Saturday 27 February 2016

Recap 2014 - Eropah 7 Negara - Model MV Karaoke di Lucerne, Swiss




30 May 2014

     Tibalah masanya utk kami meninggalkan negara cantik ini... Terasa sayu hati namun perjalanan perlu diteruskan... Namun, sebelum check out, kami sempat bergambar di depan hotel kami dan juga breakfast turut disediakan untuk kami. Aku punyalah excited nak merasa makan cheese kat sini, siap da amik tu, tetiba Haji Zikri (ketuak delegasi Trip Kekawan) bagitau yg. cheese tu xhalal... huhuhu frustnya aku x dapat makan cheese tersebut namun bersyukur sbb aku xsentuh pun lagi cheese tersebut yg. masih terletak dalam pinggan. Akhirnya aku letak balik cheese tersebut dan cuma mengambil telur rebus, roti dan buah sebagai breakfast kami.

     After check out, kami menuju ke next destination kami: Germany... Tapi Swiss ni banyak sangat tempat menarik & kami 1 van decided nak singgah ke Luzern @ Lucerne, sebuah bandar besar yang terletak kira2 1 jam dari Wilderswil. Pada mulanya, rakan2 tgrip yg. lain berhasrat nak menaiki cruise di Lucerne, namun atas faktor kesuntukan masa, ditambah lagi kami mengejar masa untuk ke Metzingen FO yg. terletak di Germany. Apa  ada di Metzingen???? Hahaha!!! Sebabnya akan kita reveal di entry seterusnya nanti...

     Kami terus berjalan2 dan mengambil gambar di sekitar bandar Lucerne... Dan kalau korg semua perasan, jambatan Lucerne yg. menjadi mercu tanda bandar ni byk sekali digunakan dalam video clip karaoke.... Ha ha ha betul kan???? So aku pun fefeeling video clip girl karaoke berposing la di atas jambatan tu... Cuma sebentar kami di situ sebab aku agak merasa bosan dgn bandar tersebut. Aku lebih menyukai Lauterbrunnen & Interlaken berbanding Lucerne yg. aku lihat modern. Dalam masa x sampai 1 jam kami dah berpusing2 di sekeliling kawasan bandar tersebut... Akhirnya kami turun semula ke shopping complex bawah tanah (kami parking kereta di parking shopping complex ni) sambil menunggu van mate kami yg. masih lagi bershopping dan berjalan2...

     Bila tiba time nak bertolak, kakak n abang ni mintak singgah di mana2 souvenir shop utk beli fridge magnet etc.... Rupa-rupanya mereka x membeli apa-apa pun walaupun kami berada di Lauterbrunnen utk 2 malam. Kami mencari kedai souvenir dan akhirnya berjumpa di suatu lorong. Mmg harganya lebih mahal berbanding di Interlaken. Kalau aku beli fridge magnet berharha CF 4, kat sini harganya CF 6!!! Alhamdulillah kami dah beli lebih awal... Masalah bila kita masuk di bandar besar ialah: Traffic Jam! Kami terperangkap dlm nak dekat sejam jugaklah kat sini... Aku n encik suami mula gelisah, xtau samada kami sempat sampai di Metzingen City tepat pada waktunya x... Jam sudah menunjukkan lebih kurang pukul 1 petang dan perjalanan ke Metzingen dijangka mengambil masa lebih kurang dlm 3 jam: bergantung kepada kelajuan pemandu... Dan menambahkan kerisauan kami ialah kebanyakan kedai di Europe pada musim nak masuk panas ni akan tutup pada jam 6 petang... Kami memang redho & pasrah ajelah time ni...

     Perjalanan kami diteruskan dengan hati yg penuh debaran dan juga keterujaan suami utk memandu di highway idaman para lelaki dan wanita yg. suka memandu laju iaitu Autobahn (highway without speed limit).


      Kita enjoy aja view sblm masuk ke Germany..




Posing depan hotel sebelum check out



Inilah sungai yg. dimaksudkan...



Lepaking sementara menunggu breakfast



Breakfast kami



Pemandangan otw ke Lucerne






Di samping banyak air terjun, Swiss juga mempunyai banyak tasik






Pit stop utk semua peserta







Poyos...



Berlatar belakangkan jambatan popular utk video clip karaoke



Posing!!!



Maafkan kegemukan tersebut... Simpan beg dlm baju sbb sini banyak penyeluk saku ye kawan2



Angsa comel



Ni Farrah comel... hewhewhew



Cak!!! Dua2 pun comel!!!



Model karaoke sedang beraksi



Lagi aksi karaoke



Posing je kat mana2 yg. boleh...



Err... Bangunan kerajaan x salahnya ni



Lagi posing!!!



Burung camarrrr















Recap 2014- Eropah 7 Negara - Bersalji di Swiss!!!



29 May 2014

     Alhamdulillah after +/- 8 jam travelling from Paris, akhirrrnyaaa kami sampai di lodge kami yang comells... terletak di Lauterbrunnen, kawasan kampung yg saaaangaaattt sejuk sampai x sanggup rasanya nak mandi... di sini, hampir semua geng trip planning nak naik Jungfrau a.k.a Top of Europe nak main salji, tapi kami memilih untuk menyimpang dari pilihan ramai... so kami decided hendak ke Schilthorn: kawasan pergunungan yang lebih rendah dari Jungfrau tapi sangat special sbb menjadi location untuk filem James Bond: On Her Majesty's Secret Service. Siap ada muzium James Bond & restoran berputar kat atas nih... n dapat jugak experience salji turun mcm hujan menimpa diriku ini (chewahhh) & main2 baling salji n amat berbaloi! Selain harga tiket yang lebih murah, kami dapat merasai pengalaman menaiki tren, kemudian jalan kaki di kawasan perkampungan Murren yg sangat cantik, naik cable car hingga ke puncak, turun dari puncak dengan cable car tapi melalui jalan yang lain, dengan air terjun menjadi view wajib, n ended dgn bas... semuanya dlm 1 tiket!!!!

     Kesilapan besar aku ialah tidak mencatatkan berapakah harga tiket tren yg kami dah bayar utk ke Schilthorn namun utk harga terkini bolehlah click di link ini: Piz Gloria. Ini adalah antara negara yg. paling terkesan di hati aku... Aku amat menyukai tempat ini dan kalau diberi pilihan aku nak migrate di mana, di sinilah yg. akan aku pilih utk. settle down... Negara yg. bersih, nyaman dan tenang dan aku mmg boleh hiduplah kat sini...

       Dalam jam 2 petang (setelah kami berada di puncak lebih kurang 5 jam), kami turun dengan cable car sehingga melalui Grutschalp dan seterusnya mengambil bas sehingga ke Lauterbrunnen train station. Dari situ, kami tidak terus pulang ke hotel kami, kami membeli tiket utk. ke pekan Interlaken. Dikatakan bahawa souvenir di situ lebih murah berbanding di Lauterbrunnen kerana Interlaken merupakan pekan yg. lebih besar dan lebih banyak kedai ada di situ...

     Di situ ada sebuah pasaraya yg. kalau kat sini standard Giant la... Aku membeli buah-buahan di sini: strawberry, raspberry dan blackberry utk merasa... MasyaAllah manisnyaaaa!!! Dah le murah & gemuk2 belaka!!! Di pekan ini juga kami membeli fridge magnet (ok... fyi, Swiss merupakan antara negara termahal dgn % VAT refund yg. paling sedikit compared dgn negara2 Eropah yg. lain). Seketul fridge magnet yg sangat halus (cow bell - mcm maskot la kat kawasan sini sbb kat sini adalah kawasan penternakan lembu & kambing biri2). Kami juga membeli pisau Victorinox/Swiss Army yg. dijual secara berleluasa di sini (dah negara pengeluar brand ni kan)... Encik suami mmg gila pisau la time ni sbb harganya jika kita compared dgn Swiss Army di Malaysia mmg berbeza sgt harganya... Sini mmg murah almost separuh la... Adik no. 2 aku pun awal2 lagi dah pesan dia nak pisau Black Ice sebagai souvenir dia. Bilah pisau yg. menggunakan besi berwarna hitam, namun aku x menjumpai jenama Swiss Army/Victorinox, hanya ada jenama Wenger sahaja (rakan sekongkol Victorinox suatu ketika dulu, namun terdapat perbalahan antara 2 rakan kongsi ini makanya mereka berpecah & menghasilkan pisau dgn jenama masing2). Tapi.... Jam tangan sangat mahal kat sini... Aku usha2 Tissot tapi xnampak pun jenama tu di kedai2 yg. kami pergi... Manakala utk brand yg lain, mcm Rolex etc, mmg xsetaraf dgn aku la harganya.... maka lupakan sahajalah... huhuhu... 

     Selepas shopping, kami cuba mencari kedai makan halal di sini dan Alhamdulillah kami menjumpai beberapa kedai Lebanese & Turki di sini. Kami memilih utk ke krestaurant Turki dan encik suami memesan fish & chip manakala aku memesan pilav (nasikla lebih kurang). Harga tanpa convertion to RM mmg sangat berpatutan la... Lepas makan kami mengambil tren kembali ke hotel kami dan berehat2 sebelum kami meneruskan perjalanan jauh kami keesokan harinya...


      Enjoy gambar kami sepanjang berada di puncak Schilthorn ini... (banyak kan? Ini pun suku je... hahaha)



Bilik comel kami utk 2 malam di Lauterbrunnen...



Muka baru bangun tido pastu nak kejar tren... huhuhu



Tren ke stetsen Lauterbrunnen, lepas tu cable car utk ke Murren



Cable car



Pemandangan dari dalam cable car



Lagi pemandangan indah



X ingat cable car turun di mana, pastu naik funicular train pulak utk. ke cable car station di Murren. Nota: muka di atas adalah muka lepas kena marah dgn drebar train sbb aku tersalah tekan button pintu nak keluar masuk...



Muka encik suami yg. tiada perasaan selepas menyaksikan isterinya dimarahi...



Ooo ok Grutschalp nama stationnya... hihihi



Asyik dgn view...



Cakkk!!!



Cantiknya view!!!











Reflection katanyaaaa....



Yeahhh di Murren sudaaa... Hujan + sejuk...



Sedang mencari kedai utk cari makanan breakfast



Jejaka Melayu terakhir yg. teramat misterius



Jejaka Melayu Terakhir merenung masa hadapan sambil melihat bendera Swiss berkibar dalam hujan



Cakkk!!!!



Evian: Minuman rasmi kami sepanjang trip kami di Europe. Harganya tersangatlah murah di Europe. Balik Malaysia mmg x mampu la nak minum oiii



Akhirnya, sekali lagi cable car ride utk ke Schilthorn. Kelihatan landskap sudah bertuka warna



Antara gambar tercantik yg. pernah aku captured... Tapi mengapa bukan akuuu yg. berada di dalam iniii!!!



Aku rasa gambar ini belongs to di atas...



Pemandangan kami di dalam cable car



Close up... seljiiii!!!

 

Kami sudah sampai ke puncak!!!



Welcome to Bond Museum atas gunung



Pemandangan di dalam muzium



For Your Eyes Only...



Hallu Abdul Wahub? Halluuuu!!!!



Xpayah nak tokojut sangat la...



Boyfriend ku crook...


Hensapppp!!!



Xde motif sebenarnya



Main simulator sangat incik suami ni...


Sesi makan ais



Motif???



Panaskan badan dgn hot choc session...



Kami di restoran berputar...



Bayar pakai credit card... menggatal betul aku nih...



Otw turun



Antara pemandangan dlm cable car



Indah sungguh...



Kami sudah di bawah!!! Menunggu bas ke train station



Lagi view di perkampungan bawah gunung...






Lauterbrunnen: xsalah aku bermaksud air terjun kot... sbb di sini aje, ada beratus2 air terjun menjadi sajian mata para pengunjung. Kat Malaysia ni mmg aku dah terjun tiruk dah. Nasib baik kat negara yg bersuhu bawah 5 darjah celcius...


Lagi air terjun



Rumah yg. comel. Kat belakang tu pun ada air terjun lagi



Shopping time @ Interlaken



Makanan kami!!!



Interlaken station. Kalau korg naik Eurotrain from negara lain, kat sinilah main stationnya



Aku yg. suka enterprem...



Poyos...



Buah-buahan yg manis lagi sedap: hasil tangkapan di 'Giant' Swiss



Inilah hotel kami!!! Depannya sungai, belakangnya perkuburan... owh creepy!!!



Jarak diukur dgn minit sbb ramai yg. suka berjalan kaki kot kat sini



Pemandangan dari tanah perkuburan... hahaha tanah kubur pun kami explore tau!!!!