Saturday 3 September 2016

Projek Mengukur Jalan di Indochina Day 2: Nakhon Pathom-Kanchanaburi







1 May 2016 (Sunday)

Nakhon Pathom-Kanchanaburi


Day 2

     Sebelum aku meneruskan entri aku pada hari ke-2 kami ni, aku nak cerita mengapa Nakhon Pathom? Ada apa di Kanchanaburi etc2? Kenapa kami tak pergi kat tempat yg org Malaysia lain normally pegi, macam Hatyai ke, Krabi ke, Phuket ke, Chiang Mai ke ataupun paling koman Bangkok? Haaa... meh story sikit...

     Pada awal lagi kami berdua dah decide apa yg kami nak tengok sebab kalau boleh biarlah perjalanan kami ini bukannya bertujuan semata2nya utk sopin je... Dari dulu aku teringin nak experience 'Landasan Maut' dan merentasi Sungai Kwai... Ni semua gara2 filem 'The Bridge on The River Kwai' lah ni yg aku tonton waktu kecik2 dulu... Aku memang seorang yg sangat taksub dgn subject Sejarah, so memang aku sukalah nak pegi tempat2 macam nih...

     Kami mengambil masa dalam beberapa minggu jugaklah mentelaah map (kebetulan aku suka subject Geografi jugak muahahahaha) mencari possible route untuk sampai ke tempat idaman dengan menggunakan pengangkutan darat, dan melalui kajian terperinci kami, kami berjaya plot perjalanan kami untuk ke Kanchanaburi tanpa perlu masuk ke Bangkok dan kemudiannya berpatah balik... Thanks to The Man in Seat Sixty-One kerana memberikan maklumat yang sangat membantu dalam plot perjalanan kami ini... Menurut hasil kajian kami, dari Padang Besar kami perlu transit di Nakhon Pathom, beli tiket dan menaiki tren untuk ke Kanchanaburi dari situ. Dan kami akan stay 1 malam di Kanchanaburi untuk next train ke Nam Tok pada keesokan subuh harinya...

     OKlah, berbalik pada kisah asal. Subuh hari aku bangun dalam jam 0630am, tengok tingkap da nampak macam subuh gajah la sikit... Tidak berlengah aku pegi amik wudhu' kat sinki dan pagi ni macam ramai orang Malaysia pulak beratur tunggu turn untuk ke toilet dan mengambil wudhu'. Sempat aku interview group ni destinasi diorg, dan seperti yg dapat diagak kesemua mereka menuju ke Bangkok dan seterusnya akan mengambil train ke Chiang Mai untuk sopin... huhuhu... Dan bila diorg tau arah tuju kami, memang soalan yg dah dijangkakan, 'Ada apa kat Nakhon Pathom?' 'Apa tempat menarik kat situ?' Hahaha memang tak dapek dijawablah apa ada kat Nakhon Pathom tu sebab kami pun blur... Tapi bila aku cakap itu tempat transit je, sebab main destination kami nak pegi Kanchanaburi & pergi redah River Kwai bridge, diorg just 'ooo' aje. Tapi sebenarnya diorg tak tau kot.... Hahahaha...

     Dalam jam 8 lebih pagi, kami risau sebab tak tau mana stesennya dan meminta pekerja train tu untuk alert kami bila sampai Nakhon Pathom dan akhirnyaaaa dalam jam 0845am kami tiba di stesen kecil ini!!! Tersasar sikit waktunya dari yg dijangkakan namun perhatian untuk semua: SILA JANGKAKAN KELEWATAN SEKIRANYA MENAIKI KERETAPI THAILAND kerana ini adalah lumrah di sini, train selalunya tidak akan tepat masanya.. Semua ni hasil usaha kami mentelaah blog orang lain dan kami memang dah prepare at least 2 jam contingency dalam planning kami supaya kami tidak tergocoh2...

     Perkara pertama yang kami lakukan lepas turun dari tren adalah ke kaunter tiket untuk membeli tiket ke Kanchanaburi, namun tiket hanya akan dijual 30 minit sebelum perjalanan kerana tren ni adalah tren kelas 3: tak perlukan reservation etc dan adalah free seating, alaaa macam kita naik komuter la... So kami mengambil keputusan untuk round2 pekan Nakhon Pathom yang terletak cuma di seberang jalan... Kami berjalan2 mencari makanan halal di pekan tersebut. Kebetulan hari Ahad, public holiday pulak tu, penduduk Nakhon Pathom mengambil kesempatan untuk keluar bersosial, sembahyang di wat mereka dan sopin barang dapur la kot, sebab macam ada pasar tani je kat sini... Sesak pekan tersebut namun meriah... 

     Kami kira pekan Nakhon Pathom ni bukanlah pekan yang menjadi tumpuan pelancong, sebab kami tak nampak pun bayang2 pelancong di sini, kami yg paling weird la sebab bertudung... pastu rata2 org pekan ni tak boleh berbahasa Inggeris... Masak jugaklah kami, da macam ayam bercakap dengan itik... Semua menggunakan body language... Masa si Dewi nak bli top up Thailand pun, agak jenuh jugaklah nak bagi paham orang kedai tu. So kesimpulan dari sini adalah, kedai halal memang tak ada di sini... Lapar tak tau nak kata la sebab tak makan dari naik tren semalam kan... 

     Kami berjalan membawa diri dengan harapan adalah sesuatu yang boleh dijadikan pelapik perut dan akhirnya kami terjumpa gerai goreng pisang kat satu lorong! Alhamdulillah jadilah untuk sementara waktu... Kami beli cucur manis dan goreng pisang dan meneruskan eksplorasi kami mencari Milk Tea pulak... dan kemudian rezeki lagi, kami jumpa makcik jual pulut mangga tepi jalan... Percakapan macam ayam dan itik tapi makcik tu dengan bangganya siap suruh kami test pulutnya... Memang sedap, berlemak, empuk dan sebutir-sebutir pulutnya. Kami beli 1 je, cukuplah share dan harganya adalah THB50, lebih kurang RM5 kita la kan...

     Habis pusing pekan, kami dah tak tau nak pi mana lagi, sebab dia macam pekan Parit la bagi aku... Tengok Wat dia dari kejauhan je cukup sebab orang tengah sembahyang dan agak sesak, makanya kami mengambil keputusan untuk lepak je kat stesen sambil makan goreng pisang dan pulut mangga dan juga minum milk tea yang kami beli dari sorang penjaja... Masa tu dah jam 11 lebih am jugak matahari pun dah menegak dan kami perlu menunggu sehingga jam 3pm untuk train kami ke Kanchanaburi.... Owh lamanya lagi...

     Dah berlama2 kat situ dah tentulah aku nak pi toilet punya kan... Aku agak prejudis pada public toilet kat Thailand ni, tambahan pulak kat stesen keretapi kan... Yalah, pengalaman masuk toilet kat stesen Padang Besar semalam masih terngiang2 dalam ingatan aku, macam orang trauma pun dah ada... Hahaha... Tapi sebab tak tahan jugak aku pegi jugak masuk toilet tu dan dikenakan bayaran sebanyak THB5 untuk ke toilet... Aku redho je masa nak masuk toilet, tapi apa yang aku lihat sangat menakjubkan! Seriously diorang memang menjaga kebersihan tandas awam kat sini... Sangat bersih dan wangi sedangkan toilet stesen je kot pastu kat kawasan kampung pulak tu... So prasangka buruk itu bertukar menjadi kagum...

     Jam 1430pm kami mula beratur membeli tiket ke Kanchanaburi. Fyi, semua tiket keretapi kelas 3 adalah berharga standard iaitu THB100 (RM10) tak kira berapa jarak perjalanan dia, dan untuk rakyat Thai adalah FREE! Mereka cuma perlu tunjukkan IC dan pegawai tiket akan print dan bagi tiket perjalanan kepada mereka. Perjalanan kami dari Nakhon Pathom ke Kanchanaburi adalah lebih kurang 1 jam 20 minit, juga bergantung pada ketepatan masa bertolak.

     Tren kami sampai pada waktunya dan kami boleh pilih mana2 aje tempat duduk yang kosong. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan keindahan suasana kampung, lebih kurang macam kita balik kampung ikut jalan lama la... Ditambah lagi tren jenis open air, kalau panas hulur je muka kat luar amik angin, tapi kalau berjelaga tu atas risiko sendiri la ye... Hehehe... Kebetulan time kami pergi ni adalah musim kering (kat malaysia pun kan kering time bulan 5 ni) Ya Allah memang panas tak hengat! Dah le semalaman tak mandi kan, bau tenuk, cipan dan seangkatan dengannya memang meneballah... Suasana sangat unik dalam tren kelas 3 ni ialah setiap perhentian yang stop lama, mesti ada orang tempatan menjinjing bakul, dulang dan baldi yang penuh berisi makanan dan minuman untuk dijual dalam train tersebut, dan harganya aku kira murahlah kot... Mereka akan turun di stesen berikutnya untuk mengambil train lain untuk pulang ke rumah mereka...

      Kami tiba lewat dari waktu sepatutnya, dalam nak dekat setengah jam jugaklah lewatnya, dan setibanya kami di Kanchanaburi kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki je ke guest house kami... Kalau ikut map guest house ni macam dalam 10 minit jalan je, tapi jauh jugak rupanya... Ada satu pakcik beca offer kami menaiki becanya namun kami tolak sebab confident dekat... Kami tunjuk kat pakcik tu map Guest house kami pastu dia tunjukkan jalan pada kami... Sepanjang kami berjalan lintas jalan etc, pakcik ni mengekori kami dari belakang sampailah ke simpang Guest House tu sambil cakap dalam bahasa Thai bagi penunjuk. Kami mengucapkan terima kasih dan dia mengawasi perjalanan kami sampai kami tiba kat lorong kecil Guest house tu baru dia pergi.... Alhamdulillah kami  sentiasa diberi rezeki oleh Allah untuk berjumpa dengan orang yang baik hati tapi kami agak terkilan sebab kami tak bagi apa2 token pun kat pakcik beca yang guide kami tu... Kami doakan agar pakcik beca ni dimurahkan rezeki... Ameen...

      Kami sampai di Thai Guesthouse yang sebenarnya memakan masa lebih kurang 30 minit berjalan kaki dari stesen keretapi... Kami booked melalui Booking.com setelah aku menapis beberapa review dari orang ramai dan dia mendapat rate yang memuaskan di samping harganya yang murah. Agak terpencil guest house ini tapi sangat nyaman suasana dan bersih. Kami ditempatkan di bilik yang paling depan disebabkan pada waktu itu bukannya musim melancong pun dan tak ada guest lain tak salahnya... Setelah check in, kami berehat sebentar dan membersihkan diri yang seharian tak mandi nih... Heavennya mandi!!! Masa mandi, tuanpunya guest house ketuk pintu bilik kami dan bagi kami sepinggan mangga yang dah dipotong untuk kami... Awww sho shweet... Itulah manisnya kalau kita menyewa di guest house ataupun homestay di mana tuan rumah akan melayan kita seperti tetamu... + free wifi pulak tu! Bilik kami besar, siap ada satu ruang asing yang diletak sliding door yang boleh digunakan sebagai bilik solat. Kesimpulan sangatlah selesa dan sangat berbaloi berbanding harganya THB 750 semalam (+/-RM75 jerrr). Kami meminta bantuan tuan rumah untuk book tuktuk untuk kami keluar mencari makanan dan juga round2 pekan Kanchanaburi selepas Maghrib. Kami dah mengenalpasti beberapa restoran halal hasil penggoogle an kami tapi tuan rumah cakap dia tau satu tempat yang dia rasa berbaloi untuk kami makan dan dia siap inform kat pakcik tuktuk kat mana 'kedai' itewww...

     Tepat jam 2000pm, pakcik tuktuk datang mengambil kami. Boleh tahan jauh jugak pekan dia kalau kami jalan kaki nih, Pakcik tuktuk belanja kami round2 siket, sampai ke kawasan perkuburanlah jugak (sini banyak kubur lama, kubur tentera & war monument) sebelum bawak kami ke tempat makan (kebulur dah ni pakcik oiii). Kami sampai di pekan Kanchanaburi dan rupa2nya bukan dibawa ke restoran, tapi di gerai2 tepi jalan (hawker's street) yang sangat happening! Ada beberapa gerai makanan halal di sini dan kelihatan beberapa rakyat Islam tempatan sedang makan di situ... Kami memilih untuk makan nasi ayam (siap ada nasi biryani) dan kami ingat nak order air kemudian, tapi rupanya makan memang dibagi ais kosong dan refillable... Oklah bagi kami... Total makan kami nasi ayam x 2 hanyalah THB 60 (+/-RM6) tersangatlah murah! Terima kasih pada tuan rumah yang memberi cadangan bernas ni dan sekaligus mengurangkan perbelanjaan kami. Kami sempat jugak tapau pulut ayam dan jugak kami membeli makanan cucuk-cucuk kat lidi tu sebagai bekalan kami untuk ke Nam Tok keesokan harinya. Kami jugak sempat singgah 7-11 untuk membeli mineral water dan kudap-kudapan. Nak selamat, aku beli Pringles yang ada cop halal JAKIM kat sini... Hahaha mana2 pun cari makanan made in Malaysia jugak kan...

     Dah abis round2 hawker's street tu (disamping tiba2 aku dapat call dari opis sebab program aku ada problem la pulak... Nasib baik aku on data, call pakai wassap call je) kami pun pulang dalam jam 2200... Kena rehat lebih sebab esok subuh2 sepi'e dah kena kuar amik train untuk ke Nam Tok)... Kami dah berjanji dengan pakcik tuktuk tu dalam jam 0500am dia kena amik kami untuk ke train station sebab train kami akan bertolak pada jam 0607am... huhuhu... Berhenti dahulu untuk laluan gambar...


Kos:

Train Nakhon Pathom-Kanchanaburi: THB100/pax
Thai Guesthouse: THB750/night
Tuktuk for dinner: THB150
Tuktuk to station: THB120


Salam subuh...



Selfie bangun tido



Akhirnya sampaiiii



Nakhon Pathom



Sibuk di hari minggu







Goreng pisang ngan cucur manis jerrr... yang ni je kami confident



Pulut mangga ni pun kami confident



Tadaaa... Pulut mangga



Tiket tren kami



Salute kat Mat Salleh ni kecik2 da diajar berdikari jadi backpackers



Dewi dan family backpackers dalam tren kelas 3 kami



Selfie panaih lit lit



Relek je budak sebelah tu...



Abang pengawal sedang bertugasss




Ada pasar malam tepi landasan...




Inilah bilik kami!!!




Kami assume sebagai ruang solat




Muka penuh cahaya kerana bakal mendapat makanan...




Gerai makanan halal kami




Nasi ayam 3 hengget




Hawker's street @ Kanchanaburi










3 comments:

  1. cantik gambar ambil waktu malam.. jenis camera apa ye?

    ReplyDelete
  2. Ooo saya pakai handphone je... Samsung S6 Edge... Camera dia memang agak power, saya dah tak bawak DSLR saya pun skrg... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. saya pun mcm dah tak larat nak bawak DSLR, berat sgt.. sakit leher.. ingat nak cari henpon spec power skit cukup la dpt amik gmbr cantik2.

      Delete