Date: 6-8 Oct 2015 (3 days 2 nights)
Hotel: Emre's Stone House, Goreme
Dari Kusadasi, kami bertolak lebih kurang jam 7++am disebabkan perjalanan kami bakal mengambil masa lebih dari 10 jam utk. ke Goreme. Kami sempat singgah membeli roti daripada seorang makcik yg. berniaga dgn menggunakan basikal utk. bekalan kami sepanjang perjalanan nanti... Kami sempat singgah di beberapa stesen minyak, sbb masing2 mmg kuat kencing... ditambah lagi dgn keadaan cuaca yg. tetiba bertukar menjadi dingin & hujan pulak tu... Boleh dikatakan hampir sepanjang perjalanan kami diiringi dgn hujan, dan kami mula merasa sedikit cuak kerana flight kami dijangkakan pada esok pagi (hot air balloon)... Oh ya, sblm lupa, kami membuat online booking utk menempah 'flight ticket' kami utk membawa kami ala2 Pajura dgn. Hot air Ballon Cappadocia. Harga dalam talian adalah Euro120/pax-ini adalah harga utk standard flight, di mana kapasiti penumpang yg. bakal bersama2 terbang adalah seramai 16-20 utk 1 balloon. Kami book awal dari masa kami di Malaysia lagi sbb dgr ceritanya kalo kita walk in je mmg takut dah penuh. Sbb mmg tujuan utama org ke Cappadocia pun adalah disebabkan nak naik hot air balloon kan... dan ini slah satu yg terdapat dlm bucket list yg dah penuh dgn macam2 wish aku yg. masih belum accomplish lagi... Namun kisah gumbira kami tidak berpanjangan okeh... tunggu sikit lagi je kat bawah...
Hujan yg. mengiringi kami sepanjang perjalanan bermula dgn renyai2 sahaja, namun semakin lama semakin lebat & hebat, sejuknya mmg menusuk sehingga ke tulang hitam la bak kata org, sehingga memaksa kami kadang2 membuka heater dlm kereta, bila rasa lemas je bukak aircond balik, sejuk terus bukak heater sekali lagi & mcm tu la aktiviti kami selama hampir 14 jam! Mcm Gollum je kami kan? 3 jam lebih tu mmg kebanyakan masa yg. dibuang utk berhenti, makan, solat etc2 kerana driver kami mmg AD sorg je... kesian mmg kesian tapi semua pun x berani nak drive dlm keadaan hujan lebat, ditambah lagi van yg. kami sewa ni pun considered as van separa umur AD (hahaha AD jgn marahhhh) dgn jalan yg. xberapa nak smooth jalanraya nya, mmg xde sesapa la yg berani mengoffer diri walaupun ada 3 org selain AD yg. bawak International Driving License mereka... hahaha... tapi betul2 salute kat AD yg. begitu tegar men drive kan kami sampai ke destinasi dgn selamat, walaupun terdapat beberapa kejadian yg agak mencemaskan kami semua sepanjang perjalanan tersebut... Alhamdulillah ameen...
Kami tiba di Emre's Stone House lebih kurang jam 9pm lebih... Lapar??? Opcozz!!! Sbb kami cuma makan makanan manusia tengahari sahaja, selainnya makanan separa manusia seperti chips, biskut, coklat, mineral water, juice... arrghhh we want nasiiii!!! Kami check in di sini & tuan hotel nya memberikan kami 3 bilik: 2 bilik twin sharing & 1 bilik lagi utk 4 org. Aku & Dewi dpt bilik twin sharing kali ni, tapi kedudukan kami adalah di tingkat bawah la... masuk bilik, apalagi, kami bukaklah bekalan makanan yg. masih bersisa iaitu maggi ayam & nasi lemak brahims & dgn. sesuka hatinya kami pegilah menggunakan kitchen hotel yg. pada mulanya kami ingat itu adalah open kitchen, guest boleh gunakan utk masak, buat air etc... jadi kami berdua pun dgn tahap confident yg sangat tinggi pun memasaklah di dapur tersebut, siap pakai microwave ngan dapur gas n kettle... yg. lawaknya siap amik pinggan, sudu garpu n cawan dia siap bwk masuk bilik lagi... hahaha... kami bercadang nak memulangkan barang2 yg kami pinjam tu keesokan harinya...
Keesokan pagi, kami dgn semangat yg berkobar2 bersiap seawal jam 4am lagi utk menunggu pickup from balloon operator kami pada jam 5am... Namun hati aku mmg dah x sedap sbbnya hujan yg. turun dari semalam tu masih x reda2 lagi... bayangkanlah dgn hujannya, sejuknya lagi, aku sampai tido pakai jaket, stokin & selubung selimut sampai kepala tapi still sejukkkk... mmg menyesal aku x bawak long john aku sbb terus terang kami telah meng under estimate cuaca di Turki ni... suhu terendah yg. kami alami di sini adalah 9 darjah celcius... sejuk yg. amat okeh... tambahan lagi aku adalah org yg agak boleh bertahan la utk suhu kepanasan agak melampau, tapi kalah dgn suhu sejuk yg. amat melampau... air cond pasang 23 pun aku boleh selubung 1 badan, inikan pulak 9 darjah... ohhh tidaaakkkk....
Utk flight ini, cuma 6 org sahaja yg. menaiki balloon manakala 2 org lagi: iaitu Shirah & Che Din tidak turut serta utk aktiviti ini. Shirah, sbb mmg dia x plan nak naik dari awal, manakala Che Din di atas sebab2 kesihatan... Jam 5am kami dah terpacak kat pintu hotel & datanglah sorg mamat Turki dari balloon company kat hotel kami. Kami gembira pada mulanya namun serta merta menjadi sedih kerana dia datang bukanlah utk ambik kami, tapi nak informed kami yg. FLIGHT CANCELLED!!!! (sila ulang berkali2 dlm nada bergema sbb kami rasa bagaikan dunia kami berpusing seketika pada waktu ini... hahaha mcm filem Tamil sangat kan kami???) Keciwa??? Opcozz kami semua keciwa!!! Tambahan lagi apabila alternative flight date kami juga sudah habis di booking... apakah harapan kami lagi!!! Seriously aku mmg da nak nangis masa flight cancelled... Aku mmg datang sini semata2 nak naik balloon kot... terkilan namun kuasa Allah tidak ada sesiapa yg. boleh menghalang.. yg. ada cuma redho aje.... Huhuhu... FYI, flight akan cancelled sekiranya cuaca tidak baik, seperti hujan lebat & angin kuat sbb balloon operators xnak menanggung risiko flight terhempas. Bukan flight kami je, semua flight pun affect pada hari ini...
Dan pada waktu ini jugaklah kami diberitahu oleh yg lain bahawasanya owner hotel tersebut melarang guest masuk ke dalam kitchen ke, washing area mereka ke sbb tu hak privasi... Oooopppssss.... Errrkkkk... Kami siap buat semua benda kot dlm tu, kecuali mendobi... n disebabkan rasa takut sbb guna barang tanpa permission maka kami pun cuci pinggan cawan yg. kami gunakan tu & simpankan kat atas almari bilik kami, dgn. harapan dia jumpa slps kami check out nanti... Hahaha!!! Sori tuan tanah...
Utk merawat hati kami nan keciwa ini, makanya kami pun buat plan lain... tapi sblm tu kami sempat sesi bergambar di roof top hotel tersebut... MasyaAllah view sangat cantik!!! Rasa nak nangis bila tgk bentuk muka bumi yg sgt indah & dahsyat tu depan mata sendiri!!! Kalau sblm ni asyik berangan fefeeling Pajura je tgk filem, yg. ni aku dpt tgk sendiri batu batan, gua mua yg terbentuk indah menjadi rumah & bentuk muka bumi yg. xboleh di compared kan dgn tempat2 lain...
Kami turun ke ruang makan yg. juga merupakan reception hotel & bertanyakan kalau ada possibility kami boleh mendapatkan balloon pada keesokan harinya... Alamak aku lupa la nama mamat hotel tersebut, dia memberitahu kami yg. flight mmg dah penuh kalau nak booking last minute, tapi dia akan cuba membantu kami utk mendapatkan tempat utk kami ber-6. Namun dia menasihatkan kami utk membatalkan tempahan dgn. operator kami, sbb yg flight operator yg kami book online tu pun x dapat nak ensure samada kami boleh dapat atau tidak flight utk keesokan harinya... So owner hotel tu akan mencarikan flight utk kami secara active... siap buat offer lagi kat kami: kalau kami amik pakej balloon+cultural show & dinner kami akan dapat free breakfast keesokan harinya... Kebetulan kami juga bertanyakan cultural show utk malam ini, yelah time ni la kami nak tengok sufi dance, belly dance & segala2 dance yg. ada kat Turki nilah... plus dia siap dinner tu... agak mahal tapi oklah utk pengalaman sekali seumur hidup...
Selepas sesi bergambar & sesi menunggu org bersarapan, kami bergerak di kawasan sekitar Goreme sambil aku & Dewi membawa laundry bag kami dlm misi pencarian dobi musim kedua... Namun seperti biasa, walaupun di google mcm nak rak, siap map nak berjalan ke dobi, namun kami tetap x menjumpai dobi yg. digembar gemburkan itu... Ini menjadikan kakak polis bertambah marah (sila teka siapa kakak polis tersebut... hahaha) Kami berjalan beberapa km namun hampehhhh!!! Akhirnya dalam kekeciwaan AD mencadangkan kami bawak je beg dobi kami tu masuk van sebab kami nak pergi ke Kaymakli Underground City: iaitu kota bawah tanah yg. dikhabarkan ada 8 tingkat di bawahnya... Entrance fee adalah TL20 seorang & yg. ni aku masuk je sbb seperti yg aku cakap, nak mengubati hati yg lara disebabkan xdapat naik belon pagi tadi huhuhu!!!!
Amaran keras utk org yg. ada asma, sesak nafas, sakit jantung, claustrophobia & lain2 penyakit yg bersangkut paut dgn rongga2 pernafasan & ketakutan ekstrem terhadap tempat tertutup amatlah tidak digalakkan utk masuk ke sini... Yg masuk cumalah 5 orang: iaitu aku, Shirah, Ita, Kak As & Mera... Pada mulanya agak normal, tetapi semakin lama ruangannya semakin sempit... tambahan lagi bila kita nak turun ke tingkat yg. seterusnya... dgn tangganya yg sempit, rendah pulak tu, terpaksa kita berbongkok tiga sepanjang melalui tangga turun tersebut. Pastu itulah tangga utk turun & naik jugak... bayangkan byk time jugak kitorg kena mengundur naik tangga balik dlm keadaan menunduk mmg sakit woo belakang... kami turun satu demi satu tingkat, kononnya nak sampai dlm 4-5 tingkat je cukup tapi sbb kami confuse dgn tingkatnya maka akhirnya kami terus dah turun sampai tingkat yg. terakhir iaitu ting ke-8!!! Terasa sangat terer di situ... Bab turun oklah sikit, bab naik... haaa dgn keadaan bongkok tiga, kita kena naik tangga yg curam tu tanpa henti sbb org yg. nak turun tu dah menunggu di atas, peerrrggghhhh pancit wa cakap lu!!! 8 tingkat tuuuu!!!!
Di dalam kawasan kota ni setiap level mmg akan ada mamat2 Turki berbaju hitam akan standby di mana2 sudut yg. ada cerita & sejarahnya. Sambil kami tangkap2 gambar mereka mmg approached kami nak bagi penerangan pasal kawasan tersebut namun kami dgn kekwatnya menolak sambil ckp 'it's okay'... Sbb kami takut kot2 la mamat2 ni buat part time jadi tourist guide pastu kang mintak kitorg bayar, x ke haru nanti!!! Tapi rupa2nya diorg tu mmg staffs situ la... n mmg keje diorg utk memberikan penerangan pon... hahaha ada malu di situuuu!!!
Settle kat situ maka kami pun bergerak utk ke Goreme Open Air Museum, yg. terletak cuma lebih kurang beberapa km je dari hotel kami... boleh jalan kaki jerr tapi menaik bukit jugakla... Di sini utk memasuki Open Air Museum pun ada bayarannya juga, x salah TL25, tapi cuma Ita, Kak As & Mera je yg masuk sbb diorg nak fefeeling flintstones masuk dalam rumah gua tu... kami yg. lain2 sekadar mengambil gambar di luar yg juga kami boleh masuk rumah gua nya, tapi mungkin x se proper Flintstone House tu la... Tapi kami cukup puas hati dgn pemandangan kat sini.... Alhamdulillah Allah bagi aku peluang utk menjejakkan kaki di sini, tapi malangnya bukan bersama incik suami... sedih saya tau awk xdeee (beli jiwa Farrah, beli jiwa... hehehe)
Puas berselfie, menangkap gambo etc2 akhirnya semua org sedo diri! Haaa tau perut tu lapar kan... Kami mengambil keputusan utk lunch kat kedai yg ada jual pottery kebab... Bagaimana rupanya? Nanti aku upload satu2 gambo dia ye... Tapi mcm biasa aku n Dewi akan share makanan kami sbb kami tamak order portion yg besar... sekali lagi mix grill yg kami pilih... sekali portion dia x sebesar yg di Kusadasi tu, tapi okaylaaaa....
Settle makan, Che Din & AD pulang ke hotel, manakala yg lain2 pegi ke Uchisar Pigeon Valley & van dibawa oleh Ita, manakala aku & Dewi menyambung misi mencari dobi yg. endingnya mmg tetap x happy jugak, walaupun kami jumpa dah 1 dobi tapi malangnya rata2 dobi di Turki ini menggunakan sistem solar, maknanya nak keringkan baju kena tunggu matahari jugak... Dahle hujan, esok nak kuar dari situ pulak, manalah sempat kalo nak tunggu solar... n sekali lagi kakak polis kita naik hantu... end up kami balik hotel & get ready utk malam ni...
Kaymakli Underground City entrance fee: TL20
Goreme Open Air Museum entrance fee: TL25
Kami singgah di pekan kecil ini yg. bernama Usak utk. lunch.
Asal utk selfie, tapi ada org photobomb pulak...
Makanan kami: gratis roti & salad... hari2 kat Malaysia makan ni mmg aku dah taraf supermodel la skrg nih ;)
Ok yg ni lunch aku...
Ini Dewi Meranti yg. ponyaaa
Bilik kami utk. 2 malam. Comel kan?
Dinner kami selepas 14 jam perjalanan
View yg. cantik dari rooftop hotel kami yg. membuatkan kami lupa seketika kelukaan hati kami yg. x dapat naik belon
Gambar kenangan dlm. kelukaan
Haaa... nampak kegigihan kami mengangkut laundry bag naik bukit... sakit hati tapi nasib baik view cantik...
Kaymakli Underground City: Inilah tangga laluan utk naik & turun sekaligus... Sempit dan kecil
Tak tau la ini telaga ke apa, dalam gilerr... aku pun tak berani nak menghulur kepala, aku hulur camera je... huhuhu
Manusia di tingkat bawah...
Lagi bentuk dalam gua ini...
Fefeeling dalam gua 40 penyamun dlm filem Ali Baba Bujang Lapok kan... Lampu tu la yg. x sempat di'sebat' oileh Kassim Baba... huhuhu
Errr... penjara bawah tanah kot ni
Masing2 tengah sibuk menjadi archeologist... Oklah Shirah pun geologist... hahaha
Xkisahlah di mana kami berada, hatta dlm gua sekali pun, posing tetap wajibbb-thx to Ita
Lagi posing ala2 rock band melalui dgn menggunakan GoPro Ita
Lagi aksi manja kami sambil turun tangga dlm keadaan membongkok 3
Sesi meregangkan otot setelah lenguh belakang membongkok...
Golap pun xkisah... asal posing...
Kami & lampu Kassim Baba
Welkome kata oghang Peghok
Posing membabi buta dari h/p Shirah
Lagi aksi melampau kami
Ni... aksi melampau aku la dari lensa AD
Posing gedik dari GoPro AD
Subjek, adalah bunga dandelion namun dia camouflage dgn alam sekeliling...
From GoPrfo Ita
Credit to Ita
Ntah paparazi manalah angkut gambar nih
Us...
Us lagi...
Me n my dive buddy, travel buddy etc2...
Marvelous!!!
Masih lagi berkisar dgn. kajian alam semulajadi
Let the picture tells the story
Ayam pakai 'stokin'... comelll sangatttt
View dari Open Air Museum
Mukabumi yg. sangat cantik
Mukabumi yg cantik, lebih berseri dgn kehadiran muka yg. cantik.... Hahahahahahaha
Kami yg berasa cantik
Lagi kami...
Papan tanda mesra bangunan: tetapi x mesra utk laundry.... haihhh
Ini hootel & van kami...
Restoran pottery kebab kami... makan time!!!!
Muka2 kegembiraan sbb dapat makanan
Inilah pottery kebabnya... Gambar credit to Shirah
No comments:
Post a Comment