Friday 26 February 2016

Recap 2014- Eropah 7 Negara - Ini Paris!!!





25 May 2014

     Ini merupakan kali pertama kami berjalan di luar Asia dan kami mengikuti kembara self drive bersama Trip Kekawan. Aku menjumpai group ini secara tak sengaja (hahaha) dan kebetulannya aku mmg sedang mencari budget trip ke Europe dan boleh cover sebanyak negara yg. boleh tapi dgn cara yg. berbaloi. Makanya inilah hasil google aku dan dgn persetujuan encik suami maka aku pun mendaftar utk join trip ini... Kami memilih utk mengambil trip self drive ke 7 negara dan di bawah nanti akan aku bagi pecahan kos mengenai pakej yg. kami ambil ni... Kerana terlalu excited, mmg banyaklah aku study tentang negara2 yg. kami bakal lawati.

     Alhamdulillah trip kami bermula dari Paris & ended pun di sini... All d way from KUL via Qatar Airways-official travelling date: 25 May 2014- 5 June 2014. Started @ Paris & gambo2 ni diambil otw from Paris ke Switzerland... Kami berkumpul semula di CDG Airport utk gathering bersama2 peserta lain. Ada 3 MPV dan 5 kereta utk pengembaraan pada kali ini... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Kami merupakan peserta yg. paling muda dlm MPV kami dan kami ber-7: iaitu Abg Said & isterinya Kak Wan, Che Din & isterinya Kak Manizah dan kawan kak Manizah iaitu Kak Lida... Memandangkan kami berdua yg. sampai sehari awal manakala kebanyakan yg. lain sampai pada pagi hari kejadian, makanya encik suami telah ditugaskan utk. drive dulu...

     Ini adalah pengalaman pertama encik suami membawa left hand drive car/MPV, namun aku agak kagum jugak sbb dia x menghadapi masalah utk catch up dgn cepat... Perjalanan pertama kami keluar dari CDG airport dan dgn. menggunakan encik Garmin, kami di bawa keluar dari kawasan bandar dan mengikut countryside highway utk. ke check point kami yg. pertama: iaitu Lauterbrunnen Swiss.... Enjoy gambar sepanjang perjalanan kami dari Paris ke Swiss.




Flight tix KUL-Paris (Via Qatar Airways) - RM 2,118 (return) x 2 pax

Eropah 7 negara package - RM 3,750 x 2 pax

Fuel, toll, parking & additional insurance utk Merc Vito sepanjang kembara 7 negara (vehicle expenses) - Euro 111/pax (van mate ada 7)





Menjejakkan kaki di Paris selepas 16 jam flight & transit di Doha. Tgh tunggu shuttle utk ke hotel



Driver pertama kami...



Tiap kali berhenti di RnR, aku wajib beli hiot choc... Sedap wooo



Berhenti sebentar di wakaf utk. lunch



Amik gambo duluuuu



Aku dan kakak2 yg. sungguh ke suri rumahan...



Mancho la tewww



Inilah kenderaan kami selama 12 hari yg. akan membawa kami merentasi 7 negara



Gambo lagi...



View sepanjang highway







Encik Garmin membawa kami sesat larat di dalam perkampungan omputih ni. Lokasi? Kami pun xtau...







No comments:

Post a Comment