Saturday 17 October 2015

The End: Babai Santorini, Hello again Istanbul then babai and see you when I see you!!!



15 Oct 2015


     Kami bangun seperti biasa dan menikmati pemandangan terakhir di Santorini. Sayang rasanya nak meninggalkan tempat ni, tapi apakan daya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri kan... last2 cari jugak hutan batu expecially bila kita dah start mimpi2 nak makan nasik lemak la, sambal telur la, masak lemak cili api la... hahaha!!!! Kami cuba untuk menghabiskan saki baki makanan yg. ada sebelum check out.

    Lebih kurang jam 11am, kami pun melangkah keluar dari Fira Backpackers Hostel. Babai n sayonara!!! Berat hati nak bertolak tapi utk kembali tu mungkin 20% je... sebabnya, bukan pasal tempat ni x best, tapi baik aku merancang pegi tempat lain pulak bagi merealisasikan impian at least 30 negara dlm kehidupan aku di dunia ini....

     Kami mendapat bas utk ke airport agak cepat jugaklah... Sambil2 tu aku sempat snap gambar masa dalam bas, buat kenangan mengusik jiwa.... Sesampainya di airport, kami perlu menunggu dulu sebab kaunter cuma akan dibuka lebih kurang 45 minit sebelum take off...

    Kami cuba mencari makanan yg. kami boleh makan di sini, tapi tersangatlah mahal!!! Bayangkan fries bodo tu dlm Euro 5... Mmg x laaa nak beli.... Kami mengambil keputusan utk melepak di bahagian rooftop airport melihat view airport... Naik kami di atas, waaa mmg aku rasa mcm kat negara ala2 Mexico... Mmg org Greek ni suka kaler putih & biru, Kerusi dicat kaler biru... Kami melepak sehingga announcement utk check in dipanggil.

     Untuk flight ke Athens, kami dihidangkan croissant dan biskut utk lapik perut. Sampai je kat airport dlm 45minit tu, kami terus mencari kedai makan sbb kelaparan sangat. Tapi apa yg. kita boleh expect from Athens Airport, makanya kami pegi ke Mcd utk makan Fillet o Fish... itu jelah makanan yg. kami boleh pikirkan di negara org kan... Lagipun aku dah lama meninggalkan Mcd, tapi yg. ni kiranya mcm darurat jugaklah so aku makan jugaklah kat Mcd... Hehehe sori encik suami saya lupa janji sekejap... Kami transit lebih kurang dlm 3 jam jugak x silap, so kami merayap2 sekitar airport sambil mencari surau...

    Kami akhirnya nampak signage 'Prayer Room' di airport, wow kagumnya kami sbb Athens menyediakan surau utk Muslim, kami mula mengikut signage tersebut dan akhirnya membawa kami ke 1 bilik.... Oooo rupa2nya 'Prayer Room' yg. dimaksudkan tu adalah gabungan utk multi religion: maknanya kat situlah surau, situlah chappel, tempat sembahyang Yahudi, Buddha, Hindu etc2.... Nampaknya xdapatlah kami nak solat di sini sebab tiada pengasingan lelaki & perempuan tambahan pula ada beberapa lelaki sedang bersembahyang mengikut agama masing2...

    Flight seterusnya dari Athens ke Istanbul adalah dalam jam 6 lebih petang, dan kami sudahpun bersiap sedia utk menaiki flight kami...

Di dalam flight, kami dihidangkan lunch set Kosher, seperti yg kami pre order. Disebabkan kami je yg. order Kosher meal yg. nampaknya lebih special & banyak kuantiti makanannya berbeza dari standard meal passanger yg. lain, makanya makanan kami menjadi tumpuan ramai!!!! Siap org menjenguk2 kotak kami sambil tanya2kan kepada pramugari mengenai kelainan makanan kami di dalam kotak tu... Yelah kami siap dapat pasta, biskut, juice, 1 bekas pastu telur ikan ala2 kaviar utk cicah dgn biskut n apple puree.... hahaha makanan lengkap sungguh!!! Noted, pasni kita order special meal ye Dewi?

     Kami touched down di Atartuk Airport lebih kurang jam 8pm. Ambik beg, kami terus pegi ke stesen Metro utk mengambil tren utk ke hotel kami... Kami perlu salin 2 tren sbb berlainan line. Kami sampai di hotel lebih kurang jam 9.30pm.

     Sampainya kami di Green Park Hotel Merter yg. di rate kan sbg hotel 5 bintang tu, kami ingatkan dah boleh berehat dgn aman damainya, tapi ada lagi drama swasta yg. lain berlaku.... huhuhu... Namun kali ini bukan pasal bilik hotel kami ada problem, tapi ni problem org lain la pulak! Kami datang mmg wrong time sebab sedang berlaku pergaduhan antara customer lelaki yg. x salah aku dari France dgn pekerja hotel, mungkin disebabkan oleh salah faham mengenai bilik customer ni. Diorg siap nak bertumbuk tau!!! Mencarut2 kuat2 huhuhu takutnya aku, n aku even nak jatuh tergolek sbb masa diorg nak bertumbuk tu aku ada kat blkg mat saleh tu. Time tolak menolak tu terlanggar aku jugak.... wuiihhh drama swasta sungguh!!!

     Kami terpaksa menunggu pergaduhan dileraikan oleh salah seorang customer yg asalnya org Turki jugak, dalam nak dekat sejam jugaklah kami tercongok kat lobi tu, akhirnyaaaa tepat jam 10.30pm kami dapat masuk bilik kami utk berehat!!!! Biliknya cantik dan bak kata Dewi 'ni barulah hotel!!!!'.... Hahaha hotel ganti dari Air Asia Go, walaupun byk drama tapi akhirnya berakhir dgn kegumbiraan jugaklah! Di hotel ini juga kami dapat complementary breakfast so kami x risaulah mana nak cari makan utk esok pagi. Rating utk breakfast dia? Oklah.... hakak bagi 3 bintang!!!!


16 Oct 2015 

     Kami check out dalam jam 11.30am dan terus menuju ke airport. Kat situ kami lepak makan sekali lagi di Popeye, sbb kat Malaysia da xde kan? Kat aiport tu jugaklah aku beli baklava yg. aku dah janji dgn mak n mak mentua aku... Sbnrnya boleh je beli awal tapi nak mengangkut 1 hal, tp aku bli yg fresh ye... Bukan di Emporium ke Duty Free Shop ke ye, tapi di 1 mini mart yg berada di tingkat bawah (mcm subway) kat airport tu. Subway utk ke stesen Metro tu... Kat situ ada dijual roti & baklava fresh dimasak setiap hari, n time aku beli tu baklava tu masih lagi rasa suam2.... aku bli 2 kilo: pecahkan kepada 4 kotak & kosnya kira2 dlm TL 149. Kira oklah harga tu sbb aku campur baklava tu beberapa jenis: campuran harga antara TL 40 - TL 70 per kg. So aku sangat2 recommend kedai ni utk org2 yg. x sempat nak membeli baklava di bandar Istanbul disebabkan faktor pergerakan n luggage etc2... 

     Akhirnya kami menaiki pesawat kami transit ke Dubai pada jam 4lebih petang.... Kami transit selama 6 jam lagi di Dubai Airport. Dgn menggunakan meal voucher kami, kami akhirnya berjumpa dgn buffet restaurant rupa2nya di tingkat M airport tersebut.... Cisss kat sini boleh mkn byk sikit, kami rugi kot masa 1st transit kami 2 minggu lepas dpt mkn roti ngan kopi je... Cisss skali lagi!

17 Oct 2015

     Lebih kurang jam 1.30 petang.... Malaysia oh tanahairkuuuu!!!!! Maka tamatlah sesi kembara kami utk tahun ini... 


    InsyaAllah utk tahun 2016 kami berdua akan mengembara lagi, kali ini ditempat yg. biasa org malaysia kunjungi namun kami akan cuba dgn cara yg sedikit luar biasa... Dah ada beberapa org mencuba, tapi mungkin dgn itinerari yg. sedikirt berbeza.... Utk entri yg. seterusnya sementara menunggu siri jelajah Farrah & Dewi musim ke-2 (huhuhu kononnya) aku akan recap mengenai trip aku sebelum ini: iaitu umrah, trip Euro 7 negara, Bali Tour, jelajah susur galur org Minang, projek USS dan entri 'GoLocal'....


Terima kasih semua atas sokongan...





Dari dalam bas.... Babai Santorini!!!!



Santorini Airport yg. lengang 



Hening je...



Tempat lepak di rooftop



Lagi gambar tempat lepak rooftop



Selfie jap...



Kena selfie dgn spek jugak...



Landasan kecik je...



So long... Farewell...



Meal box kami yg. menjadi bualan ramai...



Siap ada certificate lagi Kosher meal nih



Our pasta



Bilik kami di Green Hotel Merter Istanbul






Hotel breakfast



Berdoa agar diberi kesempatan utk mengembara lagi dan berada di airport yg. lain pulak...



Malaysia!!!!!

No comments:

Post a Comment