Saturday 18 November 2017

IndoChina Finale #VietTrain: Mulanya Di Sini

















1 Oct 2017 (Day 1)
KUL - Saigon

     Seperti yang viewers semua tau (untuk yang dah baca entri IndoChina aku last year tu la) aku & Dewi terpaksa skip Vietnam & bergegas balik ke Malaysia kerana ada kecemasan. Memang burn la kos Vietnam kami masa tu seperti tiket train, hostel & flight Hanoi-KL, tapi kami percaya dengan perancangan yang telah Allah atur. Sekali lagi, kami merancang untuk melengkapkan trip tren IndoChina kami di tahun ini dan kali ini kami akan terus menyambung hingga ke Beijing dan seterusnya melakukan pengembaraan epik Trans Mongolian & Trans Siberian.

     Sebagai permulaan, kami menempah tiket Air Asia dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh (Saigon) & tren kami bermula dari situ. Flight kami memang awal: 0705hrs. Tapi nasib baik hari tu adalah hari Ahad, so takdelah nak bersesak-sesak jem kan. Tapi aku tetap keluar awal dalam pukul 4am jugaklah sebab mengenangkan nak drop beg bagai. Aku bawak 1 backpack besar 65l, 1 backpack hand carry & 1 beg kasut untuk trip ni, cuma 1 beg je aku check in dan untuk baggage, aku beli terus 25kg share dengan Dewi. Encik suami yang setia menghantar aku ke KLIA2 & kami bajet nak breakfast sama-samalah sebelum berpisah selama 36 hari tapi disebabkan subuh-subuh sepie tu punyalah ramai umat manusia beratur makanya lepas check in aku terus masuk gate je... Sedih gak masa nak tinggalkan encik suami... Yalah sebab ni la travel aku yang paling lama aku tinggalkan dia, tapi bak kata pepatah, sayang-sayang tinggal-tinggalkan hehehe...

     Jam 0705hrs kami pun terbang selama 2 jam & akhirnya selamat mendarat di bumi Vietnam. Benda pertama yang kami buat lepas amik beg? Of course beli simcard!!! Kami berdua bersetuju untuk membeli hanya 1 simcard dengan data sebanyak 9GB, kemudian hot spot. Dewi jadi perumah & aku penyedut data je... Selepas simcard aktif, kami terus memesan kereta melalui aplikasi Grabcar & disebabkan masa masih pagi lagi untuk kami ke train station (fyi, kami tak bermalam di Saigon), kami mengambil keputusan untuk pergi ke Ben Thanh market dulu.

     Sampai di Ben Thanh kami merayap masuk ke pasar kejap dengan beg kami yang besar dan berat itewww untuk menikmati sorga membeli belah yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ini & memang kami berjumpa dengan ramai orang Malaysia kat situ hahaha... Malangnya tiada nikmat bagi kami, walaupun aku suka shopping tapi mungkin sebab keadaan tak sesuai dan mengizinkan aku untuk shopping, yalah gila kot aku nak mengangkut selama 36 hari barang-barang shopping tu makanya kami keluar dari market tu selepas tak sampai setengah jam kami di dalam...

     Kami pergi ke Restoran The Daun yang letaknya seberang jalan je dari pasar. Kedai ni halal & dipunyai oleh Singaporean but a bit pricey bak kata kekawan aku yang pernah pegi Saigon ni. Masa tu dalam pukul 10am baru ya... Tapi nasib baik kedai makan dah bukak masa tu so kami pun lepak situ makan pho & minum kopi ais kawww... Sambil tu kami mengambil kesempatan ke atas free wifi kedai tu hehehe.... jimat data la beb, kami ada 6 hari kat sini...

     Dalam nak dekat 2 jam jugaklah kami lepak dlm kedai ni & akhirnya kami surrender keluar dari kedai bila makin ramai yang datang nak makan... Yalah kedai tu kocikkk je, beg kami dah makan ruang jugak... Kami masuk pasar balik untuk membuang masa lagi tapi dengan beg pikul yg berat & kami dah sakit bahu makanya kami mengambil keputusan untuk terus pegi ke Saigon Railway Station dengan Grab Car. Pukul 1300hrs kami dah tercongok kat station tu padahal train kami, SE2 ke Da Nang akan bertolak pada pukul 1930hrs tau! Huhuhu maka mereputlah kami di situ selama 6jam lebih... So aku nak nasihatkanlah korang carilah aktiviti-aktiviti berfaedah kat area bandar dulu sebelum pegi station ya. Seriously bosan yang amat sebab memang takde apa-apa hiburan sekeliling situ.

     Kat situ kami siap lepak baring, makan chips dan sebagainyalah untuk membunuh masa. Kat station ni korang kena ada daya tahan menahan bau yang sangat agung ya, seriously like: aku pun mandi pagi tadi je & berpeluh jugak, tapi tak le hanyir sampai macam nih!!! Nasib baik minyak angin aromaterapi green tea aku bawak skali dalam trip ni... Dok menghidu bau minyak jelah keje aku nak hilangkan loya... Akhirnyaaaa selepas tersiksa selama 6 jam, train kami sampai dan kami bergegas naik mencari bilik kami.

     Kami mula mengemas-ngemas beg kami, ready for boarding la kononnya. Kami memang membeli katil bawah so katil atas masib lagi kosong. Kami berdoa agar kami takde roomate, dan nak dekat setengah jam kami tunggu masih tak nampak bayang-bayang tuan punya katil atas. Hati kami dah mula bersorak gumbira. Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... dalam 10 minit sebelum tren bergerak, kami dapat 2 roomate sekaligus! Lelaki pulak tu dua orang tu! 😭😭😭 Maka kami redho dengan ketentuan... Tido pakai tudung beb! But Alhamdulillah roomate kami ok, atau dengan kata lain segan la kot. Diorang asyik keluar bilik je seperti tak nak mengganggu kami sangat & cuma balik bilik bila time tido je. Bangun pagi terus keluar bilik & aku rasa diorang lepak bilik kawan diorang kot ataupun lepak kat restoran yang ada dalam tren tu. Lawaknya katil Dewi menjadi mangsa, jadi 'Istana Hinggap' untuk dua mamat ni duduk untuk pakai kasut la, amik beg yang kat bawah katil la... Hikmah aku letak backpack aku kat hujung katil kot so takde ruangan untuk diorang tumpang duduk hehehe...

     Di waktu pagi tu kami pun mulakan breakfast kami dengan biskut & roti (makan ngan peanut butter Dewi bawak) yang kami beli dari kedai kat station semalam dan mineral water... Sayu pulak rasa pastu terus teringat nasi lemak di kala lapar tu... Ala kadar saja kami makan sambil menyaksikan panorama dari tingkap tren kami. Seperti biasa, tren akan berhenti menurunkan penumpang di beberapa buah station dan ada 1 station yang aku lupa namanya, berhenti agak lama dan kat situ ramai penumpang turun untuk membeli sarapan yang dijual di kedai-kedai yang berderetan sepanjang rel. Dah pagi lemau la pulak kami nak menunggu jam 1230hrs untuk sampai ke Da Nang Station. Untuk informasi, perjalanan kami dari Saigon ke Da Nang memakan masa selama 17 jam dalam tren dan pandai-pandai la ye korang mencari hiburan apa benda nak buat dalam masa 17 jam tu. Untuk aku, aku lebih suka duduk senyap, pandang tingkap, menenangkan fikiran sambil bermuhasabah diri dan seriously pengembaraan dalam tren ni banyak menenangkan otak aku dan membersihkan minda aku daripada perkara-perkara negatif yang sering menghantui aku (ayattt!!!) dan selepas 36 hari aku seperti menjadi aku yang baru! Alhamdulillah ketika aku menulis ni, momentum positif masih ada lagi pada aku di mana ada beberapa perkara yang aku dah let go masa proses muhasabah diri tu dan hasilnya sangatlah positif. Apakah itu, biar aku saja yang tau, hehehehe...

     Oklah berbalik pada kisah asal, roomate kami tu turun di station lebih awal, dan sebelum dia turun terdengar jugaklah dia cuba berbual mesra dengan Dewi walaupun dalam percakapan ayam dan itik. Selepas diorang turun, legalah sikit kami yang bertudung dari malam tadi tu untuk bersiap-siap sebelum kami sampai Da Nang jam 1230hrs nanti. Dan ya, kami tidak akan stay di Da Nang, sebaliknya kami memilih untuk menghabiskan masa kami di Hoi An, yang lebih kurang 45 minit perjalanan dari Da Nang. Aku juga dah request dari guesthouse yang kami bakal duduk selama 2 malam untuk arrange transport ambil dan hantar kami. Akhirnya selepas 17 jam lebih sikit kami dalam perut tren, akhirnya kami sampai di Da Nang...

Cost/Expenses

Flight Air Asia: KUL - Saigon ( 1 way): RM 69.92/pax
Train ticket: Saigon - Da Nang (Soft Berth): USD 60 (not incl 3% tax)/pax
Simcard: +/-120k Dong (bahagi 2)
Grab Car & makan expenses: +/- 250k Dong
   

Gambar-gambar kami pulak


Keep calm & beli simcard :)


Beg-beg kami... huhuhu


The Daun Restaurant: betul-betul seberang Benh Thanh Market


Kocik je kedai dia


Pojaan hatiku


Gambar makanan wajib kena ambik heeee


Kami yang gigih memikul beg masuk pasar


Saigon Station: ketika ini aku sedang menahan napassss


Finally!!!





Nombor bilik dan katil kami. Nombor atas bermaksud katil atas & vice versa...


Muka happy je dulu sebelum roomate masuk (fefeeling takde roomate sebenarnya time ni)


Evening news. Macam le paham


Gambar kontroversi hahaha... Salah sorang roomate kami yang suka menjadikan katil Dewi sebagai 'istana hinggap' (sila lihat pisau Ikea yang tercucuk kat peanut butter tu, Dewi memang cukup bersedia untuk sebarang kemungkinan hahaha)


Luar tingkap bilik


Good morning from somewhere in Vietnam!


Ni la station yang orang ramai turun beli sarapan. Meriah kan kedai-kedai?


Kedai-kedai dari sudut lain


Breakfast kami huhuhu


Buku menulis aku untuk trip kali ini


Layan video:








No comments:

Post a Comment