Sunday 9 December 2018

Mentari Korea: Mukaddimah - Perancangan 13 Hari Menerjah Negara K-Pop



KUL - Incheon: 21 Oct 2018

     Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca blog aku. Kisah yang agak fresh kerana percutian ini baru saja berlalu kira-kira sebulan nan lepas, cuma aku memberi laluan untuk entri terdahulu aku iaitu Luang Prabang dan Kuching, terperam lama sangat so aku takut dah expired kisahnya hahaha.    

     Setelah sekian lama tak travel dengan encik suami, akhirnya dia bersetuju untuk travel bersama-sama aku kali ini selepas aku proposed untuk ke South Korea. Yea... Suami aku adalah peminat sinetron: tak kiralah sinetron Indonesia, Jepun ataupun Korea. Dan dia juga peminat tegar Descendant Of The Sun yang pernah jadi fenomena tahun lepas. So tiket kami dibeli setahun nan lepas, semasa Air Asia buat sales. Kami dapat harga yang boleh tahan murah: iaitu dalam RM980/pax/return (ni selepas masuk Value Pack yang aku beli untuk kami berdua yang pakej siap makanan, pilih seat & 20kg beg setiap sorang dan aku beli return). Sebab masa tu main nak grab je tiket, aku terus ambik 13 hari punya duration! Hahaha! Beli dulu plan kemudian adalah konsepnya. Bermula dari situ aku study la apa ada kat Korea ni dan tempat makan yang kita boleh makan. Aku refer pada blog-blog, post-post orang yang pernah pergi Korea dan apa-apa saja artcle yang aku boleh refer. Disamping itu aku belajar Metro route dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Plan masih kucar-kacir ditambah lagi dengan ke'busy'an kerja ofis menyebabkan aku cuit sikit-sikit je. Aku juga mula merangka budget template dan membuat tabung Korea bersama-sama suami aku di mana kami mengasingkan certain amount of duit gaji kami untuk semua perbelanjaan kami di Korea. Aku juga membuka booking.com (aku memang selesa booking hotel/hostel dari sini dan Alhamdulillah tak pernah ada masalah) dan memilih hostel/hotel/guesthouse yang sesuai dengan budget dan location kami dan seperti biasa penginapan yang aku shortlisted mestilah mempunyai ratings 8 dan ke atas dan mendapat ratusan review. Kiranya berpuluh kali gak aku book, pastu cancel, pastu book balik bla bla bla sampai fix planning aku, yalah cari yang free cancellation punya penginapan (oh ya! Lupa nak cakap. Encik suami dah mempertanggungjawabkan aku untuk menguruskan itinerari dari A - Z beserta penginapan dan sewa kereta dan seterusnya mengkaji sistem Metro Seoul huhuhu).

     Daripada 13 hari travel, alang-alang aku plan untuk terjah Busan dan Jeju sekaligus. So aku membuat pembahagian hari dan memandangkan tiket pergi balik kami adalah KUL-Seoul, Seoul-KUL (Jeju tak open route lagi masa tu), makanya aku perlu plan untuk membeli domestic flight dari Busan - Jeju dan Jeju - Gimpo (Seoul). Terdapat beberapa pilihan domestic flight dan yang termurah adalah dari Asiana Airlines di mana harganya cuma dalam RM125/one way/pax. Tapi aku tak tau di mana silapnya, setiap kali aku book akan fail. Pakai lah kad apa-apa pun, tetap tak lepas masa tang payment, sampai aku call la bank tanya apa problem dengan kad aku, sebab sangkut time payment tu website suruh aku refer dengan bank sebab kad aku tak dapat authorization dari bank katanya. Aku give up, lepas tu aku terus beli tiket Jeju Air yang harganya lebih mahal. Aku akan share full budget template aku di entri terakhir aku nanti seperti biasa... Aku beli Busan ke Jeju dulu dan beli tiket Jeju ke Seoul dalam 2 bulan sebelum trip kami.

     Selepas mencongak hari dan kesesuaian itinerari dan aktiviti, aku conclude kan jumlah hari kami di satu-satu tempat seperti di bawah (kisah details akan diceritakan mengikut entri setiap bandar):

21 Oct - 25 Oct (5 hari): Seoul Part 1
Lokasi Penginapan: Itaewon Area
Aktiviti: Seoul Outskirt - Nami Island & DMZ/JSA
               Masjid Seoul
               World Cup Stadium
               Itaewon area
               Makan, makan, makan

25 Oct - 27 Oct (3 hari): Train To Busan
Lokasi Penginapan: Busan Area
Aktiviti: Makan belut bakar
              Busan International Film Festival (BIFF)
              Jagalchi Market
              City Bus pusing Busan (kami berhenti di Centum Busan)
              Makan, makan, makan

27 Oct - 30 Oct (4 hari): Merentasi Pulau Jeju
Lokasi Penginapan: Jeju Town (kami decided nak stay kat 1 guesthouse saja)
Aktiviti: Jeju East
               Manjanggul Cave
               Seongsan Ilchubong
               Seopjikoji
               Jeju South
               Jusangjeolli Cliff
               Cheonjeyon Waterfalls
               Jeongbang Falls
               Mysterious Road (lalu je)
               Tree Tunnel (cantik giler)
               Dongmun Market
               Jeju Jungang Underground Shopping Mall
               Makan, makan, makan

30 Oct - 2 Nov (4 hari): Seoul Part 2
Lokasi Penginapan: Myeongdong Area
Aktiviti: Seoul City Bus
              Namsan Tower
              Namdaemun Market
              Gyeongbokgung Palace
              Shopping, shopping, shopping
              Makan, makan, makan

- Kami suami isteri bukanlah peminat theme park, so memang kami skip Lotte Theme Park, Everland dan yang seangkatan dengannya

- Memang sengaja kami buat itinerari yang tak padat, kerana kami taknak terkejar-kejar dari satu tempat ke tempat yang lain dan tak dapat menikmati ertikata vacation yang sebenarnya bahgitewww

- Kami memang stay di 4 guesthouse/hotel sahaja untuk setiap tempat persinggahan untuk kemudahan kami jugak supaya tak nomad sangat

- Di Jeju, kami menyewa kereta untuk 3 hari sahaja (sebab hari pertama sampai malam) dan sememangnya kami sangat santai dan tak terkejar-kejar untuk ke satu tempat ke satu tempat yang lain walaupun jauh. Kami pilih tempat yang betul-betul kami nak pergi (termasuk tempat berbayar) dan skip semua muzium K-Pop, Hello Kitty etc2 (nasib baik kami takde budak hehehe) dan setakat ni aku amat berpuashati dengan pemilihan itinerari aku yang santai, selesa dan tidak memenatkan.

- Kami tak shopping sepanjang trip nombor 1 - 3 di atas (kecuali di Jeju aku beli mask sebab harganya lebih murah dari Myeongdong okay)

- Seoul Part 2 merupakan time kami ala-ala all out bershopping - selepas duit kami masih berbaki banyak gara-gara menahan nafsu shopping di Seoul Part 1, Busan & Jeju. 

- Peruntukan makan kami adalah hampir separuh daripada duit poket kami. Sesungguhnya harga di Korea serba serbi mahal.

- Kami ke Korea Tourism Organization (KTO) office sebelum ke Korea. Kami register online dan ambil leaflet, kupon dan T-Money free kat situ.

- Kami reload T-Money sebanyak KRW30,000 seorang, dan sehingga kini kami masih ada baki dalam KRW 12,000 dalam T-Money masing-masing hahaha (kami siap guna T-Money ni kat Busan jugak okay)

- Travel insurans aku beli awal-awal. Kira-kira 2 bulan sebelum trip. Buat pertama kali aku beli melalui agen, dan sangat cepat dan cekap. Selama ni aku beli travel insurance melalui online sahaja.
               
Sekian untuk mukaddimah aku untuk ke Korea ni. Aku akan sambung dengan kisah Seoul Part 1 aku di entri yang akan datang, InshaAllah...






3 comments:

  1. best..saya berminat nak ke korea pda dis tahun depan. Adakah sesuai atau tidak dan bagaimana dengan cuaca. Kalau guna perkhidmatan Tour Guide berbaloi atau tidak. Beri cadangan mana yang lebih baik guna Tour Guide atau tidak. Berapa budget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rahmat.

      Xsalah saya, Disember adalah musim winter, so kalau dari segi pakaian, memang kena prepare la winter jacket, heat pad etc. Dan musim winter ni memang siang lebih pendek so waktu berjalan kita mungkin limited. Kalau Rahmat jenis yang suka pergi theme park, tak digalakkanlah pegi musim winter ni sebab rugi duit, banyak games yang tutup. Ni adalah berdasarkan pengalaman kawan la, sebab saya memang suka pegi bercuti musim autumn. Disamping cantik, cuaca pun just nice :)

      Utk tour guide pulak, personally saya rasa x berbaloi sebab boleh tahan lumayan harganya. Kalau rajin, boleh study from blog orang lain dan jugak posting2 dari rakan-rakan travel di FB group. Korea negara yang sangat common utk rakyat Malaysia, so nak dapatkan info tu sangat mudah utk pendapat saya sbb saya pun buat mcm tu. Tapi, kalau dgn keluarga dan ibubapa, amatlah digalakkan utk ambik tour guide yang full package, sebab Korea ni byk kena naik metro dan kebanyakan stesen kena panjat tangga huhuhu. Dan kalau utk sendiri, kalau betul2 xberapa confident, boleh try cari Malaysian student kat sana yg buat tour service, yg kebanyakannya mmg naik public transport. Yg ni tak semahal pakej la...

      Utk budget saya ni, saya tak buat shoe string budget kerana saya tak bawak bekalan makanan (makan luar je), ambik bilik with attached shower (bukan dorm) dan berlokasi tip top (dekat dengan metro station, walking distance dgn certain tempat etc). 13 hari cover 3 bandar: (Seoul 2 kali, Busan & Jeju) dan ada 2 domestic flight (Busan-Jeju, Jeju-Seoul) dan 1 train ke Busan. Juga sewa kereta utk 3 hari di Jeju dan total adalah +/-RM7K/pax dan ini termasuk makan kami yg agak mewah dan shopping. Tapi boleh je kurangkan lagi bergantung kepada keperluan masing2. Saya berharap soalan Rahmat ni saya telah jawab dengan jelas tepat :)

      Terima kasih kerana sudi membaca blog saya :)

      Delete
  2. Hai.. sy suka baca blog awak.. memang details.. boleh buat rujukan utk sy pegi 27/2 ni.. cuma tertunggu yg part 2 myeongdong.. sebab sy stay myeongdong.. harap sempat baca part 2 sebelum sy pegi korea..

    ReplyDelete