Wednesday, 21 August 2019

#GoLocal PataTimo Part 1: Makang-Makang di Kemamang





































KUL - Kemaman: 5 March 2019 (Day 1)

     Ini merupakan percutian ad-hoc kami suami isteri. Biasalah, bila si isteri tension, mulalah nak buat plan pegi sini sana. So, aku tanyalah encik suami bulan bila boleh bercuti, sebab aku cuma nak 4 hari 3 malam je dari dia... Dan kemudiannya aku yang decide untuk bawak encik suami merasa duduk di Club Med, di mana kami tak perlu pikir pun pasal makan, minum, aktiviti dan sebagainya. Bayar & nikmati saja servicenya! Sebenarnya, aku dah 2 kali ke Club Med Cherating, tapi semua tu atas sebab company team building, so aku tak merasa percutian santai yang pure kat sini. Kebetulan pulak wedding anniversary kami pada bulan Februari, jadi ni kira belated celebration la untuk kami. Memandangkan kami ke pantai timur, maka aku telah mula planning mau makan di mana hehehe...

     Kami bertolak menuju ke pantai timur pada jam 0900am, selepas waktu pejabat. Sekurang-kurangnya tak teruk sangat jem time ni. Alhamdulillah perjalanan agak smooth dan kami akhirnya merentasi terowong Karak dan secara rasminya kami dah menjejak ke Pantai Timur!!!! Ok, untuk pit stop pertama siri JJCM kami adalah PATIN TEMPOYAK! Kami tak masuk pun pekan Temerloh sebab taknak membuang masa sangat, kami hanya singgah di R&R Temerloh yang jugak ada menjual patin tempoyak. Boleh tahan jugak patin tempoyak di sini. So brunch kami hari ini adalah nasi dan patin tempoyak. Tips kedai: cari gerai yang kat hujung belah kanan, lupa nama kedai, but rasa dia better dari kedai-kedai lain.

Tadaaaa

     Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Kemaman. Kami singgah di Kuala Kemaman dulu dalam usaha mencari satar. Atas cadangan kawan, kami mencuba satar dan otak-otak di Warung Otak-Otak Che Wan Kuala Kemaman. Kami order keropok lekor, satar dan otak-otak ikan tenggiri. Rasa dia? Hmmmm... Boleh tahan, tapi aku pernah makan yang lebih sedap dari sini. Tu je aku boleh review...

Kopok lekor, satar & otak-otak

Satar close up

Otak-otak close up


     Kami sampai di Kemaman dalam jam 1400pm. Kami bakal tido 1 malam di Riverine Garden Hotel, Chukai. Aku booked via Agoda dengan harga RM95.13 untuk Deluxe Twin River View. Korang boleh try duduk di sini, berhadapan dengan sungai, hanya walking distance dengan pasar Kemaman dan beberapa langkah ke Hai Peng Kopitiam. Yelah, tujuan memang nak makan kan kat sini, so memang kena berada dalam lingkaran kawasan pemakanan. Selepas check in, berehat sebentar dan solat, kami ke Hai Peng Kopitiam. Memang dah lama aku mengidam kopi dan roti Hai Peng ni! Lama dah tak pegi ke pantai timur ni. 

Hai Peng Kopitiam yang hanya beberapa langkah dari hotel kami

Kopi dan roti bun

     Selepas makan, kami merayau di sekitar kawasan situ. Kami masuk kedai bundle la, kedai jam la, supermarket la kat situ. Aku suka bandar Chukai ni sebab dia berasa antik, tenang dan tak berserabut sangat. Kebanyakan kedai dimiliki oleh orang-orang lama, so look & feel dia macam pekan kampung.

Encik suami tengah menyelam bundle

Baju kucing reggae ni mengingatkan aku pada Cumi... Winduuuu

Bus station Kemaman - ni pulak mengimbau kenangan aku masa belajar dulu. Yes! Sis ex-UiTM Dungun dulu. Pernah naik bas lompat-lompat dari Dungun ke KL sampai demam. Sini adalah salah satu pit stop untuk amik bas ke Kuantan

Kedai jam ni antik

Kisah seorang tukang kasut

     Kami pulang ke hotel kami dan menunggu selepas waktu Maghrib untuk pergi dinner pulak. Sebenarnya Kemaman ni ada 2 tempat makan yang aku wajib pergi dari berbelas-belas tahun yang lepas iaitu Hai Peng Kopitiam & Tong Juan Seafood Restaurant. Ya, kedua-dua kedai ini dimiliki oleh orang Cina tempatan, tapi kedua-dua kedai ini merupakan kedai yang dikunjungi oleh orang tempatan dan luar dari pelbagai bangsa. Dan di sini juga, aku ingin katakan Eat At Your Own Discretion, sebab aku boleh dikatakan biasa makan di kedua-dua kedai ni berbelas tahun jugaklah. Harap jangan kecam kalau anda tidak berminat untuk makan di kedai-kedai yang disebut (Peace!!!)

     Di Tong Juan, menu biasa yang akan aku order adalah stuffed crab, nasi goreng Cina dan sayur, tapi untuk kelainan kali ini kami order stuffed crab (wajib sebab memang specialty Tong Juan), oyster omelette, chilli sotong dan nasi goreng Cina. Kami enjoy setiap jenis makanan sampai kenyang.

Stuffed crab

Chilli sotong

Nasi goreng Yong Chow/Cina

Oyster omelette

Semua di satu meja!

Inilah isi ketam di dalam stuffed crab

Kenyang perut, merayap cari Coke & balik bilik. Inilah hotel kami

Hotel ni kecik je tapi bagi kami sangatlah selesa. Ni lobi dia

Sebab bilik kami tingkat 1 je, kami pun malaslah nak naik lif


Kemaman: 6 March 2019 (Day 2)

     Selepas subuh kami terus bangun dan bersiap-siap nak mencari sarapan! Disebabkan lokasi hotel kami sangat strategik untuk kesemua tempat makan yang kami dah rancang (within walking distance) kami memang tak drive langsung bila dah start check in di Riverine Hotel ni. Kami berjalan kaki menuju ke tempat favourite kami dan orang tempatan: Pasar Pagi!!! Kami mencari nasi dagang di warung-warung tapi tak tau kenapa macam dah tak wujud je. Aku teringat aku pernah makan nasi dagang sedap di pasar tapi dalam 5 tahun lepas la kot, tapi tak terjumpa pulak. Akhirnya kami pergi je ke salah satu warung dan kami mengorder laksam sebagai makanan breakfast kami yang pertama (eh!). Sedap laksamnya, tapi agak cair, mungkin kerana kami agak terlambat sampai la kot (walaupun baru pukul 9 pagi macam tu je) dan mereka menambah air dalam kuah tu.

Kami tiba di Pasar Besar Chukai! Hanya 10 minit berjalan kaki dari hotel

Bahagian makanan tapau/kuih muih

Kami menuju ke bahagian warung yang terletak di belakang pasar basah

Pasar basah

Sederet warung ada terdapat kedai buah-buahan tempatan

Rambang mata nak pilih warung. Semua ramai

Akhirnya kami memilih warung ni sebab dia ada laksam. Kami dapat tempat duduk paling belakang sebab semua warung penuh

Laksam kami

     Selepas menikmati laksam kami, masih lagi aku nak mencari nasi dagang! Gilo apo datang Ganu dok makang nasi dagang! Pastu aku ada teringat kakak ex-UiTM aku suggest untuk try Kedai Kopi Kemaman, so kami lintas jalan menuju Kedai Kopi Kemaman yang terletak di seberang jalan berhadapan pasar. Aku jenguk kedai tu cari nasi dagang (sebab kat Hai Peng pun ada nasi dagang orang tempatan hantar) dan yes!!! Ada nasi dagang jongkong tuh! Kami order kopi dan aku dengan penuh perasaan pegilah ambik nasi dagang tu. Craving satisfied!!!

Baca Jawi betul-betulllll

Kupi ais + nasi dagang

Wallahhhhhh!!!!

Gambar kenangan makanan sebelum dimakan

Kami jugak try roti bakar. Not bad

Rupa dalam kedai

     Kami check out lebih kurang jam 1100am, sebab kami masih tak berpuas hati dengan satar yang kami makan semalam. So kami kembali ke Kuala Kemaman, dan kali ni aku pegi je kat tempat viral kata diorang iaitu Aziz Satar! Sebenarnya Aziz Satar ni banyak branch, tapi aku just mengikut instinct aku je pilih salah satu kedai dan Alhamdulillah kami tak tersalah pilih kedai! Lebih sedap berbanding semalam dan kami order satar, otak-otak dan ais jagungggg (fav aku masa duduk Dungun, ais jagung Terengganu ni hantu dia lain machiammm). Puas hati dapat makan yang sedap di tekak kami ni.

Tadaaaa

Encik suami menikmati ais jagunggg

Selain dari satar dan otak-otak, konsep stall di sini memberi korang semua pilihan makanan yang pelbagai. Tapi sebab kami pegi pagi, tak banyak gerai yang bukak lagi dalam ni, rasanya diorang target petang

Jenis otak-otak, tapi kami makan otak-otak ikan saja... tak try yang lain-lain pulak, but InshaAllah next time

     Sementelah kami berada di Kuala Kemaman, kami mencari stok keropok keping untuk dibawa pulang. Jangan risau, terdapat banyak kedai menjual keropok kering ni di sepanjang jalan dan boleh je pilih mana-mana ikut selera masing-masing (ada tester, jangan risau). Kami meneruskan perjalanan menuju ke Cherating kerana kami perlu check in di Club Med pada jam 1500pm... Tak sabarnya nak makan kat Club Med!!! Memang food heaven!!!! Nantikan entri part 2 sis... Soon...




Sunday, 18 August 2019

Mentari Korea: Seoul Finale - Sepasang Laki Bini di Pinggir Myeongdong

*Gambar credit to encik suami. Diambil dari puncak Namsan Tower

Myeongdong, Seoul: 30 Oct 2018 (Day 10)


     Alhamdulillah, kami touched down dengan selamat di Gimpo Airport lebih kurang jam 1530pm. Boleh tahan cantik airport dia walaupun boleh dikira sebagai airport kedua di Seoul selepas Incheon Airport. Untuk finale Seoul ni, time ni adalah untuk kami shopping all out kononnya dan melakukan beberapa baki aktiviti di bandaraya Seoul dan kerana itu kami (aku sebenrnya hohoho) mengambil keputusan untuk menginap di Myeongdong! Kalau sesiapa yang kenal rapat dengan aku memang tau la betapa sukanya aku mencari accommodation yang within walking distance dengan apa main activities yang aku nak buat. Aku menempah baki 3 malam kami di Korea di K-Guesthouse Myeongdong, yang betul-betul hanya turun lif untuk masuk ke lorong membeli belah yang terkenal tersebut. Kelebihan lain adalah hanya 5 minit berjalan kaki ke subway station Myeongdong (main road yang ada bangunan North Face yang besar tu), dan opposite North Face tu merupakan bus stop untuk airport shuttle bus dan di depannya adalah bus stop untuk Hop On-Hop Off bus. Jalan kaki lagi sikit merentasi bangunan North Face tu, akan sampai la kita di Kampungku Malaysian Cuisine Restaurant! Haaaa kan! Betapa conveniencenya accommodation yang aku cari ni. Eh, melalut pulak sampai ke sini. Lupa pulak kisah di airport belum settle lagi hehehe. Dari Gimpo Airport, ada beberapa option untuk ke Seoul City. 1. Naik teksi - paling mudah untuk sesiapa yang malas nak pikir apa-apa, cuma sediakan duit aje. 2. Airport shuttle bus - kami consider yang ni mula-mula, tapi lepas baca review betapa susahnya nak dapat bas ni sebab dia lalu Incheon dulu baru ke Gimpo, and kebarangkalian sangat tinggi yang bas ni sesak & ramai. 3. Naik AREX - akhirnya kami putuskan untuk menaiki tren saja sampai ke Seoul City, dan kemudiannya salin subway untuk ke Myeongdong. Sampai di Myeongdong Station, agak struggle jugak kami mula-mula sebab terdapat beberapa K-Guesthouse kat situ dan nombor mengikut lorong, di mana kami tersalah guesthouse mula-mula, namun dengan bantuan pekerja guesthouse tersebut kami berjaya menjumpai guesthouse kami. Selepas selesai urusan check in, kami diberi kunci bilik kami. Nasib baik guesthouse ni ada lif, takdelah sengsara memikul beg nak panjat tangga. Masuk je bilik, tergamam seketika jugaklah sebab kecik nau bilik dia! Tapi akhirnya kami akur yang kami membayar harga untuk lokasi yang strategik. Nasib baik encik suami tak banyak ragam sangat, sebab memang bilik adalah semata-mata untuk tidur, mandi & solat kerana kebanyakan waktu memang akan spend di luar kan?

Bilik comel kami. Aku amik gamba tu depan pintu masuk ye

     Selepas kami solat, terus meluncur keluar sebab perut dah berkeroncong sangat otak tak boleh nak memikir dah. Apalagi, kami bukaklah map untuk menuju ke restoran Kampungku Malaysian Cuisine yang hanya terletak dalam beberapa ratus meter je dari guesthouse kami. Kami berjalan mengikut arah yang ditunjukkan oleh map dan di main road ni memang ramai aku jumpa orang-orang kita, tapi bila aku pandang dan senyum semua buat aku ni macam halimunan. Okay!!! Whateverrrr!!! Kami melalui lorong dan kelihatan beberapa restoran oink oink yang display kepala terus kat depan restoran diorang hohoho.... Akhirnya tiba jugak kami dan kononnya nak order nasi lemak la apa la tapi kami diberitahu yang makanan Malaysia hanyalah sampai jam 6pm sahaja... Tapi nasib kami baik tinggal lagi 1 portion nasi lemak, so encik suami pun orderlah. Aku order nasi putih je dengan ayam goreng Korea. Boleh tahan sedap ayamnya. Harga sana standardlah dlm KRW 24K tak salah. 

Lunch cum dinner kami

     Selepas makan, 1st round kami meronda Myeongdong Street untuk shoppingggg!!! Tak banyak aku nak terangkan pasal shopping ni, semua orang pun tau kan cara-cara nak shopping ni, so aku share gambar jelah ye. Malam ni Halloween Eve, so banyaklah deco berasaskan Halloween kat kedai-kedai Myeongdong ni dan kebanyakan kedai memberikan extra diskaun sempena menyambut Halloween. Kami tak sambut Halloween tapi kami sambut diskaunnya!!! Lepas shopping, kami naik atas untuk tido...


Lets shoppingggg!!!

Dia dah mula dahhhh...

Myeongdong Street

Orang kita ada di mana-mana

Ni namanya rambang mata

Masih lagi misi mencari kasut

Saya takmoh bergamba, saya moh kedai kasut... kata encik suami

Saja try sementara... (sila lihat sambungan di bawah)

Tunggu orang ni belek kasut!

Misi mencari stoking

Sedap wehhh


Myeongdong, Seoul: 31 Oct 2018 (Day 11)

     Harini, kami nak naik bas Hop On-Hop Off mengelilingi bandaraya Seoul ni. Yelah, kami tak sempat nak cover semua tempat kan, so at least dari atas bas kami boleh cover melihat pemandangan bandaraya Seoul ni. Kami breakfast di guesthouse, dan seperti biasa, telur disediakan dan kami perlu masak dan mencuci sendiri. Cantik dan hipster pantry guesthouse yang terletak di basement bangunan. 


Pantry 

Scrambled eggs, roti & cereal

HoHo Stop

Lepas makan kita jalannn!!! Bus Stop untuk HOHO bus ni cuma di sebelah bangunan The North Face tu... Tunggu je bas kat situ nanti dalam setiap 30 minit (tak salah aku la) bas merah tu akan sampai. Beli tiket dengan driver & jalannn


     Kami menaiki HoHo bus dan destinasi pertama kami adalah Namsan Tower. Sebenarnya banyak je option nak ke N Tower ni, pakai subway boleh, jalan kaki boleh, naik cable car boleh, tapi disebabkan bas ni pun lalu naik atas, so tak payah nak menyusahkan hidup kita turun je la kat situ. Kami menaiki tower tersebut dan tiket telah aku beli lebih awal melalui Klook. Harga untuk naik ke N Tower sahaja adalah RM24 per pax. Ada beberapa option tiket yang pakej sekali dengan makanan la, Hello Kitty la etc tapi aku tak berminat dengan benda-benda tu. Kami tiba di bus stop N Tower dan kelihatan banyak bas awam di situ. Dari bus stop, kita perlu mendaki sikit untuk ke N Tower, mengah jugaklah aku, tapi nasib baik angin sejuk dan nyaman. Sambil-sambil tu, kita boleh melihat pemandangan bandaraya Seoul from the bird's eyeview katanyaaaa... Memang cantik.  Kami ambik shortcut sikit dengan menaiki elevator yang ada dan terus ke kaunter tiket. Agak bodoh gak aku, selepas menunjukkan e-ticket dari phone aku, staff ticket kata aku boleh redeem melalui mesin yang disediakan kat entrance dia. Aku pegi mesin tu tapi tak paham hohoho. Ada couple Pinoy pun confuse macam kami dan apa ntah yang dia tekan ada keluar barcode no. So minah ni tekanlah satu-satu nombor yang ada pada barcode e-ticket dia dan aku pun hampir buat macam tu. Tapi, lepas tu nasib baik aku ada terbaca option untuk scan barcode... Hahaha hulur je barcode kat handphone tu untuk di scan rupanya! Bila minah Pinoy tu nampak aku buat macam tu, dia pun tergelak-gelak dengan boyfriend dia di atas kengok ngekkan dia menaip satu-satu nombor barcode tu. Aku sengih je kat dia sebab aku tau, aku pun hampir ikut dia buat macam tu hohoho. Dapat print tiket kami, kami terus ke entrance dan tiket kami di scan oleh pekerja yang standby di dalam. Kami dibawa menaiki lif untuk ke tingkat puncak tertinggi tower tersebut. Lif tu memang laju sampai pekak sikit la telinga kami. Kami sampai agak awal so walaupun orang ramai, tapi takdelah sesak sangat. Kami menikmati pemandangan bandaraya Seoul dari tingkap sekeliling ruang tinjau dan jugak... errrr... tandas! Harap orang kat bawah tak nampaklah aktiviti melepas kami-kami yang ada kat atas tu hahaha. Enjoy gambar-gambar kami!

Seoul dari pandangan mata beburung

Untuk memori

Namsan Tower

Seoul from puncak

Soon... The original TSR... soon...

Yang ni pun soon... Naseb baik ada kawan kat Brazil... Tinggal nak kumpul duit flight je ni...

Fokus sebenar encik suami... minah orang kita kat belakang aku tu. Katanya cun... ehhhhh

Berseni kata tukang amik gambo ni

I'm watching you watch over meee... masa membuang... Tandas dia memang meragukan owh...


     Selepas tu kami turun dan sesi berposing kat 'mangga cinta' (love lock ke hapa ntah) tapi idokle kami memanggai cinta kami! Daripada beli mangga cinta tu baik aku beli mangga betul buat makan!

Aku & mangga cinta

Ramai sungguh insan bercinta

Ok last!

Ni kat taman bawah N Tower

Hahaha fefeeling sangat kannn

     Selepas puas round area N Tower ni, kami menunggu bas untuk ke destinasi yang seterusnya. Kami ke Dongdaemun untuk ke Dongdaemun Market. bus stop HoHo betul-betul berhenti di depan Dongdaemun Design Plaza dan terdapat art gallery di situ. Kami tak masuk pun, cuma melihat-lihat je sekitar situ. Kami melintas jalan dan terdapat sebuah shopping mall betrentangan plaza tersebut. Kami terus menyelusuri lorong-lorong dan akhirnya berjumpa dengan market tersebut. Terdapat sebuah istana di situ, tapi sebab kami dah sepakat nak masuk 1 je istana dalam banyak-banyak istana di Seoul ni, makanya kami skip istana tersebut. Dongdaemun market ni besar dan mempunyai department tersendiri. Maksudnya, kalau Dept atau blok tersebut jual topi, maka topi je yang kita akan jumpa kat situ, begitu juga baju dan lain-lain. Kami tak berapa berminat nak shopping kat dalam tu, sebab kebanyakan pekedainya sombong. So kami memutuskan untuk shopping di Myeongdong saja. Tapi encik suami sempat gak beli satu topi dari salah satu kedai, sebab orang dia oklah walaupun tak berapa mesra. 

Dongdaemun Design Plaza

Amikla sekeping gamba

Jadual bas

Jalan-jalan cari pasar

Topi Dept

Lorong Dongdaemun

Memang gerammmm je tengok

Macam dalam drama Korea. Hanya boleh dilihat, tak boleh dimakan huhuhu

Sambil menunggu bas

Mall kat depan bus stop

     Next destination adalah Gyeongbokgung Palace. Inilah satu-satunya istana yang kami masuk, sebab tak rajin kami nak pegi semua istana. Pilih yang terbesar dan terbaik, yang penting free hahaha. Kenapa aku kata free? Aku share tips. Selain daripada korang sewa hanbok KRW 20K ke apa ke dan dapat masuk percuma, korang juga boleh dapat masuk free pada setiap hari Rabu minggu terakhir setiap bulan. Paham kan maksud aku? So kebetulan pada hari ini adalah hari Rabu, 31 Oktober 2018, yang merupakan minggu akhir bagi bulan Oktober, makanya its FREEEEEE!!!! Selain daripada sebab free, aku pilih istana ni sebab ianya merupakan lokasi penggambaran drama Goblin (walaupun aku baru je tengok drama ni bulan puasa baru ni je hohoho). Kami meluangkan masa dalam 2 jam lebih jugak kat dalam ni sebelum kami menggoogle mencari kedai makan yang terletak dalam 700 meter lebih katanya dari istana iaitu Halal Kitchen. Walaupun beberapa ratus meter je, tapi nak jalan menaik bukit tu adalah cabarannya. Kedai makan tersebut diusahakan oleh Korean yang beragama Islam dan speciality nya adalah beef bulgogi. Memang terliur wei bila baca review dan gigih kami mencari kedai makan tersebut. Sampai je, dah terpancar wajah kegembiraan di muka kami yang amat kelaparan tetapiiii!!! Kedai tersebut ditutup sementara untuk owner dan staffs berehat dan bersolat. Time rehat mereka adalah dari jam 1500pm sehingga 1700pm. Kami cuba merayu nak makan sebab time masa tu adalah 1515pm dan bagi kami sedikit kelonggaran sebab dah penat sampai ke situ tapi owner say sorry dan minta kami datang balik pukul 1700pm. Memang kecewa. Rasa nak nangis pun ada, nak marah pun ada. Tapi sebab memikirkan diorang tutup tu sebab nak solat, takkan aku nak marah orang nak berenti solat kan? Maknanya kami memang takde rezeki untuk makan di kedai tersebut dan terpaksa redho. Dengan perasaan kecewa, kami singgah di convenience store untuk membeli air sambil makan sisa bekalan biskut Oreo kami untuk lapik perut. Encik suami ajak tunggu bas untuk balik je ke Myeongdong dan pegi makan di Kampungku saja. Oklah. Tapi nak jadi hal lagi, jalan jem teruk sebab orang dah start balik dari keje dan kami hanya sampai hampir jam 1800pm. Singgah bilik sebentar untuk solat dan kami terus ke Kampungku. Kali ni kami decide untuk makan Budae Jjigae (Army Stew) dan jugak ayam goreng Korea. Balik makan, sekali lagi round shopping dan window shopping huhuhu...

Kami jumpa ramai prince & princess kat sini yang ber hanbok

Juga berhadapan dengan istana

Aku selepas berlakunya satu insiden yang terpaksa dirahsiakan kisahnya hohoho sadis nauuu

Me & my zodiac sign

Encik suami & zodiac sign dia

Kita meng Goblin sementarrrr

Gamba dah cantik fefeeling skali ada tong pemadam api la pulakkkk

Orang istana

Hanya melihat dari cermin saja. Pakarnya encik suami amik gamba macam real depan mata

Sis pun pandai amik jugak nampak real

Yang ni sis amik hohoho

Nak amik gamba ambiance kedai je, tapi tak boleh elak ada orang dalam gamba. Harap halal ye...

Menu

Budae Jjigae (Army Stew)-ramen yang mempunyai pelbagai lauk pauk dalam ni seperti telur, sayur sosej, rice cake dan... macam-macamlah sis lupa

Stew & ayam guringggg


Myeongdong, Seoul: 1 Nov 2018 (Day 12)


    Harini merupakan hari terakhir kami nak buat apa-apa seperti shopping, berjalan & jugak makan makanan yang diingini. Makanya pagi-pagi masa kedai baru bukak je, akhirnya aku membeli sepasang kasut untuk diri sendiri setelah berpikir selama 3 hari 2 malam. Aku memang kena menimbangtara sebab memang niat nak beli 1 kasut saja dan aku akhirnya memilih kasut yang aku memang nak dari sebelum sampai Korea lagi iaitu Vans X Van Gogh Limited Edition. Cuma yang membuat aku mengambil masa yang lama sebab corak dan jenis yang aku nak tu dah takde, cuma ada limited choices dan kasut hi-cut: which is aku tak berapa suka sangat. Tapi selepas kena racun dengan encik suami, aku decided beli aje hehehe. Kemudian, hantar balik kasut aku ke bilik dan kami berjalan-jalan sekitar Myeongdong dengan melawat mall pulak. Kami masuk ke Shinsegae, mall apa lagi ntah tak ingat untuk mencari t-shirt kanak-kanak. Selepas tu, kami ke Osulloc untuk aku mencuba minuman dan kek berasaskan green tea. Sebelum sis kena kecam, sayugia diberitahu bahawa sebelum masuk ke sini, sis dah refer beberapa post dan beberapa page Muslim Travel Agent dari Malaysia yang ada membawa customer mereka datang makan di sini, so berdasarkan maklumat tersebut maka sis confident. So pesanan aku, eat at your own discretion. Malam kami makan kali terakhir di restoran rasmi kami, iaitu Kampungku dan sebab sis masih kenyang dengan green tea yang overload siang tadi (aku terpaksa menghabiskan portion encik suami sebab dia tak suka green tea), maka malam ni sis makan ramen, manakala encik suami order nasi bulgogi dan ayam guring. Sambung lagi sisa-sisa shopping di malam terakhir kerana kami perlu check out awal pagi untuk ke airport kerana flight kami untuk pulang ke Malaysia adalah pada jam 0935am...

Akhirnyaaa beli kasutttt

Jom jalan!

Suami dan buzzer hijau

Semuanya serba green tea

Ini kedainya. Di salah satu lorong di Myeongdong Street

Ada orang itewww dapat kasut 2 pasang

Jadik PS adik jap

Kampungku Restorante. Dan sebelah dia bakal (ataupun dah) buka supermarket halal

Dinner kami sebelum babai

Meraikan kemeriahan Myeongdong di malam akhir

Sempat merasa Egg bread ni

Antara hasil tangkapan. Stoking cantik-cantik, comel-comel dan murah


Myeongdong - Incheon - KUL: 2 Nov 2018 (Day 13)

     Babai Korea!!! See you when we see you!!! Kami bangun awal pagi untuk mengambil bas jam 0445am, kami taknak ambik risiko pegi pukul 5 lebih sebab kami nak drop pocket wifi kat kaunter. Bas airport melalui Myeongdong pada jam 0445am, dan jam 0430am kami dah keluar check out. Agak sunyi pagi tu dan kami terserempak dengan orang gila yang merayau-rayau di pagi yang hening tu. Cuak gak la kami. Sesampainya kami di bus stop, bas memang dah standby dan selepas menyimpan beg dan membayar tambang sebanyak KRW 15K per pax, kami bergerak dalam lebih kurang jam 0500am. Perjalanan ke airport mengambil masa dalam 1 jam 30 minit jugaklah dan Alhamdulillah kami sampai ke airport dan seterusnya selamat sampai ke Malaysia.... Tamat sudah kisah Korea kami dan InshaAllah... Nantikan entri #GoLocal sis ya!!!

Jadual bas yang kami sempat amik gamba

Bye-bye Korea!!!!