Thursday 8 October 2015

Recce Project Kami: Angkara Ankara







Date: 7 & 8 Oct 2015 (2 days 1 night)
Hotel: Tac Hotel, Ankara


     Perjalanan yg. perlu kami tempuhi untuk sampai ke destinasi kami yg. seterusnya iaitu Ankara mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan dari Cappadocia. Perjalanan kali agak lancar kerana cuaca mula berasa sedikit panas, tidaklah asyik hujan je macam 2 hari lepas... Seperti biasa, kami wajib berhenti di mana2 RnR ataupun stesen minyak atas dasar 'kemanusiaan'...

     Kami sampai di Ankara pada jam lebih kurang 2pm. Oh ya lupa nak memberitahu bahawa Ankara adalah ibu negara Turki. Haaa kat sini ramai orang yg. akan confuse sbb kebanyakan akan menyangka yg. Istanbul adalah ibu negara bagi Turki. Fyi, Ankara adalah ibu negara rasmi bagi Turki, namun Istanbul juga diiktiraf sebagai bandar terpenting yang fungsinya sama jugaklah dengan Ankara tapi lebih menjurus kepada bahagian Eropah.

     Pada plan asal kami ketika berada di KL Ankara sepatutnya cuma menjadi tempat persinggahan tanpa bermalam saja utk kami, namun atas perbincangan bersama dan dipersetujui secara total maka kami memutuskan utk bermalam di Ankara.

     Sesampainya kami di kota Ankara, kami berpusing2 jugaklah dalam bandarnya yg. pesat itu sambil mencari jalan utk ke Anitkabir @ Mustafa Kemal Atartuk Mausoleum. Di sinlah tempat persemadian Mustafa Kamal Atartuk, dikatakan dia ditanam di dalam simen setelah mayatnya tidak diterima bumi. Namun ada versi lain mengatakan mayatnya diawet dan disimpan di satu ruangan khas di kawasan Anitkabir ini. Kami cuba cari tapi x jumpa, so berpuas hati sajalah ye dgn bongkah simen yg. aku sempat captured gambarnya itu.

     Terdapat bilik kecil yg. dijadikan muzium di bawah bangunan kubur yg. memaparkan gambar Mustafa Kamal ketika hayatnya masih ada. Ooo hensem jugak dia ni masa muda NAMUN! Jangan terpedaya dgn. kekacakan Bapa Turki Moden ini kerana terlalu banyak perkara yg. dia telah buat sehingga menjatuhkan empayar Turki Othmaniyah pada ketika itu. Antara 'sumbangan2' Mustafa Kamal ketika hayatnya ialah:

a) Menandatangani Perjanjian Luzan: Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau iaitu:

1.Turki perlu putuskan sebarang hubungan dengan Islam
2.Sistem Khalifah Islamiah mesti dihapuskan
3.Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki
4.Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).


b) Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

c) Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai          dengan kehendak barat).

d) Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan    seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

e) Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

f) Menggalakkan minum arak secara terbuka.

g) Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

h) Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

i) Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

j) Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

k) Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

l) Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

m) Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

n) Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

o) Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

p) Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

q) Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

r) Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

s) Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

t) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat: Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab, mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah orang barat.

u) Ditukar Hari Cuti Umum  (Jumaat) Kepada Hari Ahad


    
Di saat kematiannya, Allah telah mendatangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

a)Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

b) Sakit jantung.

c) Penyakit darah tinggi.

d) Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.


     Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha Suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

     Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

     Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya.

     Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi - selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atatürk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atatürk

     Selepas mengambil kisah & tauladan di Anitkabir ini, kami pun mencari hotel kami utk check in. Kami menginap di TAC Hotel Ankara, yang terletak di downtown area jugaklah kot. Sekali lagi kami dipecahkan kepada 3 org sebilik, & seperti biasa, aku, Dewi & Shirah akan menjadi roomate sejati... time nilah masing2 kepala otak dah mereng teringat lagu cucur Adabi yg. enak la, lagu keropok Moni la... haihhh macam2!!! Selesai solat, kami bertiga mengambil keputusan utk berjalan2 di sekitar downtown Ankara yg. berdekatan dgn hotel (namun  jauh jugak radius berjalan kami dgn menggunakan kaki ini huhuhu). Manakala Ita sebilik sedang menunggu anak buah dia yg. akan datang utk mengambil Milo dari Cik Ita nya... dan mereka pun berjalan dgn anak buah Ita.

     Kami berjalan di kawasan sekitar yg. boleh dikatakan bandar jugaklah: byk shopping complex di situ. Sedang kami sibuk2 berselfie kat tugu tengah2 jalan tu, kami ditegur oleh seorang mamat yg muka dia ala2 pelakon Korea. Apalagi, si Shirah ni melompatlah sbb terkejut! Terus budak tu tanya kami student ke? Muka blur2 masing2 kata bukan... Pastu tanya lagi, ni yg datang dgn Azita ke? Oooo inilah anak buah Ita!!!! Chehhh saspen betul kami... Selepas kami tunjukkan arah hotel kami, kami meneruskan perjalanan tanpa ada perasaan apa2... kami memasuki lorong2 tikus, masuk pasar, keluar pasar, masuk pasar basah, pastu beli makanan kat pasar... meriah & berwarna warni sungguh kat area situ... kami dah mula ambik feel yg best gila la... siap tangkap gambo post kat dlm wassap group. Sekali Ita masuk menyampaikan pesanan anak buah dia yg. kitorg jumpa kejap tadi, suruh kitorg jgn merayau2 sangat kat area pasar situ sbb byk kes ragut la rompak la... kiranya kat situ mcm black area la... maka kami yg. mula2 rasa biasa je da start jadi takut... nak tangkap gambar pun pikir byk kali nak kuar hand phone... lalu kami mengambil keputusan utk balik ke hotel, tapi sempat jugaklah kami lalu singgah kat gerai baju bundle & gerai buah beli stok. Pastu ntah sesat masuk lorong mana pulak tetiba mcm tersasar jauh je dari hotel sehingga memaksa kami membuka google map utk balik hotel... huhuhu

     Namun Alhamdulillah kami menemui jalan pulang kira2 jam 9pm lebih dgn perut yg. kenyang, sbb makan mcm2 kat pasar tadi... makanan yg. dijual di Ankara ni mmg jauh lebih murah dari mana2 daerah lain, x tau kenapa... contohnya roti yg. kami beli selalunya dalam harga TL1.50 sebiji tapi kat sini cumalah 50kurus (50 sen la utk kita), Maknanya TL1.50 tu kami boleh dapat 3 ketul roti tau!!!

     Balik hotel, kami terpaksa mandi dgn air sejuk sbb heater bilik kami x berfungsi, maka kami dgn menggigil2 mcm org gila terpaksa hadap jugak...

     Keesokan harinya kami check out dari hotel  utk meneruskan perjalanan kami ke Istanbul pulak... Dan perjalanan yg ini lancar kerana kami menggunakan highway, dlm x sampai 3 jam dah boleh sampai Istanbul. Kami keluar dari Ankara dengan hati yg. gembira kerana berjaya mark lagi 1 kawasan dlm peta lawatan kami tanpa kami menyedari bahawa sedang berlaku 1 tragedi berdarah di bandar yg. kami baru tinggalkan beberapa ketika tadi.... Tragedi yg. akan membawa kami menyaksikan sesuatu lagi di Istanbul. Al Fatihah kepada mangsa yg. terkorban dalam tragedi bom di Ankara....


Anitkabir @ Kubur Besar yg. menempatkan jenazah Mustafa Kemal Atartuk



Aku dan guard hensem di bucu kiri



Dewi pun mau jugak berposing dgn. guard di bucu kanan



Farrah yg. tamak... nak dua2 guard jugak!!! Hehehe



Membaca sejarah hidup Mustafa Kemal di sini... Kiranya mcm time capsule la tempat ni...



Mendung tak bererti hujan



Patung2 yg. sememangnya pemandangan biasa di sekitar Turki



Lagi patung



Jalan terusss utk ke Anitkabir



Sempat tangkap gambo dgn singa Thundercat



Test skill lagi...



Dewi x sabar nak tgk kuburan walaupun dia ni penakut citer antu... hihihi



Anitkabir secara 'in person'



Pemandangan bandar Ankara dari atas bukit di Anitkabir



Err... mcm batu bersurat kot menceritakan kisah Mustafa Kemal ni...



Bukan Ismet Ulam Raja ye yg. menulis ni...



Dikatakan di bawah marmar inilah disemadikan jasad Mustafa Kemal yg. x diterima bumi ni







Muzium kecil di tingkat bawah kuburan



Membelek gambar Mustafa Kamal sambil diiringi oleh lagu berbaur politik & kebangsaan



Lagi gambar sejarah Mustafa Kemal ketika hayatnya masih dikandung badan






Ni x salah zaman perang kot...



Facing up with Mustafa Kemal Atartuk



Kami kanak2 rianggg wohooo!!! Org2 keliling mmg pelik tgk perangai kami posing asyik nak melompat aje!!!



Dari depan hotel kami



Roomate lagu 'cucur Adabi yg. enak' memulakan exploration bandar Ankara



Patung lagi!!! Tapi patung inilah jugak yg. menemukan hotel kami kembali setelah sesat berjalan di malam hari... huhuhu...



Roti yg. kami biasa makan di serata Turki yg. kami singgah tapi seriously di Ankara paling murah! 50kurus (kiranya limaplohsen la) utk 1 roti



Ankara downtown



Budak kecik Shirah ni teringin nak makan kebab sini pulak... nampak sedap tapi makaihhh kerasssnyaaa...



Utk org sweet tooth mcm aku... kita try churros sini



Harga still murah TL1, tapi manisnya... aku menumbuk dinding lepas tu! Menangkap ke otak kemanisannya... air gula meleleh sampai lengan. 1st and last aku makan benda nih... huhuhu



Fefeeling Lisa Surihani tangkap gambo cili kering gantung...



Baharat = spices



Jgn x percaya, diorg pun gunakan lintah utk tujuan perubatan... musykilnya mana diorg dpt ye lintah ni? Sbb aku x nampak bendang pun kat sini...



Exploration kami sampai masuk ke pasar...



Cili kering gantung lagi...



Kebab kambing yg. sedap & unik. Tapi mahal. Beli 1 share ber-3



Cara2 pembuatan...



Tinggal pongap je...



Dari pasar kering membawa ke pasar basah. Rasa mcm berlakon filem Coyote Ugly... 



Ikan yg. tempting gila. Tewas, lalu aku order yg. ni pulak... seperti biasa share ber-3



Kebab ikan la pulak...



Lagi suasana pasar



Ikan longgok2 murah2!!!



Pasar kering, pasar basah, pastu masuk pasar bundle pulak... hehehe



Kami yg. mencari jalan pulang



Nectarine yg. aku sempat beli sepanjang kesesatan kami. Murah dan lazat...

No comments:

Post a Comment