Saturday 3 September 2016

Projek Mengukur Jalan di Indochina Day 1: KL Sentral-Padang Besar-Nakhon Pathom






30 April 2016, Saturday
KL Sentral-Padang Besar-Nakhon Pathom

Day 1

     Perjalanan kami bermula dari KL Sentral, di mana kami sepatutnya mengambil keretapi malam ke Padang Besar (bertolak dari KL Sentral pada 12 lebih tengah malam pada 30 April). Namun korg bayangkanlah, tiket mula dijual 30 hari sebelum perjalanan tapi betul2 ngam 30 hari kami bukak website KTM jam 12 malam tup2 semua tiket dah abis! Tak taulah kalau tiket yg. dijual tu dah dibooking terlebih dahulu walaupun setau kami tak boleh buat advance booking pun tapi kami redho apa yg. berlaku walaupun risau sebab kesemua bilik hostel/hotel dan juga tiket2 keretapi yg. lain telahpun ditempah... Alhamdulillah kami dapat membeli tiket ETS yg. jauh lebih mahal ke Padang Besar pada waktu pagi dlm jam 9.30 pagi. Diharap agar pihak KTMB dapat memantau pembelian tiket secara online ni sebab kami rasa macam tak logik pulak hari bukak utk jualan jam 00:01am tiket langsung dah sold out kan? Namun kami bernasib baik bila tiket ETS ke Padang Besar masih available, makanya kami terus pegi ke plan B kami, ETS 30 April jam 0940am (ETA Padang Besar @ 1510pm) dan Padang Besar to Nakhon Pathom @ 1840pm (ETA @ 0859am on 1 May 2016).

     Akhirnya kami berjaya menempah tiket secara online untuk kedua2 train, tapi utk tiket ke Nakhon Pathom, kami perlu collect tiket di stesen KL Sentral dan Dewi dengan rela hatinya telah mencemar duli utk collect tiket tersebut, manakala ETS sudah memadai dgn E-Ticket yg. aku save kat phone aku je...

     Tiba hari yg. dinanti. Aku mula rasa kurang sihat: sedikit demam dan sakit tekak tapi digagahi juga badan ini. Sesampainya di KL Sentral, aku tengok ramainya rombongan Cik Kiah yg tengah tunggu ETS, maklumlah cuti Buruh la katanya... Ada beberapa rombongan team building yg. siap pakai T-Shirt pasukan berkecoh-kecohan kat situ... Errkkk habislaaa... Musti bising train kami ni... Tapi nasib baik sbb diorg naik tren sebelum kami, kalau tak musti kelam kabut hingar bingar dgn keriuhan geng Cik Kiah ni...

     Perjalanan kami yang mengambil masa dalam 5 jam lebih jugaklah agak membosankan... ada jugaklah kami sempat snap2 gambar bila sampai kat stesen keretapi yg menarik perhatian kami seperti di Ipoh, lepas tu da takde aktiviti. Nasib baik ETS pasang movie Harry Porter, kiranya aku khatam 3 siri dari filem Harry Porter yg banyak tu jugaklah dalam train, dan juga aktiviti meregangkan otot seperti pegi ke cafe utk membeli sandwich dan air dan juga ziarah toilet... Yelah... 5 jam lebih kot...

     Akhirnya kami sampai juga di Padang Besar dalam jam 3 lebih pm... Kalau ikut plan asal (yg amik overnight train KL-Padang Besar tu) kami nak round2 pekan Padang Besar tu dulu sebelum train masuk ke Thailand, namun disebabkan plan B kami cuma ada selang masa kira2 dalam 3 jam lebih sikit makanya kami cuma round2 stesen keretapi yg tak berapa nak besarnya itewww... Paling lawak kami tak jumpa jalan keluar ke pekan Padang Besar dari stesen keretapi tu, terpaksa kami makan kat kedai dalam stesen tersebut... tapi dlm setengah jam sebelum kami naik train, akhirnya kami berjumpa jugak jejantas yang menghubungkan stesen keretapi tu dengan pekan Padang Besar... Memang lepas tu kami memaki diri sendiri la...

     Lagi satu tentang stesen keretapi ni, kaunter imigrisen Malaysia dan Thailand ni sebelah menyebelah je... surau dan kedai makan terletak dalam territory Malaysia, namun ada sikit aku nak komen lah. Surau di stesen Padang Besar ni amatlah daif... I mean really2 daif. Kebersihan memanglah fail, dengan takde lampu dan terkedap sebab aircond rosak, kipas pun berfungsi 1 je... itupun kipas dinding tau... Kami bersolat dalam keadaan peluh jantan betina semua keluar. Begitu juga dengan toilet, cuma dlm 2 pintu je yang ada supply air dan yang lain tak... Seksa wooo... Pastu sama seperti surau, kebersihannya FAIL! Diharap agar pihak pengurusan stesen Padang Besar boleh buat sesuatu ye untuk keselesaan para pelanggan....

     Train kami yang berwarna purple tiba tepat pada waktunya. Disebabkan hari masih sore, makanya katil kami masih belum dipasang ye... Kami duduk di seat biasa dulu. Untuk overnight train, kami memang sepakat amik lower berth: senang nak pi toilet & tak payah nak jadi Spiderman... Lagipun Sleeper Coach dari Malaysia ni bercampur, takde pengasingan antara lelaki dan perempuan, so lower berth lebih selamat untuk para wanita.

      Tak sampai seminit pun train kami bergerak, kami sudah berada di Thailand... Dan masa ni imigrisen Thailand dah mula membuat rondaan mengecheck passport kami... Alhamdulillah takde masalah masa urusan mengecheck passport, namun kami agak surprise jugak bila pegawai imigrisen tu bagi duit dalam THB20 tak salah pada kami semua... Mat Salleh yang duduk depan Dewi pun siap buat lawak lagi cakap ngan Dewi: selalunya kita bagi duit kopi kat imigrisen, ni diorg pulak bagi duit kat kita... hahahaha

     Sama seperti pagi tadi, aku bosan menunggu waktu malam dan aku cuma dengar lagu dari Ipod yang aku bawak... Nasib baik ada hiburan... Lebih kurang dalam pukul 2000pm, pekerja train memulakan tugas mereka memasang katil untuk kami... Alhamdulillah akhirnya dapat berlunjur badan dengan sesuka hatinya... Dan tutup langsir untuk privasi... seharian kot bertudung... Sebelum tidur, aku pergi toilet dulu buat apa2 yg patut dan amik wudhu' kat sinki cuci muka yang disediakan... disebabkan dah malam & orang dah takde, aku buat perangai jugaklah angkat kaki amik wudhu' kat sinki tu... hahaha... Solat jamak sambil duduk kat katil aku, rukhsoh untuk para traveler, takde yang terkecuali kalau benda wajib ni kan, cari saja jalan...

     Tidur sambil bangun terkejut-terkejut bila train berhenti di beberapa stesen. Yang paling lama aku perasan masa kat Hatyai Junction, sebab tak salah aku diorg tukar kepala keretapi dari standard Malaysian Rail ke Thai Rail... Dan aku terus melayan perasaan tidur2 ayam aku... Haihhh lamanya nak siang.... Berhenti di hari pertama kami dan bakal bersambung di entri seterusnya ...


Kos:

ETS: KL Sentral-Padang Besar: RM 82/pax
Train #36 (lower berth): Padang Besar-Nakhon Pathom: RM121/pax




ETS kami-tepat pada masanya



Cafe dalam ETS... Harganya.... Hmmm... Sila lihat di bawah...




Tadaaa.... Price makanan dia...



Layan Harry Porter sampai 3 siri!!!



Stesen Ipoh... Bagi aku sangat antik dan cantik




Sawah padi area Butterworth



Jambatan Pulau Pinang dari atas rel di tengah ayaq laut...



My 1st time masuk Thailand... Europe da sampai dulu... ngeeee



Kodai makan kat dalam stesen Padang Besar




Ya... Kami lemau menunggu...




Makan doloe...



Kami di imigrisen Thai... Selepas sesi mengecop passport



Mungkin mamat ni pun berpikiran sama macam kami 'Bilalah nak pasang katil nih!'



Dewi control ayu depan Mat Salleh yg bakal tido kat upper berth dia...




Belanja 1 selfie...



Akhirnya! Katil kami bakal dipasang!!!



Tak tau stesen mana, tapi agak lama jugaklah...



Wat lek wat peace sebelum tido



Selfie lagi...



Lorong kami... Semua da letih terus pengsan...












No comments:

Post a Comment