Sunday, 4 October 2015

Recce Project Kami: Ephesus-City of Ruins































Date: 4 Oct 2015
Location: Izmir


     Selepas kami melawat kuda terakhir di Canakkale, kami meneruskan perjalanan kami ke Kusadasi: di mana kami akan bermalam selama 2 malam di sana. Namun kami sempat melencongkan diri ke Izmir sebentar, yg. terletak on da way jalan ke Kusadasi. Apa yg. kami lakukan di Izmir? Yaaaa.... melawat tempat wajib lawat iaitu Ephesus: Ancient City of Ruins. Fyi, Izmir menerima pengaruh kuat dalam aspek pembudayaan, kesenian & tamadun Greek, iaitu jirannya... So kita akan dapat melihat pengaruh Greek dalam setiap inci pembinaannya di kota yg. kami bakal pergi ini... Dan rata2 kami melihat wajah penduduk di Izmir ini seperti kacukan Arab & Greek... Dalam perjalanan kami sempat singgah di RNR atau specificnya petrol station utk mengisi minyak dan juga mengisi perut kami dan juga membuang isi perut kami... dasyatkan!!! 3 in 1 kami buat... di situ jugak buat pertama kalinya aku dapat berkenalan dgn. pokok zaitun secara lebih dekat lagi, siap aku berselfie dgn si zaitun tersebut... Hahaha nampak sangatkan jakun...

     Setibanya di Ephesus, kota purba yg. telah musnah itu, kami pun memasang strategi utk. masuk ke situ (apakah strategi sangattt). Strategi pertama: beli tiket masuk. Harganya lebih mahal dari si Trojan tadi, yakni TL 30 sekali masuk per orang. Mula2 masuk tapak je dah nampak kemusnahan... tapi kawasannya mmg cantik & berseni & sangat sesuai bagi peminat subjek Sejarah: macam aku... Di sini kami menemui beberapa couple jugaklah yg tgh buat pre wedding photo shoot la, kenduri kawen depan Celsus Library: yg. menjadi macam tarikan utama & penyebab orang datang ke sini... ramai jugak orang yg. datang arini sbb kami banyak terserempak dgn. minah2 & mamat2 yg sibuk mengibar bendera... hahaha!!!

     Di sini seakan2 sebuah perkampungan purba yg. penuh dgn artifak2 dan juga runtuhan bangunan dan rerumah... Aku memang kagum dengan hasil senibina Turki purba ini kerana menghasilkan reka bentuk bangunan yg. cantik & sangat antik (betulkah ayat aku???)

     Dalam kawasan Ephesus ni kita banyak dapat cover tapak2 sejarah yg. penting seperti Celsus Library, Coliseum, House of Mary dan yg. seangkatan dengannya. Semuanya hanya TL 30! Mmg saaaangat berbaloi!!!

     Berbalik kepada House of Mary, dikatakan di sinilah terdapatnya rumah Mary/Maryam, ibu kepada Nabi Isa AS dan dikatakan juga di sinilah tempat persemadian Maryam selepas dia meningal dunia.

        1 lagi kisah yg. kami discover di sini ialah dikatakan bahawa di kota Ephesus ini jugaklah letaknya gua yang menjadi tempat peraduan Ashabul Kahfi selama lebih dari 300 tahun. Dikatakan ada 3 buah gua yg. dipercayai mempunyai ciri2 yg. diterangkan dalam Al-Quran: Ephesus, Jordan & Syiria. Namun tempat sebenarnya hanya Allah yg. tahu kan...

     Kami berjalan kaki merentasi semua perkara2 di atas, sampai nak tercabut kepala lutut. Van cuma utk bawak kami dari sini pegi ke sinun... hahaha...

     Kami juga cuba bergambar ala2 yoga dgn berdiri di atas batu yg. kocik n so far suksessss!!! Kita boleh cuba lagi ya di hari lain...

     Puas berjalan amik gambar akhirnya kami keluar kerana salah seorang peserta trip kami menunggu di pintu luar- tak masuk atas sbb keuzuran. Tapi lepas tu boleh tersangkut pulak dengan 1 kedai yg. ownernya bernama Mustofa... Mustofa adalah nama yg. paling kerap kami sebut disebabkan oleh 'kenakalannya' meletakkan harga lebih mahal dari mamat2 yg berjual kat luar. So sampai sini sila berhati2... Mustofa berjaya memperdaya semua peserta kecuali aku ngan Dewi la (bangganya x beli Turkish Delight kat sini!!! Muahaha)... antara barang yg Mustofa jual & berjaya menarik jemaah van utk membeli belah di situ: Turkish Delight!!! Namun harga jualannya mmg saaaangaaaat berbeza.dgn Mustofa luar. Aku beli dari Mustofa luar & mendapat 5 kotak=TL 20 manakala Mustofa dalam menjual dgn harga TL 8 per kotak utk brand yg. sama. So, siapa yg rugi nih!!! Di samping itu aku juga membeli Turkish saffron yang juga dgn harga yg. sangat berpatutan.

     Tapi aku beli jugak dari si Mustofa tu: fridge magnet - 1. Dalam kedai dia ada macam2 souvenir ada... dari yg descent sampai laaa yg. lucah (yg. ni aku no comment-just enjoy pemandangan dalam kedai je yek).... Dan kalo mmg ikut sejarah pun sejarah purba yg. berkaitan dgn Greek ni mmg seksual adalah perkara penting & asas dlm kehidupan sosial mereka... Buktinya ada sebuah rumah yg. dipanggil ' House of Pleasure' di kota Ephesus ni... dan kami juga mengimbau sejarah Pompeii secara tidak sengaja: yg. juga berkaitan dengan gaya hidup masyarakat Greek... so kita jadikan 'perkara asas' yg. menjadi kepentingan orang Greek ni sebagai pengajaran dan sempadan bagi kita umat Islam ni... We must know our limit lah kata omputeh... :)

     Alhamdulillah banyak jugak pelajaran & pengajaran yg. kami dapat cedok dalam 3 jam penelitian kami di kota Ephesus ni... Bagaimana sebuah masyarakat yg. gah membina penempatan yg. besar dan kehidupan mereka yg. sangat percayakan Dewa Dewi akhirnya musnah dan lupus begitu sahaja...

     Kami keluar dari kota Ephesus pada lewat petang dan meneruskan perjalanan kami semula ke Kusadasi utk check in hotel & merancang penerjahan kami ke 1 lagi tempat yg. termasuk dlm senarai tempat wajib pergi sblm aku mati (bucket list) keesokan harinya... Enjoy gambar2 yg. aku amik menggunakan Canon DSLR 550D & juga x lupa dari Samsung S6 Edge aku jugak yg. byk berjasa... huhuhu

Ephesus City of Ruins: TL 30/entry
Turkish Delight cop Musoffa: TL 20/ 5 kotak
Turkish saffron cop Mustoffa: TL 10/ 3 packs + free 1 kotak Turkish Delight


Ashabul Kahfi (Raihan)

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya tiga ratus sembilan tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah urdu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman

Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan surga
Qitmir yang mulia

Tatajalla aqud ratullah
‘Alaa fityatim min ashhabil kahfi
Laysa fil kauni muhallun ‘alaih
Idza amanna… wa taqoyyad




Tiket berharga TL30



Masuk je dah terpampang Coliseum depan mata



Celsus Library & model tersohor... hohoho



Lagi model tersohor



With Goddess apa pun xtau nama



Tanpa model, x berseri kan???



Motif? Xde, saja sebab rasa lawa



Mama kucing beraksi



Kawasan sekitar Ephesus



Kat area sini... errr kami x berani panjat sebab security ada



City of ruins



Celsus Library dari atas bukit



Lagi kesan tinggalan



Kesan tinggalan



Dalam proses pemuliharaan



Duduk di tengah2 Coliseum fefeeling Gladiator



Kagum dgn. hasil tinggalan sejarah... Subjek favorite aku masa skolah dulu



Arch yg. cantik



Coliseum











Sempat tengok perantin buat photo shoot kat sini



Sinilah kawasan House of Mary



Masing2 menimba pengetahuan sejarah














Gaya-mutu-keunggulan



Model tembok 1



Model tembok 2



Model tembok 3



Zen... Yoga... Hohhh!!! Nasib baik guard xde kat sini!!!



Otromen sesat



Takut2 ayu... hahaha




Coliseum



Coliseum & model dari sisi tepi



Model lagi



Antara souvenir yg kami cuma tengok namun masing2 xnak komen... hmmm Greek kan...



Haa yg ni aku boleh komen... Kalau yg. nama Osman kan alat muzik dia mesti yg. jenis tiup2 punya kan? Contoh Osman Jailani saxophonist buta...



Model jus delima... siang malam pagi petang asyik minum juice je keje cik Dewi ni...




No comments:

Post a Comment