Saturday 27 February 2016

Recap 2014 - Eropah 7 Negara - Model MV Karaoke di Lucerne, Swiss




30 May 2014

     Tibalah masanya utk kami meninggalkan negara cantik ini... Terasa sayu hati namun perjalanan perlu diteruskan... Namun, sebelum check out, kami sempat bergambar di depan hotel kami dan juga breakfast turut disediakan untuk kami. Aku punyalah excited nak merasa makan cheese kat sini, siap da amik tu, tetiba Haji Zikri (ketuak delegasi Trip Kekawan) bagitau yg. cheese tu xhalal... huhuhu frustnya aku x dapat makan cheese tersebut namun bersyukur sbb aku xsentuh pun lagi cheese tersebut yg. masih terletak dalam pinggan. Akhirnya aku letak balik cheese tersebut dan cuma mengambil telur rebus, roti dan buah sebagai breakfast kami.

     After check out, kami menuju ke next destination kami: Germany... Tapi Swiss ni banyak sangat tempat menarik & kami 1 van decided nak singgah ke Luzern @ Lucerne, sebuah bandar besar yang terletak kira2 1 jam dari Wilderswil. Pada mulanya, rakan2 tgrip yg. lain berhasrat nak menaiki cruise di Lucerne, namun atas faktor kesuntukan masa, ditambah lagi kami mengejar masa untuk ke Metzingen FO yg. terletak di Germany. Apa  ada di Metzingen???? Hahaha!!! Sebabnya akan kita reveal di entry seterusnya nanti...

     Kami terus berjalan2 dan mengambil gambar di sekitar bandar Lucerne... Dan kalau korg semua perasan, jambatan Lucerne yg. menjadi mercu tanda bandar ni byk sekali digunakan dalam video clip karaoke.... Ha ha ha betul kan???? So aku pun fefeeling video clip girl karaoke berposing la di atas jambatan tu... Cuma sebentar kami di situ sebab aku agak merasa bosan dgn bandar tersebut. Aku lebih menyukai Lauterbrunnen & Interlaken berbanding Lucerne yg. aku lihat modern. Dalam masa x sampai 1 jam kami dah berpusing2 di sekeliling kawasan bandar tersebut... Akhirnya kami turun semula ke shopping complex bawah tanah (kami parking kereta di parking shopping complex ni) sambil menunggu van mate kami yg. masih lagi bershopping dan berjalan2...

     Bila tiba time nak bertolak, kakak n abang ni mintak singgah di mana2 souvenir shop utk beli fridge magnet etc.... Rupa-rupanya mereka x membeli apa-apa pun walaupun kami berada di Lauterbrunnen utk 2 malam. Kami mencari kedai souvenir dan akhirnya berjumpa di suatu lorong. Mmg harganya lebih mahal berbanding di Interlaken. Kalau aku beli fridge magnet berharha CF 4, kat sini harganya CF 6!!! Alhamdulillah kami dah beli lebih awal... Masalah bila kita masuk di bandar besar ialah: Traffic Jam! Kami terperangkap dlm nak dekat sejam jugaklah kat sini... Aku n encik suami mula gelisah, xtau samada kami sempat sampai di Metzingen City tepat pada waktunya x... Jam sudah menunjukkan lebih kurang pukul 1 petang dan perjalanan ke Metzingen dijangka mengambil masa lebih kurang dlm 3 jam: bergantung kepada kelajuan pemandu... Dan menambahkan kerisauan kami ialah kebanyakan kedai di Europe pada musim nak masuk panas ni akan tutup pada jam 6 petang... Kami memang redho & pasrah ajelah time ni...

     Perjalanan kami diteruskan dengan hati yg penuh debaran dan juga keterujaan suami utk memandu di highway idaman para lelaki dan wanita yg. suka memandu laju iaitu Autobahn (highway without speed limit).


      Kita enjoy aja view sblm masuk ke Germany..




Posing depan hotel sebelum check out



Inilah sungai yg. dimaksudkan...



Lepaking sementara menunggu breakfast



Breakfast kami



Pemandangan otw ke Lucerne






Di samping banyak air terjun, Swiss juga mempunyai banyak tasik






Pit stop utk semua peserta







Poyos...



Berlatar belakangkan jambatan popular utk video clip karaoke



Posing!!!



Maafkan kegemukan tersebut... Simpan beg dlm baju sbb sini banyak penyeluk saku ye kawan2



Angsa comel



Ni Farrah comel... hewhewhew



Cak!!! Dua2 pun comel!!!



Model karaoke sedang beraksi



Lagi aksi karaoke



Posing je kat mana2 yg. boleh...



Err... Bangunan kerajaan x salahnya ni



Lagi posing!!!



Burung camarrrr















No comments:

Post a Comment