Saturday, 12 January 2019

Mentari Korea: Train To Busan
















Itaewon - Busan:  25 Oct 2018 (Day 5)

     Kami check out awal harini, dalam pukul 0800am kami dah menaiki Metro ke Seoul Station. Walaupun train kami bertolak pada 1017am, tapi disebabkan kami takut ada apa-apa berlaku seperti tak tau nak tengok train mana, sesat dan sebagainya makanya adalah lebih selamat kami menjadi orang yang awal. Tambahan pula aku perlu mendapatkan tiket di kaunter walaupun aku dah buat online booking sebulan lebih awal. Oh ya, boleh saja kalau korang nak beli tiket Train To Busan ni (ataupun ke mana-mana long distance train from Korail) dan kebiasaannya jualan tiket dibuka 30 hari sebelum tarikh bertolak. Korang boleh layari web Korail di link ini. Terdapat pilihan train mengikut jenis, dan aku mengambil keputusan untuk mengambil train laju jenis KTX (kira-kira 2 jam 40 minit). Kalau ikutkan, original Train To Busan seperti dalam filem adalah yang berdurasi 5 jam lebih dan lebih murah, tapi sekali lagi, aku tak banyak masa yang perlu dibuang untuk perjalanan kami kerana kami hanya akan berada selama 3 hari 2 malam di Busan dan kami juga ingin berehat awal di hotel. Kekerapan train untuk ke Busan ni agak lumayan, lebih kurang selang 10-20 minit dan korang boleh tengok schedule train dia dalam website. Ketepatan waktu train? TERSANGAT TEPAT!!! So, don't be late or you'll miss your train! Kat sini aku ada tips, errr tak tau la boleh dipanggil tips ke tak, sepanjang aku mengkaji jadual waktu train ke Busan ni, aku mendapati train schedule pada jam 1017am adalah lebih murah berbanding dengan time lain! Beza dalam KRW10k jugak wooo... Bersamaan dengan RM37 kita (currency exchange time aku pergi tu), so kalau 2 orang aku dah jimat RM70 lebih tu! Aku cuba tengok timing lain dan juga di hari lain, sememangnya itulah harga tiket dia setiap hari. So, ingat! 1017am=murah KRW10k.

     Kami tiba di Seoul Station lebih kurang jam 0820am, dan berpandukan signboard dari Metro Station untuk ke Korail Seoul Station agak mudah dan akhirnya kami menembusi bangunan Lotte Mall untuk ke Korail Seoul Station. Encik suami duduk di kerusi menunggu sambil menjaga beg sementara aku beratur di kaunter tiket untuk redeem tiket online aku. Ada 1 makcik meminta izin untuk potong queue, mungkin sebab dia dah terlambat dan kami memberi izin. Tiba giliran aku di kaunter, dengan confidentnya aku menghulurkan confirmation slip aku pada pekerja kaunter. Dengan bahasa Inggeris bercampur sedikit Korea, dia menyatakan pada aku yang aku print itulah tiketnya! Aiyooo manalah aku tau, sebab lepas aku book online ada arahan untuk ke kaunter. Penat je aku beratur dalam 15 minit kat situ. Tapi orang kaunter tu tolonglah aku bulatkan info yang perlu aku tengok seperti nombor terminal, nombor train dan waktu sambil menunjukkan train schedule board yang berada di entrance terminal. Aku kembali ke encik suami dan kemudian bangun balik untuk mencari kopi untuk bersarapan. Nasib baik kami sempat membeli roti semalam di kedai Turki yang ada di area masjid semalam. Ke hulu ke hilir aku mencari kopi dan kebanyakan kedai seperti Baskin Robin, Dunkin Donuts semuanya mahal belaka kopinya. Secawan kecik dalam KRW6k sememangnya mahal bagi aku. Lepas tu aku berjalan ke arah bertentangan kerana aku melihat ramai orang beratur di satu gerai. Rupa-rupanya ia adalah stall kopi dari Lotte Mart dan harga secawan Americano adalah cuma KRW1k! Tapi aku nampak kat bunting macam tu untuk harga members dan none members dalam KRW2.5k. Takpelah, at least KRW5k tu untuk 2 cawan Americano: aku berkira di dalam hati. Sampai turn aku, aku order 2 cawan dan bila nak bayar dia cakap KRW2k! Aku cakaplah aku bukan member, dan dia jawab KRW1k for all people! Alhamdulillah jimat banyak kopi kami pagi ni. Dengan kegumbiraan, aku membawa kopi ke tempat duduk dan kami bersarapan kopi dan roti di Seoul Station.

Marilah kita beratur

Gigih je aku beratur sekali boleh je pakai kertas print aku tu

Jalan-jalan cari kopi kat luar

Seoul Station

Antara kopi & suami. Mana 1 harusku pilih? Cia cia cia

Sementara menunggu

     Jam sudah menunjukkan pukul 0945am, sepanjang 1 jam kami melepak, kami didatangi oleh seorang lelaki yang kelihatan segak dan kemas, gaya seperti nak ke ofis, tapi tiba-tiba dia tepuk tangan dia sambil menyanyi (?) tapi lebih kepada bunyi membaca mentera. Rupa-rupanya orang gila! Dia membacakan 'doa halau hantu' dia tu dekat kami agak lama jugak sebelum dia beredar dan menyambung 'doa halau hantu' dia kat pokok hiasan yang berada dalam kira-kira 10 meter dari kami dan begitulah seterusnya. Selepas itu, kami menuju ke terminal setelah nombor train kami tertera di electronic board. Kami menuju ke terminal yang dimaksudkan dan jangan risau, di terminal juga ada ditunjukkan nombor train di board kecil setiap terminal. Train kami dah tersedia, cuma perlu menunggu pekerja train yang seperti stewardess train untuk check tiket kita. Aku sememangnya membeli ticket with seat number sebab memang tak laaa nak berdiri 2 jam lebih dalam train tu. Kami ke koc dan seat yang telah di assigned untuk kami sambil menunggu orang lain dengan penuh kesabaran. Sekali tak ramai pun dalam koc kami, ceh! Tepat jam 1017am, train kami mula bergerak untuk menuju ke Busan. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan landskap yang menarik, bercampur-campur antara bangunan pencakar langit dan perkampungan berserta ladang. Kami hanya menghayati pemandangan yang terbentang depan mata kami sambil berangan filem Train To Busan hohoho.


Nampak tak timing train kami? Yang paling bawah tu...

Pemandangan normal bagi para pencinta train travel

Sementara menunggu encik suami ke toilet

Belanja posing 1 kaliii

Dalam koc kami...

Perjalanan kami bermula!!!

Antara pemandangan 2 jam kami...

     Lebih kurang jam 1300pm, kami dah nampak sinar Busan. Tak sabarnya nak berehat dan makan! Perut kami mula berkeroncong minta diisi, yalah sebab kami cuma makan roti dan minum kopi je kan pagi ni... Kami tiba di Busan Station dalam pukul 1 lebih pm sikit, dan kami mencari Information Counter yang menempatkan kaunter City Bus untuk kami redeem Metro Pass Busan (fungsinya sama dengan T-Money). Melalui kupon yang kami perolehi daripada KTO, kami dapat Metro Pass dengan reload berharga KRW5K secara PERCUMA!!! Sedikit penerangan diberikan oleh front desk officer tentang penggunaan pass tersebut dan kami juga sempat bertanya mengenai City Bus tour untuk kami naik keesokan harinya. Maknanya kami perlu ke Busan Station dan pergi ke assigned bus stop untuk mendapatkan bas. Busan Station bersambungan dengan stesen Metro yang terletak hanya beberapa meter bertentangan Busan Station. Tapi, disebabkan ada construction dilakukan di antara Busan Station dan Metro, kami terpaksa pusing jauh sikit sambil mengikut signage yang menunjukkan Metro Station. Tiada escalator dan kami terpaksa panjat dan turun tangga untuk ke Metro, sedikit kelainan antara Metro Station Busan dan Seoul, di mana stesen Busan kelihatan lebih antik dan klasik berbanding Seoul. Kelihatan begitu ramai warga emas di Busan berbanding Seoul. Kami bernasib baik kerana line Metro kami adalah Orange Line untuk ke hotel, di mana Orange Line ini melalui Busan Station. So kami tak payah nak salin-salin train lagi naik kaler lain sebab direct je line kami dan kebetulan, Jagalchi Market dan BFF juga terletak di laluan Orange Line. Untuk masukkan tiket Metro juga klasik, di mana kita cucuk masuk token tersebut dan ambil kembali selepas laluan dibuka.  Pertama kali kami naik Metro di Busan dah sesat! Aku terambil laluan arah bertentangan dan kami terpaksa turun di Jungang Station dan beralih ke track sebelah. Tapi kami tak boleh salin macam tu je sebab tempat mengambil train adalah berasingan, bukannya boleh pegi je sebelah dan ambik train. Kami perlu cucuk tiket keluar dan pergi cucuk masuk balik pas di laluan bertentangan... Encik suami pun memulakan muncung 14 inci dia lagi huhuhu... Kat sini tiket aku menjadi gila, di mana tiket aku telah direject oleh mesin! Terkial-kial aku macamana nak keluar dari station tapi Alhamdulillah ramai yang sudi membantu! Memang banyak aku baca mengenai orang Korea sombong tapi kebanyakan yang aku jumpa adalah baik-baik belaka. Ada sorang ahjumma dan ahjussi gigih menolong aku sampai diorang sendiri terlepas train kerana nak membantu aku. Ahjumma siap keluar balik dan mencari pegawai station untuk validate kad aku. Siap patah balik pergi ke aku dan cakap dalam Bahasa Korea (tapi aku translate dari body language dia) supaya tunggu. Dan akhirnya masalah kad aku berjaya diselesaikan dan kami berjaya naik train untuk ke hotel kami! 

Pemandangan sepanjang perjalanan kami

Pemandangan sepanjang perjalanan kami

Pemandangan sepanjang perjalanan kami

Salah satu station

Kami dah menghampiri Busan

Busan Station

Busan Station

     Hotel kami hanya terletak 5 minit berjalan kaki dari Beomnaegol Station. Pada mulanya, pening jugak nak cari hotel tapi berpandukan map, rupa-rupanya hanya di belakang bangunan yang berhadapan dengan station. Proses check in kami berjalan dengan lancar, dan ini merupakan satu-satunya proper hotel yang kami duduk kerana harganya berpatutan berbanding harga guesthouse di Seoul. Sepatutnya penginapan kami adalah inclusive breakfast, namun breakfast tak available on Friday & Saturday (dan kebetulan kami menginap untuk kedua-dua hari tersebut). Aku rasa aku ada mention sebelum ni yang booking kami adalah non-refundable sebab mulanya aku book untuk 4 hari 3 malam, tapi selepas menganalisa kembali itinerary kami, aku memendekkan stay di Busan dengan melebihkan 1 hari di Jeju. Makanya kami terpaksa membayar untuk 3 malam instead of 2 malam penginapan. Tapi dalam masa yang sama agak bernasib baik sebab flight kami ke Jeju adalah pada jam 19++pm pada hari Sabtu, so kami masih boleh stay di hotel sampai petang tanpa perlu melepak di mana-mana. So kami tak rugi manalah jugak... Bilik hotel kami amat selesa dan luas, dan bilik airnya sangat besar dan moden! Namun bidet ditulis dalam Bahasa Korea dan kami mencabar diri kami untuk try setiap butang apakah fungsinya hahaha! Selesai berehat dan menunaikan kewajipan, kami turun kembali ke lobi untuk bertanya arah kedai makan yang aku dapati dari page Have Halal Will Travel (HWWT) iaitu kedai belut! Kedai ni Muslim Friendly, so eat at your own discretion la ye. Mulanya kami nak naik train je, tapi selepas front desk officer printkan map ke kedai makan tu kami rasa agak jauh dan leceh untuk naik Metro sebab kami perlu berjalan kaki, tukar train dan sebagainya. Dan pekerja hotel pun lebih suggest untuk kami naik teksi. Untuk hotel ini, aku bagi 5 bintang untuk customer service dia! Sangat membantu dan siap printkan map untuk kami ke mana-mana dan siap bagi address kedai dalam tulisan Haengul untuk kami tunjukkan kepada pemandu teksi arah tujuan kami tau! Kami mendapatkan teksi di hadapan convenience store GS25 yang berada di hujung jalan hotel (hanya beberapa meter je dari hotel) dan sekali lagi kami berjumpa dengan orang yang baik. Pemandu teksi sangat peramah dan mencuba untuk berkomunikasi dengan kami menggunakan Google Translate. Gigih sungguh dia nak say Hello walaupun Google Translate dia buat hal hahaha. Pemandu teksi menghantar kami betul-betul di depan pintu kedai makan dan kami macam agak krik krik bila sampai di kedai makan yang terletak di kawasan apartment. Sunyi gila! Oh ya lupa nak cakap, tambang teksi kami adalah lebih kurang KRW6K so oklah... Aku google lagi info tentang kedai tu siap cari gambar untuk memastikan samada kami sampai di kedai yang betul dan Alhamdulillah address dan rupa kedai adalah sama seperti dalam internet. Encik suami suruh aku bertanya pada lelaki dalam kedai tu samada kedai dah dibuka atau belum dan rupa-rupanya dah bukak! Cuma sebab time tu baru dalam pukul 15++pm lebih dan mungkin akan ramai menjelang dinner la kot. Hanya kami saja di kedai makan itu dan kami memesan grilled eel sorang satu. Harga seekor grilled eel adalah KRW15K dan bermakna harga makanan kami adalah KRW30K total. Ingatkan sekali dengan nasi, tapi rupa-rupanya kami hanya makan belut dan banchan! Kami tak tau cara-cara nak bakar dan cara campurkan dan makcik kedai dengan rela hatinya membantu kami dari A sampai Z termasuk siap suapkan makan kat encik suami! Amboiii makcik belut ni berkenan dengan suami sis nampaknya! Pelbagai cara dan gaya dia ajarkan kami cara makan, cicah dengan cili dia, wrap dengan daun salad dan campuran kimchinya yang pelbagai. Rasa dia? MEMANG SEDAPPP dan ketika aku menulis ni, air liur aku tengah kecur mengenangkan kesedapan belut bakar tersebut huhuhu...
Bilik kami

Toilet

Siap ada bath tub

Pemandangan dari luar tingkap bilik

Tadaaa... kami dah sampai kedai belut bakar!

Kami ditempatkan di bilik makan yang duduk bersila. Kasut kena bukak dan tinggalkan di luar bilik. Terasa tradisional sangat

Bakarrrr bakarrrr

Mari membakoooo

Ni lah set nak makan belut bakar

Mari posing

Tutorial cara-cara nak buat wrap

Selesai sudah

Bergambar dengan ahjumma kedai. Tengok tuh! Dia memang berkenan kat encik suami sis nak bergambo sebelah dia la jugak

     Selepas makan, kami sepatutnya nak ambik je teksi balik ke hotel tapi ahjumma kedai insist untuk kami berjalan kaki menuju ke tepian pantai yang hanya terletak kira-kira 5-10 minit berjalan. Dia memberikan direction kepada kami dengan menggunakan Google Translate di handphone dan kami menurut aje. Ya komunikasi kami bersama orang-orang Busan di sini kebanyakan menggunakan Google Translate: tak kiralah dari pertuturan ataupun penulisan dan nampak kegigihan mereka untuk berkomunikasi dengan orang luar. Kami berjalan kaki hingga ke jalan besar dan medmang terbentang indah laut dan juga jambatan kabel Busan di hadapan mata kami! Kami bersiar-siar sebentar sambil mengambil gambar sebelum kami mengambil teksi untuk pulang ke hotel. Untuk tambang balik ni hanya KRW4K+, mungkin sebab kami dah berjalan kaki ke tepian pantai la kot sebab tu murah. Teksi menurunkan kami betul-betul di depan pintu hotel (berpandukan kad hotel yang dibekalkan oleh front desk officer hotel sebelum kami keluar tadi) tapi kami ke GS25 dulu untuk mencari stok makanan. Ya beb, kami masih lapar lagi dan kami mengambil keputusan untuk membuka bekal kami yang tak seberapa malam ini. Kami membeli nasi microwave (kami terus panaskan di microwave yang disediakan selepas membayar), jus tangerine, Banana Uyu dan jugak pisang yang ada dijual di situ. Sesungguhnya aku amat suka masuk convenience store di Korea kerana serba lengkap dan best! Kami pulang membawa nasi panas dan kemudiannya kami makan bersama acar buah dan cendawan sisir dan ikan bilis sambal kering. Berselera sungguh kami makan, ditambah lagi nasi Korea agak fluffy, sticky dan berkanji menyebabkan kami berasa kenyang. Kami berehat saja di dalam bilik sambil menonton tv dan merangka tempat lawatan seterusnya untuk keesokan harinya...

Selepas berjalan lebih kurang 10 minit, kami disajikan dengan pemandangan ini

Ada orang memancing kat sini

Posing

Busan Maghrib

Gambar kenangan untuk kami berdua

Dinner!!!!

Busan:  26 Oct 2018 (Day 6)

     Hari ini kami nak berjalan-jalan santai aje. Kami akan menaiki Busan City Bus untuk kami mengelilingi bandar Busan. Selepas sarapan ala kadar di bilik, kami keluar menuju ke Busan Station menaiki train. Tiba di Busan Station, kami mengikut signage untuk ke bus stop dan kebetulan, bas tersebut ada kat situ. Aku dengan pantasnya menghulurkan kupon yang aku koyakkan dari pamplet KTO iaitu KRW10K untuk harga City Bus tersebut per pax. Kami diberikan tiket dan bas menunggu dalam beberapa minit sebelum bergerak membawa kami mengelilingi Busan. Kami duduk di rooftop dan cuaca sangat sejuk ketika itu! Menggigil kami kat atas tu tapi berkeras jugak nak duduk kat tempat terbuka untuk menikmati pemandangan bandar Busan. Seperti City Bus yang lain, kami diberikan earphone untuk mendengar penerangan menggunakan bahasa pilihan dan jangan terkejut Bahasa Malaysia jugak ada ya dalam option bahasa! Kami dibawa melalui pelabuhan dan agak menyeramkan apabila bas meluncur laju di atas jambatan kabel yang seperti tiada penghadang dan aku telah merakamkan moment drift tersebut di handphone aku! Sekali bila aku nak tengok balik rakaman tu rupa-rupanya aku terlupa nak tekan record! Sengal Farrah ni! Kami dibawa melalui kawasan celah-celah Busan dan menyaksikan kawasan perumahan yang padat dari lereng bukit sampailah ke atas bukit nun! Koyak tu kalau rumah paling atas! Daripada info kami diberitahu bahawa kawasan perumahan tersebut bersejarah dan telah wujud lama. 

Kami sudah ready!!!

Video atas bas 1

Mari!

Nampak kepala suami hehehe

Sempat lagi

Nampak rumah-rumah padat menaik bukit kat depan tu? Itulah kawasan perumahan yang aku maksudkan

Video atas bas 2

Kami melalui pelabuhan

Pelabuhan

Nampak flyover kat atas tu? Haaa bas ni buat drift masa ambik corner kat atas tu la... Serammmm



Kondo kelihatan moden


Kami melalui pantai

Hyundae Beach yang significant dengan Busan tapi kami tak singgah. Cukuplah sekadar lalu je

Jambatan kabel

Kawasan membeli belah sekitar Hyundae Beach

Video celah lorong

Akhirnya kami bakal turun di area sini!!!

     Kami turun di Centum City, di mana kami berhajat untuk pergi ke pusat membeli belah terbesar di dunia suatu ketika dahulu (kini mall terbesar diambil alih oleh China). Kat Centum City ni, terdapat banyak kedai-kedai berjenama bertaraf butik sehinggalah ke jenama-jenama yang affordable untuk rakyat marhaen macam sis... Mallnya bertingkek-tingkek dan besar. Juga mempunyai 2 bahagian yang dihubungkan dengan linked bridge. Dan mall ini jugak bertaraf Duty Free bagi sesiapa yang memang menyimpan niat untuk bershopping barang berjenama. Masa kami sampai, terdapat banyak sale kasut dan jugak North Face untuk winter. Tapi kami cuma tengok dan pegang jelah huhuhu. Masih lagi kami menahan diri untuk shopping sebab kami masih ada 2 destinasi lagi sebelum kembali ke Malaysia. So shopping tu kami memang peruntukkan pada hari-hari terakhir kami nanti dan duit Won yang ada ni perlu kami jimatkan. Kami hanya membuang masa di shopping mall dan agak lama jugak kami di sini sebab hari hujan. Kebetulan masa kami sampai di Centum City hujan mulai lebat. Nasib baik dah sampai... Kami juga makan shrimp burger di Johnny Rocket disebabkan lapar yang amat. Budaya di sini sama macam negara-negara Eropah yang lain di mana kita kemaskan sendiri meja selepas makan di fast food restaurant dan meletakkan gelas etc di tempat yang disediakan. Memang bosan berjalan di shopping mall, tambah-tambah lagi bila kita hanya boleh tengok sahaja huhuhu. Akhirnya lebih kurang jam 1500pm kami keluar dalam renyai hujan meredah ke bus stop. Kami perlu menunggu lebih kurang 30 minit jugaklah untuk bas dan akhirnya City Bus kami pun sampai. Kali ini, kami menaiki bas yang drivernya masih muda dan boleh berbahasa Inggeris. Bas penuh dan sesak ditambah lagi dengan hujan makanya takde sesiapa yang nak ke rooftop. Kami diberi ruang untuk berdiri berdekatan driver, gigih driver suruh penumpang lain sumbat masuk ke dalam dan memberi baju hujan kepada penumpang lain untuk suruh duduk di rooftop dan masih mengekalkan kami di posisi sebelah driver. Begitu sekali layanan driver yang peramah ni kepada kami. Sebenarnya dia nak bersembang dengan kami kerana dia excited nak bercerita yang dia pernah ke Sabah hahaha. Aku juga diizinkan untuk bersandar di palang sebelah driver, baik kan driver ni... Dah le hujan lebat, tiba-tiba jem gila jalanraya! Orang semakin ramai naik bas dan akhirnya driver terpaksa memberhentikan pengambilan penumpang kerana overload dan tak berhenti dah di mana-mana bus stop dan terus ke Busan Station. Sampai di jambatan kabel, semakin teruk jemnya dan tiba di tengah jambatan kelihatan banyak kereta polis, lori, bomba dan sebagainya sedang bersidai di tengah jambatan. Aku ingatkan ada accident, rupa-rupanya mereka sedang menyiapkan mercun, pyro dan sebagainya sebagai persediaan menyambut perayaan malam esoknya. Selepas itu, jalan kembali smooth walaupun masih jem kerana sekarang dah waktu orang balik kerja. Perjalanan bas diteruskan sehingga ke Busan Station dan kami sampai di Busan Station pada lewat petang. Sungguh berliku perjalanan bas kami pada hari ini. Kami terus saja menaiki Metro untuk pulang ke hotel tapi sebelum itu kami singgah di coffee shop untuk minum kopi dan kemudiannya naik dulu ke bilik dan keluar kembali ke GS25 selepas maghrib untuk membeli nasi. Malamnya, kami mengulangi lauk yang sama iaitu acar buah kulat sisir dan bilis sambal kering. Hari ini agak penat so kami sekali lagi tak keluar berjalan malam, tambahan lagi esok pagi kami bakal singgah di pasar yang terkenal di Korea iaitu Jagalchi Market dan juga BIFF sebelum menaiki pesawat ke Jeju lewat petang esok...

Linked bridge ke Centum City Outer Wear

Bergambaq sket kat linked bridge

Outer wear dept


Sentiasa bersedia

Belek saja

Goblin

Orang Malaysia pun bukak butik kat sini hahaha

Centum City bahagian have2

Bosan... Balik jom!

Menunggu bas dalam hujan

Jemmm

Jemmm

Inilah punca jemmm... Lori-lori mercun sedang bersiap siaga untuk esok harinya

Geng berdiri dalam bas. Kat atas tu penuh ahjumma dan ahjussi yang bermandi hujan

Mengopie dulu

Panaskan nasik

905: bilik kami


Busan:  27 Oct 2018 (Day 7)

     Selepas bersarapan ala kadar, kami pun memulakan perjalan kami di hari terakhir kami di Busan. Kami bakal pergi ke Jagalchi Market dan juga Busan International Film Festival (BIFF). Memandangkan dari hotel kami cuma 1 line sahaja untuk kedua-dua tempat tersebut, kami dengan senang hatinya dan santai saja masa keluar. Memandangkan hari masih pagi, dan kami tak rasa nak lunch waktu pagi (hahaha) makanya kami ke BIFF dulu. Kami turun di Jagalchi Station dan hanya berjalan kaki lebih kurang 10 minit (termasuk sesat mencari jalan) untuk sampai di BIFF Square. Walaupun masih pagi, tapi sangat meriah square tersebut dan banyak gerai jualan sudahpun dibuka (macam pasar pagi la). banyak dijual makanan tapi kami tak belilah sebab tak confident. Untuk membuang masa, kami mencari kedai kopi tepi jalan dan membeli large Americano untuk dimakan bersama-sama roti Turki kami. Kami mencari tempat duduk di square sambil makan dan minum. Square tersebut biasa-biasa je dan di certain tempat ada diletakkan info mengenai BIFF di tiang-tiang beserta gambar artis dan poster filem. Di atas jalan pula, kita boleh lihat 'Lantai of Fame' di mana terdapat cop tapak tangan para artis dan director beserta tandatangan mereka. Aku menselusuri sepanjang jalan mencari artis ataupun director yang aku kenal untuk diambil gambar dan akhirnya akuberjumpa cop tangan John Woo... Apalagi, sis pijaklah tapak tangan dia untuk bergambar hahaha...

Byeomnaegul Station

Encik suami dah kenapa muka pasrah?

Yes, kami di BIFF sudaaa

Arirang Street, tempat letaknya tapak-tapak tangan sepanjang lorong ni 

Kami di BIFF

Muka poyo sambil minum kopi

Sis pijak tapak tangan John Woo tawwww

     Hampir tengahari, kami mula berjalan dan melintas jalan untuk ke Jagalchi Market yang hanya terletak di seberang jalan. Sepanjang jalan ke pasar, kami boleh lihat seafood yang hidup-hidup lagi di kedai-kedai yang berada di tepi jalan. Boleh dipilih fresh dan mereka akan masakkan untuk kita dan makan di tingkat atas kedai. Tapi kami tak makan di situ, sebab kami memutuskan untuk makan di tingkat 2 pasar, di mana terdapat level khusus untuk makan seafood di situ. Kalau nak makan buffet pulak, korang boleh ke tingkat 5 Jagalchi Market di mana terdapat seafood buffet restaurant yang bernama Oase dan korang boleh makan sebanyak mana korang nak dengan 1 harga. Kami pada mulanya nak je merasa buffet tersebut, tapi sepanjang kami berjalan kami dah melihat kapasiti pemakanan kami dan rasa seperti tak berbaloi la pulak. Jadi kami putuskan untuk makan di kedai biasa saja dan memilih lauk. Kami berjalan di dalam pasar dulu melihat kepelbagaian hasil laut dan bermacam-macam ikan yang kami dapat lihat dan aku memang teruja kot bila bab masuk pasar ni. Oh ya, korang juga boleh je membeli hasil laut ni dari pasar tingkat bawah ni dan korang diberi kebebasan untuk memilih jenis seafood yang korang teringin nak rasa. Kemudian seafood yang korang beli ni akan dibawa ke kedai pilihan penjual di tingkat 2 untuk dimasak ataupun kalau korang nak pilih kedai makan sendiri, bungkus je seafood tu dan bawak sendiri ke atas dan pilihlah dari ratusan kedai makan mana yang korang nak. Pekedai akan masakkan seafood yang korang beli with charges ya, kemudian akan caj sewa meja, nasi dan banchan yang diorang served untuk korang dan aku tak sure samada tawar menawar dibenarkan tak untuk ini. Yang aku tau melalui pembacaan aku, kadang-kadang kita boleh kena ketuk jugaklah untuk caj masakan dan meja so kami tak berani mengambil risiko... Kami memilih option lain iaitu just order saja mengikut menu dan harganya adalah fix seperti yang ditunjukkan dalam menu. Tambahan pulak, nasi, air sejuk dan banchan diberikan percuma as complimentary untuk menu lauk yang kami order. Kami memilih kedai ahjumma yang berada berhampiran tangga dan ahjumma memberikan kami diskaun untuk 2 jenis lauk iaitu 2 jenis ikan (sekor tu macam ikan siakap dan sekor lagi mackarel) dan 1 seafood hotpot soup. Harga keseluruhan adalah KRW24K. Bolehla... at least kami tau harganya adalah fix. Kedua-dua ikan tersebut dibakar manakala seafood hotpot tu adalah spicy soup yang diletakkan pelbagai jenis seafood (ada ketam, udang, lala, sayur dan sebagainya. Lebih kurang macam tomyam jugak). Ok jom layan gambar bon apetite kami...

Ikan-ikan di pasar

Sotong tu menguit-nguit lagi

Sotong menguit

Jagalchi Market

Aku yang ditugaskan untuk menghabiskan kopi huhuhu

Bangunan market yang cantik

Di dalam market

Sis pun nak bergambar jugekkk

Suami dan banchan. Siap ada keledek rebus lagi tu

Kedai no 25 ya

Seafood hotpot soup

Beserta ikan. Rasa dia? Errrr ok-ok jer....

Sebelum pulang

     Sebelum menaiki train, kami berjalan-jalan dulu di underground mall yang berada dalam Metro Station tersebut. Selepas itu, kami menaiki train untuk pulang semula ke hotel untuk pack barang. Kami telah meminta reception counter untuk book teksi ke Busan Airport pada jam 1700pm. Teksi tiba tepat waktunya dan kami terus ke Busan Airport. Pada mulanya dia menurunkan kami di terminal 1, sekali bila tengok rupanya itu adalah International Terminal dan kami perlu berjalan kaki dalam lebih kurang 7 minit untuk ke Domestic Terminal yang nasib baik berada di sebelah sahaja. Oh ya, tambang teksi kami dari hotel ke airport yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan tu adalah hanya KRW15K. Kami rasa harga yang amat berpatutan (dan jangan diconvert ya). Kami menaiki flight Jeju Air pada jam 1930pm dan bakal sampai di Jeju Airport dalam masa 1 jam. Aku akan menyambung entri aku di Jeju pula InshaAllah dalam tempoh terdekat. 

Moh kita ke Underground Mall

Antara kedai

Antara kedai

Lobby hotel. Inilah nama hotel kami! Booked via booking.com

Lagi lobby hotel

2 Heaven Hotel

Kena menapak akibat salah terminal huhuhu

Kecik je domestic terminal dia

Check in terus ruang menunggu. Takde tempat berjalan langsung huh!

Membunuh masa...































No comments:

Post a Comment