Friday 13 April 2018

#TransSiberian: Irkutsk - Gangguan Coach Pemabuk di Hostel


19 Oct 2017 (Day 19)

Irkutsk

     Akhirnya kami sampai di Baikaler Hostel, yang terletak di bandar. Kawasan agak strategik, Irkutsk kelihatan seperti bandar lama dan ketika dalam perjalanan kami tadi ada ternampak kuarters lama yang Dasha terangkan telah wujud dari zaman USSR lagi. Sememangnya pemandangan macam filem penyiasatan yang kita tengok dalam filem-filem US. Pintu masuk hostel agak pelik, kerana terletak di belakang bangunan. Kami perlu menekan buzzer untuk memaklumkan kedatangan kami dan pintu pun dibuka... Berpinau sebentar mata kami bila melihatkan tetangga yang bakal kami daki.... huhuhu weiii 3 tingkat yang 6 tau!!! Dengan keadaan kaki aku yang begini, ditambah dengan beg-beg berat kami termasuk beg seret Kak As dan beg makanan, bertafakur sebentar jugaklah kitorang! Dengan menghela nafas yang panjang, kami pun mulakan pendakian kami secara perlahan-lahan. Sememangnya seksa sebab tiada lift yang tersedia... Ketibas jugaklah nak sampai ke puncak dan akhirnya kami sampai di pintu Baikaler Hostel. Pintu dibuka, dan kelihatan penjaga hostelyang bernama Eve, dan nampaknya dia lagi muda dari kami hahaha... Kelihatan sangat kelam kabut keadaan Eve mengemas hostel. Sedikit gambaran mengenai hostel kami kali ini. Rupa dia seperti sebuah apartment, tempat letak kasut, meja reception dan sofa menunggu semua terlonggok di tengah, manakala sekelilingnya adalah bilik, tak salah aku ada 3 atau 4 bilik dorm di sekeliling 'lobi'. Dapur berada di sebelah laundry room dan 2 toilet di celah lorong. Sememangnya agak sempit, tapi nak buat macamana, kami dah pun booking menginap di sini, lagipun cuma untuk 1 malam sahaja. Untuk hostel di sini, ada disediakan free wifi, so bernafaslah jugak kami disamping bolehlah nak simpan data simcard kami sebab masih ada 3 bandar lagi yang ada dalam itinerari kami. Eve berhenti mengemas sebentar untuk check in kami, sambil mengomel tentang sekumpulan baseball players yang menginap di hostel kami jugak. Rupa-rupanya ada sekumpulan student lelaki bersama coach mereka menginap di sini kerana ada tournament, dan biasalah... boys, what you expect kan? Memang bersepah keadaan hostel tu. Kami diberitahu Eve yang dorm kami diduduki oleh students dan mereka semua dah keluar untuk latihan ke apa ntah... So barang-barang mereka masih ada dalam dorm... Ahhh sudahhhh... Eve suruh kami menunggu sebentar untuk dia kemas dan transfer semua barangan budak-budak tu ke dorm lain. Bukak je pintu bilik, Ya Allah!!! Bersepahnya bertambah dengan bau terpengap! Dengan botol-botol soft drink bergelimpangan atas lantai, sampah sarap, baju-baju siap spender sekali bersidai kat heater, palang katil dan tepi tingkap... Serius horror time nih! Eve menyambung mengemas sambil berleter sekali lagi. Disapunya bawah katil, amek kau!!! Boxer, plastik junk food bagai semuanya keluar! Arrgghhh rasa macam nak cari hostel lain je sekarang nih! Masih bersabar, kami biarkan Eve mengemas dan mengemop bilik tu dan menukar sarung cadar (yang ni Eve yang tolong tukar, mungkis sebab dia rasa serba salah kot dengan kami). Selesai mengemas, Eve membenarkan kami masuk ke dalam bilik... 

     Kami mengemas-ngemas sedikit tempat tidur kami dan masa untuk berehat sebentar sebelum mereka keluar meronda-ronda bandar Irkutsk. Ya, aku tak ikut untuk petang ini sebab nak rehatkan kaki, so aku cuma akan join keesokan harinya. Sementara menunggu Eve mengemas lagi (mop kali ke-2) aku lepak jelah sorang kat atas katil, tiba-tiba beberapa budak lelaki masuk bilik nak mengambil saki-baki barang diorang yang masih tinggal dalam bilik. Aku terkejut, dia pun terkejut! Nasib baiklah aku pakai tuala kat kepala jadi selendang masa melepak-lepak tu. Sambil mengutip barang, aku tengok jelah budak-budak baru nak up ni. Hensem budak-budak ni, tapi bau busuk hahaha. Dalam 4-5 kali jugaklah diorang berulang alik keluar masuk bilik, letih pulak menunggu. Settle, akhirnya dapat aku berbaring-baring dengan aman sambil menunggu diorang ni balik berjalan. Sambil merenung tingkap, aku ambiklah gambar sekeping dua traffic jam kat bawah tu... Sambil tu aku melayan sedih aku jugaklah sebab tak dapat menikmati Irkutsk secara total....

Melayan perasaan dari tingkap hostel

          Hampir Maghrib, mereka pun sampai ke bilik. Mandi dan melakukan apa yang wajib, Kak As dan pembantu dapur, Mera kini bersiap siaga untuk bersilat di dapur. Seperti di Belka Hostel, di sini juga disediakan complimentary pasta, beras, kopi & teh dan kami cuma perlu membeli bahan mentah untuk masak lauk. Malam ini menu kami adalah kobis goreng dan telur goreng kurma (pes kurma Brahims punya!!!). Barang-barang dapur ni dibeli oleh diorang masa keluar meronda tadi. Diorang dah tolong masak, so aku tolonglah buatkan air teh untuk kami dinner... Habis makan kami pun melepak-lepak dalam bilik. Kami tak kuncilah dulu bilik kami sebab nak pi toilet lagi sebelum tidur. Tiba-tiba ada seorang lelaki tua dalam keadaan mabuk terus terjah masuk ke bilik kami sambil membuat bising. Panik kejaplah kami dan dan bila dia tengok orang lain dalam bilik dia pun keluar sambil meracau-racau. Okay, seram. Lepas ke toilet kami terus mengunci pintu. Kedengaran bunyi bising lagi di luar, lelaki tua yang akhirnya kami dapat tau identitinya iaitu coach kepada budak-budak nak up ni. Malam kami kadang-kadang diselangi oleh ketukan pintu bilik oleh coach yang tak hilang mabuknya itu. 

Makan malam sudah siap! Trimas Kak As & Mera!!!


20 Oct 2017 (Day 20)

Masih terpenjara di Hostel...

     Kami bersarapan roti yang dibeli oleh diorang semalam dan juga pasta hehehe... sebelum keluar meronda lagi. Masa kami masak dan makan, coach mabuk yang dah sedar diri tu tengah bersarapan jugak dengan seorang lagi coach di dapur sambil minum teh. Malas nak layan, tapi mamat ni bertanya jugak kami berasal dari mana dalam bahasa ayam dan itik. Ada ke kata kami ni dari Bangladesh!!! Sebabnya diorang tak tau Malaysia tu kat mana ya... Diorang keluar dari dapur memberi ruang kami untuk makan. Lepas makan, kami chow je malas nak melayan lagi... Semalam mereka meronda bandar Irkutsk di jalan sebelah kanan hostel, so harini kami akan mengambil jalan kiri hostel untuk meronda. Aku mengambil pendekatan berjalan secara perlahan-lahan. Kami melalui lorong yang dikelilingi oleh bangunan lama. Sememangnya ini adalah perjalanan terjah dan redah je sambil mengikut waze menuju ke Cathedral Mosque. Tapi sebelum itu, kami perlu mencari farmasi untuk membeli bandage untuk kaki aku yang membengkak. Kami tiba di bandar Irkutsk yang kelihatan seperti Old City. Akhirnya kami berjumpa sebuah farmasi dan kami pun masuk. Sesungguhnya mula-mula kami bersikap agak prejudis terhadap pharmacist yang bermuka garang ni, yalah takut dia sama je dengan Makcik Martha Belka Hostel. Namun sangkaan kami meleset. Pharmacist ini melayan kami dengan baik walaupun komunikasi kami menggunakan body & sign language sahaja. Pharmacist ni siap ukur kaki aku, sarungkan bandage kat kaki aku dan pakaikan terus bila berjumpa dengan saiz yang sesuai. Spasiba!!! Ucapan terima kasih kami untuk pharmacist yang sangat membantu itu. Perjalanan diteruskan sampailah kami jumpa pasar pagi di bandar. Yasss!!! Sememangnya pasar merupakan tempat singgah yang aku suka, sebab di sinilah kita boleh melihat the real rakyat dan kehidupan seharian mereka, dan juga dapat mingle around bersama locals. Kami membeli buah-buahan untuk dibawa masuk ke tren malam ini. Lupa nak bagitau, kami menjumpai beberapa kedai bertanda Halal di kawasan berdekatan pasar, so jangan risau juga tentang makanan di sini ya? Banyak pengangkutan awam disediakan, dan kami boleh melihat trem di sini. Teksi jangan cakaplah... Memang tersedia je di kiri kanan jalan. Bas pun ada jugak. Kesimpulannya, kalau korang malas nak menapak, boleh je guna salah satu mode pengangkutan awam di sini ya...

Semoga dipermudahkan perjalanan aku ini...

Kedai Halal berdekatan pasar

Tram dan gadis Russia cantek mengphotobomb

Pasar

Aku dan buah

Ronda pasar
      
     Kami meneruskan perjalanan tapi kaki aku semakin sakit. Kali ini aku menangis dan rasa sedikit menyesal kerana mengikut meronda. Tapi Alhamdulillah diorang ni bersabar menunggu aku berehat kaki sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke masjid. Hari ini hari Jumaat, so kami terserempak dengan ramai lelaki yang sedang bergegas menuju ke masjid. Akhirnya kami sampai di depan Cathedral Mosque betul-betul nak masuk waktu. Dewi, Ita dan Mera sempat bershopping kopiah dari penjual depan masjid sebelum azan. Kedengaran azan Zohor berkumandang disusuli dengan para lelaki Muslim berpusu-pusu mengambil tempat masing-masing untuk bersolat Jumaat. Kami juga sempat mendengar khutbah dalam bahasa Russia. Alhamdulillah, walaupun Muslim merupakan penduduk minoriti di sini, mereka masih mengamalkan agama Islam dengan baik dan pergi ke masjid. Kami sempat mengambil video azan (teruk nau perangai perempuan zaman sekarang kan? Hahaha) sebelum kami pergi ke restoran berdekatan dengan masjid.

Azan Zohor di bumi Irkutsk

     Kami pergi ke restoran yang mempunyai tanda Halal ni. Restoran ini terletak di lorong sebelah kanan rumah kedai sebelum masjid. Restoran ini berkembar dengan kedai daging halal yang kami rasa dipunyai oleh owner yang sama. Kedua-dua kedai ini dicat hijau iaitu colour Halal (ni aku yang cakap hahaha). Oleh kerana kami sampai time makan tengahari, ditambah lagi dengan orang yang menyinggah lunch selepas solat Jumaat, restoran ini sangat sesak dan tak cukup tempat duduk. Oleh itu, aku menugaskan diri aku untuk cop tempat duduk sementara yang lain beratur membeli makanan. Sedang aku duduk menunggu, tiba-tiba ada sorang mamat datang bercakap bahasa Russia dengan aku sambil menunjukkan tempat yang ksosong. Aku mengangguk je dan dia pun tumpang makan di meja kami. Tiba-tiba datang lagi sorang sampai aku tak tercakap apa, tapi nasib baiklah masa Kak As datang ada satu meja tepi cermin yang dah kosong, so kami bertukar meja. Setelah Ita, Mera dan Dewi sampai, aku pulak pergi beratur membeli makan tengahari aku. Tekak aku dah tak boleh makan nasi lagi, so aku pun beli macaroni yang dimakan bersama sup lentil dan juga chicken skewer. Aku mengambil teh panas sebagai minuman. Rasa sup lentil tu? Masha Allah! Lazat sangat!!! Aku juga merasa manisan berupa kek (tak tau apa benda tu) yang Kak As beli sepotong dan rasanya boleh tahan sedap jugak. Selesai makan, kami singgah di kedai daging sebelah untuk membeli sosej sebagai bekalan memasak dalam tren. 

Makan. Nampak tak tingkap kecik kat belakang tu? Haaa lepas makan jangan nak posing cantek je, kita kena kumpulkan pinggan mangkuk cawan kita semua hantar ke tingkap kecik tu, akan ada pekerja ambik pinggan-pinggan kotor kat situ untuk dibawa ke dapur untuk dicuci.

Kami di kedai daging. Kelihatan Dewi sedang menunjukkan '100% Halal' (kami translate guna Google Translate ya)

     Lepas tu, diorang nak pegi explore lagi tapi aku rasa macam dah cukup kot untuk berjalan lagi, so Dewi menahan sebuah teksi untuk aku untuk pulang ke hostel. Pertama kali aku naik public transport seorang diri di bumi asing, cuak pun ada (okay, yang ni aku memang tak cerita dengan suami aku lagi sebab takut kena marah. Kalau dia baca ni so dia tau la hehehe...) Memang aku tawakkal je ni, tapi sedikit lega apabila aku ternampak sejadah dan kopiah masa dia bukak dashboard, so aku tau dia Muslim. Dia menghantar aku betul-betul di depan pintu hostel. Selepas membayar tambang, aku berkira-kira samada nak naik ke bilik ataupun berjalan di sekitar kawasan hostel? Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjalan sendirian, tak jauh pun aku berjalan tapi okaylah jugak. Selepas itu, aku melepak seorang diri di cafe yang berada di bawah hostel. Aku mengambil tempat duduk tepi tingkap sambil menghirup latte panas. Lupa nak cerita, aku kagum dengan kesungguhan barista cafe yang cuba sedaya upaya bertutur dalam bahasa Inggeris untuk mengambil order aku. Semua pekerja cafe ni adalah perempuan dan customer yang datang pun semuanya perempuan. So, mungkinkah cafe ni memang khas untuk perempuan saja ye? 

Layan latte

     Bosan gak lepak lama-lama, so aku naik ke bilik jelah. Lupa nak cakap lagi, kami request dari Eve untuk check out lambat dan kami perlu membayar RUB250 seorang. Tapi sebelum kami keluar tadi, Eve cakap dia cuma charge untuk 1 katil sahaja kerana terdapat orang lain nak check in di samping nak pindahkan balik sorang mamat France yang keje dia asyik berpindah randah dicampak-campak ke bilik lain je dari semalam. Kesian betul mamat tu. Tak salah nama mamat tu Damien kot. Kami sempat bersembang dengan mamat France ni sebelum keluar tadi. Mamat ni hensem dan rambut dia panjang dan cantik muahahaha! Mamat ni boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, so tak susah untuk kami bersembang dengan dia. 

     Aku naik dengan harapan yang Damien ni dah keluar pegi berjalan sebab aku nak masuk bilik, nasib baik memang dia keluar dah pun so aku bolehlah bersiap-siap packing beg, solat dan mandi. Damien masuk selepas semua benda aku dah settle dan diorang pun dah balik dari meronda. Ooo diorang beli stok makanan lagi untuk train malam ni! Banyak jugak stok yang dibeli memandangkan kami bakal berada di perut tren selama 69 jam okay! Kak As bersiap-siap masak makan malam untuk kami sebelum kami check out dan malam ni Kak As habiskan stok telur dan kobis. Masih lagi kobis goreng tapi telur bertukar menjadi telur kicap malam ni ya. Tren kami adalah jam 1858hrs TETAPI diingatkan sekali lagi ya, tren mengikut waktu Moscow. Kami masih lagi di Kazan yang awal 5 jam dari Moscow, so bermakna tren kami waktu tempatan adalah pada jam 2358hrs ya! Kami juga telah booking teksi untuk membawa kami ke Irkutsk Station jam 2200hrs nanti so sememangnya waktu kami agak panjang di hostel ni ya. Masa kami berehat di bilik pun, coach mabuk tu kembali mabuk dengan selamba masuk lagi ke bilik kami, tapi kali ni Ita dengan suara berkuasa petir menengking coach mabuk ni menghalau keluar. Kesimpulannya, kalau ada option duduk di hostel lain, sila pergi. Sebenarnya hostel ni tak le teruk sangat (kecuali bab tangga naik hostel) dan Eve pun baik dan melayan kami tanpa ada rasa diskriminasi, cuma kami menginap pada hari dan waktu yang salah dan bertemu dengan coach tua kaki botol, menambahkan pengalaman pahit kami dalam trip Trans Siberian kami.

     Jam 2200hrs teksi kami pun sampai, dan bila kami turun bukannya teksi pun, tapi kereta biasa yang kami agak adalah kawan Eve yang membuat part time teksi sapu. Tak kisahlah, asalkan kami sampai ke station. Melepak di station selama hampir 2 jam sangat membosankan kerana takde apa-apa yang menarik untuk dilihat di dalam itu, tapi pemandangan kembali segar (hahaha) bila kami ke terminal untuk menunggu tren di luar kerana terdapat segerombolan askar muda yang kami rasa baru direkrut menunggu tren yang sama. Serius aku cakap askar dia kacak-kacak, mungkin salah satu kriteria nak menjadi anggota beruniform Russia ni kena bermuka kacak? Mungkin juga kan? Akhirnya tren kami tiba membawa kami yang hampir beku  dalam suhu hampir sifar darjah untuk ke destinasi seterusnya... Kami juga bakal melalui malam yang paling panjang dalam kehidupan kami dalam perjalanan ini... Akan aku ceritakan di entri yang akan datang. Stay tuned ya?

Sambil-sambil layan dulu gambar-gambar yang sempat kami ambik di Irkutsk.

Bangunan zaman USSR

Dewi yang stia tunggu aku yang berjalan slow

Tram

Kami masuk pasar

Tomat yang cantik

Borong buah

Amik gambar sekeping

Cari arah masjid

Cathadral Mosque

Mari bersolat

Kedai daging 100% Halalan Toyyiban

Sosej yang bakal dibeli

Misi tercapai

Archive Geng Gadis Jelitas-selepas solat Jumaat

Archive Geng Gadis Jelitas-diorang sambung shopping, aku dah balik hostel time ni

Archive-sampai tak nampak mata

Dikala aku menghirup latte panas sambil merenung tingkap... 

Diorang pun sama lepak cafe sambil ber wefie

Jalan-jalan sorang diri

Selfie je sis mampu

Irkutsk

Penantian satu penyeksaan... Kami di station



  



















Saturday 7 April 2018

#TransSiberian: Listvyanka, Irkutsk - Ketagihan Omul Di Tasik Baikal


*Gambar yang sengaja dipilih untuk membangkitkan rasa dendam berahi terhadap Omul

17 Oct 2017 (Day 17)
Irkutsk - Listvyanka

     Lebih kurang jam 0720am kami tiba di stesen Irkutsk. Time zone di Irkutsk masih lagi sama seperti Mongolia, jadi kami masih tak mengalami gejala jet lag (train lag la lagi tepat kan?) So bagi kami itu adalah waktu normal kami yang bangun di subuh hari. Kami tak sempat nak explore stesen keretapi ni sebab driver kami dah pun menunggu di luar. Untuk nota semua, semasa kami membuat hostel booking untuk Listvyanka dan juga Irkutsk, kebetulan kedua-dua hostel di kedua-dua tempat ni dipunyai oleh owner yang sama, untuk memudahkan kami juga dalam urusan immigration registration, kami juga membuat pick up arrangement from station to Belka Hostel di Listvyanka dan seterusnya dari Listvyanka ke Baikaler Hostel di Irkutsk dengan owner hostel. Kami tak sempat nak mengambil gambar station kerana kami perlu bergegas keluar kerana menjangkakan driver sudahpun menunggu. Sedikit nota lagi, tiada perkhidmatan escalator ke, lif ke di sini, so kami terpaksa memikul beg memanjat tangga yang boleh tahan banyak jugaklah Mengah jugaklah kami yang dah tak berapa nak muda ni hehehe.

Bandar Irkutsk dari dalam tren di Subuh hari. Sat gi sampai station

     Keluar dari station, kami cuba mencari seseorang yang memegang kertas yang tertulis nama aku, dan akhirnya kelihatan seorang perempuan muda berkaca mata di depan station. Ya, kami mendapat lady driver yang sangat fasih berbahasa Inggeris. Namanya Dasha. Selepas berkenalan lebih kurang, kami pun mula load beg-beg kami ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan ke Listvyanka. Nota lagi, korang bersiap sedialah tukar duit di station Ulaan Baatar ya, sebab train  kami ke Irkutsk ni sampai waktu Subuh, so kedai dan bank tak bukak lagi. Nasib baik kami ada menukar sikit di Ulaan Baatar untuk bayar Dasha nanti, tetapi pening jugak sebab kami diberitahu oleh Dasha yang tiada money changer di pekan Listvyanka, cuma ada 1 bank di situ dan selalunya akan kehabisan duit kalau nak cucuk. Okay, ni lebih seram daripada cerita hantu okay! Macamana kami nak survive selama 3 hari tanpa duit ni! Mereka memang hanya akan menerima matawang Rubel je, kami cuma ada USD dan credit card je ni. Dah tu, credit card pulak tak digunakan secara meluas di pekan kecil ni, melalui pembacaan kami kebanyakan transaction jual beli adalah di dalam tunai, even hostel kami pun kena bayar pakai cash sahaja. Time ni konsep kami memang redha je....

     Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam ke pekan Listvyanka, kami disajikan pemandangan yang indah sepanjang jalan. Dengan musim luruh yang semakin sampai ke penghujung dan salji mula turun, kami dpat lihat pokok-pokok berdaun hijau dan coklat berselang dengan tompokan salji. Dasha memberitahu kami bahawa suhu di situ sudah mencecah belasan darjah celcius tapi itu bukan yang paling sejuk ya! Sebab Siberian weather ni kan lain macam sikit, sebab tulah kawasan yang paling sejuk di dunia ni terletak dalam Russia. InshaAllah kalau ada rezeki dan ketebalan kulit yang hebat aku nak sampai ke tempat itu suatu hari nanti. Dalam perjalanan tu jugak Dasha bercerita tentang Irkutsk, Listvyanka dan jugak Tasik Baikal dan juga mengoffer kami untuk bawak berjalan ke akuarium dan jugak open air museum tapi kami mintak kalau nak pergi tu masa perjalanan pulang ke Irkutsk nanti (yelah nak masuk muzium bagai kena bayar entrance fee mana ada duit sekkarang oiii). Pemandangan kami berselang seli dengan keindahan Tasik Baikal yang biru bagaikan laut sepanjang jalan.

     Sampainya di hostel kami terus check in dan menguruskan proses registration. Okay, sebenarnya kami agak terkejut sebab kami menjangkakan hostel ni terletak di tepi tasik tapi rupa-rupanya 1km dari tasik! Tersalah baca rupanya kami, namun pemandangan depan hostel adalah bukit dan hutan pine, menyegarkan mata kami. Walaupun sedikit kecewa, tapi rupa bentuk hostel ni cantik macam cabin style. Kami dibenarkan check in awal dan diberikan bilik. Sekali lagi sedikit kecewa bila bilik yang kami request (dorm 6 bilik) sebenarnya berpecah 2 kerana maksimum katil per bilik adalah 4. So 2 orang antara kami perlu berkongsi dorm dengan couple dari negara mana ntah, dan tentunya kami berasa tak berapa selesa. Dorm yang diberikan terletak di bawah, berdekatan dengan kitchen dan ruang tamu manakala dorm yang 1 lagi terletak di atas (ni lebih kurang cabin 2 tingkat la). Aku & Dewi seperti biasa akan berdua, kami menjenguk dorm di atas. Kebetulan, aku terlihat sebiji bilik twin sharing yang masih kosong dan aku bertanya pada makcik Martha (semua perempuan penjaga kitorang panggil makcik Martha hahaha) samada kami boleh tukar ke bilik twin tu. Dia check booking dan dia cakap kami boleh tukar masuk situ. Alhamdulillah, tak payah nak share dengan stranger kan? Walaupun kami tak kisah, tapi takut diorang yang kisah kan? Lagipun takkanlah nak pakai tudung tido dalam bilik selama 2 malam tu? Bilik baru yang kami dapat seperti loteng dan mempunyai tingkap kecik di atas katil, so kami boleh tido sambil mengira bintanglah kaedahnya...


Mengira bintang dari tingkap ini

Bilik aku & Dewi di loteng

Ni katil Dewi

Bilik air share ye ni. Cantik & sangat bersih kan?

Pesanan pihak penaja

Kitchen tingkat 2. Sebelah kanan tu bilik kami betul mengadap kitchen

     Berbalik kepada immigration registration yang aku maksudkan. Setiap city yang kita singgah perlu 'check in' kehadiran kita, pihak hostel/hotel akan menguruskan bagi pihak kita, cuma antara perlu bayar ataupun tidak je. Di Belka Hostel, mereka mengenakan caj sebanyak RUB400 per pax untuk urusan registration dan memandangkan kami juga akan menginap di Bailkaler, makanya registration form akan diberikan semasa kami check in di sana nanti. 

     Selepas check in, mandi, berkemas katil: ya memang style di Russia ya cadar dan sarung bantal sila pasang sendiri ya kawan-kawan, macam dalam tren, pastu kami keluar menuju ke pekan Listvyanka yang terletak lebih kurang 1km dari hostel kami. Agak berbukit kawasan hostel kami, lumayan jugak menapak. Sambil berjalan, kami dapat lihat banyak jugak hostel dan B&B di kiri kanan kami dan kami juga terserempak dengan sekumpulan traveler China kalau tak salah yang tinggal di hostel berdekatan. Perjalanan 1km kami amat berbaloi apabila keluar je dari lorong hostel kami yang panjang itu, kami menyaksikan sendiri depan mata keindahan Tasik Baikal, yang merupakan tasik air tawar terbesar di dunia. Sedikit trivia mengenai tasik ini, Tasik Baikal menyimpan lebih kurang 23% daripada jumlah air tawar di dunia. Tasik ini berukuran 23,615.39 km persegi dan kedalaman tasik sedalam 1,642 meter menjadikannya tasik terdalam di dunia juga. Ada lagi! Tasik ini juga diiktiraf sebagai tasik tertua di dunia yang wujud kira-kira 25-30 juta tahun yang lepas dan diwartakan sebagai Tapak Warisan UNESCO. Tasik ini bersambung dengan Sungai Angara yang boleh dilihat dari Bandar Irkutsk. Nak tau lebih lagi pasal tasik yang menarik ni? Bolehlah tanya encik Google ya...


Map ihsan Google. Inilah Tasik Baikal yang berbentuk seperti bulan sabit

     Kami mula merayau-rayau mengambil gambar di persisiran Tasik Baikal yang kelihatan seperti lautan ini. Memang fefeeling abisla kami kat situ siap bermain-main air tasik yang sejuuuukkk!!! Kalau tiba musim salji, tasik ini akan membeku sehinggakan kita boleh bawak kenderaan melintas atas ais dan berjalan-jalan atas tasik, tapi kami datang sebelum fenomena itu berlaku. Mungkin kami patut repeat untuk merasa musim yang lain la ni kot! Hehehe... Kami juga dah aim travel agent office yang ada di tepi tasik untuk bertanya tour yang kami boleh ambil, tapi nantilah selepas kami jumpa bank dan makan.


Excited bermain air kaedahnya. Nasib baik sejuk, kalau tak dah terjun 

     Selepas menghirup udara tepi tasik, kami pun sambung perjalanan kami untuk mencari bank untuk mencucuk duit dan seterusnya mencari kedai makan sebab perut kami memang takde ampun punya tahap kelaparan dia. Berkonsepkan redha, kami amat berharap supaya ATM tu ada duit untuk dicucuk. Akhirnya kami berjumpa dengan bank tersebut dan cuba nak mencucuk duit. Disebabkan semua takut nak cucuk kad masing-masing takut kena telan, aku dengan tawakkalnya testing cucuk ATM kad aku. Alhamdulillah berjaya! Nasib baiklah gaji aku awal bersempena Deepavali, so aku cucuklah sorang RUB5,000 untuk Kak As, Dewi & Mera (Ita dah tukar duit awal-awal masa kat Ulaan Baatar) dan kami pun bernafas kembali hehehe.


Ini dia Orang Kaya Asmavati!!! Excited dapat duit boleh sopin!!!

     Kami meneruskan perjalanan untuk ke kawasan pasar (seperti yang kami baca di blog-blog dan jugak rujukan online, pasar Listvyanka ada kedai makan) dan yeayyy! Ada kedai makan!!! Sedang kami memerhatikan kedai makan yang sesuai untuk kami cuba, tiba-tiba kami ditegur oleh seorang lelaki kedai makan 'Assalamualaikum!!! Muslim? Halal! Halal!' Ooo rupa-rupanya ramai orang Tajikistan dan Uzbek kat sini, so kami pun masuk ke kedai tersebut dan memesan pilaf daging (macam nasi goreng daging la) dan teh panas. Harga pilaf tersebut adalah RUB150 sebekas dan teh panas RUB30 secawan (untuk memudahkan pengiraan korang dan juga kami, RUB100=RM7). Tambahan lauk untuk pilaf kami adalah smoked omul, sejenis ikan yang hidup di Tasik Baikal yang merupakan adik beradik kepada salmon versi air tawar. Smoked omul ini boleh dibeli di pasar dengan harga RUB100 seekor dan kami beli 2 ekor untuk rasa-rasa. Omul merupakan makanan wajib cuba bila sampai di Irkutsk atau lebih tepatnya di Tasik Baikal dan sangat popular dan menjadi trademark untuk Irkutsk. Apa rasa smoked omul ni? Masha Allah!!! Lazat tersangat! Memang tak cukup 2 ekor tu tauuu untuk 5 orang!!!


Kedai makan kami yang kiri... Tapi kami nak tangkap ikan dulu jap

     Selepas makan, kami meronda pasar dan banyaknya kami lihat omul pelbagai saiz dijual. Mereka ada menjual smoked omul yang dah dikeringkan dan juga ready to eat omul yang disimpan di dalam termos (yang ni kami beli untuk terus makan). Di bahagian belakang pasar ini jugak ada menjual souvenirs dan aku tertangkap jugaklah sebiji fridge magnet dan postcard untuk kenangan. Di situ juga kami terjumpa lagi sebiji kedai makanan halal yang kali ni siap tertancap cop halal kat poster kedai! Okaylah boleh kami kami cuba makan esok! Kami juga membeli 5 ekor smoked omul untuk dijadikan dinner kami malam nanti. Hahaha dah tamak, sebab tadi 2 ekor tak cukup. Kami nak makan sekor sorang ya hehehe. 


Pelbagai bentuk dan rupa omul

Terus dengan cop Halal sekali

     Keluar kami dari pasar omul, kami terlihat sebuah kedai kebab milik lelaki Tajikistan bernama Ahmad yang peramah. Kami berkenalan dan ditanya deri mana asal kami. Dalam bahasa ayam dan itik of courseee... Berada di tempat sejuk membuatkan kami sentiasa lapar dan kami beli lagi kebab ayam 2 bijik, camca (sebutan samosa) beserta air Sprite dari Ahmad! Ahmad siap membacakan Bismillah untuk kami dan kami sambungkan dengan doa makan. Kami masih belum mau pulang makanya kami berjalan-jalan lagi di pesisir tasik dan akhirnya kami duduk di sebuah pangkin berhadapan tasik untuk makan (lagi). Tapiiiii... Duduk kat pangkin tu bukannya free ya! Kami perlu membayar sewa RUB100 untuk sebiji pondok. Tapi oklah kan, dah alang-alang sampai... Kami menghayati keindahan tasik dan alam semulajadi dengan desiran ombak (serius memang macam laut ya kawan-kawan) sambil makan kebab Ahmad. Kelihatan agak banyak jugak locals yang datang membawa keluarga mereka berlibur tepian tasik ni. 


Ita & Dewi nego apa ngan Ahmad?

Kami & pondok RUB100. Bersungguh nau aku menggogok Sprite aiyooo!!!

     Selepas makan, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke hostel, tapi singgah dulu kat travel agent untuk tanya tour package yang available. Kami dilayan oleh seorang lelaki Russia yang boleh berbahasa Inggeris bernama Andre. Memandangkan dah nak masuk winter merangkap low season, cuma ada 1 jenis tour je, iaitu menaiki bot laju merentasi tasik sambil melawat landasan keretapi lama yang terdapat di pesisir tasik dan juga melintasi beberapa tempat menarik di sekitar tasik. Masa ni Ita menggunakan bargaining skill untuk mendapatkan diskaun dan Mera menjadi mangsa dengan menjadikan dia kanak-kanak. Akhirnya kami berjaya mendapat pakej 4 dewasa free 1 kanak-kanak hahaha. Nasib Mera badan kecik dan rela berlakon seperti kanak-kanak walaupun umur dah hujung 20an masa tu. Selepas berjaya membuat booking, kami lepak lagi tepi tasik sambil minum kopi. Aku memang enjoy moment aku pada masa tu, takde stress, tenang dan sangat menikmati detik-detik yang mungkin takkan berulang kembali... Kami juga sempat singgah ke kedai runcit untuk membeli bawang dan sos pasta untuk masak makan malam dan breakfast kami esok. Oh ya lupa nak cakap, walaupun hostel kami tak menyediakan breakfast tapi kami dibenarkan untuk masak di kitchen. Beras, pasta, barangan asas seperti garam dan gula, dan juga kopi dan teh disediakan oleh pihak hostel secara PERCUMA! Memang happylah kami. So malam ni kami bakal makan nasi, sambal tumis Brahims, kicap bawang dan omul. Sedap nikmat tak terkata sebab takdelah kami merindui nasi sangat kan? Kami memasak menggunakan pinggan mangkuk, periuk belanga hostel. Kenapa kami ok je tanpa was was? Sebab kami membawa bersama sabun Taharah dan kami gunakan untuk membasuh pinggan mangkuk hostel yang kami gunakan. Bijak kan kami?


Ngopie time sejuk memang nikmat!!!

Duta omul

18 Oct 2017 (Day 18)

Hari Jatuh Menimpa Tangga

     Bangun Subuh... Terpisat-pisat... Aku paling lambat turun untuk membantu buat sarapan. Dewi dah turun dulu. Aku keluar bilik... Gelap gelita sebab hostel ni mengamalkan polisi berjimat. Habis semua lampu ditutup. Aku meraba lampu tangga, tapi tak jumpa, hanya lampu kitchen yang aku jumpa. Takpelah, bukak lampu ni je pun dah okay. Ok, dah bukak. Turun tangga. Masih gelap. Takpelah turun jelah. Tapi malang memang tak berbau. Aku tersalah step sebab tak nampak dalam gelap. Tergelincir 1 anak tangga dan terlangkau 2-3 anak tangga lagi. Tak boleh control badan dan akhirnya aku tergolek sampai ke tangga bawah. Keadaan sedikit cemas. Dewi berlari ke tangga sebab dengar aku terjerit masa jatuh. Adoiii kaki aku tak boleh gerak! Ah sudah! Patah ke kaki aku? Panik kejap. Makcik Martha keluar dari bilik dia dan bertanya adakah aku okay? Ada apa-apa yang dia boleh bantu? Sebab dia tak tahu apa yang perlu dia bantu dan buat. Mehhh!!! Aku just cakap aku okay dan dia masuk bilik dia balik. Perasaan? Tak tau apa nak cakap. Aku cuba bangun sambil dibantu Dewi pergi ke kitchen bawah. Mata dah bergenang tapi tak terkeluar tangisan aku. Sakit gila kaki aku berdengkut-dengkut dan jari kaki kiri mula membiru diikuti tepi buku lali kaki kanan. Berdenyut-denyut dan bila aku pegang jari terasa sakit. Alhamdulillah bukannya patah. Sakitnya hanya Allah yang tau. Tersenyap jugaklah aku sebab terkejut. Selepas makan aku berehat kejap. Sakit kaki semakin teruk dan lebam semakin pekat warna birunya. Aku hampir membatalkan tour aku, tapi atas sokongan dan paksaan diorang yang lain supaya aku tak layankan sangat rasa sakit tu maka aku pun ikut. Perjalanan 1km terasa sangat menyeksakan. Beberapa kali aku berhenti sebab sakit. Ambil masa agak lama jugak untuk aku jalan berdengkot-dengkot tu. Aku siap makan pain killer sebab terlalu sakit. Akhirnya kami sampai di bot. Masalah jugak untuk aku memanjat bot. Aku memanjat bot sambil menangis di dalam hati. Alhamdulillah dapat bertahan jugak untuk boat tour tu walaupun aku tak turun dari bot masa diorang stop untuk pergi ke landasan keretapi lama yang merupakan laluan lama Trans Siberian dan kini sudah tidak digunakan lagi. Jujur, aku memang takde mood masa tour ni, tapi aku cuba untuk menikmati. Masih lagi aku mengambil gambar-gambar untuk kenangan.


Walaupun sakit, tetap cuba tersenyum gitewww

     Tour ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Setibanya di jeti, aku minta diri untuk balik ke hostel sebab effect pain killer dah mula menghilang dan menyebabkan sakit tu semakin kuat. Dengan bantuan Dewi, salah seorang dari staff tour agent bersetuju menghantar aku ke hostel, manakala yang lain berjalan ke pasar untuk mencari makanan. Aku dihantar sampai ke depan hostel dan membayar RUB100 kepada staff tersebut. Aku membersihkan diri, solat, makan ubat, sapu Flanil dan bummm!!! Terus baring untuk berehat sebab aku dah mula rasa nak demam. Petang diorang balik dan belikan aku pilaf daging. Dewi dengan baik hati siap buatkan air teh panas untuk aku. Malam lega sedikit dan sekali lagi kami makan omul terakhir kami di Listvyanka kerana esok kami akan bergerak ke Irkutsk. Kali ni kak as masak kuah 3 rasa untuk dituangkan atas omul maka jadilah omul 3 rasa malam ni. Lepas makan kami layan dvd yang ada kat hostel dan kami pilih filem Transformers: Dark of The Moon. Feeling lebih je kami, sekali bukak, Transformers tu cakap bahasa Russia hahaha!!!! Dah le takde English subtitle, akhirnya kami layan je Transformers cakap Russia. Lepas tu kami naik untuk mengemas barang dan tidur...

19 Oct 2017 (Day 19)


Listvyanka-Irkutsk

     Tiba masa untuk kami check out. Pagi ni selepas sarapan, kami menunggu Dasha untuk datang mengambil kami dalam jam 1000am. Oh ya lupa nak cakap, Ita telah menghubungi Dasha untuk membawa kami ke muzium dan akuarium sebelum menghantar kami ke Baikaler Hostel di Irkutsk. Lupa juga nak cakap, masuk je kami di Russia sampailah di Listvyanka kami memang terputus dengan dunia luar, cuma kadang-kadang je boleh dapat internet access bila Ita bukak hotspot sebab Ita beli simcard secara online sebelum trip kami. Hostel kami pulak memang tak menyediakan wifi sebab nak suruh kami bercakap sesama sendiri je. So cuma Ita je yang boleh contact Dasha kalau ada apa-apa hal. Tapi kami tak sabar nak beli simcard sorang 1 masa kat Irkutsk nanti. Akhirnya Dasha sampai dan untuk pertama kalinya makcik Martha senyum pada kami semasa kami mengucapkan selamat tinggal. Mungkin dia lega sebab kami dah check out. Sebab sebenarnya kami rasa dia macam tak suka kami. Bukan nak tuduh, tapi memang terasa negative vibe sepanjang kami duduk di situ. Dengan penyewa lain dia galak je bersembang, siap bagi makanan lagi tapi dengan kitorang dia bolayan je. Mungkinkah kerana kami ni orang Asia, Muslim pulak tu? Spekulasi saja tapi... Ahhh whatever la kan. 


Checkout suda

     Tempat lawatan pertama kami adalah Baikal Museum. Entrance fee adalah RUB310/pax. Muzium ni unik sebab muzium yang dedicated untuk sebuah tasik dan di dalam muzium ni jugak terdapat akuarium yang menempatkan seal yang habitatnya di Tasik Baikal. Dahsyat kan Tasik Baikal ni macam laut siap ada seal. Aku sorang je tak masuk sebab muzium ni kena panjat tangga so aku berehat je di bawah sambil tengok seal dari celah-celah pintu akuarium yang berdekatan dengan aku. Sambil tu, aku bersembang dengan Dasha yang jugak tak masuk dalam muzium tu dan cerita kami berkisar tentang Russia lama (USSR) dan prejudis orang luar terhadap Russia. Haaa jangan tak percaya aku berborak dengan orang Russia pasal politik negara hahaha.


Baikal Museum

Baikal Museum

     Selesai melawat muzium, Dasha membawa kami ke Open Air Museum pulak. Entrance fee adalah RUB200/pax dan kereta pulak di caj RUB120 untuk parking di dalam. Disebabkan semua masuk dengan kereta sekali, maka aku pun automatically masuklah jugak. Alang-alang dah bayar, aku pun berjalan slow-slow di sini. Kaki aku oklah sikit hari ni sebab aku pakai sandal Teva aku je sebab kalau pakai kasut jari lebam tu sakit sebab tersepit dalam kasut. Tapi aku terpaksa memakai 2 lapis stokin supaya tidak sejuk. Muzium ni sangat cantik kerana memaparkan senibina lama rumah-rumah Russia dari zaman dahulu kala. Semuanya diperbuat daripada kayu dan sangat cantik. Terdapat juga chappel lama yang diambil dari perkampungan dan dibawa ke sini untuk dipulihara. Suasana sekitar sangat cantik kerana open air kan, dengan daun-daun yang mula berwarna merah, coklat, kuning sememangnya nampak sangat autumn.Dalam sakit pun aku banyak mengambil gambar dan juga memberikan pose istimewa. Di sini juga buat pertama kali kami menjumpai kucing setelah sekian lama Dewi cari dalam perjalanan. Ibu kucing bersama anak-anak kucing yang ramai, bulu mereka lebat, panjang dan cantik tapi malangnya garang gila! Kucing sini tak jinak dan bila kami panggil bolayan je dengan kitorang. Bila kami pegang mak kucing, anak-anak kucing dengan garangnya mengiau marahkan kami pegang mak dia.


My fav picture kat Open Air Museum

     Habis lawatan muzium, makanya kami meneruskan perjalanan ke Irkutsk. Tapi sebelum itu, kami meminta Dasha untuk membawa kami menukar duit dan jugak membeli simcard. Dasha membantu kami dengan membawa kami ke bank dan seterusnya ke Megaphone (sekali lalu tengok ejaan Russia dia macam Merapoh hahaha). Kami meminta Dasha menjadi translator kami untuk meminta simcard yang boleh digunakan seluruh Russia tanpa perlu roaming. Ok ingin aku bagitau di sini, walaupun Russia merupakan 1 negara, tapi untuk bergerak ke city lain perlukan roaming. Maksudnya, simcard kami beli kat Irkutsk, bila kami sampai Kazan kami perlu aktifkan roaming sebab berlainan city, kecuali kalau kita beli plan yang cover seluruh Russia tapi harganya sedikit mahal berbanding dengan normal plan. So sila check dengan penjual simcard terlebih dahulu kalau tak korang akan mengalami kesusahan tak boleh guna nombor tu bila sampai bandar lain. Selesai urusan jual beli simcard, Dasha menghantar kami ke Baikaler Hostel dan mengucapkan selamat tinggal. Kesimpulannya service Dasha sangat memuaskan disamping senang nak berkomunikasi dengan dia. 

     Ok, cukup entri kami di Listvyanka. InshaAllah aku akan sambung kisah dan tragedi lain di Irkutsk pulak... Hahaha masih adaaaa, siapa kata takde apa-apaaaa... Sambil tu layankan dulu gambar-gambar dan video yang kami ambil di Tasik Baikal dan muzium...

Cost
Belka Hostel - RUB750/pax (2 nights)
Immigration registration - RUB500
Baikal Lake Tour - RUB4,000 (untuk 5 pax)
Entrance fee Baikal Museum - RUB310
Entrance fee Open Air Museum - RUB200
Dasha: Irkutsk to Listvyanka - RUB2,000
Dasha: Lystvyanka - jalan-jalan - Irkutsk - RUB3,000



Pemandangan selepas 1km berjalan

Ambik tempat masing-masing untuk bergambar

Selfie

Feeling sangat

Sejuk wa cakap luuuu

Bizi sopin nampakkkk

Gaduh ke hapa depan kedai kebab?

Camca

Dewi tak pernah tak semangat bab makan

And I said World Peace!!!

Abstract konon

Locals pun kagum dengan tasik diorang sendiri

Ngeh ngeh ngeh

Aksi melampau kami

Kereta antik yang kami jumpa

Keesokan harinya... Dengan sakit kaki tetap gagahkan diri

Macam ekor duyung

Shaman Rock. Dikatakan batu ini berkeramat dan menjadi tempat orang membuat wishes. Sambil bercerita dengan English yang minima tapi kami masih boleh menangkap apa yang ingin disampaikan oleh tukang bot. Bila musim sejuk tasik akan membeku kecuali kawasan berdekatan dengan Shaman Rock yang masih berbentuk air

Senyum dalam tangisan

Family Korea ke China tak sure. Kelihatan kawan-kawan aku nak start explore landasan lama tapi aku???

Aku hanya di dalam bot menanti dengan setia...

Archive dari Geng Gadis Jelitas

Meraaaa akak jelessss

Yang ni pun jeles jugakkkk

Kemuncak kejelesan tapi aku tau kalau aku ke sini tak boleh nak panjat jugak sebab kaki membengkak

Nanges tengok hasil gambar korang nih

Don't smile... It's killing me

Itatanic

Balik dah

Open Air Museum

Open Air Museum

Open Air Museum

Open Air Museum

Posing jelah keje aku takleh gerak kemana sangat

Open Air Museum

Open Air Museum

Open Air Museum

Open Air Museum

Sampai hostel sudah

Bye Dasha! Se you when we see you!!!

Merapoh... Errr Megaphone

Row row row your boat


Open Air Museum


Swing swing sampai Mera gayat hahaha (bersedia untuk sengetkan leher anda untuk video ini)