13 Oct 2015 - Fira & Perissa
Hostel: Fira Backpackers Place
Penerbangan kami dari Istanbul ke Athens hanya mengambil masa kira2 1 jam 20 minit sahaja. Bertolak pada jam 2100, kami touched down di Athens Airport lebih kurang jam 2220. Oh ya, lupa nak diinformkan, walaupun Aegean Air ni bertaraf low cost flight macam Air Asia, tapi mereka memberi kita makanan serius: maksud aku bukanlah snacks mcm muffin ke kacang ke, tapi dinner set (sbb kami flight malam). Kebetulan pasta yg dihidangkan adalah vegetarian pasta with cheese, di samping lengkap dengan air & dessertnya. Namun air tu cumalah mineral water, xdelah kopi bagai... Juga aku ingin memberitahu, disebabkan flight ini memang menyediakan makanan makanya ketika proses booking tiket, kita perlu memilih jenis meal yg. kita prefer, namun memang tidak ada Halal Meal dlm senarai makanan pesawat yg. ber IC kan Greece ni. Vegetarian mmg ada, namun keputusan aku memilh Kosher meal kerana aku rasa muak la kot asyik2 nak makan sayur jeeee... Lagipun kita dibenarkan utk makan hasil sembelihan ahli kitab: dan Kosher adalah makanan yg. disediakan oleh kaum Yahudi Ortodoks yang berpegang kuat kepada ajaran Nabi Musa A.S dan kitab Taurat. Makanya sembelihan yg. dilakukan juga mengikut 'syarak' yg. terkandung dlm Kitab Taurat. Wallahualam...
Flight dia lebih kurang macam Airasia tapi lebih selesa tempat duduknya. Mereka juga ada menyediakan Business Class tapi bagi aku agak kelakar, kerana kami memilih tempat duduk di belakang Business Class dan pengasingan kami hanyalah langsir. Bayangkan seat biasa macam Airasia, 3 baris di depan adalah utk. Business Class, kemudian baris ke-4 adalah economy class dan penghalangnya langsir yg. tergantung dari atas hingga ke paras headrest (err boleh ke aku guna headrest tu?). Tapi mungkin makanan mereka lebih special, xtau la kan... Pastu kitorg gigih nak cari perbezaan harga antara eco & Business Class yg pakai langsir sekerat tu, n kami agak surprise jugak sebab beza harga adalah dlm nak dekat RM100 jugaklah... heeee setakat terpisah dgn langsir je kan...
Kami tiba di Athens Airport lebih kurang jam 2230, dan kami perlu menunggu flight kami ke Santorini yg. dijadualkan berlepas pada jam 0515. Makanya kami cuma dapat berbaring di kerusi panjang depan kaunter kerana kami perlu check in bag kami sekali lagi kerana pertukaran flight. Mmg pelik, selalunya kalau transit bag mereka akan uruskan bila bertukar flight tapi yg. kali ini tidak. So kami cubalah utk menidurkan diri di kerusi panjang walaupun keadaannya tidaklah seselesa mana...
Aku tidur2 ayam je sebab nak memastikan kaunter check in bag dah bukak ke belum, sebab nak pi toilet pun takut hilang kan... dan akhirnya selepas pejam celik berjuta kali jam 0300 barulah bukak kaunter beg tersebut...
Akhirnya jam 0435 kami dipanggil utk. menaiki flight kami ke Santorini. Di sini kami di scan sekali lagi oleh Kastam Athens dan bila hand carry bag aku di scan, dia suruh aku bukak beg keluarkan benda tajam katanya... pelik jugak sbb aku x bawak pun pisau ke gunting ke, sekali dia buat gaya tgh asah kuku... Cisss pengasah kuku aku rupanyaaaa!!! Mmg aku letak dlm hand carry bag aje, dari KL ke Dubai, Dubai ke Ist & Ist ke Athens lepas je xde masalah, sekali Athens ke Santorini pulak sangkut.... Dah le pengasah kuku favourite aku pulak... Kerna terpaksa, aku keluarkan jugak dari beg dan aku cuma boleh melihat dgn hati nan sayu pegawai kastam membuang pengasah kuku tersebut ke dalam tong sampah... huhuhu... semoga kau damai di sana wahai pengasah kuku best...
Perjalanan dari Athens ke Santorini cuma mengambil masa x sampai 45min, tapi kami tetap diberi makan, iaitu roti croissant coklat... Kami touched down di Santorini Airport lebih kurang dlm pukul 0600. Selepas mengambil beg, kami bercadang nak lepak dulu la kat lobi airport sementara nak menunggu bas utk pergi ke pekan Thira @ Fira. Sekali keluar je dari tempat arrival terus ada kat luar airport... makaihhh mmg kocik beno airport ni.... Kami dah hilang arah dah nak duduk kat mana, dahle mengantuk tahap dewa ni. Pasrah, kami keluar je tunggu kat luar airport. Sekali kami tgk ada sebuah bas awam dah tercongok di luar. Kami tanya dgn. konduktor samada bas ini menuju ke Fira & YESSS!!! Mmg ke Fira!!! Rupanya operation hrs mereka mmg bermula seawal jam 0600. Kami menunggu lebih kurang 20min utk dia memenuhkan bas (hakikatnya x le penuh sgt bas tu) dan kami bergerak menuju ke perhentian bas Fira, iaitu kira-kira 20min dari airport. Harga tiket bas sangat murah: iaitu Euro 2.20 sehala.
Kami tiba di perhentian bas utama di tengah2 pekan Fira. Dari situ, jarak di antara bus stand dan hostel kami sememangnya tak jauh, kira2 dlm 10 min berjalan aje. Namun di pagi yg. gelap itu kami x jumpa cari hostel kami, dan kami pun singgah la kat sebuah kedai runcit yg. dah bukak pagi2 buta tu (opposite dia adalah sebuah coffee shop yg. jugak dah bukak). X perasan pulak kalau ada signage 24hrs kat situ.... Sambil membeli belah mineral water & juice, kami bertanyakan arah nak pegi ke hostel kami. Fobia beb... sbb sblm ni kan kami dah kena time kat Istanbul... Alhamdulillah hostel kami betul2 masuk lorong bersebelahan dgn coffee shop tersebut, cuma dlm lebih kurang 20 mtr dari main road. Nama hostel kami adalah Fira Backpackers Place Santorini. Bangunannya berwarna putih dan nampak simple namun bersih. Kami tiba di reception counter dan terus check in. Namun disebabkan time tu baru nak masuk pukul 7am, makanya kami tidak dibenarkan utk check in lagi, tapi kami terus selesaikan pembayaran kami di situ sbb kami cuma membayar 12% ketika kami buat online booking dulu.
Hostel ini menyediakan dorm (with shared bathroom) dan harganya mmg murah! Namun kami mengambil twin sharing room with attached bathroom kerana nak menyenangkan kami bersolat. Harga biliknya agak reasonable, iaitu Euro 76 utk 2 malam (Euro 38/nite). Memandangkan kami awal sangat, kami dibenarkan berehat di lobi hostel yg. sememangnya menyediakan sofa yg. selesa utk pembaringan kami. Dia bagi je kami tido situ sementara menunggu check in time pada jam 12pm. Dgn keletihan, kami terlelap jugaklah kat sofa empuk tu. Tapi aku terjaga bila ada mamat mat salleh ni dtg join kat sofa, sbb kat lobi tu, situlah check in counter, situlah cyber cafe & situlah pantry... hahaha sudah mula sesak makanya aku pun bangun n duduk jelah. Pastu Dewi bangun. Bosan, kitorg decide nak berjalan2 dulu sementara menunggu waktu check in kami. Kami pegi mencari benda2 yg. kami boleh makan sambil panjat bukit nak tgk Fira dari tebing. Subhanallah!!! View yg. amat cantik walaupun kami (sbnrnya aku la) agak mengah menaiki bukit dgn tangga yg. banyak itu... Pemandangan yg. kami jangkakan seperti di postcard, internet etc2... lautan biru dan bangunan biru putih menjamu pandangan mata kami. Dgn x mandinya, kami berselfie kat tebing. Aku sangat berasa bersyukur dpt menjejakkan kaki di tempat menjadi impian ramai org nak pegi utk honeymoon... Masa ni mmg aku ingat incik suami la... Kami juga sempat masuk ke sebuah gereja lama di depan terrace tersebut. Pelik semua mat salleh bila tgk 2 org pompuan berhijab masuk ke dalam gereja. Namun sekejap je kami masuk sbb bau colok dia agak lain macam. Namun aku sempat mengambil beberapa gambar utk dijadikan kenangan walaupun ini bukan 1st time aku menjejakkan kaki masuk gereja. Kami pulang ke hostel pada jam hampir 11am. Kami diberitahu kami boleh masuk ke bilik kami, namun time check out nnt kami kena keluar awal. So kitorg agreed sbb org da makin ramai tu kat lobby. Lagipun check out time tu cuma diawalkan 1 jam, so kami ok ajelah...
Masuk je bilik, kami lihat ada 2 double decker katil. Cuak, si Dewi ni pun tanya dgn mamat hostel tu kitorg xkan ada roomate lain lagi kan? Mamat tu pun jwb jgn risau sbb mmg dia dah charge bilik tu utk twin sharing. Kami membersihkan diri selepas seharian x mandi (hehehe) dan selepas tu kami keluar semula utk mencari makanan dan juga berjalan setelah misi kami gagal utk mencari makanan pada pagi tersebut. Oh ya, bilik kami mempunyai private balcony ala2 movie Zorro dan bertentangan dgn sekolah menengah. So setiap kali time habis class ke time rehat ke, kami akan mendengar loceng sekolah... mengimbau kenangan zaman sekolah sungguh kitorg duduk kat sini!
Plan kami pada hari ini ialah utk pergi ke Perissa Beach, dan mengikut kata encik Google pantai ini unik kerana berpasir hitam. Kami pun mula berjalan kaki ke bus stand utk mengambil bas ke Parissa yg. dijadualkan berlepas pada pukul 1pm. Lupa nak bagitau, sistem pengangkutan di sini adalah sangat mudah dan straight to the point: xde pening2... just identify ke mana kita nak pegi, jln kaki ke Fira Bus Stand, tgk jadual perjalanan di tembok dan pilih bas anda. Boleh dikatakan mereka agak punctual la mengikut jadual perjalanan.
Kami mengambil bas ke Perissa dgn tambang yg. cuma berharga Euro 1.60 sahaja. Perjalanan mengambil masa kira2 20 minit, disebabkan bentuk mukabumi di Santorini ini adalah berbukit bukau, makanya byklah bukit yg. kami daki bersama2 bas ini.
Kami sampai di Perissa dan nampak pantainya terdapat sebuah bukit berbatu yg tinggi dan besar, dan rupanya sama mcm bukit dlm filem The Wicker Man lakonan Nicholas Cage.... heeee tetiba rasa gerun la pulak... Kami berjalan di tepian pantai berpasir hitam sambil melihat mat2 & minah2 salleh ber swimming trunk & berbikini berenang2... aku pulak mengambil semangat berselfie gambar wajib: iaitu gambar kaki di pasir hitam tu... ada byk kedai sepanjang pantai, namun yg. menarik perhatian kami adalah deretan seafood restaurant yg cantik & menyelerakan. Kami kelaparan, namun kami mengambil keputusan utk meronda2 dulu... makanya kami berjalan dulu ke depan... byk. souvenir shop di sini, namun harganya macam kami rasa boleh dpt kat tempat lain murah lagi kot... Kat sini jugak kami melihat terdapat scuba diving center... wooo boleh dive la kat sini!!!
Agak jauh kami berjalan, kami terjumpa pulak stall jagung bakar yg. aku kira penjualnya adalah bangsa Arab ataupun Turki. Utk mengalas perut, kami pun beli jagung bakar yg dia boleh letak mcm2 perisa: ada butter cheese la, curry la, pepper la, cili la... & sgt surprise, dia tau pasal Malaysia & bolehlah bercakap sedikit bahasa Malaysia!!! Ramaila org Malaysia yg. pernah sampai kat sini kan?
Kami makan jagung di kerusi malas yg. disediakan di sepanjang pantai. Selfie kaki lagi aku kat situ... Abis makan jagung, kami berjalan balik mencari kedai makan... Kami akhirnya tersangkut di sebuah restaurant yg. dipunyai oleh seorang wanita Lebanon. Dia convince kami makanan yg. disediakan adalah halal, so kami ok jelah makan kat situ. Kami ambil mix grill platter set dgn minuman & harganya adalah Euro 51 (termasuk tax). Mmg mahal, tapi sbb nak merasa kan... Namun yg. menarik perhatian kami dlm menu tu terdapat pork kebab... haaa sudahhhh... tapi slps kami amati, pork kebab tu dijual di kedai sebelah namun mereka berkongsi menu book utk pengunjung kedua2 restoran tersebut. Makanannya? So-so ajelah... sbb ada sejenis ikan ni rasanya agak gassy sket... xtau apa nama ikan tu. Kitorg suspect ikan buntal je... Selepas makan, kami pun menunggu bas untuk pulang ke Fira seperti time yg. kami lihat dalam jadual tertampal kat tembok tu...
Kami pulang & disajikan dgn pemandangan bukit bukau dan juga rumah ala2 Spain yg. unik. Kebanyakan rumah di sini berbumbung rata, mcm bumbung flat la lebih kurang tapi amat jarang nak tgk kaler selain dari biru & putih.
Kami sampai di Fira dah masuk waktu petang, dan kami berjalan mencari Carrefour (Dewi ternampak masa kami otw ke Perissa) utk mencari stok breakfast & jugak juice. Dlm 15 min berjalan kaki, akhirnya kami berjumpa dgn Carrefour. Kami beli sebotol mineral water, 2 kotak juice, biskut Oreo, roti, 2 bungkus chips dan sabun basuh baju (utk laundry yg tertunggak dari Turki-tapi sbb kami xtau apa yg tertulis kat botol sabun tu, ditambah pulak staff dia fail English, yg. dia ckp wash cloth je, kami tawakal je amik. Sekali benda tu softener huhuhu) dan total utk semua barangan tersebut x sampai Euro 10 pun!
Kami pulang ke hostel dlm kepenatan, & kami terus solat jamak Asar & Zohor. Sementara menunggu waktu Maghrib, aku fefeeling nak tgk sunset dudukla kat balcony, sekali sunset kat bahagian kanan balcony & tertutup dgn pokok.... Cisss!!! Melepas sunset pertama aku di Santorini, tapi xpe esok mmg plan kami nak mengejar sunset di pantai Oia... Selepas solat jamak Maghrib & Isya' kami melepak bersidai di balcony sambil menikmati hasil tangkapan kami di Carrefour tadi tanpa sempat tunggu breakfast... Udara yg. nyaman membuatkan kami rasa mengantuk cepat, tambahan lagi kami mmg x cukup tido so kami pun terpengsan awal... Enjoy gambar2 kami di bawah ini sementara menunggu gambar sunset keesokan harinya... :)
Flight Ticket Ist-Athens-Santorini (via Airtickets24.com) - Euro 176.60 (utk 2 pax)
Fira Backpackers Place/ 2 mlm: Euro 76
Seafood Platter set for 2: Euro 50
Bus from Airport-Fira: Euro 2.20
Bus from Fira-Perissa (one way): Euro 1.60
Terbang lagi....
Airport yg. hening
Menghilangkan boring nak tunggu flight
Makanan kami!!!
Isi dalam kotak
Athens... tidolah kami di sini
Menunggu take off
Athens dari udara
Inilah breakfast kami!!!
Dewi yg. kepenatan. Hantam sajalah tido kat lobi hostel
Mencargaskan diri dgn berjalan... Sementara menunggu check in
Nice view di terrace-Fira
Kami sampai di atas bukit bersama2 bergerombolan rombongan pakcik makcik
Artistik la kununnya...
Muka letih + x mandi lagi
Bangunan putih atas bukit
Tangga batu yg. tinggi... pancit aku mendaki
Selfie lagi
Walaupun x mandi lg tapi still maintain jelita... hahahaha
Santorini signature
Sepanjang perjalanan menaiki bukit ni ada byk branded boutique/outlet
Gereja yg. aku maksudkan
Isi dalam gereja
Kubah gereja
Cable car dari puncak bukit Fira ke persisiran pantai kat bawah. Must try!!!
Kepulauan Greece... tp aku xtau nama apa hehehe
Bukan bangunan je... dgn baju2 pun kaler putih
Aku ingat ada kat Malaysia je kuih bom ni...
Kami hampir nak menyinggah ke kedai kebab ini, tetapi...
Coffe shop yg. kami singgah lepas xjumpa restoran yg. sesuai...
Dewi, aku nak kopi 1!!! Style Starbucks, tapi harganya murah
Kopi o ais di waktu pagi... Harganya Euro 2
Inilah hostel kami!!! Yg. kat tengah2 tu balkoni bilik kami!!!
Perissa Beach berlatar belakangkan bukit The Wicker Man
Lebih jelita selepas mandi... huhuhu
Pantai Pasir Hitam... adik beradik dgn Langkawi la ni
Diving center
Gambar signature aku
Bermalasan di tepian pantai sambil makan jagung...
It's not about aku suka benda2 ni... tp membuktikan apakah priority kehidupan masyarakat Greek nih... x bersesuaian ok dgn agama kita...
Ada restoran India kat sini
End up kami makan di kedai perempuan Lebanon... Seafood platter kami...
Aku budget sunset kat sini...
Sekali kat area sini...
Balcony comel kami...
Bukan kuih bom la... Itu namanya buah beradan, huhuhu...
ReplyDeleteNice travelog... membuatkan ingin sampai ke Santorini satu hari nanti, insya Allah...
-pemilik travel blog KembaraGD (www.KembaraGD.blogspot.com).
Hahaha mmg dari kecik panggil kuih bom je... xpernah ada effort nak cari nama... anyway thx atas info
Delete