Monday 10 September 2018

TransSiberianFinale: Moscow/Moskva/Mockba 2: Dari Moskva ke Gorky Park





























Masih di Mockba - 29 Oct 2017 (Day 29)

I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change...

     Sesungguhnya lagu inilah yang sering bermain-main di telinga aku bila kami merencanakan untuk ke tempat yang sememangnya ingin aku jejak dan nak buat video clip hahaha. Pagi ini, kami berpecah kepada 2 kumpulan kerana aku dan Dewi memilih untuk ke Gorky Park, manakala Ita, Kak As dan Mera akan terus ke Ismailovsky Market dan seterusnya menaiki city bus kembali dan kali ini untuk Green Line. Selepas bersarapan  hasil dari air tangan Kak As, kami bersiap dan berpecah untuk misi ronda-ronda Moscow hari ini. 

     Destinasi pertama kami adalah office tempat company Dewi bekerja... errr cawangan Moscow ya hahaha. Untuk ke branch company ni, kami cuma perlu menaiki bas di mana kami cuma menunggu bas di depan hostel kami. Memang convenience kan hostel kami ni? Kami perlu menaiki bas bernombor M3 untuk ke branch office Dewi dan kami kembali melalui depan ofis KGB lah. Perjalanan bas kami memakan masa lebih kurang 10 minit dan kami perlu turun di bus stop berhampiran dengan sebuah gereja yang kebetulan sedang menarik locengnya. Bunyi loceng agak lama dalam lebih kurang 5 minit dan dimainkan seperti lagu. Sedap bunyinya tapi seram pun ada sebab terus rasa macam berada dalam filem Exorcist hahaha.

Bunyi loceng Exorcist yang sempat aku rakam

     Kami perlu berjalan kaki lebih kurang 10 minit dari bus stop tapi melarat jadi hampir 30 minit sebab kami tak jumpa cari bangunan tu! Keluar masuk terowong pejalan kaki (kat Russia ni kalau nak lintas jalan kena guna terowong pejalan kaki yang disediakan) dan akhirnya setelah diamati bangunan yang seberang jalan tu la branch ofis si Dewi! Rasanya memang ofis-ofis kat sini tak suka ada signboard letak kat luar bangunan dan sebab tu kami agak sukar mencari. Dah jumpa, apalagi! Aku menjadi photographer tak rasmi Dewi untuk OOTD depan branch ofis dia! Gigih tu sejuk-sejuk pun Dewi siap pakai t-shirt company, siap tanggal jaket lagi. Layankan ajelah...
Kami perlu menaiki bas nombor M3 yang sememangnya kebetulan lalu di depan hostel kami

Lengang... Sebab pagi sangat lagi

Dah turun bas dan kami perlu menyeberang jalan.

Jadual laluan bas jenis apa di kawasan ni

Bangunan-bangunan berbentuk lama masih dapat dilihat di sini

Wanderlust ke wanderlost? Seperti kami hahaha

Akhirnya!!! OOTD Dewi depan branch ofis dia berjaya!!!

     Selepas itu, kami ke seberang jalan lagi untuk mengambil bas nombor B untuk ke Gorky Park. Tapi sebelum tu kami sempat singgah di money changer untuk menukar sedikit Rubel lagi. Bagusnya di Moscow ni ialah banyak money changer dan juga farmasi yang beroperasi 24 jam, dan money changer yang kami pergi ni adalah salah satu. Dari bus stop B ke Gorky Park memakan masa lebih kurang 20 - 25 minit perjalanan. Sesunggunya Moscow ini merupakan bandaraya besar kerana boleh kita lihat, dalam Moscow je dah ada berapa banyak kelompok bandar yang mempunyai bangunan besar, sampai aku sendiri pun confuse mana satu bandar betul dan mana satu pinggir bandar. Aku sempat mengambil beberapa gambar dari dalam bas untuk kenangan.


Kali ni bas kami ada orang. Kebanyakan makcik-makcik... Apakah...

Pemandangan dalam bas


The other side of Moscow



     Akhirnya kami sampai di Gorky Park. Hujan renyai-renya tapi lumayan lebatnya menyambut kedatangan kami. Memang dingin time ni. Gorky Park berada di seberang jalan kami dan sekali lagi kami melintas jalan menggunakan terowong pejalan kaki yang disediakan di sebelah bus stop. Untuk ke Gorky Park ni mudah, dengan menggunakan bas berlaluan B dan ber henti di Park Kultury. Turun bas, terus pandang hadapan, di seberang jalan korang akan nampak pintu gerbang macam cover picture aku tu dan itulah Gorky Park ya? Pastu kalau korang nak buat video clip pun dah bolehlah ya.


Model bus stop la pulak si Dewi ni

Gorky Park dari seberang jalan
     
     Sedikit trivia mengenai Gorky Park. Taman ini terletak di sepanjang Moscow River dan taman ini terbahagi kepada 2 bahagian: bahagian kanak-kanak, di mana terdapat tapak funfair kat sini dan juga bahagian yang lebih formal di mana terdapat bangunan dari zaman Soviet Union dan Gorky Park juga menjadi tempat reunion pesara askar Soviet pada bulan Mei setiap tahun. Nama Gorky Park adalah bersempena dengan nama Maxim Gorky, iaitu penulis zaman Soviet yang juga merupakan pengasas kepada fahaman sosialis Russia dan aktif berpolitik. Kalau diikutkan, biasa saja taman ini dan melalui pembacaan aku, taman ini lebih popular di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat bersantai berbanding sebagai tarikan pelancong asing. Gorky Park seharusnya berterima kasih kepada kumpulan rock Scorpion kerana lagu Wind of Change lah telah menyeret kami untuk datang ke taman ini. Untuk info yang lebih detail mengenai Gorky Park bolehlah klik di sini

     Alang-alang kami dah sampai di Gorky Park, kami melepak sebentar di taman dan berjalan-jalan di sekitar tapak funfair. Aku siap sempat pergi toilet taman lagi sebab hujan menyebabkan kesejukan itu lebih. Hampir sejam jugak kami berada di situ dan akhirnya kami berjalan keluar untuk mengambil bas kembali untuk ke bandar. Sementara menunggu bas datang, kami sempat mengambil gambar jambatan yang merentasi Moscow River dan selepas aku google, nama jambatan ini adalah Andreyevsky Rail Bridge, dan terdapat 2 lagi jambatan di jambatan yang sama iaitu Pushkinsky Pedestrian Bridge dan  Andreyevsky Road Bridge. Amekawww sekali 3 dia gabung. Untuk details, boleh klik di sini 

Model beraksi

Kembang idong sis menahan mengah kejar si Dewi

Us @ Gorky Park


Kami suspect kat situlah tempat askar veteran berkumpul buat reunion

Awww

Lagi model

Hidung sis sudah terkawal pernafasannya

Amusement Park. Ni bahagian kanak-kanak


Dan dedaun pun berguguran...

Gloomy but tenang

Lagi gerbang

Gerbang angle lain

Gerbang with model

Gambar aku tangkap vs.

Gambar Dewi tangkap. Mana paling cun???

Bridge yang aku terangkan kat atas

Kami lintas jugak bridge ni hahaha

     Kami menaiki bas menuju ke bandar dan berhenti di sekitar Arbatskaya. Kami dah kelaparan, yalah dah lebih masa untuk lunch time dan sebab malas nak pening-pening cari tempat makan, kami ke McD saja. Seperti biasa Fillet O Fish sajalah yang boleh ditelan dan kali ni kami tak beli soft drink tapi kami beli hot chocolate di McCafe. Portion hot choc dia? Amat memuaskan hati! Besaq gelasnya nooo...


Saiz hot choc yang amat memuaskan hati. Kelihatan jari comel di belakang

     Kekenyangan, dan selepas itu kami berjalan kaki menuju ke Smolenskaya Metro Station  untuk menuju ke Izmailovsky Market. Untuk ke Imailovsky Market, kami perlu turun di stesen Partizanskaya. Di sini kami ditimpa insiden yang hampir sama di sempadan China. Seperti kebiasaan, sebelum masuk ke mesin tiket, kami perlu melalui pemeriksaan beg di security di mana beg perlu di scan sebelum kami dibenarkan masuk ke stesen. Ada 2 pakcik guard ni sememangnya dah usha kami dari masa kami beratur nak scan beg, tapi kami buat bodo je. Bila tiba masa beg kami di scan, semuanya ok belaka. Takde bunyi beep ke apa-apa yang mencurigakan pun dari beg kami lalu kami dibenarkan masuk ke stesen. Aku pergi membeli tiket manakala Dewi tunggu dan kami perasan 2 pakcik tadi memanggil seorang anggota polis wanita, bercakap-cakap dan sambil menunjuk kami berdua. Ooo sudah... Apahal pulak ni? Kami still buat bodoh sehinggalah bila kami nak cucuk tiket kami, polis wanita itu memanggil kami berdua untuk mengikutnya. Aku dan Dewi ikut je sambil tersenyum sesama sendiri sebab memang dah mengagak kami akan terkena jugak. Kami dibawa ke satu bilik yang terletak berdekatan dengan tempat tiket dan kat dalam tu, Ya Allah... Ada lokap rupanya! Terkedu kami berdua bila tengok lokap tu. Apalah pulak nak jadi kat kami ni?

     Polis itu bercakap dengan kami dalam bahasa Russia, tapi kami jawab English? Dan dengan laju dia menjawab 'No' hahaha. Passport diminta dan aku perlu mengeluarkan segala isi perut beg aku untuk diperiksa. Satu-satu barang aku dibelek dan OMG! Aku terlupa nak keluarkan pisau lipat kecik aku dari dalam beg tu! Time tu aku agak panik jugak sebab aku rasa sebab kami ditahan tu adalah kerana pisau kecik tu. Tapi agak memeranjatkan, dia tak tanya apa-apa pun pasal pisau kecik tu (memang kecik sangat, besar sikit dari ibu jari je). Setelah berpuas hati dengan pemeriksaan barangan aku, dia suruh aku simpan balik barang dalam beg. Dalam masa yang sama dia menelefon pejabat Imigresen kalau tak silap aku untuk membuat pengesahan visa kami. Entah apa-apalah dia sebut nama kitorang dah bunyi Vaheeda nama aku, Dewi jadi Devi. Panggilan telefon berakhir dalam masa 5 minit dan sekali lagi dia menyelak helaian passport kami satu persatu sehingga puas dan menyerahkannya kembali kepada kami sambil tersenyum sambil berkata 'Sorry'. Dewi pun laju je jawab 'it's okay, I know it's part of your duty' begitulah lebih kurang. Elok pulak senyum gelak-gelak padahal masa mula-mula nak seret kitorang ke bilik lokap tu punyalah ketat muka dia. Kami ditahan lebih kurang 15 minit. Terus membazir masa kami kat situ. Kami dilepaskan dengan jaminan Imigresen (chewahhh ayat nak gempak je) dan keluar saja kami dari pintu tu, kami boleh nampak 2 pakcik bawang tu tengah menunggu nak tengok apa yang jadi kat kami. Dewi senyum perli kat diorang dan kami pun terus masuk ke stesen untuk mengejar tren.

     Haaa kat sini kami terconfuse sikit di mana selepas stesen Partizanskaya adalah stesen Izmailovsky. Dah nama pasar dengan nama stesennya sama, so kami ingat kat situlah. Kami terpaksa turun di Izmailovsky dan kembali menaiki tren untuk ke stesen Partizanskaya. Kalau ikutkan kami nak je jalan-jalan di kawasan sekitar stesen Izmailovsky sebab terdapat taman cantik kat situ dan sesuai untuk sesi photoshoot tapi hari dah menjelang petang, dan pasar bakal ditutup, pastu esok kami dah tak sempat nak pegi lagi dah sebab kami akan bergerak ke Saint Petersburg petang esok. Jadi apa yang aku mampu lakukan hanyalah ambik gambar untuk dijadikan kenangan.


Hanya mampu melihat taman yang cantik ni dari stesen saja


Babai taman yang cantik

     Kami tiba di Izmailovsky Market ketika petang semakin tua. Menurut blog yang aku copy cara-cara nak sampai ke market, keluar dari Metro Partizanskaya, ambik kiri. Jalan terus dan korang akan nampak dari kejauhan bangunan seakan-akan Disneyland. Jalan kaki dalam lebih kurang 15 minit, di mana di kiri kanan laluan pejalan kaki korang akan nampak ala-ala pasar karat kat situ. Tapi tunggu. Korang masih belum sampai lagi ya. Jalan sehingga Disneyland dan pasar Izmailovsky berada di dalam kubu Disneyland tersebut. Suasana semakin gelap ditambah lagi dengan cuaca yang agak gloomy kerana ada hujan di hari ini. Kebanyakan kedai sedang bersiap-siap untuk tutup namun perniagaan masih lagi diteruskan. Kami sempat menselusuri beberapa lorong pasar dan kebanyakannya menjual barangan yang hampir sama. Kalau korang nak membeli souvenirs seperti t-shirt, matriosyka dolls, ceramics, fridge magnet, topi Russia memang disinilah tempatnya dan tawar menawar adalah dibenarkan tapi disebabkan aku dah beli matriosyka dolls dan topi di Kazan, so aku tak beli dah kat sini. Pastu balik Malaysia, menyesal tak sudah hahaha. Dewi membeli cap di sini dan mendapat tawaran harga yang tersangat murah! Sebab apa tau? Sebab orang tu tersalah offer harga masa kami nak blah. Sekali orang yang mark down harga tu kena marah dengan dengan tuan kedai tu sebab murah sangat, tapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tawar, duit melayang lah. Selepas membeli cap kami ke kedai t-shirt untuk membeli t-shirt legend untuk husband dan boss aku yang sama-sama nak t-shirt USSR katanya. Size dan corak sangat limited kerana menurut pejual t-shirt tu, design memang limited kerana lambang USSR ni dikawal. Begitulah yang dia cakap kat kami, so kalau dia tipu maknanya kita semua tertipu la ni ye hahaha. Tapi memang aku perasan pun design t-shirt dengan logo USSR ni lebih kurang je cuma kualiti t-shirt dan cara percetakan je macam a bit lain la sikit. Kami melakukan proses tawar menawar dan akhirnya mendapat harga yang dipersetujui bersama. Oklah, standard la harga t-shirt dia. 

     Kedai makan halal juga ada di sini. Kalau korang masuk dari pintu gerbang Disneyland tu pegi lorong paling kanan dan korang akan nampak sederetan bar dan kedai makan di situ. Ada dijual kebab dan skew. Siap diorang bagi salam lagi kat kami, tapi kami tak membeli makanan kerana malam nanti kami akan menyambut birthday Kak As di HRC. 
Partizanskaya. Sememangnya metro station di Moscow ni memang terkenal dengan kecantikannya

Ke istana Shrek

Inilah Izmailovsky Market 

Kalau korang nak duduk hotel area sini pun banyak. Kebanyakannya dalam 3-5 bintang

Edit terpaksa sikit melampau kerana terlalu gelap

Keadaan pasar

Keadaan pasar. Bangunan kedai kat belah kanan tu adalah deretan bar dan kedai makan ya

Menselusuri salah satu lorong

     Selepas membeli, kami bergegas nak pulang ke hostel untuk bersiap acara makan. Kami melalui sekali lagi pasar karat (locals yang membawa hasil tanaman mereka sendiri untuk dijual di tepi jalan). Ada sorang makcik ni dia berniaga berries dan memandangkan hari hampir malam, dia pun lelong lah berries dia dengan harga RUB500 untuk 3 kotak. Kami beli mulberry, raspberry dan blueberry dan sangat selambak okey? Kat Malaysia takkan dapat harga sebegitu dengan kuantiti yang sebegitu jugak. Mengikut simple calculation kami, RUB100 =  RM7, so kali lah sendiri ya? 

     Alhamdulillah perjalanan pulang kami selamat dan tak ditahan lagi.Kami sempat singgah melihat persembahan buskers di stesen kami. Layan jugak busker Russia ni! Tapi kalau kat Malaysia ke indonesia ke, kebanyakan buskers menyanyi sambil petik gitar kan? Kat sini buskers main pancaragam tu! Tapi kerana videonya panjang, aku tak bboleh share di sini (sedih)

     Sampai saja di hostel, kami bersiap seadanya dan jam 2000pm kami mula berjalan kaki ke Arbatskaya. Sekali lagi, kami kecewa bila takde show di HRC, kami order makanan yang kami boleh makan iaitu nachos dan juga vegetarian sandwich sambil melayan music video di layar. Kat sini juga kami menyaksikan pasangan kekasih bergaduh di meja sebelah kami, siap ada upacara siram-siram air kat muka dowh! Sekali lagi aku bershopping t-shirt di HRC tapi ni tempahan orang lah ye. Kami menyambut birthday Kak As yang sepatutnya esok (kira celebration utk birthday's eve la kononnya) dan selepas makan kami berjalan di Arbat Street untuk terakhir kali. Suasana malam sungguh dingin dan kita boleh lihat gelandangan mula mencari tempat tidur mereka. Tak dapat dibayangkan tidur di atas bangku taman di waktu musim bertukar dan hujan pulak tu! Kami yang proper dengan jaket tebal, glove bagai pun masih lagi sejuk inikan pulak mereka. Kami memberi baki makanan kami yang kami tapau di HRC kepada salah seorang makcik gelandangan. Semoga mereka semua baik-baik saja.


Malam terakhir kami lalu di Russian Paragon ni. Aiyokkk Dewi kena teropong

Malam terakhir di Moscow, penanda TSR kami sudah berakhir

Malam terakhir di Moscow

Kita order makan dulu!!! Ita takde time ni sebab dia tengah shopping kat bawah hehehe

Selera kita sama Dewi! Strawberry Basil Lemonade

Nachos pujaan

Apa ntah nama mushroom quasedellas kot

Baru lengkap!!! Tetiba rasa windu nak trip berlima balik

     Selesai makan kami pulang untuk packing apa yang patut, walaupun kami masih mempunyai masa esok pagi kerana speed train kami ke Saint Petersburg adalah jam 1330pm. Kemas jelah sikit-sikit lepas tu kami tidur sebab letih berjalan hari ni. Dan harini kami agak terkejut bila salah sorang reception hostel, iaitu makcik Martha (yang entah ke berapa Martha ni) yang sangat ketat mukanya dan garang pulak tu tiba-tiba peramah sangat sambil bergelak ketawa dan kami suspect dia baru lepas minum vodka hahaha. 

     
Bye Bye Mockba - 30 Oct 2017 (Day 30)

     Kami mengemas lagi. Ita pulak pagi ni dia lari sebentar untuk masuk ke Kremlin seorang diri. Takpelah, Red Square pun memang dekat dengan hostel kami. Kami menghabiskan apa saja makanan yang ada untuk lapik perut dan pada jam 1100am, dengan bantuan reception hostel, kami menempah 2 teksi untuk membawa kami ke Leningrad Station. Untuk tren kali ni, kami sepakat untuk mengambil speed train yang dipanggil Sapsan, di mana perjalanan dari Moscow ke Saint Petersburg cuma mengambil masa selama 3 jam 40 minit saja. Rezeki kami jugak, masa Ita booking tiket, ada promotion dalam 30% diskaun jugaklah dan termasuk refreshments. Kami onz jelah. Kalau kami ambik slow train macam Trans Siberian tu, memang akan overnight jugaklah, tapi cukuplah ianya berakhir di Moscow saja kan? Tak serik, tapi kali ni kami nak cepat. Berakhirnya entri ini maka berakhirlah kisah Trans Siberian trip kami yang bermula dari Beijing ke Moscow. Tapi ada lagi kisah sambungan kami di Saint Petersburg untuk Post Trans-Siberian kami. Kemana saja kami melangkah memang mengharapkan indah tapi dugaan jua datang melanda.... Apakah itu? Tunggu sambungannya...

Timetable

Menuju ke destinasi hey hey

Beratur beratur

Sapsan kami sudah sampai

Waktu tempatan

Selfie sat

Kami semeja

Ita seorang sebelah meja 

Buat-buat baca buku

Pompuan gila sebelah tu asyik nak menyeringai je

Sesungguhnya teknologi itu menjarakkan kita... pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Akufarrah-Travelogue

Ita n meja mate

Refreshments kami. Well not bad. At least kami boleh lapik perut

Sapsan dari dalam


No comments:

Post a Comment