tau mana station dia... Makanya kami terus berjalan mencari station yg. xde tanda itu. Akhirnya kami berhenti di tempat ramai org berkumpul: yg. kami assume sbg tram station. Tunggu punya tunggu punya tunggu, xsampai2 encik tram ini... lalu kami mengambil keputusan nak balik ke apartment kami kerana malamnya kami perlu fly ke destinasi seterusnya. Frust jugaklah kami sbb xdapat nak naik traditional tram ni. Namun dalam perjalanan ke funicular station tiba2 lalu tram merah ini & berhenti berhampiran dgn kami. Apalagi, kami pun melompat masuklah dlm tram tersebut. Juga boleh menggunakan pass, kita tap je kat mesin yg. disediakan, juga pada harga TL2.15/pax. Kami menikmati perjalanan kami walaupun terpaksa berdiri di dalam tram, dan ditempat pilot pulak tu sebab penuh. Alhamdulillah, merasa jugak kami nak menaiki traditional tram sebelum kami meninggalkan Turki.

     Station terakhir adalah di dataran Taksim, betul2 di funicular station dan berhadapan dgn tugu peringatan yg. kami nampak sebaik saja keluar terowong. Org ramai turun di situ, tapi kami mengambil kesempatan utk bergambar kenangan di tempat duduk sampailah kami ditegur oleh driver tram utk turun dari situ. Kami pulang semula ke apartment, membuat persiapan terakhir dan mengemas apa2 yg. patut sebelum kami check out pada pukul 3pm.

     Jam 3pm, Yeni & suaminya Abdullah datang utk mengambil kunci dan kami pun bertolak menaiki tram utk. ke airport. Namun sebelum itu kami sempat recce hotel yg. kami bakal duduki pada 15 Oktober nanti.

     Flight kami ke destinasi seterusnya dijadualkan pada jam 2100 namun perlu transit selama 6 jam di Athens memandangkan kami menempah tiket menggunakan syarikat penerbangan tambang rendah Greece, iaitu Aegean Air. Kami perlu melepak di Atartuk Airport lebih kurang 4 jam la jugak sebelum kami mengisi perut pesawat utk ke destinasi yg. seterusnya... makanya tiada lagi nama Recce Project Kami utk entri yg. seterusnya... kerana di sinilah bermulanya kisah terjah & redah kami di bumi dewa dewi.... Apa2pun enjoy gambar2 terakhir kami di kota Istanbul...


Antara selfie terakhir kami di atas feri menuju ke Asian Istanbul



Old City dari kejauhan






Menikmati pemandangan laut dalam hujan renyai



Blue Mosque & Hagia Sophia dari kejauhan


Budak nih nak manjeee sangat ngan aku kan... takut windu lah tuh!



Jambatan Pulau Pinang Istanbul



Owhhh jerawatttt



Lagi muka xbersalah dgn jerawattt



Hagia Sophia



Minum bersama before semua berpecah. Boleh tahan kan mamat waiter tu? ;p



AD malu sbb dia sorg je mamat kat sini



Cafe tepian jeti



Mata terbeliak sgt kan



Hot choc aku bagi meredakan kesejukan selepas meredah hujan renyai



Geng encik suami la ni kalau kitog migrate ke sini



Jalan tanpa tujuan, akhirnya bakal kembali ke pangkal jalan



Model sedang merenung masa depan...



Restoran bawah jambatan. Tempat kami bakal lunch



Zoom...



Model jelita sedang beraksi



Masjid tepi jeti



Fine dining sangat kan...



Tak tau la sambal apa ni...



Butter prawn...



Mix grilled... pelbagai jenis ikan



Lagi ikan... macam ikan celup tepung la rasa dia



Dessert kami, baklava... Manisnya tumbuk dinding



Keesokan harinya... kami ke Taksim sebelum check out



Funicular tram station ke Taksim



Tak ramai orang naik sebab hari keje...



Model dgn pose wajibnya...



Fefeeling mcm nak naik Putra LRT je suasana dia



Kami yg. bakal keluar dari terowong utk. melihat dunia luar



Sampai daaaa



Inilah tugu yg. aku perkatakan itu






Ada padang merpati jugak kat sini... xyah pi London



Kami terjumpa anjing  breed rare ni: Tibetan Mastiff. Jgn salah sangka, bukan pompuan belakang yg. punya ye, dia kebetulan lalu & cuba utk memberi laluan terhadap anjing ini



Model & Taksim Square



Walaupun kata Dewi ada byk shopping complex kat Istanbul ni, tapi ini yg 1st aku nampak depan mata n lalu di depannya



Trammmmm



Sebab penuh, kami cuma dapat tempat di sini aje... Alhamdulillah merasa jugak



Muka bangga dpt naik tram yg. digembar-gemburkan ini... 6 yg. lain x dapat rasa... huhihu



Pemandangan kluar dari dalam jeriji









Err... aku xtau apakah perkara ini



Polis pengiring tram kami... Ko mampu???



Sesak... mungkin bau 'baharat' banyak dlm nih...



Stereng agaknya...



Akhirnya di hentian terakhir & kami dapat peluang berselfie di tempat duduk, tapi cuma sempat 1 snap je pastu da kena halau turun... huhuhu







Xyah nak stim sgt mata tu Farrah...








No comments:

Post a Comment