Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Friday, 27 November 2015

Mengembara Dengan Adab...




Assalamualaikum WBT.

     Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk membuka blog sendiri, namun masih tidak mempunyai kekuatan & isi yg. cukup untuk mewujudkan sebuah blog. Kebanyakan kisah2 kembara, tips2 & gambar2 hanya aku share kan di dalam IG & FB aku sahaja, namun atas saranan ramai kawan2 utk. aku membuka sekurang-kurangnya sebuah blog, makanya aku dengan rasa sedikit confident memulakan langkah yang pertamanya. Aku akan mulakan dengan kisah kembara yang terkini, dan diikuti recap dari kembara2 aku yg. lepas... Diharap kisah & teladan aku dapat memberikan inspirasi kepada rakan2 yg. ingin mengembara, dengan kekangan budget yg. terhad tambahan pula kalau anda adalah traveler wanita, InsyaAllah aku berharap sedikit sebanyak blog ini dapat membantu dan aku akan cuba memberikan beberapa tips dan panduan berguna seperti tempat menarik, kos dan sebagainya di samping cerita2 yg. menarik utk. dibaca... Hahaha (harapannyalah korg semua terhibur).

    Terlebih dahulu, izinkan aku menggunakan kata ganti nama 'aku' kerana akan merasa lebih mesra & tidak terlalu formal utk. semua yg. membaca... Apa-apapun aku berharap semua orang akan enjoy dengan semua perkara yg. akan aku kongsikan dalam blog ini.

      Akhir kata, 'mengembara dengan adab'.


"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada." (Surah A-Hajj, ayat 46)







Friday, 2 October 2015

Recce Project Kami: Istanbul, Kami Dah Sampai!!!




Date: 2-3 Oct 2015


    Setelah menghabiskan masa dlm perut flight 11 jam lebih & transit 13 jam, akhirnyaaa kami sampai di Istanbul!!! Disebabkan kami sampai awal 1 malam dari peserta lain yg bersama2 dgn AD, makanya kami berdua yg. pada mulanya berangan nak tido kat airport ni tapi last minute kami membuat keputusan utk book hostel kat area yg. dekat dengan airport. Aku membuat booking melalui Air Asia Go, di mana aku menjumpai 1 backpackers hostel yg menawarkan harga yg. agak ok jugaklah... dlm  RM170/malam utk 2 pax. Makanya kami booked utk 2 malam: 1 malam utk 2 oct dan 1 malam lagi utk 15 oct, sehari sebelum kami pulang ke Malaysia... Segala-galanya berjalan dengan lancar pada mulanya...

    Namun kami menghadapi kesukaran sebaik sahaja sampai di Atartuk Airport, di mana kami mengalami masalah komunikasi di mana rata2 org Turki ni x pandai berbahasa Inggeris! Jenuh kami bertanya orang utk ke hostel kami tapi org xtau: ataupun x paham apa yg kami katakan kot... kami melilau jugaklah mencari hostel tersebut dlm 2 jam jugaklah... kaki rasa nak cabut, ditambah lagi dgn backpack aku yg agak berat + beg DSLR aku yg tersangkut kat bahagian depan, rupa aku memang dah macam sandwich je masa tu... akhirnya kami berhenti singgah di sebuah kedai buku utk bertanya utk kali yg ke berapa puluh ntah lokasi hostel kami dan akhirnya kami ditemukan dgn seorang student yg. bernama Farhad & dia boleh berbahasa Inggeris. Apabila kami tunjukkan address hostel kami, dia dgn muka yg. agak hairan & terkejut sambil berkata: 'this is my dorm...' dia bawak kami ke hostel tersebut & alangkah terkejutnya kami bila dapat tau yg. hostel tersebut sudah pun bertukar menjadi asrama lelaki utk student universiti dlm lebih kurang sebulan jugaklah! Owner hostel tersebut jugak bagitau yg. dia dah inform semua travel/booking agent yg. diorg dah x provide hostel lagi utk traveller... bermacam2 version yg diceritakan pada kami tapi kami dah x boleh nak digest semua skali sbb kami dah penat, lapar & marah pada masa tu... 

    Dalam masa yg. sama kami cuba menghubungi Air Asia Go tapi disebabkan simcard Turki aku still xboleh nak berfungsi masa tu (sbb nak activate amik masa dlm sejam... tapi macam lebih jeeee) Mungkin disebabkan perasaan bersalah owner tu tarik lagi sorg student nama Yura utk teman kitorg cari hotel yg. lain dan dia bagi duit kat budak tu utk bayar mana2 hotel yg kitorg akan duduk tu... Alhamdulillah akhirnya berjumpa dgn 1 hotel dgn bayaran TL200: dan dibayar oleh owner hostel yg di convert jadi asrama tu... sbnrnya utk mendapatkan hotel baru ni byk lagi drama yg. kami terpaksa hadap tapi aku cut it short jelah, sbb kami selamat akhirnya... Dapat hotel, kami turun cari makanan, ronda2 town tu, balik mandi pastu tido... esok lepas subuh nak kena pegi airport balik sebab tempat pengumpulan kami adalah kat airport dan perjalanan kami utk keluar dari Istanbul pun akan bermula di situ...

    Keesokan paginya, kami check out dan kembali ke Atartuk Airport utk bertemu buat pertama kalinya dengan peserta2 lain yg. kami hanya kenal melalui wassap group... 
Dalam recce trip kami terdapat 6 peserta perempuan dan 2 lelaki & macam biasalah, mula2 mcm malu2 sangat kan (malu kerrr) tapi lama2 ok la jugak... what do you expect, baru 1st day pun kan...


    Kami memulakan perjalanan kami utk keluar dari Istanbul selepas dapat kunci van dalam jam 10 lebih pagi jugaklah... perjalanan yg. mengambil masa dlm sejam lebih jugaklah dari Istanbul ke jeti utk merentasi lautan Marmara dengan menaiki feri utk ke destinasi recce pertama kami: Canakkale... enjoy gambar2 kami ye...


Metro line 1: Atartuk Airport-Bahcievler: TL 2.15/one way/pax


Muka kelaparan selepas Tragedi Oktoberrr



Makan makan dan makan lagiii



Turkish buskers. Merdu gak suara diorg...



Orang Perak bukak kedai kat sini kot...  Sekali kami google translate 'Kulup' tu Club rupanya... Oooo



Katanya lorong ni ada pasar malam, tetapi agak malap je...



Suasana pasar malap... err malam...



Finally! Kami mula bergerak meninggalkan Istanbul



Abang Duta @ AD menerajui recce trip kami. Ini 1st time kami semua bersua muka



Pemandangan dari luar jendela kereta... 

Di kawasan jeti, terdapat tugu dan monumen yg. memperingati perang yg. pernah berlaku di sini



   
Cik meow yg. peramah lagi comel


AD sedang menjalankan tugas sebagai paparazi



Sorga utk. pemancing tegar... macam encik suami!!!



Patung2 ashkar



Lagi patung2 ashkar



Kami sudah berada di atas ferry yg. akan membawa kami ke Turki bahagian Asia. 



Test skill photography aku yg. lama dah berkarat...




The other side of Turkeye... Canakkale



Wefie time!!!




Ok sudah sampai!!!


Thursday, 1 October 2015

Recce Project Kami: Turkeye, I'm Coming!!!




Flight Date: 1 Oct 2015
Depart from KUL: 1925
Transit: DBX (13+hrs)
Arrival Date: 2 Oct 2015 to IST

Aku mulakan dengan kisah bagaimana tercetusnya idea nak round Turki ni. Plan asal adalah utk pergi terjah secara Sdn. Bhd. je bersama encik suami, siap aku dah buat itinerary sendiri & mengkaji kos utk trip terjah & redah ni, namun atas beberapa sebab yg tidak dapat dielakkan maka kami terpaksa postpone projek kami ini. Namun keinginan aku yg. mencanak2 nak pi jugak Turki tahun ni, makanya aku join 1 traveller's group dlm FB. Dan secara kebetulan jugaklah aku terjumpa MEC group yg sedang mencari 7 org peserta utk menyertai recce trip ke Turki dgn kos yg amat berpatutan bagi aku. Seriously aku gamble je registered dgn brader ni as a solo traveller sbb encik suami xboleh join sekali (tapi ai dpt permission okeh). Maknanya aku cuma akan kenal dgn peserta2 recce yg lain masa actual trip la... 

Namun, tetiba kawan aku cik Dewi berminat jugak nak join, so aku suruhlah brader ni, yg kami panggil AD (Abg. Duta Al Rahman​) utk reserve 1 lagi tempat utk cik Dewi ni, makanya aku adalah sorang yg aku kenal... :)

Kami menempah tiket penerbangan kami sendiri, x mengikut peserta2 lain yang naik Turkish Airlines (asalnya MAS yg telah di convert syarikat penerbangannya sebab MAS dah melupuskan route ke Istanbul dari list diorg). Kami menempah tiket penerbangan dengan Emirates, bertolak pada 1 Oct 2015 & balik pada 16 Oct 2015 (kami extend beberapa hari kerana.... tungguuuu). Harga tiket kami boleh di consider agak murah, tapi mmg masaklah kami sebab transit kami di Dubai utk perjalanan ke Istanbul adalah 13 jam manakala time balik pulak adalah 6 jam... sebab tu la murahhhh... tapi rupa2nya ada voucher makan yg akan disediakan oleh operator penerbangan kalau kita transit lebih dari 4 jam rupanya... (ya aku jakun sikit bab ni sbb 1st time transit lebih dari 4 jam & aku x pernah ambik tau pun pasal benda ni... hehehe)... Oklah sila layan gambar2 kami otw ke Istanbul...

Flight ticket price: RM2,310/pax (return: KUL-IST/IST-KUL)


Tiket sudah berada di tangan kami...



Suasana di Dubai Airport pada jam 3am



Misi mencari kedai makan



Inilah hasil dari breakfast voucher kami



Ambulance yg. menarik perhatian kami. Kenapa KLIA xde ek?



Dewi dan Abg. Johnny :)



Turn aku pulak dgn Abg. Johnny


Pakcik ni menarik perhatian aku utk mengambil gambar dia sebab tidur bersanding... huhuhu



Sempat lagi wefie sebelum naik flight ke Istanbul pulak... P/S: ini memang muka x mandi ye...



Istanbul Kami Datang!!!