Part 2: 7 Oct 2015
Selepas membersihkan diri di hotel kami (walaupun sejuk yg. amat namun sebagai Melayu tegar kami tetap mandi okeh!!!) kami bersiap2 utk menghadiri Dinner Show kami di... ntah mana tempatnya tu... Tujuan utama adalah utk melihat tarian Sufi yg. amat terkenal & wajib dilihat kalau kita dah sampai Turki ni... ada 2 option: antara ke Caravan Saray-tempat ni mmg sangat popular kerana di tempat inilah para pedagang pada zaman dahulu kala akan berhenti utk berehat/makan dan sebagainya & juga diberitakan merupakan kawasan persinggahan rehat yg. tertua di sini... tapi harganya agak mahal dlm TL120 x salah, manakala ada 1 lagi option yg. lebih murah, tapi tidak menumpukan pada tarian Sufi sahaja, dicampur dgn cultural show yg. lain seperti Folk Dance, Belly Dance & macam2 dance yg. lain la... harganya pula adalah TL90 termasuk dinner & free flow drinks & snacks...
Semua ini diuruskan oleh tuan hotel & mereka dgn rela hatinya tolong menghantarkan kami ke tempat kejadian... Yg menghantar kami adalah bapa kepada tuan hotel, ok yg ni aku ingat namanya iaitu pakcik Suleyman...
Oh ya, sblm itu kami telah diberitahu yg. mereka berjaya mencari flight utk kami keesokan harinya & hati kami kembali berbunga keriangan TAPI!!!! Cuma ada 3 KEKOSONGAN!!!! Arrrghhhh!!!! Sangat tension rasanya kami sbb kami ada 6 org yg. nak menerbangkan diri nih! Namun kami terus memujuk tuan hotel utk mencarikan lagi 3 tempat utk mengcompletekan kami semua.... gila berdebar tauuuu!!!
On d way kami ke tempat show tu, pakcik Suleyman cuba menghubungi sesiapa saja contact yg. dia ada utk mencari 3 lagi tempat kosong... Dalam perbincangannya dlm Bahasa Turki yg. pekat kami dgr bagaikan pergaduhan aje di hujung tu & apakah??? Lepas tu dgn tersengih dia pandang belakang sambil cakap 'Good news for you'... Baru kot dia cakap macam tu kami dah hoore hoore mcm org gila kot!!! Rupanya ada 3 org yg menarik diri saat akhir tapi pakcik Suleyman ni siap said sorry lagi kat kitorg sbb dia x berjaya menyatukan kami ber-6 dlm 1 flight... Kami terus jerit 'it's ok!!!! Nevermind!!!' yalah asalkan dpt naik balloon kan???Dahle masa tu aku tengah kol encik suami menyatakan kekeciwaan tentang balloon, time menjerit2 tu terus nak letak telefon.... hahaha sangat bengong aku nih!!! Makanya masalah kami sudahpun selesai dgn jayanya... Alhamdulillah ada jugak rejeki kami....
Sesampainya di tempat show tu, ooo rupa2nya dinner show tu adalah di dalam gua!!!! I mean, wowww sangat!!! Kami sampai di depan pintu gua tersebut dgn beberapa org pakcik yg tengah melepak sambil minum cay di kerusi yg. terdapat depan gua tu... dan kami macam agak tercangak2 sbb rasa... eh sunyinya!!! Dan utk masuk ke dalam gua tu kena melalui satu pintu besar yg tertutup rapat... sangat2 macam private party okeh!!! Terus aku terbayang 1 movie Tom Cruise & Nicole Kidman yg. bertajuk.... hahaha cari sendiri okeh!!! Menghadiri secret party kena bagi password, hmmm mmg situasinya lebih kurang macam tu la!!! Seram & cuak jugak!!! Masuk je di situ, kami perlu melalui lorong dlm gua yg. agak hening la... woiii mmg semacam kottt & akhirnya melalui pintu kaca dan bergemalah muzik tradisional yg. muziknya mmg ala2 bunyi dondang sayang sambil melihat waiters yg sedang sibuk menghidang air la makanan la lalu lalang di situ... mmg mcm filem betul suasana ketika itewwww... kami di jemput oleh seorang waiter yg. aku kira sudah di assigned utk melayan meja kami... kami mendapat meja paling atas & agak jauh dari ruang persembahan, agak frust jugaklah, tapi nak buat mcmana mmg meja paling atas tu utk org sikit macam kami... sbb yg. kat bawah menghadap dance floor tu mmg 1 group besar dari Indonesia... Huntonglaaa korg!!!!
Kami dihidangkan dgn pilav yg. berlaukkan pilihan ayam atau daging beserta sayur. Masakan daging/ayam dia tu? Rasa dia mcm kuah bolognese... dan makan dgn nasi... so so jelah... air free flow: termasuk arak & wain, kami amik free flow juice aje... siap request, kejap nak peach la, berry la apa la... berapa kotak ntah juice kitorg togok malam tu... hahaha... Snacks juga free flow iaitu kacang & pop corn tawar masin.... Haaa kat sini pop corn dia mmg kitorg x jumpa langsung yg. manis, semuanya bergaraaaammmm aje....
Persembahan dimulai dgn tarian Sufi aka Whirling Dance. Menurut pembacaan aku tentang tarian Sfi ni, tarian ni berkait rapat dgn agama, dan tujuan tarian ini adalah utk ritual keagamaan... sbb tu la permulaan tarian Sufi ni akan bermula dgn selawat dan mereka akan mula berpusing tanpa henti seperti org kesurupan.... dikhabarkan juga bahawa utk mempelajari tarian ini, peserta harus menjalani latihan insentif selama 1001 malam... macam Hikayat 1001 Malam je kan bunyinya, & barulah mereka boleh master dlm tarian ini. Walaupun macam mudah je tarian ni, tapi siapa yg boleh berpusing2 tanpa henti sampai ntah berapa ratus pusingan sekali hadap tanpa mabuk? Itulah keistimewaan Sufi Dance ni... Sambil tengok skirt dia berkembang2 macam payung.... Sepanjang tarian ini, kami dilarang utk mengambil gambar menggunakan flash, kerana mungkin akan mengganggu konsentrasi penari2 tersebut. Tambahan pula tarian dilakukan dalam keadaan lampu tertutup, cuma ada beberapa lampu kecil yg dipasang utk memberikan refleksi warna putih baju mereka agar nampak jelas... begitulah penaakulan mantik aku mengikut logik akal... namun kami diberi peluang utk mengambil gambar selepas selesai tarian. Mereka berpusing lagi tanpa muzik utk memberikan para penonton peluang utk mengambil gambar mereka secara lebih clear... tapi still xclear kot sbb gambo aku still ada ghost effect... ambik gambar pakai hand phone aje dlm keadaan bergerak maka hasilnya seperti di atas ajelah...
Tarian kedua diteruskan... Kali ini tarian tempatan mereka. Simple aja n ok lah... tarian org kampung kan... Lupa nak bagitau, terdapat 7 pertunjukan tarian yg. akan dipertontonkan utk kami... namun selain dari Sufi, org mmg menunggu Belly Dance laaa....
Tarian2 tempatan yg. lain melalui penaakulan mantik aku lagi adalah asimilasi budaya & kesenian negara2 jiran mereka namun aku nampak yg paling kuat adalah dari Russia: yg ada buat bulatan beramai2 tu & squatting.... Mcmana aku tau? Alaaa kan ada Russian Folk Dance dlm video clip lagu Black and White nyanyian Michael Jackson...
Selepas beberapa Folk Dance, maka tibalah masa utk kami menyaksikan Belly Dancing... Haaa yg. ni mmg ramailah yg ke depan... Dahsyat jugak perempuan ni bergelek... siap panggil penonton berbelly dancing dgn. dia sekali... untunglaaa kan... Namun selesai saja belly dance tu, org ramai mula beransur2 pulang, dah bila tengok orang ramai balik, kami pun nak angkat kaki jugaklah tapi ditahan oleh salah seorang waiter. 'Not finish yet sir, 2 more show' kata mamat tersebut. Kesian, lalu kami pun stay jelah dgn beberapa org lagi... x salah yg. tinggal tu maksimum dlm 12 org jelah kot menonton show mereka sampai tamat & diakhiri dgn lagu kebangsaan Turki. Kami keluar ketika jam hampir 12 malam la jugak, dan sesampainya di pintu pakcik Suleyman setia menanti kami utk dibawa pulang ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel dia mengingatkan kami utk berkumpul pada jam 5am utk pak supir mengambil kami.
Aku kunci jam seawal 4am utk mandi & bersiap. Dalam lebih kurang pukul 5am kami semua dah terpacak kat lobi sambil ditemani oleh anak pakcik Suleyman. Tunggu punya tunggu punya tunggu, dah hampir jam 5.30am namun bayang van masih x muncul. Ini menyebabkan kami gelisah & resah... kemudian sampailah 1 van utk mengambil 3 org pertama iaitu Ita, Kak As & Mera maka tinggallah aku, Dewi & AD menanti dalam debaran... Tuan hotel tu pun dah gelisah jugak, asyik2 tengok hand phone, lepas tu asyik call tapi x berjawab... Ahhh sudahhhh.... Aku dah dlm keadaan pasrah masa tu kalau flight dah mmg xde, tapi ada sedikit kelegaan bila dia cakap van kami dah on d way ke hotel... x lama selepas tu datanglah van kami & barulah kami boleh lega secara total. Rupa2nya kami merupakan group terakhir yg. diambil supir, & mungkin supir terpaksa menunggu pelancong2 Korea dari hotel lain ni bersiap... sabo ajelah!!!
Kami dibawa ke pejabat agen terlebih dahulu utk tujuan registration. Di situ sudah kelihatan beratus2 manusia yg. tengah menunggu sambil breakfast. Pakej yg kami ambik ni adalah termasuk: hotel transfer, breakfast/refreshments, insurance, 60mins flight, certificate & champagne ceremony (alaa jgn risau, sparkling juice je pun). Selesai register, kami diberi sticker mengikut warna yg menandakan kami akan berada di group mana & balloon yg. mana... Kami masih setia bersama2 kumpulan Korea yg menyebabkan lambat tu dlm kumpulan biru. Redho ajelah... selepas minum, kami dibawa menaiki van kembali ke satu kawasan lapang di mana.... woww!!! Kami dapat melihat banyak balloon yg. bergolek dog sedang di'perasap' & di gaskan utk mengembang... berderet2 balloon dgn pelbagai warna tu!!! Kami melihat proses pengembangan balloon dari A-Z dan bila bakul sudah mula ditegakkan, kami dipanggil utk menaiki balloon kami. Disebabkan bakul tu agak tinggi, kira2 paras ketiak ai la, kami perlu menggunakan tangga utk memanjat bakul tersebut, namun further pemanjatan utk masuk ke dalam bakul tu kita perlu memijak pada ruang2 kaki yg disediakan dan perlu melompat ke dalam balloon... Aku naik dan bila sebelah kaki aku tergantung kat luar & sebelah lagi tergantung kat dalam bakul time tu la mamat Korea tu tgh membuat pilihan nak masuk bahagian bakul yg. mana menyebabkan pergerakan org lain terhenti. Aku terkangkang tergantung kot kat tengah2 xleh gerak ke mana2 dia boleh buat derkkk je, tapi nasib baik pilot kami marah mamat tu suruh masuk cepat barulah dia membuat keputusan nak pilih bahagian mana.... Isyyy sungguh mamat tersebut! Kami menikmati suasana sekeliling & aku mendapat tempat di sebelah bahagian pilot, so aku dapat tgk mcmana dia mengepam gas kuarkan api bagai utk mengembangkan balloon, tapi mmg agak panaslah kat situ sbb aku duduk bwh api!
Sedikit demi sedikit kami mula naik meninggalkan daratan utk 'penerbangan' kami... Pilot pun menjerit 'we are the first flight for today' sambil sambut dgn sorakan beramai2 para jemaah balloon. Fyi, dalam bakul ni dibahagikan kepada 4 bahagian (tak termasuk bahagian pilot di tengah) & setiap bahagian boleh memuatkan 5-6 dewasa... mmg agak sesaklah tapi kerana nak experience benda2 yg mungkin kami akan buat sekali seumur hidup ni maka kami hadap ajelah... ditambah lagi kami se balloon dgn rombongan Korea yg sangat2 kecoh hingga kami rasa mereka ni annoying yg. amat...
Sampai di awangan, kami kagum dgn keindahan alam ciptaan Allah, kami menghayati setiap saat penerbangan kami sambil bergambar. Kami juga berpeluang utk merasai & menyaksikan sunrise di atas udara & Subhanallah mmg cantik... Cukuplah apa yg. aku gambarkan di sini, sbb gambar yg aku captured boleh menceritakan perasaan aku pada waktu tu...
Touched down je, kami diraikan dgn upacara graduation diikuti dgn upacara meletupkan botol sparkling juice bagi meraikan graduation kami. Kami dihantar pulang ke hotel, di mana kami disajikan dgn free breakfast yg telah dijanjikan utk kami semalam, berkemas2, check & kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya...
Enjoy gambar2 indah aku beserta video2 yg. sempat aku ambik di bawah ini....
Enjoy gambar2 indah aku beserta video2 yg. sempat aku ambik di bawah ini....
Dinner & Cultural Dance: TL90
Hot Air Balloon: Euro 120
Manisnya Cinta (6ixth Sense) - OST Manisnya Cinta Di Cappadocia
Cintamu ini sudah meracuniku
Seakan telah mengalir dalam darahku
Dan memaksa malamku terus memikirkanmu
Masuk dalam mimpi-mimpiku
Tapi prasangka telah mengganggu fikiran
Mengatakan hatimu sudah termiliki
Membuat jantungku berdetak perlahan
Dan seakan waktu ini terhenti
Aku takut
Aku salah
Tapi cinta
Prasangka ku salah padamu
Ku salah tentangmu
Kaulah cinta
Semua cinta untukku
Tak ada semanis cintamu
Setulus hatimu
Hanya engkau
Hanya engkau
Dervishes Whirling Dance aka Tarian Sufi...
Lagi Sufi...
Kami yg. makan dalam kegelapan di hujung gua..
Turkish Folks Dance
Versi terang...
Tadaaa.... Kami di sini menunggu turn!!!
Sesi mengembangkan balloon...
Selfie pertama di subuh sepi'e
Kami sudah mula terbang meninggalkan belon2 lain yg masih dalam peoses pengembangan...
Kami semakin ke atas...
Belon2 lain semakin mengecil
Dan... Subhanallah sangat cantik sunrise di atas belon... one of my best pics...
Syukur dapat peluang yg. mungkin sekali dalam hidup aku...
Belon2 lain pun dah mula menaik...
I'm watching you watched over me... and I've got the greatest view from here...
Ballonmate kami yg. sedang asyik melihat sunrise
Kami naik belon berjemaah
Hi neighbourrrrr!!!
Colours of my life...
Yesss... selfie!!!
Belon membawa kami bersiar2 di sekitar Goreme Open Museum
Hi again neighbourrr!!!
Greatest experience with greatest views
From the bird's eye view...
Kami & org2 belakang yg agak annoying... kihkihkih...
Jemaah belon
Ada yg lebih tinggi dari kami???
Pelbagai belon...
Selfie time lagi!!!
Kami...
Bucu bawah belah kanan... makaihhh berlaga2 belon2 tersebut!!!
Kami ber-3
Touched down time!!!
Our graduation ceremony
Cheers!!! Kononnya!!!
Graduated!!!
Muka2 berlagak dgn sijil yg. bernilai Euro 120 ini...
Video Sufi Dance
Video Turkish Folk Dance
Belly Dance 1
Belly Dance 2
Belly dance jugak ni
Suasana di atas belon
Graduation Ceremony
No comments:
Post a Comment