*Kesilapan aku adalah tidak mengambil gambar secara solo tanpa kertas di tangan
10 Oct 2017 (day 10)
Beijing - Erlian10 Oct 2017 (day 10)
Edisi Khas yang sengaja aku asingkan sebagai pengajaran dan rujukan kepada kawan-kawan yang bakal menempuhi Trans Mongolian dari Beijing. Pagi ini kami check out awal kira-kira jam 0800hrs kerana train kami akan bertolak pada jam 1155hrs dari Beijing Station. Lebih baik kami keluar awal kan daripada kami mengambil risiko tertinggal keretapi. Selepas pulangkan kunci dan tangkap gambar sekeping dua dengan staff hostel yang baik tu, kami meredah hujan untuk menahan teksi untuk membawa kami ke Beijing Station. Tapi, mungkin sebab hari Selasa adalah hari kerja dan traffic jam berlaku di mana-mana dan jugak teksi agak limited, kami gagal mendapatkan teksi. Kami agak resah sebab memang tak kelihatan teksi untuk kami tahan. Pasrah, nak tak nak kami terpaksa menaiki subway untuk ke train station. Untuk backpack, kami takde masalah nak angkut tapi kami mempunyai 2 beg tarik besar kepunyaan Kak As dan sebiji lagi adalah beg makanan kami. Kami seret jugak ke subway station dan redah jelah orang yang berduyun-duyun kat station tu. Kat situ, dah jadi 1 insiden di mana duit kami 10 Yuan telah ditelan oleh mesin tiket masa Mera tengah buat urusan membeli tiket. Mula-mula kami nak burn je duit tersebut, tapi kebetulan insiden itu disaksikan oleh polis yang menjaga station. Dengan keadaan ayam dan itik bercakap, polis tu sedaya upaya membantu kami untuk mendapatkan 10 Yuan tu balik. Sampai dia panggil technician untuk bukak mesin tiket tu untuk pulangkan balik duit kami. Terharunya kami dengan kesungguhan polis muda ni menjalankan tanggungjawab. Kami mengucapkan terima kasih dan buat pertama kalinya kami melihat polis China ni tersenyum, siap kenyit mata pulak mamat nih hahaha!
Kami tiba di Beijing Station awal, hujan renyai-renyai mengiringi kami dan kami melepak-lepak sambil mengopi di dalam station. Station sangat cantik dan besar, dan mempunyai beberapa Waiting Room dan untuk kami menunggu adalah Waiting Room 1: iaitu untuk perjalanan antarabangsa. Toilet di station ni jugak bersih dan sememangnya aku agak surprised dengan kebersihan toilet sini selepas kami dimomokkan dengan tahap kebersihan tandas awam di negara ini. Keterujaan kami untuk memulakan pengembaraan epik ni memang jelas tergambar di muka kami. Memang kami sangat mengharapkan perjalanan kami akan smooth, tambahan lagi bila aku dan Dewi bercerita yang kami takde problem dengan urusan imgresen di sempadan Vietnam-China, namun masih mengambil langkah bersedia sekiranya ada apa-apa terjadi kepada kami bila sampai di sempadan nanti. Jam 1035hrs train kami sudah melepak di station dan kami dibenarkan untuk masuk train. Sementara menunggu train bergerak, kami mengambil kesempatan untuk berposing sakan di kawasan rel dan jugak dalam train. Kali ni, koc kami jugak tak ramai, dan kami berpecah 2 bilik iaitu bilik no. 2 dan 3 dan no. gerabak 3, di mana Ita adalah volunteer untuk duduk seorang di bilik sebelah dan kebetulan untuk perjalanan pertama ni Ita takde roomate. Mesti orang tanya, kenapa kami tak berpecah menjadi 3-2 je? Sebab kami nak secure 1 bilik tu untuk memudahkan kami beramai-ramai makan dan solat tanpa ada roomate lain yang mungkin tidak selesa dan Ita pun boleh datang lepak di bilik kami. Untuk tren kali ini, kami diberi sepersalinan lengkap cadar, sarung bantal dan tuala muka oleh pegawai train dan kami perlu memasang sendiri cadar kami! Maka di sinilah bermula praktikal Kemahiran Hidup ala hostel kami.
Cukup waktunya, train kami pun bertolak. Kami diberikan 3 borang untuk diisi iaitu borang departure negara China, custom declaration China dan Mongolia. Seperti biasa, kami di dalam train, sambil melihat pemandangan yang bertukar wajahnya daripada hijau, kepada keperangan dan seterusnya di tempat-tempat tertentu tompokan putih salji, sambil makan, minum dan mendengar lagu sambil layan blues masing-masing tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku pada malam nanti...
Jam hampir 2130hrs dan kami tiba di Erlian, sempadan China. Seperti hasil pembacaan kami sebelum ini, pegawai imigresen China akan masuk ke setiap gerabak dan memeriksa passport penumpang sambil bertanya-tanya soalan. Kemudian mereka akan suruh kami membuka beg besar kami untuk diperiksa isi kandungannya. Selepas berpuas hati dengan pemeriksaan, mereka akan meminta handphone dan juga buku-buku yang dibawa untuk diperiksa. Maka bersiap sedialah korang untuk membuka Photo Gallery di handphone masing-masing ya sebab mereka akan memeriksa gambar-gambar yang kita telah ambil sepanjang berada di China. Mamat imigresen tu sempat la jugak tengok gambar aku siap pakai costume tu sambil gelak-gelak dan masa tu aku ingatkan semuanya sudah berakhir.
Namun, sekejap saja mereka meninggalkan cabin kami dan lepas tu mereka datang balik dan memanggil kami berlima untuk turun ke station. Ahhh sudahhh!!! Pasrah, kami akur dan turun masuk ke station. Kelihatan hanya kami berlima je yang diarahkan turun, sedangkan kami nampak ada je Mat Saleh kat gerabak yang lain tadi. Mula-mula kami disuruh beratur di tepi bilik soal siasat. Agak lama jugak kami berdiri sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai imigresen yang lain. Siap belek passport kami sambil menilik muka kami, pastu untuk sesiapa yang berkaca mata (hahaha) disuruh bukak untuk pengecaman wajah lagi. Eiii lenguh jugak kaki kami berdiri sambil bersandar kat dinding putih cuma takde plat nombor banduan je untuk kami pegang. Mungkin sedar kami dah mula mengeluh, 2 orang pegawai imigresen datang kepada kami dan mengarahkan kami duduk di kerusi berhadapan dengan kaunter imigresen. Dan di sinilah bermula babak di mana kami dipanggil seorang demi seorang ke bilik soal siasat...
Orang yang pertama dipanggil adalah Ita, diikuti oleh Kak As, Dewi, aku dan last sekali Mera (kalau tak salah susunan aku ni). Gila tak berdebar masa ni. Akhirnya turn aku pun tiba. Masuk je bilik soal siasat tu, aku tengok ada dalam 10 orang pegawai jugak dalam bilik tu menanti. Aku disuruh duduk berhadapan dengan boss pegawai dan bermulalah sesi temuramah yang menjurus kepada soalan berkenalan. Diorang cuma bertanya kerja kat mana, apa pekerjaan kitorang, lepas keluar China ni kami nak ke mana, macamana kami berlima jumpa, berkenalan dan membuat plan jalan... err gitu-gitulah sambil mereka menggoogle kot alamat opis kami untuk pengesahan sambil mengisi borang. Walaupun dalam keadaan tense, tapi aku agak bertenang kerana mereka semua ok-ok belaka. Yang kelakarnya, bila aku cakap aku bekerja dengan TV station, salah seorang pegawai dengan Bahasa Mandarin dan body language nya menunjukkan tv yang terpasang dalam bilik tu sambil menggayakan diri pegang microfon sambil mengacara... Hahaha dia ingat aku pemberita dan dengan pantas aku jawab 'no no no' sambil tunjuk tangan menaip maknanya aku keje opis la... Selepas puas dengan jawapan aku, aku diminta bukak spek lagi untuk ditangkap gambar. Dah pasrah kan, aku tangkap gambar sambil tersenyum gembira kononnya.
Selepas semuanya selesai, kami perlu menunggu lagi di tempat menunggu kerana keretapi sudah meninggalkan kami untuk menukar tayar sebelum masuk ke rel spec Mongolia. 3 jam kami menjadi 'tahanan' di station Erlian dan walaupun train kami dah sampai kami masih tak dibenarkan naik kerana passport kami masih lagi dipegang oleh mereka. Ok memang time ni kami agak gelisah, kerana kami sudah lapar dan juga keletihan tambahan lagi jam sudah menunjukkan angka 0000hrs. Kami bertanya dengan pegawai yang lalu lalang bila kami boleh 'dibebaskan' tapi masih lagi tunggu dulu. Tiba-tiba seorang pegawai datang dan menyuruh kami naik train dengan kadar segera sebab train nak berlepas sudah. Kelam kabut kami menuju ke gerabak kami dan masih lagi passport tiada di tangan kami. Hanya selepas keretapi nak memulakan perjalanan barulah pegawai imigresen tu naik dan menyerahkan passport ke tangan kami dan barulah kami boleh menarik nafas lega. Kami sememangnya tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sekitar kawasan station dan tingkap juga ditutup sepanjang prosedur dilakukan. Alhamdulillah kami selamat, dan juga merasai proses 'penahanan' ini yang sebenarnya sebuah bahan yang boleh dicoretkan dalam travelogue aku ni walaupunnn kami sebenarnya taknak pun melalui benda-benda renyah sebegini. Rezeki kami, sebab menjadi orang Asia (kami assume la ni) dan sebab tu la kami menjadi insan terpilih oleh imigresen ni, dan bukannya Mat Salleh (mungkin sebab diorang tak paham slang omputeh sangat) so the easiest target is Asian.
Train mula bergerak meninggalkan station dan juga kenangan kami dan dalam 30 minit kami sampai di sempadan Mongolia Dzamynude dan Alhamdulillah proses imigresen dan Kastam kami berjalan dengan lancar dan mudah dan pegawai kastamnya adalah seorang pakcik tua yang baik hati dan suka tersenyum. Selepas semua passport dan borang kastam penumpang dicop, maka keretapi dibenarkan untuk bertolak masuk ke Mongolia...
Di sini aku belanja sikit gambar-gambar di station sebelum kami 'ditahan' di Erlian...
*Ada diantara gambar-gambar ini adalah hasil dari kawan-kawan Geng Gadis Jelitas yang sudi berkongsi dengan aku. Tq semua, hanya jasa jadi sanjungan...
Entri berkaitan:
#OrientalTrain: Meredah Hujan Beijing Part 1 - Pencarian Mee Tarik Asli & Kambing Cucuk
#OrientalTrain: Meredah Hujan Beijing Part 2 - Menjejak Keajaiban Dunia Sebelum Turunnya Bendera di Tiang

Kami dan staff Leo Hostel yang fasih berbahasa Inggeris
Last round sebelum ke station
Hujan membasahi bumi Beijing
Tapi kami masih maintain tanpa payung
Complete kami berlima!
Kami perlu beratur untuk pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan juga tiket train sebelum dibenarkan masuk station
Pemeriksaan dilakukan seorang demi seorang. Maknanya hanya yang mempunyai tiket sahaja yang dibenarkan masuk
Posing time
Posing lagi
Mana-mana pun channel Citra tetap di hati
#karya12menjelajahdunia
Macam malu-malu je bergambo
To Waiting Room
Membunuh masa dengan mengopi
Mari menuju ke train
Selfie seround
Beijing Railway Station
Kami memang hantu posing
Tempat catwalk kami hehehe
Suhu dalam train: +/-14℃
Timetable hentian yang bakal kami berhenti dan ETA
Our cabin. Lebih kecil dan sempit berbanding train kami sebelum ni.
Settle menyarungkan cadar dan sarung bantal
Sebelum bertolak
Kak As merupakan insan mulia yang takkan membiarkan kami kelaparan
View dari tingkap
Hey you from the other side!
Men at work
Semakin keperangan...
I can see you snow and mountains!
Snow!!!!
Erlian Station. Thank you to Dewi yang berjaya mengambil gambar station secara cepat sebelum tingkap train ditutup dan sebelum kita 'ditahan' 3 jam...
Entri berkaitan:
#OrientalTrain: Meredah Hujan Beijing Part 1 - Pencarian Mee Tarik Asli & Kambing Cucuk
#OrientalTrain: Meredah Hujan Beijing Part 2 - Menjejak Keajaiban Dunia Sebelum Turunnya Bendera di Tiang
No comments:
Post a Comment