Saturday 1 September 2018

TransSiberian: Moscow/Moskva/Mockba 1 - 'Colorful Onion', Akhirnya Kita Bertemu!!!




























Mockba - 27 Oct 2017 (Day 27)


     Kami tiba di stesen Moskva Kazanskaya lebih kurang pada pukul 0710am. Kesimpulannya, kami boleh katakan tren di sini amat menepati waktu. Disebabkan kami sampai di Moscow ketika orang ramai sibuk nak keluar bekerja, kami lepak dulu di stesen dan bersarapan. Kami cuma mengambil light breakfast di Dunkin Donuts: kami makan seketul donat dan secawan kopi. Jadi la untuk lapik perut. Kelihatan orang masih ramai dan pada mulanya kami nak ambik teksi je, tapi akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki Metro yang stesennya bersebelahan dengan Moskva Station. 

Suasana dingin dan bersalji mengiringi kedatangan kami. Gambar kredit to Dewi

Breakfast kami

          Kami mula bergerak ke Metro dan mula mencari arah. Kami perlu ke stesen Borovitskaya untuk ke hostel kami. Tak salah aku, kami perlu melalui  stesen untuk sampai ke Borovitskaya. Ita menggunakan google map nya untuk mencari arah setibanya di Borovitskaya, ketika itu hujan mula turun renyai-renyai dan tersangat sejuk. Kami terpaksa meredah hujan renyai untuk mencari hostel kami namun tersangat sukar untuk kami mencari kerana kebanyakan hostel tidak meletak signboard hostel. Kami berpusing-pusing mencari berpandukan google map Ita dan Dewi dan juga melalui clue warna yang terdapat dalam website. Kami hampir give up jugaklah, dah le lapar, bila tanya orang, masalah bahasa memang yang paling utama, bila tanya diorang cakap tak tau je. Hampir 40 minit jugaklah kami merayau di kawasan bangunan tu dan menurut google map, kami memang dah sampai kat situ. Lepas tu baru perasan, kami hanya mencari di bangunan depan tanpa pergi mencari di bahagian tengah dan tepi jalan yang lagi satu. Terus kami melalui lorong tengah antara bangunan mencari bangunan berwarna hijau dan jackpot! Rupa-rupanya hostel kami berada di tepi jalan bangunan yang sebelah lagi! Kami check in di Kremlin Lights Hostel, tapi disebabkan jam baru menunjukkan pukul 090am, maka kami tak dapat nak check in. Kami hanya dibenarkan untuk check in pada pukul 1400pm. Tapi nasib baik kami boleh tinggalkan beg kami di loker reception counter. Hostel yang kami bakal duduki ni agak sempit reception counter, kami terpaksa bersesak dengan orang yang keluar masuk dari hostel. Kami juga dibenarkan untuk menggunakan tandas yang berdekatan dengan kaunter dan pantry. Pada masa ini kami tak tau samada hostel yang kami pilih ini tepat atau tak memandangkan keadaan yang kami lihat sekarang ini. Sebenarnya, pemilihan Kremlin Lights Hostel adalah berdasarkan ratings yang tinggi dan location yang berada dalam kawasan Red Square, tapi tiba-tiba kami berasa ragu dengan pilihan kami. Redha saja, selepas kami meletak beg, kami kembali memakai kasut (hostel kami kena tanggal kasut, boleh berkasut sampai depan kaunter saja) dan keluar untuk mencari makanan dan berjalan-jalan sementara menunggu check in. Kami bakal berjalan ke Arbat Street, yang popular di kalangan pelancong dan orang tempatan untuk bershopping. Semasa kami keluar, salji menggantikan hujan renyai tadi dan kami berjalan meredah salji yang berguguran sambil berposing. Hostel kami ke Arbat Street lebih kurang 1.1km jauhnya, tapi tak terasa jauhnya sebab kami sibuk melihat bangunan-bangunan di kiri kanan kami. Ok, tadi masa kami mula-mula lintas jalan dari hostel, dalam 2 minit jalan kami nampak Metro Station! Rupa-rupanya kami keluar di exit yang salah tadi! Fyi, terdapat lebih dari 10 exit untuk 1 stesen Metro tertentu dan untuk Borovitskaya, kami sepatutnya keluar melalui Exit 9, jadi kami cuma perlu berjalan 2 minit je ke hostel kami, tapi kami keluar entah Exit nombor berapa, yang menyebabkan kami terpaksa menapak jauh seperti berjalan dalam 1km jugak. Jadi, sila pastikan exit anda di mana ya sebelum keluar melulu.

Aku coba meletakkan video salji luruh tetapi saiz tidak mengizinkan huhuhu. Jadilah gambar ni ya

Kita bergambar berjemaah dulu

Pokok X-Mas bergerak dan Eskimo sesat

Otw ke Arbat Street

Mural

Otw ke Arbat Street

Kami dah sampai!!! Disebabkan pagi lagi, kedai baru nak bukak la time ni. Kelihatan bendera bergantungan di salah sebuah kedai souvenir. Salah satu bendera tu bendera Malaysia ya

Ejaan Russian dan ejaan English. Yang tertinggal adalah "Pectopah". Sila teka apa benda tu hahahaha

     Kami tiba di Arbat Street dan time tu baru dalam pukul 1015am, so kebanyakan kedai baru je nak bukak. Kat sini banyak McD, so kalau kami betul-betul terdesak bolehlah kami makan fillet o fish je kat sini. Terdapat banyak kedai menjual souvenir dan gedung pakaian di sini. Kebanyakan kedai souvenir akan menggantung bendera negara dan kami boleh lihat bendera Malaysia tergantung antara bendera-bendera negara lain. Oklah, at least diorang tau Malaysia wujud hahaha. Kami mencari restoran India yang kami dah google untuk makan dan kedai tersebut bersebelahan dengan Krusty Krab, kedai fast food comel berkonsepkan kartun Sponge Bob. Memang dah berkira-kira gak nak makan kat sini sebab ada burger lobster, ikan dan seafood lain (kedai seafood) tapi takpelah, makan nasi lebih kenyang la kan? 

     Kami masuk ke kedai makan dan nasib baik kedai baru saja bukak dan kami dah boleh order makanan. Kedai ni nampak agak high end gak dengan hiasan dalaman ala-ala maharaja. Dan memang dah ada sorang maharani dah beradu kat kerusi empuk ni sementara menunggu makanan sampai.

Maharani Emera beradu sebentar sementara menunggu dayang jejaka menghidang makanan

Dapat je makanan, masing-masing....

     Harga makanan halal di sini, boleh tahan harganya. Kami masing-masing makan set biryani siap dapat sup dan total dalam RM200++ untuk 5 orang. Taknaklah convert, tapi otak tu nak kira jugak hehehe. Kami cuba melepak selama yang boleh untuk membuang masa kami. Kami keluar dari kedai tu bila orang mula ramai untuk lunch, yalah orang ofis mula keluar untuk lunch. Kami ke Pandora sekejap (errr sekejap ek?) yang terletak di sebelah Krusty Krab. Daripada sekejap, nak dekat sejam jugak kami kat situ hahaha. Aku sememangnya pengumpul travel charm Pandora mencari signature charm untuk negara Russia. Aku nakkan Saint Basil atau matrioshka doll, tapi dah discontinued. Yang ada cumalah crown (simbolik monarki Russia suatu ketika dulu) dan juga Putera Katak (dan aku baru tau yang kisah katak bertukar jadi manusia ni berasal dari Russia), so aku pilih Putera Katak. Selepas itu, kami berjalan kaki lagi sejauh 700 meter lagi untuk ke Starbucks bagi mencari tumbler Kak As dan juga ke Hard Rock Cafe. Awal-awal lagi kami dah start shopping, belum lagi check in ni hahaha.
Welcome to Hard Rock Cafe Moscow! Dah hampir Halloween rupanya...

     Alang-alang dah sampai HRC, memang aku tangkaplah 2 helai untuk aku dan husband yang jauh di mata dekat di hati tu. Di samping itu, kami juga membuat reservation untuk 29 Oktober, dinner untuk meraikan birthday Kak As. Selesai semua perkara, kami berjalan pulang ke hostel dan kami check in lebih kurang pukul 1430pm. 

     Selesai check in, kami di bawa masuk ke dorm kami, dan bilik kami sungguh luas, kemas dan bersih! Lupa nak cakap, disebabkan kami sampai pada hari Jumaat, dan kami akan berangkat ke Saint Petersburg pada hari Isnin 30 Oktober, kami tidak perlu register kedatangan kami di Moscow (memang dalam pembacaan aku, kita tak perlu register kalau sampai ke destinasi on weekend). Dan seperti biasa, kami perlu memasang cadar masing-masing. Bilik kami dilengkapi dengan coffee table, so senang kami nak makan-makan dan juga sebuah sofa. Kami mandi-mandi dan bersiap-siap untuk keluar kembali, tetapi Mera yang memang dari semalam agak tidak sihat selepas kejadian terseliuh tangan masa di Kazan Station, sehingga melarat ke demam, mintak untuk tidak ikut kami dan ingin berehat. Jadi, hanya kami berempat yang akan keluar dan membeli makan malam.

     Disebabkan kami amat teringin nak merasa fast food di Russia, kami menggoogle fast food halal yang popular di bandar Moscow ni iaitu Jerry Wings. Dia seakan-akan ayam KFC jugaklah dan cuma ada beberapa cawangan dan juga hanya di Moscow, takde kat bandar-bandar Russia yang lain. Tapi sebelum kami mencari Jerry Wings, kami ke Red Square dulu untuk recce sebelum kami membawa Mera esok.

     Kami berjalan kaki menuju ke Red Square. Rasa hampir menangis, kerana impian aku menjadi kenyataan apabila aku melihat bangunan Kremlin berada di depan mata aku! Sesungguhnya Moscow merupakan bucket list aku, antara yang teratas dan kini aku menyaksikan sendiri dengan mata kepala aku sendiri bangunan tersergam indah ni! Kami juga berpeluang melihat Changing Guard Ceremony di Tomb of the Unknown Soldier, di mana terdapat Eternal Flame (api yang tak pernah padam) yang juga merupakan simbolik kepada askar-askar Soviet yang mati terkorban dalam perang Dunia ke II. Kagum aku melihat kawad Russia ni dan askar-askar ni macam takde perasaan je berdiri macam patung dalam musim sejuk ni. Tapi tak tipu, mereka memang kelihatan segak.


Hanya clip pendek yang lepas untuk entri ni huhuhu

Pemandangan seberang jalan dari bangunan hostel kami. Kami perlu lintas jalan dan Red Square berada di sebelah kanan

Moscow Kremlin-dari kejauhan

 
Changing guard ceremony 

Changing guard ceremony

     Selesai melihat Changing Guard Ceremony, kami memasuki pagar Alexandria Garden untuk pergi ke bangunan-bangunan lain yang terletak di dalam. Di luar pagar, kelihatan Hotel Hilton dan beberapa hotel 5 bintang yang lain dan juga shopping mall besar (nampak sangat high end so kami tak masuk huhuhu) dan kami juga dapat melihat Jamie's Italian Restaurant iaitu kepunyaan chef celebrity yang popular di AFC iaitu Jamie Oliver. Sememangnya kita boleh melihat banyak hotel-hotel berbintang-bintang dalam kawasan Red Square ni dan hanya kurang 100 meter dari Kremlin, so seronoklah diorang tidur bukak tingkap sambil mengadap bangunan bersejarah... So jealous... 
     Bangunan merah bata tersergam indah menjadi pemandangan pertama kami selepas pagar. Bangunan ini adalah State History Museum. Lupa nak info, Red Square telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site, so memang setiap bangunan bersejarah di Red Square ni akan ada entrance fee la ye hahaha. Details mengenai Red Square bolehlah klik di sini ya. Kerana kami datang pada waktu malam, jadi kesemua bangunan telah ditutup, tapi kami dibenarkan memasuki kawasan Red Square untuk berjalan-jalan. 

State History Museum di waktu malam

Menselusuri bangunan merah bata 

     Di sebelah State History Museum terdapat bangunan berwarna hijau yang aku tak jelas pada mulanya, tapi setelah diselidiki (hahaha) rupa-rupanya bangunan tersebut adalah Lenin's Mausoleum: tempat persemadian Vladimir Ilych Lenin, iaitu pengasas kepada kerajaan Soviet Union (USSR).

                             
Lenin's Mausoleum
          
     Setentang dengan Lenin's Mausoleum, kita boleh lihat shopping district besar di Moscow bernama GUM. Bangunan GUM dihiasi meriah dengan lampu-lampu berwarna keemasan. Tapi kami tak masuk la GUM ni, cuma lihat dari luar sajo

This is GUM

     Kami meneruskan perjalanan untuk mara ke depan lagi. Berdebar-debar aku nak menuju ke bangunan yang menjadi bucket list aku yang teratas iaitu Saint Basil Cathedral!!! Sebak rasa hati aku rasa tak percaya yang aku akhirnya berjaya menjejak kaki di bangunan lagu Black & White (aku menyimpan hasrat untuk ke sini lepas menonton video clip lagu Michael Jackson. Uiii berapa pulak umur aku masa tuuuu masa lagu tu keluar!). Kekaguman aku terhadap seni Saint Basil yang juga mendapat jolokan 'Colorful Onion' kerana kubahnya berbentuk bawang dan berwarna warni membuatkan aku bertekad untuk masuk ke dalam monumen tersebut keesokan harinya. Berapa saja harga entrance fee nya, aku sanggup bayar huhuhu. Aku megambil gambar pelbagai posisi dan sebanyak yang mungkin kerana apabila pulangnya aku ke tanahair, aku hanya ada memori dan gambar.

Excited dalam kesejukan. Ambik gambar dari kejauhan dulu

I can see you darling

Kita sudah dekat

Kami tanpa Mera yang berehat sebab sakit

Saint Basil sangat cantik

Dari depan

Close up makcik bawang Moscow

Red Square dari Saint Basil

     Selepas mengambil gambar yang banyak, kami perlu bergegas menaiki metro untuk ke TC Atrium, iaitu sebuah shopping mall di bandar Moscow. Kenapa kami nak ke situ? Sebab kami nak mencari Jerry Wings iaitu fast food halal. Untuk ke TC Atrium, kami perlu menaiki Metro dari Arbatskaya (stesen Metro berdekatan hostel kami jugak dan Red Square), dan perlu tukar tren di satu tempat kerana lain line. Permulaan kami berjalan lancar, berpandukan Google Map kami berjaya menjumpai stesen Kurskaya. Trick and tips di sini, 1 station boleh mempunyai 2-3 nama yang berlainan mengikut line, so kat sini memang agak tricky sikit ya. Tapi nasib baik lah Dewi dan Ita ni rajin mentelaah map, kalau aku yang bawak memang end up naik teksi la hahaha. Sebab aku tak arif dengan benda berbelit ni, straight to the point ajelah kan? Metro station betul-betul di depan mall, so kami tak perlu bersusah payah nak cari kat mana dah.

    Kami masuk berjalan di dalam mall yang moden. Besar dan cantik, namun kami terus pergi ke tingkat food court yang agak mengconfusekan kami jugaklah dan akhirnya... taraaaa kami berada di depan Jerry Wings. Aku pun tak tau kenapa aku tak ambik gambar restoran tu dan makanan sekali dan aku rasa yang lain-lain pun tak ambik gambar situasi foodcourt. Yalah, sejuk, lapar dan letih bercampur aduk dan kami perlu menunggu order disamping mencari tempat duduk kerana foodcourt penuh. Tapi lepas dapat makanan, masing-masing terus senyap. Sos? Sayugia diingatkan tiada sos cili di sini, cuma ada sos tomato, mayonis, barbeque dan yang seangkatan dengannya saja ya. Pastu yang best part nya, sos bukan percuma ya seperti di Malaysia. Di fastfood restaurant, kita kena beli sos kalau kita nak makan sos, dan range harga adalah berlainan mengikut jenis restoran. Kalau macam McD tak salah aku dalam RUB30 untuk 1 bekas, Jerry Wings dalam RUB35 dan Burger King dapat promotion price RUB50 untuk 3 bekas. Kami juga tapau burger dan ayam untuk Mera. Memandangkan kami tiba pun kedai bakal tutup dalam masa tak sampai 1 jam, kami cepat-cepat habiskan makanan dan mengambil metro untuk pulang ke hostel.

     Kami ingatkan kami dah expert, tapi 'hantu Metro' lebih expert! Kami terperangkap di dalam stesen metro hampir 2 jam kerana asyik salah line. Mata kami dikabui dengan warna line yang seakan-akan sama (biru tua dengan hijau tua etc etc). Memang menggetirkan perjalanan kami kali ni! Akhirnya selepas melompat tren dari entah mana, jam 2330pm kami sampai di stesen hostel kami! Tapi rupa-rupanya tak berakhir di situ, kami tersalah keluar exit la pulak dan menyebabkan kami keluar di exit yang jauh dari hostel kami! Kami keluar di area Ministry of Defence dan sememangnya agak jauh dari hostel kami. Jam hampir 0000am tapi kami masih lagi berjalan terketar-ketar kerana angin dingin dan embun sepanjang perjalanan kami ke hostel. Akhirnya dalam 12 lebih tengah malam jugak kami sampai dan walaupun sejuk, kami gagahkan jugak mandi sebelum tidur. Kesian Mera dah kelaparan kerana menunggu kami balik membawa dinner.


Masih di Mockba - 28 Oct 2017 (Day 28)

     Kami bersarapan dengan masakan Kak As pada pagi ini, Kak As cuba menghabiskan sisa-sisa stok kami. Kami makan di pantri hostel yang lengkap serba serbi dan meja makannya jugak agak besar. Selesai bersarapan, kami bersiap untuk ke Red Square. Kali ini, Mera sudahpun sihat dan seperti yang kami plan semalam, kami akan memasuk Saint Basil pada hari ini.

     Hari ini hari Sabtu, maka ramai rakyat tempatan membawa keluarga untuk beriadah, dan melalui pembacaan aku, Lenin's Mausoleum merupakan tempat yang mereka suka kunjungi untuk memberi penghormatan kepada pemimpin pujaan mereka. Untuk masuk ke Lenin's Mausoleum adalah percuma, tapi korang kena la beratur panjang untuk masuk ya. Tapi di dalam mausoleum ni, kita tidak dibenarkan mengambil gambar sekitar, apatah lagi gambar Lenin yang telah diawetkan dan diletakkan di pembaringannya. Kami tak masuk kerana kami berhuhu melihat betapa panjangnya queue nak ke mausoleum dan juga Kremlin.

     Sekali lagi, kami sibuk mengambil gambar sekitar Red Square dalam mode hari siang. So aku ada kedua-dua gambar Saint Basil siang dan malam. Untuk masuk ke Saint Basil, kita perlu membayar entrance fee sebanyak RUB500 seorang. Dan kami bernasib baik queue tak panjang sebab orang lain sibuk start beratur mengikut turutan yang bermula dari Kremlin. Tiada kata yang boleh diungkapkan, cuma gambar jadi taruhan. Nikmati saja gambar-gambar yang aku/kami ambil sepanjang kami di Red Square tanpa rasa jemu ya hahaha.

Pemandangan dari jejantas tempat kami melintas untuk ke Red Square. Jalan ni lebih short cut dan diajar oleh orang hostel.

Saint Mary with cross pada waktu siang

Alexander Garden

Umat manusia beratur nak masuk Kremlin dan Lenin's Monument


Lenin's Mausoleum dari bahagian dalam pagar

I love autumn!!!

Mari kita menuju ke Saint Basil!!!

Marshal Georgy Zhukov Monument yang terletak di depan State Historical Museum

Model international aku dapat









Lebih ceria di waktu siang


Gambar ini diambil oleh seorang wanita tempatan yang beria-ia nak ambikkan gambar kitorang berdua

Interior Saint Basil Cathedral







Ada muka Jesus kat tengah-tengah tu

Dari tingkat kubah




     Di dalam cathedral ini juga kami berpeluang mendengar nyanyian merdu ala opera (lagu gospel aku rasa) oleh sekumpulan penyanyi acapella. Tak payah pakai microfon, suara dah bergema dengan jelas sekali. Tak salah aku di tingkat 3 bangunan diorang menyanyi. Sempat aku merakamkan nyanyian mereka.

     Selepas puas kami berpusing-pusing di sekitar Red Square, kami membeli tiket tourist bus atau dikenali sebagai Red Bus. Kali ini kami nak melihat bandar Moscow dari atas bas saja. Seperti bas-bas pelancong lain, setiap sit ada disediakan mesin pelabagai bahasa dan kami cuma perlu menggunakan earphone yang diberikan kepada kami semasa kami naik bas untuk penerangan mengenai tempat-tempat menarik di sekitar bandar. Terdapat 2 line: Red Line dan Green Line dan masa kami beli tiket tu, memang pakejnya sekali untuk kedua-dua jenis bas dan boleh digunakan dalam tempoh 24 jam. Kami beli dah petang, so tiket akan expired keesokan petangnya dan bermakna kami masih boleh menaiki bas tersebut esok. Red Line membawa kita berpusing di sekitar kawasan Red Square dan bangunan sekitar manakala Green Line akan membawa kita keluar daripada city center yang berhampiran dengan Red Square.

     Kami sepatutnya bermula dengan Green line tapi terpaksa bertukar bas kerana bas kami rosak. Jadi kami naik saja Red Line dan melayan Red Square dari dalam bas. Besar rupanya Red Square ni, bukan terkedap kat area bangunan ni je. Seperti kawasan bandar lain, boleh tahan lumayan jem di Moscow. Terdapat 6 hentian kalau aku tak salah sepanjang route Red Line ni, dan kita boleh saja turun di mana-mana hentian yang dinyatakan dan naik semula Red Bus kalau dah puas berjalan. Antara yang menarik perhatian kami adalah Lubyanka Building, yang terletak di downtown Moscow. Di bangunan inilah terletaknya ibu pejabat KGB: iaitu badan perisikan Russia yang sangat terkenal.

Lubyanka Building: HQ KGB

     Di bawah ni pula antara gambar yang aku sempat ambik dari perut bas




Pushkin Museum. Tengok berapa lingkaran orang beratur nak masuk. Dah lewat petang pulak tu




Kak As dan Mera menghayati pemandangan




Dewi dan Ita pun sedang menghayati keindahan



Siapa kata Moscow tak jem???

     Kesimpulan daripada pemerhatian aku, rakyat tempatan amat menghargai sejarah negara mereka. Buktinya, di hari Sabtu ini, ibubapa berbondong-bondong membawa anak-anak mereka beriadah di tapak warisan sejarah mereka, begitu jugak remaja. Disamping itu, mereka menggunakan kemudahan yang diorang dapat seperti free admission untuk rakyat tempatan. Aku rasa sepatutnya di Malaysia pun buat macam tu jugak, free admission untuk Muzium Negara, Pusat Sains dan apa saja yang berkaitan dengan warisan Malaysia demi untuk memupuk rakyat cintakan negara. Bukti lagi satu seperti gambar yang aku ambil di Pushkin Museum. Pushkin merupakan pelukis terkenal Russia dan rakyat Russia sememangnya menghargai seni selain dari sejarah. Orang tempatan sanggup beratur panjang untuk masuk ke muzium tersebut. 

     Kami pulang sudah lewat petang. Kak As, Ita dan Mera akan meneruskan jalan-jalan mereka mencari Moscow Cathedral Mosque, manakala aku dan Dewi nak balik ke bilik saja sebab badan mulai rasa tak sedap. Mungkin gara-gara meredah kedinginan malam dan embun di malam sebelumnya menyebabkan kami rasa nak demam. Kami berpecah di Red Square. Aku dan Dewi singgah di McD GUM untuk tapau Fillet O Fish dan kami makan di hostel saja. Nasib baik aku ada membawa sedikit bekalan sos cili dari Malaysia, so melepaskan rindu kami terhadap makanan pedas. Lupa lagi nak bagitau, kalau kita di malaysia ada Value Meal kat McD kan? Kat sini, semuanya ala carte. Kau nak air? Bayar asing. Nak tambah fries? Bayar asing. Tapi saiz fries dan air adalah saiz large ya (yalah sebab bayar asing). Selepas makan kami makan ubat dan bersedia untuk tidur awal kerana esok kami merancang untuk membuat video clip lagu Scorpion hehehe... InshaAllah aku akan bersambung di episod ke-2 Moscow dalam tempoh terdekat ni...






















No comments:

Post a Comment