Sunday 23 September 2018

Post TransSiberian-Dubai: Berdangdut Remix Di Padang Pasir

*Gambar credit to Ita. Gambar ini sesuai sangat dijadikan cover untuk menunjukkan betapa dangdutnya Mera pada masa ini

Dubai bai bai bai - 3 Nov 2017 (Day 34)

     Kami tiba di Dubai Airport pada jam 0705hrs waktu tempatan dan perkara pertama yang kami lakukan adalah pergi menukar USD kami kepada Dirham dan seterusnya pergi ke luggage center untuk simpan beg kat situ. Lumayan jugak kami kena bayar untuk seharian, aku kena dalam RM80++ jugaklah. Untuk trip singkat di Dubai ni, aku malas nak mengangkut beg berat-berat, dah rebeh bahu kiri aku, so awal-awal aku dah asingkan beberapa helai pakaian dalam beg lipat yang aku bawak dan juga backpack kecik aku untuk letak barang-barang kecik dan bawa ke hotel. Pada mulanya, kami ingat nak ambik train je dari airport ke hotel tapi selepas di advise oleh sorang pekerja airport yang hari ni hari Jumaat, so train tidak beroperasi pada separuh hari ini, jadinya kami memanggil Uber untuk menghantar kami ke hotel. Memandangkan kami berlima, jadi kami ambiklah Uber X. Selepas menerima acceptance dari driver, kami perlu berjalan kaki ke car park di mana terdapat satu lot yang menempatkan teksi dan kereta sewa kat situ dan kami mula mencari nombor plet Uber kami. Agak terkedu, kerana buat pertama kali menaiki uber yang sangat eksklusif. Kami dapat Uber yang bawak Cadillac Escalade, berbeza dengan Uber X kat Malaysia yang kebanyakan adalah Alza. Tapi harga pun... Untuk ke hotel kami, iaitu Ibis Hotel Deira, hanya mengambil masa 10 minit je dari airport tapi harga servis dalam lingkungan RM60 ya! 

Sempat aku ambik gambar kereta Uber kami sebelum naik.

Kami dalam Uber XXX

     Sampai je kami kat Ibis Hotel, kami try luck la untuk check in awal tapi malangnya bilik kami masih belum available, ye la, kami sampai dalam pukul 9 lebih am kot. Front Desk Officer suruh kami kembali dalam jam 1100am dan kami dibenarkan untuk meletak barangan kami di stor simpanan beg dan menggunakan tandas di lobi hotel. Oh ya, sebelum tu, aku nak cakap kenapa kali ini kami duduk di hotel. Sebabnya, di Dubai ni kami tak terjumpa hostel dan kalau ada pun adalah serviced apartment. Setelah menimbangkan mengenai budget dan juga lokasi, akhirnya kami sepakat mengambil Ibis Hotel Deira, bukan yang termurah tapi kami consider dia punya lokasi yang berada di pusat bandar. Untuk membunuh waktu, kami menyeberang jalan untuk pergi ke shopping mall yang betul-betul berada di seberang jalan kami. Kami mengintai-ngintai jugak apa kedai makan yang ada sekitar hotel kami. Ya yakin ke halalan dia tapi, kami nak cari kedai yang berpatutan sebenarnya hehehe. Deira ni kita boleh consider as 'old city' tapi untuk mall yang biasa-biasa seperti di depan hotel kami ni pun sebenarnya dah best. Ada Pandora, ada butik-butik mahal dan banyak kedai makan kat dalam tu. Siap ada Carrefour lagi dalam tu. Kami mencari Starbucks dan melepak dulu di situ. Kami tak breakfast kerana dalam flight tadi kami dah dihidangkan dengan menu breakfast dan kami masih lagi kenyang. Kami membuang masa melepak, minum sambil mengambil wifi Starbucks untuk update apa-apa yang patut. Dan hampir jam 1100am kami kembali ke hotel. 

Dia suruh press ke suruh bugel? Eh?

Kecewa tak dapat check in lagi... Pastu punyalah ramai nak check in awal jugak

Hotel kami dari mall

     Masih lagi kecewa kerana bilik masih belum ready. Tapi lepas tu front desk officer panggil lagi Dewi (sebab book atas nama Dewi) dan menyatakan ada satu double bedroom available. Ita dan Kak As setuju untuk ambik bilik tu sebab mereka share bertiga: Ita, Kak As dan Mera, so oklah sebijik katil untuk bertiga. Aku dan Dewi menunggu dalam lebih kurang 15 minit lagi dan akhirnya twin bedroom kami sudah tersedia!. Alhamdulillah! Dapat duduk dalam bilik yang paling selesa akhirnya! Aku mandi dulu kerana Dewi sibuk nak menghubungi kawannya, Intan yang sekarang ni bertugas dan tinggal di Dubai. Dewi, merupakan perancang utama itinerari di Dubai sebab dia ada kawan kat sini hahaha. Intan bertanya samada kami nak nasi lemak ke sebab dia nak singgah di satu kedai mamak Malaysia untuk tapau untuk kami dan kami okay jerrr... Tapi kemudian Intan call Dewi dan bagitau nasi lemak dah habis, so dia tapaukan kami nasi dengan lauk mamak dan kami okay jerrr jugak.

     Zohor di Dubai adalah sekitar jam 12 lebih tengahari dan kebanyakan kedai tutup di sini.Dan kami nampak situasi penutupan kedai tu masa kami kat mall tadi, kebanyakan kedai dah bersiap-siap untuk tutup kedai untuk bersolat Jumaat. Intan dan anak perempuannya sampai di hotel masa turn Dewi tengah mandi. Nasib baiklah aku dah selesai solat masa tu, kalau tak menunggu lama lah Intan kat luar. Intan masuk dan membawa berplastik-plastik makanan dan mak aihh dia siap beli ayam, udang, ikan, sotong bagai la dan siap ada teh tarik lagi! Dia dengan seikhlas hati membelanja kami lunch tapau tu sebagai alu-aluan kedatangan kami ke Dubai. Dia pun excited ada orang Malaysia datang Dubai dan Intan dan 2 anaknya jugak bakal join desert safari bersama-sama kami petang ni. Oh lupa, anak Intan lagi sorang lelaki, so dia pergi solat Jumaat dan Intan dan anak perempuannya lepak kat bilik kami. Selepas habis solat Jumaat, Intan suruh anak perempuannya turun ajak abangnya pergi lepak kat mall sementara Intan melepas rindu bersembang dengan Dewi sambil tengok kami makan...

Bilik kami
      
Pemandangan dari tingkap bilik

 
     Seperti yang dijanjikan, driver 4x4 datang mengambil kami di depan pintu hotel pada jam 1530pm untuk membawa kami ke gurun. Singgah sebentar di stesen minyak dan juga di sebuah bengkel untuk membuang angin tayar. Apabila sampai di di entrance gurun, driver kami yang aku tak tau macamana boleh lupa nama dia (hahaha soriii baiya!!!) mula membuka lagu Hindustan remix yang berbunyi dangdut dan bermulalah dune bashing kami! Menjerit-jerit kami dalam kereta bila dia buat aksi drift tengah-tengah padang pasir diiringi lagu remix secara berulang-ulang. Boleh pulak dia meniti tebing pasir, pastu turun menjunam ke bawah... Eiiii lagi kuat jeritan dan lambungan! Dune bashing berlarutan dalam lebih kurang 30 minit dan baiya jugak bawak kami menyinggah kat tengah-tengah padang pasir di mana ada beberapa lelaki dah standby sambil memegang helang. Kalau sesiapa nak ambik gambar dengan helang ni akan di charge AED10, tapi tiada paksaan. Kami mengambil beberapa gambar di tengah padang pasir secara berjemaah. Kemudian sand bashing kami diteruskan dengan sambungan jeritan dan jugak perlumbaan dengan 4x4 yang lain sehinggalah kami sampai di Bedouin campsite. Kami mengambil pakej Desert Safari dan pakej itu termasuk servis ambik dan hantar kami balik, dune bashing, free flow soft drinks dan BBQ dinner sambil melihat matahari terbenam, ada jugak camel ride ataupun kalau korang nak naik ATV ke ada jugak, tapi ada extra charge la. Begitu jugak dengan sand boarding, tu free tapi aku ada tengok sorang budak ni try buat macam seksa je... Pastu makan malam kami disertakan dengan persembahan-persembahan menarik seperti tarian abang api, belly dance yang menggiurkan dan lain-lain. Harga tour kami adalah AED115 untuk semua perkara di atas. Nikmati saja gambar-gambar kami di bawah ini...

Kami dan baiya

Lagi kami dan baiya

Model 

Yeyeahhh

Cuba mengambil gambar bayang sendiri. Kat belakang tu owner helang yang kalau kita nak selfie kena bayar AED10 tu`

Pose wajib kaki

Apooo Dewi

Al fadang fasir


Selfie

Wefie

Gambar kami beramai-ramai sebelum bertolak kembali

Video yang dah di trim sebab panjang sangat

Orang belakang nampaknya sedang enjoy

Sampai campsite kami

Melalui pintu gerbang

Walaupun makan free, tapi cuma certain makanan... Air buah, popcorn, jagung still kena beli. So kami minum yang free jelah

Khemah makan masih belum dibuka

Unta

Kami naik unta seround

Kami memanjat beting pasir kat depan campsite. Pancit wooo... Dah le tinggi, pastu jalan atas pasir. Macam exercise dah

Santai sementara menunggu sunset

Menunggu sunset

Masing-masing dah cari port

Kat bawah tu campsite kami. Gigih tak sis mendaki?

     Disebabkan kami sampai awal, kami berjaya cop tempat paling depan berhadapan stage yang berada di tengah-tengah site. Tapi masa persembahan, kami berada di posisi kiri pentas rupanya kerana penari mengadap stage VIP katanya. Tapi masih ok kerana clear...

Inilah air free kami yang free flow

Berjaya cop meja depan stage. Pastu tiba-tiba ada mamat mat salleh trainer zumba mana ntah buat show atas tu sambil direkod. Nak letak dalam youtube dia la kot tu. Pastu kena halau dengan guard hohoho padan muka

Jiran meja kami muka tak puas hati bila kami dah book meja depan

Bulan pulak muncul

Orang dah semakin ramai. Maghrib pun dah masuk. Kat sini ada disediakan surau untuk bersolat

Tablemate! Kami conquer 2 meja

Persembahan pertama dimulakan dengan abang kompang beranak. Tarian dia seakan-akan tarian sufi Turki yang dimulakan dengan selawat

Bagaikan berada dalam dunia sendiri, mamat ni tak berhenti-henti berpusing

Kemudian diteruskan dengan tarian abang api yang suka makan petrol

Tutorial cara-cara nak makan api

Pastu dia main api pusing-pusing pulak

Bahgitewww

     Selepas persembahan abang api ni, show berhenti sekejap untuk memberi laluan kepada kami untuk mengambil makanan di khemah yang disediakan. Ada BBQ dinner, tapi queue sangat panjang dan kami cuma akan dapat portion untuk seorang, tak boleh ambikkan untuk orang ya. Tak lapar, tak kenyang, just nice saja makanan dia.Kebab pun dapat sorang satu. Sebenarnya time kami ambik makanan ni la penganjur mengambil kesempatan membersihkan pentas yang berkesan akibat petrol abang api tadi. Of course kena clearkan sebab lepas ni persembahan yang paling ditunggu-tunggu oleh orang ramai ya...
Yaaa... Persembahan kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua orang iaitu belly dancing

Bahgitewww je dia sangkut tongkat tu hahaha

Gelek jangan tak gelek kak

     Kami terus call baiya untuk mengambil kami sebelumorang bersesak nak keluar balik. Persembahan tamat lebih kurang jam 2115pm. Sempat singgah toilet camp dan apa yang aku boleh cakap campsite ni memang sangat terjaga. Sepatutnya kami dipulangkan sehingga pintu hotel kami tapi kami meminta baiya untuk menghantar kami ke Dubai Mall kerana kami nak tengok aquarium yang besar dan dancing fountain. Kami menunggu dancing fountain jam 2200pm dan sangat terpesona dengan persembahan dancing fountain yang sangat terkenal tu kira-kira 5 minit. Walaupun sudah jam 2200pm, manusia masih ramai di mall. Dan kebanyakan kedai masih buka lagi. Kami melalui Aquaria dan juga sambil-sambil tu mengambil gambar Burj Khalifa dari kejauhan. Dari jauh pun dah nampak tinggi, tak tau la macamana kami esok bila menaiki bangunan tertinggi di dunia ni. Eh! Dah ter reveal apa plan kami esok hehehe.  

Di Aquarium. Comel-comel ikannya

Manta fish pun ada

Jaws pun ada

Sementara menunggu fountain, kita snap dulu gambar-gambar pencakar langit yang ada sekeliling ni

Kelihatan Burj Al Khalifa di situ

Ramai dah cop tempat


Sempat selfie satu kali

Eh selfie dua kali

Beramai-ramai satu kali!

Dari 4 minit lebih full video, aku cuma boleh trim dan share dalam 30sec je due to limited space for videos

     Selepas menyaksikan dancing fountain, Intan meng offer kami untuk membawa kami berjalan-jalan pusing bandar Dubai memandangkan kami bakal pulang esok malam. Kami ke taxi station yang terletak di satu bahagian dalam mall (fyi, kat sini, teksi tak boleh simply ambik penumpang di luar dan mereka perlu menunggu di satu tempat khas yang disediakan. Undang-undang jalanraya diorang strict dan saman yang dikenakan adalah tinggi) dan Intan mengambil satu teksi untuk anak-anaknya pulang ke rumah dan satu lagi teksi untuk kami ber enam dan pulang ke hotel. Kak As yang tak berapa sihat memutuskan untuk naik ke bilik saja untuk berehat manakala aku, Dewi, Ita dan Mera akan ikut Intan berjalan-jalan malam ni. Intan membawa kami ke Dubai Water Canal yang cantik. Keunikan Dubai Water Canal ni adalah ianya mempunyai 'waterfall' yang turun dari jambatan yang dihiasi lampu dan seperti langsir, air terjun akan 'ditarik' ke sisi kiri dan kanan setiap kali ada bot melalui bawah jambatan tersebut. Mungkin ada sensor kot.

Ada 1 parking lot bawah jambatan ni. Kami perlu berjalan kaki sikit untuk sampai ke canal

Dubai Water Canal. Disebabkan time kami sampai ni adalah hari kemerdekaan UAE, makanya warna waterfall ni disesuaikan dengan warna bendera UAE


Bila tirai terbuka... Sebab ada bot bakal lalu bawah jambatan ni kejap lagi 

     Selepas itu, kami di bawa ke Atlantis, iaitu sebuah pulau buatan yang menempatkan antara resort termahal di dunia. Di Atlantis ini juga ada disediakan bilik hotel di dasar lautan, yang diperbuat daripada separa kaca dan kita boleh tidur sambil bertemankan ikan-ikan yang berenang-renang di sekeliling kita. Harganya... memang tak mampu milik la bagi kami-kami ni. Dapat jejak depan resort pun dah kira rasa bertuah.

Atlantis dari sisi gelap

Diorang panjat tembok tapi sis meneman baiya kat belakang tu. Nampak tak makhluk halus kat belakang tu buat jari peace? Sis la tu huhuhu

Sisi terang Atlantis

     Intan kemudiannya membawa kami melalui satu kawasan yang terkenal sebagai tempat lepak orang kaya, di mana terdapat banyak cafe di sini dan tempat parkir yang menempatkan kereta-kereta berjenama mahal seperti Bentley, Ferrari, Porsche meletop-letop dan kat sini setakat Mitsubishi Lancer ke Evo ke, diorang buat teksi je huhuhu. Intan jugak cakap, untuk parking 'mencapap' ni (mencari publisiti ya!) rate dia mencecah AED100 per hour okay! So kami tengok jelah kereta-kereta mahal ni sambil berhuhu saja.

Antara kereta-kereta mahal yang saja je dipamerkan oleh tuan punya kereta. Parking-parking macam ni je dah AED100... Apakah...

     Kami singgah sebentar di Burj Al Arab, salah sebuah mercu tanda Dubai yang bangunannya berbentuk seakan-akan layar. Disebabkan Burj Al Arab merupakan kawasan private, maka kami hanya berhenti di tepi jalan dan berjalan kaki untuk ke entrance yang dikawal rapi oleh security tapi nasib baiklah security baik jugak membiarkan kami bergentayangan sebentar kat depan entrance tu untuk mengambil gambar. Di situ, kami dan Intan split, di mana Intan akan drive balik terus ke rumahnya dan kami akan pulang ke hotel kami. Intan menolong menempah Uber untuk kami dan kami bersalaman dan mengucapkan terima kasih atas hospitality yang diberikan oleh Intan sepanjang hari ini. Tambahan lagi, Uber kami telah dibayar oleh Intan. Semoga murah rezeki Intan dan anak-anaknya di bumi Dubai ini. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat berehat dan tidur di katil empuk ini dan kami perlu bangun awal untuk ke area Dubai Mall lagi...

Kejap biru

Kejap kuning

Susah nak sampai sini, so selfie tu wajib

It's a wrap!

Gambar rombongan sekolah

Dubai bai bai bai - 4 Nov 2017 (Day 35)


     Kami memanggil Uber untuk ke Burj Khalifa pada jam 0815am kerana jadual kami untuk menaiki bangunan tertinggi di dunia itu adalah pada jam 0900am. Untuk tiket Burj Al Khalifa ni, kami beli via online awal-awal lagi demi untuk mendapatkan slot yang ok. Uber kami kereta Lexus harini, dan tambang Uber kami dari hotel ke Burj Khalifa dalam lebih kurang RM40. Kami tiba di lobi mall pada jam 0845 lebih kurang dan kami terus berjalan mencari kaunter ke Burj Khalifa berpandukan signage di dinding. Akhirnya kami sampai dan Ita pergi ke kaunter untuk menukarkan e-ticket kami kepada tiket yang sebenar. Untuk tiket kami, kami dibenarkan untuk ke tingkat 124 dan 125 dan tiket kami berharga AED135. Tapi ada lagi satu tingkat tertinggi iaitu tingkat 148 tapi harganya pun lebih tinggi la huhuhu. Ya, di Dubai serba serbi mahal. Kami melalui ruang pameran dan terdapat kedai souvenir dan juga servis mengambil gambar menggunakan green screen tpi nanti dululah, yang penting kami sampai ke atas dulu sebelum orang datang lebih ramai. Selepas melalui ruang pameran, barulah kami nampak satu lorong untuk ke lif menuju ke tingkat 124. Terdapat penjaga di lif tersebut yang akan memeriksa tiket kita dan memantau berapa ramai yang boleh naik lif dalam satu masa dan memastikan mereka memberi kami lif ke tingkat yang sepatutnya kami pergi. Pintu lif terbuka dan berdebar-debar rasanya naik lif kali ni sebab aku tau mesti tekanan tinggi kerana lif laju seperti yang aku alami masa naik lif kat KLCC dulu. Berdesing telinga weh! Dan sememangnya betul, terdapat tekanan dan geli-geli rasa perut bila terasa lif memecut laju naik ke atas. Dalam masa 5 minit, kami dah berada di tingkat 124! Kami mula menghayati pemandangan bird's eye view sepuas hati sebelum kami turun ketika umat manusia semakin ramai di sini. 

Dubai Gate kot nama dia

Menuju ke destinasi yeay yeay

Sementara di dalam Uber...




Kami dah sampai di Mall

We can see you

Selfie

Tiket kami

Dasat pakai laser je

Burj Khalifa mock up

Selfie lagi

Beratur menunggu lif

Kami yang di dalam lif laju
Aku di tingkat 124


Pemandangan Dubai dari tingkat 124





Tinggi sungguh Burj Khalifa sampai bayang dia pun dapat tutup bangunan kat depan ni

Bahagian Dubai Mall

Kolam dancing fountain

Reflexion
Moh kita panjat tangga pusing-pusing

Kat sini kami boleh nampak observation deck tadi

Lagi reflexion

Ini bukan tarian tiang

Ada kedai souvenir di sini. Tapi harga dia...

Macam ada exhibition je kat sini. Sebenarnya aku tengah aim nak clearkan bahagian bucu tu

Untuk tujuan ini hahaha

Pelbagai gaya untuk posing

Nampak tak sis yang comel kat situ?

I'm watching you watch over me, and I've got the greatest view from here (bak kata Silverchair)

Tangga pusing-pusing seperti bunga ros je

Memang susah nak dapat tempat yang clear untuk bergambar

Ok lerrrr

     Selesai bergambar, kami pergi ke toilet dulu sebelum turun berjalan mencari makan di Dubai Mall. Kami masuk tandas dia dan memang sangat hotel lah tandas dia! Tisu pun siap ada 3 jenis tisu, dan siap gunakan recycled servette yang mahal dalam tu. Yalah berbaloi jugaklah dengan harga tiket dia yang mahal tu. Kami turun bila orang dah start berlaga-laga antara satu sama lain. Kami sempat singgah mengambil gambar rombongan sekolah (gambar kat atas tu la) dan harga untuk membeli gambar tu adalah AED 100++ okay? Tapi nasib baik Ita yang mintak nak ambik gambar ni dan dia membeli sekali dengan copyright gambar ni (dia bagi dalam bentuk thumbdrive tak salah) dan dari Ita la kami dapat gambar ni hehehe. Kami kemudiannya berjalan masuk ke mall dan mula mencari kedai makan. Masa tu dah hampir pukul 1100am dan perut kami tersangatlah berkeroncong mintak diisi. Mulanya, kami nak makan je kat restoran Lebanese ke apa ke sekali tengok harga, kami tercekik sendirian. Yalah, Dubai Mall ni banyak butik-butik mahal dan ala-ala Pavilion (walaupun Dubai Mall ni lagi dasat dari Pavi). Akhirnya setelah diselidiki kami mendapat tau yang kat sini jugak ada food court. So? Marilah kita makan di food court jelah ye.

     Kami tiba di food court dan melihat begitu banyak pilihan untuk makan, tapi tiba-tiba mata kami tertancap pada satu kaunter yang familiar pada mata kami angkatan 70-an hahaha. Kami nampak Taza okeh? Excited kami dan akhirnya kami semua makan je kat Taza tu (Mera tercengang-cengang sebab tak tau pasal Taza, yalah budak muda niii). Mula-mula nak share, tapi mamat kaunter tu cakap seekor ayam hanya cukup untuk sorang je, so kami pun orderlah sorang seekor. Yalah ayamnya kecik je sebab ayam dara. Kami menikmati makanan puluhan tahun yang kami tak jamah di sini. Sedang kami makan, tiba-tiba ternampak 2 mamat Malaysia baru masuk ke food court dan bila ternampak kami, punyalah excited mamat-mamat ni! Siap cakap Kedah dengan kami hahaha. Mereka jugak sedang mengembara dan transit kat Dubai. Mereka ke Rome Italy dan bila kami cakap kami baru menghabiskan kembara Trans-Siberian kami, kagum benar mamat-mamat tu sebab mereka pun tak pernah buat lagi. mereka mengucap salam lalu beransur dan kami sambung agenda makan kami yang tergendala tadi.

Taza yeahhh

Ni portion seekor ayam. Sis abis tauuu

     Selesai makan, kami berjalan ke taxi stand dan mengambil teksi untuk ke Hard Rock Cafe. Kali ni kami bagaikan dibawa keluar sikit dari pusat bandar dan ke sebuah shopping mall yang agak remote. Tak ramai yang datang di sini walaupun shopping mall nya standard Lot 10 macam tu. Terlalu banyak mall di Dubai, menyebabkan ada mall yang terletak di luar pusat bandar sikit menerima kunjungan yang suam-suam kuku. Tapi nasib baiklah ada HRC di sini, at least orang ada jugak datang ke sini. Di sini jugak, kami kekaguman melihat sebuah Limousine membawa penumpang bershopping kat sini. Kelihatan seperti pelancong dan wowwww!!! Kat sini diorang sewa limo service la ni. Selepas membeli barangan di HRC, kami mengambil teksi untuk pulang ke hotel kami. Turun di hotel, kami singgah sebentar di sebuah kedai souvenir yang ekonomi (aku lupa nama kedai tu) yang terletak dalam 300 meter dari hotel di mana kami boleh mendapatkan barangan souvenir dengan harga yang sangat murah!

Perjalanan menuju HRC. Sunyi kan?

Limo dan driver... Jenuh nak jalan jauh bukakkan pintu hahaha

Di kedai ekonomi. Kelihatan beg Selamat Hari Raya Aidilfitri. Aku yakin beg ni datang dari Malaysia hahaha

     Kami pulang semula ke hotel untuk berehat dan bersiap. Oh ya, kami dibenarkan untuk check out pada jam 1500pm oleh pihak hotel, So kami boleh bersantai-santai dulu baring-baring dan mandi-mandi. Tepat pukul 1500pm, kami dah turun check out dan kami simpan barang di stor simpanan beg. Kami pergi ke mall yang berada di seberang kerana aku nak mencari baklava dan Turkish Delight di kedai-kedai dalam tu. Rupa-rupanya, kat dalam Carrefour tu sendiri terdapat kaunter khas menjual baklava dan Turkish Delight yang fresh dimasak dan diorang akan siap kotakkan dan sealkan sekali kotak tu! Kami kemudiannya melepak di Mc Donalds dalam mall sambil makan aiskrim. Jam 1700pm, kami mengambil Uber untuk ke airport. Memandangkan flight kami adalah pada jam 2115pm, kami perlu sampai awal di airport. Kami mengambil beg yang kami tinggalkan semalam dan bergerak menuju ke surau dulu kerana sudah masuk waktu Maghrib. Selepas solat, kami terus check in awal beg kami dan kami pun check in jugaklah. Kami makan di McD di dalam airport dan mengorder Signature Burger yang seakan-akan Mushroom Swiss kat Burger King. Sangat berbeza burger McD di Malaysia dengan Dubai, di mana di sini burgernya lebih besar dan sedap. Begitu juga dengan sundae ic cream, di sini lebih lemak dan mersusu berbanding dengan Malaysia. Kami menikmati burger kami sehingga cebisan terakhir dan kami juga sempat membeli belah coklat di duty free shop airport ni. Seperti yang disuggest oleh Intan, kami membeli coklat jenama Geisha sebab Intan cakap coklat ni sedap. Dan memang betul pun coklat ni memang sedap! Di balai berlepas kami, memang kelihatan ramai orang Malaysia termasuklah mamat Kedah yang kami jumpa kat foodcourt tadi hahaha. Perjalanan balik kami yang memakan masa lebih kurang 6 jam bermula baik, namun di waktu pagi-pagi buta aku merasakan seperti ribut sedang melanda di luar dan merasa terdapat banyak melanggar awan dan air pocket sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia. Dan selepas tiba di Malaysia baru kami dapat tau waktu yang lebih kurang sama dengan kejadian yang aku rasa tengah pagi-pagi tu terjadi ribut teruk di Na Thrang. Dan memang aku perasan ketika angin dan gegaran tu berlaku kami sudah mula memasuki ruang udara Asia Tenggara. Mungkin itu adalah angin ribut yang melalui flight kami. Alhamdulillah kami seisi kapal selamat sampai di Malaysia pada 5 November 2017 jam 0830am dan gumbiranya aku berjumpa suami yang aku tinggalkan selama 36 hari. Maka dengan ini secara officialnya tamat kisah pengembaraan kami merentas negara menggunakan keretapi dan pengembaraan epik Trans-Siberian selama 36 hari. Terima kasih daun keladi kerana setia mengikut dan membaca kisah panjang aku ni selama beberapa bulan dan diharap agar dapat meneruskan sokongan terhadap entri aku yang seterusnya. So aku sekarang dah boleh move on dengan leganya dan bolehlah aku menyambung dengan entri aku tahun ini ke Luang Prabhang.

Tiket balik. Confirm dah balik Malaysia lepas ni

Signature Burger dari McD Dubai

Besar dan sedap. Mushroom penuh di dalam

Hujan menyambut kepulangan kami di KLIA

Alhamdulillah tamat