Thursday 30 November 2017

Indo China Finale #VietTrain: Ha Noi-Vietnamku Yang Terakhir...





5 Oct 2017 (day 5)
Ha Noi

     Kami tiba di Ga Ha Noi dalam pukul 11 lebih pagi tak salah. Stesen keretapinya lebih kelihatan moden berbanding stesen di Saigon dan Da Nang. Sesampainya kami di luar, kami terus memesan Grab Car daripada aplikasi. Agak scary juga di sini, di mana teksi-teksi sini begitu agresif nak mendapatkan penumpang. Kami di approach oleh beberapa driver, dah kata taknak tapi masih approach aka mendesak la lebih tepat. Kami juga di approach oleh ulat teksi yang membantu teksi-teksi di situ untuk mendapatkan pelanggan selepas pemandu dia tak berjaya menarik kami. Tapi yang tak best nya, ulat teksi ni siap paksa Dewi bagi dan tunjuk telefon dia sebab nak tengok rate dan jugak  nombor kereta tak salah, tapi biasalah kakak polis memang pantang menyerah kalah! Kami berdegil sampai dia meninggalkan kami sambil mendengus... Takut jugak sebenarnya hati ini... Akhirnya Grab kami sampai tapi dia park di luar kawasan stesen dan kami perlu menyeberang jalan untuk ke situ. Rasanya pemandu Grab sini pun sama situasi kat Malaysia ni, takut dengan pemandu teksi yang agresif ni.

     Dari Ga Ha Noi, kami perlu merentasi traffic jam dari Hanoi moden untuk ke bahagian Hanoi lama atau lebih dikenali sebagai Old Quarter. Kami tertarik untuk stay di Old Quarter selepas menapis beberapa option dan kebanyakan blog yang kami refer mengesyorkan kami untuk stay di sini sekiranya kami dalam short trip kerana Old Quarter adalah cermin sebenar kepada Hanoi dan juga Vietnam, dan memang ya, kami cuma ada 1 malam di Hanoi sebelum kami menyeberang sempadan.

     Kami tiba di hostel kami: See You at Lily's yang mendapat rating tertinggi untuk senarai hostel di Hanoi. Seperti biasa, kami akan mengambil twin sharing room with attached bathroom dan harga untuk 1 malam hanyalah USD22.50. Untuk tempahan melalui booking.com, aku mendapat 2 hrs early check in dan sememangnya aku mintak dengan staff untuk check in awal memandangkan pukul 1400hrs tu jauh lagi. Nasib baik ada bilik dan kami dibenarkan untuk check in awal. Bilik kami di tingkat 5, nasib baiklah hostel ni ada lif. Hostel ni artistik sket, di mana hiasan dinding diorang adalah lukisan mural. Begitu jugak dengan level kami, tak tau kenapa konsep muralnya hantu-hantu giteww... siap ada tangan-tangan menggapai kat tangga sebelah bilik kami. Mungkin jugak sebab bulan Halloween jugak kot.

     Kami di bawa masuk ke bilik kami dan... kami sangat kagum dengan bilik kami! Dengan bilik yang berharga tak sampai RM100 ikut currency kita, kami boleh dapat bilik yang setanding dengan hotel 3 bintang ke atas! Aku memang berharap kalau hostel di Malaysia boleh provide bilik yang sebegitu rupa...

     Selepas kami mandi dan solat, kami bersiap-siap untuk keluar mencari lunch aka dinner kami. Kami dah google mencari tempat makan halal dan kami decided untuk mencari Restoran Zaynab yang terletak di sebelah Masjid An Noor. Kalau ikutkan google map, jarak antara masjid dengan hostel kami cumalah 1.1km, tapi disebabkan entah ke mana kami dibawa keluar masuk lorong (yang kemudiannya kami baru sedar map tu untuk drive ke sana) makanya ianya pun menjadi 2km lebih! Huhuhu! But we took it as pengalaman, kalau tak sesat memang tak lengkaplah ke adventurous an trip kami kan? Kerana kesesatan inilah kami dapat melihat Old Quarter secara dekat. 

     Untuk lorong-lorong perniagaan, kita boleh nampak setiap lorong ada specialization, contohnya, kami lalu lorong jual aksesori motor, makanya selorong tu semua adalah kedai jualan yang sama. Lorong belakang pulak kedai barangan logam dan kimpalan, so sederet tu kedai yang offer service yang sama... Aku agakla, harga-harga di sini mesti murah sebab mereka perlu bersaing sesama mereka disebabkan service yang di offer adalah sama.

     Akhirnya selepas hampir terjelir lidah kami kesesatan, ada cahaya di hujung jalan. Kami berjumpa dengan masjid tersebut tapi tak tau restoran tu kat mana la pulekkk... Tapi kat luar masjid da nampak signage Zaynab Restaurant tapi bila masuk compound masjid kami terus masuk masjid. Keluar kembali, dan ada sekumpulan pakcik-pakcik melepak sambil main judi kat tepi pintu masjid (hahaha aku tak pahammmm) dan sorang pakcik yang aku rasa tuan punya kedai sebelah masjid tu kot, tunjukkan kami satu lorong sebelah masjid... Oooo Restoran Zaynab tu dalam tu rupanya... Kami menganggukkan kepala tanda terima kasih dan dengan pantasss kami masuk restoran. Kedai makannya kecik je ada dalam 4-5 biji meja dan time kami datang tu memang lunch time so penuh lah. Kami keluar kembali dan ziarah masjid dulu sambil bermain-main dengan kucing yang tinggal di masjid tersebut. Dalam 15 minit, kami masuk balik ke kedai makan tu dan orang semakin beransur-ansur keluar. Kami menjumpai dalam 2 group warga Indonesia yang makan di situ. 

     Kami melakukan order dan aku memilih nasi udang sweet sour dan Dewi nasi daging mushroom kalau tak silap. Harganya agak berpatutan dan portionnya besar, memang kenyang sampai malam! Sesudah habis makan, kami meneruskan merayap-rayap di Old Quarter. Memang Old Quarter ni agak besar kawasannya dan memang letih gak lah berjalan. Kami balik ke hostel dalam jam 5 petang dan waktu tu dah hampir menginjak senja. Waktu malam kami hanya dihabiskan di bilik sambil repack bag kami untuk perjalanan panjang kami esok harinya sambil menonton filem Hollywood yang dialih ke bahasa Khmer, hahaha kelakar siottt!!!


6 Oct 2017 (day 6)
Ha Noi - Ga Gia Lam

     Kami breakfast di hostel. Lupa nak inform yang bilik kami adalah termasuk sarapan, dan sarapan yang disediakan adalah berasaskan telur, sayur dan roti sahaja, legaaa kami... Selepas sarapan, kami membuat persiapan terakhir sebelum kami check out pada jam 1200hrs. Kami tak dapat extend late check out kerana hari ni bilik penuh, berdasarkan pemerhatian kami masa melepak di lobi hostel. Ramai pelancong walk in untuk mendapatkan bilik tapi semua jenis bilik dah penuh. Kami dibenarkan untuk menumpang beg di situ sementara menunggu masa untuk ke stesen keretapi pada malam ini, kemudian keluar untuk lunch pulak. Kali ni kami mengambil keputusan untuk mengambil Grab Car saja ke Masjid An-Noor sebab taknak berpeluh. Yalah nanti kami dah bakal tak mandi selama 2 hari kot... Oh ya sebelum tu, kami merayap di sekitar kawasan hostel untuk menukar sedikit lagi duit Dong sebab dah nyawa-nyawa ikan duit kami. Akhirnya ada jugak money changer yang sanggup mengambil duit RM - selepas di reject beberapa MC (kami cuma tukar sikit, RM60 saja) walaupun dia ambil lebih murah dari harga yang sepatutnya. Jadilah untuk kami survive dalam beberapa jam ni. Maklumat tambahan, Money Changer kat sini sebenarnya lebih kepada open counter: sebab diorang ni sebenarnya bertindak sebagai kaunter travel agent jugak. Tambang Grab      kami x mahal, cuma 20k Dong sahaja (+/- RM4)...

     Di Restoran Zaynab, aku order nasi putih bersama kebab daging pulak arini, letak kicap & wallahhh rasa macam makan kat rumah je. Dewi pulak dah jatuh cinta dengan nasi udang sweet sour aku semalam, so dia order yang ni pulak. Selepas  makan, kami ambil Grab kembali ke hostel kami. Di hostel, kami cuma menghabiskan masa (dan juga wifi hostel hehehe) dengan melepak di lobi sambil melihat owner membuat keje. Bosan jugak, sambil-sambil tu kami keluar ke kedai sebelah membeli stok roti dan jugak buah-buahan dan Milo 3 in 1 untuk bekalan dalam tren nanti. Aku jugak beli sebotol kecik jem strawberi sebab aku tak makan peanut butter.

     Jam 1730hrs, kami mula bergerak keluar hostel menuju tepi jalan untuk mengambil Grab Car untuk ke Stesen Gia Lam. Sengaja kami keluar awal walaupun tren kami adalah pada jam 2120hrs malam ini kerana kami menjangkakan jem yang teruk untuk kami ke stesen dan juga dah berjanji dengan agen tiket kami untuk berjumpa pada jam 2000hrs. Oh ya, lupa nak inform, Seperti tahun lepas, kami menggunakan khidmat 12go.asia dan terbukti reliable. Seperti yang dijangkakan, sememangnya sangat macet bandar ini dan kami mengambil masa hampir 40 minit jugaklah untuk ke stesen. So untuk mereka-mereka yang nak naik tren seperti kami, rancanglah perjalanan korang sebaik-baiknya. Biar kita awal banyak daripada ketinggalan keretapi ya. 

     Kami sampai di Ga Gia Lam lebih kurang jam 1820hrs. Kami cuma melepak saja di situ sementara menunggu agen 12go.asia datang. Stesen ni memang kecik dan bangunannya lama. Masa kami sampai ni orang memang ramai. Bau? Malas nak cerita panjang, tahan jelah. Jam dah melepasi pukul 2000hrs tapi agen kami masih belum sampai. Gelisah? Of course! Dewi pun dah tak senang duduk dok asyik suruh aku contact company tu. Kelihatan agen-agen tiket semakin ramai di stesen kerana kebanyakan pelancong seperti kami akan menggunakan khidmat agen untuk booking tiket tren antarabangsa demi untuk memastikan mendapat koc yang dikehendaki. Akhirnya agen kami sampai dalam pukul 2030hrs. Dia memberi sedikit penerangan kepada kami tentang koc kami juga prosedur semasa di sempadan nanti dan menunggu sehingga kami menaiki tren, siap tolong bawakkan beg kami lagi ke koc kami. Untuk tren kali ini, kami booking 2nd class soft sleeper (tapi dalam website dia tulis VIP) dan sememangnya expectation kami adalah koc yang lebih kurang sama dengan tren Vietnam kami yang sebelum ini. Harga tiket kami adalah 7,760,000 Dong (bersamaan RM1,559.90) untuk seorang; perjalanan dari Hanoi sehingga ke Beijing West yang bakal menyaksikan kami bakal berada dalam perut tren selama 2 malam. Kami bertolak pada 2120hrs pada 6 Oktober 2017 dan dijangka sampai ke West Beijing Station pada 8 Oktober 2017 jam 0955hrs (masaklah makkkk!!!) 

     Masuk je kami di koc kami like... Patutlah rega ko mahal! Memang cantik dan eksklusif koc kami tu walaupun koc untuk 4 orang sebilik. Toilet pun eksklusif dan bersih. Berbaloi la dengan harga yang kami bayar. Koc kami dijaga oleh seorang pegawai beruniform lengkap dan biliknya cuma sebelah dengan bilik kami. Dan untuk koc kami cuma beberapa bilik saja yang occupied. Kami memang berharap takde roomate untuk kali ini dan akhirnya doa kami dimakbulkan! Alhamdulillah... 

     Tren kami bertolak tepat pada waktunya dan kami pun melayan perasaan masing-masing dalam tren sambil mendengar lagu-lagu yang berkumandang di corong radio tren ni dan kemudian terlelap sebelum kami perlu bersiap sedia untuk mengangkut beg untuk turun sebentar di Dong Dang untuk merentasi sempadan... 

     Dalam jam 0055hrs pintu bilik kami diketuk menandakan kami sudah hampir sampai di Dong Dang. Kami diminta turun sambil memikul beg kami untuk diperiksa oleh pegawai Imigresen dan Kastam. Kami terpaksa beratur panjang untuk memeriksa barang dan mengecop passport di stesen yang kelihatannya seperti bangunan tinggal. Katanya stesen ni sedang dalam proses renovation. Baru perasan sebenarnya ramai je orang yang naik tren bersama-sama kami tapi kebanyakannya dari koc hard sleeper dan juga 3rd class. Bagi penumpang yang mempunyai anak kecil diberi keistimewaan untuk potong line. Dalam 50 minit jugak kami tersiksa beratur sambil memikul beg berat kami ditambah pula dengan bau asap diesel keretapi tu telah menyebabkan kepala aku pusing dan mabuk. Yalah sebelum tu kami terpaksa menahan pernafasan kami dalam koc sebab pegawai tren kami adalah lelaki yang merupakan perokok tegar! Dah le bilik sebelah je kan... Akhirnya beg kami di scanned dan passport kami di cop. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami dibenarkan untuk naik semula ke koc kami. Masuk je dalam bilik, aku terus bukak minyak angin perisa lavender aku menghidu untuk meneutralkan pernafasan aku. Proses imigresen di Dong Dang mengambil masa kira-kira 2 jam lebih dan selepas itu tren kami mula bergerak. Kami diberitahu bahawa dalam masa sejam lagi kami akan tiba di check point seterusnya iaitu Xiangping utk cop passport masuk ke China pulak. So kami memang just lepak-lepak je sementara sampai ke check point seterusnya...


Cost/expenses:

Grab car sepanjang di Hanoi: 120k Dong
Accommodation (See You at Lily's): USD 22.50/night
F&B: 200k Dong
Train Hanoi-West Beijing: 7,760,000 Dong (RM1,559.90)

Gambar-gambar dan video:



Bangun pagi terus selfie. Tak sabar nak sampai Hanoi





Finally Ga Ha Noi


Ga Ha Noi





Bilik kami


Macam hotel je...


Old Quarter




Masjid An Noor


Compound masjid


Restoran Zaynab


Sijil Halal restoran


Tadaaa... Nasi aku: udang sweet sour


Nasi Dewi


Mural sebelah bilik kami


Mural tangga


Breakfast kami keesokan harinya


Apakahhh Dewi???


Lagi Old Quarter area


Kerja kuat...


Area hostel


Area hostel from the opposite lorong


Hostel kami


Lobi hostel dan tuan hostel. Comel kan dia?


Ga Gia Lam... Ramai umat manusia


Ko dah kenapa Dewi???


Luar stesen


Ga=Station


Jadual stesen-stesen yang bakal berhenti untuk drop off


Dari rak makcik jual buku


Makcik jual buku


Tunggu tiket...


Akhirnya tiket sudah berada di tangan


Red carpet ke bilik kami. VIP sangat hehehe




Bilik kami yang ala-ala bilik JLo all white


JLo kah aku???


Dong Dang. Beratur jangan tak beratur!!!


Tak ingat minit keberapa pemberaturan ini. Amik gambar dulu sebelum diharamkan kat dalam tuh







     



     

     

No comments:

Post a Comment