Wednesday 21 August 2019

#GoLocal PataTimo Part 1: Makang-Makang di Kemamang





































KUL - Kemaman: 5 March 2019 (Day 1)

     Ini merupakan percutian ad-hoc kami suami isteri. Biasalah, bila si isteri tension, mulalah nak buat plan pegi sini sana. So, aku tanyalah encik suami bulan bila boleh bercuti, sebab aku cuma nak 4 hari 3 malam je dari dia... Dan kemudiannya aku yang decide untuk bawak encik suami merasa duduk di Club Med, di mana kami tak perlu pikir pun pasal makan, minum, aktiviti dan sebagainya. Bayar & nikmati saja servicenya! Sebenarnya, aku dah 2 kali ke Club Med Cherating, tapi semua tu atas sebab company team building, so aku tak merasa percutian santai yang pure kat sini. Kebetulan pulak wedding anniversary kami pada bulan Februari, jadi ni kira belated celebration la untuk kami. Memandangkan kami ke pantai timur, maka aku telah mula planning mau makan di mana hehehe...

     Kami bertolak menuju ke pantai timur pada jam 0900am, selepas waktu pejabat. Sekurang-kurangnya tak teruk sangat jem time ni. Alhamdulillah perjalanan agak smooth dan kami akhirnya merentasi terowong Karak dan secara rasminya kami dah menjejak ke Pantai Timur!!!! Ok, untuk pit stop pertama siri JJCM kami adalah PATIN TEMPOYAK! Kami tak masuk pun pekan Temerloh sebab taknak membuang masa sangat, kami hanya singgah di R&R Temerloh yang jugak ada menjual patin tempoyak. Boleh tahan jugak patin tempoyak di sini. So brunch kami hari ini adalah nasi dan patin tempoyak. Tips kedai: cari gerai yang kat hujung belah kanan, lupa nama kedai, but rasa dia better dari kedai-kedai lain.

Tadaaaa

     Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Kemaman. Kami singgah di Kuala Kemaman dulu dalam usaha mencari satar. Atas cadangan kawan, kami mencuba satar dan otak-otak di Warung Otak-Otak Che Wan Kuala Kemaman. Kami order keropok lekor, satar dan otak-otak ikan tenggiri. Rasa dia? Hmmmm... Boleh tahan, tapi aku pernah makan yang lebih sedap dari sini. Tu je aku boleh review...

Kopok lekor, satar & otak-otak

Satar close up

Otak-otak close up


     Kami sampai di Kemaman dalam jam 1400pm. Kami bakal tido 1 malam di Riverine Garden Hotel, Chukai. Aku booked via Agoda dengan harga RM95.13 untuk Deluxe Twin River View. Korang boleh try duduk di sini, berhadapan dengan sungai, hanya walking distance dengan pasar Kemaman dan beberapa langkah ke Hai Peng Kopitiam. Yelah, tujuan memang nak makan kan kat sini, so memang kena berada dalam lingkaran kawasan pemakanan. Selepas check in, berehat sebentar dan solat, kami ke Hai Peng Kopitiam. Memang dah lama aku mengidam kopi dan roti Hai Peng ni! Lama dah tak pegi ke pantai timur ni. 

Hai Peng Kopitiam yang hanya beberapa langkah dari hotel kami

Kopi dan roti bun

     Selepas makan, kami merayau di sekitar kawasan situ. Kami masuk kedai bundle la, kedai jam la, supermarket la kat situ. Aku suka bandar Chukai ni sebab dia berasa antik, tenang dan tak berserabut sangat. Kebanyakan kedai dimiliki oleh orang-orang lama, so look & feel dia macam pekan kampung.

Encik suami tengah menyelam bundle

Baju kucing reggae ni mengingatkan aku pada Cumi... Winduuuu

Bus station Kemaman - ni pulak mengimbau kenangan aku masa belajar dulu. Yes! Sis ex-UiTM Dungun dulu. Pernah naik bas lompat-lompat dari Dungun ke KL sampai demam. Sini adalah salah satu pit stop untuk amik bas ke Kuantan

Kedai jam ni antik

Kisah seorang tukang kasut

     Kami pulang ke hotel kami dan menunggu selepas waktu Maghrib untuk pergi dinner pulak. Sebenarnya Kemaman ni ada 2 tempat makan yang aku wajib pergi dari berbelas-belas tahun yang lepas iaitu Hai Peng Kopitiam & Tong Juan Seafood Restaurant. Ya, kedua-dua kedai ini dimiliki oleh orang Cina tempatan, tapi kedua-dua kedai ini merupakan kedai yang dikunjungi oleh orang tempatan dan luar dari pelbagai bangsa. Dan di sini juga, aku ingin katakan Eat At Your Own Discretion, sebab aku boleh dikatakan biasa makan di kedua-dua kedai ni berbelas tahun jugaklah. Harap jangan kecam kalau anda tidak berminat untuk makan di kedai-kedai yang disebut (Peace!!!)

     Di Tong Juan, menu biasa yang akan aku order adalah stuffed crab, nasi goreng Cina dan sayur, tapi untuk kelainan kali ini kami order stuffed crab (wajib sebab memang specialty Tong Juan), oyster omelette, chilli sotong dan nasi goreng Cina. Kami enjoy setiap jenis makanan sampai kenyang.

Stuffed crab

Chilli sotong

Nasi goreng Yong Chow/Cina

Oyster omelette

Semua di satu meja!

Inilah isi ketam di dalam stuffed crab

Kenyang perut, merayap cari Coke & balik bilik. Inilah hotel kami

Hotel ni kecik je tapi bagi kami sangatlah selesa. Ni lobi dia

Sebab bilik kami tingkat 1 je, kami pun malaslah nak naik lif


Kemaman: 6 March 2019 (Day 2)

     Selepas subuh kami terus bangun dan bersiap-siap nak mencari sarapan! Disebabkan lokasi hotel kami sangat strategik untuk kesemua tempat makan yang kami dah rancang (within walking distance) kami memang tak drive langsung bila dah start check in di Riverine Hotel ni. Kami berjalan kaki menuju ke tempat favourite kami dan orang tempatan: Pasar Pagi!!! Kami mencari nasi dagang di warung-warung tapi tak tau kenapa macam dah tak wujud je. Aku teringat aku pernah makan nasi dagang sedap di pasar tapi dalam 5 tahun lepas la kot, tapi tak terjumpa pulak. Akhirnya kami pergi je ke salah satu warung dan kami mengorder laksam sebagai makanan breakfast kami yang pertama (eh!). Sedap laksamnya, tapi agak cair, mungkin kerana kami agak terlambat sampai la kot (walaupun baru pukul 9 pagi macam tu je) dan mereka menambah air dalam kuah tu.

Kami tiba di Pasar Besar Chukai! Hanya 10 minit berjalan kaki dari hotel

Bahagian makanan tapau/kuih muih

Kami menuju ke bahagian warung yang terletak di belakang pasar basah

Pasar basah

Sederet warung ada terdapat kedai buah-buahan tempatan

Rambang mata nak pilih warung. Semua ramai

Akhirnya kami memilih warung ni sebab dia ada laksam. Kami dapat tempat duduk paling belakang sebab semua warung penuh

Laksam kami

     Selepas menikmati laksam kami, masih lagi aku nak mencari nasi dagang! Gilo apo datang Ganu dok makang nasi dagang! Pastu aku ada teringat kakak ex-UiTM aku suggest untuk try Kedai Kopi Kemaman, so kami lintas jalan menuju Kedai Kopi Kemaman yang terletak di seberang jalan berhadapan pasar. Aku jenguk kedai tu cari nasi dagang (sebab kat Hai Peng pun ada nasi dagang orang tempatan hantar) dan yes!!! Ada nasi dagang jongkong tuh! Kami order kopi dan aku dengan penuh perasaan pegilah ambik nasi dagang tu. Craving satisfied!!!

Baca Jawi betul-betulllll

Kupi ais + nasi dagang

Wallahhhhhh!!!!

Gambar kenangan makanan sebelum dimakan

Kami jugak try roti bakar. Not bad

Rupa dalam kedai

     Kami check out lebih kurang jam 1100am, sebab kami masih tak berpuas hati dengan satar yang kami makan semalam. So kami kembali ke Kuala Kemaman, dan kali ni aku pegi je kat tempat viral kata diorang iaitu Aziz Satar! Sebenarnya Aziz Satar ni banyak branch, tapi aku just mengikut instinct aku je pilih salah satu kedai dan Alhamdulillah kami tak tersalah pilih kedai! Lebih sedap berbanding semalam dan kami order satar, otak-otak dan ais jagungggg (fav aku masa duduk Dungun, ais jagung Terengganu ni hantu dia lain machiammm). Puas hati dapat makan yang sedap di tekak kami ni.

Tadaaaa

Encik suami menikmati ais jagunggg

Selain dari satar dan otak-otak, konsep stall di sini memberi korang semua pilihan makanan yang pelbagai. Tapi sebab kami pegi pagi, tak banyak gerai yang bukak lagi dalam ni, rasanya diorang target petang

Jenis otak-otak, tapi kami makan otak-otak ikan saja... tak try yang lain-lain pulak, but InshaAllah next time

     Sementelah kami berada di Kuala Kemaman, kami mencari stok keropok keping untuk dibawa pulang. Jangan risau, terdapat banyak kedai menjual keropok kering ni di sepanjang jalan dan boleh je pilih mana-mana ikut selera masing-masing (ada tester, jangan risau). Kami meneruskan perjalanan menuju ke Cherating kerana kami perlu check in di Club Med pada jam 1500pm... Tak sabarnya nak makan kat Club Med!!! Memang food heaven!!!! Nantikan entri part 2 sis... Soon...




No comments:

Post a Comment