2 Oct 2017 (Day 2)
Da Nang - Hoi An
Kami selamat tiba di Ga Da Nang dalam pukul 1240hrs begitulah, maknanya tren kami agak punctual timingnya. Kami keluar daripada station dan terus mencari driver yang bakal membawa kami ke Hoi An, yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Da Nang. Kami telah membuat arrangement dengan Miss Thao, tuan punya guest house untuk driver mengambil dan menghantar kami dari/ke station dengan harga USD13/trip/kereta: so USD26 untuk pergi balik. Kat luar dah kelihatan ada sorang mamat memegang kertas yang ada nama aku & kami terus mengikut dia ke kereta. Seronoknya kereta Grab di sini adalah kereta diorang baru-baru dan branded. Kami menaikiToyota Vios baru memang selesa la beb!
Kenapa Hoi An? Kenapa kami tak lepak je kat Da Nang sambil bercanda di pasiran pantai kan? Sebabnya adalah kerana historical value. Hoi An (ataupun orang sini pronounce Ho-Yan) adalah bandar yang diwartakan sebagai Ancient Town by UNESCO. Jadi kami fefeeling nak menghayati keindahan semulajadi dengan melihat bangunan-bangunan antik yang masih terpelihara nilai estetikanya (begitewww!!!). Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan pantai Da Nang yang cantik dengan hotel-hotel mewah macam kat Miami tu dan juga shopping mall yang boleh tahan banyak dan wow memang maju dan moden Da Nang ni! Namun semakin jauh kami keluar dari Da Nang, bangunan-bangunan tinggi dan kemajuan bandar mula hilang sedikit demi sedikit sehingga kami mula merasai suasana kampung bila pekan koboi mula menggantikan bangunan tinggi.
Akhirnya kami tiba di guest house kami: 579 Hai Ba Trung (aku book via Booking.com). Sebenarnya 579 tu adalah nombor rumah dan Hai Ba Trung tu adalah nama jalan ya hahaha. Ianya adalah rumah teres 3 tingkat dan dibuat bilik sewa dalam beberapa pintu kat dalam tu. Kami disambut mesra oleh Miss Thao, agak muda dan cantik orangnya dan dia boleh berbahasa Inggeris, walaupun dialek Vietnam dia agak pekat, tapi not bad lorrrr... Akhirnya berjumpa jugak kami dengan orang yang boleh berbahasa Inggeris di sini. Fyi, masalah komunikasi adalah masalah utama untuk kami di sini di mana majoriti Viet tak pandai berbahasa Inggeris, makanya kominikasi kami adalah dengan menggunakan body language dan... ikut pemahaman sendirilah kaedahnya. Kami dibawa ke bilik kami dan Alhamdulillah bilik kami bersih, luas dan seperti yang digambarkan dalam review dan ratings customer. Bilik kami mengadap jalan utama dan kami mempunyai balkoni kecik. Nice! Kami dibenarkan untuk membuat pembayaran bila check out tapi passport aku dipegang oleh Miss Thao. Tapi ok je sebab aku ada salinan passport untuk dibawa berjalan-jalan dan kami cuma akan berada dalam liputan Hoi An saja.
Kami mengambil turn untuk mandi, solat dan berehat menonton tv Vietnam dan kami keluar untuk mencari makanan selepas semuanya selesai. Fyi sekali lagi: di Hoi An makanan halal tersangatlah terhad. Mengikut kajian kami, ada 2 restoran India dan beberapa restoran vegetarian di Hoi An dan kami perlu berjalan kaki untuk sampai ke kedai-kedai tersebut. Hari ini, kami decided untuk pergi ke restoran India yang bernama Namaste Omar yang terletak dalam 1km lebih gak la... Mode of transportation kami adalah kaki. Maka menapaklah kami dengan penuh redho sambil meredah hujan rintik-rintik sambil memakai poncho yang kami beli dari makcik yang berjual di tepi jalan (mahal makcik ni jual poncho dalam 10 hengget jugaklah harga dia).
Kami melalui bangunan-bangunan antik bertemankan budak-budak yang baru keluar dari sekolah (hari ini hari Isnin). Even post office diorang pun antik! Hampir sesat larat jugaklah kitorang mencari Namaste ni, perut dah berkeroncong mintak diisi sebab kat tren kami cuma makan roti dan biskut tapi kedai tak nampak-nampak lagi. Bertabahlah wahai perut... Akhirnya setelah beberapa kali mundar mandir akhirnya kami nampak kedai ni!!! Aku memang rasa macam nak sujud syukur je time ni tau.
Restoran dia memang cozy dan kelihatan mahal, dan memang agak mahal pun harga makanan dia tapi yang ni je halal so kami hadapkan jua.... As usual, aku memang akan minum Coke untuk menggantikan gula yang hilang dalam badan akibat berjalan jauh (alasan sangat) dan aku order nasi putih dan kari ikan. Silapnya aku mintak mild dan bukannya spicy dan akibatnya tak pedas langsung!!! Dewi pulak order salted lassi dan lamb biryani. Dapat je makanan memang kami tibai tapi aku tak abis kari ikan tu sebab rasa muak sebab tak pedas hehehe... Makanya kami pun tapau je kari ikan tu just in case sesapa lapar ke malam nanti.
Selepas makan, kami terus berjalan-jalan mengexplore pekan antik ini. Keluar lorong masuk lorong menghayati bangunan-bangunan antik gabungan senibina Vietnam, Cina, Jepun dan Perancis yang masih terpelihara. Aku jatuh cinta dengan kesenian bangunan-bangunan di sini. Kami meneruskan perjalanan kami menyelusuri Thu Bon River sambil melihat makcik-makcik peniaga menjual buah-buahan dalam raga dan juga lantern yang berwarna warni bergantungan di kawasan tepi sungai. Jugak ada Central Market di situ, korang boleh dapatkan souvenirs tapi mungkin sedikit mahal berbanding dengan kedai-kedai biasa tepi jalan. Hari sudah mulai senja dan suasana tepi sungai menjadi semakin cantik. Kalau korang jenis tak berkira nak mengeluarkan duit, bolehlah beli tiket masuk untuk melawat major attractions in Hoi An yang merangkumi Japanese Covered Bridge, Chinese Assembly Hall, Guan Yin Temple, muzium dan juga rumah tradisional keluarga Tran yang sangat terkenal dan berada dalam tapak rizab UNESCO. Harga tiket adalah 120k Dong tapi kami tak beli la hehehe... Kami cuma berjalan di kawasan yang tak payah bayar dan mengambil gambar dari kejauhan sajo...
Kami pulang ke bilik dalam pukul 2100hrs begitu, mandi, solat dan ready untuk berehat... Tak larat woiii mata ni dah berat. Sambil nak tido, pikir-pikirkan lagi apa nak buat esok dan ke mana pulak halatuju kami sebab kami memang takde specific itinerary untuk Vietnam ni, just follow the flow dan terjah ke mana saja kami pikir nak pegi. Senang kan kami?
Oklah enjoy dulu gambar-gambar dan video kami di hari pertama kami di Hoi An sebelum aku mengarang dengan lebih panjang untuk aktiviti hari ke-2 kami... Yalah kang nampak tulisan je gambar takde bosan la pulak kan?
Gambar-gambar Day 1:
Oklah enjoy dulu gambar-gambar dan video kami di hari pertama kami di Hoi An sebelum aku mengarang dengan lebih panjang untuk aktiviti hari ke-2 kami... Yalah kang nampak tulisan je gambar takde bosan la pulak kan?
Gambar-gambar Day 1:
Dah sampai Ga Da Nang
Bilik kami
Bilik ayaq kami
View dari balkoni kami
Post Office Hoi An
Appertizer kami (free la kot)
Taraaaa!!! Makanan kami: nasi putih, kari ikan & lamb biryani
Video Dewi merasmikan makanan
Lepas makan baru boleh jalan
Kedai
Kedai lagi
Temple
Ke mana kitak???
Bergambar sambil diawasi bodyguard tak berbayar
Ramainya umat manusia kat sini. Nak lintas bridge? Bisaaa!!! Bayar saja 120k Dong ahhhh!!!
Senario sebenar cover entri ini
Diorang tengah shooting drama sebenarnya hahaha
Senja di Thu Bon River
3 Oct 2017 (Day 2)
Hoi An
Selepas subuh, kami bersiap-siap bangun untuk mencari sarapan. Kami perasan yang selang 2 pintu rumah kami ada sebuah cafe kecil yang kelihatan menarik dan kami pun nak mencuba la untuk sarapan di situ. Nama cafe tu adalah Leo Leo Food & Coffee. Kami memesan kopi dan juga set omelette kosong dan roti untuk mengalas perut kami sebelum kami memulakan eksplorasi kami untuk hari ini. Kalau semalam kami ambil arah kanan untuk berjalan, hari ini kami ambil arah kiri dan depan pulak untuk berjalan. Kami menyelusuri lorong-lorong tikus dan kelihatan deretan kedai yang menjual pakaian jenama The North Face kat sini. Rasanya TNF ni memang bagi license kat Vietnam untuk bukak kilang dan produce pakaian-pakaian outdoor diorang seperti sweater, raincoat dan jaket. Mula-mula kami ok je, tapi lama-lama rasa macam 'isk ini tak boleh jadi ni!' dan telah menyebabkan aku akhirnya tewas dengan godaan jaket yang comel-comel belaka. Aku beli sehelai jaket berwarna oren dengan harga USD25 je, lebih kurang dlm RM100 lebih sikit. Fyi, jaket jenis ni aku dah usha sebelum ni masa tengah cari jaket untuk trip ni, aku usha kat butik dia dan harganya saaaangatlah murah: lagi seringgit je nak 2 ribu, ha mampooo??? So bila harga untuk kualiti material yang sama dengan cop yang sama hanyalah 1/20 daripada harga butik, memang aku tak lepas peluang la.... Tapi lepas tu terfikir jugak berbaloikah aku beli jaket ni nak mengangkut memberatkan beg untuk 30 hari lebih ni? Tapi dah beli pun kannnn...
Selepas terrrbeli jaket, kami pun berjalan sehinggalah ke pintu masuk Hoi An yang masa kami mula-mula sampai semalam dan berjalan- jalan di sekelilingnya. Panas dan penat, akhirnya kami nampak sebuah gerai tepi jalan dan kami pun decided untuk duduk lepak situ sambil minum kopi ais tepi jalan. Sambil tu aku sempat buat video dan korang boleh tengok kat bawah ni ye... Agak lama jugak kami lepak dan akhirnya kami sambung merayap. Rupa-rupanya pekan Hoi An ni dalam bemtuk bulatan je, sebab kami kembali ke tempat semalam semula dn melihat makcik-makcik yang sam menjual buah-buahan. Kami tawaf lagi membuat pusingan dan akhirnya kami pulang ke bilik untuk solat dan berehat.
Malam pula, kami dah merancang untuk dinner di sebuah restoran vegetarian yang terkenal di kalangan pelancong kerana sedap dan harga yang berpatutan. Kedai ini bernama Minh Hien dan terletak kira-kira 20 minit berjalan kaki dari guesthouse kami. Tapi seperti biasa kami memang suka menyesatkan diri. Berpandukan google map yang tak berapa nak bijak time tu, kami akhirnya sampai ke guesthouse kami semula! 😂😂😂 Kami mengambil keputusan untuk bertanya arab dengan Miss Thao, dan magis sunggu tiba-tiba Miss Thao muncul depan mata kami! Sebenarnya dah beberapa kali bila kami berniat nak jumpa dia, sepantas kilat dia dah depan mata kami! Ajaib dan seram jugak kitorang rasa 😅😅😅 Miss Thao memberikan direction kepada kami dan akhirnya kami jumpa kedai tersebut!
Sesampainya di kedai, kami dilayan dengan baik walaupun communication kami dengan waiter memang kelaut. Aku memesan vegetarian fried rice dan Dewi pho goreng. Kedai ni memang cantik, antik dan unik. Unik kerana dia hias kedai ni dengan koleksi-koleksi komik Jepun yang dah dicetak dalam bahasa Khmer. Aku pun gak melepaskan peluang bergambar di rak buku dan buku. Rasa macam gila sikit tengok buku berkepuk-kepuk atas rak. Makanan di sini pun sedap dan kami terus bersepakat membawa berkat untuk datang breakfast di sini keesokan harinya. Selepas makan kami berjalan-jalan sikit dan akhirnya pulang ke guesthouse semula untuk mengemas beg kami dan juga mengambil baju dobi kami dari Miss Thao. Yalah esok kami bakal check out dan perlu menaiki tren untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya...
4 Oct 2017 (Day 3)
Hoi An - Da Nang
Pagi kami ke kedai malam tadi semula untuk sarapan. Masa kami sampai kedai tu baru tengah susun-susun kerusi untuk bukak kedai dan kami menjadi customer pertama mereka untuk hari ini. Aku memesan omelette set dan dewi order vegetarian pho dan tambahan order kami adalah vegetarian springroll. Pagi ni agak kurenggg sebab telur dia agak masin dan dewi dah mula muak makan tanpa daging... Memang dasar karnivor kami nih! Akhirnya kami makan x abis pun, aku siap tapau omelette tu sebab aku makan tak sampai separuh pun. Kami pulang ke bilik, mandi lagi, berehat dan kemudiannya bersiap-siap untuk check out. Kami masih perlu check out jam 1200hrs tapi kami dibenarkan untuk melepak di lobi sampai kereta kami tiba. Kami mintak dihantar ke station pada jam 1500hrs sebab takut jem masa kat Da Nang nanti. Sambil menunggu kami berbual-bual mesra dengan Miss Thao dan akhirnya kereta kami sampai di depan rumah dan tibalah masa untuk kami babai semua orang di situ. Kalau korang nak sewa guesthouse yang agak berpatutan harganya bolehlah booking via booking.com dan cari 579 Hai Ba Thrung. Tempat strategik, within walking distance dengan Ancient Town.
Kami melepak agak lama jugak di Ga Da Nang, sampai aku sempat buat pbotoshoot Karya 12 depan station lagi... Sayangnya aku dengan kerjaan aku lagi kan walaupun on vacation? Saja je sebab kempen Karya 12 kami sedang on going dan kami buat plan untuk create Karya 12 Menjelajah Dunia to support telemovies kitorang yang sedang main di Astro Citra dan Astro Mustika HD. Diorang buat roadshow kat Malaysia, aku buat roadshow kat luar negara hehehe... So kalau korang adalah follower Bambam Studio intagram, korang boleh tengoklah gambar aku sambil pegang logo Karya 12 kat tempat-tempat signature.... Oopss tetiba terpromote channel sendiri hahaha...
Tren kami yang bernombor SE20 sampai pada jam 1855hrs dan kali ini kami dah putus harap nak berdoa kitorang conquer coupe kitorang dan memang betul tafsiran kami, kami ber roomate kan couple dari Perancis. Nama minah tu Elody dan balak dia nama Alex kalau tak silap. Diorang duduk di katil atas dan mereka agak peramah. Kami ok je dengan diorang kecuali 1 hal: typical French, sikit-sikit nak comolot je keje diorang ni adehhhh.... Pastu siap duduk sekatil sebab nak bersembang. Nasib baik bersembang je, kalau time tido pun nak share katil? Ngeriii mak nak pikior!!! Lagipun kitorang takut tetiba katil tu patah hempap kitorang sebab tak dapat menampung kapasiti berat 2 insan berchenta tu, tak ke haruuuu... But Alhamdulillah semuanya ok untuk kami pada malam itu...
Kami tiba di Ga Ha Noi lebih kurang jam 12 lebih tengahari dan kami terus pesan Grab Car untuk menghantar kami ke hostel kami: See You At Liliy's. P/S: kereta grab di sini lebih kecik/kompak mungkin sebab kat bandar so jalannya memang macettt banget....
Cost/Expenses:
Taxi (Da Nang - Hoi An - Da Nang): USD 26
Accommodation @ Hai Ba Trung: USD 32 (2 nights, twin sharing)
Laundry & makan: +/-500k Dong
Train ticket: Da Nang - Ha Noi (Soft Berth): USD 60 (not incl 3% tax)/pax
Cost/Expenses:
Taxi (Da Nang - Hoi An - Da Nang): USD 26
Accommodation @ Hai Ba Trung: USD 32 (2 nights, twin sharing)
Laundry & makan: +/-500k Dong
Train ticket: Da Nang - Ha Noi (Soft Berth): USD 60 (not incl 3% tax)/pax
Gambar kami pulak:
Breakfat @ Leo Leo
Kopi-bayar, green tea-complimentary
Muka ata sinyummm
Ni je yang kami mampu makan. Yang lain... non halalan toiyiban
Cafe hipstur Vietnam
Ko beli baju kat mana? Aku beli kat Babi lah!!!
Jalanraya sini tidak macetttt
Benda pertama kami nampak masa sampai Hoi An
Mari kita rasa... kopi tepi jalan...
Komentar sistur mengenai kopi tepi jalan
Malam kami dinner di sini
Kedai ni memang cantik!!!
Aku pun x lepaskan peluang berselfie dengan rak buku
Contoh komik yang available
Min Hien nama kedainya ya... sila google
Menu
Sempat akak amik video dalam kedai kan
Fefeeling paham bahasa Khmer
Makanan aku ngan Dewi: pho & nasikkk
Dewi memang tekun dalam segala hal hehehe
Us + 2 hehehe
Keesokan harinya... Sambung baca buku sambil breakfast
Inilah pho yang telah menyebabkan Dewi mengambil keputusan dia takkan menjadi vegetarian lagi hahaha
Yang ini jugak dalam membantu Dewi membuat keputusan yang paling besar dalam hidup dia
Aku punya... maaf incik telur ini masiiinnnn sangat
Inilah guesthouse kami!!!
Hanya mampu melihat pantai Da Nang dari jendela kereta sahaja... huhuhu
This is Da Nang
Astro Citra di hatiku #poyo
Yes, inilah bilik kami
Kegigihan Dewi memang terserlah
Katil 17. Kalau peratikan reflection cermin tu, korang akan nampak Elody kat atas. Ini sebelum kejadian beliau melangkau katil untuk ke katil boyfriend dia yang berada di atas aku untuk melepaskan rasa rindu sebab tido katil berlainan haihhh
Keesokan harinya...
No comments:
Post a Comment