Friday 27 November 2015

Mengembara Dengan Adab...




Assalamualaikum WBT.

     Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk membuka blog sendiri, namun masih tidak mempunyai kekuatan & isi yg. cukup untuk mewujudkan sebuah blog. Kebanyakan kisah2 kembara, tips2 & gambar2 hanya aku share kan di dalam IG & FB aku sahaja, namun atas saranan ramai kawan2 utk. aku membuka sekurang-kurangnya sebuah blog, makanya aku dengan rasa sedikit confident memulakan langkah yang pertamanya. Aku akan mulakan dengan kisah kembara yang terkini, dan diikuti recap dari kembara2 aku yg. lepas... Diharap kisah & teladan aku dapat memberikan inspirasi kepada rakan2 yg. ingin mengembara, dengan kekangan budget yg. terhad tambahan pula kalau anda adalah traveler wanita, InsyaAllah aku berharap sedikit sebanyak blog ini dapat membantu dan aku akan cuba memberikan beberapa tips dan panduan berguna seperti tempat menarik, kos dan sebagainya di samping cerita2 yg. menarik utk. dibaca... Hahaha (harapannyalah korg semua terhibur).

    Terlebih dahulu, izinkan aku menggunakan kata ganti nama 'aku' kerana akan merasa lebih mesra & tidak terlalu formal utk. semua yg. membaca... Apa-apapun aku berharap semua orang akan enjoy dengan semua perkara yg. akan aku kongsikan dalam blog ini.

      Akhir kata, 'mengembara dengan adab'.


"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada." (Surah A-Hajj, ayat 46)