Showing posts with label Canakkale. Show all posts
Showing posts with label Canakkale. Show all posts

Saturday, 3 October 2015

Recce Project Kami: Canakkale & Tanah Tumpahnya Darah Troy








Project 1: Canakkale, Turkeye
Date: 3-4 Oct 2015 (2 days 1 night)
Hotel/Hostel: Anzac House Youth Hostel


     Selepas kami menaiki ferry untuk ke seberang:  iaitu dari Istanbul (Turki Europe) ke Canakkale (Turki Asia) kami terus check in di Anzac House Youth Hostel, yg sebenarnya terletak dlm kira-kira 5 minit jalan je dgn jeti... tapi punyalah sesak town ni, xtau nak parking van kami kat mana. Utk penginapan pertama kami, kami 6 perempuan ditempatkan dalam sebuah dorm manakala 2 lelaki lagi dapat couple room... serammm x hahaha!!! Toilet adalah sharing: maksud aku sharing yg campur ye, so pandai2lah budget time kalau ada lelaki ke perempuan masuk... tapi rasanya macam kami je ada kat floor tu, so selamat jugaklah kot... Di sini bermulalah kisah 'Cinta Sabun Mandi' antara Ita dan... hahaha!!! Kisah berkongsi shower gel ni memang legend lah sampai ke hari ini!!!

    Disebabkan kami sampai dalam waktu Asar, maka kami settle solat dulu sebelum kami turun utk pusing2 town kecil lagi happening ini... Kami mula bergerak secara berjemaah dan tempat tujuan kami yg pertama adalah kuda Trojan yg berada di tengah2 bandar. Menurut sejarah kuda Trojan ini, ianya digunakan pada zaman perang Troy dahulu, namun kuda yg sebenarnya masih lagi diragui kewujudannya... dikatakan tiada kesan peninggalan untuk kuda Trojan yg sebenarnya pun. Yg ada hanyalah 2 version mock up kuda yg salah satunya adalah dibina utk penggambaran filem Troy... ala yg Brad Pitt berlakon tu... yg skrg ni diletakkan di tengah2 Canakkale Town... namun dikhabarkan yg. kuda ini bakal dipindahkan ke lokasi yg. baru yg. x dapat dipastikan di mana, maka kuranglah 1 tarikan utk Canakkale ni nanti...

    Selepas sesi fotografi bersama2 team recce yg. memang sangat kuat bergambar ni... I mean memang sangat hantu gambar, hantu selfie & bermacam2 hantu la yg. berkaitan dengan posing2 maut ni, kami mula meronda di kawasan sekitar jeti & bandar ini... sangat seronok suasana petang di sini, mungkin sebab hari ini adalah hari Sabtu, hari orang berlibur, suasananya sungguh happening... Di sini kami sempat merasa beberapa jenis makanan/street foods yg. sedap & murah (mengikut currency mereka ye). Kami sempat singgah di sebuah muzium yg. dulunya adalah sebuah istana tapi di sebabkan hari sudah agak lewat, Istana Takeshi ni (aku panggillah) sudahpun ditutup. So kami tangkap gambar di kawasan sekitarnya ajelah...

    Kami berjalan sehingga masuk waktu Maghrib dan kemudiannya pulang ke hotel utk merehatkan diri. Keesokan harinya, kami check out awal, dalam jam 7am dah chow dari hotel tersebut utk melawat kuda Trojan version yg. satu lagi. Kuda Trojan yg. ni kita siap boleh panjat2 dan masuk dalam badan dia lagi, tapi cuma beberapa orang je yg. masuk main panjat2 kat kuda tu sebab nak masuk kena bayar TL20, tapi menurut Ita berbaloi jugaklah sebab tempat kuda Trojan tu dia cover sekali dengan lawatan ke tapak kota Troy yg. telah musnah tu...  boleh la tengok artifak2 peninggalan kota Troy lama tu... Org sejarah mmg diwajibkan datang sini... rugi woo... So bagi orang2 yg. x masuk tu: termasuk aku, kami cuma tangkap gambar kuda Trojan tu dari kejauhan sambil bermain2 dgn kucing2 comel yg. byk berkeliaran kat kawasan tersebut.

     Oh ya, aku lupa nak info, sblm masuk ke tempat kuda ni, kami terpaksa menunggu tempat ni dibuka, sebab kami semangat waja sangat kan bertolak awal, sedangkan tempat ni buka pada jam 8.30am ya kawan2... sementara menunggu buka, kami sempat cuci mata & sopin sikit2 dari makcik yg. menjual souvenir kat depan entrance macam fridge magnet, key chain etc2 dgn harga yg. saaaangaaattt berpatutan... Aku beli jugak 1 key chain kelongsong peluru sebab unik, pastu makcik tu ajar aku bukak kelongsong tu pastu kaut tanah simpan buat kenangan... so pada encik suami skrg ada key chain peluru yg dalamnya ada tanah tumpahnya darah Troy... bahgitewww... Selepas lawatan bersejarah kami, maka kami meneruskan perjalanan kami utk memasuki daerah lain iaitu Kusadasi... Enjoy gambar2 kami di Canakkale ye semua... :)

Entrance Fee Troy Horse & City of Troy: TL 20



Then Iris came as messenger to white-armed Helen,
taking on the image of her sister-in-law,
wife of Antenor's son, fine Helicaon.
Her name was Laodice, of all Priam's daughters
the most beautiful. She found Helen in her room,
weaving a large cloth, a double purple cloak,
creating pictures of the many battle scenes
between horse-taming Trojans and bronze-clad Achaeans,
wars they suffered for her sake at the hands of Ares.
Standing near by, swift-footed Iris said:

"Come here, dear girl.
Look at the amazing things going on.
Horse-taming Trojans and bronze-clad Achaeans,
men who earlier were fighting one another
in wretched war out there on the plain,
both keen for war's destruction, are sitting still.
Alexander and war-loving Menelaus
are going to fight for you with their long spears.
The man who triumphs will call you his dear wife."

With these words the goddess set in Helen's heart
sweet longing for her former husband, city, parents. Covering herself with a white shawl, she left the house, shedding tears.

Iliad by Homer




Kami dan kuda Trojan



Selfie bersama kuda Brad Pitt




Kuda Trojan secara solo



Sejarah: Helen & Troy. Sila baca sendiri la ye...




Miniature City of Troy



Gerai2 yg. comel & tersusun di sepanjang jeti



Masih lagi sorga utk. para pemancing tegar



An evening in Canakkale



Street food yg. kami cuba: mussel yg. ada nasi dalamnya & diperah lemon. Rasanya boleh tahan



Close up



Ready to eat....


And.... Aaaammmm!!!!





Canakkale Town. Sangat happening



Baklava... Masih belum berkesempatan merasa lagi buat masa ni



Buah-buahannya super fresh & murah!!! 




Ni la yg. aku panggil Istana Takeshi tu... hahaha





Sokak=Jalan. Bukan tokak ye...



Kaler bangunan yg cantik



Sambil jalan makannn lagiii




Model sedang menunjukkan dive center yg. terdapat di sini... boleh debing laaaa





Lagi kedai yg. comel menarik perhatian aku







Motif? Saja nak bakar encik suami... pastu ada ke patut suruh aku belikan mesin kat sini???



Bendera Turki di tengah dataran...




Selfie...



Canakkale di waktu Subuh sepi'e



Mencari kedai runcit utk. membeli stok mineral water & juice



Breakfast kami masih mengekalkan ciri2 street food ketika berada di sini



Model menunjukkan cara memakan roti yg berintikan kambing & cheese



Menikmati sunrise di tengah jalan raya



Souvenirs!!!



Kuda Trojan versi ke-2



Zoom...



Kekucing memang banyak kat sini. Jinak2 pulak tu. 



Ok ini bukan kucing ye...



Kucing sepet yg. comel... x sangka ada gak kucing Chinese look... I like!!!!



Selfie bersama pokok zaitun... hahaha jakun 1st time tengok pokok zaitun



Buah zaitun secara close up























Friday, 2 October 2015

Recce Project Kami: Istanbul, Kami Dah Sampai!!!




Date: 2-3 Oct 2015


    Setelah menghabiskan masa dlm perut flight 11 jam lebih & transit 13 jam, akhirnyaaa kami sampai di Istanbul!!! Disebabkan kami sampai awal 1 malam dari peserta lain yg bersama2 dgn AD, makanya kami berdua yg. pada mulanya berangan nak tido kat airport ni tapi last minute kami membuat keputusan utk book hostel kat area yg. dekat dengan airport. Aku membuat booking melalui Air Asia Go, di mana aku menjumpai 1 backpackers hostel yg menawarkan harga yg. agak ok jugaklah... dlm  RM170/malam utk 2 pax. Makanya kami booked utk 2 malam: 1 malam utk 2 oct dan 1 malam lagi utk 15 oct, sehari sebelum kami pulang ke Malaysia... Segala-galanya berjalan dengan lancar pada mulanya...

    Namun kami menghadapi kesukaran sebaik sahaja sampai di Atartuk Airport, di mana kami mengalami masalah komunikasi di mana rata2 org Turki ni x pandai berbahasa Inggeris! Jenuh kami bertanya orang utk ke hostel kami tapi org xtau: ataupun x paham apa yg kami katakan kot... kami melilau jugaklah mencari hostel tersebut dlm 2 jam jugaklah... kaki rasa nak cabut, ditambah lagi dgn backpack aku yg agak berat + beg DSLR aku yg tersangkut kat bahagian depan, rupa aku memang dah macam sandwich je masa tu... akhirnya kami berhenti singgah di sebuah kedai buku utk bertanya utk kali yg ke berapa puluh ntah lokasi hostel kami dan akhirnya kami ditemukan dgn seorang student yg. bernama Farhad & dia boleh berbahasa Inggeris. Apabila kami tunjukkan address hostel kami, dia dgn muka yg. agak hairan & terkejut sambil berkata: 'this is my dorm...' dia bawak kami ke hostel tersebut & alangkah terkejutnya kami bila dapat tau yg. hostel tersebut sudah pun bertukar menjadi asrama lelaki utk student universiti dlm lebih kurang sebulan jugaklah! Owner hostel tersebut jugak bagitau yg. dia dah inform semua travel/booking agent yg. diorg dah x provide hostel lagi utk traveller... bermacam2 version yg diceritakan pada kami tapi kami dah x boleh nak digest semua skali sbb kami dah penat, lapar & marah pada masa tu... 

    Dalam masa yg. sama kami cuba menghubungi Air Asia Go tapi disebabkan simcard Turki aku still xboleh nak berfungsi masa tu (sbb nak activate amik masa dlm sejam... tapi macam lebih jeeee) Mungkin disebabkan perasaan bersalah owner tu tarik lagi sorg student nama Yura utk teman kitorg cari hotel yg. lain dan dia bagi duit kat budak tu utk bayar mana2 hotel yg kitorg akan duduk tu... Alhamdulillah akhirnya berjumpa dgn 1 hotel dgn bayaran TL200: dan dibayar oleh owner hostel yg di convert jadi asrama tu... sbnrnya utk mendapatkan hotel baru ni byk lagi drama yg. kami terpaksa hadap tapi aku cut it short jelah, sbb kami selamat akhirnya... Dapat hotel, kami turun cari makanan, ronda2 town tu, balik mandi pastu tido... esok lepas subuh nak kena pegi airport balik sebab tempat pengumpulan kami adalah kat airport dan perjalanan kami utk keluar dari Istanbul pun akan bermula di situ...

    Keesokan paginya, kami check out dan kembali ke Atartuk Airport utk bertemu buat pertama kalinya dengan peserta2 lain yg. kami hanya kenal melalui wassap group... 
Dalam recce trip kami terdapat 6 peserta perempuan dan 2 lelaki & macam biasalah, mula2 mcm malu2 sangat kan (malu kerrr) tapi lama2 ok la jugak... what do you expect, baru 1st day pun kan...


    Kami memulakan perjalanan kami utk keluar dari Istanbul selepas dapat kunci van dalam jam 10 lebih pagi jugaklah... perjalanan yg. mengambil masa dlm sejam lebih jugaklah dari Istanbul ke jeti utk merentasi lautan Marmara dengan menaiki feri utk ke destinasi recce pertama kami: Canakkale... enjoy gambar2 kami ye...


Metro line 1: Atartuk Airport-Bahcievler: TL 2.15/one way/pax


Muka kelaparan selepas Tragedi Oktoberrr



Makan makan dan makan lagiii



Turkish buskers. Merdu gak suara diorg...



Orang Perak bukak kedai kat sini kot...  Sekali kami google translate 'Kulup' tu Club rupanya... Oooo



Katanya lorong ni ada pasar malam, tetapi agak malap je...



Suasana pasar malap... err malam...



Finally! Kami mula bergerak meninggalkan Istanbul



Abang Duta @ AD menerajui recce trip kami. Ini 1st time kami semua bersua muka



Pemandangan dari luar jendela kereta... 

Di kawasan jeti, terdapat tugu dan monumen yg. memperingati perang yg. pernah berlaku di sini



   
Cik meow yg. peramah lagi comel


AD sedang menjalankan tugas sebagai paparazi



Sorga utk. pemancing tegar... macam encik suami!!!



Patung2 ashkar



Lagi patung2 ashkar



Kami sudah berada di atas ferry yg. akan membawa kami ke Turki bahagian Asia. 



Test skill photography aku yg. lama dah berkarat...




The other side of Turkeye... Canakkale



Wefie time!!!




Ok sudah sampai!!!