Jeju Do: 27 Oct 2018 (Day 7)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam sambungan entri aku yang kini telahpun selamat sampai di Jeju (iyolah tu). Penerbangan kami dari Gimhae Airport ke Jeju dengan menaiki Jeju Air memakan masa lebih kurang 1 jam. Ini bermakna, kami sampai di Jeju pada jam 2030pm, memang dah gelap gelita la... Di Jeju, kami akan memandu sendiri kereta yang kami dah booking sejak dari Malaysia. Kami menyewa kereta dengan reliable company iaitu Lotte Rent A Car. Hanya perlu menjadi ahli, kita akan mendapat potongan harga sehingga 60% (walaupun aku rasa itu standard harga untuk semua car rental company di Jeju). Tetapi, kereta akan hanya diambil keesokan pagi, disebabkan encik husband sememangnya kurang gemar nak memandu malam, expecially kat tempat yang kami tak familiar. Daripada sesat larat malam-malam buta nak drive cari guesthouse kami, so itulah arrangement yang kami buat masa booking. Kami mengambil teksi untuk ke guesthouse yang terletak di bandar Jeju dan mak aihhhh panjangnya beratur nak tunggu giliran!!! Kami perlu menunggu dalam 30 minit jugaklah untuk mendapatkan teksi dan berpandukan screenshot nama guesthouse dan map dalam Bahasa Korea, pemandu teksi membawa kami tiba ke destinasi dengan selamat dan tanpa sesat. Di Jeju, kami menginap di Yeeha Guesthouse, iaitu salah satu guesthouse yang mendapat recommendation yang baik dalam Booking.com, Agoda dan yang seangkatan dengannya. Kami disambut oleh pekerja yang sangat fasih berbahasa Inggeris dan tak silap aku namanya Charleen. Charleen menerangkan secara ringkas mengenai guesthouse, do & don'ts dan jugak tentang breakfast. Charleen juga menunjukkan cupboard Muslim friendly kepada kami dan terdapat tinggalan makanan segera seperti Maggi (confirm dari Malaysia sebab Maggi kari & tomyam hahaha), sup Campbell dan macam-macam lagi. Charleen kata kami boleh ambik je makan, so oklah, kalau lapar turun je pegi pantry hahaha. Setiap pagi, mereka akan sediakan roti, susu, juice, coffee/tea dan juga 1 tray telur yang telah ditetapkan hanya 2 biji bagi setiap customer. Telur perlu dimasak sendiri di dapur yang disediakan, so sukati korang la nak buat scramble egg ke, telur mata ke, hatta mau makan mentah sekalipun, sorang 2 biji sahaja ye... Kami juga diberitahu setiap jam 2000pm akan ada Happy Hour, di mana kami dapat complimentary juice ataupun beer dalam masa 1 jam. Kami? Of course la ambik juice hahaha. Kami diberi kunci bilik dan bilik kami berada di tingkat 2. Sayugia diingatkan bahawa guesthouse ini tidak mempunyai lif kerana hanya 3 tingkat sahaja, so kita terpaksa mendaki tangga la ye... Kami juga sempat bertanya di mana convenience store yang berhampiran sebab nak beli nasi microwave, lapar yang amat dah kami ni... Selepas letak beg, kami turun semula dan berjalan kaki menuju ke convenience store favourite kami iaitu GS25 yang terletak kira-kira 200 meter dari guesthouse kami. Gigih kami menjinjing juice, nasi 3 pek (promo 3 pek nasi) dan juga pisang dan singgah sebentar di pantry untuk panaskan nasi. Sekali.... Tengok kat rak jualan guesthouse ada dijual nasi microwave ni! Harga sama pulak tu! Cehhhh betul! Selepas perangat nasi di microwave, kami naik ke bilik dan makan bersama bekal bilis dan acar buah kami, bermandi manda, solat dan terus tidur...
Jeju Do dari udara. Sampai sudah akhirnya!!!
Encik suami & orang belakang tu gaduh ke apa?
Bilik kami di Yeha Guesthouse. Memang basic, tapi lantai dia ni ada pemanas kot? Panas je bila jalan atas tu
Jeju Do: 28 Oct 2018 (Day 8)
Selepas Subuh, kami terus bersiap-siap dan aku turun dulu ke pantry untuk menggoreng telur dan juga menyiapkan sarapan pagi. Encik suami turun kemudian dan kami menikmati sarapan kami secara segera kerana kami nak mengambil kereta sewa kami. Kami mengambil teksi dan meminta driver menghantar kami kembali ke Airport. Harga tambang dari guesthouse ke airport adalah lebih kurang KRW4k. Sampainya kami di airport, kami terus menuju ke kaunter Lotte Rent A Car dan menunjukkan booking nombor kami. Selepas pengesahan, pegawai kaunter menyerahkan sehelai kertas kepada kami dan mengarahkan kami untuk menuju ke perhentian bas mereka yang berada bertentangan dengan airport. Kami mengikut arah jalan yang dinyatakan di atas kertas yang diberikan dan tiba di sebuah kawasan parking khas untuk bas. Terdapat banyak bas yang disediakan khas untuk mengambil penyewa dan setiap terminal dikhaskan untuk certain company. Kami menuju ke terminal Lotte dan bas sudahpun tersedia di situ. Kami menunggu beberapa minit lagi untuk bas bergerak dan sambil menunggu penumpang lain, kami disajikan dengan iklan kucing di tv bas. Berkesannya iklan kucing ni terhadap kehidupan aku sampai aku sanggup cari dalam Youtube tau! Comel je tengok kucing tu keras je dalam kotak yang digerak-gerak dengan lagu yang catchy. Siap disediakan lirik lagu iklan lagi. Perjalanan dari airport ke Lotte Rent A Car Service Center memakan masa kira-kira 10 minit perjalanan. Kami tiba di di situ lebih kurang jam 1030am dan terus mengambil nombor. Ketika proses registration, kami diberitahu yang duit kami akan dipulangkan sebanyak lebih kurang 30% dari total sewa kerana kami ambil kereta lambat. Mula-mula aku dengar kami yang kena bayar lebih sebab ambik kereta lambat, sekali lagi dia ulang refund! Alhamdulillah, jimat duit kami. Tapi disebabkan aku membayar sewa kereta melalui kad kredit (awal-awal diorang dah tolak masa kami booking kereta), makanya duit refund itu akan kembali dalam kad kredit aku. Kami dibawa ke sebuah kawasan yang mempunyai beratus-ratus kereta dan kami diberikan sebuah kereta Kia Morning, lebih kurang macam Viva la saiz dia. Tapi cukuplah untuk kami berdua je untuk bergerak ke mana-mana kan? Kereta diberi dengan minyak full tank, dan kereta harus dipulangkan dalam keadaan sihat dan full tank jugak. Pekerja Lotte memberi sedikit penerangan mengenai penggunaan kereta dan juga GPS dalam Bahasa Inggeris yang agak pelat tapi masih boleh difahami. Settle ambik gambar dan inspection, maka kami pun mengeset GPS kami untuk eksplorasi ke East Jeju pada hari ini. Destinasi kami bermula dengan Manjanggul Cave, diikuti dengan Seongsang Ilchubong dan Seopjikoji. Tidak banyak tempat kami nak kejar pergi kerana nama pun trip santai-santai aje. So aku pilih tempat yang aku rasa aku nak pegi je hehehe. Penggunaan GPS dalam Bahasa Inggeris amatlah bagus dan kami tidak mengalami sebarang kesesatan sepanjang berada di Jeju Do. Set pegi parking terus, ke parking lah GPS menghantar kami. Jalanraya pun cantik dan smooth dan encik suami tidak mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri memandu di bahagian kiri. GPS juga dilengkapi dengan tanda amaran hadlaju dan traffic light, so kalau terlebih hadlaju ataupun berada di kawasan melintas dan traffic light, bunyi seperti alarm akan keluar memberi amaran supaya berhati-hati dan mematuhi hadlaju yang ditetapkan (tapi korang rasa encik suami ai ikut ke??? Mula-mula je ikut, pastu dia bosan sebab tak boleh laju hahaha). Aku takde penerangan lebih pasal perjalanan so aku share je gambar-gambar tempat yang kami pergi pada hari ke-2 kami di Jeju.
Time ni la sis kena stalk tu
Jeju Do: 29 Oct 2018 (Day 9)
Selepas Subuh, kami terus bersiap-siap dan aku turun dulu ke pantry untuk menggoreng telur dan juga menyiapkan sarapan pagi. Encik suami turun kemudian dan kami menikmati sarapan kami secara segera kerana kami nak mengambil kereta sewa kami. Kami mengambil teksi dan meminta driver menghantar kami kembali ke Airport. Harga tambang dari guesthouse ke airport adalah lebih kurang KRW4k. Sampainya kami di airport, kami terus menuju ke kaunter Lotte Rent A Car dan menunjukkan booking nombor kami. Selepas pengesahan, pegawai kaunter menyerahkan sehelai kertas kepada kami dan mengarahkan kami untuk menuju ke perhentian bas mereka yang berada bertentangan dengan airport. Kami mengikut arah jalan yang dinyatakan di atas kertas yang diberikan dan tiba di sebuah kawasan parking khas untuk bas. Terdapat banyak bas yang disediakan khas untuk mengambil penyewa dan setiap terminal dikhaskan untuk certain company. Kami menuju ke terminal Lotte dan bas sudahpun tersedia di situ. Kami menunggu beberapa minit lagi untuk bas bergerak dan sambil menunggu penumpang lain, kami disajikan dengan iklan kucing di tv bas. Berkesannya iklan kucing ni terhadap kehidupan aku sampai aku sanggup cari dalam Youtube tau! Comel je tengok kucing tu keras je dalam kotak yang digerak-gerak dengan lagu yang catchy. Siap disediakan lirik lagu iklan lagi. Perjalanan dari airport ke Lotte Rent A Car Service Center memakan masa kira-kira 10 minit perjalanan. Kami tiba di di situ lebih kurang jam 1030am dan terus mengambil nombor. Ketika proses registration, kami diberitahu yang duit kami akan dipulangkan sebanyak lebih kurang 30% dari total sewa kerana kami ambil kereta lambat. Mula-mula aku dengar kami yang kena bayar lebih sebab ambik kereta lambat, sekali lagi dia ulang refund! Alhamdulillah, jimat duit kami. Tapi disebabkan aku membayar sewa kereta melalui kad kredit (awal-awal diorang dah tolak masa kami booking kereta), makanya duit refund itu akan kembali dalam kad kredit aku. Kami dibawa ke sebuah kawasan yang mempunyai beratus-ratus kereta dan kami diberikan sebuah kereta Kia Morning, lebih kurang macam Viva la saiz dia. Tapi cukuplah untuk kami berdua je untuk bergerak ke mana-mana kan? Kereta diberi dengan minyak full tank, dan kereta harus dipulangkan dalam keadaan sihat dan full tank jugak. Pekerja Lotte memberi sedikit penerangan mengenai penggunaan kereta dan juga GPS dalam Bahasa Inggeris yang agak pelat tapi masih boleh difahami. Settle ambik gambar dan inspection, maka kami pun mengeset GPS kami untuk eksplorasi ke East Jeju pada hari ini. Destinasi kami bermula dengan Manjanggul Cave, diikuti dengan Seongsang Ilchubong dan Seopjikoji. Tidak banyak tempat kami nak kejar pergi kerana nama pun trip santai-santai aje. So aku pilih tempat yang aku rasa aku nak pegi je hehehe. Penggunaan GPS dalam Bahasa Inggeris amatlah bagus dan kami tidak mengalami sebarang kesesatan sepanjang berada di Jeju Do. Set pegi parking terus, ke parking lah GPS menghantar kami. Jalanraya pun cantik dan smooth dan encik suami tidak mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri memandu di bahagian kiri. GPS juga dilengkapi dengan tanda amaran hadlaju dan traffic light, so kalau terlebih hadlaju ataupun berada di kawasan melintas dan traffic light, bunyi seperti alarm akan keluar memberi amaran supaya berhati-hati dan mematuhi hadlaju yang ditetapkan (tapi korang rasa encik suami ai ikut ke??? Mula-mula je ikut, pastu dia bosan sebab tak boleh laju hahaha). Aku takde penerangan lebih pasal perjalanan so aku share je gambar-gambar tempat yang kami pergi pada hari ke-2 kami di Jeju.
Menuju kereta sewa
Tadaaaa!!! Kereta kami
Inspection dan penerangan ringkas dari staff
Steady laaa... Macam Pak Maon je dgn baju belang hahaha
Destinasi pertama kami: Manjanggul Cave. Entrance fee - KRW2,000. More info about this cave, boleh klik di sini
Memulakan perjalanan turun ke gua
Kusyuk nau
Gua ke lu?
Agak gelap sebenarnya. Terpaksa diedit lebih untuk lebih jelas
Dalam cave
Aku berada di dalam perut gua yang diiktiraf oleh UNESCO. Batuan yang terbentuk daripada lava gunung berapi yang akhirnya membentuk sebuah gua yang seakan berada di bawah tanah...
Not sure kalau sesuai untuk yang Claustrophobic, sebab gua dia agak luas dan landai. Agak senang untuk berjalan kat dalam ni
Batuan unik
Ada cahaya di hujung gua
Jejaka terhangat di pasaran
Photoshoot session. Kami tak sampai ke hujung pun sebab sejuk nau dalam gua tu
Maskot Jeju Do. Tapi serammm gak patung dia nih
Musim autumn, dedaun mula bertukar warna. Dan juga Jeju terkenal dengan lalang tinggi orang yang sangat cantik. Bersepeh je tepi jalan, berenti ambik je gambar...
...Contohnya macam ni hehehehe
Dapat dilihat kincir sepanjang perjalanan
Jalanraya yang cantik. Memang teringat drama Korea terus
Next!!! Set GPS ke Seongsan Ilchubong. Info? Boleh klik di sini
Seongsang Ilchubong: kawah gunung berapi unik dan juga tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO. Banyak wooo UNESCO iktiraf Jeju ni
Saja nak large gambar ni... Sebab aku suka gambar ni hahaha
Jejaka misteri angaddd
Kenangan bergambar
Mencari arah depan entrance
Kami cuma bergentayangan diluar je tak beli tiket masuk. Sebab?
1. Malas nak mendaki ke puncak kawah
2. Lapar
3. Sebab kami terlepas show makcik2 penyelam yang hebat yang dikenali sebagai Haenyeo... Sedehhhh
Tak dapat tengok makcik penyelam, terus sedeh renung laut
Rentetan dari kesedehan tersebut, kami pun lapar. Terus cari kedai makan. Kat area bawah Seongsan Ilchubong, kat tepi laut banyak kedai seafood. Jalan kaki je... Kami randomly masuk kedai seafood dan kami tak salah pilih kedai. Memang lazat! Kami order Seafood spicy soup with abalone & galchi jorim (hairtail fish yang dibakar). Kimchi & banchan kedai ni merupakan banchan yang paling sedap kami makan.
Close up abalone kami
Ni kedai makcik tu
Peminat Mekdi kah?
Gerai souvenir di sekitar Seongsan Ilchubong
Okeh bebeh! Kami gerak dulu!!! Jom tempat lain pulak!
Last untuk arini. Kami ke Seopjikoji yang terkenal dengan batuan lava (Jeju memang banyak batuan lava) dan lagenda mengenai Raja Naga (tiada kaitan dengan asal usul Dragon Ball). Batuan berwarna hitam dan unik dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Selalu dijadikan tempat penggambaran filem/drama/variety shows
Salah seorang pelakon K-Pop terkenal sedang shooting
Sis ada stalker
Katanyalah... atas tu kepala naga
One for memory
Kat atas tu ada makcik jual seafood bakaq. Sis tengok je la
Sotong bakaq pun ada
Pulang... Marilah pulang...
Malam... Kami berjalan di sekitar pekan guesthouse kami. Walaupun kami duduk di Jeju City, tapi mungkin kami di pinggir city sikit...
Antara kedai makan yang menangkap pandangan mata sis. Lucu!
Terasa nak minum kopi & makan kek. Kami singgah di Paris Baguette Cafe, ahjuma ni buat latte sedap. Kena skali dengan muffin
Guesthouse kami
Sekali lagi, bangun awal pagi dan bersiap siaga untuk masak sarapan. Seperti biasa, aku la yang kena turun lebih awal untuk menggoreng telur dan membakar roti, serta menediakan kopi. Selepas sarapan, bersiap pula untuk meneruskan kembara berkereta kami di pulau ini. Hari ini adalah hari akhir untuk kami berjalan mengikut itinerari kami, dan hari ini kami ke bahagian selatan Pulau Jeju. GPS kami terus di setkan ke Jusangjeolli Cliff. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit dan GPS berjaya membawa kami terus ke tempat parking tanpa sesat. Sepanjang perjalanan kami melihat banyak kebun tangerine yang sudah mula membuahkan hasil. Comel-comel je pokok dia aku tengok. Kami tiba di parking berbayar dan agak mudah nak mendapat parking pada waktu pagi. Kami terus menuju ke kaunter tiket dan harga tiket adalah KRW2,000 per pax. Sesudah itu, kami berjalan mengikut signboard yang disediakan untuk ruang tinjau cliff. Ramai jugak sebenarnya dah ada kat situ dan agak susah nak mendapatkan spot tanpa manusia untuk bergambar. Seperti yang diketahui umum, Pulau Jeju terbentuk akibat dari letusan gunung berapi dan bentuk mukabumi cliff yang cantik lagi unik ni pun adalah hasil daripada letusan Gunung Hallasan yang lavanya mengalir ke Laut Jungmun. Tak nak cakap banyak, tengok je gambar kat bawah ni...
Jom kitaaaa
Inilah bebatuan unik ni. Ombak dia kuat gila wooo...
Ni pulak pemandangan sebelah kanan kami
Kita sweet2 lah kejap
Gambar ini diambil ketika ramai nau orang nak ambik spot ni. Sebab depan tu ada tempat boleh panjat untuk ambik gambar untuk nampak pemandangan bawah tu. Mangsanya? Haruslah suami!!!!
Kadang-kadang sis bangga dengan hasil kreativiti sis mengambil gambar hewhewhew
Kita bagi dia 1 gambar untuk kenangan
Kat luar tu ada gerai jual makanan, souvenir etc, tapi sis tertarik dengan tangerine sundae sejak semalam. So hari ni pagi-pagi kita makan aiskrim
Selepas Jusangjeolli Cliff, kami setkan GPS kami ke Cheonjiyeon Waterfalls pulak. Berdekatan je, dalam 10 minit drive tak salah. Kat sini pun parking space dia agak lumayan, dan kami parking berdekatan dengan pintu masuk. Entrance fee adalah KRW2,000 per pax. Air terjun ini mempunyai beberapa tingkat, tapi kami pergi 2 tingkat je... Tu pun mengah weh sebab kita kena trekking sket turun tangga (naik lagi la pancit!!!). Kami jumpa 1 family Melayu kat sini, dan nampak sorang makcik duduk je kat kerusi yang disediakan tepi tangga sebab tak larat nak mendaki naik turun tangga. Sempat gak lah berbual mesra dengan makcik tu kejap. Masa nak nai tangga balik, aku berapa kali stop berehat, siap duduk kat sebelah ahjumma yang jugak sedang mengambil nafas nak mendaki ke atas. Hahaha stamina aku taraf orang Korea okeh!!!!
Ok gambar dulu. Baru 1st layer je ni...
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya... tapi memang takde buaya pun
Sis jadi paparazi jap
Marilah kita...
Agak sayuuuuppp je kat bawah tu
Ok sampai... Kacang je turun tangga ni hohoho
Marilah kita bergambar kenangan
Kusyuknya che abam
Ok next tempat! nampak tak hidung sis kembang ambik pernafasan tu? Baru sikit dah ada pit stop hahaha
Kantoi berenti lagi!!! Ahjumma tu pun dah naik time ni
Sempat amik video sket
Next!!! kami setkan GPS untuk ke Jeongbang Waterfall. Yang ni memang wajib pergi. Dalam Asia air terjun ni direkodkan sebagai satu-satunya air terjun yang terus terjun ke dalam laut. Juga entrance fee adalah KRW2,000 per pax dan kami perlu turun tangga yang agak curam tu untuk ke kawasan pantai berbatu. Yelah, parking, entrance semua kat atas bukit nun.
Tak salah kan sis mengagumi hasil gambar sis sendiri kan??? Kenapa bukan sis di situuuu????
Dari jauh bunyi menderu-deru...
Sebab kami sampai dah tengahari, makanya orang ramai yakmat
Aku sibuk gak kat belakang amik gamba
Sweeto!!!
Nak tunggu sedikit clear macam ni memang azab
Oklah sampai sini saja
Layan video sket...
Ahjumma mencari kerang-kerangan kot
Cover sket pancit naik tangga tu. Perut pun dah start berkeroncong
Hahaha korang rasa???
Rasanya itu je yang kami nak pergi. Kami skip segala muzium yang ada di sekitar sini sebab tak berapa berminat, walaupun otw ke sini tadi kami lalu Teddy Bear Museum la, Hello Kitty Museum la, K-Pop Hologram Museum ke hapa ntah namanya. So misi kami sekarang adalah MAKAN!!! Seperti biasa aku google je tempat makan berdasarkan blog Malaysian lain yang pernah sampai ke sini. Last skali aku jumpa satu blog makcik ni, dan aku tak ingat apa nama blog tu, dia suggestkan makan di satu kedai yang berada di area Seogwipo tu. Kedai tu kira Muslim Friendly la, dan menggunakan ikan bilis sebagai broth untuk masakan dia. Berpandukan GPS yang excellent, kami berjaya menjumpai kedai tersebut yang hanya terletak beberapa km je dari Jeongbang Waterfall. Nama kedai dia pun aku lupa, dan aku lupa nak snap gambar kedai makan tersebut. Mintak maaf sangat-sangat. Kali ini kami order mackarel bakar dan juga sebab aku teringin nak makan sea urchin (landak laut), makanya aku order la sea urchin with seaweed soup. Husband aku menurut je apa yang aku order, aku kan boss hahahaha.
Mackarel bakar kami yang rangup bila dikunyah, ngencesss lemak dia di dalam mulut. Memang juicy! Sedap gila wehhhh
Sea urchin & seaweed soup
Set lengkap lunch kami
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut kami sangat suka hati!!! Selepas makan, kami pun bertolak pulang ke Jeju City memandangkan kami nak ke Dongmun Market petang ni. Kiranya ni macam peluang terakhir kami la nak shopping apa-apa yang patut kat Jeju. Perbezaan yang aku nampak antara Seogwipo dan Jeju City yang kami duduk tu, kelihatan Seogwipo lebih maju dan terdapat banyak Duty Free Mall di sini. Kami memasang GPS untuk pulang ke Jeju City dan secara automatic GPS memberi kami jalan yang berlainan dari masa datang tadi. kami ok jelah sebab percaya pada GPS yang bagus ni. Dan sememangnya jalan yang dibawa oleh GPS ni membawa kami kepada jalan yang paling cantik yang pernah kami lalui. Kami melalui highway berbukit dengan pemandangan gunung yang indah dan juga berpeluang melalui Tree Tunnel kat satu spot tu. Bayangkan daun-daun tengah cantik kemerah-merahan menjadi terowong untuk laluan kami! Jalan ini juga membawa kami melalui Misterious Road, tapi kami terlajak sebab encik suami bawak laju sangat dan susah nak patah balik ke situ. End up memang tengok sekali lalu jelah...
Saujana mata memandang
10sec video Tree Tunnel. Abaikan suara latar
Sambungan 10sec
Kami sampai di guesthouse dalam pukul 5 lebih dan kami bersolat dulu sebelum mengambil teksi untuk ke Dongmun Market. Kenapa kami ke tak drive ya? Sebabnya pagi tadi kami try luck nak pergi pasar dulu sebelum ke South Jeju, tapi punyalah susah nak dapatkan parking sebab sentiasa penuh. Tambahan lagi kami perlu melalui lorong-lorong yang penuh dengan lori loading barang, so kami batalkan hasrat dan mengambil keputusan untuk pergi waktu petang dengan teksi. Tambang dari area guesthouse kami ke Dongmun Market adalah KRW4,000. Oklah tu. Kami masuk ke dalam pasar dan melihat-lihat barangan tempatan di sini. Bila di pasar basah, kami perlu berhati-hati menjaga seluar supaya tidak kotor dengan air lecak di situ dan membuat 'halal gap' dengan kedai-kedai yang menjual oink oink hahaha. Kepala babi terus bertakhta atas meja tau! Di pasar kering, kami membeli tangerine dan juga sejenis kuih macam bahulu je rasa dia berintikan tangerine. Kedai ahjumma ni memang jual kuih tu je, dan penerangan yang diberikan adalah kuih tersebut dibuat daripada tepung, telur, garam dan gula manakala tangerine filling tu adalah 100% jus tangerine yang dimasak bersama tepung kastard untuk dijadikan likat. Kami siap beli dalam kotak untuk dibawa balik ke Malaysia. Selepas merayap di pasar, kami turun ke Jungang Shopping Mall yang terletak di bawah tanah berhampiran dengan pasar dan kat situ aku terrrbeli face mask dengan promosi yang ditawarkan lebih bagus daripada Seoul. Aku beli 2 bundle: 1 bundle tu ada 40 keping pelbagai perisa (perisa sangatttt) dan 1 bundle lagi perisa propolis honey ada 50 keping. So kowtim dah shopping face mask aku. Siap dapat free gift lotion lagi dari ahjussi tu. Selepas tu, berdasarkan info dari sorang ahli group travel di FB, kami cuba mencari kedai souvenir murah yang berada di exit pintu no. 6 Jungang Mall tu (Jungang Mall ada banyak entrance bawah tanah sampai berbelas-belas). Tapi bukanlah exactly kat pintu no 6 tu sebab kami perlu berjalan ke depan lagi, iaitu area palace dan barulah menjumpai kedai yang dimaksudkan itewww. Memang murah, keychain dia sepapan dalam KRW6,000 wooo!!! Pastu fridge magnet dia boleh tahan gak harga tapi sebab aku dah beli masa kat Seongsan Ilchubong tu, so aku tak beli dah. So kowtim souvenir untuk orang. Kami perlu berjalan kembali ke area pasar sebab kat situ lebih mudah nak mendapatkan teksi. Balik tambang kami adalah dalam KRW5,000 dan kami kemudian kembali ke Paris Baguette Cafe untuk latte terakhir kami di Pulau Jeju.
Kami di sini!!!
Intro
Sempat gak la amik video
Tangerine!!!!
Follow me?
Assorted kimchi
Ok, jom cari terowong turun bawah
Macam pelancong asing lah
Jungang Shopping Mall. Memang agak lengang
Salah satu entrance
Nak yang murah sangat, masammmm
Jeju Do: 30 Oct 2018 (Day 10)
Tibalah kita... Di penghujung persimpangan... Di penghujung jalan cinta... Kita berdua... Ohhhh... Hari ini kami mau pulang ke Seoul. Barang dah siap di pack malam tadi, dan walaupun flight kami cuma pada pukul 1410hrs, tapi kami perlu hantar kereta pada jam 1030hrs, bermakna kami bakal lepak kat airport lebih lama. Settle segala-galanya (aku siap beli biskut perisa buah untuk dijadikan souvenir bawak balik Malaysia kat guesthouse ni. Ada je biskut yang sama jual kat pasar semalam, tapi sebab macam ayam itik bercakap, so aku tak confident. Sudahnya, beli kat guesthouse sebab staff sini fasih English dan tolong translate bahan-bahan dengan baik, walaupun sedikit mahal berbanding pasar semalam huhuhu). Tepat jam 1030hrs, kami dah sampai di Lotte Rent A Car dan menyelesaikan segala urusan return. Selepas berpuas hati dengan condition kereta kami, kami pun terus menaiki shuttle bus ke aiport. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Kami berteleku je kat airport tu dan akhirnya dalam jam 1340hrs kami dibenarkan masuk dalam perut pesawat Jeju Air. Sementara nak take off, aku dapat menyaksikan upacara tunduk hormat pekerja trafik di lapangan sambil melambai-lambai pesawat. Aku sempat mengambil gambar sebagai bukti penyaksian momen yang aku lihat buat pertama kali. So di bawah ni aku share gambar-gambar terakhir kami di Jeju Do dan akan aku sambung entri terakhir kami di Seoul buat kali kedua dalam trip ini....
Love & happy everyday bak kata Yeha Guesthouse
Ya, bilik kami tingkat 2
Guesthouse yang simple tapi kemas
Telur terakhir yang aku goreng di Jeju
Ittadakimasu
Dah nak balik baru terhegeh nak ambik gambar sekitar guesthouse
Cari mana kereta kami?
Blok depan guesthouse
Sempat lagi beli tangerine juice. Botol berupa maskot Jeju
Semua pun tunggu nak naik flight itewww
Ramai orang
Finally!!!
I see you when I see you
Upacara tunduk hormat sebelum take off
Babai pakcikkkk
No comments:
Post a Comment