Friday 8 December 2017

#OrientalTrain: Meredah Hujan Beijing Part 1 - Pencarian Mee Tarik Asli & Kambing Cucuk



7 Oct 2017 (day 7)
Xiangping-Nanning-somewhere in China


     Bertemu kembali di entri ini. Seperti yang diberitahu dalam entri sebelum ini, kami akan tiba di Xiangping 1 jam selepas passport kami di cop keluar di Dong Dang, Vietnam. Kami tiba dalam jam 3 lebih pagi, di mana sekali lagi kami diminta turun sambil mengusung beg untuk keseikan kalinya. Checkpoint kali ni cantik dan moden, siap ada askar wataniah berkawal di pintu masuk pejabat imigresen. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan sekitar, tak berani pun nak ambik gambar kang tak pasal-pasal kena tembak dengan askar-askar tu hahaha... Alhamdulillah proses imigresen kami berjalan dengan lancar dan pantas. Rupa-rupanya diorang release kami mengikut koc dan kami merupakan koc pertama yang turun dan settle. Patutlah tak sesak. Kemudian kami dibenarkan untuk naik ke koc kami dan kami menunggu dalam 2 jam jugak untuk proses immigrasi ni settle, dan proses berakhir dalam jam 0530hrs. Time zone China adalah bersamaan dengan time zone Malaysia, dan dalam 0536hrs dah masuk Subuh bagi kawasan Xiangping. Kami bersolat Subuh selepas tren kami bergerak dan kemudian kami sambung la tido kami sikit...

     Untuk tren masuk China ni, kami assumed yang tren kami adalah direct train dari Hanoi ke Beijing, tapi rupa-rupanya kami perlu transit di Nanning dan bersalin tren di stesen Nanning. Kami tiba di Nanning lebih kurang 1030hrs. Turunnya kami di terminal, pegawai koc kami terus menujukan kami kepada pegawai wanita stesen Nanning untuk dibawa ke tren kami yang seterusnya. Kami di escort secara eksklusif dan dibawa ke terminal di seberang di mana tren Beijing kami sudah bersedia untuk berlepas. Kami di escort sekali lagi oleh pegawai koc wanita ke bilik kami, dan bilik kami sama seperti bilik yang sebelumnya: serba putih dan mempunyai skrin tv (tapi malangnya tak boleh pasang tv pun muahaha). Tren ini juga disediakan free wifi TETAPI seperti yang semua sedia maklum, Facebook, Whatsapp, Instagram dan yang seangkatan dengannya adalah diharamkan di China. Mereka cuma guna Wechat je kat sini! Adoiiilaaa takkanlah hakak nak kena jadi dak wicet pulak kat sini kannnn? So kesimpulannya berhenti berharap, nak contact dengan dunia luar kalau korang tak install Wechat kat sini ya. Makanya kami menjadi anti sosial dan tak dapat nak update status kat FB ke, IG ke dan tak dapat nak berhubung dengan encik suami walaupun aku dah aktifkan pakej roaming  RM25 Digi tu. Katil juga lebih luas berbanding dengan katil Hanoi-Nanning dan toilet pun lebih cantik siap ada pasu bunga dalam toilet hehehe...

     Aktiviti kami dalam tren tanpa internet? Pasang IPod, layan perasaan pandang tingkap sambil diselang selikan dengan mendengar lagu-lagu retis China yang begitu mendayu-dayu dari radio tren ni... Kami dijangka akan tiba di stesen Beijing West keesokan harinya sekitar jam 0955hrs.


Breakfast at Tiffany's


Salah 1 stesen somewhere in China


Selfie


View dari tingkap tren




Bilik kami ada wifi tapi kami takde Wechat

Lagi pandangan di luar tingkap


Kad ini diberi oleh pegawai tren bila kita check in bilik. Tiket dan passport kami diambil dan digantikan dengan kad ni untuk simpanan dan rujukan diorang. Masa kita dah nak turun tren nanti, dia akan mintak balik kad ni dan pulangkan balik tiket tren dan passport kita.






Finally Beijing West




Dewi tak sabar


Beratur nak ambik teksi


Sempat snap dari kejauhan manusia beratur nak bli tiket subway


Deretan teksi. Kat area sinilah yang aku cakap hancing tu


Dalam teksi





8 Oct 2017 (day 8)
Beijing

     Akhirnya selepas 2 malam di dalam perut tren (dan cuma mencemar duli jejak tanah Nanning tak sampai 15 minit), kami tiba di West Beijing Station pada jam 1030hrs, tersasar sikit ETA timing kami kan... Turunnya kami dari tren sambil menghirup udara sejuk yang kami tengok di jam stesen adalah 17℃ huuuu boleh tahan kesejukannyaaaa... Memang dari dalam tren lagi kami dah keluarkan jaket, stokin dan kasut untuk dipakai masa turun mendarat. Plan asal kami adalah nak menaiki subway untuk ke hostel kami, dan mengikut kajian tempatan kami, kami perlu salin subway train sebanyak 2 kali sebelum sampai hostel. So kami ok jerr nak naik subway mula-mula... Kami cuba mencari kaunter pertanyaan untuk bertanya stesen sebab macam agak confuse kami kat dalam stesen yang besar tu. Akhirnya kami ternampak sebuah kaunter pertanyaan tapi malangnya pegawai kaunter tu asyik bertolak-tolak suruh orang lain bagi direction etc sebab susah nak bercakap Bahasa Inggeris. Ok, language barrier lagi kami di sini. Akhirnya yang salah sorang ni pun bagi arah tapi entah tak tau apa yang dia tunjuk tapi kami ikut je apa yang dia advise dan akhirnya kami nampak kaunter subway tu. Mak aihhh panjang gila orang beratur kalah pemberaturan orang-orang nak bli tiket bola Sukan Sea aritu. Tak tau bilanya kami nak sampai kalau macam ni, yalah baru beratur nak beli tiket belum lagi nak naik tren huhuhu. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk naik teksi sajalah dan kami terus pegi ke kaunter teksi untuk beratur. Panjangggg jugekkk tapi at least kami nampak teksi banyak berderet dan flow agak ok. Beratur kat tepi pintu adalah perkara yang agak menyiksakan hidung sebab kat tepi-tepi pintu tu kami boleh terbau hancing. Orang kencing kat situ ke? Entahlah kami pun tak tau... Dalam 20 minit jugak beratur dan akhirnya kami punya turn suda meri. Tapi kes lain pulak jadi... Kami tunjuk je alamat hostel dari phone kami laju je kena reject! Eh dah kenapa ni? Kami try luck teksi yang belakang, pun sama sampailah dalam 10 teksi jugak kot kami kena reject. Ah sudah! Tempat yang kami pegi ni ada masalah ke apa? Akhirnya kami pegi ke pakcik usherer kat tempat teksi tu mintak tolong. Tapi dia pun mintak tolong kat 2 remaja Cina yang pun beratur jugak menunggu teksi. Dia tunjuk alamat kami dan bersusah payah jugaklah mereka cuba untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Selepas sesi ayam itik kami, budak perempuan ni explain pada pakcik pintu tadi destinasi kami dan berkat pertolongan pakcik dan budak-budak tu akhirnya kami berjaya mendaptkan teksi! Rupanya masalah kami tu adalah address hostel yang kami tunjukkan tu dalam tulisan rumi dan diorang tak tau nak baca... Aiiyaaa itu kisah sebenarnya...

     Kami sampai di hostel kami iaitu Leo Hostel yang letaknya agak strategik: kira-kira 700 meter berjalan kaki ke Tiananmen Square. Oh ya lupa, tambang teksi kami adalah sebanyak 25 Yuan untuk ke hostel. Kami diberhentikan di depan McDonalds yang terletak seberang jalan dari lorong hostel kami dan kami perlu berjalan dalam kira-kira 200 meter untuk ke hostel. Kami terus menuju ke bilik hostel yang telah di inform oleh Mera, salah sorang dari 3 gadis jelitas yang terlebih dahulu sampai ke Beijing semalamnya. Untuk train trip yang seterusnya, kami akan bertukar menjadi ber-5 iaitu aku, Dewi, Ita, Kak As & Mera. Diorang yang lain direct flight ke Beijing, cuma aku dan Dewi je terlebih rajin nak naik tren dari Vietnam huhuhu... Tambahan, walaupun aku dah roaming tapi kami masih lagi tak dapat access internet, tapi lepas Ita tanya korang tak install VPN Master ke? Barulah kami sedar kami terlepas pandang pasal VPN Master ni. Ya kawan-kawan, kalau korang nak menggunakan FB ke IG ke Whatsapp ke sedari awal silalah install VPN Master apps seawalnya dari Malaysia untuk mengelakkan kesukaran seperti kami. Kami install di Beijing dan Ya Allah, susah betul nak install sebab ada download website yang telah di block. Terkial-kial lah jugak kami install dengan gigihnya dan akhirnya berjaya jugak aku dengan bantuan Dewi si pakar IT walaupun internet tidak berapa nak consistent, but oklaaa daripada takde. Lepas jugak beberapa post aku kat IG kan? Hehehe...

     Sesampai je depan pintu bilik, ketuk je pintu dah dengar jeritan dari dalam bilik hahaha... Seumpama rancangan Jejak Kasih, akhirnya kami reunite dalam suasana yang excited tapi harmoni. Semasa dari Vietnam lagi, kami dah request dengan Kak As untuk masakkan kami nasi lemak pakcik Brahims sesampainya kami di Beijing dan Kak As yang penyayang tidak menghampakan permintaan kami. Aku dan Dewi take turn mandi selepas 2 hari air dan sabun tak menjamah tubuh (klasik nau ayat aku) dan selepas tu baru makan secara berjemaah. Sian diorang pun tak makan lagi sebab tunggu kitorang. Selepas makan kami bersiap-siap untuk memulakan misi ronda-ronda bandar Beijing walaupun cuaca di sini hujan gerimis angin lalu, but what to do, aku dan Dewi cuma ada 2 hari untuk meronda Beijing sebelum Selasa tiba untuk ke destinasi lain dan kami perlu memakai poncho sebab gerimis dia boleh tahan lebatlah jugak. Hari sebelumnya Kak As, Ita dan Mera dah pun membuat lawatan sambil belajar ke Bird Nest Stadium, Tiananmen Square dan beberapa tempat yang lain. Makanya hari ini kami proceed untuk pergi ke Niujie Mosque yang terletak di Daerah Xicheng, merupakan masjid terbesar dan tertua di Beijing. Sedikit info tentang masjid ini, ianya dibina pada tahun 996 Masihi di zaman Dinasti Liao.

     Kami mengambil subway dari stesen Tiananmen dan turun di Caishikou Station. Ok kat pintu masuk subway station memang akan ada askar berkawal sambil berdiri tegak macam penjaga istana tu. Hensem-hensem diorang tu hewhewhew. Namun kami takdibenarkan mengambil gambar station beraskar dan jugak kat tempat check beg. So biarlah kehenseman mereka dan keadaan sesak dalam station tu tergambar dalam ingatan kami saja. Dari Caishikou Station kami perlu berjalan lagi dalam 700 meter untuk ke kawasan masjid, maka berjalanlah kami dalam hujan dan kesejukan sambil melanguk melihat bandar Beijing. Semakin hampir kami ke kawasan masjid, semakin banyak kami lihat kedai-kedai daging, kedai runcit, kedai jual kuih muih dan restoran-restoran halal sepanjang jalan kami. Bagaimana kami nak mengecam kedai halal? Tips pertama adalah kebanyakan papan tanda restoran halal adalah berwarna hijau, kerana restoran Cina non halal kebanyakannya menggunakan signboard berwarna merah. Tapi masih perlu double check untuk pengesahan ya. Kedua, of course  ada logo bertulis حلال dan yang tu memang wajib confident terus ya! Akhirnya setelah menapak dalam hujan kami tiba di depan pintu Masjid Niujie. Kelihatan seorang nenek berhijab menunggu di pintu masuk masjid yang mula-mulanya kami ingat dia adalah pekerja masjid tapi rupa-rupanya peminta sedekah. Kami memberi sedikit wang dan nenek menunjukkan arah ke tempat solat perempuan.

     Aku juga mendapat tahu yang penganut agama Islam di sini kebanyakannya adalah berbangsa Hui. Kat sini jugak aku dapat serba sedikit info tentang kenapa Muslim Hui diterima dengan tangan terbuka di China namun tidak bagi bangsa Uyghur yang kebanyakannya bagaikan menjadi pelarian di negeri sendiri. Boleh di google kalau berminat nak tau pasal sejarah perseteruan ni sebab aku takut tersilap info atau aku terlalu menokok tambah kisahnya. Berbalik pada kisah masjid ni, senibina dia memang klasik, antik dan unik sampaikan kitorang sendiri confuse dengan gabungan senibina Islam dan Cina ni... Yalah elok ada kerawang-kerawang sekali ada ukiran haiwan dan patung jugak, tapi siapalah kita untuk judge kenapa senibinanya sebegitu rupa, cuma kita ambil yang positif sudahlah kan? Kawasan masjid yang bersih dan mempunyai beberapa biji bangunan. Feeling dia memang ada sikit macam balik ke zaman dinasti ketika berada dalam kompaun masjid. Puas berjalan di sekeliling masjid, kami pun keluar dan destinasi kali ini adalah..... MAKAN!!!! Kami memilih sebuah restoran yang kelihatan besar dan kami mengorder mee tarik original China maliii dan jugak chicken & lamb skewer. Kuah mee tariknya sama je, yang membezakan ordernya adalah jenis dan bentuk mee nya. Mee tarik dia sedap, cuma kedekut daging dan aku dapatlah 2-3 cebisan daging je dalam tu. Lepas makan kami berjalan ke stesen subway kembali untuk ke Silk Market dan sambil-sambil tu kami singgah beli kacang rebus dan kuih-muih kat gerai-gerai halal tepi jalan untuk dimakan masa kat bilik nanti.

     Dari Caishikou Station kami mengambil train Line 1 untuk ke Yong'anli Station. Lupa nak cakap harga tiket tren adalah standard, iaitu 5 Yuan untuk 1 perjalanan. Sampai di Yong'anli kami terus mengikut signage yang menunjukkan arah masuk ke Silk market, tak payah keluar dari station dia memang dah link terus masuk ke pasar tu. Okay, aku memang mati-mati ingatkan Silk Market tu adalah berupa pasar malam, risau gak aku hujan-hujan nak meredah pasar la pulak, tapi rupa-rupanya dia macam Kenanga Wholesale nun. Disebabkan winter bakal menjelma, memang banyak winter jacket yang dijual dengan harga yang berpatutan... Huuuu geram tengoknya tapi bila mengenangkan aku dah pun menambahkan bebanan beg aku dengan jaket TNS, takkan aku nak beli jaket lagi kan? So aku jalan-jalan cuci mata jelah melihat keindahan barangan sopin di situ huhuhu... Tapi aku beli gak barang kat situ iaitu set pengetip kuku Hello Kitty (sebab aku tertinggal pengetip kuku kat rumah) dan jugak losyen pishang cop Tolly Molly (walaupun made in Korea hahaha). Kak As beli kabel charger kamera dan kesimpulannya kami takdelah sopin benda-benda hebat pun kat sini...

     Abis meronda Silk Market, kami ingat nak mengopi tapi ramai pulak orang kat situ, so kami ambik keputusan untuk mengopi kat area hostel kami je. Makanya kami naik tren pulang dan berjalan ke seberang jalan hostel kami (lorong McD yang driver teksi turunkan aku dan Dewi pagi tadi) untuk mencari cafe dan sememangnya lorong tu memang sangat meriah dan bangunannya juga boleh tahan cantik! Sangat meriah dengan para pekedai ketuk-ketuk gendanglah apa lah untuk menarik pelanggan masuk ke kedai mereka. Ada kami jumpa 1 kedai minuman tapi take away punya, so kami decided untuk berjalan-jalan dulu. Pelbagai jenis barang jualan boleh dapat kat situ dari teh, baju, souvenir sampailah ke makanan dan excitednya kami bila terdapat 2 kedai (yang kami nampaklah) menjual makanan halal! Macam ala-ala street food rupanya lamb skewer kat sini, dan kami beli lagi sebab tak puas makan tadi. Dan bangunan kedai kambing cucuk tu rupa-rupanya adalah sebuah bazaar dan kami pun masuk nak mencuci mata. Kat sini aku membeli fridge magnet dan kami mendapat harga yang jauh lebih murah daripada yang kami tengok kat Silk Market tadi. Kami explore hingga ke dalam dan terdapat restoran halal yang agak eksklusif kelihatan di tingkat atas. Oklah esok malam boileh try yang ni pulaklah kot kan? Di hujung bazaar kelihatan ada sebuah gerai costume tradisional China untuk bergambar. Ita memang suka bab-bab bergambar dengan pakaian tradisional ni dan dia pun on kat situ. Aku pun akhirnya terjebak ambik jugak gambo pakai baju Empress Dowager nih. Kuku je yang takde kalau tak aku memang dah berupa maharani kejam tu hehehe... Tapi nasib baik aku kelihatan cumel je pakai baju tu hahaha. Masa mula-mula kami sampai mamat kedai tu siap menguap-nguap sebab takde customer tapi lepas kam i datang dan diorang tengok Ita dan Mera dah posing sakan tetiba berbondong-bondong customer sampai mamat tu panik tak menang tangan, yalah nak set up kitorang, ambik gambar pastu print gambar lagi memang haruslah dia kelam kabut. Orang siap beratur panjang tu ambik turn hahaha.

     Habis je ambik gambar tu, kami singgah di kedai yang jual air tu dan take away saja dan kami pun pulang ke bilik kami dalam jam 2100hrs sebab kami perlu buat confirmation untuk package kami ke Great Wall yang kami harapkan akan ke Mutianyu di mana kami berangan nak naik tobbagan menuruni Great Wall (walaupun aku dah seriau kecut perut bila pikirkan nak naik benda alah ni). Tapi rupa-rupanya kami tersalah anggap bahagian Great Wall, di mana package yang disediakan oleh Leo Hostel adalah Great Wall di bahagian West Badaling. Sebab tak nak buang masa cari package lain maka kami pun ok je dengan package tersebut tapi kesian Mera muka nak nangis sebab rasa bersalah dengan ketorang sebab dia yang arrange kan itinerary kami di Beijing. Tapi ok walaupun agak terkilan tak dapat ke Mutianyu namun perancangan Allah tu sebenarnya cantik untuk kami. Apakah itu? Baca pulak kat Part 2 nanti ya hehehe... Layan dulu gambar-gambar kami di Beijing...

  
Cost/expenses:

Teksi West Beijing Station - Leo Hostel: 25 Yuan
Subway ticket x 3 train: 15 Yuan
F&B: +/-50 Yuan


*Ada diantara gambar-gambar ini adalah hasil dari kawan-kawan Geng Gadis Jelitas yang sudi berkongsi dengan aku. Tq semua, hanya jasa jadi sanjungan...

Curi-curi gambar dalam stesen 1


Curi-curi gambar dalam stesen 2


Moh jalan dalam hujan





Beskal untuk disewa


Deretan kedai halal


Tempat solat perempuan-Masjid Niujie


Compound masjid




Gabungan Islamik dan Cina




Happy nau dapat bergambo dengan kubur


Gigih aku pakai kasut


I'm trying to be gothic, tapi kaler poncho OUTTT!!!


Yummehhh





Kambing dan ayam skewer




Persekitaran restoran





Tarik banggg tarikkkkk


Makan jangan selpi!!!


Kami try beli roti


Comel kan pakcik ni!!!


Ayam pakcik jual


Beli kuih terus jadi model


Di atas jejantas


Ku tirpinjara


Hakak ada stalker


Happy nampak Kak As nak masuk sopin


Mentelaah kabel


Lip Babiiii


Ni kat lorong opposite hostel


Wefie lagi


Ngaaa...aapppp


Red tokong




Mamat ni pandai bergaya


Ikat jangan tak ikat


Aku yang di setup

Jelita kan???


Lorong yang meranapkan duit


Penutup hari



   

No comments:

Post a Comment