Monday 17 September 2018

Post TransSiberian-Saint Petersburg: Tragedi Oktober Di Malam Halloween



















Saint Petersburg - 30 Oct 2017 (Day 30)


          Kami tiba di St Pete lebih kurang jam 1715pm dan perut kami mulai berkeroncong minta diisi. Kami terjah saja restoran pizza dan memesan 2 pan pizza (vegetarian & seafood) dan seperti biasa, teh panas. Sementara menunggu pizza, aku menemani Mera mencari money changer dan seterusnya mencari kedai kek untuk beli kek birthday Kak As. Ya! Hari ni adalah birthday Kak As. Kami sampai ke restoran bersama-sama sepotong kek dan celebration continues bersama-sama pizza. Selesai makan, kami keluar dari stesen Moskva Oktiabrskaya untuk mengambil teksi. Kami menggunakan apps Uber sebab takut kena cong lagi dengan teksi macam masa kat Kazan aritu. Kami berjaya mendapatkan 2 kereta tapi masalah kami pulak adalah kami tak jumpa cari kereta berdua ni sebab luar stesen tu macam terus meluas je. Kami mendapat call dari driver tapi dia bantai cakap Russia, memang tak paham la kami. Whatsapp juga dihantar tapi... bahasa Russia la jugak. Hari dah mulai gelap, tambah pulak hujan renyai-renyai membasahi bumi disertakan dengan angin yang huuuuuu sampai ke tulang hitam rasanya! Aku dan Dewi meredah hujan mencari dua-dua kereta dan rupanya kereta tu dah terlepas ke depan dalam 50 meter dari tempat kami menunggu. Kami naik kereta dan dihantar ke Cuba Hostel, dan diturunkan di satu bangunan. Mati-mati kami ingatkan itulah hostelnya, tapi bukan! Mundar-mandir kami disekitar bangunan siap google map lagi exact location kat mana, dan still kami sudah sampai di tempat kejadian. Aku siap masuk lagi di bangunan yang kami ingat hostel dan aku bertanya dengan seorang lelaki berpakaian formal lengkap yang tengah berdiri kat tepi tangga tapi dia cakap bukan dan tak tau di mana Cuba Hostel tu. Sekali lepas keluar baru la aku perasan mamat tu bodyguard rasanya, ntah kumpulan mafia ke apa ke sesuka hati je aku pegi tanya hahaha. Kami berpecah dan akhirnya kami mendapat whatsapp dari Ita yang hostel tu dah dijumpai. Cess! dalam 20 meter je dari bangunan bodyguard tadi tu dan kami tak perasankan hostel tu adalah kerana di kaki lima sepanjang bangunan dan hostel tu tengah ada construction. Apalah tempat yang kami ambik ni oiii. Dah le kami bakal 3 malam kat sini. Dan baru perasan kat kayu tu tulis Cuba Hostel masuk sini. Oh ya. Macam mana kami boleh tergerak hati untuk memilih Cuba Hostel? Kerana mendapat review yang bagus dan jugak lokasi yang sangat strategik dengan tempat attraction dan harganya yang boleh tahan la disamping gambar bilik hostel yang menarik disamping reception yang boleh berbahasa Inggeris.

Sampai!!!

Keadaan dalam stesen


Lunch+dinner pizza

     Bukak je daun pintu kat tepi kaki lima tu, tu diaaa!!! Kami perlu menaiki tangga lagi untuk ke atas! Sememangnya kebanyakan bangunan di Russia ni tak mesra untuk pengguna kurang upaya, tua etc2 sebab kebanyakannya bertangga tanpa lif pastu tinggi-tinggi pulak tu. Kami perlu ke tingkat 2 dan akhirnya kami sampai di reception counter. Kelihatan reception agak terkejut dengan kehadiran kami, mungkin tak menjangka yang datang menyewa ni Muslimah bertudung. Hmmm kami dapat rasa vibe tersebut... Selepas mendapat kunci, kami ditunjukkan bilik kami, sekali lagi kami perlu ke tingkat lagi satu! Kali ini kami menggunakan tangga naik yang ada dalam hostel, tak perlu keluar dan tangganya lebih kecil dan sempit. Kami diberikan dorm yang rupanya tidak seperti di dalam website mahupun booking.com pun! Kami menjangkakan dorm yang cozy walaupun kecil dan ringkas tapi yang kami dapat adalah seakan-akan dorm askar dengan katil double decker besi yang buruk, lama dan agak usang! Dan katil atas takde penghadang ya, cuma tangga tanpa pemegang! Kalau orang atas tidur lasak memang golek percuma je ke lantai.Siap spring besi di salah satu katil atas terkeluar dan sangat membahayakan! Hostel ni merupakan hostel yang paling teruk kami dapat dalam perjalanan kami kali ini. Kami sangka Modern Mongol dah teruk, tapi yang ini... Perasaan memang dah berkecamuk. Ditambah lagi kami diberitahu oleh staff yang escort kami ke bilik yang heater system untuk bilik kami rosak! Sejuk ni weiii!!! Namun kami diberikan heater yang pasang kat plug namun heater kecik tu tak cukup untuk menampung keperluan kami 5 orang! Jadi kami mintak heater tambahan untuk diletak di bilik kami dan mereka berjanji untuk hantar, tapi nan hado!!! Kami cuba bertahan dengan harapan kami dapat tidur dengan keadaan yang sejuk tu. Plug dalam bilik pun limited, dan kami terpaksa berkongsi kerana salah satu plug dah digunakan untuk heater. 

     Kami ingatkan berakhir sudah kisah malang, tiba-tiba kami dikejutkan oleh jeritan kanak-kanak dan remaja di luar bilik kami! Rupa-rupanya time kami check in ni terdapat sekumpulan rombongan sekolah kot turut menginap di Cuba Hostel, dan kami lupa pulak, malam ni adalah Halloween Eve, dan mereka berpakaian costume malam ni. Mereka menyanyi-nyanyi sambil bermain piano yang berada di luar bilik kami dan suasana memang bingit! Menjerit-jerit main kejar-kejar kot dan memang menaikkan darah kami yang memang dah sedia naik! Tiba-tiba lepas tu plup! Gelap gelita bilik kami. Rupa-rupanya blackout! Lagi bising dan naik darahlah kami time tu. Dan sepanjang malam kami terpaksa bertahan dengan jeritan dan nyanyian budak-budak tu sampai diorang tidur dan juga blackout yang seperti biskut Chipsmore yang kejap ada kejap takde. Dalam kesejukan kami dapat jugak melalui malam yang terasa amat panjang tu...

Dorm kami. Kelihatan descent tapi katilnya dah keluar spring, dan centralized heater tak berfungsi di bilik kami. Tangga cuma disangkutkan kat rangka katil macam sangkut hanger dalam almari dan ada beberapa kali tangga katil tercabut masa Dewi panjat. Kawasan yang indah cuma meja dan tingkap dan katil aku bawah di kanan tingkap huhuhu


Saint Petersburg - 31 Oct 2017 (Day 31)

     Kami bangun Subuh hari dan terus pergi mandi dan bersiap untuk mencari sarapan. Kami singgah di reception counter untuk remindkan diorang untuk hantar extra heater kat bilik kami dan juga menyerahkan passport kami dan juga duit RUB200 seorang untuk register kedatangan kami. Seperti yang aku tulis di atas, kelebihan hostel ini adalah kerana lokasinya yang sangat strategik. Betul-betul berada di tengah kota, kami hanya perlu berjalan kaki untuk ke jalan utama yang menempatkan banyak restoran dan shopping mall. Kami memilih untuk bersarapan di Subway, dan sudah tentu egg sandwich atau tuna saja yang kami boleh ambil.

Good morning St Pete!!!


Order jangan tak order. Lapar simpan dari semalam ni

     Satu lagi benda yang pertama kali aku experience di sini, aku seperti biasa selepas sarapan toilet adalah perkara wajib dan memandangkan Subway ni menyediakan toilet, aku gunakan jelah toilet dia TETAPI! Toilet Subway hanya boleh digunakan oleh customer dan untuk memastikan hanya customer sahaja yang menggunakan toilet mereka, customer perlu scan barcode yang terdapat pada resit makanan di scanner yang disediakan di sebelah pintu toilet dan barulah pintu toilet terbuka. Canggih tak diorang? Kita boleh keluar masuk pun beberapa kali asalkan resit tu masih ada dalam simpanan dan aku rasa hanya valid pada tarikh resit dikeluarkan la. Selepas bersarapan, kami menapak lagi ke stesen Metro untuk menaiki tren ke square mereka yang banyak bangunan-bangunan tinggalan sejarah seperti istana dan sebagainya. 

Token Metro. Gambar credit to Mera

Escalator yang jauh masuk ke bawah tanah

Saja game Dewi

Hanya 1 stesen


     Cuma berselang 1 stesen dan kami keluar dari dari stesen dan berlegar-legar di kawasan sekitar. Kelihatan sebuah masjid dari kejauhan dan kami berjalan menuju masjid untuk ziarah. Kami perlu melalui taman yang cantik dengan daun-daun yang mula berwarna keperang-perangan.

Kelihatan kubah masjid dari kejauhan

Menselusuri taman nan indah

     Kami menselusuri sungai melalui laluan pejalan kaki dan kebetulan ada mamat cruise sedang standby di situ. Dia meng approach kami untuk mengalami pengalaman menselusuri Sungai Neva, sambil melihat kota Saint Petersburg dari cruise dan bangunan-bangunan sejarah. Dia menawarkan kami harga yang murah dan kami mencuba nasib untuk tawaran yang lebih rendah dan akhirnya dia bersetuju. Aku tak ingat berapa price per head tapi agak berbaloi untuk 1 jam lebih punya cruise. Dia bertanya kami berasal dari mana dengan bahasa Inggeris pelat Russia yang minima dan kami suruh dia meneka. Sekali dia teka kitorang dari Bangladesh! Potong terus! Kami cakap kami berasal dari Malaysia dan dia tak tau kat mana Malaysia tu. Bila kami kata Malaysia berjiran dengan Singapore dan Thailand, barulah dia cakap yes I know. Tapi yang dia tau tu Thailand okeh. Hmmm.. Tak tau lah memang pengetahuan geografi diorang cetek ataupun Malaysia ni memang tak dikenali oleh dunia luar sangat. 

     Kami menunggu kapal sehingga ramai. Tak penuh, tapi oklah kami tak bersesak-sesak di atas bot tu, siap boleh pilih tempat duduk lagi. Selimut disediakan untuk pelanggan tapi busuk yang amat selimut tu! Tapi kerana sejuk, kami ambik dan pakai jugak. Kami fefeeling terer dengan duduk di open deck untuk menikmati pemandangan. Memang sejuk tapi boleh bertahan. Masuk je minit ke 30, aku tak boleh tahan... Aku tinggalkan Dewi kat luar dan duduk dalam kabin yang siap ada heater kat dalam tu. Tapi kat dalam ni, aku kena bertahan bau petrol la pulak. Tapi sebabkan sejuk, aku sanggup hadap sampai habis cruise.

Neva Rivah!

Selfie sambil menahan sejuk

Kota St Pete

Melalui jambatan

Video yang sempat aku ambik sebelum masuk dalam kabin. Sejuk wooo

Keadaan dalam kapal

       Habis cruise, kami berjalan menuju ke masjid untuk menziarah. Masjid yang dipanggil Cathedral Mosque sedang dalam renovasi jugak dan sayangnya kami tak dapat nak masuk tengok. Tapi terdapat tempat solat sementara berupa khemah di luar masjid dan kami mengambil kesempatan untuk bersolat di situ. Selesai solat, kami cuba mencari kedai makan di sekitar masjid, sebab normalnya akan terdapat restoran halal berdekatan masjid. Namun hampa kerana tak ada kedai makan disekitar situ. Akhirnya kami ternampak sebuah kedai daging halal dan kami masuk ke kedai dengan harapan ada kedai makan namun sekali lagi kami kecewa. Kedai tersebut hanya menjual supply daging mentah halal tapi ada juga mnjual camca (samosa) dan baklava tapi hanya untuk take away. Kami berjumpa dengan seorang lelaki berpakaian kemas dan mukanya iras Morgan Freeman begituuuu. Dia boleh berbahasa Inggeris dan bertanyakan kami dari mana. Dan Alhamdulillah dia tau Malaysia! Morgan Freeman ni tersangat ramah dan mengesyorkan kami untuk membeli camca di kedai tersebut dan dia merupakan penggan tetap kedai tersebut. Oklah daripada tak dapat apa-apa makanan kan lalu kami membeli camca sorang satu sebagai lunch kami. Keluar je kami dari kedai camca kami diekori oleh sekeluarga peminta sedekah yang sedari tadi asyik mengekor kami dari masjid. Kami suspect mereka adalah pelarian muka macam Syria la sikit. Mula-mula kami taknak beri duit tapi bila melihatkan anak lelakinya yang masih kecil yang juga membawa bekas meminta duit kami jatuh kasihan. Kami memberikan segala syiling yang kami ada dan hendak beredar. Tiba giliran aku memberi duit pada budak kecik tu, tiba-tiba dia bercakap dalam bahasa Russia dengan aku sambil tangannya cuba mencapai camca yang aku pegang dan masih belum makan. Tapi tindakan kanak-kanak tu dihalang oleh emak dia dan budak tu cuma terkebil-kebil pandang aku dan camca. Aku pulak terkedu tak tau nak buat apa berlari ke arah kawan-kawan aku yang dah lepas ke depan sikit sambil aku cakap kat Dewi budak kecik tu lapar kot sebab cuba ambik camca aku. Dewi suruh aku bagi je kat budak tu dan Dewi berkongsi camca dengan aku. Aku kembali berpatah balik ke budak tu dan menghulurkan camca dan dengan laju dia mengambil camca dari tangan aku. Sedih pulak aku rasa masa tu...   

Cathedral Mosque


Ketentuan Allah, walaupun benda ada atas tangan kita pun belum tentu ianya milik kita. Credit to Mera untuk gambar camca ni sebab aku tak sempat nak ambik gambar dan camca bukanlah rezeki untuk aku hari ini

 Selepas menziarah masjid, kami mengambil tren kembali untuk menuju ke Saviour on Spilled Blood Church yang terkenal di kota St Pete ni. Kiranya church ni macam Saint Basil versi St Pete la. Kami mengambil masa dalam 20 minit berjalan, sambil-sambil stop mengambil apa-apa gambar yang menarik sepanjang jalan. 

Bangunan-bangunan di St Pete memang kaya dengan seni architacture

Lagi antara bangunan cantik

Kami yang hendak melintas jalan bersama-sama merpati dua sejoli

     Akhirnya kami sampai di jambatan yang nun di hujung sana Saviour on Spilled Blood Church kelihatan. Setiap jambatan yang kami jumpa dalam perjalanan ke church kami akan singgah untuk tengok samada piawaian jambatan tu sama macam lukisan yang Dewi tengok dan nak pose yang sama. Aku tiba-tiba tak jumpa pulak lukisan tu online untuk comparison, tapi inilah hasilnya.

Inspired by lukisan yang Dewi jumpa online

Bahgitewww


Dari jambatan. Dari jauh dah nampak church

Laluan pejalan kaki

Selfie sambil yang kat belakang tu membuat lontaran hahaha

Mera dan beg merahnya

     Saviour of Spilled Blood Church sedang direnovasi dan ditutup untuk orang ramai. Takde rezeki untuk kami masuk dan tak salah aku, kena bayar untuk entrance fee. Kami mengambil gambar disekitar church sambil melihat-lihat gerai souvenirs yang ada di sekitar church. Perrghhh boleh tahan mahal harga barangnya. Yalah sebab kat situ tempat tumpuan pelancong kan? Kat situ jugak kita boleh lihat beberapa orang ber costume mundar mandir dan meng usha orang untuk bergambar dengan mereka. Sila berhati-hati ya sebab mereka ni scammer. Beriya-iya panggil orang atau rapat dengan orang yang tengah ambik gambar tapi lepas tu... Siaplah korang! Bayar ya bayar! Diorang akan caj untuk gambar yang diambil dan ada yang kata kadang-kadang diorang akan caj dengan harga yang tak masuk akal! Modus operandinya adalah family with anak-anak. Diorang akan menarik perhatian budak-budak ni untuk bergambar dengan mereka. So sekali lagi sila berhati-hati ya?

Saviour of Spilled Blood Church. Sejarahnya boleh klik sini

Selfie lagi

Dewi dan rakan-rakan baru persis model

Tumpukan pada lelaki costume di kanan Dewi. Itulah mamat scammer ambik gambar tu

Church dari pintu depan. Ada ticket booth kat situ


     Selepas bergambar, kami mencari tempat makan. Kami google, ada sebuah Indian restaurant di sekitar dan kami berjalan mengikut direction. Sekali lagi, apa yang boleh dipesan adalah sayur dan seafood saja. Dan harga makan kami... perghhh total lebih kurang RM280++!!! Sebab mahal, makanan yang tak abis kami mintak tapaukan hahaha. Kami berjalan kaki pulang ke hostel dan sambil-sambil tu melihat persembahan dari pemuzik jalanan. Sesungguhnya gelandangan agak ramai di sini dan malam semakin dingin. Kami singgah sebentar di Kazan Cathedral untuk mengambil gambar dan kelihatan seorang makcik sedang menyiapkan tempat tidur. Kami sangat kasihankan makcik tersebut dan Dewi memberikan makanan yang kami tapau tadi kepada makcik tersebut. Dia mengambil sambil mengucapkan spasiba dan dari riak wajahnya kami boleh nampak keterharuan dia. Walaupun tak banyak makanan tersebut tapi cukup untuk melapik perut dia. Kami juga singgah di Starbuck untuk melihat tumbler dan seterusnya berjalan pulang ke hostel untuk berehat. Jarak antara Kazan Cathedral dan hostel kami cuma dalam 5 minit perjalanan, tersangat dekat.

Misi mencari kedai makan

Antara bangunan klasik

Pulang!!! Restoran India ni cuma berhadapan dengan Kazan Cathedral

Tiba-tiba teringan encik suami hehehe

Pengedar leaflet. Fyi, di kota Saint Petersburg banyak terdapat kelab yang buat pelbagai show. Dari broadway, stand up comedy, tarian sampailah tarian tiang... errr 

Kazan Cathedral yang sangat cantik senibinanya

Dah macam tiang Acropolis

     Kami sampai di bilik kami dan ternampak ada 2 lagi heater tambahan. Amboii perli kaaa??? Maknanya kami ada 3 heater di bilik dan memasang kesemuanya. Dengan plug yang limited dan wayar heater yang pendek, struggle jugak kami sampai terpaksa alihkan almari untuk dapatkan plug lebih. Kanak-kanak masih ada lagi namun dah kurang bising. Tapi blackout tetap kerap sampai kami dah give up. Teruk benar sistem electricity diorang ni! Dalam tengah malam sikit, akibat kerap sangat blackout, akhirnya pintu bilik kami diketuk. Pintu dibuka dan kelihatan makcik Martha hostel berkata sesuatu kepada kami sambil menunjukkan heater yang ada di bilik kami. Makcik Martha boleh berbahasa Inggeris sedikit dan akhirnya kami paham yang heater kami adalah punca kepada blackout kerana kami menggunakan power yang banyak. Kak As dah bising sebab kami kesejukan dan akhirnya makcik Martha mengalah dan hanya membenarkan kami membuka 2 heater saja dan kami akur. Tak sabar kami nak menghabiskan baki malam kami di hostel ini...


Saint Petersburg - 1 Nov 2017 (Day 32)

     Hari ini, kami plan untuk mengambil jalan bahagian kiri main road. Sebab semalamnya kami dah cover di sebelah kanan main road. Kami bersarapan di Market Place, iaitu sebuah restoran ala food court yang menurut review antara kedai yang paling reasonable harganya. Selepas makan kami meneruskan perjalanan. Kami singgah di Hermitage, iaitu kompleks yang terdiri daripada beberapa bangunan termasuk bangunan pentadbiran dan Winter Palace yang kini bertukar menjadi muzium. Muzium ini adalah antara yang kami nak masuk tapi kami tak akan masuk untuk hari ini, cuma mengambil gambar sahaja. Kenapa? Kerana kami akan masuk pada keesokan harinya kerana hari Khamis pertama setiap bulan, Hermitage dibuka kepada orang ramai secara percuma. Kalau hari biasa entrance fee adalah RUB700. Dan disebabkan flight kami ke Dubai adalah pada jam 2345pm esok, maka secara automatiknya kami masih mempunyai masa untuk Hermitage. 

Good morning St Pete: hari ke-3

Kenapalah kami tak book hotel ni ya

Tunggu pelanggan

Lagi bangunan cantik


Rush hour

Kompleks Hermitage dari kejauhan


Hermitage compound

Aku dan Hermitage

Taman di depan Hermitage

Antara bangunan dalam kompleks Hermitage

Antara bangunan dalam kompleks

Antara istana dalm kompleks


Selfieeeee


     Kami kembali ke area hostel kami dan kami kembali ke Market Place. Kami dah terlalu lapar sampai rasa nak mengamuk terus ke kedai tersebut, Kami nampak ada nasi, so kami pun beratur mengambil tray sambil menunggu turn di kaunter. Sampai giliran masing-masing pilih apa yang nak dimakan. Sedih, nasi diberi hanya sesenduk (mungkin itu memang portion mat saleh kot) dan untuk lauk, aku mengambil salmon dan vegetable stew. Selepas makan, kami ke Kazan Cathedral dan berpeluang masuk ke dalam church. Masuk adalah percuma. Ramai yang beratur masuk untuk bersembahyang. Untuk pelawat, kami dibenarkan mengambil gambar hanya di beberapa bahagian dan tanpa flash. Pakaian kena sopan (kalau dia halau kami pasal kesopanan dah tak tau celah mana dah nak sopan) dan di bawah adalah beberapa gambar yang sempat aku ambil...

Interior Kazan Cathedra

Ramai yang berdoa

     Kami kembali ke hostel untuk bersiap kerana pada malam ini kami bakal menonton opera! Kami perlu sedikit formal dan berpakaian mengikut etika hall. Macamana kami boleh terjebak dengan opera ni? Kisahnya adalah bila kami mengetahui St Pete adalah kota kesenian untuk segala jenis art, dan St Pete juga terkenal dengan teater maka kami dengan gigihnya google mencari theatre hall dan persembhanan and BINGO! Kami jumpa opera theatre yang menawarkan diskaun sebanyak 30% dan banyak tu. Mariinsky Theatre merupakan rangkaian theatre hall terkenal di peringkat antarabangsa kerana sering menawarkan ballet theater yang terkenal seperti Swan Lake. Tapi untuk opera kami, persembahan akan diadakan di Mariinsky Concert Hall. Kami bakal menonton The Love of Three Oranges dan tiket selepas diskaun adalah RUB600 seorang. Memandangkan stesen metro terhampir dengan teater adalah dalam 800 meter, kami naik bas je, dan bas berhenti di tepi jalan berhampitan dengan Mariinsky Theater. 

     Kami berjalan ke bus stop dan mencari bas yang dimaksudkan (sorry aku lupa nombor bas) dan Alhamdulillah bas kami sampai. Kami datang awal dan perjalanan memakan masa 45 minit tak salah (termasuk meredah traffic sebab orang baru balik keje), namun kami perlu menunggu pukul 1800pm  untuk menukar e-Ticket kepada actual ticket. Dari jam 1800pm kami perlu menunggu dalam 1 jam lagi untuk masuk ke theater hall. Kelihatan semakin ramai yang datang dan berpakaian formal, dress blazer bagai, tapi kami? Dengan winter jacket hari-hari kami dan seluar jeans serta sport shoes, kami cuma bertawakal je supaya dibenarkan masuk. Dan Alhamdulillah kami tak mempunyai masalah untuk masuk, mungkin sebab diorang tau kami ni tourist dan sure la takkan bawak baju-baju formal pergi travel kan? Kami perlu pergi ke cloakroom untuk menyimpan jaket kami, memang rasa macam dalam filem pulak. Teater akan bermula tepat jam 1900pm dan teater akan berlangsung dalam lebih kurang 2 jam. Tak sabar kami nak menikmati teater opera ni... Tapi bila bermula, sebenarnya opera ini digubah dan diberi nafas moden walaupun asalnya  daripada naskhah klasik. Teater dibahagikan kepada 3 bahagian, dan setiap kali bertukar bahagian akan ada break lebih kurang 15 minit. Aku cuba bertahan menikmati opera ini, memang sedap suara mereka tetapi aku tertewas pada bahagian ketiga (aku tertidur hehehe). Semua tertewas kecuali Kak As menikmati opera sehingga hujung. So kesimpulannya, opera memang tidak ditakdirkan untuk aku, tapi aku gembira dapat mengalami pengalaman menonton opera buat pertama kali dalam hidup aku, kat Russia pulak tu!
Gembira sangat dapat naik bas

Mariinsky Concert Hall

Tiket opera kami. Hall kami yang ke-3 tu

Sebelum konsert. Tempat kami kat belakang pentas... Sebab tu tiket murah huhuhu. 3 biji belon diikat adalah simbolik kepada 3 oranges

Kolam orchestra. Buat sound check dulu

Curtain call. Selesai akhirnyaaaa

Tamat sudah persembahan

     Kami menuju ke bus stop yang opposite dari bus stop yang kami turun tadi untuk pulang. Tapi sebelum tu, kami ke kedai runcit untuk membeli roti dan susu buat breakfast. Kami akan breakfast dan check out terus pada pagi esok dan menumpang beg di hostel kerana akan ke Hermitage untuk lawatan terakhir kami di St. Pete. Jam dah menunjukkan 2130pm dan memang kami sangat mengantuk dan lapar. Mujur ramai yang bersama kami tunggu bas so takdelah kami rasa takut ke apa ke, selamat rasanya. Kami sampai di hentian dalam 30 minit kemudian dan pada mulanya kami niat nak balik hostel je, tapi disebabkan malam ini adalah malam akhir kami dan kami agak kelaparan maka kami berjalan menuju ke Burger King for supper. Seperti biasa, burger ikan, fries dan onian ring saja yang kami boleh order dan di sini soft drink adalah free flow. Kami makan sambil menghayati pemandangan luar dan sempat juga kami singgah di kedai FC Zenith Saint Petersburg untuk Ita beli jersi. Kami melalui Kazan Cathedral dan malam terakhir kami sangat indah kerana bulan penuh. Kami sampai di hostel, reception memanggil kami dan memulangkan passport kami dan juga duit kami kerana kata mereka tak sempat untuk register kami di sini kerana kekurangan staff. Tak tau la betul ke nak game kami ke, kami redho je dengan berharap kami tak mengalami apa-apa masalah di airport. Pulang ke bilik, menguruskan apa yang perlu, packing dan tidur.

Kazan Cathedral kelihatan cantik di waktu malam. Bulan penuh bagaikan mengucapkan selamat jalan kepada kami.... Begitewww


Saint Petersburg Finale - 2 Nov 2017 (Day 33)

     Kami bersiap dan bersarapan di bilik saja pada hari ini. Kami mengemas lagi dan check out pada jam 1000am. Tapi kami tumpang tinggalkan beg kami di hostel. Kami berjalan kaki ke Hermitage kira-kira dalam 20 minit. Pagi ni masih gloomy dan sejuk. Sambil berjalan pun boleh nampak asap keluar dari hidung dan mulut. Sesampainya kami di Hermitage.... Makaihhhh panjangnya beratur!!!! Sememangnya ramai kerana hari ini Hermitage dibuka percuma! Kami dengan redhonya beratur memasuki barisan dan mengharap paling lama pun kami kena beratur adalah 1 jam tetapi... sangkaan kami meleset! Kami beratur lebih kurang 4 jam okay! Memang masa tu rasa nak tinggalkan barisan dan pergi melepak kat tempat lain tapi disebabkan Ita memang nak masuk, takkanlah kami nak tinggalkan dia sorang-sorang beratur kan? Lagipun dah last day pun kami di Russia so why not teruskan niat tu. Kami berjaya masuk ke Hermitage pada pukul 4pm lebih. Bayangkan 4 jam lebih beratur dalam suhu 0℃ yang rasa sejuknya tak macam 0℃, seperti rendah lagi dari tu, tambahan pulak bila dah masuk compound Hermitage terasa lebih sejuk sebab udara terkedap di situ kerana kami dikelilingi oleh bangunan yang membentuk seperti kubu, dengan kaki dan tangan yang mula membeku... Fuuuu tak sanggup aku nak kenangkan lagi, but in the name of experience kami redah jugak. Lagipun tak tau le kalau boleh sampai sini lagi kan? Hehehe

Mari kita mula beratur! Fyi, ini bahagian luar bangunan ya

Barisan yang di sebelah kanan kami... Ada 2 barisan ya huhuhu 

Kami yang di pintu masuk compound

Inilah barisan kami huhuhu

     Akhirnya kami dapat masuk! Tapi sebelum itu, kami perlu ke kaunter tiket untuk mengambil tiket dan kemudian perlu ke cloakroom untuk simpan jaket kami. Terdapat 2 cloakroom di situ dan kami pergi ke tingkat bawah punya dengan harapan tak ramai orang, tetapi... sama je sesaknya. Memang beribu-ribu orang ada kat dalam tu, nak simpan jaket pun kena beratur panjang! Tapi nasib baik pekerja cloakroom yang terdiri dari acik-acik sangat cekap dalam menjalankan tugas dan kami berjaya menyimpan jaket kami dalam tempoh 10minit.  Kami ke tingkat atas dan beg kami perlu melalui scanner (normal di sini) dan tiket kami juga di scan. Maka bermulalah perjalanan kami memasuki satu persatu ruang istana yang telah dijadikan muzium ni. Sangat menarik tinggalan sejarah negara Russia ni dan di dalam istana ini, kami dibenarkan untuk mengambil gambar. Di setiap ruang utama terdapat staff yang standby dan bersedia untuk berkhidmat memberi penerangan. Tapi aku round dan baca saja apa yang tertulis sambil mencuri dengar apa yang guide tu cakap. Kami berpecah dan berjanji berjumpa di luar istana dalam masa 1 jam kerana istana tersebut besar dan mempunyai banyak wings. Nikmati sajalah gambar yang aku sempat ambik kat Hermitage tu ya. Untuk details mengenai Hermitage pula, bolehlah klik di sini.

Patung yang normal di negara-negara barat

Tangga di mana bermulanya eksplorasi kami




Lukisan di siling



Walkway jugak terdapat pameran-pameran berupa barangan istana dan juga costume

Model tetap

Ni bukan Dewi. Tapi kebetulan ada model Russia yang tengah merenung luar tingkap

Macam Game of Throne je



Ni gambar-gambar kerabat ni

Senibina memang world class!!!

See! Dah lengang

Hari sudah petang. Gloomy evening

     Kami keluar selepas habis explore Hermitage. Kat luar dah kelihatan lengang. Ceh! Kalau tau kami datang lambat sikit tak payah nak beratur sampai 4 jam sebab selepas tu ok je orang masuk tak payah beratur dah.  Kami mengambil gambar lagi sambil berjalan pulang. Singgah sebentar untuk mengambil late lunch kami di Market Place dengan menu yang sama dan kemudiannya kami pulang ke hostel untuk bersolat dan bersiap. Kami dah tak boleh menggunakan bilik kami lagi tapi Makcik Martha, penjaga tingkat atas hostel begitu baik hati membenarkan kami menggunakan bilik kami untuk bersolat. Sambil-sambil tu, Makcik Martha berbual-bual mesra dengan kami. Sekurang-kurangnya masih ada sisi baik hostel ni dan Makcik Martha menjadi penyelamat kepada rating yang lebih teruk untuk hostel ni.

     Jam 1930pm kami dah keluar dan mengambil Uber untuk ke airport. Kami tinggalkan kota Saint Petersburg dan sekaligus negara Russia yang telah kami jelajahi selama 18 hari beserta kenangan pahit manis kami di sini. Banyak perkara yang aku pelajari dan banyak juga pengajaran yang aku dapat kutip sepanjang kembara ini. Kami gembira kerana bakal pulang ke tanahair tapi dalam masa yang sama sedih kerana kembara epik kami bakal berakhir. Kami sampai di airport agak awal, supaya tak kelam kabut dengan urusan imigresen dan visa, yalah sebab stay terakhir kami tak register kan? Kami menukar pakaian kami dulu di toilet sebelum check in beg, kami tanggalkan jaket tebal kami, kembali menyarungkan sandal dan mengasingkan beberapa helai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca di Dubai kerana kami bakal transit 1 malam sebelum pulang ke pangkuan keluarga sepenuhnya. Alhamdulillah urusan passport kami berjalan lancar dan kelegaan begitu terasa. Kami dinner di Burger King dan pada jam 2345pm kami sudahpun take off untuk ke Dubai... Kisah kami di Dubai akan menyusul di entri seterusnya. Tiada kesukaran, hanyalah pengalaman yang mahal, semahal harganya hehehe...

Farewell Saint Petersburg

Pulkovo International Airport, Saint Petersburg

Aku akan sentiasa merindui 'Pectopah' iaitu ejaan 'Restoran' dalam Russian cryllic 


Signage toilet perempuan dia errr.... Serammmm

In flight entertainment aku. Sebelum aku trans-trip colleague distribution aku dah inform aku yang salah satu telemovie channel kami available dalam Emirates. So bangga salah satu telemovie kami 'terbang' serata dunia





No comments:

Post a Comment