Monday 11 December 2017

Selingan #TabungTravel: Macamana Aku Buat Duit Untuk Travel?



*Gambar sekadar hiasan

     Salam all... Sementara aku nak abiskan travelogue Trans aku yang masih dalam pembikinan, saja nak selitkan kaedah aku menabung untuk travel. Asalnya pagi tadi salah sorang colleague aku tanya macamana aku boleh berduit untuk merayap? Yalah, kami ni 1 par je keje, bukannya aku boss ke apa ke kan? So aku cerita apa yang aku buat untuk meng adakan duit tu dan dia syorkan aku letak kat dalam blog untuk jadi rujukan untuk mereka-mereka yang macam dia untuk memulakan travel.

     Mungkin ada yang agak cliche untuk orang lain, tapi takpelah aku just share je kan, no harm...


1. Kumpul Duit Syiling

Korang ingat lagi tak dialog Haji Bakhil dalam citer 'Labu Labi' - Duit 1 sen kalau dikumpul, kalau dah banyak boleh dibuat rumah batu tau! Ya, aku gunakan kaedah Haji Bakhil ni, tapi bukan 1 sen, semua sen aku dan husband buat. Kat office, aku ada 1 tabung syiling khas. Kalau dapat duit lebih dari cafe ke kedai makan ke, aku akan simpan terus dalam tabung. Selalunya dalam 1 bulan lebih, tabung syiling aku akan penuh dan aku akan bawak balik bergabung dengan syiling encik suami yang kami simpan dalam tabung buluh sampailah tabung berat. Kalau dulu, kami akan bank in duit syiling ni tapi memang akan ada sikit charges dari bank. Tapi sekarang ni bank charges semakin mahal, sebab dia charge based on berapa keping syiling dan bukan macam dulu lagi, so kami prefer tukar syiling kat kedai mamak atau restoran je sekarang. Jangan tak percaya, dengan syiling ni jugak kami berjaya membeli sebuah peti ais 2 pintu. So jangan perlekehkan kuasa duit syiling ni ya!

2. Ketepikan RM5 Hijau

Nak buat RM1, macam sikit sangat, pastu kang jadi tebal sangat. Nak buat RM10 atau RM20, macam banyak sangat. Aku bukannya gaji besaq sangat, so RM5 hijau tu just nice. Tiap kali dapat RM5 hijau tu, aku akan ketepikan dalam 1 dompet khas untuk RM5 je. Yang ni pun aku berlumba dengan incik suami simpan RM5 hijau. Berebut-rebut kalau dapat duit tukar RM5. Dengan duit kumpul RM5 ni aku berjaya support percutian Koh Lipe aku last year dan sebahagian duit RM5 tu jugak aku buat tukar ke USD untuk Trans trip aku bulan 10 aritu.

3. Kutu Travel

Yang ni kami ber-5 Geng Gadis Jelitas buat untuk Trans trip kami. Kami mula mengutu dalam tahun lepas, bermula dengan RM200. Tapi lepas kami buat kiraan train, hostel, flight etc RM200 tu tak cukup dan kami sepakat tambah jadi RM500 sebulan! Memang sakit nak keluarkan amaun sebesar tu setiap bulan, nak tekan transfer tu siap menggigil tangan wooo!!! Tapi berkorban apa saja demi untuk merealisasikan trip Trans Mongolian/Trans Siberian kami ni dan Alhamdulillah di hujung hari kami cuma top up sedikit je untuk bayar hostel dan transport masa ada kat sana (fyi, estimation cost kami untuk hostel, train & flight adalah lebih kurang dalam RM10K-12K). So jangan ingat sis kayo ya? Hehehe

4. Tukar RM ke USD

Kalau aku ada duit lebih je, aku akan cuba untuk tukar kepada USD. Bila nak pakai, memang tak tau lah kan? Tapi yang pasti setiap tahun memang kami akan ada plan pun. Kenapa USD? Sebab USD diterima pakai seantero dunia. Contoh masa Trans trip kami, aku cuma tukar sikit duit Dong untuk spare sementara sampai Vietnam, manakala di Mongolia, Russia dan Dubai aku tukar USD di Money Changer sana je. So aku tak payah nak runsing-runsing dengan pelbagai currency dalam 1 masa sebab aku adalah orang yang senang berserabut. Kalau tak habis gunakan duit tu, kita simpan je untuk kegunaan next trip. Tambah pulak sekarang ni memang USD sedang murah, so ambiklah kesempatan yang ada sekarang ya?


So far yang ni aku buat dan masih buat. Mungkin orang lain ada cara diorang buat saving. Aku takdelah sampai ikat perut ke apa ke, masih ada online shopping, masih ada mingle-mingle dengan kawan dan masih jugak cuba luangkan masa makan apa yang aku teringin tapi ada had jugaklah ya... Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment